29 Apr 2014

[TERKINI] Juruterbang Dakwa MH370 Di Laut Cina Selatan... Seperti Yang GB Jangka..


MH370: Juruterbang Dakwa Temui Pesawat Terhempas

SEORANG juruterbang dari New York mendakwa telah menemui serpihan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu di lautan berhampiran pantai Thailand.


Michael Hoebel, 60, mendakwa telah menemui imej serpihan itu selepas membuat pencarian menerusi ribuan imej pelbagai satelit yang terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan.

Juruterbang dari Tonawanda itu berkata, dia terkejut dengan imej yang diperolehi dan percaya pesawat dalam air itu telah terhempas sejak dua bulan lalu di timur laut pantai Malaysia iaitu lokasi ia dikesan melakukan lencongan.


Jelasnya, imej satelit tersebut dirakam pada 10 Mac iaitu dua hari selepas pesawat berkenaan dilaporkan hilang.


Ditanya mengenai kemungkinan imej itu merupakan banyangan seekor ikan yu, Hoebel menyoal," adakah seekor ikan yu sepanjang 21 kaki (6.4 meter) boleh didapati di lautan tersebut".

Lelaki itu juga yakin imej tersebut merupakan pesawat MH370 yang didakwa berakhir di Lautan Hindi baru-baru ini. -mstar

ULASAN GB

Jika dakwaan juruterbang berkenaan adalah benar, bahawa serpihan MH370 ditemui berhampiran pantai Thailand, ini bererti jangkaan GB sebelum ini bahawa pesawat MH370 terhempas di Laut Cina Selatan, bukan di Lautan Hindi adalah benar.

Sebelum ini GB pernah mengulas di SINI. Petikan:

GB berpendapat bahawa pesawat itu telah terbakar dan terhempas ke dasar laut di titik dimana dikatakan ia membuat U-turn. Ada yang bertanya kalau terhempas tentu ada serpihannya dan mengapa satelit tak menemui apa-apa?

Di dalam penerbangan EgyptAir yang terhempas pada 1999, menjelaskan tiada serpihan jika pesawat terhempas ke dalam laut. Kapal terbangnya tidak akan bercerai sebelum impak, dan akan tenggelam dengan cepat.

Satelit tidak menemui apa-apa kerana pesawat telah tenggelam ke dasar laut. Satelit hanya dapat merakam imej objek-objek di pemukaan laut, bukan di dasarnya!

Masalahnya ialah pencarian selama ini di Laut Cina Selatan dilakukan hanya di permukaaan, tidak di dasar laut. Tiada kapalselam yang mencari di dasar laut di titik dimana radar kali terakhir mengesan kedudukan pesawat berkenaan. Tiba-tiba pencarian di Laut Cina Selatan dihentikan. Terbabas penariannya ke tempat lain. Kejap ke sana sekejap sini.

Seandainya ada kapalselam yang mencari pesawat di Laut Cina Selatan berkemungkinan ia sudah ditemui sejak hari pertama ia dilaporkan hilang dan kemungkinan ada nyawa yang dapat diselamatkan. Tetapi lansung tidak dijengah di dasar laut itu.



Dan sekali lagi GB telah tegaskan di SINI. Petikan:
Sekarang dimana sebenarnya MH370 jika Inmarsat sendiri hari ini menafikan bahawa mereka berkesimpulan MH370 di Lauatan Hindi?

Sekalipun ada spekulasi menyatakan pesawat berkenaan ada di Diego Garcia, di Andaman, di Mexico, dan lain-lain tempat, GB tetap berpegang kepada prinsip "jika sesat dihujung jalan baliklah ke pangkal jalan". Ertinya di dalam keadaan bercelaru di dalam menentukan dimana sebenarnya kedudukan MH370 hari ini, adalah perlu untuk memulakan pencarian di tempat dimana ia terputus hubungan dengan satelit iaitu di Laut Cina Selatan. Itu pangkalnya. Carilah sampai ke dasar lautnya. Mengapa terlalu cepat SAR memberhentikan operasinya di Laut Cina Selatan?

Mungkin telahan GB (bahawa MH370 terhempas di Laut Cina Selatan) salah, tetapi proses pengesanan MH370 MESTI bermula dari situ kerana di situ tempat ia mula-mula "hilang". Jika tidak peluang untuk mengesan pesawat berkenaan semakin tipis.

Seperti yang GB utarakan sebelum ini berlaku jujurlah terhadap pencarian pesawat MH370. Kasihanilah keluarga mangsa yang telah menunggu lama...

Marilah kita sama-sama terus berdoa kepada Tuhan agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. Hanya DIA yang Maha Tahu dan Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).




IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Sah Utusan Akhbar Pemfitnah, Mohon Maaf & Bayar Gantirugi Kepada KGT


Fitnah KGT: Utusan mohon maaf, bayar gantirugi

KOTA BHARU: Selain memohon maaf kepada Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGT), Utusan Melayu juga diperintah membayar RM40,000 kepada agensi milik kerajaan negeri itu, di atas penerbitan berita berunsur fitnah.

Permohonan maaf tersebut menyebut Utusan Melayu dengan suci hati menyesali penerbitan artikel berkaitan KGT berdasar kenyataan diberi defendan keempat, Nik Mahani Mohamed.

Selain itu Utusan memohon maaf terhadap segala kesulitan, penjejasan ke atas reputasi dan apa-apa kerugian yang dialami hasil penerbitan berita-berita tersebut.

Oleh itu akhbar yang didominasi Umno tersebut juga berjanji tidak mengulangi kenyataan-kenyataan yang telah diterbitkan.

Perbicaraan kes tersebut dikendalikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Azman Abdullah pada prosiding yang berlangsung semalam.

Sebelum ini akhbar terbabit pada 18 Jun sehingga 2 Julai 2012 menerbit beberapa berita berunsur fitnah mengenai KGT antaranya bertajuk “KGT Didakwa Diselubungi Skandal”, “Polis Siasat Skandal Dinar Emas”, “Dinar KGT Didakwa Tiada Ciri Islam”, “Skandal KGT: Syed Azidi Sedia Kemuka Bukti” dan “Dinar Kelantan Sekadar Perhiasan Biasa”.

Berita-berita terbabit ditulis wartawan Saifulizam Mohamad dan Azran Fitri Abdul Rahim.

Pada perbicaraan itu Utusan Melayu diwakili peguam M Reza Hassan dan Ellia Zuraini Mat Zin bersetuju membayar sebanyak RM40,000 kepada KGT.

Plaintif (KGT) diwakili peguam Zainal Abidin Mustaffa.

Sebelum ini defenden keempat kes terbabit, Nik Mahani memohon maaf kepada KGT kerana memberi maklumat tidak benar berkaitan agensi itu kepada Utusan Melayu. - HD



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Pengakuan Berani Seorang Guru Di Mahkamah; "SAYALAH GURU ITU"


Percayakah anda? Sayalah pemandu kereta ini...

Saya tidak mungkin melupakan segala-galanya sehingga roh berpisah dari jasad saya. 21 Mei 2006, lebih kurang jam 2.05 petang.

Sungguh Malaikat Izrail memasuki dalam kereta dan mencabut dua nyawa yang berada disisi saya. Cumanya ketika itu bukan giliran. Saya kira semua orang tidak menginginkannya termasuk saya. Kemalangan yang menjadi kejutan kepada golongan guru seluruh Negara. Dua tiga akhbar utama menyiarkan berita itu. Pada ketika itu perjalanan kami dari Johor Bharu ke Segamat usai latihan/pemilihan sepak takraw negeri Johor dan saya akan membawa skuad Johor ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Perak seingat saya.

Fasa pertama latihan dan kami akan pulang dua malam ke rumah sebelum datang semula ke Johor Bahru untuk latihan selanjutnya. Namun segala-galanya ternoktah di atas lebuhraya utara selatan KM 50.2. Bermulalah satu perjalanan yang mencabar tetapi cukup mendewasakan. Menjadikan saya lebih berani dari semalam termasuk bercakap secara direct dengan ‘orang-orang besar’ dalam hirarki pentadbiran pelajaran negeri Johor.

Kata Nisah Harun dalam novel ‘Mencari Locus Standi’ tentang mahkamah; tiada yang menggembirakan di daerah ini. Tiada siapa yang mahu datang ke tempat ini andai tidak dipaksa atau terpaksa. Mahkamah jadi tempat yang perlu disiahkan, seolah-olah sekali melangkah ke sini akan sial sepanjang hayat!” Ayat ini membekas dalam diri saya. Segalanya menjadikan saya mesra dengan bahan bacaan berkaitan undang-undang, pekeliling-pekeliling perkhidmatan awam berkaitan tahan kerja, tatatertib dan lain-lain.

Ya! Segalanya ada hikmah dan mendidik. Dua tahun saya turun naik mahkamah Kluang. Hari pertama memasuki mahkamah 14 April 2007, cukup mengerikan apatah lagi hadir tanpa wang jaminan. Ketika itu saya tidak faham bahawa seseorang yang didakwa di bawah seksyen 41 (1) AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 yang jika tertuduh disabitkan dengan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak kurang RM5000 dan tidak lebih RM20,000, penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih sepuluh tahun (Act A 1065) mana-mana individu yang menghadapi pertuduhan sedemikian perlu hadir ke mahkamah dengan wang jaminan paling kurang RM5000 ( bergantung budi bicara Majistret)

Saya tahu sekiranya saya menulis secara tuntas dan sehabis jujur akan banyak pihak yang tersinggung. (Jadi saya cuba untuk tidak menyentuh banyak pihak) Sementelah kes saya ini akhirnya dibela oleh KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN (KPPK) dalam bahasa Inggerisnya di sebut National Union Teachers Progress (NUTP). Termasuk tekanan yang diberikan kepada saya, apabila menulis satu artikel di dalam Buletin KPPK keluaran Oktober 2007. Ekoran itu satu surat cadangan kepada pihak Lembaga tatatertib telah dihantar bertujuan mencadangkan saya ditahan kerja. (Saya tidak mahu menyebut siapa yang mencadangkan saya ditahan kerja, segelintir guru di Johor dan orang-orang kuat KPPK mengetahuinya dan yang pastinya individu itu telah bersara)

Inilah artikel yang tersiar di Buletin KPPK Oktober 2007

Sila rujuk pekeliling perkhidmatan awam bahawa seseorang penjawat awam yang ditahan kerja akan menerima separuh dari emolumennya setiap bulan. Ketika itu, jika tidak silap saya setelah ditolak hutang rumah, pinjaman peribadi, simpanan dan insurans, saya hanya layak menerima RM72.15 sahaja. Namun keyakinan kepada Allah, prinsip berani kerana benar, rahsia surah An-Nur, Muhammad, Thoha terbukti benar. Sungguh kenikmatan berdoa lebih dirasai apabila kita diuji berbanding jika kita berdoa dalam keadaan senang. Bukanlah maksudnya kita tidak berdoa tetapi percayalah! orang yang berdoa dalam keadaan terdesak antara hidup dan mati, bebas dan dipenjara, ditamat atau tidak kerjaya akan lebih bersungguh-sungguh menjejaki dasar hati.

Saya masih sentiasa teringat selepas solat tentang kenikmatan berdoa ketika saya di dalam keadaan yang cukup menguji itu. Alhamdulilah! Ya Allah kekalkanlah kenikmatan berdoa itu kepadaku dan seluruh umat Islam.

Isu tahan kerja saya mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Agung KPPK Miss Loke Yim Pheng, bekas Timbalan Pengarah Pelajaran Johor Tuan Haji Jamian Jaafar (telah bersara), Mr Chaw Tah Soo wakil KPPK Segamat), pengetua saya pada ketika itu Puan Hajjah Muriatun Mohd Said yang menyebelahi saya. Lalu maafkan saya Tan Sri menulis secara jujur berkaitan cadangan tahan kerja. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Haji Kusaini Bin Haji Hasbullah (Bahagian tatatertib), dan orang yang memahami cerita ini Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin Haji Awang (ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia) yang menolak cadangan tahan kerja tersebut. Kepada Miss Loke yang menjalankan amanah sebagai Setiausaha Agung KPPK yang mempertahankan saya dengan bercakap secara bertentang empat mata dengan ‘kepimpinan atas’ Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bayangkan jika cikgu berada di tempat saya. Sedangkan perjalanan saya adalah urusan tugas rasmi. Bawa murid-murid dengan bersurat arahan. Saya masih menyimpan segalanya (satu fail lengkap dan segala catatan peribadi turun naik mahkamah dari hari pertama hingga hari terakhir, yang jika saya turunkan segalanya di dalam blog ini; akan ada pihak yang tersinggung atau mahu marah dengan catatan jujur tersebut), malahan orang yang menandatangi surat itu juga masih hidup dan saya sendiri pernah bersemuka dengannya apabila dalam satu majlis, beliau memburukkan cara pemergian saya…….. (sukar untuk saya menuliskannya… terasa kelopak mata ini panas! Ya Allah berikanlah aku kekuatan menghadapi tipu daya dunia yang penuh dengan kepalsuan ini).

Saya tahu seorang guru tidak kebal dari segi undang-undang. namun ada bebrapa perkara berkaitan hal kebajikan seorang guru yang membawa murid ke tempat pertandingan, latihan atau apa sahaja yang perlu diambilberat oleh pihak berwajib.

Sungguh besar pengajaran yang Allah berikanlah! Andainya satu masa kita sebagai guru biasa menjawat jawatan tinggi ingatlah kebajikan dan keselamatan terhadap ‘anak-anak buah’ kita adalah satu amanah yang besar. Jika tidak yakin dengan hujah saya ini bacalah kitab yang berjudul “UMAR ABDUL AZIZ, SiRAH RASULULLAH, 10 SAHABAT YANG DIJAMIN SYURGA” Jika orang-orang bawahan kita ditimpa sesuatu musibah atau ujian berat dari Allah, lindungilah mengikut kemampuan, ziarahlah melihat keadaannya.

Dunia mahkamah sungguh asing bagi seorang guru biasa seperti saya, pun ianya adalah satu pengalaman yang sangat berharga. Saya dapat melihat sendiri bagaimana pendakwaan, pembacaan tuduhan, pembicraan berlangsung. Masih ingat lagi tentang kes bunuh yang dibacakan ketika hariu saya ke mahkamah dan perbicaraan kes dadah, curi motosikal…. Yang dapt saya lihat dan dengar sendiri.

Berbalik kes saya, setelah sekian lama akhirnya kes itu dibicarakan dengan pendakwa mengemukakan 2 pegawai penyiasat, doktor, seorang pegawai puspakom yang memeriksa kereta saya sebagai saksi . Ketika perbicaraan berlangsung, duduk di kandang tertuduh itu terasa kaki dan tangan sejuk seakan menanti hukum gantung walaupun hakikatnya jika kalah dalam kes itu saya setakat dipenjara dan bukan digantung….

Akhirnya Mahkamah memutuskan akan memberi keputusan pada 30 September 2009. Saya masih ingat malam yang damai itu, di mana solat hajat dilakukan secara beramai-ramai. Tempatnya markas PAS Segamat. Terima kasih kepada PAS kawasan Segamat, pemuda PAS, muslimat PAS, ibu, anak, isteri, sahabat-sahabat, rakan-rakan guru sekolah, kenalan rapat setempat tinggal saya dan kurang lebih dalam lapan puluh orang yang hadir pada malam itu, bersujud memohon kemenangan untuk saya dalam kes itu.

Lalu 30 September 2010, apabila saya masuk ke kandang tertuduh selepas nama saya dipanggil. Saya masih ingat segala-galanya. Mulut saya kumat-kamit membaca lima ayat awal surah Thoha, apabila peguam saya C.C Ayathurai (dibiayai sepenuhnya oleh pihak KPPK) bangun memaklumkan “Hari ini telah ditetapkan untuk keputusan”

Majistret muda. Seingat saya namanya Mohamad Azhar Arif menganggukkan kepala sambil sekilas memandang wajah saya dan kemudian terus membacakan keputusan. Begini bunyinya;

“Setelah mempertimbangkan hujah-hujah pihak pendakwaan dan pembelaan. Mahkamah berpuashati dan mendapati pihak pendakwa gagal mewujudkan prima facie terhadap tuduhan. Oleh itu mahkamah memutuskan Encik……………….. didapati tidak bersalah, dilepaskan dan dibebaskan sepenuhnya”

Dam! Majistret mengetuk tukul kayu yang lazim dan terus bangun berlalu. Selepas itu terdengar laungan “Bangun”, saya menoleh kepada ibu dan kakak yang duduk di kerusi dalam mahkamah di belakang saya. Kedua-duanya berpelukan sambil menangis. Saya menekup wajah. Cuba menahannya… Pun airmata saya gugur jua…….. Syukur kepadaMu Ya Allah! ENGKAU yang memberi ujian! ENGKAU jua yang memberi kemenangan…….. -suarainsan

-



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI