20 Sep 2013

Selepas Minyak Naik Harga, Gas Dan Elektrik Pula?


Kajian Bank Pelaburan Maybank [Maybank Investment Bank ( IB) Research] meramalkan akan berlaku kenaikan harga gas dan tarif elektrik selepas kenaikan harga bahan api petrol dan diesel pada bulan lalu.

Dalam laporan tersebut, Maybank IB telah meramalkan penyelarasan subsidi akan dilakukan lagi selepas jumlah penjimatan daripada Unit Prestasi ‘Rasionalisasi Subsidi’ pada tahun 2010 tidak mencapai sasaran.

“Jumlah simpanan sejak 2010, pada RM9 bilion ke dalam 2014, adalah perbandingan lemah dengan apa yang dimaksudkan dalam Roadmap (pela) 2010.

“Memandangkan kesan inflasi dan keperluan untuk mengekalkan penggunaan domestik, kami mengambil pandangan bahawa penyelarasan (pengambila semula) subsidi akan datang akan terus beransur-ansur. Kita berfikir harga gas dan elektrik yang akan datang perlu ditangani,“ kata laporan itu di sini.

Pelan Unit Prestasi Pengurusan dan Penyampaia Rasionalsasi Subsidi dilancarkan yang pada bulan Mei 2010, memperperincikan dalam tempoh lima tahun tidakan rasionalisasi subsidi untuk menyelamatkan RM103 bilion.

Ia termasuk langkah mengurangkan subsidi kebanyakannya dari bahan api (petrol , diesel, gas petroleum cecair ), gas , elektrik, jalan tol, dan makanan ( gula, tepung, minyak masak ).

Sejak itu, harga gas dan tarif elektrik telah dinaikkan hanya sekali dalam bulan Jun 2011, dan subsidi gula di potong sekali dalam September 2012.

Maybank IB turut menjangka, bahan binaan termasuk keluli dan simen serta sektor pembuatan sarung tangan adalah paling terjejas berikutan kenaikan yang diramalkan, kerana mereka menggunakan agak lebih banyak gas atau elektrik daripada yang lain.

Ada "Lintah Gergasi" Ditemui Di Perak

Sungai Siput: Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam.

Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.

Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.

“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.

“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.

Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.

“Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu.

“Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar,” katanya. -HM



ULASAN GB

Waspada, lintah - makhluk "penghisap darah" - sudah ada di Perak.

Jika makhluk itu dari spesies "ular" - maka ada "pembelit" di sana!

Mungkin kedu-duanya sekali.

[GAMBAR & VIDEO] Tentera Mesir Serang Kota Kediaman Pendokong Dr. Mursi


Pasukan keselamatan Mesir telah melakukan serangan ke atas kota yang didiami para pendukung Muhammad Mursi di Kerdasa berhampiran Kaherah. Tentera Mesir telah melancarkan operasi dengan sasaran apa yang mereka sebut sebagai tempat para penjenayah dan teroris.

Dalam laporan BBC, sekurang-kurangnya 28 orang ditahan di Kerdasa. Beberapa jam setelah operasi dimulai, pasukan keselamatan mula bertempur dengan para pendukung Mursi. Sebelas anggota polis di Kerdasa terkorban bulan lalu.

Pihak tentera telah menyerbu ke Kedasar sekitar pukul 05.30 waktu tempatan semalam (19/9) dengan dibatu oleh helikopter. Media pemerintah menyatakan seorang polis senior terkorban dalam pertempuran tersebut. Laporan televisiom pemerintah yang lain menyatakan salah seorang dari mereka yang ditangkap adalah Ahmad Uways, pemuda yang dituduh membunuh ketua polis Kerdasa pada 14 Ogos lalu.

Pihak berkuasa telah berjanji membalas serangan maut di pejabat polis bulan lalu. Beberapa jam sebelum pihak polis dan tentera bergerak, suasana kota tegang. Ribuan orang menghadiri demonstrasi pro-presiden Mursi pada Rabu malam.

Setelah solat subuh, tentera mulai mengambil kedudukan mereka dengan kereta kebal bagi memulakan operasi. Pihak tentera telah melakukan sekatan jalan bagi mencegah orangramai daripada memasuki kota tersebut. "Saya tidak dapat bertanggungjawab jika anda terkena tembakan," terdengar seorang askar berkata kepada seorang lelaki tempatan.






Jika Anak Bertanyakan Soal Seks...


Berapakah usia anak anda? Nah, akan sampai waktu ketika mana anak-anak kita bertambah besar dan mula bertanya tentang sesuatu yang mungkin membuat muka kita mejadi merah padam iaitu persoalan seks. Atau kalau pun tidak bertanya, mereka menyatakan dan mungkin juga tidak sadar akan ertinya, karena pengaruh pergaulan. Bagaimana sikap kita terhadapnya nanti?

-pertanyaan yang diajukan anak soal berhubung soal seks adalah normal. Seiring bertambahnya usia, otak anak kita juga mengalami perkembangan. Untuk itu ibu bapa perlu memberi jawapan ke atas pertanyaan-pertanyaan anak agar pengetahuan anak boleh bertambah.

Memasuki usia pra-akil baligh, anak-anak mulai tertarik pada hal-hal berhubungan dengan persenyawaan. Salah satu di antaranya tentang kehamilan dan kelahiran. Menghadapi pertanyaan berhubung masalah seks, ibu bapa perlu keluar dari budaya pantang larang di dalam membicarakan soal seks.

Yang perlu sangat kita perhatikan adalah jangan sampai anak mengetahuinya dari teman atau buku-buku yang tidak sepadan untuk mereka. Ibu bapa perlu memberikan jawapan yang sesuai dengan usia mereka, perkembangan mental dan perkembangan emosi anak, serta menguncinya dengan pengetahuan agama.

‘Contohnya, sel sperma dapat bertemu di rahim ibu melalui proses hubungan suami isteri yang sudah bernikah.

Dalam menjawab pertanyaan seperti itu, bu bapa juga perlu mengenali anak-anaknya. Ada anak yang setelah mendapat jawapan, dia berhenti bertanya. Ada anak yang terus bertanya sampai dia merasa puas. Agar dapat memberi jawaan, ibu bapa dituntut untuk terus menambah pengetahuannya dengan banyak membaca.

Usahakan pula menjalin hubungan yang harmonis dengan anak, dengan cara berkomunikasi yang baik agar anak tidak merasa takut atau enggan untuk berbicara dengan ibu bapa. Jika ibu bapa dapat memberikan rasa keselesaan kepada anak, anak akan merasa nyaman untuk bertanya. Jika ibu merasa malu menjawab, nyatakan perasaan ibu itu. Misalnya, ”Aduh, ibu malu nak menjawabnya.” Jika ibu belum mempunyai jawapannya pula, katakan pada anak bahawa ibu tidak tahu dan berjanji untuk mencarinya di buku atau bertanya pada orang yang lebih mengetahuinya. Jangan lupa untuk berbincang dengan suami atau rakan yang dipercayai tentang jawapan terbaik untuk diberikan kepada anak itu nanti.

Tiada Keraguan Lagi, Najib Bakal Keluar Juga Dari Putrajaya


Kajian: Rakyat mahu Najib letak jawatan?

KUALA LUMPUR: Pembentangan hasil kajian 'Politik Malaysia Pasca PRU13', oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) hari ini menarik perhatian para wartawan terhadap satu slide yang tidak disertakan peratus keputusannya.

Slide yang hanya diletakkan tanda soal itu adalah keputusan survey yang diperolehi terhadap soalan "Adakah Datuk Seri Najib perlu melepaskan jawatan kerana gagal mendapat majoriti 2/3 dalam PRU13?"

Ketika diasak wartawan untuk mendedahkan angka peratusan tersebut, Pengarah UMcedel Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, sukar baginya untuk mendedahkannya kerana ianya boleh menyebabkan hidup beliau bermasalah.

"Cuma saya mahu kata, result ini tidak mengembirakan dan boleh meletakkan saya dalam masalah kalau saya dedahkan," katanya.

Memberi penjelasan lanjut berhubung slide yang penuh persoalan itu, beliau berkata, harapan rakyat termasuk ahli Umno cukup tinggi terhadap Najib untuk mendapatkan kembali 2/3 penguasaan BN di parlimen selepas jatuh teruk pada 2008.


Rakyat juga katanya yakin bahawa Najib boleh "deliver" dengan baik.

"Sudah ada precedent zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dulu ya, beliau meletak jawatan (perdana menteri) kerana gagal dapat 2/3 majoriti.

"So you boleh jangka apa rakyat mahu," katanya sambil menunjuk kepada slide tersebut.

Sementara itu, hasil yang dibentang UMcedel hari ini adalah kajian yang dijalankan pada 15 Ogos hingga 10 September lalu iaitu kira-kira tiga bulan selepas PRU13 berlalu.

Kajian yang dibuat secara bersemuka itu melibatkan 1546 responden selaku pemilih berdaftar, terdiri daripada Melayu, Cina dan India di seluruh Semenanjung Malaysia.

Turut serta mendengar pembentangan UMcedel tersebut adalah bekas Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah. -HD


Cina Melayu mahu BN jalin kerjasama dengan PR - UMCEDEL


Majoriti masyarakat Melayu dan Cina mahu melihat pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) menjalinkan kesepakatan dengan Pakatan Rakyat (PR) selepas pilihan raya umum baru-baru ini, menurut kajian terbaru yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL).

Dalam pembentangan kajian terbaru hari ini di UM (Universiti Malaya), 69% daripada keseluruhan 1,546 orang responden yang ditemui oleh pengkaji pilihan raya tersebut mahu melihat Datuk Seri Mohd Najib Razak (gambar) melibatkan PR dalam kerajaan persekutuan.

"Mereka mahu pemimpin kedua-dua belah pihak bekerja untuk membangunkan negara.

"Orang ramai dah terlalu penat, sejak menunggu tarikh pilihan raya sehinggalah selepas berakhir pilihan raya," kata pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam pembentangan hari ini.

Lebih mengejutkan, sebanyak 70% responden Melayu bersetuju dengan hasrat untuk melihat kerjasama BN dan PR, manakala 67% lain adalah kaum Cina, hasil daripada kajian yang dijalankan daripada 15 Ogos ke 10 September baru-baru ini.

Bagaimanapun, Mohammad Redzuan menekankan langkah kerjasama tersebut tidak boleh hanya terarah kepada satu parti dalam PR sahaja, sebaliknya BN perlu menjalin hubungan dengan PKR dan juga DAP.

"Kerjasama mesti dengan semua parti dalam PR. Mereka tidak boleh pilih salah satu parti dalamnya," kata beliau lagi.

Mohammad Redzuan turut berkata kerajaan BN perlu memberi perhatian utama kepada dua parti dalam PR, iaitu PKR dan DAP memandangkan kedua-duanya mempunyai sokongan akar umbi yang kuat daripada kaum Cina.

"Saya tidak fikir BN hanya memfokuskan untuk hanya menjalin kerjasama dengan PAS, kerana sokongan masyarakat Melayu kepada mereka sememangnya sudah kuat.

"Yang perlu difikirkan adalah penglibatan masyarakat Cina, kerana tiada wakil kumpulan tersebut dalam kerajaan,"
katanya lagi.

Kenyataan Mohammad Redzuan tersebut hadir bagi mengulas mengenai cadangan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu mewujudkan kerjasama dengan PAS.

Beliau juga menegaskan sepanjang hampir 50 tahun lebih negara merdeka, kerajaan yang mentadbir Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan tidak hanya didominasi oleh satu bangsa sahaja.

"Ia sesuatu yang tidak masuk akal, saya tidak boleh bayangkan kerajaan yang didominasi oleh satu bangsa sahaja.

"Kaum Cina mengawal ekonomi negara, cuba bayangkan kerajaan yang tiada wakil Cina. Apa akan terjadi?"
kata Mohammad Redzuan lagi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa perutusan sehari sebelum hari kemerdekaan negara ke-56 menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan kerajaan bagi menyelesaikan masalah negara.

Ketua Umum PKR itu berkata, meskipun PR mendapat undi majoriti rakyat, namun mereka bersedia melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu.

Bagaimanapun, pemimpin Umno secara jelas menolak rundingan damai antara BN dan PR.

Beberapa pemimpin Umno melahirkan kecurigaan terhadap Anwar yang mengajak dua parti terbesar negara itu untuk berunding.

Dalam kajian tersebut lagi, UMCEDEL juga mendedahkan sebanyak 63% responden mengakui suara rakyat bertambah susulan peningkatan ahli parlimen PR selepas pilihan raya lalu.

Selain itu, 55 peratus responden juga mahu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengemudi PR walaupun gagal untuk merampas Putrajaya pada pilihan raya lalu.

Mengenai persepsi orang ramai terhadap prestasi Najib yang gagal memperoleh majoriti dua pertiga, Mohammad Redzuan mengakui ada pihak yang juga mahukan perdana menteri tersebut mengikut jejak Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meletak jawatan.

"Kalau dahulu Abdullah dipaksa letak jawatan sebab tidak dapat majoriti dua pertiga, sekarang juga ada pihak yang mahukan Najib lakukan perkara sama,"
katanya lagi.

Pada pilihan raya 5 Mei lalu, Najib dan BN kembali berkuasa di Putrajaya dalam satu persaingan sengit yang menyaksikan PR memenangi undi popular tetapi masih tewas dalam pilihan raya.

BN menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh PR, lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi pada Pilihan Raya 2008 lalu.

Mohammad Redzuan pada akhir pembentangan berkata rakyat majoritinya ketika ini mahu melihat keadaan tenang dan aman dalam negara, serta kurang berpolitik.
-TMI


ULASAN GB

Sebelum ini GB sudah ulas di SINI. Petikan:

Setelah Pak Lah mengambil alih jawatan PM, pada awalnya sokongan ahli UMNO terhadapnya memuncak sehingga pilihanraya 2004, UMNO BN mencatatkan keputusan terbaiknya di dalam sejarah pilihanraya negara.

Tetapi ahli-ahli UMNO sendiri melihat rupa-rupanya Pak Lah ini terlalu lemah. Sehingga orang-orang Najib pula mengasaknya supaya turun segera (jangan lupa ada manderam ditemui di pejabat Pak Lah - orang kata agen Rosmah yang letak... wallahu alam).

Dan kini Najib berkuasa.

Putaran akan berlaku dimana jika dahulu Pak Lah diasak untuk turun, maka tidak mustahil perkara yang lebih buruk boleh menimpa Najib.

Itu hukum karma, atau di dalam istilah kita, "sunnatullah". Pesan Tuhan, sunnatullah itu tidak berubah.


Hukum kebenaran dan keadilan tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun walau betapa hebat kekuasaannya di dunia. Setiap yang zalim akan terima hukumannya. Dimanakah kezaliman Najib? Kezaliman utamanya terletak kepada ketidak-peduliannya untuk mendengar suara rakyat supaya SPR dibersihkan. Ada sesuatu yang cuba disorokkan daripada rakyat supaya penipuan di dalam pilihanraya terus dapat dijayakan.

Apabila Najib tidak mahu melayan tuntutan rakyat supaya SPR dibersihkan agar pilihanraya yang bersih dan adil dapat dilakukan, hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya di mana penghuni langit tidak akan memperdulikan Najib lagi.

Jangan lupa bagaimana nasib yang menimpa seorang Ketua Menteri yang begitu boros dan zalim terhadap rakyat di negerinya... iaitu Mohd Ali Rustam. Tanpa ribut, tanpa taufan... beliau yang merasakan dirinya "paling agong" di negeri Melaka, terlibat pula di dalam usaha menghuru-harakan ceramah-ceramah PR di Melaka, akhirnya tersungkur lebur di tangan seorang yang tidak sehebat mana pun, hanya seorang Ketua Pemuda (AMK) PKR. Namun, itulah hukum kebenaran dan keadilan. Yang bersalah akan tetap menerima balasannya.

Dan nasib yang serupa bakal menimpa Najib. Apa yang kita lihat, jahatnya Najib, saling tak tumpah macam Ali Rustam juga, malah lebih teruk dan dasyat lagi. Putrajaya dan Parlimen yang mulia itu tidak mungkin boleh menerima PM yang banyak berdusta dan mengkhianati rakyatnya untuk tempoh yang lebih lama. Itu hukum kebenaran dan keadilan.

GB pernah ulas sebelum ini, iaitu sebaik saja keputusan PRU13 diumumkan, GB kata, kemenangan yang diperolehi dengan penipuan itu tiada keberkatannya dan kerajaan yang dibina di atas dasar penipuan itu rapuh dan bakal tumbang bila-bila masa. Maaf cakap, dari pemerhatian GB, rakyat hanya menunggu masa dan ketikanya untuk melihat beliau bakal jatuh macam cempedak busuk ke tanah dan partinya bakal berkubur!