3 Sep 2012

Mahfuz Cerita Detik Balingan Kasut Yang Hampir Terkena Beliau

Mahfuz: ‘Kasut dibaling nyaris terkena saya’

ALOR SETAR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar nyaris terkena balingan kasut oleh kumpulan Perkasa yang hadir membantah majlis tazkirah Maghrib bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, malam tadi.

Katanya, balingan kasut itu yang disasarkan ke arah Anwar bagaimanapun, terkena jemaah yang duduk di sebelahnya.

“Kedudukan saya dengan Anwar ketika itu, hanya selang tiga orang. Saya terkejut apabila ada kasut (sandal) terkena orang di sebelah saya.

“Rupanya kasut itu dilempar melalui tingkap masjid oleh ahli kumpulan yang membantah di luar masjid,” katanya ketika dihubungi.

Mahfuz berkata, perbuatan melempar kasut ke dalam masjid adalah perbuatan biadap kerana mencemar rumah ibadat yang dihadiri jemaah untuk solat dan mendengar tazkirah.

“Mereka sanggup mencemar tempat suci dan saya anggap ianya suatu penghinaan kepada institusi masjid. Perbuatan itu tidak wajar sebab orang ramai datang untuk dengar tazkirah, bukan ceramah politik,” katanya.

Menurutnya, kumpulan yang didakwa didalangi Perkasa Kota Setar itu dianggap tidak menghormati imam masjid tersebut kerana imam terlebih dahulu mengumumkan Anwar dibenarkan mengadakan tazkirah.

“Anwar mematuhi syarat ditetapkan iaitu hanya menyentuh isu agama dan pembangunan ummah, tanpa menyelitkan isu politik. Perbuatan melampau yang memberontak hingga ke dalam masjid itu seolah mahu menggambarkan tazkirah mempolitikkan masjid, sedangkan ia tidak berlaku,” katanya.

Mahfuz berkata, tindakan Perkasa itu seolah provokasi politik pihak tertentu dan Umno tidak boleh menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu memandangkan,Pengerusi Perkasa Kota Setar memegang jawatan dalam Umno.

“Saya kesal seorang pemimpin Umno bertaraf Datuk sanggup mengepalai gerakan mencemar rumah ibadat, dan gelaran itu wajar ditarik balik ekoran dianugerahkan oleh Sultan Kedah, selaku Ketua Agama Islam Kedah,” katanya.

Menurutnya, penduduk memaklumkan mereka tidak kenal peserta yang membantah kerana bukan anak kariah.

“Ini bermakna mereka orang luar yang datang membuat kacau. Perbuatan mereka itu lebih biadap berbanding memijak gambar pemimpin,” katanya.

Mahfuz berkata, sejurus 10 minit Anwar berucap, bekalan elektrik diputuskan pihak tertentu, menyebabkan jemaah terpaksa berpanas dan bergelap ketika mendengar tazkirah.

“Hanya lampu kecemasan berfungsi dalam masjid ketika itu. Bekalan elektrik kembali pulih ketika jemaah berdoa selepas menunaikan solat Isyak,” katanya.

Kelmarin, sekitar 6.20 petang, lebih 50 ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menentang penggunaan masjid itu sebagai medan politik Anwar. Mereka seterusnya mengadakan bantahan di luar Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, tempat di mana Anwar menyampaikan tazkirah Maghrib. -SH

Ulasan GB

Sudah ada pengakuan dari PERKASA yang bertindak liar di dalam masjid tatkala Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah.


Sekalipun jika mereka tidak bersetuju dengan tindakan Anwar, apakah hak mereka di sisi undang-undang untuk melakukan pencerobohan dan keganasan di dalam dan di kawasan masjid?

Polis perlu bertindak kerana sudah ada pengakuan. Ini bukan kali pertama. PERKASA, di mana saja, berkelakuan dan bertindak samseng dengan meletakkan undang-undang di dalam mereka sendiri tetapi sehingga kini polis mendiamkan diri tanpa mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

Kita meminta polis bertindak tegas terhadap PERKASA sebelum negara menjadi huru-hara kerana kelemahandan kengganan polis di dalam mengawal tingkah laku mereka.





Lagi Dituduh Anti-Melayu Lagi Ramai Melayu Sertai DAP

Johor Bharu - Sepasang suami isteri yang memiliki latar belakang akademik tinggi mengambil keputusan menyertai DAP bagi membuktikan parti berkenaan adalah untuk semua rakyat Malaysia.

Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi bersama isterinya, Norhayati Yusof memilih parti itu untuk menjelaskan bahawa DAP bukanlah untuk bukan Melayu sahaja.

Mohamad Tajuddin berkata, serangan segelintir pihak terhadap DAP kononnya parti itu anti-Melayu dan anti-Islam mahu ditanganinya secara ilmiah.

“Saya tidak terlalu minat bidang politik dan orang parti. Cuma saya agak kurang senang terhadap serangan segelintir pihak kepada rakan-rakan bukan Melayu khususnya dalam DAP bahawa mereka anti-Melayu dan anti-Islam.

“Sebagai seorang ahli akademik, saya mahu perkara ini diperbetulkan dan saya mahu menjadi ‘jambatan’ antara orang Melayu dan bukan Melayu seterusnya mengajak bersama menyertai DAP,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bilik Gerakan DAP Dewan Undangan Negeri (Dun) Stulang di Taman Maju Jaya, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.
Tajuddin berkata, penyertaan dalam DAP sebagai ahli biasa membuktikannya percaya kepada kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuklah parti komponen lain iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya juga hormat satu atau dua pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana mereka orang yang bertanggungjawab.

“Akan tetapi, saya memilih untuk menyertai DAP. Tambahan pula, saya kenal dengan rapat Dr Boo selama beberapa tahun malah percaya dengan kepimpinan beliau,” katanya.

Sementara itu, Norhayati yang merupakan bekas guru berkata, penyertaan dalam DAP dengan mengikut jejak suami merupakan percubaan baru dalam kehidupannya.

“Sebab saya masuk DAP adalah kerana saya mahu memberitahu kepada rakyat bahawa DAP bukanlah parti untuk bangsa Cina dan India sahaja, sebaliknya untuk semua.

“Ini kerana kebanyakan masyarakat mempunyai persepsi DAP adalah untuk bukan Melayu sahaja. Oleh itu, menerusi penyertaan ini, saya mahu rakyat Malaysia buka hati dan minda untuk menerima DAP,” katanya. -SH

Ulasan GB

Tepat pemerhatian GB sebelum ini. Sewaktu mengulas penyertaan dua orang kanan Najib ke dalam UMNO, Sakmongkol dan Aspan Alias, GB menyatakan:

Begitulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Pemimpin UMNO dan media massanya menyerang DAP bertubi-tubi, tanpa disedari, natijah dari serangan itu, dua blogger hebatnya kini menyertai DAP.

Melopong UMNO kali ini, apa tidaknya, Sakmongkol AK47 (Mohd Ariff Sabri Aziz) adalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada 2008 dan juga ketua penerangan bahagian Pekan yang merupakan kawasan Datuk Seri Najinb Tun Razak.

Aspan Alias pula seorang veteran Umno Negeri Sembilan yang tajam penanya, lantang mengkritik pentadbiran pemerintah sejak beberapa tahun lalu.

Lagi kuat UMNO hentam DAP, lagi ramai ahli UMNO sendiri yang akan sertai DAP. Jangan main-main dengan hukum kebenaran dan keadilan.


Tiada Pasukan Khaskah Ditubuhkan Untuk Siasat Yang Kencing Macam Anjing Ini?






------------------------------------



Polis tubuh pasukan khas



KUALA LUMPUR 2 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat insiden peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar pemimpin negara dan menghina Jalur Gemilang semasa ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka pada malam Khamis lalu.

Sehubungan itu, polis memberi amaran kepada individu terlibat melakukan perbuatan tersebut yang gambar mereka tersebar di Internet dan disiarkan dalam beberapa akhbar hari ini, supaya tampil membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya memandang serius perbuatan tersebut kerana ia boleh menggugat kestabilan negara dan tidak teragak-agak mengambil tindakan berdasarkan undang-undang.

"Semasa Perhimpunan Janji Bersih diadakan pada malam 30 Ogos lalu di Dataran Merdeka, telah berlaku insiden beberapa individu mempamerkan bendera 'baru' untuk menggantikan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

"Terdapat juga insiden beberapa individu bertindak memijak gambar pemimpin negara dan seorang individu yang menunjukkan punggung atas gambar pemimpin negara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini
. -petikan UM


PERSOALANNYA,
MENGAPA "DOUBLE-STANDARD"?





.. DAN SIAPA SEBENARNYA SELAMA INI
SEMAI POLITIK KEBENCIAN MELAMPAU?


Pijak Gambar Pemimpin Negara Perbuatan Melampau

Bersama ini disertakan teguran dan kritikan yang dibuat oleh pimpinan UMNO/BN berhubung peristiwa memijak gambar DS Najib oleh beberapa peserta 'Janji Bersih' pada malam 30hb Ogos. PAS sememangnya menganggap ianya tindakan liar yang tidak menepati politik Islam yang seharusnya menunjukkan contoh dan akhliak yang tinggi. Kami menyeru semua ahli, penyokong dan pengikut PAS dan parti-parti politik PR supaya jangan terikut-ikut dengan corak politik tidak berakhlak yang ditaja oleh UMNO/BN. Mereka bukan guru kami dan oleh itu budaya politik samseng dan tidak berakhlak itu perlu dijauhi sekiranya kita ingin membawa perubahan dan perbezaan. Bersama ini turut disiarkan gambar-gambar penyokong UMNO memijak gambar saya, DSAI, LGE dan TS Abd Khalid Ibrahim yang telah berlaku jauh lebih awal tanpa apa-apa teguran oleh pimpinan UMNO. Jangan kita terikut dengan cara-gaya mereka.

Kenyataan pimpinan UMNO yang jelas hipokrit adalah seperti berikut:-

Tindakan segelintir pihak memijak gambar (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor) disifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara.

Sehubungan itu, beliau berkata polis akan menyiasat perkara itu dan seterusnya menyerahkan kepada pihak pendakwaan dan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama,” kata Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pengkalan Chepa di sini, Sabtu.







Hishammuddin berkata perkara seumpama itu perlu ditangani dengan bijak dan cepat supaya ia tidak dieksploitasi pihak tertentu.

Selain memijak gambar pemimpin pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka ketika sambutan ambang merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke-55, ada peserta membawa ‘bendera baharu’ yang disifatkan ramai pihak sebagai tidak menghormati kedaulatan negara.

Hishammuddin berkata apa yang dilakukan pihak berkenaan juga dibimbangi boleh menjurus kepada keadaan negara menjadi huru-hara, dan menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi mengenai soal keselamatan negara.

Berita ihsan UTUSAN, gambar sekadar hiasan dari sekitar Internet. -khalidsamad.com


Terkena Batang Hidung: Rumah Polis Kena Rompak, Jenayah Menurun?

Ayer Tawar - Seorang pegawai polis mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila rumahnya di Taman Permata di sini, dirompak malam kelmarin.

Mangsa, M D Amarthalingam berkata, ketika kejadian mereka sekeluarga tiada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan sanak saudara di Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia sekeluarga terkejut apabila mendapati rumah mereka dalam keadaan berselerak setelah pulang dari majlis berkenaan pada jam 6 petang, semalam. “Kami sekeluarga ke Kuala Lumpur pada Khamis lalu dan pulang semalam.

“Apabila membuka pintu, saya amat terkejut melihat keadaan rumah yang tunggang-langgang. “Saya mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku dan bergegas memeriksa wang milik anak saya. "Saya dapati wang anak saya sebanyak RM7,000 dan beberapa barang kemas telah hilang,” katanya.

Tambahnya, perompak berkenaan dipercayai masuk ke rumahnya melalui pintu di bahagian belakang rumah. “Apabila saya ke bahagian belakang rumah, saya dapati kekisi tingkap telah diumpil dan mengesyaki perompak terbabit memasuki rumah melalui tingkap berkenaan," katanya. Malah, terdapat ladang kelapa sawit di belakang rumah Amarthalingam yang menyebabkan kejadian rompakan itu tidak disedari oleh jiran sekitar rumahnya.

"Ini adalah kejadian pertama rumah saya dipecah masuk dan keadaan belakang rumah yang banyak tanaman kelapa sawit menyebabkan tiada orang perasan kejadian rompakan itu berlaku,” katanya. Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana keluarganya selamat walaupun kehilangan harta benda.

“Satu laporan polis telah dibuat berkenaan kejadian itu bagi memastikan penjenayah berkenaan dibawa ke muka pengadilan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. -


Ulasan GB

Berulang kali GB sudah katakan tapi Menteri KDN, Pemandu dan KPN masih bertegas menyatakan kadar jenayah dah turun.

Petikan ulasan GB yang lalu

Sekarang satu demi satu terkena batang hidung, beberapa hari lepas Bekas ketua Wanita UMNO Bukit hangus mati ditikam, pada bulan lalu banglo Rahim Tamby Chik diceroboh, dari berita di atas rumah bekas Ketua Polis Melaka dan jirannya di Taman Sentosa kena rompak dan kini rumah exco di pecahmasuk. Beberapa rumah artis juga menjadi sasaran seperti Wardina, Mawi dan terbaru rumah Aznil dan Imuda.

Kebenaran itu tidak boleh disembunyi atau ditipu. Ia akan muncul juga bahawa kadar jenayah tidak turun seperti yang digembar-gemburkan.

Anggota polis nampak gayanya lebih memberi tumpuan untuk menyekat parti politik pembangkang dengan segala kekuatan FRU, CID, SB dan sebagainya ditambah untuk mengekang kebangkitan rakyat dan mempertahankan kerajaan UMNO BN yang dah nak tumbang.

Sedangkan persoalan jenayah diabaikan dan dipandang remeh.

Kita bukan nak mentertawakan polis apabila rumah anggotanya dipecah masuk, tetapi kita ingin mengingatkan polis supaya berkhidmat untuk rakyat dan negara bukan untuk UMNO BN yang kini nazak cuba mempertahankan kuasa.


Kuota Haji Tidak Disekat, Bukti Nyata Menteri UMNO Berdusta!

Putrajaya - Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 orang untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bagaimanapun, katanya permohonan untuk mendapatkan kuota tambahan akan diteruskan berikutan masih ramai jemaah Malaysia yang belum berpeluang menunaikan haji ekoran kuota yang terhad setiap tahun.

Sehingga kini seramai 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia lebih 75 tahun sudah berdaftar untuk menunaikan haji, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Masjid Putra, di sini malam tadi.

Sebelum ini isu kuota haji untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini menjadi kebimbangan banyak pihak dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas.

Berikutan tindakan itu, kerajaan Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra untuk melahirkan rasa kecewa dengan tindakan berkenaan.

Sehubungan itu Jamil Khir menasihati jemaah haji Malaysia supaya menjaga tingkah laku dan ketertiban sepanjang berada di tanah suci serta tidak mengadakan sebarang program atau perhimpunan yang tidak dibenarkan.

"Maka ini akan menjadi satu kekuatan untuk kerajaan Arab Saudi untuk sentiasa melihat Malaysia sebagai negara keutamaan apabila mereka ingin memberikan kuota tambahan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata penerbangan pertama untuk ke tanah suci tahun ini akan bermula pada 17 Sept melibatkan 400 jemaah dan penerbangan terakhir pada 29 Okt.

Katanya kerajaan juga akan mengekalkan kos haji untuk 28,000 jemaah muassasah iaitu pada kadar RM9,980 seperti tahun lepas, manakala jemaah kali kedua atau seterusnya perlu membayar tambang mengikut kos sebenar tanpa subsidi.

Mengenai Kursus Perdana Haji yang dianjurkan serentak di seluruh negara, Jamil Khir berkata ia diharap akan memberikan gambaran dan panduan lengkap kepada bakal jemaah untuk melaksanakan ibadah kelak.

"Kursus ini adalah sebahagian daripada apa yang dirancangkan supaya Malaysia kekal menjadi negara ikon, contoh dan penanda aras kepada negara-negara dunia yang melihat Malaysia begitu tertib, berdisiplin dalam pengaturan dan penyusunan jemaah haji," katanya.

Katanya Tabung Haji juga sudah melancarkan e-Book supaya dapat dijadikan panduan untuk jemaah Malaysia merujuk mengenai sebarang masalah berkaitan ibadah itu.- Bernama

Ulasan GB

GB dah kata dulu. GB tulis di sini: Kuota Haji Akan Disekat? Menteri-menteri UMNO Malaysia Memang Pendusta

Jamil Khir, Anifah Aman dan Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab kerana berdusta. Cuba memburukkan BERSIH tetapi akhirnya pendustaan itu tidak menjadi.

Kuota haji memang tidak disekat tetapi menteri-menteri tersebut berbohong semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat dengan mempermainkan kuota haji melalui fitnah terhadap BERSIH dan kerajaan Arab Saudi, kononnya kerajaan Arab Saudi akan menyekat kuota haji tahun ini.

Ketiga-tiga menteri itu lansung tidak takut dosa. Tak takut Tuhan dan tak takut lidahnya dikerat kerana berbohong dan berdusta.

Tidak mengapa, kita serahkan mereka kepada Allah swt untuk membalas segala perbuatan hina mereka itu.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



[VIDEO & BERGAMBAR] Himpunan Hijau Raub 209 Bantah Sianida Di Lombong Emas

Kumpulan besar berdemo di Raub

Ribuan orang berkumpul di sepanjang Jalan Bukit Koman, Raub untuk menyatakan bantahan mereka terhadap penggunaan sianida di lombong emas berdekatan.

Peserta "Himpunan Hijau Raub" itu rata-rata memakai kemeja-T hijau, bersorak dan mengambil gambar sendiri sebelum perhimpunan itu bermula kira-kira pada jam 2.15 petang.

Penduduk Kampung Baru Bukit Koman, berdekatan lombong itu mendakwa penggunaan sianida menjejaskan kesihatan mereka tetapi perkara itu ditolak oleh kerajaan dan syarikat pengendali peng Raub Australia Gold Mining Sdn Bhd.

Penduduk, khususnya melalui Jawatankuasa Haramkan Sianida sejak 2007 menentang operasi itu melalui pelbagai cara, termasuk mahkamah.

Mereka berkumpul di padang kompleks sukan Raub yang dikenali penduduk setempat sebagai Padang milo. Polis melarang mereka berarak dan meminta Raub Australia Gold Mining menghantar wakil untuk menerima nota bantahan.

Dalam pengumuman menyuraikan peserta pada jam 4.33 tadi, penganjur bagaimanapun menyuarakan kekesalan mereka terhadap Raub Australia Gold Mining yang didakwa hanya menghantar dua kakitangan junior untuk menerima nota bantahan penduduk.

Mereka juga menyerahkan salinan dokmen itu kepada Ketua Polis Daerah Raub Wan Mohd Samsudin Wan Osman dan mendesaknya memastikan salinan itu sampai ke meja presiden syarikat itu. -mk


Tuan Ibrahim beri cara selesaikan projek bahaya

RAUB: Di Himpunan Hijau Raub, Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan cara penyelesaian kepada rakyat untuk menyelesaikan kontroversi projek-projek berbahaya yang kini melanda negara kita.

“Untuk hentikan sianida, Lynas – satu saja caranya, kita kena hentikan BN,” demikian kata beliau di himpunan petang tadi yang dihadiri hampir 10,000 rakyat.

Petang tadi, Himpunan Hijau Raub terhadap penggunaan sianida di lombong emas telah menghantar satu mesej yang jelas kepada kerajaan supaya berhenti menganggap negeri kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pusat kerosakan alam sekitar dan kesihatan.

Dalam suasana seperti berpesta dan bersemangat tinggi di padang kompleks sukan Raub, para hadirin yang berpakaian hijau menyatakan bantahan mereka terhadap syarikat perlombangan Raub Australia Gold Mining Sdn Bhd yang terletak di kawasan penempatan manusia menggunakan bahan kimia berbahaya sianida yang menjejaskan kesihatan manusia.

Bantahan terhadap kilang Lynas di Gebeng, Kuantan turut kelihatan.

Mangsa utama dalam kontroversi sianida di Raub ialah penduduk Kampung Baru Bukit Koman yang mengadu pelbagai masalah kesihatan akan tetapi rintihan dan bantahan mereka sejak 2007, melalui pelbagai cara termasuk mahkamah ditolak kerajaan dan juga pengendali lombong emas tersebut.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata himpunan ini bermatlamatkan agenda untuk menyelamatkan para penduduk Pahang daripada terus dianiayai akibat kecuaian kerajaan dalam meluluskan projek berbahaya tanpa memikirkan kesan kepada penduduk dan alam sekitar.

Beliau menegaskan himpunan kali ini diketuai NGO-NGO dan tidak berasaskan kaum mahupun politik.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan ahli parlimen Raub Datuk Seri Ng Yen Yen yang turut dijemput ke himpunan ini tidak menghadirkan diri.

Adnan sebelum ini menyifatkan isu penggunaan bahan kimia sianida di lombong emas di Bukit Koman, Raub, Pahang yang didakwa sebagai punca penyakit kulit kepada penduduk hanya merupakan propaganda pembangkang.

Beliau berkata perkara itu mempunyai kaitan dengan pihak tertentu yang gagal mendapatkan projek tersebut dan parti pembangkang iaitu DAP turut mengambil kesempatan terhadap isu berkenaan.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifli Omar sementara itu berkata himpunan kali ini adalah untuk menunjukkan solidariti bersama penduduk Kampung Baru Bukit Koman.

Kata beliau, sepatutnya projek lombong emas tidak boleh diadakan di kawasan tempat kediaman.

“Ini kena diletakkan di kawasan industri berat. Aduan penduduk sekian lama tidak dilayan, ini adalah antara sebab perhimpunan diadakan,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Pahang, katanya, telah menjadi pusat kerosakan alam sekitar dan kesihatan dengan adanya kilang Lynas yang mengeluarkan sisa-sisa radioaktif dan Australia Gold Mining dengan penggunaan sianida.

“Ini ditambah pula dengan kematian Tasik Chini,” kata beliau, sambil menambah kesan teruk pada alam sekitar adalah faktor kebangkitan rakyat menentang kerajaan.

Bahan kimia sianida, kata Zulkifli sudahpun diharamkan penggunaannya di beberapa negera seperti German, Eropah, Montana, Czech Republic, Belanda dan sebagainya.

Kes bencana ekologi Baia Mare pada 2000 di Romania telah mendedahkan bagaimana sianida telah mencemari air minuman 3 juta penduduk.

Zulkifli berkata kerajaan harus berhati-hati menarik pelaburan, dan memastikan kilang-kilang berbahaya ini terletak jauh daripada kawasan kediaman dan di kawasan yang dikhaskan untuk industri berat.

“Sianida ini cepat larut. Kilang mesti menggunakan bahan kimia alternatif untuk memproses emas,” katanya.

Selain Tuan Ibrahim dan Zulkifli, antara pemimpin Pakatan Rakyat yang turut hadir ialah Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Adun Sekinchan Ng Suee Lim, ahli parlimen Bakri Er Tech Hwa dan aktivis Bersih Maria Chin Abdullah dan Hishamuddin Rais.

Kegagalan Raub Australia Gold Mining untuk menghantar wakil seperti yang dijanjikan untuk menerima nota bantahan amat dikesali.

Akhirnya, penganjur (Jawatankuasa Bantah Sianida yang diketuai Wong Kin Hoong) menyerahkan salinan dokumen itu kepada Ketua Polis Daerah Raub Wan Mohd Samsudin Wan Osman dan mendesaknya memastikan salinan itu sampai ke meja presiden syarikat itu.
-HD





















[BERGAMBAR] Ribuan Manusia Di Ceramah Anwar Di Alor Setar Selepas Diserang


Sekalipun majlis tazkirah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diserang di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah oleh PERKASA, namun majlis ceramahnya di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah malam ini dipenuhi dengan lautan manusia.

Ia seperti sebuah satu gelombang kebangkitan rakyat yang meluap-luap untuk menggantikan kerajaan UMNO-BN dengan Pakatan Rakyat di Putrajaya.

Dianggarkan lebih 10,000 orang membanjiri Stadium Darul Aman untuk mendengar ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar.













Lebih 10,000 hadir ke ceramah #MerdekaRakyat di perkarangan Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah


Laporan sebelum ini
klik untuk baca