29 Mei 2011

Waspada! Ribuan Ikan Mati Di Manila, Ada Pengajaran Disebaliknya

Kira-kira 500,000 kilogram ikan bernilai RM3.5 juta terapung di Tasik Taal, Batangas selatan Manila, dilaporkan mati kerana perubahan iklim secara tiba-tiba.

Pulau yang merupakan kawasan tumpuan pelancong dan terletak 65 kilometer dari selatan Manila itu didiami seramai 7,000 orang petani, nelayan dan pemandu pelancong.

Permukaan tanah juga menggelembung dan suhu di sekitar Tasik Taal mula menaik dimana ia boleh menyebabkan letusan gunung berapi.

Lawatan ke 2,500 hektar pulau kawah yang merupakan tumpuan utama pelancong kini diharamkan dan pegawai tempatan menaikkan poster meminta mereka meninggalkan pulau itu.

Taal merupakan antara 22 buah gunung berapi yang paling tidak stabil di dalam negara dengan rekod sebanyak 33 kali letusan dan kali terakhir berlaku pada tahun 1977.

Tasik di sekitar kawah tersebut menghalang berlakunya kematian pada tahun 1977 dan ketika letusan lain berlaku kerana air tasik itu melindungi dari terkena lahar. -kijang59

Ulasan GB

Peristiwa ikan mati secara banyak pernah dilaporkan di blog ini pada 10/3/2011 iaitu berjuta ikan mati di Los Angeles, yang kemudiannya pada hari berikutnya iaitu pada 11/3/2011 benar-benar berlaku bencana tak terperi dasyatnya iaitu Tsunami di Jepun. Ia ada kaitan kerana kedudukan pantai Los Angeles berada di sebelah timur Jepun.

Begitu juga di New Zealand, pada 21 Feb 2011, GB memuatkan entri satu berita mengenai Misteri: 100 Paus Ditemui Mati Di Pantai New Zealand, dan kemudian pada 23 Feb 2011 pula, tiba-tiba berlakulah apa yang dikatakan [Bergambar] Lebih 60 Terbunuh Akibat Gempa Di New Zealand.

Peristiwa ikan mati nampaknya semacam tidak signifikan semasa kejadiannya, tetapi ia adalah impak dari satu malapetaka yang telah berlaku lebih awal di dasar laut sebelum ia benar-benar muncul sebagai satu bencana di permukaannya.

Sekarang berlaku pula di Manila, sebuah negara yang berjiran dengan Malaysia, petunjuk apakah itu ....?

p/s bererti entri-entri di blog Kelab Greenboc sebelum ini ada pengajarannya, bukan sekadar menyiarkannya untuk suka-suka.

4 ulasan:

mohamad berkata...

TUNGGU DAN LIHAT. AKU RASA AKAN BERLAKU PERINGATAN DARI ALLAH DIKAWASAN PELANCUNGAN ATAU PUSAT MAKSIAT

Blogger berkata...

Dunia dah tak tahan menanggung beratnya dosa sipelaku maksiat...

rahimah berkata...

Dunia akan kerap di landa malapetaka alam .itu peringatan dari Allah.Tapi tempat hiburan masih penuh .

Tanpa Nama berkata...

Berpandukan peristiwa yg lepas, ada hubungan yg kuat dengan kematian ikan di kawasan berhampiran dengan gempa bumi.

Sama-sama kita nantikan apa yg akan berlaku di Filifina. Yg sangat berhampiran dgn sabah. Semoga Allah menyelamatkan kita selagi kita mencegah kemungkaran dan melakukan kebaikan.