4 Mac 2009

93% Kata Sidang Tergempar Tidak Malukan Negara

Rakyat hari ini hampir sebulat suara menolak anggapan Zambry Abdul Kadir yang percaya gabungan pakatan pembangkang sengaja merancang mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok memalukan negara di mata dunia apabila undian SMS membuktikan 93% menyatakan Sidang Tergempar semalam TIDAK lansung memalukan negara.

Selain Zambry, Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar juga beranggapan sedemikian.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan di bawah pokok, semalam, adalah sesuatu yang amat memalukan dan mencalar imej negara di mata dunia, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata persidangan tergempar 27 wakil rakyat pembangkang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan itu membayangkan kepada orang luar seolaholah rakyat negara ini tidak memahami undang-undang.

Ternyata dari keputusan SMS 7 Edition yang malu sebenarnya kesemua mereka di atas samada Zambry, Azalina mahupun Syed Hamid yang membuat tanggapan liar yang menyatakan bahawa sidang tergempar yang berlaku semalam memalukan dan mencalarkan imej negara.

Rakyat rata-rata beranggapan yang memalukan negara ialah kerajaan UMNO-BN yang merampas kuasa dan membentuk kerajaan secara tidak demokratik di Perak disamping menggunakan kuasa eksekutif untuk menghalang kerajaan sah negeri Perak pimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dari memasuki bangunan Perak Darul Ridwan semalam untuk mengadakan Sidang Tergempar yang telah dipanggil oleh Speaker.

Dalam satu perkembangan berkaitan Karpal Singh menyatakan Perintah yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim di Mahkamah Tinggi Ipoh semalam melarang Speaker DUN Perak daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang tidak mengikut undang-undang adalah tidak sah dan batal. Beliau mendakwa Ridwan Ibrahim telah bertindak di luar bidangkuasanya dan telah bertindak menghina dewan undangan negeri Perak dengan mengeluarkan Perintah itu.

Oleh itu tidak perlu bagi Speaker V.Sivakumar atau Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat untuk mencabar Perintah itu tidak ada signifikannya dan persidangan yang berjalan semalam adalah sah di sisi undang-undang sekalipun tempat bersidangnya tidak di tempat yang konvensional.

Di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Taiping YB Nga Kor Meng memfailkan usul tergempar bagi mencabar arahan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Polis yang menghalang persidangan Tergempar di adakan di dewan yang terletak di dalam bangunan Perak Darul Ridwan.

"Tidak pernah berlaku perkara ini di dalam sejarah demokrasi berparlimen tanahair kita. Ada pihak yang salahgunakan kuasa eksekutif termasuk mengeluarkan perintah yang salah kepada Polis Diraja Malaysia melarang semua ahli dewan daripada memasuki dewan," katanya.

Beliau juga meminta Dr Zambry Abdul Kadir meletakkan jawatannya serta merta kerana salah satu usul yang diluluskan semalam ialah memberikan kepercayaan kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyangkal dakwaan tindakan polis semalam di perak dipengaruhi unsur politik. Namun alasannya terlalu lemah apabila Ketua Polis Ipoh ACP Azisman Alias sendiri mengakui bahawa kedatangannya mengawal Bangunan Perak Darul-Ridwan semalam adalah dengan arahan Setiausaha Kerajaan Perak Dr. Abdul Rahman Hashim.

Sementelah lagi jika semata-mata nak kawla lalulintas dan yang seumpamanya mengapa sampai perlu menggunakan anggota unit FRU dan penyembur air di samping pihak polis dikesani telah bertindak mengkasari beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat pada hari semalam.






PPSMI: Suara Siapakah Rakyat Akan Dengar?

Dilaporkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohammad Sabtu Osman menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perarakan yang dirancang penyokong Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di ibunegara Sabtu ini.

Mohammad Sabtu berkata perarakan itu adalah haram kerana penganjur tidak memohon permit untuk tujuan itu.

Pihak Istana Negara pula telah memberikan reaksi positif bagi menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini.

Persetujuan istana itu dianggap "kemenangan pertama" aktivis bahasa dan sastera dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang menganjurkan perhimpunan besar ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata istana tidak melarang majlis penyerahan memorandum tersebut.

Yang anehnya kenapakah Polis ini sentiasa sahaja hendak menjadi pengampu kepada Menteri-menteri UMNO-BN dan sampai bilakah mereka hendak menjadikan diri mereka sebagai lembu-lembu si bangang dan si tolol kepada menteri yang yang ada di dalam kabinet hari ini?

Sampai bilakah polis-polis ini hendak menjadikan rakyat negara ini sebagai musuh mereka?

Pimpinan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) Dato’ Dr Hassan Ahmad dilaporkan telah menerima sokongan pejuang-pejuang bahasa menganjurkan ‘Perhimpunan 100 Ribu’ di hadapan Istana Negara, 7 Mac 2009 ini bermula jam 2.00 petang.

Kalangan pejuang bahasa termasuk Sasterawan Negara Dato’ A Samad Said, Dato' Baha Zain, Dr Shaharil Mohamad Zain, Profesor Emeritus Abdullah Hassan, Profesor Emeritus Nik Safiah Abdul Karim, Dinsman dan ramailah menyatakan kesediaan untuk hadir.

Nama-nama hebat ini dikenali di dalam dan di luar negara, pelajar dan pelajar sekolah kerana mereka walaupun tidak berpakaian seragam di zahir, tetapi sebahagian besarnya adalah mahaguru di menara gading.

Jika nak dibanding sumbangan Menteri Pelajaran, Hishamuddin Hussein dengan sumbangan salah seorang nama yang disebutkan di atas tadi, semua dapat menilai siapakah yang lebih banyak berjasa terhadap pembentukan insaniah dan pembinaan intelektualisma.

Inikan pula polis-polis yang namanya seperti Musa Hassan, Mohamad Sabtu Othman yang mungkin jika ditanya kepada pelajar sekolah pun ramai akan menjawab .. oh.. kemungkinan mereka ini penyanyi yang baru muncul...

Kita meminta pihak polis henti-hentilah kerja mengampu dan membodek secara melulu. Perhimpunan tersebut bukan untuk melakukan sebarang protes di jalanan tetapi hendak menyerahkan memorandum secara aman.

Tugas kamu polis ialah mengawal lalu-lintas dan berikan segala kerjasama sepenuhnya kepada golongan cedekiawan itu. Bukan dengan menghantar trak-trak FRU atau anggota SB berpakaian preman untuk menimbulkan provokasi di tengah-tengah lautan manusia. Modus operandi sebegitu sudah tidak laku lagi apabila polis sering saja menyalah-gunakan kuasa mereka meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka.

Maruah polis telah lama tercemar akibat perbuatan polis sendiri yang terus-terus berpegang kepada tradisi membelasah rakyat yang tak sebulu dengan pemerintah.

Rakyat sebenarnya dah meluat melihat perangai polis-polis yang menunjukkan kuasa tak kena pada tempatnya. Mengugut rakyat akan hanya menyebabkan rakyat bertambah-tambah simpati terhadap pejuang-pejuang bahasa itu.

Pergilah buat kerja kamu yang lain... mencegah jenayah, rompakan, perkosaan, mencari kanak-kanak yang hilang yang semakin menjadi-jadi. Naik pangkat dengan cara mencegah jenayah itu lebih berkat gajinya untuk diberikan makan kepada anak-bini dari naik pangkat dengan kerja mengampu dan membodek pak menteri yang tak sedar diri.


Najib Bakal Ditelanjangkan Jika...

SPRM dan Polis hari ini dicabar oleh seorang pemimpin PKR supaya menyeretnya ke mahkamah agar beliau dapat mendedahkan butiran dakwaan percubaan Datuk Seri Najib Razak merasuah wakil rakyat Pakatan Rakyat agar melompat parti bagi menjatuhkan kerajaan Perak.

"Saya bersedia untuk ke mahkamah di mana saya akan berpeluang mendedahkan semua bukti yang saya ada termasuk rakaman tentang perbualan dan perbincangan saya tentang isu membeli Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan yang diusahakan oleh Najib," kata ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda.

Fauzi sebelum ini pernah mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencuba tahun lalu untuk memujuknya supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat) di Perak supaya melompat parti.

Fauzi berkata, beliau telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak membuat apa-apa tindakan untuk memenuhi hasrat Najib itu.

"Saya mendesak polis agar segera mendakwa saya di mahkamah adalah kerana saya tahu pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis pasti tidak akan mendakwa Datuk Seri Najib di mahkamah terhadap apa yang telah saya laporkan.

"Jadi jika mereka mendakwa saya, itulah saja jalan yang terbaik untuk saya berdepan dengan Najib di mahkamah dan mendedahkan segala bukti-bukti yang ada pada saya terhadap rasuah dan pembelian Adun yang melompat parti dan menyokong BN."

Dalam satu kenyataannya hari ini, beliau juga mendakwa SPRM tidak berminat menyiasat aduannya atau mengambil tindakan terhadap timbalan perdana menteri.

Sebaliknya polis seolah-olah diarah untuk bertindak terhadapnya berhubung akuan berkanun yang mengandungi butiran dakwaan tersebut, kata Fauzi lagi.

"Saya telah dipanggil oleh pihak C Team Ipoh pada 10 Februari 2009 untuk diambil keterangan.

Sehubungan itu, Fauzi mempertikaikan motif dan tujuan polis menyiasatnya dalam kes tersebut sedangkan akuan berkanun yang dibuatnya itu untuk tindakan SPRM.

Katanya, beliau amat kecewa kerana polis bertindak di luar bidang siasatan kerana pihak Najib sendiri tidak membuat laporan terhadapnya.

"Sehubungan dengan ini, saya ingin menegaskan dan mendesak pihak polis yang cukup serius menyiasat akuan bersumpah saya itu, agar segera mendakwa saya di mahkamah," tambahnya.

Syed Hamid Pendek Akal Dari Ayahnya Syed Jaafar

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar menyifatkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan di bawah pokok, semalam, adalah sesuatu yang amat memalukan dan mencalar imej negara di mata dunia.

Beliau berkata persidangan tergempar 27 wakil rakyat pembangkang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan itu membayangkan kepada orang luar seolaholah rakyat negara ini tidak memahami undang-undang.

"Tak ada dalam dunia ni, orang buat persidangan bawah pokok, orang tertawakan kita, seolah-olah kita ni tak faham (undang-undang). Kita mungkin tak setuju kita tak lagi jadi kerajaan tapi ada proses-proses lain yang seharusnya diambil.

"Saya rasa geli hati, dalam masa sama, timbul sehingga tahap nak berkuasa walau dengan apa cara sekali pun. Ini tak bolehlah, nak berkuasa mesti ikut undang-undang," katanya kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan dan Dialog dengan Angkatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Kelantan di sini, hari ini.

Syed Hamid berkata tindakan berani mengikut kehendak sendiri untuk mencapai matlamat politik pihak berkenaan menunjukkan mereka tidak lagi hiraukan tentang undang-undang.

Itulah di antara sedutan kenyataan Syed Abd Hamid, yang sebenarnya terlalu sempit pemikiran dan pendek akalnya tatkala mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang mengadakan "sidang bawah pokok" hari semalam.

Mungkin beliau tidak pernah membaca kisah bagaimana demokrasi bermula. Mungkin saya perlu catatkan semula serba sedikit penjelasan saya sebelum ini untuk pengetahuan menteri yang masih bermentaliti kolonial ini yang saya petik dari sini.

Umno dan konco-konconya jangan sesekali menghina segala peraturan mesyuarat, usul dan keputusan-keputusan yang diputuskan di bawah pokok. Malah beberapa buah kerajaan didiasaskan diatas dunia ada kaitannya dengan "pokok".

Mesyuarat DUN atau Parlimen di bawah pokok semalam bukan fenomena ganjil dan bukannya tidak pernah berlaku di dunia ini. Mengikut sejarah, demokrasi mula diasaskan di zaman Yunani purba, hampir 3,000 tahun dahulu. Ketika zaman tiga ahli falsafah Yunani purba terkenal, Socrates (469-399 B.C), Plato (428-347 B.C) dan Aristotle (384-322 BC) mesyuarat Parlimen kerajaan Yunani purba adalah berlangsung di bawah pokok sahaja.


Syed Hamid yang baru lepas berkluk klek di dalam isu penggunaan perkataan ALLAH untuk penganut Kristian sehingga terpaksa menarik balik sesuatu keputusan yang telah digazetkan itu lebih menggelikan hati sekalian rakyat dan memalukan kabinetnya!



Syed Hamid yang juga Ketua Bahagian UMNO Kota Tinggi dinasihat perbetulkan ahli-ahli UMNO di bahagiannya sendiri yang telah membuat lima laporan polis berhubung dengan kejadian pergaduhan dalam mesyuarat agung beberapa cawangan Umno dalam Bahagian Kota Tinggi. Malah beliau sendiri mengakui bahawa ahli UMNO di bahagiannya sendiri sebagai golongan yang kemaruk kuasa bila beliau menyatakan: penjalanan mesyuarat cawangan kali ini adalah yang terburuk dan dibayangi dengan unsur-unsur “kemaruk kuasa.”

Sebenarnya orang seperti Syed Hamid ini sudah tidak diperlukan di dalam kabinet. Tatkala kita membicarakan soal k-workers, k-ministers, k-government malah k-world, menteri ini masih terbuai dengan pemikiran takuk lama - pemikiran era kolonial yang berfikir untuk menjajah rakyat dengan kuasa polis yang ada ditangannya.

Masih selesa untuk menjadi seorang menteri pengampu dan pembodek terhadap status quo berbanding perjuangan ayahnya Syed Jaafar Albar (gambar)yang bergelar Singa UMNO satu ketika lantaran kelantangannya mengkritik kerajaan pada waktu itu. Malah Syed Jaafar Albar telah memperkenalkan Pemuda UMNO sebagai Ginger Group (Kumpulan Halia) sebagai satu kumpulan pendesak di dalam UMNO.

Pokok di dalam keadaan apa pun tetap berguna kerana itulah Pakatan Rakyat memilih persidangan tergemparnya diadakan bawah pokok bagi menggantikan dewan undangan negeri yang telah dikunci oleh pegawai-pegawai dari kerajaan UMNO-Barisan Nasional yang bacul lagi pengecut untuk berdepan dengan rakyat. Lebih diburukkan apabila anggota polis yang ramai dikerah untuk mengepung sekitar bangunan Perak Darul-Ridwan bagi menghalang ADUN Pakatan Rakyat menggunakan walau ruang pejabatnya sendiri di bangunan itu.

Setidak-tidaknya "pokok" termpat di mana persidangan itu berlansung memberikan pemimpin Pakatan Rakyat sedikit kesedaran untuk menumbangkan UMNO-BN di dalam PRU. Bak kata ayahnya, Tan Sri Jaafar Albar, “Kalau mata kapak sahaja memang ianya tak mampu menumbangkan sepohon pokok, sebaliknya ambillah dahan pokok itu dijadikan ‘taran’ kapak, nescaya pokok berkenaan mudah ditumbangkan.”

Apabila kata-kata ini tidak diindahkan oleh anaknya, ia dikutip oleh orang lain untuk dijadikan panduan untuk kelak digunakan mengalahkan perjuangan anaknya. Susah sangat nak tumbangkan pokok (UMNO), patahkan sahaja dahan pokok (pemimpin UMNO yang mentalitinya lembu) untuk dijadikan taran kapak nescaya UMNO mudah ditumbangkan.

Pilihanraya Serentak Batang Ai Dengan 2 Bukit

7 April - ditetapkan tarikh untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N29 Batang Ai, Sarawak yang akan diadakan serentak dengan dua lagi pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah.

Pilihanraya kecil itu dipanggil berikutan kematian penyandangnya, naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Dublin Unting pada 24 Februari lalu akibat serangan angin ahmar.

Pada pilihan raya negeri Mei 2006, Unting memenangi kawasan yang majoritinya kaum Iban selepas menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Nasional Sarawak (SNAP) dengan majoriti 806 undi dan dilantik menjadi anggota petadbiran kerajaan Sarawak.

Beliau pertama kali memenangi kerusi Batang Ai pada 1991 menerusi tiket Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), yang ketika itu parti pembangkang dalam pertandingan satu lawan satu menentang Mikai Mandau daripada Barisan Nasional (BN).

Dalam pilihan raya negeri yang diadakan pada 1996 dan 2001, beliau mengekalkan kerusi itu menerusi tiket PBDS, yang telah menjadi parti komponen BN, dan kemudiannya menyertai PRS ekoran pembatalan pendaftaran PBDS akibat krisis kepimpinan pada 2004.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin dengan peluang untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Batang Ai pada pilihan raya kecil akan datang berikutan kematian penyandangnya Datuk Dublin Unting Ingkot, kata Timbalan Ketua PKR negeri Nicholas Bawin Anggat (gambar) hari ini.

Bawin, yang diuar-uarkan bakal menjadi calon PKR bagi kerusi itu berkata pada kali ini, pertarungan bagi kerusi majoriti pengundi Iban itu pasti panas kerana kedua-dua parti mempunyai sokongan kewangan dan logistik, tidak seperti pada pilihan raya lepas.

“Saya akan serahkan kepada parti untuk memutuskan siapa calon PKR bagi kerusi Batang Ai dan ia merupakan satu penghormatan kepada saya jika parti menamakan saya sebagai calon,” katanya

Signifikan Nizar and The Gang Di Bawah Pokok

Seorang Menteri Besar yang dipilih rakyat secara sah dibaling batu dan botol oleh penyokong Barisan Nasional, polis mengasari ADUN sehingga memaksa sebuah dewan undangan negeri bersidang di bawah pokok.

"Namun episod ini bukanlah satu perkara yang mengaibkan bagi pejuang-pejuang kebenaran, malah ia menyerlahkan hakikat bahawa semua kekangan dan asakan Barisan Nasional belum dapat membenamkan suara rakyat."

Sidang tergempar semalam meluluskan usul supaya pilihanraya diadakan selaras dengan aspirasi rakyat dan juga usul percaya terhadap kepimpinan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Keberanian wakil Pakatan Rakyat mencabar dan menyanggah kekuatan eksekutif dengan hanya mendokong Perlembagaan demi memenuhi amanah rakyat adalah satu detik bersejarah dan satu kemenangan kepada demokrasi.

Umno dan konco-konconya jangan sesekali menghina segala peraturan mesyuarat, usul dan keputusan-keputusan yang diputuskan di bawah pokok. Malah beberapa buah kerajaan didiasaskan diatas dunia ada kaitannya dengan "pokok".

Mesyuarat DUN atau Parlimen di bawah pokok semalam bukan fenomena ganjil dan bukannya tidak pernah berlaku di dunia ini. Mengikut sejarah, demokrasi mula diasaskan di zaman Yunani purba, hampir 3,000 tahun dahulu. Ketika zaman tiga ahli falsafah Yunani purba terkenal, Socrates (469-399 B.C), Plato (428-347 B.C) dan Aristotle (384-322 BC) mesyuarat Parlimen kerajaan Yunani purba adalah berlangsung di bawah pokok sahaja.

Kuliah-kuliah terawal mereka dikendalikan di bawah pokok sebelum terbinanya universiti yang lengkap dengan makmal dan imbuhan geran penyelidikannya pada hari ini.

Banyak nama tempat yang bermula daripada pokok atau buah-buah yang tentunya berasal daripada pokok. Diriwayatkan, tatkala Parameswara berehat di sebatang pokok ketika melihat seekor pelanduk menendang anjing hingga jatuh, maka baginda bertanya kepada rakyatnya.

"Apa nama pokok tempat beta sedang berteduh ini?" tanya baginda.

"Ampun tuanku, kata orang inilah pokok Melaka," balas bendahara.

"Jika demikian, beta namakan negeri ini sebagai Negeri Melaka," demikian titah baginda. Itulah usul dan keputusan kali pertama yang dilakukan oleh seorang raja Melayu di bawah pokok. Tidaklah diketahui barangkali ada lagi usul-usul dalam mesyuarat 'istana bawah pokok' sebelum itu.

Tetapi, berdasarkan Sulalatus Salatin, inilah mesyuarat pertama yang diadakan di bawah pokok, di mana usulnya berlaku secara mendadak tiba-tiba, iaitu usul menamakan sebuah negeri baru yang ingin diperintah.

Setakat diketahui, inilah sidang mesyuarat 'Dewan Undang Negeri' yang pertama dilakukan sejak tertubuhnya Kesultanan Melayu Melaka yang akhirnya terkenal sebagai sebuah empayar yang gagah itu. Sebagai yang sedia maklum, Kesultanan Melayu Perak juga adalah lanjutan daripada Kesultanan Melayu Melaka itu.

Jadi, apa salahnya dengan mesyuarat di bawah pokok? Bukankah Raja Melayu Melaka yang pertama, asal-usul kepada kesultanan Melayu Perak telah lebih awal dalam membuat mesyuarat di bawah pokok?

Bukankah nama Bandaraya Ipoh itu juga berasal daripada nama pokok Ipoh yang mana getahnya itu dibuat racun?

P.Ramlee di dalam Laksamana Do Re Me di antara adegan dalam cerita tersebut ialah kisah Raja Pasir Dua Butir yang terpaksa 'bersidang' di bawah pokok kerana gara-gara diserang oleh Raja Pasola dari Negeri Pasir Berdengung.

Persidangan 'kerajaan buangan' di bawah pokok ini disebabkan terdapat pihak yang terlalu kemaruk untuk berkuasa. Rampasan kuasa yang dilakukan oleh 'Raja Pasola' dari negeri Pasir Berdengung begitu caca marba sehingga menjadi lawak jenaka dan perhatian dunia. Pertembungan yang melibatkan kuasa dan maruah.

Manakala beberapa agama besar di dunia juga menyerlahkan beberapa hal mengenai pokok. Agama Buddha yang muncul di Asia Tenggara dan China adalah berasal daripada India. Asas ajaran Buddha adalah melalui ‘ empat kebenaran mulia’ yang diterima oleh ‘Sidharta Gautama’ dibawah pokok ‘Bo’ di Boghaya, India.

Di dalam Islam, pokok juga ada mempunyai signifikannya yang tersendiri.

Kisah Nabi Musa berjalan bersama isterinya di padang pasir dari Madyan ke Mesir, baginda ternampak pokok berapi di atas Bukit Thursina.

Setelah Musa menyempurnakan tempoh kerjanya itu dan (mendapat izin) berjalan dengan isterinya (kembali ke Mesir), ia melihat (dalam perjalanannya itu) api dari sebelah Gunung Tursina. (Ketika itu) berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah; sesungguhnya aku ada melihat api, semoga aku dapat membawa kepada kamu sesuatu berita dari situ, atau sepuntung dari api itu, supaya kamu dapat memanaskan diri."

Maka ketika ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) dia diseru dari tepi lembah yang di sebelah kanan, di tempat yang dilimpahi berkat, dari arah pohon kayu (yang ada di situ): "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Tuhan sekalian alam. Al-Qashas Ayat 29 - 30


Dan satu peristiwa besar di dalam sejarah Islam yang di bawa oleh Nabi Mohd s.a.w. juga "berparlimen" di bawah pokok iaitu Perjanjian Hudaibiyah dan ia terlakar indah di dalam Al-Quran.

Sesungguhnya Allah telah ridha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya). Al-Fath: ayat 18

Justeru, usah sekalian orang-orang Umno memandang sinis kepada mesyuarat di bawah pokok, kuliah di bawah pokok, pertapaan, persidangan, pertafakuran, uzlah di bawah pokok.

Setiap pemerintahan di bawah pokok itu ada signifikannya dan perlu dihormati dan tidak wajar samasekali diperkecilkan apa tah lagi diketawakan, kerana mereka berhimpun dan bermesyuarat dengan hasrat ingin menunjukkan semangat untuk berjuang membela kebenaran dan keadilan.






Sejarah Pang5 Bukit Gantang… Tolak BN?

PANG! … 5 jari lekat di muka. Konon, itukah asal perkataan ‘panglima’. Penampar… lambang kekasaran seorang jagoan? Atau lambang tangan terbuka… Lambang PAS semasa mula-mula ditubuhkan?

Bukit Gantang merupakan salah sebuah mukim yang terletak dibawah pentadbiran Daerah Larut, Matang dan Selama. Mukim ini terletak bersempadanan dengan Mukim Kg Buaya, Daerah Kuala Kangsar yang memisahkannya dengan sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Berapit. Kini Bukit Gantang menjadi tumpuan politik Malaysia apabila Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS, Roslan Shaharum, meninggal dunia, beberapa hari lepas. Kerusinya kini kosong dan perlu diganti, maka diadakan pilihan raya kecil semula.

Dalam daerah ini terdapat sebuah kampung bernama Kampung Bukit Gantang. Kampung Bukit Gantang dan Kampung Kubu ini berkait rapat dengan sejarah Long Jaafar dan bapa saudaranya Dato' Panglima Bukit Gantang. Mereka adalah orang Melayu terkaya dan berpengaruh di negeri Perak sekitar tahun 1800–1850an, yang merupakan Pemungut Cukai di Kerian dan Kurau ketika itu. Dato' Panglima Bukit Gantang dikatakan mula-mula membuka kampung ini, yang dinamai dengan namanya Kampung Bukit Gantang. Dato Panglima Bukit Gantang meninggal dunia pada Isnin April 20, tahun 1818.

Maqam Panglima Bukit Gantang terdapat di Kampung Kubu dan merupakan peninggalan sejarah yang dipelihara baik-baik. Long Jaafar anak saudaranya pula adalah orang Melayu yang mula-mula menjalankan perusahaan melombong bijih-timah di Daerah Larut. Dalam tahun 1848 Long Jaafar telah memulakan perusahaan melombong di Kelian Pauh ataupun lebih dikenali sekarang sebagai Bandar Taiping. Dalam masa yang singkat beliau telah beroleh kejayaan, menempatkan dirinya sebagai orang terkaya dan berpengaruh di Daerah Larut bahkan jua di dalam negeri Perak.

Dalam tahun 1850, Raja Muda Ngah Ali telah mengurniakan Daerah Larut kepada Long Jaafar. Kemudian dalam tahun 1856, Raja Ngah Jaafar yang menggelar dirinya sebagai Sultan Perak telah memberi pula surat kuasa kepada Long Jaafar. Surat bertujuan menambah kukuhkan lagi surat kuasa yang diberi oleh Raja Muda Ngah Ali sebelum itu. Long Jaafar meninggal dunia pada 6 Jamadil Akhir 1272 bersamaan Ogos 1858, digantikan oleh anaknya Ngah Ibrahim. Dizaman kekuasaannya, Long Jaafar telah membina kota kediaman di Kampung Bukit Gantang atau disebut ‘kubu' oleh orang-orang disitu, Makamnya juga telah dibina di dalam kota tersebut.

Kubu itu dikatakan menjadi salah satu antara tempat perlindungan Ngah Ibrahim bersama pengikut-pengikutnya untuk bertahan dari serangan British dalam Perang Larut. Akhirnya Ngah Ibrahim dapat ditawan oleh British dan dibuang di Pulau Sycelles. Makam Long Jaafar terletak di kawasan belakang Pejabat Penghulu Kampung Bukit Gantang iaitu kira-kira ¼ km ke dalam. Makamnya terjaga dengan baik, tetapi bekas kota (kubu) kediamannya hanya tinggal kesan tembok sahaja.

Semasa dibawah era pemerintahan Long Jaafar, Bukit Gantang telah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan awam seperti bangunan-bangunan kedai, pejabat-pejabat orang besar jajahan, Stesen Keretapi Bukit Gantang dan laluan jalanraya yang menghubungkan Bukit Gantang dengan Sg Limau yang pada ketika itu dijadikan sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut. Pada masa itu, pendapatan utama bagi Jajahan Larut adalah perlombongan bijih timah yang diusahakan di Taiping. Kebanyakannnya diusahakan oleh imigran melalui perjanjian dan konsesi yang dianugerahkan kepada mereka oleh Long Jaafar. Iaitu…

1…Imigran Cina Manchu beragama Islam dari kumpulan ‘Hai San’.
2…Imigran Cina Pulau Pinang yang beragama Buddha dari kumpulan ‘Ghee Hin’.

Menurut http://sejarahnagarakedah.blogspot.com …

“…isteri (nama sudah tidak diketahui lagi) kepada Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai @ Mat Sirat ini, ialah adinda (adik) kepada isteri Panglima Bukit Gantang Nai Lang Raja Siam Songkhla (kedua beradik perempuan ini adalah anakanda Maharaja China Manchu). Pada masa yang sama isteri Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai @ Mat Sirat ini juga adalah bonda Sultan Muhammad I Kelantan Nik Diah @ Ngah Haji Muhammadiah Keramat Tok Bai.

Manakala kakaknya pula adalah isteri Panglima Bukit Gantang dan bonda kepada Sultan Jaafar Mad Azam Syah atau Long Jaafar. Kedua mereka adalah anakanda Maharaja China Manchu. Dengan sebab itulah dikatakan bahawa Long Jaafar telah membawa masuk orang-orang China Khaek (Islam) untuk melombong bijih timah di Larut. Long Jaafar @ Sultan Jaafar Mudazam Syah adalah juga cucu Maharaja China Manchu, Maharaja Chia-ch'ing.”


Menurut buku Joginder Singh Jessy, ‘Tawarikh Tanah Melayu, 1400-1959’, ms 153, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka… Puak khaek, dari kongsi gelap Hai San (bermaksud bagi pesanan) adalah orang-orang China yang beragama Islam. Patutlah puak Ghee Hin dengan Hai San ini suka bergaduh! ‘Khaek’ @ Khaeg bermaksud Islam dalam bahasa Siam Kedah. Sebagai contoh, tempat peranginan Phuket asalnya adalah Po-Kheg bermaksud bapa-Islam atau raja yang memerentah disitu dulunya adalah beragama Islam. (Lihat lagi catatan ahli akademik Thailand hari ini mengenai ‘khaeg’ di blog http://sejarahnagarakedah.blogspot.com).

Mengapa puak-puak Hai San dan Ghee Hin itu suka bergaduh, sedangkan mereka berasal dari sebuah negera dan satu bangsa? Kita mesti ingat bahawa puak Ghee Hin itu dibawa dari Pulau Pinang yang diasuh dan dididik penjajah, dan bukan pula beragama Islam. Sejarah juga membuktikan, bagaimana bangsa-bangsa yang dibawa masuk ke Tanah Melayu dulu dipisah-pisahkan melalui penempatan-penempatan menurut kaum. Kaum India di estet-estet, kaum Melayu di bidang pertanian dan orang Cina di sektor perniagaaan, walaupun orang Melayu pernah menguasai dunia niaga di Asia Tenggara sebelumnya.

Maka akhirnya perselisihan puak-puak kecil itupun membesar menjadi perselisian kaum dan bangsa pula? Kita ingat pula, bagaimana kemerdekaan yang diberi bersyarat, dipaksa mengekalkan undang-undang mereka, walaupun undang-undang itu bukan undang-undang kaum Cina dan India, bahkan undang-undang yang amat asing bagi penduduk asal negara ini. Bagaimana penjajah berjaya mengasingkan Singapura dari Malaya, dan mencantumkan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia yang pernah menimbulkan ketegangan di alam Melayu sesuai dengan ‘dasar pecah-pecah jajah’nya itu.

Mereka terus menggunakan talibarut-talibarut dungu mereka sehingga berlaku peristiwa 13 Mei 69, dan isu-isu perkauman yang menjadi berterusan. Kita tidak mahu hal ini berulang lagi. Kita tidak mahu pemimpin-pemimpin yang mengapi-apikan perkauman, cuba melaga-lagakan rakyat dengan sultan, demi mengekalkan kekuasaan mereka. Mereka korek-korekkan isu raja dan isu bangsa, sama seperti tujuan penjajah tersebut. Jadi kalau anda mahu tidak jadi kuda tunggangan puak-puak yang macam penjajah itu, tentukan dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang ini, supaya BN tidak menang lagi. Sebagai amaran kepada BN jangan permain-mainkan kerajaan pilihan rakyat.. Barulah anda benar-benar pang5!!

Ibnuhasyim

Agus : "Kerajaan Nizar Nak Sidang Atas Pokok Pun Dikira Sah!"

Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan malaysia menyatakan "jangankan bawah pokok, sidang atas pokok pun ia tetap sah," ketika diminta mengulas mengenai kesahihan Persidangan Tergempar Dewan Undangan Negeri Perak oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pagi semalam.

Sessi sidang tergempat 30 minit, yang bermula jam 10.20 pagi, telah dipanggil oleh Speaker Dewan Undnagan Negeri Perak V.Sivakumar, dan dihadiri oleh kesemua 27 ADUN dari Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Dr Mohammad Agus, menambah ketiga-tiga usul yang diluluskan secara sebulat suara semasa sessi itu juga adalah sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.

Usul pertama ialah menyatakan sokongan dan undi percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar, kedua meminta pembubaran dewan undangan negeri supaya satu pilihanraya dapat diadakan, dan ketiga menerima keputusan Speaker menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan keenam-enam exco dari sebarang persidangan dewan undangan negeri.

Dr Mohammad Agus menyatakan bahawa persidangan DUN yang lepas hanya ditangguhkan dan belum ditamatkan.

“Jika ditangguhkan, bererti Speaker mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar walaupun tanpa perkenan Sultan,” tambahnya.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan menyatakan kejadian yang berlaku di Perak belum pernah terjadi dan melibatkan isu perundangan yang kompleks.

Sekalipun mustahil untuk menyediakan pendapat yang sempurna mengenainya, beberapa perkara perlu dilihat sebagai perkara prinsip, katanya di dalam kenyataannya.

Beliau menyedari terdapat persoalan samada bleh atau tidak untuk melaksanakan sidang dewan di luar dari bangunan Kerajaan Negeri.

“Tentulah, di dalam bangunan itu terletaknya dewan undangan negeri yang sepatutnya persidangan itu berlansung.

“Tetapi, Speaker dan ahli dewan undangan negeri telah dihalang dari menjalankan sidang di tempatnya oleh pihak polis, dan ini menimbulkan isu yang serius mengenai tindakan polis berkenaan.

“Oleh itu Speaker tiada pilihan melainkan untuk bertindak mengikut budi-bicaranya untuk mengendalikan persidangan itu di tempat lain,” kata beliau.

Mahkamah hari ini telah memutuskan sidang tergempar hari ini tidak sah. Ramai melihat keputusan hakim tersebut terlalu berat sebelah dan hanya mengambil kira hujjah-hujjah dari pihak pendakwa.