7 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Isa Jual Tanah Rizab Melayu Di PD

Keghairahan Umno-Barisan Nasional memaparkan Isa Samad sebagai hero masyarakat setempat di Bagan Pinang ditempelak oleh mereka yang arif dengan rekod “perkhidmatan” beliau semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Antara lain, mereka merujuk kepada penjualan tanah rizab Melayu di Port Dickson dan penjualan tanah yang diperuntukan kepada penternak Cina untuk mengaut keuntungan berjuta ringgit.

Aktivis masyarakat Mohammad Noor Mohammad Sap berkata Isa mengkhianati penduduk Melayu di Port Dickson apabila beliau menggadaikan tanah rizab di sekitar bandar itu.

Sepanjang 22 tahun menjadi Menteri Besar, Isa juga gagal membawa sebarang pembangunan yang boleh dibanggakan di kawasan berkenaan, tambah beliau.

Menurut Mohammad Noor, peniaga Melayu hanya berpeluang berniaga menggunakan “khemah biru seluas 8x8 kaki di Batu 4.”

“Inikah perjuangan pemimpin Barisan Nasional terhadap bangsa Melayu terutamanya yang berniaga di kawasan tersebut? Apa pula nasib perniaga di Pantai1 Pantai2 dan Pantai 3?," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga gagal menyediakan pusat maklumat pelancongan manakala bilangan pelancong asing di Port Dickson semakin merosot.

“Yang jelas pengusaha hotel rata-rata terpaksa bergantung kepada jabatan kerajaan menganjurkan kursus untuk meraih pendapatan,” katanya.

Mohammad Noor berkata Isa bukan sahaja gagal membangunkan Port Dickson malahan menyeleweng tanah rizab Melayu untuk dijual kepada kroni-kroninya.

Katanya Ahli Jawatankuasa dan Ketua-Ketua Bahagian merupakan kroni yang kenyang mengaut keuntungan. Oleh itu mereka memilih Isa untuk menjadi calon dan mengangkat beliau menjadi hero bagi menebus maruah Barisan Nasional.

“Isa Samad adalah seorang yang mementingkan kroni pengkhianat Melayu mengadai tanah rezab Melayu kepada bangsa asing. Contoh yang paling jelas kita lihat adalah tanah yang berada di depan markas Induk Barisan Nasional sendiri iaitu PD Marina asalnya adalah tanah rizab Melayu seluas 20 ekar. Inikah yang dikatakan pejuang bangsa?

Mohammad berkata di Bagan Pinang dan Sri Rusa, Isa dikatakan memberi tanah dan projek kepada kenalannya bagi membolehkan mereka mengaut keuntungan besar.

Beliau menambah Isa juga gagal membangunkan Linggi sewaktu menjadi ADUN di kawasan berkenaan.

Apa yang ada hanya tapak projek stesen bas yang masih terbengkalai dan kini menjadi tempat lembu tidur.

“Linggi adalah satu kawasan banjir, apa usaha Isa untuk menaiktaraf ekonomi penduduk di Linggi dengan keadaan muka bumi tersebut. Sepatutnya perlu ada projek pertanian dan perikanan tetapi ia tidak berlaku. Dia cuma menjaga kelompok-kelompok tertentu yang boleh mempengaruhi orang Linggi untuk mengekalkan dia Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian,” katanya.

Menurutnya sebuah perkampungan orang asli di Bukit Kepong Linggi juga hanya mempunyai sistem paip air selama 25 tahun namun tiada sebarang bekalan air yang diperoleh walaupun perkara berkenaan telah dibawa kepada pengetahuan pihak kementerian terlibat.

“Rata-rata penduduk di Teluk Kemang mengetahui siapa dia Isa Samad. Disebabkan faktor masyarakat mereka takut untuk tampil ke hadapan, segan untuk tampil ke hadapan memakai lambang Pas demi kemasyarakatan. Saya percaya pilihan raya kali ini undi dalam senyap memprotes Isa Samad calon Barisan Nasional akan berlaku memenangkan calon Pas,” katanya.


Era Najib Altantuya : 1 Undi Untuk Isa Bererti 1 Undi Untuk Rasuah

Jika pemimpin yang dipilih adalah orang yang terlibat dengan rasuah, mana mungkin rakyat akan terbela dan terjaga kebajikannya". Pengundi N.31 Bagan Pinang sekali lagi diingatkan agar memilih calon yang berintegriti dan bersih dari rasuah sebagai pemimpin.

Peringatan yang diberikan Speaker sah DUN Perak, YB V. Sivakumar itu sewaktu beliau menyampaikan ceramah kempen bersama beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di Taman Eastern malam tadi.

"Satu undi untuk Mat Isa ( Isa Samad ), bermakna satu undi untuk rasuah," tegasnya disambut oleh sorakan gemuruh oleh hadirin.

"Kita kena takut pada tuhan untuk beri undi kepada orang yang masih dilabel rasuah,

"Kita kena undi orang yang alim, bebas rasuah dan yang utama pemimpin yang memperjuangkan kehendak rakyat," tegasnya menyatakan peri pentingnya para pengundi di Bagan Pinang untuk memberikan undi kepada calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar pada 11 Oktober nanti.

Dalam majlis yang sama, V. Sivakumar turut mengambil peluang menjelaskan tindakan zalim Umno-BN yang merampas Perak dari Pakatan Rakyat.

Beliau menyelar tindakan BN yang menyalahgunakan dan mempersendakan Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan dalam melakukan rampasan kuasa Februari lalu.

"Untuk rekod, Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah," jelas beliau.

Menurutnya, apa yang lucu apabila BN menafikan pemakaian Artikel 72 itu, untuk bertindak mencabar keputusan Speaker DUN Perak yang menggunakan kuasanya untuk membuat keputusan terhadap penggantungan dan denda terhadap Zambry dan 6 ‘Exco’nya di mahkamah.

Namun, apabila Speaker DUN Perak menfailkan injuksi terhadap keputusan mahkamah tersebut, mahkamah telah menolak permohonan tersebut atas dasar Artikel 72 tersebut.

Jelaslah disini, bahawa BN yang sengaja mempermainkan undang-undang negara demi kepentingan peribadi mereka.

Dalam keasyikan penjelasan isu tersebut, suasana gamat seketika apabila salah seorang hadirin menyampuk "Dah jadi macam kartun popeye lah..!"

"Memang betul, politik Malaysia dah jadi macam kartun popeye," sokong Sivakumar.

Ceramah yang diadakan malam tadi dihadiri hampir 1,000 orang yang majoritinya masyarakat India di kawasan sekitar.

Turut sama berucap dalam majlis tersebut, ADUN Gombak, YB Azmin Ali; Ahli Parlimen Machang, YB Saifuddin Nasution dan Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Era Najib Altantuya : Polis Masih Terus Membelasah Tahanan

Seorang ibu mendakwa anaknya yang ditahan dalam lokap di Balai Polis Seri Kembangan bagi membantu siasatan berhubung kes samun dan curi motosikal cedera teruk dibelasah oleh anggota polis.

Suga Devi Veeriyah, 40, berkata, pada pagi 20 Ogos lalu, seramai lapan anggota polis datang ke rumahnya di Pangsapuri Palma Jalan Desa Ria Bandar Country Homes, Rawang dan menahan anak lelakinya, Vijendran Paramasivam, 17.

Menurutnya, tanpa menunjukkan sebarang waran tangkap dan memaklumkan mengenai kesalahan Vijendran kepadanya, anak lelakinya itu terus dibawa menaiki van polis.

“Saya tanya salah seorang anggota polis itu, ke balai polis mana mereka nak bawa anak saya, dia kata ke Balai Polis Petaling Jaya tapi bila saya tanya kes apa dia tak jawab.

“Dua hari selepas itu saya pergi ke Balai Polis Petaling Jaya tapi pegawai polis kata saya tak boleh jumpa sebab mereka dah hantar anak saya ke Balai Polis Bukit Jalil. Pegawai polis itu kata kalau ada apa-apa maklumat mengenai anak saya dia akan telefon saya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini bersama Presiden Persatuan Kebajikan Masyarakat India Malaysia (PKMIM), K S Baskaran.

Suga Devi berkata, bagaimanapun setelah menunggu selama lebih 46 hari, tiada seorang pun pegawai polis yang menelefonnya memberitahu mengenai perkembangan anak lelakinya itu.

Katanya, akhirnya dia mengetahui bahawa anaknya berada di Balai Polis Seri Kembangan dan Ahad lalu dia bergegas ke sana serta dapat berjumpa dengan Vijendran selama 10 minit.

“Bila saya lihat Vijendran, saya macam tak percaya itu anak saya sebab muka dia bengkak dan lebam serta hidung dia berdarah.

“Dia mengadu dengan saya dia kena pukul dengan wayar kabel dan polis juga gantung dia guna tali dengan kaki ke atas serta kepala ke bawah.

“Dia juga kata kena tumbuk dekat muka dan dia sekarang sukar untuk duduk serta kencing serta merayu saya tolong keluarkan dia dari lokap kerana sudah tidak tahan lagi,” katanya.

Mengapa Wan Ahmad SPR Mengelabah? : Era Najib Altantuya

Banyak pihak kesal dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang memperlihatkan sikap acuh tak acuh badan berkenaan terhadap professionalisma dan etika kerja bagi sebuah badan yang menguruskan pilihanraya di dalam negara ini.

Beliau menyatakan PAS kononnya tidak perlu menjadikan alasan seperti yang mereka dakwa wujudnya pertindihan nama pengundi dalam daftar pemilih yang dikeluarkan SPR semata-mata untuk menangguhkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Wan Ahmad berkata, oleh kerana PAS mendakwa mereka ada bukti maka SPR akan menyiasat sama ada pertindihan yang dimaksudkan itu berlaku di DUN Bagan Pinang.

Seorang pemimpin Pakatan Rakyat menyelar kenyataan Wan Ahmad berkenaan sebagai kenyataan pegawai yang seolah-olah cuba berhelah untuk menyembunyikan konspirasi yang SPR sendiri telah ketahui tetapi sengaja didiamkan untuk mempastikan menipulasi undian pos itu dapat terlaksana dengan jayanya.

"Kalau pun betul wujud nama berganda iaitu satu menggunakan kad pengenalan tentera dan berdaftar di Bagan Pinang serta satu lagi menggunakan kad pengenalan awam dan mendaftar di kampungnya di Kelantan atau Terengganu... apa yang nak kita risaukan sebab di Terengganu tak ada pilihan raya.

"Yang akan mengundi hanya di Bagan Pinang sahaja sebab ini bukan pilihan raya umum di mana di seluruh negara mengundi," katanya.

Itulah cara seorang Timbalan Pengerusi SPR menjawab. Ini bererti nama bertindih itu sememang wujud dan telah digunapakai setidak-tidaknya di dalam pilihnraya umum sebelum ini.

"Sementelah lagi, Wan Ahmad tidak boleh menyekat sebarang permohonan untuk injunksi. Apa besar pangkatnya Wan Ahmad ituuntuk menghalang rakytat Malaysia untuk dapatkan keadilan di dalam keadaan SPR telah diragukan kredibiliti dan itegritinya sekian lama?" tegas seorang pemimpin PKR yang menghubungi Kelab GB petang ini.

"Kita tahu peranan Wan AHmad sebagai orang paling berpengalaman di SPR untuk memanipulasikan apa juga kaedah bagi menguntungkan parti pemerintah. Malah beliau lebih banyak menggunakan kuasanya daripada Pengerusi SPR sendir yang telah diperbodohkan olehnya," tambahnya lagi.

Tegas beliau lagi, jika benar dakwaan berlakunya pertindihan nama yang didaftarkan di dua kawasan menggunakan dua kad pengenalan, pihaknya akan mengambil tindakan susulan dengan membersihkannya daripada senarai daftar pemilih.

Wan Ahmad menambah dengan cuba untuk memperbodohkan rakyat Malaysia "Jangan risau, lepas pilihan raya ini kita akan semak semula kita akan potong terus nama pengundi tersebut.

"Misalnya seseorang anggota tentera itu masih aktif, kita akan potong namanya dalam senarai daftar pemilih awam... itu senang sahaja," katanya.

"Itu cara mereka bekerja. Mereka berjanji untuk menyemak dan memotong hanya selepas pilihanraya berlansung," tegas pemimpin Pakatan Rakyat tersebut.

"Lebih baik selepas pilihanraya, dengan nama Wan Ahmad sekali sepatutnya dipotong (dipecat) dari SPR kerana gagal melaksanakan tugas dengan professional dan beretika," tambahnya lagi.

Tawaran Meningkat Kepada RM6500 Utk Gambar Aziz Dipukul : Era Najib Altantuya

Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) hari ini menaikkan tawaran dari RM1000 kepada RM6,500 kepada sesiapa yang menyerahkan gambar bukti Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk pada hari penamaan calon pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang awal minggu lalu.

Menurut Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid bahawa, sejak berita berkenaan tawaran tersebut disiarkan oleh beberapa media online seperti Harakah Daily, Malaysiakini, Detik Daily, Utara Online dan Kedah Lanie serta tabloid Sinar Harian, pihaknya telah menerima beratus-ratus panggilan dari orang ramai untuk mengetahui tentang kedudukan tawaran tersebut, di samping ingin turut menyumbang wang sebagai tambahan tawaran kepada harga asal yang berjumlah RM 1000.00.

Katanya, setelah di buat penjumlahan wang yang bakal disumbang oleh orang ramai, Pembela mendapati jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 6,500.00. Maka dengan ini, kami mengambil keputusan menawarkan harga baru kepada sesiapa jua yang memiliki atau merakam gambar Datuk Abdul Azeez kena tumbuk ketika hadir di hari penamaan calon pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang, Sabtu lalu".

"Tawaran ini bukan main-main dari kami (Pembela),.. sebaliknya ia suatu yang serius dan ditegaskan bahawa Pembela bertanggungjawab atas tawaran tersebut, katanya.

Dzohir berkata, Pembela amat memerlukan gambar ini sebagai bukti di tasa dakwaan Datuk Azeez yang juga Ketua Putera Umno yang mendakwa dia dipukul oleh para penyokong PAS.

"saya tahu lebih daripada sembilan orang menyerang saya dan lebih 20 tumbukan saya terima sambil mendakwa orang yang menyerangnya terdiri dari orang lelaki memakai baju berlogo PAS".

Laporan juga menyebut bahawa kejadian tersebut berlaku semasa beliau berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pada kira-kira jam 9.20 pagi.

Bagi Pembela dakwaan Azeez ini perlu dibuktikan supaya ia boleh dipertanggungjawab samada oleh pihak yang dituduh (Pas) maupun dia selaku penuduh juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno yang meletakkan calon mereka bertanding di situ, kata Dzohir lagi.

Diharapkan dengan tawaran yang lebih besar ini, pihak yang merakam kejadian Datuk Azeez kena tumbuk sudi menjual gambar tersebut kepada Pembela� seperti yang dijanjikan pembayaran adalah secara tunai kepada pihak yang menjualnya.

Kata Dzohir lagi, tawaran harga ini membeli gambar ini hanya berlaku di semasa kempen pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang berlangsung iaitu selewat-lewatnya pada jam 12 malam 10 Oktober depan�.

Sehubungan itu, pihak yang berkaitan bolehlah terus menghubungi Mohd Dzohir di talian 019-498 0230 pada bila-bila masa. -harakahdaily

Era Najib Altantuya : TDM Bertegas Tak Berkempen Untuk Isa

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak akan berkempen untuk calon UMNO Barisan Nasional, Isa Samad bagi mengekalkan kerusi N31, Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini.

Keputusan UMNO Barisan Nasional meletakkan Isa Samad sebagai calon dikritik pelbagai pihak berikutan sebelum ini Isa didapati terlibat dengan kes rasuah.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin berkata tindakan mantan perdana menteri yang enggan berkempen pada pilihanraya kecil kali ini menunjukkan UMNO BN ketandusan pemimpin yang berkredibiliti dalam menerajui parti.

“Perkara pertama ialah saya menyokong tindakan Tun Dr. Mahathir maknanya beliau bercakap, dia menegur dan dia yakin dengan perkara tersebut iaitu meletakkan Isa Samad akan lebih menambah parah imej Umno BN."

“Tindakan beliau untuk tidak turun berkempen membantu Isa Samad itu adalah tindakan yang betul bagi prinsipnya bagi prinsip yang dipegang oleh Tun Dr. Mahathir,” katanya.

Badrul berkata situasi ini jelas berbeza dengan kesudian Tun Dr Mahathir turun berkempen kepada calon UMNO Barisan semasa pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang.

Sambil menyifatkan pemilihan Isa sebagai satu penghinaan UMNO kepada rakyat Bagan Pinang, beliau berkata, parti itu tidak belajar dari kesilapan dengan menonjolkan calon yang disabitkan dengan kesalahan politik wang.

“Kerana selepas hilang kuasa, apa pun yang dicakap sendiri oleh Tun Dr. Mahathir, orang Umno sendiri tidak hormat dan tidak dengar khususnya dalam contoh terdekat dengan pemilihan Isa Samad sebagai calon telah memberi amaran dan menegur terus-terang untuk tidak meletak Isa Samad sebagai calon di Bagan Pinang,” katanya.

Selain itu, beliau turut membidas pendirian retorik UMNO BN dalam membanteras rasuah yang dilihat cukup sebati dengan gagasan itu.

“Pertama saya bersetuju maknanya ramai pemimpin Umno yang terpalit dengan rasuah dan hujah menyatakan Isa Samad seperti pemimpin-pemimpin yang lain dibersihkan telah menjalani hukuman, itu adalah satu pembohongan."

“Dalam kes Isa Samad, dia melakukan politik wang memang itu proses dalam Umno tetapi dia menggunakan peruntukan kerajaan ketika dia selaku menteri wilayah persekutuan tetapi tidak ada proses mahkamah, tidak ada hukum di mahkamah dan BPR pada ketika itu dihalang untuk menyiasat dan mendakwa kes tersebut,” katanya.

Badrul optimis Pakatan Rakyat mampu menawan kerusi DUN Bagan Pinang meskipun kawasan itu diwar- warkan sebagai kubu kuat UMNO Barisan Nasional.

Beliau juga tidak menolak Isa Samad berkemungkinan besar akan memenangi kerusi berkenaan jika dilihat dari pengalaman UMNO Barisan Nasional sebelum ini yang secara konsisten menggunakan taktik kotor untuk memenangi kerusi pada mana- mana pilihanraya.

“Pertama sekali saya tidak menolak kemungkinan bahawa Tan Sri Isa masih boleh memenangi pilihan raya tersebut dengan penyalahan penggunaan jentera kerajaan dan penipuan yang dibuat oleh SPR melalui undi pos, manipulasi dan sebagainya jadi dia boleh menang.

“Tetapi kalau undi biasa rakyat, kita dapat melihat penolakan rakyat tetapi apa signifikasi dan mesej yang jelas yang kita lihat dalam pilihan raya kali ini,” katanya.

Pilihanraya kecil ini didakan apabila penyandang kerusi ini, Azman Mohd Noor dari UMNO Barisan Nasional meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah 4 September lalu.



Era Najib Altantuya : Daftar Pemilih Meragukan, SPR Akan Diheret Ke Mahkamah

PAS akan mengambil tindakan perundangan jika pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan membersihkan senarai daftar pemilih yang mengandungi nama yang diragui.

Pengarah Jentera Operasi PAS Pilihan Raya Kecil Dun Bagan Pinang, Salahuddin Ayub berkata satu pertemuan akan diadakan pada petang ini antara Pakatan Rakyat dan SPR di ibu pejabatnya untuk membincangkan mengenai laporan senarai pemilih yang diragui.

"Namun jika mereka tidak mengendahkan laporan kami dan tidak membuat sebarang tindakan bagi membersihkan senarai nama pemilih tersebut kami akan mengambil tindakan perundangan," katanya pada sidang media harian di Markaz Induk PAS, Jalan Pantai, Port Dickson pagi ini.

Tambahnya, Pakatan Rakyat sudah sekian lama memperjuangkan isu senarai daftar pemilih yang tidak bersih serta mengandungi keraguan.

Beliau juga mendapat maklumat Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hassan telah memasuki kem-kem tentera bagi menjalankan kempen pilihan raya bagi pihak BN.

"Tindakan beliau menggunakan kesempatan sebagai Menteri Besar merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab selain memeras ugut dan memaksa para tentera mengundi calon BN," ujarnya.

Dalam perkembangan berbeza, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak ditanya para pelajar di Paris mengenai pemilihan calon BN yang terlibat dengan rasuah.

Dalam satu pertemuan dengan pelajar-pelajar di Paris, Najib terpaksa menjawab persoalan yang dibangkitkan para pelajar di sana memandangkan Isa merupakan calon yang bermasalah dan tidak layak untuk menjadi wakil akyat apatah lagi untuk menyelamatkan imej parti itu.

"Pelajar di Paris bertanya kenapa pilih calon yang bermasalah bagi mewakili BN?

"Ia sangat memalukan parti yang memerintah negara selama lebih 50 tahun," katanya lagi.

Tambahnya, berdasarkan prinsip pemimpin mesti lebih bersih dan dilihat lebih bersih, BN tidak sewajarnya memilih calon yang bermasalah dan menjadi wakil kepada rakyat.

Menurutnya, calon BN, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad merupakan calon yang bangkrap kredibiliti dan integri.

Muhyiddin Sifatkan Kes Kugan Dan Teoh Sebagai Kesilapan Kecil

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar ucapan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ceramah kempennya di Taman PD Utama, 4 Okt baru-baru ini yang mengatakan bahawa Kes kematian A.Kugan dan Teoh Beng Hock sebagai kesilapan kecil dalam sistem Kerajaan.

Ucapan beliau ini merupakan satu pengakuan lisan terhadap dakwaan rakyat yang melihat A.Kugan dan Beng Hock sebagai mangsa kepada keganasan Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Pastinya ini akan menakutkan rakyat kerana dengan kesilapan kecil bagi pemimpin Umno ini, beberapa nyawa sudah tergadai. Inilah bukti begitu lemahnya sistem yang ada dalam Kerajaan yang ditadbir urus Barisan Nasional.

Rakyat, khususnya di Bagan Pinang harus memastikan kejadian serupa tidak berulang lagi dan menolak Barisan Nasional. Gunakanlah undi anda untuk menolak pemimpin yang tidak prihatin dan selalu memandang rendah akan nilai nyawa setiap rakyatnya.

PAS juga mendesak agar Muhyiddin meminta maaf dan membayar ganti rugi kepada keluarga mendiang A.Kugan dan Teoh Beng Hock. -Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat

Era Najib Altantuya : JKR Tak Mampu Turap Lubang Rasuah Isa

Setiap kali ada pilihanraya maka segala jentolak dan bulldozer Jabatan Kerjaraya akan diarahkan menurap jalan yang berlubang, rosak, malah ada juga jalan yang tidak rosak diturap juga. Perkara ini berlaku di Bagan Pinang yang kini sedang dalam fasa kempen Pilihanraya Kecil selepas kematian Adunnya.

Malangnya Umno-BN meletakkan calonnya, Tan Sri Isa Samad yang sudah disabitkan kesalahan rasuah oleh oleh Lembaga Disiplin Umno hingga digantung keahlian selama 3 tahun. Malangnya segala macam jentera JKR yang datang ke Bagan Pinang belum mampu menurap atau menutupi lubang-lubang rasuah Isa.

Satu negara sudah tahu bahawa Isa adalah ikon 'pemimpin perasuah' dalam Umno. Beliau yang juga pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Wilayah Persekutuan juga pernah terbabit dengan pelbagai skandal termasuk kes penjualan tanah-tanah milik Kerajaan di persisir pantai Port Dickson.

Jika anda pergi ke sekitar Pantai Port Dickson, anda akan melihat begitu banyak rumah dan villa peranginan yang hampir 99% dimiliki oleh orang luar. Di setiap kawasan rumah atau villa itu diletakan papan tanda 'Hak Persendirian' yang memaklumkan orang ramai bahawa tanah itu sudah dijual oleh Isa semasa beliau jadi Menteri Besar kepada orang luar.

JKR tidak mampu untuk membantu Isa, mereka hanya datang ke Bagan untuk buat kerja siang malam demi mencari rezeki buat anak isteri. Tetapi untuk menurap lubang-lubang rasuah Isa, itu bukan kerja mereka.

Era Najib ALtantuya : SAHIH, Undi Pos Ada Unsur Penipuan

PAS tidak menolak kemungkinan berlaku penyelewengan dalam pengundian pos lantaran masih terdapat nama pesara tentera dalam senarai daftar pengundi pos.

Pengarah Jentera Operasi PAS Pilihan raya Kecil Dun Bagan Pinang, Salahuddin Ayub menyatakan demikian berdasarkan gesaan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani agar para pengundi yang terdiri daripada bekas tentera agar menukar status anggota tentera yang tamat perkhidmatan daripada pengundi pos kepada pengundi biasa.

"Seruan beliau membuktikan bahawa masih terdapat senarai nama pengundi daripada kalangan pesara tentera yang belum dibersihkan daripada senarai daftar pemilih yang terkini.

"Besar kemungkinan akan berlaku penyelewengan pada pengundian pos kali ini jika hal ini dibiarkan berterusan," katanya pada satu sidang media harian PAS di Markaz Induk PAS, Jalan Pantai, Port Dickson pagi ini.

Dalam satu laporan Bernama, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata ramai daripada bekas anggota tentera didapati tidak mendaftar sebagai pengundi biasa selepas mereka tamat perkhidmatan.

Ini sekaligus menunjukkan kemungkinan berlaku pengundian pos yang tidak dapat dibuat kerana pengundi yang kini bukan lagi anggota tentera tidak pulang mengundi kerana sudah berpindah dan tidak lagi mengundi di Bagan Pinang sebagai tentera

"Pengakuan Muhammad Abdul Ghani membuktikan terdapat nama-nama pesara tentera yang masih termasuk dalam senarai pengundi pos yakni masih berstatus tentera dan masih berkhidmat, menunjukkan senarai pemilih masih belum dibersihkan.

"Ini boleh membuka peluang kepada manipulasi kerana terdapat pengundi yang tidak keluar mengundi disebabkan berpindah selain tidak mengetahui nama mereka masih terdapat dalam senarai daftar pemilih," ujarnya.

Sementara itu, PAS dan Pakatan Rakyat menganggap tindakan BN memaksa dan menggunakan pelbagai teknik untuk memastikan pasukan tentera mengundi mereka sebagai suatu tindakan yang menghina kedaulatan sultan dan raja.

"Tentera terletak di bawah kedaulatan Sultan dan tidak sewajarnya mereka dipaksa mengundi seorang calon yang didapati mengamalkan rasuah dan korupsi.

"Ini akan menghina dan mencemarkan sultan sebagai penaung kepada angkatan turus tentera tidak kira darat, laut dan udara," katanya lagi.

Beliau menjawab soalan pemberita yang menyatakan bahawa kesemua pihak mempunyai hak untuk memilih, beliau bersetuju tetapi bukan dengan kaedah memaksa dan mengugut mereka untuk menyokong mana-mana parti.

Ditanya mengenai nama pengundi bertindih yang dianggap sesetengah pihak baru sahaja dibangkitkan Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil ini, AJK PAS Pusat, Dr Zulkefli Ahmad menjelaskan terdapat lebih 2 juta nama yang diragui dalam senarai daftar pemilih.

"Kita sudah lama memperjuangkan isu senarai nama yang tidak bersih sebelum pilihan raya umum ke-12 lagi, tetapi ianya dibangkitkan sekarang kerana nama yang bertindih itu melibatkan pengundi di Bagan Pinang," demikian ujarnya.

Turut hadir pada sidang media berkenaan, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharian Abbas, ahli parlimen Rasah, Loke Siew Fook, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Samsul Iskandar Mat Akin, ahli parlimen Machang, Saifudin Nasution, Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof dan AJK PAS Pusat, Dr siti Mariah Mahmud.

Era Najib Altantuya : MPPD Turunkan Poster BN, Laporan Polis Dibuat

PAS telah membuat laporan polis dan menggesa supaya diturunkan beberapa papan tanda yang didakwa "menimbulkan prasangka jahat" terhadap calon parti itu dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Beberapa papan tanda kempen BN yang dibantah oleh PAS membawa mesej "Tolak PAS serta "Usah biarkan dipesongkan" - telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Bagaimanapun, PAS mahu kesemua papan tanda berkenaan yang diletakkan di lokasi-lokasi strategik di kawasan Bagan Pinang supaya diturunkan.

Firdaus Jaafar yang juga mengetuai jentera pilihan raya PAS di Telok Kemang berkata BN perlu bertanggungjawab atas kesalahan tersebut yang disifatkan "menimbulkan provokasi" dan prasangka jahat."

Jelasnya lagi, papan tanda berkenaan telah dinaikkan sejak dua hari lalu dan pihaknya telah membuat laporan polis hari ini.

"Kita dapati BN telah menyalahi seksyen 4 A (1) Akta Pilihanraya, jadi kita Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat telah buat laporan polis di Balai Polis Teluk Kemang hari ini," katanya hari ini.

"Saya serta wakil calon telah bertemu pengerusi SPR negeri memaklumkan isu kita tidak berpuashati berkenaan billboard 'Tolak PAS,' 'Usah biarkan dipesongkan' kemudian ada lambang parti BN, jadi saya rasa BN perlu bertanggungjawab kerana menimbulkan provokasi, prasangka jahat yang menyalahi akta berkenaan," katanya lagi ketika ditemui di sebuah program PAS di Taman Desa Rusa, Port Dickson.

'Mahu diturunkan semua'

"Ada juga gambar Ahli Parlimen Wahid Endut diletakkan gambar budak, Ini semua kita minta turunkan.

"Apa dimaklumkan oleh pegawai saya, ia telahpun diturunkan, tapi kami bukan mahu dua tiga keping saja diturunkan tapi seluruh billboard besar yang menyebut PAS, logo-logo PAS, yang berkaitan pakatan rakyat mesti diturunkan," katanya.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Abdul Latiff Baba ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya berkata papan-papan tanda yang diturunkan itu didapati "ada ayat atau perkataan yang dikategorikan sebagai boleh membawa perkara yang tak elok, yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai."

Ditanya sekiranya ini berpunca daripada laporan yang dibuat oleh PAS hari ini, beliau tidak menjawab, sebaliknya berkata kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat telah bersetuju supaya bahan-bahan kempen tidak mengandungi perkara-perkara yang boleh menyentuh perasaan satu sama lain.

"Lebih elok kalau parti cuma memaparkan manifesto dan mesej mereka tanpa provokasi," katanya.

Firdaus, bagaimanapun berkata pihaknya mendapati MPPD masih belum menurunkan kesemua papan tanda terbabit.

"Kita dapati bukan semua yang diturunkan. Di tepi jalan masuk ke (Taman Desa Rusa) pun masih belum diturunkan. Kita nak ia diturunkan segera.

'Pandangan politik'

Sementara itu, anggota penguatkuasa MPPD berusaha menurunkan papan tanda 'BN Zalim' yang dinaikkan oleh DAP di Batu 9, Telok Kemang, berkaitan isu yang melibatkan kematian Teoh Beng Hock dan A. Kugan.

Pemimpin DAP, Ronnie Liu yang ditemui di situ berkata, beberapa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang juga berada di tempat itu cuba menasihatinya supaya menurunkan kerana mesej yang dipaparkan didakwa bersifat provokatif.

"Mereka cuba katakan, mesej pada papan tanda ini provokatif dan menyinggung perasaan, tapi bagi kita ia cuma pandangan politik. 'BN Zalim' atau 'BN tidak zalim' itu boleh diperdebatkan," katanya kepada wartawan..

"Kalau pengundi setuju, dia akan setuju. Kalau dia tidak setuju, dia takkan undi kita," katanya lagi. -malaysiakini, foto : ummianni

Era Najib Altantuya : UMNO Dan Rasuah Macam Kembar Siam

Umno dan rasuah macam kembar siam, isu dan masalah rasuah ini tidak akan selesai selagi Umno dan BN memerintah negara ini, demikian tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang menyifatkan di mana ada Umno, maka akan adalah rasuah.

Beliau yang juga peguam PAS turut melahirkan rasa kesal atas kenyataan Perdana Menteri, Najib Tun Razak semasa menjawab soalan daripada sekumpulan pelajar Malaysia di Perancis dalam satu lawatannya baru-baru ini, berkenaan keputusan Umno/BN meletakkan Isa Samad sebagai calonnya di Bagan Pinang walaupun telah disabitkan kesalahan rasuah.

Najib dilaporkan berkata, kesalahan rasuah oleh Isa Samad hanyalah kesalahan teknikal sahaja. Katanya Isa hanya melakukan kesalahan teknikal parti dan bukan kesalahan daripada segi undang-undang negara.

"Kalau ianya kesalahan teknikal, kenapa jawatankuasa disiplin Umno gantung Isa Samad sehingga empat tahun,

"Takkan sebab Isa Samad popular di kalangan masyarakat kawasan itu dia layak dicalonkan BN?" soalnya mempertikaikan kewajaran jawapan Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno itu.

Tambahnya, kesalahan rasuah yang dilakukan oleh Isa Samad adalah kesalahan yang besar kerana kesalahan itu dilakukan sewaktu dia masih lagi menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

"Umno sebenarnya terdesak sehingga terpaksa meletakkan Isa Samad yang telah terbukti bersalah melakukan rasuah sebagai calon Bn di Bagan Pinang".

"Pergolakkan dalaman pemilihan calon, Umno bahagian desak mahukan Isa Samad, walaupun orang atas Umno tak setuju, terpaksa juga calonkan Isa Samad sebab nak elakkan boikot dari ahlinya sendiri," jelasnya dihadapan ribuan pengundi di tapak ekspo Kenali Kelantan di perkarangan rumah Pak Din, Bagan Pinang, malam tadi.

Jelas Hanifa, jika calon yang ditawarkan oleh BN adalah calon yang menjuarai rasuah, mana mungkin masalah rasuah ini dapat diselesaikan sehingga ke akar umbi.

Beliau mengingatkan pengundi di Bagan Pinang ini agar celik maklumat dan realiti yang sedang berlaku, agar rakyat tidak lagi berterusan ditipu oleh Umno dan BN.

Zambry Perlu Letak Jawatan Ekoran Tragedi Runtuhan Bangunan

Parti Keadilan Rakyat (PKR), Bahagian Ipoh Barat menyelar kecuaian serta sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta kontraktor terbabit berikutan insiden runtuhan bangunan di Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park Jumaat lalu.

Ketuanya, Fauzi Muda berkata, ketiga-tiga pihak berkenaan harus dipertanggungjawabkan pada tragedi yang mengorbankan dua nyawa selain mengakibatkan kecederaan kepada seorang mangsa.

Menurutnya, tragedi berkenaan tidak seharusnya berlaku jika pihak yang terlibat bagi melaksanakan proses merobohkan bangunan berkenaan mematuhi semua garis panduan dan peraturan yang disediakan.

“Pihak berkenaan juga perlu peka dengan keadaan persekitaran terlebih dahulu kerana bangunan itu berada di tengah-tengah bandar raya yang sibuk dengan pelbagai kenderaan serta orang ramai.

“Mereka perlu menyegerakan pemberian pampasan dan ganti rugi kepada semua keluarga mangsa terbabit,” katanya dalam satu kenyataannya berkaitan tragedi runtuhan bangunan baru-baru ini.

Fauzi turut menggesa pihak berkenaan (MB, MBI serta pihak kontraktor)tidak lagi membuat kenyataan-kenyataan di media-media massa berhubung perkara berkenaan.

Menurutnya, mereka ini juga diharap agar tidak menjadikan insiden itu sebagai modal bagi menunjuk-nunjuk kepada rakyat bahawa mereka bersimpati dengan menghulur bantuan yang berbaur politik kepada mangsa.

“Zambry juga seharusnya meletak jawatan berikutan prestasi kerjanya yang dilihat gagal mentadbir serta mengurus jentera pentadbiran Perak dengan baik,” katanya.

Fauzi mewakili PKR Ipoh Barat mengucapkan takziah kepada keluarga semua mangsa yang terlibat dalam tragedi runtuhan bangunan yang lalu sehingga mengorbankan dua nyawa dan seorang mendapat kecederaan.

Era Najib Altantuya : DPPP Pantau Undi Pos

Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) akan memastikan undi pos tidak lagi memihak kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN), menerusi penubuhan Jawatan kuasa Khas Undi Pos buat pertama kalinya.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan Ketua Penerangan DPPP, Suhaizan Kaiat, mendapat kerjasama semua Pemuda dalam Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, yang menjadi masalah ialah kertas undi tidak sampai kepada anggota tentera dan lebih malang, ada orang lain yang mengundi bagi pihak mereka.

“Perkara itu pernah didedahkan Kapten Major (B) Abbu Kassim, kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, baru-baru ini yang memaklumkan bahawa dia antara yang diarahkan untuk memangkah ‘dacing’ bagi anggota tentera lain.


“Undi Pos sememangnya tidak relevan lagi pada zaman ini dan ia dilihat mengancam ketelusan demokrasi,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Nasrudin berkata, undi pos akan diberi perhatian utama pada pilihan raya kecil N31 Bagan Pinang. Bilangan undi pos 4,604 (yang berdaftar) di Bagan Pinang adalah antara jumlah undi pos terbesar bagi sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, kemenangan UMNO dalam pilihan raya umum pada Mac 2008 di DUN itu dengan majoriti 2,333 undi kerana dibantu undi pos. UMNO berjaya memperoleh 3,080 undi pos, manakala Pas hanya 1,189 undi.

“UMNO dan BN mengalami trauma akibat kekalahan demi kekalahan dalam siri pilihan raya kecil lalu. Kini mereka bergantung harap untuk pulihkan maruah yang tercalar dengan adanya undi pos yang tinggi di DUN Bagan Pinang.

“Kerana terlalu yakin boleh menguasai undi pos untuk memenangi kerusi DUN itu, BN sanggup melupakan janji dan komitmen mereka untuk meletakkan calon yang bersih, berwibawa dan berintegriti,” katanya.

Beliau berkata, rasuah dan integriti bukan lagi persoalan yang menjadi timbang tara BN dalam perjuangan kerana memburu kemenangan semata-mata.

Menurutnya, perkembangan itu didorong oleh keyakinan BN yang tinggi untuk menang dengan bergantung pada undi pos seperti mana sebelum ini.

“Hadirnya Pas bersama rakan-rakan PR yang lain adalah untuk membawa pulang tropi kemenangan, bukan lagi sekadar mencongak peluang untuk mengurangkan majoriti UMNO di DUN itu.

“Saya minta semua pemuda bekerja keras. Jangan terlalu yakin dan selesa tetapi jangan pula terlalu lemah. Laksanakan tanggungjawab mengikut gerak kerja dan tindakan yang diatur,” katanya.

Era Najib Altantuya : Muhyiddin Dibelasah Oleh Bekas Pemimpin MIC

Bekas Naib Presiden MIC, SS Subramaniam tegas mengatakan pergolakan dalam MIC dan MCA petanda bahawa komponen parti di bawah BN sudah tidak sepakat dan ianya satu signal untuk rakyat Bagan Pinang menolak BN.

Subramaniam yang berkhidmat selama 30 tahun dengan BN-MIC kini menyertai PKR turut tidak ketinggalan sama dalam membantu kempen bagi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini.

Di satu majlis di Pusat Penyelarasan DAP semalam, Subramaniam, 65, menolak kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya akan mengambil tindakan terhadap pihak yang mempermainkan sensitiviti perkauman.

Menurutnya, kenyataan Muhyiddin itu sengaja untuk menutup kelemahan BN yang sebenarnya. Muhyiddin sebenarnya tidak mahu rakyat melihat permasalahan yang berlaku kepada parti-parti komponennya dengan mengatakan BN sentiasa membuat transformasi dalam kepimpinannya.

"Bagaimana BN yang dalamnya ada 14 parti perkauman itu bersatu, sedangkan dalam MIC, MCA pemimpinnya saling bercakaran," jelasnya.

"Lihat MCA, bekas timbalan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat sekarang, sampai terpaksa adakan EGM MCA 10 Oktober ni,

"MIC pula, Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu menjatuhkan maruah bekas Timbalan Presidennya, Datuk S. Subramaniam hanya kerana mahukan jawatan," ujarnya.

Beliau mengulas Muhyiddin Yassin yang mengatakan BN parti yang memupuk semangat perpaduan dengan rekod kecemerlangannya merupakan pilihan yang terbaik untuk pengundi Bagan Pinang.

"MCA sama MCA bergaduh, ada team A dan B, sampai terpaksa adakan EGM, sehinggakan Samy Vellu boleh berkata Dr. Tun Dr. Mahathir atau mana-mana pemimpin selain daripada MIC tidak berhak mencampuri urusan pemilihan jawatan tertinggi parti tersebut,

"PPP pecat Timbalannya, di Terengganu Umno sampai bergaduh. Inikah bukti yang Muhyiddin katakan perpaduan dalam BN itu?" soalnya dihadapan ratusan penyokong PAS yang hadir malam tadi.

Beliau yang merupakan bekas naib presiden MIC, menyertai PKR dan merupakan pemimpin MIC paling kanan yang melompat menyertai pembangkang itu turut menceritakan perihal dalaman MIC yang selama ini hanya mengkayakan Presidennya sahaja.

Era Najib Altantuya : Siapa Malapkan Negara? Pembangkang Atau Perasuah?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keadaan negara akan menjadi malap dan buruk sekiranya pentadbiran kerajaan berpindah daripada Barisan Nasional (BN) kepada pembangkang kerana kebanyakan pemimpin pembangkang sanggup menukar pendirian semata-mata untuk mendapat populariti dan sokongan rakyat.

Katanya, ada juga dalam kalangan mereka sanggup menghalalkan sesuatu yang dulunya mereka anggap haram semata-mata untuk memuaskan hati musuh yang kini menjadi rakan dalam pakatan pembangkang.

"Dulu Pas kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.

"Dia (Pas) ambil tafsiran dalam al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi). Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, fasal nak setuju juga dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyampaikan wacana bertajuk Dari Minda Tun, Ketuanan Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu, kampus Dungun, di sini hari ini.
Turut hadir Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah.
Utusan Malaysia - 6 Oktober 2009.

Sebelum ini Tun Dr Mahathir lantang menyeru agar menolak pemimpin rasuah kerana pemimpin sebegini yang akan membawa kehancuran kepada negara. Namun begitu bermula dengan naiknya Khairy Jamaluddin yang telah diberikan amaran oleh Lembaga Disiplin Umno kerana kesalahan politik wang sebagai Ketua Pemuda Umno dan yang terbaru terpilihnya Isa Samad yang pernah dihukum kerana kesalahan politik wang sebagai calon Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, ternyata bahawa suara bekas PM keempat ini tidak diendahkan oleh pemimpin dan ahli Umno. Dan alih-alih pembangkang pula yang dikatakan akan memalapkan negara jika berkuasa. Bukan lagi pemimpin rasuah yang banyak dalam Umno dan Barisan Nasional itu.

Jika kita teliti pada petikan akhbar di atas ini mungkin ada benarnya juga jika dikatakan bahawa Dr Mahathir sudah nyanyuk. Kenyataan yang merapu dan diulang kembali skrip lama. Pas tidak pernah kata orang Islam boleh menternak dan menjual daging babi. Pas hanya benarkan orang bukan Islam untuk menternak dan menjual daging babi untuk keperluan mereka. Jika begitu lepas ini bolehlah Tun dan anaknya Mirzan Mahathir masuk Pas, agar Pas halalkan orang Islam jadi pengarah syarikat arak khususnya San Miguel Corp.
-lindunganbulan

Era Najib Altantuya : Samseng Bagan Pinang

Beberapa akhbar pada hari Ahad lepas melaporkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, membuat laporan polis mendakwa ditumbuk sembilan orang samseng dari penyokong parti lawan ketika masuk ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)

Beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, di sini ditemani oleh menteri yang jaga polis, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan menteri petrol RON95, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Keesokannya pula menteri yang jaga polis itu memberitahu Polis sudah mengenal pasti individu samseng yang menyerang dan memukul Datuk Abdul Azeez. Beliau berkata imej individu terbabit diperoleh daripada rakaman video polis serta gambar yang diserahkan orang ramai serta pihak media.

Kalau benar samseng sudah dikenalpasti dan ada rakaman video serta gambar, kenapa tidak disiarkan di dalam akhbar-akhbar harian dan di stesen-stesen tv supaya rakyat 1Malaysia dapat tengok dan kenal samseng Pakatan Rakyat?

Jika tidak didedahkan gambar-gambar yang dimaksudkan, pengundi Bagan Pinang akan mengatakan bahawa Datuk Abdul Azeez hanya berlakon dan memegang watak utama, manakala Hishamuddin dan Ismail pula sebagai pelakon tambahan.

Tapi sayang tiada sekeping gambarpun didedahkan untuk membuktikan kejadian itu.

Sebaliknya hari ini Harakahdaily menyiarkan 3 keping gambar Datuk Abdul Azeez berjalan melalui kawasan penyokong Pakatan Rakyat, yang mana gambar-gambar itu menjadi bukti bahawa tidak berlaku kejadian beliau dipukul. Memang sah itu lakonan!

Sementara itu sebuah badan bukan kerajaan NGO, Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) menawarkan sejumlah RM 1000 bagi setiap keping gambar kepada sesiapa sahaja yang memiliki gambar Datuk Abdul Azeez ditumbuk pada hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Bagan Pinang Sabtu lalu. Mereka yang menyerahkan gambar tersebut akan menerima bayaran tersebut secara tunai serta merta kata Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid.

Seakan-akan sudah sinonim setiap kali berlaku pilihanraya kecil akan ada tuduhan samseng terhadap parti yang bertanding yang berlawan dengan BN. Seolah-olah Pas dan sekutu-sekutunya dalam Pakatan Rakyat ini jahat dan pengganas. Adakah penyokong Umno semua baik ?

Lihatlah gambar di bawah. Walaupun Stesen Esso telah diisytihar oleh SPR sebagai tempat perhimpunan bagi penyokong PAS, tetapi Umno dan BN tidak menghormatinya dan melakukan provokasi untuk mengundang kemarahan penyokong Pakatan Rakyat iaitu dengan menaikkan bendera Umno dan BN di tempat perhimpunan penyokong Pakatan Rakyat.


(sebelum perarakan bermula)



SIAPA SAMSENG?
(Pihak Polis tidak berbuat apa-apa bila penyokong BN
melakukan provokasi dan memaki hamun penyokong Pakatan Rakyat)


Melihat kepada gambar-gambar ini, pengundi di Bagan Pinang dapat menilai sendiri siapakah sebenarnya yang samseng. Kumpulan yang berada di atas bukit ini jugalah yang membaling botol-botol air mineral ke arah penyokong Pakatan Rakyat yang berada di kaki bukit.


(Puak-puak Umno cuba merempuh halangan yang dibuat oleh Polis)


Sesungguhnya pengundi di Bagan Pinang sudah tahu siapa sebenarnya samseng pilihanraya. Mereka juga tahu siapakah yanga layak menerima anugerah trofi Pengarah Terbaik dan Pelakon Terbaik!

Bagan Pinang oh Bagan Pinang… - DAP Melayu/PE