24 Apr 2013

[KREATIF] Anak Muda Cina Bentuk Bulan Dengan Tangannya


Begitu bersungguh sekali anak muda kaum Tionghua ini menzahirkan sokongan tidak berbelah baginya kepada perjuangan PAS.

Diolah dari beberapa rakaman gambar untuk dijadikan lambang bulan sebagai simbolik kepada perjuangan PAS.

Jika ditanya akal logik mengapa begitu beriya sekali anak muda ini...Jawapnya tidak lain tidak bukan..hati dan jiwanya sudah terpaut habis dengan PAS...Segala bentuk dakyah dan fitnah dilemparkan kepada PAS langsung beliau tidak ambil peduli...Anak muda yang cerdik dan berakal mampu berfikir dan menilai...Lagi di gerunkan dengan kisah hudud lagi bersungguh dan ghairah menyokong PAS.

Kepada UMNO, ini nasihat ikhlas Omak Kau yang datangnya dari sudut hati yang amat jujur....Hayat kamu untuk tamat sudah hampir tamat....Bersedialah untuk menjadi pembangkang...Bila kaum bukan Melayu terutamanya dari kalangan anak-anak mudanya sudah menerima PAS maka disitulah saatnya UMNO akan tumbang. -omakkau

Kereta Calon PAS Diconteng Perkataan Lucah


Dungun – “Saya terima ujian Tuhan dengan sabar, ia sebahagian daripada perjuangan saya untuk menegakkan agama ALLAH SWT,” kata Alias Harun, pemilik kenderaan yang diconteng cat dengan perkataan lucah.

Kejadian disedari anak perempuannya, Sumaiyah, 25, ketika mahu mengundurkan kenderaan untuk menghantar dua adiknya ke sekolah setelah melihat ada tulisan putih di cermin belakang Toyota Unser milik bapanya itu yang diletakkan di garaj rumahnya dekat belakang Hospital Dungun.

Ketika kejadian, Alias yang juga calon Pas kerusi Dun Rantau Abang difahamkan bertemu pengundi di Kampung Padang Pulut selepas solat Subuh berjemaah di Masjid Serdang.

Alias berkata, ketika mahu bersarapan bersama penduduk kampung di warung, dia dihubungi anaknya memaklumkan kejadian.

Menurut Alias, dia tidak menyedari perkara itu kerana keluar awal pagi.

Menurut Alias, dia mengesyaki perbuatan tersebut dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dengan niat khianat kerana dia adalah calon yang bertanding pada pilihan raya kali ini.

Alias, Pengerusi Majlis Tindakan Dun Rantau Abang adalah calon yang diketengahkan Pas untuk menentang penyandang kerusi itu, Datuk Zaa’bar Mohd Adib yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Sumaiyah yang ditemui kesal kereta milik bapanya diconteng dengan perkataan lucah.

Menurutnya, sebagai seorang anak, dia beranggapan itulah sebahagian dugaan yang harus dilalui buat ahli keluarga yang terpilih untuk berjuang atas jalan ALLAH SWT.

“Saya syak ia ada kaitan dengan rancangan politik.

“Walau apa yang berlaku saya tetap beri sokongan pada ayah,” katanya.

Sumaiyah membuat laporan polis berkaitan kes terbabit dan polis mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Ku Nan Terajang Salah Seorang Penyokongnya!!!


Ingatkan Khabar angin jer pasal Ku Nan pukul penyokong dia.. Rupanya betul la.... iskh3...Kaki Pukul rupanya sekutu Tokei Judi ni...

Wartawan TV3 n Utusan semua amik cuti..jadi mereka terlepas pandang berita ni..-Jahar

LAPORAN POLIS

Nama: KAMARUZZAMAN BIN KAMARUDDIN

KP : 620901016147

PENGADU MENYATAKAN: PADA 05 APRIL 2013 JAM LEBIH KURAN 11:30 PAGI, SAYA TELAH PERGI KEPEJABAT AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA YANG TELETAK DI PRECINT 15, PUTRAJAYA, UNTUK BERJUMPA DENGAN AHLI PARLIMEN DATO SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR, BAGI MELUAHKAN MASAALAH YANG SAYA HADAPI. BILA SAYA DIPANGGIL MASUK OLEH YB DATO SERI TENGKU, BILA SAYA MASUK, SAYA TERUS DITAMPAR MUKA SAYA, SEBANYAK 5 KALI, DAN MENYEPAK BELAKANG BADAN SAYA.

SAYA TIDAK TAHU MENGAPA YB DATO SERI TENGKU MENGAMBIL TINDAKAN DEMIKIAN TERHADAP SAYA, SAYA TELAH MENGALAMI KESAKITAN DIMUKA DAN DIBAHAGIAN BELAKANG BADAN SAYA, TETAPI TIADA SEBARANG KECEDERAAN ATAUPUN LUKA YANG SAYA ALAMI.

TUJUAN SAYA MEMBUAT LAPORAN POLIS INI ADALAH UNTUK MELINDUNGI DIRI SAYA, TAKUT JIKA ADA APA APA KEJADIAN BERLAKU PADA DIRI SAYA DIKEMUDIAN HARI. LAPORAN POLIS INI DIBUAT DENGAN KERELAAN SAYA SENDIRI TANPA DIPAKSA OLEH MANA MANA INDIVIDU.


[BERGAMBAR & VIDEO] InsyaAllah, Husam Bakal YB Putrajaya


Tidak lama lagi, YB Putrajaya." Itulah mesej pesanan ringkas yang dihantar oleh seorang pengarang kanan sebuah akhbar harian malam tadi.

Bersama SMS itu, beliau menyertakan gambar-gambar orang ramai yang memenuhi ceramah calon PAS Datuk Husam Musa di Putrajaya.

Melalui gambar itu jelas kelihatan suasana orang ramai yang penuh sesak di ceramah Husam yang sangat luar biasa bagi kawasan Putjaya.

Ini kerana, sebagai pegawai kerajaan, penduduk Putrajaya agak sensitif dengan ceramah yang dianjurkan bukan BN.

Namun semangat untuk berubah telah merubah segala-galanya di Putrajaya.

Malam tadi Husam berceramah di Padang Presint 9, Putrajaya. Turut memberikan ceramah malam tadi adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang baru menyertai PAS.

Sejak petang semalam lagi Husam sibuk dengan pelbagai aktiviti di Putrajaya.

Jam 5.30 petang, beliau turun minum petang di Monumen 2020 bersama penduduk Putjaya.

Jam 6.30 petang pula beliau berkempen di pasar malam dsambil menyapa pembeli dan peniaga di situ.

Jam 7.30 malam, beliau menunai solat Maghrib di surau Alhuda, Presint 9 bersama jamaah di situ.

Jam 8.30 malam pula beliau menunaikan solat Isyak di surau Abdul Rahman, Presint 9.

Pada malamnya, beliau memberikan ceramah umum di padang Presint 9 berdekatan Sekolah Rendah Agama An-Najjah bersama Dr Zaiyadi Awang Noh (bekas ketua pemuda Umno Kelantan) dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib (Mantan Menteri Besar Selangor). -HD









CERAMAH MAT TAIB BANTU HUSAM DI PUTRAJAYA


Di Sebalik Zul Nordin Dicium, Pemimpin MIC & 104 Pengikut Keluar Parti


Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya hari ini keluar daripada parti tersebut sebagai tanda bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam.

Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini.

"Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti.... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Supayah yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009 juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam.

"Sebab pertama adalah kerana meletak calon Perkasa Zulkifli Noordin, dia sebelum ini telah menghina masyarakat India dan penganut agama Hindu.

"Bukankah itu jelas penghinaan?" kata Supayah lagi. Faktor kedua yang menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut adalah kerana tindakan Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Mohd Zin memijak kepala lembu pada tahun 2009 di samping tindakan calon BN Che Johan Che Pa di Pasir Mas yang memberikan laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut.

"Sebab kedua adalah kerana Datuk Nawawi kerana beliau pernah menghina penganut Hindu dengan memijak kepala lembu pada 2010 dan sebab ketiga adalah kerana calon BN memberi laluan kepada Ibrahim Ali bertanding.

"Bukankah itu bermaksudnya Umno sokong Perkasa," kata Supayah yang tidak berpuas hati dengan tindakan BN memberi dua kerusi kepada calon bebas daripada Perkasa.

Supayah yang juga pengerusi MIC Shah Alam Seksyen 18 timur, di mana semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru melawat berkata keputusan yang dibuatnya itu mendapat sokongan rakan beliau dan juga pemimpin India lain.

"Sebaik saya buat pengumuman itu, saya menerima banyak panggilan daripada rakan dan juga orang yang tidak dikenali.... semua mereka mengucapkan tahniah kerana keberanian saya berbuat demikian," terangnya lagi.

Semalam, Najib selepas lawatannya di Shah Alam mengeluarkan kenyataan mempertahankan Zulkifli bertanding kerusi parlimen tersebut dan berkata bekas ahli parlimen PKR tersebut sudahpun berjuang untuk isu melibatkan kaum India seperti Sekolah Tamil serta kuil dan rakyat sudah mula menyokong beliau.

Walau bagaimanapun, pencalonan Zulkifli sebagai calon Shah Alam menyebabkan gabungan pemerintah tersebut menerima banyak kritikan terutama apabila baru-baru ini video beliau menghina penganut agama Hindu tersebut luas di ruang internet.

Fokus terarah kepada Selangor, yang dikatakan nadi kepada kepesatan ekonomi dan pentadbiran PR di bawah Menteri Besar (MB) sepenggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa oleh BN gagal mempamerkan prestasi baik untuk mengekalkan sokongan seperti pada tahun 2008 lalu.

PR selepas pilihan raya umum 2008 mempunyai penguasaan yang ketara ke atas negeri terkaya tersebut dan memegang 36 kerusi daripada 56 kerusi dewan undangan negeri serta 17 daripada 22 kerusi parlimen.

[BERGAMBAR] Lagi Petugas PAS Pamer Kreativiti


Lagi gambar-gambar menarik sepanjang kempen pilihanraya yang dipamerkan oleh petugas-petugas PAS di sana-sini.

Saksikan dan anda juri, yang mana satu pilihan anda dengan milih kod yang tertera di bawah gambar?














Laporan sebelum ini
klik untuk baca