8 Dis 2013

Rakam, Sebar Aksi Seks Jadi Budaya ‘Gila’ Di Internet


Isu kejatuhan moral golongan muda acapkali menjadi isu yang mencetuskan perdebatan, sama ada di media massa atau di forum-forum sosial.

Pelbagai faktor dijadikan sandaran dan paling popular ialah pengaruh ledakan teknologi serta penyebaran budaya popular barat yang mempengaruhi corak pemikiran dan budaya anak-anak muda.

Salah satu gejala negatif yang terus mendapat perhatian ialah keberanian anak-anak muda untuk melakukan perbuatan di luar norma-norma agama termasuk melakukan perbuatan sumbang dan bertindak lebih eksrem dengan menyebarkannya di laman-laman sosial.

Portal Mynewshub ada mengulas mengenai ratusan aksi seks yang tersebar di internet sejak kebelakangan ini.

Malah portal itu mendakwa, ada yang mendakwa jumlah tersebut mungkin mencecah ribuan apatah lagi pelbagai aplikasi yang wujud sekarang sekarang ini terutama melalui telefon bimbit pintar yang membolehkan ia tersebar secara meluas.

Malangnya, walaupun isu ini sudah lama didedah dan diperbincangkan, ternyata ia seolah-olah tidak dijadikan iktibar, malah semakin hari ada saja rakaman aksi terlarang seumpama itu yang ‘muncul’.

Ia bermula dari golongan muda hinggalah yang kepada kumpulan warga emas juga masih sanggup merakamkan aksi seks mereka dan ‘berkongsi’ perbuatan terkutuk itu di laman sosial.

Mungkin ada yang sekadar mahu ‘mengabadikan’ aksi mereka untuk tontonan sendiri tetapi mereka tidak sedar akan padah yang menanti bila rakaman itu jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Malah, mereka yang dalam status VVIP pun terjebak dalam masalah ini.

Artis ada, guru juga terlibat malah mereka yang bergelar ustaz pun terheret sekali dalam kancah yang sungguh menjijikkan itu.

New Malaysian Post sebelum ini turut merungkai isu penyebaran gambar-gambar tidak senonoh dalam kalangan remaja sehingga mengundang kegelisahan masyarakat yang mahu masalah itu ditangani secara segera.

Persoalannya, sejauh mana pihak berkuasa bersungguh-sungguh menangani isu moral, lebih-lebih lagi apabila kita memperkatakan mengenai keperluan untuk menyediakan barisan kepimpinan masa depan.

Kita masih ingat bagaimana pasangan seks, Alvian dan Vivian yang secara terbuka mengakui mereka melakukan aksi seks dan menyebarkannya di laman sosial atas prinsip kebebasan hak asasi.

Jangan sampai suatu hari nanti, ia menjadi budaya golongan anak muda lain untuk membuat perkara terkutuk itu dengan menggunakan alasan yang sama. -NMP

ULASAN GB

Yang kes remaja sebarkan video lucah rakaman sendiri satu hal. Yang lebih menjijikkan ialah perbuatan sesetengah pihak membuat video-video palsu untuk menjatuhkan terutamanya pemimpin PR. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan dimana penyebar video-video palsu itu pasti menerima hukuman. Contohnya si papagomo - selagi tidak bertaubat, sampai mati pun rohnya tidak akan tenang.

[KANTOI] Najib Dedahkan Sendiri Hubungan Intimnya Dengan Rejim Mubarak Yang Zalim Itu


Najib puji Rosmah atas “jasanya”

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji isterinya Datin Seri Rosmah Mansor secara terbuka kerana “jasanya” kepada negara.

Dalam ucapan penggulungannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013, Najib memberikan dua contoh pengorbanan Rosmah kepada negara.

“Saya tak pernah berkongsi tentang ini sebelum ini. Apabila salah seorang pelajar kita ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik, isteri saya menelefon isteri Presiden Hosni Mubarak (Suzanne Mubarak) dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan.

“Bukan itu sahaja, semasa Ops Piramid di mana pelajar kita tersekat di Mesir semasa kebangkitan Arab, melalui hubungannya, kerajaan Saudi menyediakan dua pesawat Jumbo dan bawa pelajar kita ke Riyadh, walaupun mereka tidak mempunyai visa ke Arab Saudi.


"Mungkin malam ini akan dapat bayaran," kata perdana menteri secara berseloroh disambut dengan gelak tawa hadirin.

Rosmah dikritik bulan lalu kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk lawatan peribadinya ke Timur Tengah. - petikan TMI

ULASAN GB

Pertama, "kisah" yang dibawa Najib itu menjelaskan kepada kita bahawa Najib menyedari rakyat sudah loya malah menyampah dengan isterinya Rosmah. Justeru beliau kena lakukan sesuatu untuk "mengangkat" nama isterinya Rosmah.

Kedua, amat kisah itu amat melucukan kerana ia mendedahkan pekung Najib sendiri dimana hubungannya begitu intim dengan rejim zalim Hosni Mubarak yang telah dijatuhkan oleh rakyat Mesir.

Sehinggakan dengan sekali telefon saja, rejim Mubarak telah menerima permintaan Rosmah untuk membebaskan pelajar Malaysia yang dikatakan ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik. Entah benar atau tidak cerita itu, wallahualam, tetapi sekiranya benar cerita itu, tentunya hebat kan hubungan mereka?

Jika rejim Mubarak telah dijatuhkan oleh rakyat Mesir melalui plihanraya demokrasi yang telah menobatkan Dr.Morsi sebagai Presiden Mesir menggantikan Mubarak itu, apakah nanti Najib bakal menerima nasib yang serupa?

Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan, dimana Najib tidak berupaya untuk menyembunyikan hubungan baiknya dengan rejim Mubarak yang telah menelan lebih AS$70 bilion harta rakyat Mesir.

Kata pepatah: Birds of the same feather flock together... kantoi tu..

[Mesir Terkini] 21 Orang Mahasiswi “7 Pagi” Akhirnya Dibebaskan


Mahkamah Rayuan Iskandariah akhirnya membebaskan para mahasiswi gerakan “7 Pagi”, Sabtu (7/12/2013) semalam. Perintah bebas itu diberikan terhadap 14 mahasiswi yang telah cukup umur yang sebelumnya dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun 1 bulan, portal dakwatuna dipetik.

Sebelumnya, tuduhan yang dihadapkan kepada mereka adalah melakukan kerusakan, mempertontonkan kekuatan, melakukan perkumpulan massa, dan pemilikan senjata. Mahkamah Rayuan mengeluarkan perintah bebas terhadap tuduhan pemilikan senjata, namun tetap menjatuhkan hukuman satu tahun untuk tuduhan melakukan kerusakan, mempertontonkan kekuatan, dan melakukan perkumpulan massa.

Hukuman penjara satu tahun ini digantungkan (tidak dilaksanakan). Para mahasiswi tersebut boleh keluar dan tidak tinggal di penjara, kecuali jika dalam waktu satu tahun mereka kembali melakukan “kejahatan” yang dituntut sebelumnya, mereka harus dipenjara sebesar hukuman yang dijatuhkan.

Sedangkan tujuh mahasiswi yang belum cukup umur, yang sebelumnya ditempatkan di lembaga rehabilitasi sosial juga dibebaskan dengan masa percobaan 3 bulan dengan kewajiban melapor diri setiap bulan disertai keterangan seorang ahli sosial.

Menanggapi putusan mahkamah rayuan ini, juru bicara kumpulan peguam para mahasiswi tersebut menyatakan masih belum berpuas hati.

Kumpulan peguam tersebut masih menuntut agar para mahasiswi berkenaan dibebaskan dari semua tuduhan, dan dapat bebas secara penuh. Hal itu kerana penangkapan dan penahanan mereka tidak mengikut undang-undang. Mereka melakukan demonstrasi aman yang menjadi hak setiap warga negara dan dilindungi undang-undang.

Sedangkan para mahasiswi yang dibebaskan menyatakan tidak akan berhenti melakukan demonstrasi menuntut tumbangnya penguasa kudeta. Pengalaman ditangkap, ditahan, dan dijatuhi penjara 11 tahun tidak akan membuat mereka takut dan menghentikan aksi. Bahkan pengalaman ini akan menambah mereka lebih bersemangat.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca


Tuduh Syiah Tanpa Bukti, Mat Sabu Patut Saman Zahid Hamidi

Perlu bukti untuk tuduh Syiah, kata Jamil Khir

Berikutan pendedahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merupakan penganut ajaran Syiah, menteri berkaitan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pembuktian kukuh perlu dibuat untuk menuduh seseorang itu penganut Syiah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ajaran Syiah bukan melibatkan parti semata-mata, kerana ia adalah berdasarkan iktikad seseorang penganut fahaman berkenaan.

"Kita amat memandang ke hadapan pembuktian Datuk Seri Zahid," katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

"Dalam ajaran Syiah dia bukan libatkan parti semata-mata. Syiah tak tertulis di wajah. Ia iktikad dalaman. Nak mendakwa seseorang itu Syiah, perlu ada pembuktian," katanya.

Ahmad Zahid ketika ucapan penggulungan Naib Presiden Umno memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana didakwa mengamalkan fahaman Syiah.

Beliau berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya.

Ahmad Zahid berkata, beliau sudah mengenal pasti perkara itu dan menyeru PAS untuk mengetepikan perbezaan politik, dan bersatu menentang ancaman Syiah kerana ini merupakan soal akidah dan keselamatan negara.

Jamil Khir bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada Jakim sudah mempunyai bukti untuk menahan Mohamad, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada polis.

"Elok tanya Zahid. Elok tanya polis.

"Kita sebenarnya daripada awal kita adakan kerjasama dengan KDN,” katanya. -TMI


Mat Sabu: Saya pengikut Ahli Sunnah Wal Jama'ah


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau adalah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Mohamad membuat penafian itu sebagai menjawab pendedahan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa ucapan penggulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.

Mohamad ketika dihubungi dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke lura negara selepas melawat mangsa banjir di Kuantan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya itu meminta JAKIM mengambil tindakan ke atas pemimpin nombor dua PAS yang didakwa pengikut ajaran Syiah.

Dakwaan pemimpin PAS terlibat dengan ajaran Syiah sebelum ini pernah mendapat perhatian selepas isu itu ditimbulkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Namun PAS menafikan terdapat pemimpinnya terlibat dengan ajaran Syiah dan mengecam pihak-pihak yang cuba mengaitkan ajaran tersebut dengan parti tersebut.

PAS menegaskan jika terdapat pemimpin PAS mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Iran atau gerakan Islam di Asia Barat seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah.
-astro awani



PKR dakwa Zahid Hamidi cuba gagalkan rekonsiliasi Najib


PKR mendakwa kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menuduh Mohamad Sabu (gambar) mengamalkan fahaman Syiah sebagai satu percubaan menggagalkan usaha Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan dialog nasional dan rekonsiliasi dengan Pakatan Rakyat (PR).

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata kenyataan Ahmad Zahid itu tidak adil kerana menjatuhkan hukuman walaupun Timbalan Presiden PAS itu tidak pernah menjalani perbicaraan terlebih dahulu.

“Tatkala Perdana Menteri dan Presiden Umno cuba menghulurkan tangan terbuka kepada Pakatan Rakyat untuk mengadakan dialog nasional untuk rekonsiliasi, Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden Umno pula bagai menghulurkan penumbuk kepada PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Kenyataan Ahmad Zahid amat tidak produktif, berbahaya, dan bagai cuba menggagalkan rekonsiliasi yang diusahakan Najib. Ahmad Zahid perlu menarik balik kenyataan beliau ini,” katanya.

Ahmad Zahid hari ini memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan Mohamad kerana didakwa mengamalkan fahaman Syiah.

Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS.

“Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab memegang portfolio agama.

Dalam reaksi awalnya, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya mengenai dakwaan Ahmad Zahid itu.

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” katanya apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Najib sebelum ini mengulangi komitmennya untuk mencapai rekonsiliasi nasional selepas keputusan Pilihan Raya Umum 2013 lalu.

Perdana Menteri berkata, beliau mahu memimpin negara bagi semua rakyat Malaysia.

“Pilihan raya umum ke-13 terlalu sengit dan walaupun Barisan Nasional kembali berkuasa dengan mandat, keputusannya menunjukkan polarisasi dalam negara,” katanya.

“Saya akui itu. Tetapi saya mahu ketepikan persengketaan untuk mencapai rekonsiliasi nasional. Saya mahu memimpin kerajaan yang mewakili seluruh rakyat Malaysia,” kata Najib dalam satu forum pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, mereka menyambut baik kenyataan Najib untuk mengadakan dialog.

"Oleh itu, sekali lagi kami mengulangi kesediaan serta mengambil sikap terbuka untuk mengadakan perbincangan ke arah kepentingan bangsa dan politik baharu," katanya.
-TMI


ULASAN GB

Mudah sangat menuduh orang sebagai Syiah tanpa bukti. Mat Sabu sepatutnya ambil tindakan undang-undang ke atas Zahid Hamidi dengan menyamannya sekurang-kurangnya RM200 juta kerana ia bukan saja menjejaskan nama baiknya tetapi juga parti yang beliau menjadi Timbalan presidennya.

Sebenarnya Zahid Hamidi sudah tidak ada modal lain untuk mencari publisiti di depan ahli UMNO.