25 Ogo 2013

Warga Bosnia Turut Berdemontrasi Menyokong Mursi


Demonstrasi menyokong Mursi terus berlaku di pelbagai negara. Tak terkecuali negara-negara Eropah yang menentang kekerasan tentera Mesir terhadap pendukung Mursi.

Lebih kurang 200 anggota aktivis dari penduduk asal Mesir di Bosnia dan Herzegovina berkumpul di kota Sarajevo pada hari Sabtu (24/8), untuk berdemonstrasi menyokong rakyat Mesir menentang kekejaman tentera.

Perlaksanaan demonstrasi ini mendapat dukungan dari Badan Penduduk Asal Mesir di Bosnia.

Peserta aksi membawa tanda-tanda protes yang bertuliskan “Tentara Mesir membunuh rakyat sendiri,” “Kebebasan dan demokrasi untuk semua, bukan hanya untuk Eropah,” “Kekuatan rakyat akan menang, rakyat Mesir akan bebas,” “Tentera menuduh penggunaan senjata kepada orang-orang yang mereka tuduh terorisme.”

Aksi ini dilaksanakan tak hanya untuk mendukung rakyat Mesir, tetapi juga untuk meluahkan kekecewaan terhadap kudeta yang dilakukan pembangkang dan tentera di Mesir.

Yasser Lila, seorang wakil dari warga asal Mesir di Bosnia, menyatakan bahawa Bosnia menyokongWarga Bosnia Gelar Aksi Dukung Rakyat Mesir pertemuan ini dalam jumlah besar, kerana mereka telah mengalami nasib yang serupa pada tahun 1992.

“Tujuan aksi ini adalah untuk mendukung Mesir. Rakyat Mesir menunjukkan perjuangan siang dan malam, bahkan mereka dibunuh. Kami mendukung mereka dan kami mengirimkan pesanan bahawa mereka tidak sendirian,” kata Lila.

Kes Altantuya Perlu Dibicara Semula, Tubuh RCI Segera!

Mahkamah Rayuan patut mengadakan perbicaraan semula apabila mendapati wujud kecacatan dalam penghakiman kes, bukan membebaskan tertuduh, kata Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

Merujuk kes Altantuya Shariibuu, peguam itu berkata, Seksyen 60 Akta Kehakiman Mahkamah 1964 membolehkan hakim memerintahkan perbicaraan semula sesebuah kes ketika proses rayuan diadakan.

Memetik Keadilan Daily, Ahli Parlimen Subang itu juga mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berikutan banyak kecacatan dalam kes berkenaan.

“Contohnya, saksi penting seperti DSP Musa Safri tidak dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah,” katanya pada sidang media bersama Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, hari ini.

Semalam, Mahkamah Rayuan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari tuduhan membunuh Altantuya.

Penghakiman dibaca Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan berlaku penyalaharahan serius oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam mensabitkan tertuduh.

Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri dan kegagalan mengemukakan diari balai polis yang menyatakan Azilah berada di Bukit Aman pada masa kejadian.

Sivarasa berkata saksi lain yang patut dipanggil ialah Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, selain bekas Setiausaha Sulit Najib selama 20 tahun, Nasir Safar; dan adik Najib, Datuk Nazim Razak.

“Semua saksi ini penting bukan untuk membuktikan kesalahan Sirul dan Azilah tetapi untuk membuktikan siapakah yang mengarahkan kedua-dua tertuduh membunuh Altantuya,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, saksi penting yang baru ialah ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan; peguam Americk Singh Sidhu dan Cecil Abraham.

“Pendakwaan cacat dan skrip ulangan yang melucukan kerana mahkamah gagal mengenal pasti dan mendakwa individu yang arah pembunuhan Altantuya. Ini menyebabkan sistem keadilan di Malaysia hancur di mata dunia.

“Justeru saya mendesak sebuah suruhanjaya ditubuhkan bagi memulihkan kembali imej dan kredibiliti mahkamah,” katanya.


SAMM: 2 Pak Sanggup Dbebaskan, Altantuya Letupkan Diri Sendiri Guna C4?


Sememangnya dari awal kes pembunuhan Altantuya menyaksikan perbicaraan melibatkan Azilah dan Sirul ditangguh dan ditangguh sehingga selepas pilihan raya untuk memberi laluan Barisan Nasional menang PRU tersebut.

Kemenangan ini membolehkan kedua-dua ‘pak sanggup’ ini dibebaskan.

Perihal ini sudah disebut dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sudah menjangka keputusan mahkamah Rayuan yang membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Apabila BN kekal, rakyat bukan sahaja tidak mengetahui apakah motif pembunuhan dan siapa yang arah pembunuhan Altantuya, malah pembunuhnya juga dibebaskan.

Walaupun dalam kes yang berprofil tinggi, walaupun sudah mengaku melakukan pembunuhan malah menyebut diri sebagai ‘kambing hitam’ kerana menjadi pembunuh upahan, namun akhirnya dibebaskan.

Apakah ia satu keputusan menang-menang demi saling melindungi? Lihatlah bagaimana keadilan tidak berada di tempatnya, tetapi berada di tangan pemerintah.

Keputusan ini juga seharusnya memberikan ‘motivasi’ besar kepada pihak tertentu untuk terus menjalankan kerja ‘black-ops’ dengan jaminan dibebas sekiranya tertangkap dan dibicarakan.

Pihak tertentu termasuk kemungkinan melibatkan anggota polis yang mengikut telunjuk atasan mampu berbuat apa sahaja kerja jahat, pasti akhirnya terlepas hukuman dan dibebaskan. Maka tidak hairanlah jika selepas ini lebih banyak kes pembunuh upahan. Konspirasi akhirnya berjaya apabila si pembunuh, individu yang mengarah pembunuhan, orang tengah, semuanya selamat. Rekod imigresen Altantuya terus hilang, bersama rekod bahan letupan yang diseludup keluar.

Pendedahan mengenai kematian tragis Altantuya telah di buat oleh SAMM dan banyak pihak lain khususnya apabila melibatkan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene.

Che’GuBard sebelum ini pernah menulis dan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk ‘Siapa Arah Bunuh Altantuya’.

Buku tersebut telah menyebabkan che’GuBard ditahan sebanyak enam kali dan rumah Che’GuBard beberapa kali digeledah, namun tiada dakwaan terhadap che’GuBard.

Malah ketika buku ini dilancarkan, rumah Che’GuBard dibaling dengan bom botol.

Justeru itu, apakah konklusi paling tepat mengenai pembunuhan altantuya?

Negara hari ini menjadi kartun apabila membayangkan ‘sebenarnya’ Altantuya membunuh dirinya sendiri, kemudian bangun dan meletupkan pula dirinya menggunakan bom C4 demi menghilangkan bukti.

CHE’GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Peguam Negara: Polis Ketagih Dengan Ordinan Darurat


EO tak membantu perangi jenayah, polis “ketagih” dengannya, kata Peguam Negara

Buat pertama kalinya, peguam utama Putrajaya secara umum mengatakan tahanan tanpa bicara gagal mengekang jenayah sejak zaman dahulu namum polis menggunakannya kerana mereka "ketagih" dengannya.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kebanyakan suspek yang ditahan tanpa bicara akan dibebaskan namun tidak meningkatkan tahap keselamatan awam.

"Ini kerana tahanan kembali kepada aktiviti lama mereka selepas dibebaskan," katanya kepada The Malaysian Insider selepas satu forum pencegahan jenayah semalam di Petaling Jaya.

Beliau bagaimanapun berkata kebergantungan polis terhadap Akta Ordinan Darurat (EO) untuk menahan penjenayah tegar kerana mereka "ketagih" dengannya.

Sejak menghentikan penggunaan EO, Bukit Aman menggesa penggunaan semula akta itu yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menggesa pengenalan akta serupa bagi mengekang jenayah yang semakin meningkat di negara ini.

Sejak Mei, 35 kes tembakan dilaporkan diseluruh negara yang mengorbankan 24 nyawa.

Melalui penggunaan semula EO, tahanan boleh ditahan di pusat tahanan sehingga dua tahun.

Menteri Dalam Negeri boleh memperbaharui arahan penahanan selama dua tahun dan meneruskan kitaran berkenaan tanpa henti.

Gani berkata kepada forum pihak berkuasa perlu memadamkan rekod tahanan tiga bulan selepas mereka dibebaskan daripada pusat tahanan di bawah EO dan ia bermakna tiada sebarang tindakan boleh dilakukan pihak polis.

"Kita akan kekalkan akta itu jika kita contohnya mengekalkan cap jari mereka," katanya, merasionalkan alasan tidak menerima pengenalan akta pencegahan.

Mengaitkan bagaimana EO menjadi seperti hari ini, Gani berkata ia tidak melalui Parlimen dan tidak pernah berniat untuk digunakan secara kekal.

"Ia diluluskan Agong atas nasihat badan eksekutif berikutan insiden rusuhan 13 Mei pada 1969," katanya.

"EO diperkenalkan untuk memenuhi keperluan semasa kerana berlaku kehilangan nyawa dan harta selama beberapa hari berikutan insiden 13 Mei," katanya.

Gani menambah, tahanan EO pada ketika itu berdepan pendakwaan di mahkamah dengan memfailkan writ habeas corpus dan Pejabat Peguam Negara perlu respon.

Katanya, walaupun selepas penarikan balik EO pada 2011, tiada bukti daripada 1,567 kertas penyiasatan yang diserahkan dilakukan oleh bekas tahanan.

Gani berkata terdapat banyak lagi undang-undang, termasuk Kanun Keseksaan yang boleh digunakan untuk menahan dan mendakwa pesalah.

"Kita perlu menggunakan akta sedia ada untuk menghukum penjenayah ganas seperti Botak Chin dan lanun di Sabah pada masa itu," katanya.

Wong Swee Chin atau dikenali sebagai Botak Chin adalah antara penjenayah ganas dan berbahaya pada 1960 dan 1970 di Malaysia. Dia dikenali dengan rompakan pada siang hari, termasuk kes melibatkan jumlah wang yang besar.

Gani juga percaya dengan prinsip seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan cara terbaik menguruskan suspek adalah melalui pendakwaan di mahkamah.

"Akta pencegahan adalah melanggar hak asasi manusia dan kebebasan sedangkan Perlembagaan Persekutuan menetapkan ianya perlu dipelihara," katanya, dan menambah komuniti antarabangsa memuji tindakan Malaysia memansuhkan EO dan juga Akta Keselamatan Dalam Negeri. -TMI

[BERGAMBAR] Sekali Pun Diancam Pihak Tentera, Rakyat Mesir Teruskan Demonstrasi Aman


Rakyat Mesir yang terdiri dari pendukung presiden Muhammad Mursi turun ke jalan kelmarin, setelah selesai solat Jumaat , untuk berdemontrasi aman yang dilakkan di seluruh kota Kaherah.

Meskipun pemerintah sementara Mesir hasil kudeta tentera, melakukan aksi kejam untuk menekan rakyat serta menangkap para pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, ornagramai tetap melakukan demontrasi aman untuk menunjukkan pertentangan mereka.