2 Jun 2011

Husam Musa Diftnah Blogger UMNO, Kickdefella Nafi Temui Husam Di China

Kickdefella: Saya tak pernah temu Husam di China

SHAH ALAM, 2 Jun — Pemblog Syed Azidi Syed Abdul Aziz menegaskan, beliau tidak pernah bertemu dengan Datuk Paduka Husam Musa sejak akhir 2009, lebih-lebih lagi di China sebagaimana didakwa blog-blog pro-Umno, malah tidak pernah menerima RM300,000 untuk berkempen membantu beliau pada pemilihan PAS kali ini.

“Dakwaan bahawa saya telah bertemu dan menerima wang sejumlah RM300,000 di Republik Rakyat China daripada YB Datuk Haji Husam baru-baru ini adalah tidak tepat,” kata beliau dalam penjelasan yang disiarkan menerusi blognya malam ini.

Syed Azidi yang turut dikenali sebagai Kickdefella berkata, semenjak 9 November 2009, Husam dan beliau tidak pernah bertemu, melainkan berbual menerusi telefon dan bertukar-tukar pesanan ringkas.

“Pada 10 Novermber 2009, kontrak saya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dan semenjak itu saya tidak lagi berkhidmat secara rasmi dengan Datuk Husam,” katanya.

“Pada 10 Novermber 2009, kontrak saya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dan semenjak itu saya tidak lagi berkhidmat secara rasmi dengan Datuk Husam,” katanya.

Katanya, pada 18 November 2009, beliau telah bertemu dengan seorang individu yang mewakili pihak Husam di mana persoalan pampasan untuk dirinya telah dibincangkan.

“Saya memohon pihak Datuk Husam menjelaskan berberapa kos tertunggak yang berjumlah RM50,000. Tengah hari tersebut, saya dimaklumkan oleh individu itu bahawa Datuk Husam bersetuju untuk menyelesaikan kos tertunggak itu.

“Saya juga ditanya sekiranya saya bersetuju dengan pampasan berjumlah RM300,000. Dengan rasa bersyukur saya bersetuju,” katanya lagi.

Kemudian, kata Syed Azidi, pada 15 Disember 2009 beliau telah berlepas ke Singapura dan terus ke China di atas urusan penggambaran.

“Saya pulang ke Singapura pada 22 Disember 2009. Itu adalah kunjungan terakhir saya ke China hingga ke hari ini,” katanya lagi.

Kata Syed Azidi (kiri), beliau yakin maklumat itu yang telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu dan diolah menjadi satu cerita hebat untuk disalurkan kepada sahabat-sahabat sibernya kononnya telah bertemu dengan Husam di China dan transaksi dibuat di sana kononnya pada minggu lepas.

“Mereka yang menyalurkan maklumat ini adalah amat tidak bertangunggjawab dan dari sumber yang saya terima, ia datang dari seorang individu dari luar Kelantan yang berkait rapat dengan seorang calon yang bertanding bersama Datuk Husam bagi merebut jawatan Naib Presiden PAS.

“Saya tidak berhasrat mengambil sebarang tindakan terhadap sahabat-sahabat siber saya. Saya juga tidak akan memohon mereka meminta maaf kepada saya. Sebagai seorang blogger, saya sentiasa sedar cabaran yang kita hadapi,” katanya. lagi.

Sementara itu, Husam dalam kenyataan SMS kepada The Malaysian Insider lewat petang ini berkata, “mengenai kononnya saya ada berbual melalui telefon dengan beliau kebelakangan ini, juga adalah palsu.”

“Rekod telefon saya dan beliau boleh disemak. Namun saya akui beliau ada menghantar beberapa mesej seminggu dua yang lalu memaklumkan beliau menulis mengenai kenaikan harga minyak dan saya membalasnya sekali dengan berkata tahniah.

“Syed Azidi telah beberpa kali menimbulkan sensasi tetapi setiap kali sensasi itu berlalu, kredibiliti beliau semakin pudar,” katanya lagi.

Dalam penjelasan kepada The Malaysian Insider yang dibawa pagi tadi, Husam sendiri menafikan dakwaan kononnya beliau ada bertemu dengan Syed Azidi bagi mendapatkan bantuannya berkempen pada pemilihan PAS pusat yang berlangsung sekarang.

“Saya tak jumpa dia (Syed Azidi) di China, di Jepun atau di Antartika pun... itu (dakwaan) seratus peratus palsu, yang datang dari blog-blog picisan ,” kata Husam.

Husam, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, yang bertanding semula kerusi naib presiden berkata, beliau sudah beberapa kali mengunjungi China sempena lawatan kerja tetapi tidak sama sekali bertemu dengan Syed Azidi.

Malah kata Husam, beliau juga tidak mendapatkan bantuannya menghadapi pemilihan parti kali ini.

Syed Azidi meletakkan jawatan pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akhir 2009.

Salah satu blog pro-Umno mendakwa pihaknya ada mendengar kononnya Syed Azidi menerima bayaran sebanyak RM300,000 daripada “orang Husam”.

“Saya cuba juga risik sana sini tapi tiada siapa yang boleh mengesahkannya. Malam tadi perkara berkenaan mula kecoh di Twitter dan Facebook. Kalau dah kecoh, mungkinlah itu semua ada asasnya,” kata blog rbfonline yang turut menyenaraikan lima persoalan bagi Syed Azidi.

Sambil melihat ia sebagai usaha jahat menjelang setiap kali pemilihan, Husam berkata, tindakan-tindakan seperti itu perlu ditangani. -TMI


Husam: ‘Saya tak pernah jumpa Kickdefella, dakwaan 100 peratus palsu’

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Datuk Paduka Husam Musa sendiri menafikan dakwaan kononnya beliau ada bertemu dengan pemblog Syed Azidi Abdul Aziz atau yang lebih mesra dikenali sebagai “Kickdefella” bagi mendapatkan bantuannya berkempen pada pemilihan PAS pusat yang berlangsung sekarang.

“Saya tak jumpa dia (Syed Azidi) di China, di Jepun atau di Antartika pun... itu (dakwaan) seratus peratus palsu, yang datang dari blog-blog picisan ,” kata Husam ketika dihubungi The Malaysian Insider di India malam tadi.

Husam (gambar), Exco Kerajaan Negeri Kelantan, yang bertanding semula kerusi naib presiden berkata, beliau sudah beberapa kali mengunjungi China sempena lawatan kerja tetapi tidak sama sekali bertemu dengan Syed Azidi.

Malah kata Husam, beliau juga tidak mendapatkan bantuannya menghadapi pemilihan parti kali ini.

Syed Azidi meletakkan jawatan pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akhir 2009.

Dalam temu bual menerusi telefon malam tadi, Husam juga enggan bercakap mengenai pemilihan kecuali menjawab soalan berkaitan dengan isu terbaru ini.

“Saya bukan orang menggunakan duit untuk berkempen,” kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini yang turut menjelaskan, Syed Azidi sudah lama menulis tentang diri beliau sebelum kedua-dua mereka berkenalan.

Bagaimanapun tegas beliau, dakwaan sedemikian adalah “palsu” dan sentiasa dicetuskan ketika pemilihan parti dengan tujuan-tujuan tertentu.

Oleh itu tambah Husam, beliau sebenarnya “bangga” kerana Umno terus-menerus menjadikan beliau sebagai sasaran dalam pergerakan politik mereka.

“Ini menunjukkan bahawa saya ini adalah insan yang menjadi ancaman kepada mereka (Umno-BN),” kata Husam mengulas dakwaan blog-blog pro-Umno terbabit.

Salah satu blog pro-Umno mendakwa pihaknya ada mendengar kononnya Syed Azidi menerima bayaran sebanyak RM300,000 daripada “orang Husam”.

“Saya cuba juga risik sana sini tapi tiada siapa yang boleh mengesahkannya. Malam tadi perkara berkenaan mula kecoh di Twitter dan Facebook. Kalau dah kecoh, mungkinlah itu semua ada asasnya,” kata blog rbfonline yang turut menyenaraikan lima persoalan bagi Syed Azidi.

Sambil melihat ia sebagai usaha jahat menjelang setiap kali pemilihan, Husam berkata, tindakan-tindakan seperti itu perlu ditangani.

“Saya meminta peguam saya melihat perkara itu, mengambil tindakan ke atas dakwaan-dakwaan tidak berasas dan fitnah ini,” kata beliau yang yakin bahawa para perwakilan muktamar akan membuat penilaian terbaik.

“Ini strategi jahat Umno yang perlu dipatahkan,” katanya lagi.

“Oleh kerana perkara ini sudah (banyak kali) berulang, seolah-olah ada objektif tertentu, saya akan minta peguam ambil tindakan, bukan saya ini (seorang yang) sensitif atau tidak terbuka (dengan media dan kritikan), tetapi ini satu strategi jahat Umno yang perlu dipatahkan,” kata Husam yang turut menekankan bahawa salah satu blog yang menyiarkan dakwaan palsu tahun lalu - kononnya “rasuah”, melibatkan konsesi pembalakan — telah disaman fitnah oleh beliau.

Kes berkaitan melibatkan blog rbfonline sedang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Baru dan dijadual untuk prosiding pertengahan bulan ini.

Sehubungan itu, kata Husam, pengendali blog tersebut perlu mencerminkan dulu dirinya sebelum meneruskan serangan dengan dakwaan terbaru sedemikian.

“Faisal kena tengok diri sendiri,” kata Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan.

Muktamar PAS Pusat Ke-57 bermula esok, dan turut menyaksikan pemilihan dua tahun sekali.

Semalam, pegawai khas Husam, Kamarulzaman Abdullah berkata, Husam yang berada di China dari 21 hingga 26 Mei lalu mempunyai jadual lawatan kerja rasmi yang ketat dan tidak mengadakan pertemuan dengan Syed Azidi.

“Datuk Husam pergi ke China dan ada membawa dua orang pemberita, jika pun ada pertemuan sedemikian sudah pasti telah disiarkan oleh akhbar-akhbar terbabit,” katanya yang turut menolak dakwaan bahawa Syed Azidi dibayar RM300,000 sebagai upah berkempen kali ini.

Dalam komennya kepada The Malaysian Insider semalam, Syed Azidi menegaskan, “belum sampai masa” bagi beliau untuk menjawab dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya beliau menerima bayaran dan berkempen untuk Husam.

Syed Azidi berkata, beliau juga tidak mahu memberi kenyataan sehingga ia boleh menjejaskan proses pemilihan parti itu, di mana ia akan memberikan “kelebihan kepada mana-mana calon yang bertanding.”

“Saya rasa bukan masa bagi saya menjawab, tidak perlu untuk saya jawab,” kata beliau.

Selain Husam, turut bertanding jawatan naib presiden PAS ialah Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Syed Azidi pernah membantu Husam dalam menghadapi pemilihan dua tahun lalu sebelum berhenti dari PMBK.

Bagaimanapun Syed Azidi berkata, beliau masih merasakan Husam seorang yang “pemimpin yang istimewa.” -TMI


Badan Terbakar Dan Terkena Cecair Tar

Muar – Seorang pemandu lori tangki menderita apabila 23 peratus badannya terbakar selepas lori tangki yang sarat dengan cecair tar dipandunya terbabit dalam kemalangan membabitkan dua bas dalam kejadian di Kilometer 144.8, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Pagoh di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, N Sivananda, 44, terpaksa dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) berikutan kecederaan yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, nahas tersebut berlaku apabila salah sebuah bas sekolah yang digunakan untuk membawa pendatang asing tanpa izin (Pati) merempuh belakang lori terbabit.

Menurutnya, kedua-dua bas terbabit dalam perjalanan dari Lenggeng, Negeri Sembilan ke Pasir Gudang, Johor.

“Akibat pelanggaran ini, lori terbabas manakala tangki yang sarat dengan cecair tar terbalik dan tumpah memenuhi lebuh raya.

“Bas yang merempuh belakang lori tangki ini hilang kawalan dan terbabas ke laluan kanan lebuh raya,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, disebabkan bas sekolah telah melanggar lori tangki itu, sebuah lagi bas persiaran yang turut membawa Pati hilang kawalan dan terbabas kerana cuba mengelak daripada melanggar bas sekolah berkenaan.

“Pasukan polis dari Muar dan Tangkak bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa terlibat.

“Namun, kami bersyukur kerana kesemua yang terlibat dalam insiden ini terselamat walaupun membawa seramai 102 Pati,” katanya.

Selain itu, beliau juga hairan bagaimana salah sebuah bas boleh terbabas memasuki lorong kanan lebuh raya menghala arah utara selepas melanggar belakang lori tangki.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung punca nahas ini berlaku.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -SH

Ketua Dewan Muslimat: Siti Zailah, Timbalan Ketua: Dr. Siti Mariah

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff dipilih sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang baru bagi sesi 2011-2013 apabila menewaskan Nuridah Salleh dengan 358 undi.

Menerusi keputusan itu, Siti Zailah mengetepikan penyandang bagi jawatan tersebut sebelum ini, Nuridah yang menerima 264 undi.

Seramai 622 perwakilan layak mengundi pada pemilihan pucuk pimpinan Dewan Muslimat PAS kali ini yang berlangsung di Dewan Jubli Perak di sini Khamis.

Keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Datuk Wan Mutalib Wan Embong pada pukul 7.40 malam.

Sementara itu, bagi jawatan Timbalan Ketua, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud memenangi saingan satu lawan satu tersebut dengan memperoleh 437 undi.

Dalam saingan empat penjuru bagi jawatan Naib Ketua, Mumtaz Md Nawi mengekalkan jawatan beliau buat penggal kedua apabila menerima 334 undi.

Jawatan Pengerusi Tetap diisi Norhashimah Deraman yang menang tanpa bertanding.

Fatimah Ismail menerima 234 undi untuk menerajui jawatan Timbalan Pengerusi Tetap.

Selain itu, 12 Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS yang diumumkan menang pada pemilihan kali ini.

Pengerusi Tetap
1. Nor Hashimah Deraman

Timbalan Pengerusi Tetap
Fatimah Ismail

KETUA
Siti Zailah Mohd Yusof, YB

TIMBALAN KETUA
1. Siti Mariah Mahmud, Dr

NAIB KETUA
Mumtaz Mohd Nawi

JAWATANKUASA KERJA
1. Aiman Athirah Al-Jundi
2. Halimah Ali, Dr. YB
3. Asiah Ali, Dr.
4. Aida@Nurul Huda Yusof Rawa
5. Wan Ubaidah Omar, YB
6. Kartini Ahmad
7. Mastura Mohamad
8. Normala Sudirman
9. Azizah Khatib Mat
10. Rosni Adam
11. Najihatussolehan Ahmad, Dr.
12. Siti Aisyah Ghazali, YB

Pemeriksa kira-kira
1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Normilan Mamat



Muslimat mahu pasukan IT antifitnah

Dewan Muslimat PAS meluluskan usul mewujudkan pusat informasi parti bertujuan mewujudkan ruang menjelaskan dasar parti dan menepis fitnah yang dilemparkan kepada parti itu.

Wakil Shah Alam Azlin Hezri ketika mencadang usul itu berkata, pusat berkenaan perlu diwujudkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“Apa yang kita harapkan, kita perlu task force. PAS wujudkan satu medan dan ruang menyampaikan maklumat terutamanya berkaitan pilihan raya.

“Betul kita ada banyak laman web dan blog, tapi perlu ada satu (portal) untuk PAS sahaja,” katanya lagi ketika mencadangkan usul berkenaan di muktamar sayap pergerakan itu di Shah Alam hari ini.

Azlin turut menyeru perwakilan supaya mencontohi aktivis internet Wa'el Ghomi – eksekutif muda Google yang mencetuskan revolusi di Mesir melalui media maya.

Azlin juga mencuit hati perwakilan wanita apabila mengajuk dialog daripada filem popular Kung Fu Panda ketika menasihatkan perwakilan bersabar menghadapi apa yang disifatkannya sebagai fitnah.

“Kita perlu kepimpinan keluarkan idea... kita mesti pakai kekuatan dalaman.

“Kamu akan dapat kekuatan daripada ketenangan dalaman,” katanya sambil disambut gelak ketawa daripada kira-kira 600 orang perwakilan di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.

Media sedia ada terhad

Usul itu menerima sokongan daripada ketua penerangan dewan berkenaan, Salbiah Abdul Wahab yang melihat keadaan itu sebagai cabaran kepada muslimat PAS memperluaskan kebolehan mereka.

“Saya juga ingin menyatakan di dalam dewan ini ramai dari ahli yang ada (akaun) blog, Facebook dan Twitter. Saya (rasa) kita patut perkasakan kebolehan anda sekalian,” katanya.

Sementara itu, wakil Muslimat Dungun, Khairah Mokti turut serta berbahas dengan mencadangkan semua Muslimat kawasan menghasilkan laman web sendiri.

"(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) pun ada dah ada Facebook sendiri,” katanya.

Seorang lagi perwakilan, Erna Aznira Anuar pula berkata, usaha bagi mewujudkan pusat pasukan bertindak informasi itu perlu memandangkan PAS kini masih kurang menggunakan media baru.

“Kita ada, contohnya TV Kelantan tetapi terhad,” katanya lagi yang berpandangan bahwa PAS patut mempunyai mekanisme khusus bagi usaha berkenaan. -mk

Mentimun Mengandungi Virus E-Coli, Sepanyol Timbang Untuk Saman Jerman

Berlin: Pusat Kawalan Penyakit Jerman masih belum dapat mengenal pasti punca wabak Sindrom Hemolitik-Uremik (HUS) yang sudah menyebabkan kematian 16 orang di utara Eropah, ketika negara itu melaporkan 365 kes baru E.coli semalam.

Sebanyak 25 peratus daripada kes terbaru membabitkan kes HUS yang menyebabkan komplikasi darah dan buah pinggang akibat jangkitan E.coli, kata Institut Robert Koch Jerman.

Wabak HUS itu yang terbesar pernah dialami Eropah, dipersalahkan terhadap kematian 16 orang di benua itu yang kebanyakannya baru kembali daripada kunjungan ke utara Jerman.

Setakat ini lebih 1,500 kes E.coli/HUS dilaporkan di Jerman dan pihak berkuasa masih belum mengenal pasti sumber jangkitan berkenaan
.

Menteri Perlindungan Pengguna dan Pertanian Jerman Ilse Aigner menolak kritikan bahawa Jerman tersilap dalam menyalahkan timun dari Sepanyol sebagai sumber bakteria E.coli bahaya berkenaan.

“Siasatan mendapati bakteria E.coli dalam timun Sepanyol dan mengikut peraturan Eropah, kami perlu mendedahkan hasil siasatan itu segera,” kata Aigner.

Namun pihak berkuasa di Hamburg Selasa lalu berkata E. coli yang ditemui dalam timun Sepanyol itu bukanlah jenis bahaya yang menyebabkan HUS.

Sepanyol semalam berkata ia sedang menimbang untuk menyaman pihak berkuasa di Jerman berikutan petani di negara itu rugi 200 juta Euro (RM863 juta) seminggu dan krisis itu boleh menyebabkan 70,000 orang hilang pekerjaan. – AP/Agensi


Russia haramkan sayur-sayuran EU bimbang wabak HUS merebak

MOSCOW: Kerajaan Russia hari ini mengharamkan import sayur-sayuran segar dari negara Kesatuan Eropah (EU) kerana bimbang Sindrom Hemolitik-Ukremik (HUS) pada ketika Jerman masih belum dapat mengenal pasti punca sumber wabak itu yang sudah menyebabkan kematian 17 orang.

Ketika pengumuman pengharaman import itu, Pegawai Kanan Perlindungan Pengguna Russia, Gennady Onishchenko menghentam piawaian keselamatan makanan EU.

Russia sudah mengharam import sayur-sayuran dari Jerman dan Sepanyol. - REUTERS


Timbalan Ketua Pemuda: Nik Abduh, Naib Ketua: Raja Ahmad Iskandar

Nik Abduh Nik Abdul Aziz diisytihar sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru apabila menewaskan tiga lagi pencabarnya dengan mendapat 260 undi.

Menerusi keputusan berkenaan, Nik Abduh turut mengenepikan penyandang bagi jawatan berkenaan sebelum ini, Azman Shafawi yang mendapat undi paling sedikit iaitu 94 undi.

Sementara itu dua lagi calon iaitu Firdaus Jaafar dan Suhaizan Kaiat masing-masing mendapat 193 dan 107 undi.

Bagi jawatan Naib Ketua pula, ia dimenangi oleh Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob memperoleh 421 undi memenangi saingan kerusi naib ketua.

Beliau menewaskan Mohd Nasir Zakaria yang mengumpulkan 228 undi.

Dua belas ahli jawatankuasa kerja pusat sayap itu ialah Riduan Mohamad Nor, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ahmad Baihaki Atiqullah, Mohd Adram Musa, Kamaruzaman Mohamad, Ahmad Fadhli Shaari, Khalil Abd Hadi, Mohd Nazri Chik, Mohd Yusni Mat Piah, Mohd Sany Hamzan, Mohd Nor Hamzah dan Syed Abdul Kadir Syed Hussin Aljoofre.

Keputusan berkenaan diumumkan wakil Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Dr Sufian Husin pada pukul 5.20 petang Khamis.



Muktamar Tahunan PAS: Perwakilan Tegur Kepimpinan Pemuda Gagal Tunai Tanggungjawab

SHAH ALAM: Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat dibidas kerana gagal menjalankan tugas terutamanya bagi mencapai sasaran mengambil alih kerajaan menerusi slogan 'Pas menuju Putrajaya'.

Perwakilan Pemuda PAS Kawasan Jerai, Mohamad Ismail berkata, sepanjang tempoh setahun selepas muktamar tahun lalu, kepimpinan Pemuda PAS hanya dilihat sebagai juara kepada isu-isu semasa tanpa memberiperhatian kepada persediaan dalaman parti untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

"Kita asyik bercakap tentang nak tawan Putrajaya, malah kain rentang dalam dewan ini pun ada gambar Masjid Putra... simbolik nak tawan Putrajaya.

"Tapi sejak setahun lalu pemimpin Pemuda Pusat tidak turun padang melawat perkembangan di negeri dan kawasan. Jadi macam mana nak tawan kerajaan kalau dalam parti sendiri gagal dipantau dengan baik,"katanya pada sesi perbahasan laporan tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2010-2011 di sini, Khamis.

Selain itu Mohamad turut menegur barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat supaya merancang pelbagai aktiviti yang lebih menjurus kepadapembangunan dan persediaan mempersiap sedia golongan pemuda.

"Buku laporan ini tebal dengan senarai aktiviti-aktiviti seperti serah memorandum, buat kenyataan media, kerjasama itu dan kerjasama ini... tapi tak ada pun aktiviti yang disenaraikan telah dibuat untukmanfaat kepada Pemuda PAS sendiri," katanya.

Sementara itu perwakilan Pemuda PAS Kawasan Jerantut, Abdul Rahman Abdul Malik turut menegur Ketua Pemuda PAS di beberapa negeri supaya lebih efisyen terutamanya komitmen menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pemuda Pusat.

Menurut beliau, senarai kehadiran yang tidak memuaskan seperti yang dimuatkan dalam buku laporan yang diedarkan kepada perwakilan memberi gambaran negatif terhadap sayap PAS itu.

"Ada beberapa Ketua Pemuda PAS negeri yang kerap tidak menghadiri mesyuarat tanpa sebab... perkara ini amat memalukan," katanya. -mstar



Lima Ekor Tikus Ditemui Dalam Pesawat Qantas

Melbourne: Qantas kini sedang menyiasat bagaimana lima ekor anak tikus dapat menaiki pesawat yang perlu dihentikan perkhidmatan di Sydney pada Selasa.

Menurut Australian Associated Press, atendan penerbangan menemui tikus itu di dalam pesawat Boeing 767 10 minit sebelum para penumpang dijadual menaikinya untuk penerbangan ke Brisbane pada petang Selasa.

"Bayi" tikus itu ditemui di dalam bahagian simpanan.

"Kami sedang menyiasat bagaimana ia memasuki pesawat itu," kata jurucakap wanita Qantas yang dipetik oleh laporan itu.

Katanya para penumpang yang dijadual menaiki pesawat itu dipindahkan ke pesawat lain manakala tikus itu dibunuh oleh para petugas, yang kemudiannya menggeledah kabin bagi memastikan tiada lagi tikus di dalam pesawat itu.

Para jurutera yang membuat pemeriksaan pada Rabu mendapati tiada kerosakan pada sistem wayar pesawat itu.

Ia itu dijangka diservis pada pagi Khamis.

Mantan Pengerusi Bank Mesir Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Selepas Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn, 62, didakwa menyebabkan “mencabul” pekerja berusia 32 tahun Hotel Sofitel, kini bekas pengerusi sebuah bank utama di Mesir pula ditahan atas dakwaan serangan seksual terhadap seorang pengemas bilik di sebuah hotel mewah di New York semalam ditawarkan ikat jamin AS$25,000 ($30,765).

Mantan pengarah Bank Alexandria dan pengerusi syarikat garam, El-Mex Salines Co, itu ditangkap Isnin lalu setelah pekerja berkenaan melaporkan kejadian tersebut.

Jurucakap polis berkata wanita berkulit hitam berusia 44 tahun itu dipanggil ke bilik Mahmoud Abdel, yang terletak di tingkat 10 Hotel Pierre, untuk memberikannya kertas tisu pada Ahad lalu.

Namun, apabila pekerja itu tiba di bilik berkenaan, Mahmoud Abdel telah memeluk dan mencium bibir dan tengkuknya, sebelum meramas buah dadanya.

Pihak pendakwa raya berkata pekerja itu cuba melarikan diri tetapi beliau telah diserang secara seksual.

Semalam, peguam Mahmoud Abdel, Cik Liz Beal, memberitahu mahkamah bahawa kliennya 'menafikan dengan keras tuduhan yang dihadapinya'.

Beliau berkata kliennya dijangka membayar ikat jamin itu secepat mungkin.

Pihak pendakwa raya, bagaimanapun, sebelum ini melahirkan kebimbangan tentang kemungkinan Mahmoud Abdel melarikan diri.

Mahmoud Abdel dikatakan telah ke New York untuk menerima anugerah daripada industri garam bagi pihak syarikatnya.

Selepas itu dia sepatutnya ke Boston untuk menandatangani satu kontrak yang berkaitan dengan anugerah tersebut.

Mahmoud Abdel, yang

Ulasan GB

Masih menunggu kes menteri rogol amah dibicarakan di mahkamah.


Fatwa Tegah Bina Tugu 1Malaysia

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat tindakan kerajaan membina tugu “1Malaysia” adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala).

Menurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah.

Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul.

"Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, keputusan itu dibuat setelah jawatankuasa yang dipengerusikannya itu bermuzarakah pada 18 dan 19 April lalu.

Keputusan itu, tambahnya, telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Perlis (MAIP) dan disembah maklum kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sehari selepas itu.

Bagaimanapun, menurutnya lagi, fatwa itu tidak diwartakan dan hanya berperanan sebagai nasihat kepada umat Islam.

Ekoran keputusan itu, fatwa tersebut dihebahkan di pelbagai penerbitan kerajaan negeri, termasuk majalah bulanannya Irsyad Hukum, jelas Dr Juanda.

Selepas Najib memperkenalkan gagasan itu, tugu sedemikian yang kebanyakannya dibina daripada batu dan kayu dilihat diletakkan di pelbagai tempat di seluruh Malaysia. -mk

Ulasan GB

Blog GB pernah menyiarkan mengenai pembinaan Tugu 1Malaysia di negeri Perak.

Menanti fatwa dari Mufti Perak pula dan dari negeri-negeri lain.

Muktamar Dewan Muslimat - Lebih Ramai Muslimat Akan Diberi Peluang Sebagai Calon Pilihanraya

Muktamar Tahunan PAS: Lebih Ramai Calon Wanita Bakal Bertanding PRU-13

SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan lebih ramai calon wanita akan diberi peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan itu bergantung pada keputusan mesyuarat jawatankuasa pemilihan apabila tiba masanya nanti.

"Saya tidak boleh komen. Insya-Allah, muslimat akan diberi lebih banyak peluang tapi keputusan itu terletak pada parti," katanya pada sidang media di sini Khamis.

Sebelum itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan merasmikan Muktamar Dewan Muslimat di Dewan Jubli Perak di sini, Khamis.

Seramai 622 perwakilan muslimat hadir pada muktamar kali ini yang turut akan memilih kepimpinan baru sayap parti itu.

Menurut Nik Abdul Aziz , pemilihan calon akan dinilai dari segi bakat, keaktifan dan penampilan diri yang boleh menarik perhatian pengundi untuk meilih mereka selain mampu berkhidmat kepada rakyat.

"Kalau dia (calon) tak ada bakat, macam mana orang nak undi dia. Jadi calon perlu memenuhi kriteria itu," jelasnya.

Pada PRU-12, kata beliau, PAS menurunkan tiga wanita sebagai calon tetapi seorang daripadanya menolak untuk bertanding.

Sementara itu, beliau menepis dakwaan Barisan Nasional (BN) yang mendakwa PAS sudah mengubah dasar parti itu dengan menurunkan calon wanita pada pilihan raya kecil DUN Tenang.

"Mereka kata dulu kita tak boleh turunkan calon wanita tapi sekarang boleh. Semua itu mengarut. Mereka terpaksa berbohong semata-mata ingin buat kacau.

"Kita tidak pernah halang muslimat untuk bertanding. Malah muslimat PAS sudah ada yang jadi calon pada 1959," jelasnya.

Beliau turut mengakui mempunyai calon pilihan pada pemilihan parti itu. Bagaimanapun beliau tidak mahu mendedahkan dengan lebih lanjut -mstar


Kekalahan PAS Dalam Beberapa Pilihan Raya Kecil Satu Pengajaran - Dewan Muslimat

SHAH ALAM: Kekalahan yang dialami PAS pada beberapa pilihan raya kecil dan pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini seharusnya memberi pengajaran kepada parti bahawa tiada jalan pintas untuk memenangi sesuatu perjuangan, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Salleh.

Beliau berkata kekalahan itu hendaklah menjadi iktibar termasuk kepada muslimat agar terus berjuang bersungguh-sungguh dan gigih dalam menerapkan agenda perjuangan PAS dalam kalangan pengundi.

"Mana mungkin pengundi yang tidak langsung mengenali dan memahami perjuangan PAS dapat semua dirayu dan diyakinkan dalam hanya lapan ke 10 hari berkempen?

"Kalaulah setakat beramai-ramai memenuhi markas-markas dan bilik-bilik gerakan PAS tetapi tidak pergi menemui para pengundi, hanya berbekalkan poster dan kibaran bendera, janganlah diimpikan kemenangan akan datang bergolek," katanya dalam ucap utama pada Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-51 di sini Khamis.

Muktamar itu dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Nuridah menggesa perwakilan serta anggota Muslimat supaya melipat gandakan usaha untuk memenangi hati pengundi dalam menghadapi pilihan raya umum yang semakin hampir.

Beliau meminta perwakilan Muslimat agar menawan hati pengundi melalui penerangan dan dakwah yang beradab dan berhemah.

Katanya muslimat PAS perlu lebih cergas dan bijak mencari peluang untuk menjelaskan perubahan dan pembaikan yang dilakukan terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan pakatan PAS, DAP dan PKR.

"Kita memerlukan komitmen semua anggota PAS secara keseluruhan dan para muslimat merupakan komponen penting jemaah kita dalam menguruskan gerak kerja bagi mencapai kejayaan.

"Marilah kita praktikkan segala ilmu dan kepakaran pengurusan dan perjalanan pilihan raya yang telah kita jalani melalui kursus-kursus, bengkel-bengkel serta pengalaman yang dihadapi daripada semua 16 pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak yang lepas," katanya.

Nurida berkata adalah penting bagi semua anggota memberi tumpuan kepada matlamat bersama.

"Kecilkan segala salah faham yang menghalang pakatan dari bergerak maju dengan penuh kesepaduan," katanya.- BERNAMA



Kadar Inflasi 0.27%? BN Tipu Diri Sendiri - Guan Eng

Barisan Nasional menipu diri sendiri dan menipu rakyat sekiranya mereka memberitahu bahawa kadar inflasi hanya 0.27% berikutan kenaikan tarif elektrik, kadar percuma kepada 900,000 pengguna yang menggunakan elektrik kurang dari RM20 setiap bulan menjelang akhir 2011 serta penarikan balik subsidi minyak.

Bagaimana Kerajaan Persekutuan menyatakan bahawa inflasi hanya akan naik sebanyak 0.27% apabila semua pihak merasakan bahawa kenaikan harga komoditi asas meningkat melebihi 0.27%?

Penarikan balik subsidi minyak telah menyebabkan pengusaha pengangkutan awam menaikkan kos pengangkutan dan harga ikan melambung kerana para nelayan berpandangan bahawa ia terlalu mahal untuk menggerakkan bot mereka ke laut. Bagi BN, dengan menyatakan kenaikan inflasi sebanyak 0.27% bukanlah menggambarkan situasi sebenar dan merupakan ciri-ciri individu yang membenarkan dasar-dasar yang salah yang boleh merugikan Malaysia.

Perdana Menteri, Najib Abdul Razak telah menggariskan tiga kriteria di mana ia perlu dipraktikkan oleh agensi kerajaan agar lebih berinovasi:

* Ia boleh memberi impak yang hebat terhadap bangsa
* Penjimatkan kos dan pemendekan kitaran masa; dan
* Penambahbaikan sistem penyampaian.

Sementara penarikan balik subsidi terhadap rakyat miskin akan membawa impak yang besar terhadap bangsa, penolakan untuk meminta "Independent Power Producers" (IPPs) untuk berkongsi bebanan tidak akan membawa kepada penjimatan kos, pemendekan kitaran masa ataupun penambahbaikan dalam sistem penyampaian. Walaupun pakar ekonomi menyatakan persetujuan bahawa pengurangan subsidi akan meningkatkan tahap kecekapan, setiap pengurangan tidak setara yang akan memberi implikasi kepada golongan berpendapatan rendah tetapi bagi syarikat korporat ia hanya akan menjadi lebih kaya dan menyebabkan distorsi yang menafikan keberkesanan keuntungan.

Sehingga akhir 2010, Petronas telah menambah sejumlah RM131.3 bilion subsidi bagi kedua-dua sektor janakuasa dan bukan janakuasa, dengan hampir RM19 bilion subsidi gas tahunan kepada IPPs dan sektor elektrik komersil. Sementara kerajaan boleh mendakwa bahawa IPP harus menanggung sejumlah bayaran untuk gas, penjimatan subsidi oleh Kerajaan Persekutuan boleh dilakukan dengan menamatkan pembelian janakuasa oleh IPP.

Malaysia menikmati jidaran penggunaan tenaga tertinggi di dunia 52.6%, tidak perlu untuk TNB membeli janakuasa dari IPP yang mana TNB tidak memerlukannya. Sekiranya TNB tidak diperlukan untuk membeli janakuasa yang tidak perlu, maka subsidi gas dapat dijimatkan. Kini, Petronas menjual gas kurang dari 30% harga pasaran.

Jadi bagaimana Perdana Menteri mahu mengembangkan budaya inovasi di Malaysia jika kroni-kroni dan amalan-amalan kapitalis serta anti persaingan dibenarkan di negara ini? -MR

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP.

Lagi Kes Buang Bayi: Dicampak Dari Tingkat 5 Pangsapuri Sentul

Angkara ‘binatang’

KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.

Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu.

Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan.

Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan.

“Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis.

Pengerusi Rukun Tetangga pangsapuri berkenaan, Ramli Abd Aziz, 43, berkata selama 17 tahun menetap di situ, ini kali pertama kejadian pembuangan bayi secara kejam berlaku.

“Geram apabila difikirkan mereka melakukan perbuatan kejam itu dan sayu rasanya ketika saya melihat darah bayi itu yang keluar dari kepalanya.

“Perasaan sedih kuat menyelubungi diri saya, tapi hendak menangis pun tidak berguna kerana kejadian sudah berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dicampak dari tempat tinggi iaitu pangsapuri berhampiran berdasarkan kecederaan parah pada kepalanya.

Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu pada kira-kira jam 12.30 tengah malam dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati bayi yang cukup sifat itu besar kemungkinan baru dilahirkan berikutan masih bertali pusat.

“Di sebelah mayat bayi itu turut ditemui beg plastik yang mengandungi uri,” katanya yang merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu segera menghubungi polis.

Kes pembunuhan dan pembuangan bayi ini yang ketiga berlaku di Lembah Klang dalam seminggu. Harian Metro semalam melaporkan mengenai penemuan mayat seorang bayi tersangkut di celah batu di Sungai Gombak, berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, jam 9 pagi, kelmarin.

Bayi perempuan itu dibawa arus sungai berkenaan ke kawasan itu berikutan maklumat orang awam menyatakan ternampak kelibat ‘anak patung’ terapung di kawasan berdekatan Stesen LRT Titiwangsa.

Pada 27 Mei lalu pula seorang penuntut kolej swasta berusia awal 20-an nekad menyimpan mayat bayi lelaki cukup sifat dilahirkannya dalam almari di bilik sebuah rumah di Cheras di sini, selama dua hari.

Penuntut terbabit melahirkan bayinya sendirian dan bayi itu dipercayai mati sejurus dilahirkan sebelum menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, selepas berasa bersalah dengan tindakannya.

Penuntut itu hadir ke balai polis sambil mendukung mayat bayinya yang dibalut tuala. -hm


Kepala pecah dicampak pembunuh

ANJING pengesan digunakan untuk menjejaki individu yang bertanggungjawab mencampak seorang bayi hingga mati di sebuah pangsapuri di Sentul semalam. Gambar kecil Zakaria.

KUALA LUMPUR – Sepasukan anggota polis yang menjalankan siasatan mengenai satu kes pembunuhan kelu seketika apabila dilanda perasaan pilu sebaik melihat mayat seorang bayi lelaki yang ditemui dalam keadaan kepala pecah hingga menampakkan otaknya semalam.

Pembunuhan kejam itu berlaku apabila pelakunya dikatakan hendak mencampak bayi tersebut dari tempat tinggi terus ke dalam tong sampah yang berada di bawah.

Tetapi malang, balingannya tidak cukup kuat lalu tersasar sejauh tiga meter menyebabkan mangsa terhempas di atas jalan.

Bagaimanapun, polis masih belum dapat memastikan sama ada bayi itu masih hidup atau sudah mati ketika dicampak pelaku durjana tersebut.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 12 tengah malam.

Katanya, mayat bayi itu ditemui dibungkus dengan beg plastik di tempat letak kereta pangsapuri tersebut oleh seorang lelaki yang baru pulang dari tempat kerjanya.

“Pemeriksaan awal mendapati bayi yang masih bertali pusat dan cukup sifat itu mengalami kecederaan parah di kepala.

“Kita percaya ia berlaku selepas pelakunya dikatakan hendak mencampak bayi tersebut dari tempat tinggi ke dalam tong sampah di bawah namun ia terjatuh di kawasan letak kereta kira-kira tiga meter dari tong berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. -kosmo


No:2, Ustadz Nasharuddin Tidak Tarik Diri

No 2 PAS: Saya tidak tarik diri, kata Nasharudin

SHAH ALAM, 2 Jun — Nasharudin Mat Isa menegaskan beliau tetap akan mempertahankan kerusi timbalan presiden pada pemilihan sempena muktamar PAS pusat yang bermula esok meskipun ada khabar angin kononnya beliau telah pun memutuskan untuk menarik diri.

“Saya tetap bertanding. Khabar angin kata saya tarik diri, tidak benar. Apa-apa keputusan terserah kepada perwakilan,” kata timbalan presiden itu pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS pusat di sini malam tadi.

Khabar angin bertiup kencang sejak awal minggu ini mengatakan kononnya beliau sudah pun mengambil pendirian mahu menarik diri daripada persaingan dan ia akan diumumkan esok secara rasmi.

Lebih 1,000 perwakilan menghadiri muktamar kali ini.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider kelmarin, desas-desus itu juga dinafikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib sambil menyifatkan apa yang berlaku sekarang hanya sebahagian daripada kempen pemilihan.

Pada pemilihan kali ini selain Nasharudin, jawatan nombor dua parti Islam itu turut ditandingi oleh ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Nasharudin yang memegang jawatan itu sejak 2005 juga enggan mengulas lanjut mengenai isu pemilihan kali ini.

Ahli Parlimen Bachok ini berkata, beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan.

“Pemilihan akan berlaku (diadakan) pada hari Jumaat, jadi kita tunggu perwakilan membuat keputusan,” katanya.

Difahamkan ada usaha bagi memujuk beliau berkompromi bagi mengelakkan undi berpecah antara calon kumpulan agama dan profesional.

Pada pemilihan kali ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden yang disandang sejak 2002 tanpa saingan. -TMI


Nasha berserah pada perwakilan PAS

Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa enggan membuat andaian awal berhubung peluangnya dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu Jumaat ini.

Sebaliknya beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk memenangkan calon bagi jawatan tersebut.

"Pemilihan (parti) pada hari Jumaat. Saya tidak boleh membuat sebarang andaian terhadap keputusan yang akan terjadi.

"Kami serahkan kepada perwakilan apabila tiba masanya," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS di Shah Alam pada Selasa malam.

Ditanya sama ada sokongan ulama akan berpecah susulan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut bertanding jawatan tersebut, Nasharudin menyifatkan soalan itu hanya bersifat "andaian".

Katanya beliau tidak boleh membuat andaian kerana kawasan PAS telah mencalonkan ketiga-tiga calon dan kesemuanya menyatakan kesediaan untuk bertanding jawatan tersebut.

"Sebagai amalan yang diamalkan dalam PAS, kami serahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan pada hari tersebut... Kami tak boleh buat ramalan," katanya.

Erti perpaduan Melayu-Islam

Sementara itu Nasharudin dalam ucapannya sebelum itu secara tidak langsung dilihat mengambil peluang menepis tanggapan yang mengaitkannya dengan Umno, khususnya dalam isu kerajaan perpaduan.

Beliau menegaskan kerjasama politik PAS bersama PKR dan DAP "terangkum dalam kaedah Siasah Syariyyah yang amat jelas."

"Kaedah at-Tahalluf as-Siyasi (kerjasama politik) pula mengizinkan kita bergabung dengan parti-parti lain seperti Semangat 46 dan kini dengan PKR dan DAP di bawah bendera Pakatan Rakyat."

Bukan itu sahaja, Nasarudin menambah, berdasarkan sejarah, PAS semakin diminati golongan intelektual ekoran sikap Umno yang didakwa amat pro-British dan "memberikan laluan mudah kepada MCA dan MIC".

"Ini semakin meyakinkan PAS untuk bertanding dalam pilihan raya pertama bersendirian di atas tiket PAS dan sanggup menentang mana-mana parti politik yang lain, hatta Umno itu sendiri yang turut dianggotai oleh umat Melayu-Islam!

"PAS amat memahami erti wehdah (kesatuan) dan 'perpaduan umat Melayu-Islam'," katanya lagi. -mk


Ulasan GB

Dah alang-alang seluk pekasam, biar saja ke pangkal lengan.

p/s Jika satu ketika Ustadz Nasha dikatakan terlibat di dalam menyelinap ke dalam kelambu musuh, pada hari ini, Ustadz Nasha menerima "tikaman" dari rakan dalam kelambu sendiri pula.

Keterlaluan! Pihak Berkuasa Perlu Ambil Tindakan Ke Atas Gambit

Gambit Perjelas Arah Klip Video Unsur Lucah

PETALING JAYA: Pengarah klip video Marilah, nyanyian Prema Yin iaitu Gambit Saifullah (gambar) menganggap video klip tersebut tidak berunsur lucah dan keterlaluan seperti mana yang dipersoalkan oleh sesetengah pihak.

Malah menurutnya, klip video yang menggandingkan penyanyi itu dengan pelakon Shahz Jazle tidak seharusnya dijadikan kontroversi kerana hanya memaparkan adegan yang dianggap 'biasa'.

"Saya tidak rasa ia menjadi kontroversi kerana saya hanya menampilkan adegan pasangan suami isteri yang sudah kehilangan cinta dan mempunyai ego masing-masing.

"Saya rasa ia tidaklah terlalu teruk, mungkin ia menjadi kontroversi disebabkan saya dan Shahz Jaszle terlibat dalam klip video ini," ujarnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Gambit (gambar) diminta memberi penjelasan berikutan klip video Marilah yang merupakan single terbaru Prema Yin dikatakan memaparkan aksi bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini.

Dalam klip terbabit, Shahz Jazle dan Prema Yin dilihat melakukan aksi hampir-hampir bercium, berpeluk serta melakukan adegan seperti sedang berada dalam keadaan berahi.

Shahz Jazle melakonkan watak dengan memeluk pasangannya seolah-olah mahu melakukan adegen seks dalam klip video 'Marilah'.

Mereka juga dikatakan cuba membuat publisiti murahan bagi meraih perhatian masyarakat khususnya peminat industri hiburan tanah air.

Kata Gambit, klip video tersebut dihasilkan mengikut perbincangan daripada pihak produksi dan klien yang mahukan ia mengikut standard klip video artis luar negara.

Menurutnya, niat utama penghasilan klip video itu adalah untuk pasaran Amerika Syarikat.

Antara babak dalam klip video 'Marilah' nyanyian Prema Yin.

"Memanglah kalau boleh saya ingin ia turut diterima oleh peminat hiburan tanah air. Tapi kalau ia tidak diluluskan, saya tidak ada bantahan kerana hasrat utama menghantarkannya ke Amerika Syarikat," katanya.

Dalam pada itu, Gambit turut mempersoalkan mengapa sesetengah pihak mengatakan karyanya itu keterlaluan dan lucah sedangkan banyak filem tempatan yang menampilkan aksi lebih daripada itu.

"Kenapa orang ingin mempertikaikan klip video ini sedangkan filem ...Dalam Botol yang jelas memaparkan hubungan songsang dan terdapat aksi lebih teruk tetapi ia diluluskan.

"Apa salah saya, bagi saya video klip tersebut tiada adegan cium ataupun meraba," ujarnya.

Bagaimanapun, dia menerima teguran yang dibuat secara positif dan akan cuba yang terbaik untuk masa akan datang.

"Saya tidak kisah apa orang nak cakap tentang klip video tersebut, saya terima teguran mereka dan akan lebih berhati-hati lagi selepas ini," katanya.

Sementara itu, Prema Yin yang dihubungi kini berada di Amerika Syarikat manakala Shahz Jaszle pula tidak menjawab panggilan untuk mengulas tentang klip video tersebut. -mstar


Waspada: Badan Dunia Dakwa Telefon Bimbit Penyebab Kanser

Paris – Pengguna-pengguna telefon bimbit berisiko menghidap kanser otak dan mereka dinasihatkan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan alat pendengaran telefon, kata beberapa pakar barah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut WHO, penggunaan SMS dan alat pendengaran telefon itu akan mengurangkan si pengguna terdedah pada gelombang telefon bimbit.

Medan frekuensi elektromagnetik radio yang dibebaskan telefon bimbit berisiko menyebabkan kanser pada manusia,” kata kenyataan Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC) selepas persidangan lapan hari diadakan di Lyon Perancis kelmarin.

Pakar-pakar membuat rumusan itu berdasarkan penelitian ke atas kajian melibatkan manusia dan kajian epidemiologi yang menunjukkan peningkatan berlakunya glioma iaitu sejenis kanser otak,” kata Presiden IARC, Jonathan Samet.

Dua kajian utama menunjukkan mereka yang paling kerap menggunakan telefon bimbit lebih berisiko dijangkiti kanser otak, katanya dalam satu sidang akhbar melalui telefon.

Beberapa individu berisiko tinggi yang dipantau dalam kajian-kajian tersebut telah menggunakan telefon bimbit mereka pada kadar purata 30 minit sehari selama 10 tahun.

“Kami tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku sekiranya orang ramai menggunakan telefon bimbit untuk tempoh masa yang lebih lama dan sepanjang hayat mereka,” kata Samet.

Terdapat sekitar lima bilion telefon bimbit berdaftar di dunia dan jumlah itu serta masa penggunaannya semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jelas IARC, bukti saintifik menunjukkan telefon bimbit berpotensi menyebabkan kanser tetapi ia masih perlu dibuktikan. – AFP

Al-Kisah, Mereka Berkempen Di dalam Perasmian Muktamar

Perasmian Muktamar Pemuda berbau kempen?

Tayangan video pendek berhubung program Pemuda PAS dalam muktamarnya pada Selasa malam menimbulkan cakap-cakap sama ada ia berbau kempen.

Ini kerana video kira-kira 10 minit itu dilihat hanya memaparkan sedutan rakaman acara melibatkan beberapa pemimpinnya sahaja.

Selepas ketua dewan itu Nasrudin Hassan menyampaikan ucapan dasar, muktamar dipertontonkan dengan tayangan mengenai program yang dianjurkan mereka, termasuk penyertaan dalam demonstrasi di ibu negara.

Antara dipaparkan dalam itu, sedutan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasrudin sendiri yang memberi ucapan penuh semangat.

Mereka dipaparkan dalam satu sedutan video yang berasingan.

Susulan penayangannya, timbul cakap-cakap, termasuk di kalangan wartawan yang mempersoalkan sama ada suatu kempen kepada Tuan Ibrahim.

Dalam perebutan kerusi nombor dua PAS, Tuan Ibrahim menghadapi persaingan tiga penjuru dengan penyandang Nasharudin Mat Isa dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.

'Jangan nilai kepetahan pidato saja'

Kira-kira hampir 700 perwakilan termasuk hadirin bagaimanapun menonton dengan penuh khusyuk tayangan tersebut.

Manakala, dalam buku ucapan dasar yang diedarkan kepada wartawan, Nasrudin juga turut menyentuh berhubung pemilihan kepimpinan parti di pelbagai peringkat.

Beliau berkata Islam mengajar supaya dipilih pemimpin yang "layak, mampu dan beramanah".

"Bukan populariti, bukan juga title yang ada pada nama dan tidak hanya dinilai pada kepetahan berpidato semata-mata.

"Sebaliknya memilih dan menyerahkan amanah kepimpinan kepada mereka yang ikhlas, benar, berilmu, mampu melaksanakan tugas dengan baik, berakhlak dan bertakwa," katanya.

Tegasnya, pemilihan tersebut usah dijadikan kesempatan untuk bersengketa tetapi dijadikan sebagai peluang "untuk merapatkan jurang, mengimpal retak, menjalin ukhwah, membina persefahaman dan menyatukan fikrah".

"Kita bentuk saf perjuangan yang satu dan padu laksanakan ikatan batu-bata, membangun menara kukuh gah di persada juang,"katanya. -mk

Ulasan GB

Memang jelas ternyata ia berbau kempen. Dan kita percaya, ini adalah siri perancangan yang teratur lanjutan dari pendedahan mengenai "geng Terengganu" yang telah menziarahi Tuan Ibrahim dan Nasruddin Tantawi sendiri.

Percubaan untuk menaikkan Tuan Ibrahim dan memburukkan Mohd Sabu sebagai calon Timbalan Presiden terlalu jelas dan nyata:


..Antara dipaparkan dalam itu, sedutan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasrudin sendiri yang memberi ucapan penuh semangat...

"Bukan populariti, bukan juga title yang ada pada nama dan tidak hanya dinilai pada kepetahan berpidato semata-mata...


Apa ertinya kamu menyatakan "SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN” sedangkan ciri-ciri mereka masih ada di kalangan kamu!

Paling memalu dan menjijikkan di dalam hidup berjemaah masih ada rupanya yang masih bersikap tahi kucing apa tah lagi di kalangan yang memakai serban pula.

Berlagak seperti ulamak tersohor sedangkan nilai tapak kaki seorang pemuda di kampung yang tidak dapat menyertai muktamar tetapi ikhlas berjuang kerana Allah mungkin jauh lebih mulia dari muka-muka mereka yang pepat di luar rencong di dalam ini.

Astaghfirullah! Kita hanya mampu berserah kepada Allah s.w.t. untuk menghukum & memancung setiap mereka yang terlibat di dalam perancangan jahat yang dilakukan oleh tangan-tangan dan hati-hati yang tidak senonoh itu.

Allah Maha Berkuasa, Maha Tahu dan Maha Melihat!


Tragedi Bot Karam & Ribut Yang Melanda - Ia Sudah Dijangka

Mangsa Bot Karam Berpaut Pada Tong, Serpihan Bot Sebelum Diselamatkan

KOTA TINGGI: Kesemua 17 pendatang asing tanpa izin rakyat Indonesia yang selamat dalam kejadian bot pancung karam di perairan Pengerang, di sini, awal Rabu, terpaksa berpaut pada tong dan serpihan kayu bot hampir lima jam sebelum diselamatkan pasukan keselamatan.

Menyifatkan kejadian itu sebagai 'mati hidup semula', Ilham Abdul Muid, 32, berkata dia bersama rakannya, Selamat Mustar, 36, berkongsi berpaut pada satu tong minuman bersaiz tiga liter sebelum diselamatkan sebuah kapal dagang kira-kira 10 pagi.

"Kejadian itu berlaku sekelip mata. Semuanya bermula apabila bot kami dilambung ombak besar sebelum air memasuki bot.

"Dalam keadaan kelam kabut, kami semua sempat mencedok air keluar dari bot sebelum bot tenggelam kira-kira 10 minit kemudian," katanya kepada pemberita di Kompleks Jeti Penumpang dan Marina Awam Tanjung Pengelih, Pengerang, dekat sini Rabu.

Ilham berkata ketika berada di dalam bot dia turut terdengar kebanyakan mangsa melaungkan 'Allahu Akhbar' dan tidak putus-putus menjerit meminta pertolongan.

Dia yang mencari rezeki dengan menjadi buruh di negara ini sejak tiga tahun lepas, menegaskan tidak menyangka kejadian seumpama itu menimpa dirinya yang mahu pulang ke Medan, Indonesia untuk melangsungkan perkahwinan hujung bulan ini.

Detik cemas kejadian itu turut dikongsi bersama seorang lagi mangsa, Agus Umuan, 46, yang menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang tidak diduga, membuatkan seluruh mangsa yang berada di dalam bot berkenaan menjadi panik.

"Dalam keadaan gelap, saya nampak ombak bergelora besar yang membuatkan bot kami dimasuki air. Kami semua terus mencapai apa sahaja peralatan yang dijumpai untuk membantu mengeluarkan air dari bot sebelum bot kemudian tenggelam," katanya yang berpaut pada satu tong minyak sebelum diselamatkan.

Sardi Rosni, 25, dari Lombok pula tidak menyangka dia selamat dalam kejadian itu selepas terapung selama lebih lima jam.

"Semasa terapung saya tidak putus-putus berdoa dan berharap dapat diselamatkan. Ini adalah kepulangan pertama saya ke Lombok setelah lebih empat tahun bekerja di sebuah ladang di Jerantut, Pahang," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Beberapa kejadian malatepaka menimpa hari ini. Blog GB pada hari ini sahaja sudah memaparkan beberapa peristiwa malang yang menimpa:

1) Di Pasir Mas, Mangsa Sempat Mengucap, Sampan Tenggelam Setelah Dipukul Ombak

2) Ribut Melanda Muar, Lebih 30 Kediaman, Warung Rosak

dan yang tak sempat dilaporkan:

3) Ribut ombak cemaskan penduduk di Seberang Temerloh

Ini bererti sekurang-kurangnya ada empat bencana yang berlaku yang dilaporkan pada hari ini.

Pada dua hari lepas iaitu pada 29 Mei 2011, GB menyatakan terdapat satu peristiwa aneh: Waspada! Ribuan Ikan Mati Di Manila, Ada Pengajaran Disebaliknya

Dan ia benar-benar memberikan pengajaran seperti yang GB duga:

Peristiwa ikan mati nampaknya semacam tidak signifikan semasa kejadiannya, tetapi ia adalah impak dari satu malapetaka yang telah berlaku lebih awal di dasar laut sebelum ia benar-benar muncul sebagai satu bencana di permukaannya.

Sekarang berlaku pula di Manila, sebuah negara yang berjiran dengan Malaysia, petunjuk apakah itu ....?