11 Mei 2009

NIZAR GANTUNG PENASIHAT UNDANG-UNDANG PERAK

Langkah pertama diambil oleh YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini ialah memecat Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta.

Tindakan itu adalah antara enam langkah segera yang diumumkan oleh Nizar sebaik sahaja Mahkamah Tinggi di sini memutuskan yang beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Selain itu, lima lagi langkah segera yang diambil beliau adalah:

- Pihaknya akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini dan meminta restu baginda.

- Semua keputusan yang dibuat oleh Zambry sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri Besar secara tidak sah akan dikaji semula dan tidak dianggap tidak sah sehingga notis seterusnya diberitahu kelak kecuali keputusan berhubung mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei lalu.

- Meminta Zambry dan Exco-exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.

- Mesyuarat Exco akan diadakan dengan segera

- Pihaknya tetap berpegang bahawa DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009



NIZAR MB YANG SAH - HUJJAH HAKIM DAN KRONOLOGI

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah dan bukan Zambry Abdul Kadir.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar.

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"

"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang.

Pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan tersebut.

Abdul Aziz, dalam penghakimannya berkata seorang menteri besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.

Pemecatan menteri besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.

Berikut ialah kronologi di mahkamah tinggi petang tadi:-

1.15 tengah hari: Wartawan mula berkumpul di hadapan mahkamah.

1.20 tengah hari: Keadaan masih masih lagi tenang. Kelihatan beberapa trak FRU mula memasuki kawasan pekarangan mahkamah.

1.58 tengah hari: Barisan peguam kedua-dua pihak - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berada di depan Mahkamah Tinggi Dagang 8. Kelihatan juga segelintir penyokong mula berkumpul, menunggu masa untuk masuk ke kawasan mahkamah.

2.15 petang: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tiba di kawasan pekarangan mahkamah.

2.30 petang: Mahkamah mula bersidang.

3.30 petang: Hakim, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim sedang membaca kertas penghakiman.

3.45 petang: Hakim, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

4.15 petang: Mahkamah menolak keputusan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan pengesahan Nizar sebagai MB Perak tapi boleh kemuka rayuant rasmi.

4.15 petang: Kira-kira 30 penyokong Nizar berkumpul di luar perkarangan kompleks mahkamah sambil melaungkan laungan 'Reformasi'.

4.30 petang: Nizar akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah esok pagi di Istana Kuala Kangsar bagi memaklumkan secara rasmi keputusan mahkamah.

4.43 petang: Nizar mengambil keputusan pertama menggantung penasihat undang-undang negeri Kamal serta-merta.

5.05 petang: BN Perak menghormati keputusan mahkamah yang sahkan Nizar; kosongkan bangunan SUK dengan segera, kata pembantu Zambry Abdul Kadir.

5.30 petang: Pasukan FRU diletakkan di kawasan sekitar bangunan SUK Perak.

6.10 petang: Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah mengeluarkan arahan tiada pihak yang boleh mengadakan perhimpunan dan perarakan ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

6.30 petang: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, BN akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah mengesahkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar dan mahu warga Perak bertenang.



Isu Nizar : Najib Tak Puashati dan Kata UMNO BN Akan Kemukakan Rayuan

Ketidak-ikhlasan PM, Najib Tun Razak untuk menyelesaikan kemelut politik Perak jelas terbukti apabila beliau dengan terang-terang menyatakan Barisan Nasional akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah mengisytiharkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Malah beliau mengugut rakyat Perak, supaya jangan “terlalu teruja” dengan keputusan mahkamah itu malah berjanji “kita akan selesaikan segala masalah.” Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Najib berkata, rayuan akan dikemukakan terhadap keputusan mahkamah kerana "kita rasa kita ada kes yang kuat.”

Ditanya sama ada pilihanraya negeri adalah langkah terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak, Najib menjawab:"Saya tak boleh komen perkara itu pada masa ini."

Ditanya sama ada beliau akan menghadap Sultan Perak, Perdana Menteri berkata beliau boleh berbuat demikian pada bila-bila masa.

Beliau juga ditanya sama ada BN akan mengatur satu lagi sidang DUN untuk meluluskan usul tidak percaya terhadap Nizar bagi membolehkan BN kembali berkuasa di Perak.

"Saya tidak tahu lagi, langkah pertama kita adalah membuat rayuan," tambahnya.

Isu Nizar : Kenyataan Kit Siang dan Husam Kecewakan Ahli PR

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyarankan agar BN dan Pakatan bekerjasama menyelesaikan Krisis Perlembagaan.

Najib dipercayai membuat saranan itu apabila beliau telah dapat menghidu keputusan mahkamah tinggi yang bakal tidak memihak kepada UMNO BN.

Tetapi yang anehnya terdapat beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang telah melompat kegembiraan dengan ajakan Najib berkenaan seolah-olah menerima jalan penyelesaian yang diberikan Najib untuk ditipu oleh beliau lagi seperti kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang sebelum itu yang telah menyatakan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengannya bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.

Ini diikuti oleh kenyataan naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang menyatakan "PAS menyokong saranan Perdana Menteri itu dan ini adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku di Perak dan diharap semua pihak dapat bekerjasama dalam menyelesaikan isu berkenaan."

Kedua-dua kenyataan pemimpin berkenaan dilihat oleh ramai penganalisis politik sebagai gopoh dan tidak berfikir panjang sebelum menyokong saranan Najib berkenaan.

"Apakah anda hendak meletakkan leher anda untuk disembelih oleh Najib lagi sedangkan kita amat tahu kelicikan politik beliau?" tanya seorang penganalisis politik di ibu kota.

"Apabila Najib tersepit, beliau akan cuba memperdayakan musuh politiknya dan apabila musuh politiknya termakan umpan dan jeratnya, maka UMNO-BN akam memanipulasikannya untuk kepentingan politik mereka," tambhnya.

Ramai berpendapat apa yang perlu kini ialah seluruh rakyat perlu mengutuk tindakan Najib yang telah merampas kuasa dan perlantikan Menteri Besar dan exco dari kalangan mereka itu sendiri terbukti satu tindakan yang menyalahi undang-undang dengan penghakiman dari hakim mahkamah tinggi hari ini. Pemimpin Pakatan Rakyat mesti menolak sebarang ajakan yang memperdayakan malah sepatutnya mendesak supaya pilihanraya negeri diadakan.

Tindakan pemimpin-pemimpin PR itu dilihat sebagai menghina segala usaha Mohd Nizar dan pemimpin PR Perak yang bertungkus-lumus mempertahankan kerajaan mereka selama ini.


Nizar vs Zambry : Pilihanraya Negeri Harus Diadakan Semula - Hakim

Polis rusuhan telah dikerah di Bangunan Perak Darul Ridzuan Ipoh yang menjadi paksi kerajaan negeri sejurus selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, dan bukan Zambry kadir dari UMNO.

Nizar kini dalam perjalanan pulang ke Ipoh untuk memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihanraya negeri di adakan semula.

Zambry pula dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sambutan ulangtahun UMNO di PWTC.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur sebelum bertolak pulang, Nizar menggesa Zambry dan barisan EXCOnya untuk meletak jawatan dalam kerajaan negeri, selaras dengan keputusan mahkamah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah di sisi perlembagaan, dan bukan Zambry Kadir dari UMNO.

Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim turut memerintahkan supaya Zambry dan barisan enam EXCO Barisan Nasional mengosongkan kedudukan mereka dalam kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri Perak harus kembali semula di bawah teraju Nizar.

Hakim Abdul Aziz juga berkata pilihanraya negeri harus diadakan semula.

Keputusan mahkamah tinggi itu, jika dihormati oleh Barisan Nasional, mampu menyelesaikan kemelut politik Perak yang berpanjangan setelah BN melancarkan rampasan kuasa awal tahun ini.

Krisis itu tercetus apabila BN dikatakan menawarkan gula-gula politik kepada tiga ADUN Pakatan Rakyat, termasuk dua yang menghadapi tuduhan rasuah, untuk lompat keluar dan menyokong BN.

Sultan Perak seterusnya melantik Zambry sebagai Menteri Besar walapun jawatan berkenaan masih diisi oleh Datuk Seri Nizar dari Pakatan Rakyat.

Nikar merujuk pertikaian itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan keputusannya hari ini.

Zambry enggan menunggu untuk keputusan mahkamah dan terus mengatur untuk diadakan sidang Dewan Undangan Negeri Khamis lalu.

Polis di bawa masuk ke sidang itu untuk mengheret keluar Speaker Dewan V.Sivakumar bagi membolehkan Zambry melantik calon pilihan sendiri dan seterusnya menguasai Dewan Undangan Negeri Perak.

Insiden itu mengaibkan Malaysia di kaca mata dunia namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tindakan polis itu sebagai sesuatu yang perlu dilakukan.

Najib adalah Pengerusi BN Perak dan dilihat sebagai orang yang mendalangi rampasan kuasa berkenaan. Beliau belum mengulas keputusan mahkamah hari ini yang disambut baik oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agong PAS Kamaruddin Jaafar berkata mahkamah secara nyata dan jelas menyatakan “penggunaan polis dan jentera kerajaan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat ternyata tidak betul dan melanggar perlembagaan.”

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution berkata Najib harus akur dengan keputusan mahkamah dan mengambil langkah susulan untuk membetulkan keadaan di Perak.

“Langkah pertama ialah mengembalikan Nizar sebagai Menteri Besar sah bagi membolehkan beliau menghadap Sultan untuk membubarkan Dewan supaya pilihanraya negeri diadakan,” kata Saifuddin.

Setiausaha Kerja DAP Teresa Kok berharap permohonan Nizar untuk membubarkan DUN Perak dan pilihanraya negeri diadakan akan mendapat perkenan Sultan.

“Barisan Nasional tidak harus menghalang langkah ini kerana inilah pendekatan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik Perak,” kata Teresa. -TVA

Najib Altantuya Ditempeleng Kuat Oleh Keputusan Mahkamah

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merancang rampasan kuasa di Perak hari ini menerima "penampar gila" dari Mahkamah Tinggi apabila hakim Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan perkara itu selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Nizar tidak pernah meletak jawatan dan tiada sebarang usul undi tidak percaya yang dilakukan terhadapnya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mahkamah juga menolak permohonan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan pengesahan Nizar sebagai MB Perak tetapi boleh mengemukakan rayuan rasmi.

Nizar berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini.

Katanya, semua keputusan yang dibuat oleh zambry akan dikaji semula dan bukannya tidak sah sehingga notis seterusnya kecuali sidang DUN pada 7 Mei lalu.

"Kita akan minta Datuk Zambry dan Exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.

"Mesyuarat Exco akan diadakan segera dan kita berpegang yang DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009,"katanya.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

berita berkaitan

Nizar Menang!!
Nizar Akan Menang Petang Ini







foto dari skuadbatucave

Terengganu : Waran Tangkap Untuk Ramzi

Polis Terengganu hari ini memperolehi waran tangkap ke atas bekas setiausaha politik bekas mentri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh setelah beliau gagal untuk melaporkan diri dan membantu di dalam siasatan polis.

Polis Terengganu telah memberi tempoh tiga hari mulai semalam kepada Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh, untuk tampil membantu siasatan berhubung kes penghantaran SMS berbentuk ugutan kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Terengganu bulan lepas.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC II Hamzah Mohd Jamil, telah berkata jika Ahmad Ramzi gagal berbuat demikian, polis akan mendapatkan waran tangkap terhadap beliau.

Beliau memberitahu pemberita di sini semalam bahawa polis telah cuba mengesan Ahmad Ramzi, yang juga bekas calon BN bagi kerusi Parlimen Marang pada pilihan raya umum lepas, di kediaman beliau di sini dan Kuala Lumpur tetapi gagal.

Ahmad Ramzi diminta menemui atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Terengganu, ASP Mohd Hadzwan Zulkefle di talian 096246222.

Pada 13 April lepas, Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid; Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh dan Adun Paka, Zakaria Abdullah, menerima SMS berbentuk ancaman terhadap keselamatan mereka.

Itu menyebabkan ketiga-tiganya bersama tujuh lagi ADUN daripada BN enggan hadir pada hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri keesokan harinya.

Polis yang menyiasat kes berkenaan telah menahan seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun dari Seri Kembangan, Selangor, di Bandar Baru Bangi pada 20 April lepas, kerana disyaki menghantar SMS itu.

Nizar Menang!!

Seperti yang GB ramalkan sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak.

Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.
Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Nizar sebelum ini mengemukakan semakan kehakiman untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Mohammad Nizar memfailkan semakan kehakiman itu pada 13 Februari lalu, memohon perintah injunksi bagi menghalang Zambry, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari lalu, atau ejennya daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Mohammad Nizar juga memohon perintah supaya Zambry memberikan tunjuk sebab bagaimana dan mengikut dasar atau kuasa apa beliau berhak memegang jawatan itu.

Beliau turut memohon perisytiharan mahkamah, Zambry bukanlah Menteri Besar Perak dan tidak berhak menjawat jawatan itu.

Selain itu, Mohammad Nizar juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah

Nizar Akan Menang Petang Ini

MMahkamah Tinggi petang ini akan memutuskan pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengenai siapa menteri besar yang sah. Hakim Abdul Aziz Abd Rahim dijangka akan mengumumkan keputusan tersebut.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah.

Gani Patail menyatakan bahawa Nizar dilucutkan daripada menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Perak kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak .

Peguam untuk Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah berhujjah bahawa pelantikan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas, menggantikan Nizar, adalah tidak mengikut perlembagaan.

Beliau berkata bahawa Zambry tidak boleh menuntut pejabat Menteri Besar kerana Mohammad Nizar belum meletak jawatan dan pejabat Menteri Besar tidak pernah dikosongkan.

“Pelantikan seseorang ke pejabat Menteri Besar mungkin hanya sah jika pejabat itu dikosongkan.

“Jika pejabat itu tidak dikosongkan, tidak ada pelantikan yang sah dalam undangundang untuk menduduki pejabat itu, kerana tidak boleh ada dua orang memegang satu jawatan Menteri Besar,” kata Sulaiman dalam hujah dua jamnya.

Pada 13 Februari, Mohammad Nizar, 52, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac, tahun lepas, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau pada ketika mana adalah Menteri Besar Perak.

Dalam afidavit untuk menyokong permohonan itu, Mohammad Nizar mengukuhkan bahawa:

* Beliau telah menasihat dan memohoan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengelakkan berlaku sebarang kebuntuan dalam pentadbiran hal ehwal negeri itu memandangkan tiga anggota DUN tersebut telah meletak jawatan;

* Tidak ada pembubaran DUN;

* Tidak ada usul tidak percaya dibentangkan terhadap beliau di DUN;

* Beliau belum meletak jawatan daripada pejabat Menteri Besar. Sulaiman, dalam hujah beliau hari ini juga mempertikaikan bahawa Menteri Besar Perak tidak boleh dilucutkan jawatan oleh Sultan Perak.

“Menteri Besar mungkin hanya boleh dilucutkan jawatan setelah undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota DUN itu,” kata beliau.

Ini kerana, kata Sulaiman, Menteri Besar itu tidak memegang jawatan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia tetapi memegang jawatan tertakluk kepada keyakinan anggota DUN yang mana (Menteri Besar) bertanggungjawab.

“Peranan Duli Yang Maha Mulia di bawah Artikel 16(6) hanya memutuskan sama ada atau tidak untuk membubarkan DUN, jika Menteri Besar telah hilang undi tidak percaya,” kata Sulaiman.

Sulaiman yang sebelum ini tidak bersetuju dengan hujah pencelah, Gani Patail berkata bahawa pembubaran DUN tidak hanya tertakluk pada keadaan di mana Menteri Besar telah hilang keyakinan majoritinya.

“Apabila Menteri Besar menghadap Sultan memohon perkenan untuk membubarkan DUN, ia bukan satu pengakuan bahawa beliau telah hilang keyakinan majoriti. Pembubaran boleh dipohon pada bila-bila masa, untuk sebarang sebab, dan bukan terhad pada hilang keyakinan majoriti,” katanya.

Sulaiman juga berkata mahkamah hendaklah mematuhi dan mengaplikasikan keputusan Stephen Kalong Ningkan menentang Tun Abang Openg dan kes Tawi Sli, yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Sarawak pada 1966, pada kes ini.

Pada kes itu yang memutuskan bahawa Gabenor tersebut tidak boleh melucutkan Ketua Menteri tersebut dan tidak boleh melantik seorang Ketua Menteri kedua sementara ada seorang lagi memegang jawatan berkenaan, dan bahawa hanya satu jalan untuk Ketua Menteri untuk melucutkan jawatan dengan cara undi tidak percaya dalam Majlis Negeri.

Perlembagaan Sarawak, Perlembagaan Perak sangat jelas bahawa ia tidak ada kuasa untuk melucutkan jawatan Menteri Besar itu dan budibicara untuk melantik dua orang memegang jawatan Menteri Besar itu.

“Peruntukan Artikel 7(1) Perlembagaan Sarawak sama dengan Artikel 16(6) Perlembagaan Perak dan keputusan kes itu masih merupakan satu undang-undang yang baik,” kata beliau.

Sebelumnya Hakim Abdul Aziz Abd Rahim di dalam satu penghakimannya yang terdahulu menyatakan bahawa kes yang dikemukakan oleh DS Nizar berhak diberi laluan untuk mendapatkan penghakiman mahkamah.

Ketika mengumumkan keputusan itu, Hakim Abdul Aziz memperakui bahawa permohonan DS Nizar tiada kaitan dengan sebarang unsur remeh, menyusahkan atau penyalahgunaan proses mahkamah seperti dakwaan pasukan peguam yang mewakili Jabatan Peguam Negara dan Dr. Zambry.

Hakim Abdul Aziz menjelaskan perintah 'quo warranto' yang dipohon oleh DS Nizar merupakan salah satu penyelesaian untuk menentukan keabsahan perlantikan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar dalam keadaan DUN tidak dibubarkan dan Nizar tidak meletak jawatan.

Pasukan peguam yang mewakili Dr. Zambri diingatkan bahawa DS Nizar telah menghadap Sultan dan memohon pembubaran DUN. Pembubaran yang dipohon akan disusuli dengan pilihanraya negeri. Langkah itu boleh menyelesaikan kebuntuan berkenaan status pihak yang memiliki majoriti (jelas) dalam DUN.

"Malangnya Sultan enggan memberi perkenan membubarkan DUN dan kemudiannya responden (Dr. Zambry) dilantik sebagai Menteri Besar baru", kata Hakim Abdul Aziz.

Seterusnya Hakim merujuk kepada Fasal XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Menurut Hakim, Fasal itu memperuntukkan hanya 4 keadaan yang menyebabkan jawatan Menteri Besar menjadi kosong termasuk Menteri Besar itu sendiri meletak jawatan. "Tetapi Nizar tidak meletak jawatan kerana tidak berlaku usul undi tidak percaya terhadapnya di dalam persidangan DUN", kata Hakim Abdul Aziz.

Sementara itu, Hakim Abdul Aziz berkata kedua-dua belah pihak telah bersetuju bahawa tiada pertikaian berhubung keengganan Sultan membubarkan DUN. Pemohon dan Peguam Negara bersetuju bahawa Sultan memiliki kuasa 'prerogative' untuk berbuat demikian.

Hj. Sulaiman Abdullah memberitahu pemberita bahawa soal DS Nizar derhaka kepada Sultan Perak tidak timbul sama sekali kerana dia tidak pernah mempersoalkan kuasa Sultan. Saman yang sedang didengar oleh mahkamah sekarang ini adalah di antara DS Nizar dan Dr. Zambry.

UMNO BN Lahirkan Anak Haram Dari Rampasan Kuasa

Walaupun tidak ramai yang sempat memakai baju hitam pada 7 Mei lalu - kerana sebahagiannya sudah ditahan di sekitar bangunan yang menempatkan Dun Perak di Ipoh, dan ada pula yang ditangkap lebih awal lagi, seperti Mohamad Sabu dan Wong Chin Huat - namun ia memang akan tercatat dalam sejarah politik negara ini sebagai hari hitam gelap-gelita buat amalan demokrasi.

Hanya dengan alasan kecil, itu pun bagi mempastikan rancangan Umno-BN untuk mempertahankan rampasan kuasa mereka tidak diganggu, maka hak asasi warga dicabul semahunya. Tangkapan dibuat sewenang-wenangnya.

Untuk kesekian kalinya, pasukan polis telah diperkakaskan oleh Umno-BN bagi menyempurnakan keserakahan kuasa mereka, sehingga segala peraturan dan undang-undang tidak lagi dihormati. Ya ... memakai baju hitam dan saranan agar umat Islam bermunajat serta menunaikan solat hajat, di pagi Khamis itu, pun sudah menjadi satu kesalahan besar.

Mat Sabu ditahan di depan sebuah restoran berdekatan pejabat Harakah secara tidak beradab. Masjid dan surau sekitar Manjoi, Ipoh dikepung polis dan FRU. Lokasi dalam radius 500 meter di sekitar kawasan Dun Perak menjadi tempat larangan, satu lagi bentuk pencabulan ke atas kebebasan berhimpun, hinggakan ada yang hanya mahu minum pagi di restoran mamak dekat Wiswa DAP dan pejabat PAS Perak pun digari.

Pincang dan songsang

Benar sekali perumpamaan pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari bahawa "apa yang berlaku di Perak itu bagaikan persetubuhan haram yang melahirkan anak dan cucu yang kemudiannya melibatkan komplikasi dan kekeliruan tentang taraf dan hak anak-anak yang tidak berdosa itu". Segalanya pincang dan songsang. Keserakahan nafsu politik BN untuk mengekalkan kuasa yang dirampas dari Pakatan Rakyat nampak cukup hodoh. Selalunya apabila terlalu gopoh dan gelojoh, banyaklah tindakan yang menjolok mata, hilang rasionalnya, dan menjadi bahan ketawa orang.

"Anak-anak haram" yang dilahirkan sejak rampasan kuasa awal Februari lalu memang membawa masalah. Status Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar, barisan Exconya, dan kini speaker Ganesan yang dilantik 7 Mei lalu hanya merumitkan lagi keadaan. Peraturan sidang Dun bukan sahaja tidak dihormati, malah Speaker yang masih sah, V Sivakumar dicekek lehernya, diheret keluar secara kasar oleh anggota polis berpakaian preman, dan dikurung dalam stor sehingga sidang haram itu ditangguhkan! Kita bengong memikirkan, bila pula sidang itu bermula secara rasminya sedangkan Raja Muda hanya bertitah pada sebelah petang. Dengan itu, segala prosiding, seperti perlantikan Speaker baru yang didahulukan oleh rampasan kuasa oleh Timbalan Speaker, Hee Yit Foong, Adun Jelapang, jelas tidak sah.

Wira

Sivakumar memang seorang wira pada hari gelita itu. Selama hampir enam jam beliau tidak berehat, keluar ke tandas, juga untuk makan tengahari, demi menjaga "kerusinya" daripada dirampas BN. Meskipun berdepan pelbagai halangan dan tekanan psikologi, di samping kekerasan fizikal, Speaker Dun Perak itu terbukti tidak mudah mengalah. Tegas dengan keputusannya, beliau tetap tidak berganjak. Bukan calang orang yang dapat menanggung beban tugas dalam waktu yang segenting itu. Begitu juga dengan semangat setiakawan pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk wakil-wakil rakyat Dun dan Parlimen, yang datang memberi sokongan moral sehingga menyebabkan sebahagian mereka ditahan.

Insiden 7 Mei itu turut menambahkan lagi koleksi bukti-bukti bahawa tiada pilihan lebih baik selain membubarkan Dun bagi mendapatkan semula mandat baru rakyat. Raja Nazrin, yang diakui bijaksana dan berpandangan jauh, menyaksikan sendiri bagaimana krisis yang berlarutan itu perlu segera ditamatkan. Mahkamah mungkin ada jalan keluar tersendiri, namun solusi terbaik tetap merujuk suara rakyat. -ahmad lutfi othman

UMNO Gelabah, 20,000 Bukan Islam Sertai Kelab penyokong PAS

Penyertaan 20,000 masyarakat bukan Islam ke dalam Kelab Penyokong PAS sejak ia ditubuhkan pastinya 'mengancam' kestabilan politik Barisan Nasional (BN) pada masa depan kata, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu,, demikian lapor harakahdaily.

Justeru itu katanya secara tidak langsung membuatkan Umno dan BN terasa bahang kemerosotan sokongan makin menghampiri politik sempit yang diamalkan sejak 50 tahun lalu.

"Ahli Kelab Penyokong PAS kini mencecah 20,000 orang seluruh negara dan perkembangan itu menggugat pengaruh Umno dan BN.

Kerajaan tahu sekiranya masyarakat bukan Islam berpaling tadah dari menyokong BN hayat parti itu semakin pendek, " tegasnya dalam sidang media bersama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa selepas merasmikan 'Konvensyen Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang' di Dewan Besar Sungai Dua, Butterworth semalam.

Kata beliau lagi, kemasukan itu berikutan terpengaruh dengan model yang ditunjukan oleh Kerajaan Kelantan yang bersih dari gejala rasuah dan tidak mengamalkan diskriminasi dalam pemerintahan.

Tambahan lagi, keaktifan lajnah yang diterajui oleh Dr Mujahid sendiri menjadi daya tarikan tersendiri kerana selama ini golongan terbabit beranggapan PAS sebuah parti ekstrim yang tidak mahu mendengar serta menerima pandangan atau budaya kaum lain, katanya.

"Dulu mereka nampak PAS jahat Umno dan BN baik. Tetapi, hasil pendekatan yang dilaksanakan rupa-rupanya PAS adalah parti yang terdiri daripada pejuang yang ikhlas dan jujur, " tambahnya.

Selain daripada faktor politik di Kelantan kata Mohammad Sabu, dialog yang ketara merupakan faktor mempengaruhi kecenderungan mereka untuk bersama PAS atas nama 'PAS For All'.

PAS Pusat juga bertekad akan meletakan status kelab ini ke satu tahap sesuai dengan peranan mereka dalam usaha membantu parti agar masyarakat mereka turut serta memperjuangkan keadilan, kesejahteraan dan kedamaian, katanya.

Sementara itu, Dr Mujahid yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Negeri menambah, di Pulau Pinang sendiri mempunyai keahlian seramai 2,000 orang.

Paling ramai di Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor.Konvensyen ini katanya, untuk mencari kesepaduan di samping untuk mencari jawatankuasa yang akan memimpin Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang.

"Saya berterima kasih Dr Oii yang sanggup menjadi Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang sehingga hari ini. Untuk membantu beliau mesti ada jawatankuasa yang dapat bekerjasama mencari formula baru setiap masa," kata Mujahid.


Khir Toyo Bersama 4 ADUN UMNO Boleh Digantung Tugas

Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo boleh digantung tugas sebagai Adun Sungai Panjang dan ditarik elaun jika masih engkar untuk menghadiri sesi siasatan terbuka Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat) esok, demikian dilaporkan oleh malaysianinsider.

Sepanjang tempoh pendengaran Selcat sesi yang lalu, beberapa orang saksi telah dipanggil berhubung dengan jutaan ringgit dana negeri yang telah dibazirkan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Balkis), sebuah badan kebajikan yang dipengerusikan oleh isteri Dr Mohd Khir sewaktu beliau menjadi menteri besar.

Dr Mohd Khir telah mempersoalkan kesahihan inkuiri awam dan telah menghantar surat melalui peguamnya menyatakan sebab kepada jawatankuasa berkenaan mengapa beliau dan isterinya tidak hadir.

Khir juga menghadapi tuduhan tambahan kerana menghina dewan kerana mengkritik melalui media.

Empat orang ADUN Barisan Nasional (BN) akan menghadapi tindakan yang serupa kerana mengkritik Selcat di dalam media.

Mereka adalah ADUN Sabak Datuk Warno Dogol, ADUN Hulu Bernam Datuk Mohamed Idris Abu Bakar, ADUN Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim dan ADUN Dengkil Datuk Marsum Paing.

Ironinya, Warno Dogol adalah salah seorang dari dua ADUN BN di dalam Jawatankuasa Pilihan Khas tetapi beliau tidak akan dibenarkan mengundi di dalam kes ini.

Sorang lagi ialah ADUN Kuala Kubu Baharu Wong Koon Mun.

Ahli-ahli yang lain terdiri dari speaker Teng Chang Khim, timbalan speaker Haniza Mohamed Talha, ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh, ADUN Rawang Gan Peh Nei dan ADUN Bangi Dr Shafie Abu Bakar.

Teng memberitahu bahawa kesemua lima ADUN BN akan diberikan peluang menerangkan tindakan keengkaran mereka dan akan dibenarkan membawa peguam semasa inquiri.

Secara tradisinya, speaker akan berkucuali di dalam pengundian melainkan terdapat keputusan yang terikat di dalam jawatankiuasa pilihan khas berkenaan.

Teng yang pernah satu ketika digantung selama 30 bulan semasa pentadbiran Dr Mohd Khir menyatakan beliau akan mengikut "duluan" untuk mengelak dari dituduh berat sebelah.

“Mereka berrisiko melakukan kesalahan lagi jika gagal untuk hadir pada hari Selasa (esok),” katanya.

Teng menambah sebarang tindakan yang dicadangkan oleh jawatnkuasa hendaklah disahkan oleh dewan undangan negeri sebelum ianya dikuatkuasakan.

Dewan akan bersidang semula Julai depan.


Nizar vs Zambry : Bagaimana Keputusan Hari Ini Dan Apa selepas Ini?

Krisis Perak masuk ke fasa baru satu demi satu. Hari ini (11 Mei) satu lagi peristiwa penting akan berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ramai menjangkakan keputusan akan berpihak kepada Zambry, UMNO dan BN. Kalau benar begitu, ia masih juga belum tamat. DS Nizar boleh failkan rayuan untuk dibicarakan semula. Dan rakyat akan tunggu lagi.

Sidang lanun 7 Mei juga pasti akan ke mahkamah. Berpuluh saman boleh difailkan. Dalam cuaca kehakiman sekarang mungkin hampir tak ada apa yang boleh diharapkan daripada mahkamah. Tetapi PR tetap perlu membawa semua pencabulan UMNO-BN ke kamar mahkamah supaya parti lanun itu tidak dibiarkan bersenang lenang mencabul apa saja yang mereka suka.

Dalam ucapan pemimpin-pemimpin PR dan tulisan-tulisan di merata blog pro-PR nampaknya macam krisis yang berlaku ini memberikan keuntungan kepada PR. Semacam ada keyakinan besar bahawa rakyat semakin ramai bersimpati kepada PR. Malah ada yang memberitahu ramai penyokong UMNO-BN dah beralih menyokong PR. Benarkah begitu?

Pilihanraya kecil Bukit Gantang menunjukkan sokongan orang Melayu masih kekal seperti ketika pilihanraya umum Mac 2008. Penyokong PR kekal menyokong PR. Penyokong UMNO kekal menyokong UMNO. BN dapat tambahan undi di kawasan majoriti Melayu (80% ke atas). PR pun dapat tambahan undi di kawasan yang sama. Tetapi jumlah tambahan undi BN daripada pengundi Melayu itu lebih besar daripada jumlah tambahan undi Melayu kepada PR.

Kemenangan dengan majoriti lebih besar yang dicapai oleh PR pada PRK itu lebih disebabkan oleh pertambahan ketara undi bukan Melayu khususnya pengundi kaum Tionghua.

Dalam konteks Malaysia dan Pakatan Rakyat, pertambahan sokongan kaum Tionghua itu amat dialu-alukan. Malaysia adalah hak dan tanggungjawab semua kaum. Pakatan Rakyat adalah gerakan dan misi semua kaum. Tak ada salahnya PR menang di Bukit Gantang bersebabkan tambahan undi kaum Tionghua sebagai faktor utama.

Setelah sokongan kaum Tionghua mencecah kemuncak angka yang boleh dicapai, kini kelangsungan momentum kebangkitan rakyat ini bergantung kepada perolehan sokongan orang Melayu. Secara kasar, purata nisbah kecenderungan politik orang Melayu negeri Perak hari ini ialah 2:3 atau 40% PR berbanding 60% BN. Sekurang-kurangnya kedudukan nisbah PR:BN perlu dipacu sehingga mencapai 1:1 atau masing-masing 50%. Dengan nisbah minima 1:1 itu PR akan dapat meleraikan kebimbangan (tak berasas) orang Melayu tentang isu survival bangsa yang dimainkan oleh UMNO selama ini.

Perkembangan pemikiran politik orang Melayu sudah sampai ke titik penting dalam sejarah negara ini. Politik pak turut tanpa ilmu telah sampai ke peringkat tepu. Orang Melayu mula menilai dan menganalisis untuk menentukan sikap dan pendirian politik. Oleh sebab itulah PAS dan PKR semakin mendapat tempat di hati orang Melayu sejak penghujung tahun 90an sehingga pilihanraya umum tahun 2008.

Tetapi arus peralihan daripada UMNO kepada PAS dan PKR atau penyertaan warga tak berparti ke dalam dua parti bukan UMNO itu seolah-olah sudah sampai ke kemuncaknya. Pak turut tanpa fakta yang tetap mahu kekal sebagai pak turut masih mewakili kira-kira 50% daripada keseluruhan jumlah orang Melayu. Hanya kira-kira 40% orang Melayu yang terus yakin dengan keperluan menghentikan penguasaan UMNO-BN daripada kuasa mentadbir negara ini. Baki 10% orang Melayu masih tak nampak atau tak berminat dengan hal ehwal politik. Mereka tak mahu menyertai mana-mana parti atau tak mahu menetapkan sokongan kepada mana-mana parti bahkan mungkin tidak mengundi pun.

Dalam konteks orang Melayu, kini PR dan BN sedang berada di garisan sempadan yang sangat jelas tentang agihan sokongan. UMNO memiliki sebanyak ini. PAS atau PKR memiliki sebanyak itu. Di kampung-kampung Melayu, parti setiap individu boleh dinyatakan dengan mudah oleh semua orang. Itu orang PAS. Itu orang UMNO. Mati hidup balik pun si polan itu akan tetap dengan PAS. Yang UMNO pun sama. Seolah-olah saringan, tapisan, pembahagian dan proses fikir politik orang Melayu sudah selesai dan muktamad. Datanglah apa pun isu baru selepas ini, orang PAS tetap PAS dan orang UMNO tetap UMNO. Swing secara besar-besaran tak akan berlaku lagi.

Situasi ini menyebabkan semakin besar cabaran tugas penerangan dan pendekatan untuk meraih sokongan baru sama ada bagi PR atau BN. Bukannya mudah nak merobah pemikiran pak turut yang tak bersedia langsung membuka ruang mindanya. Bukannya mudah nak merobah pemikiran penyokong PR yang telah terbukti tahan diuji walau pun di sogok dengan pelbagai teknik propaganda, ugutan dan tawaran.

50% orang Melayu pak turut itu hampir pasti akan kekal menyokong UMNO-BN dalam PRU13. 40% hampir pasti tetap bersama PR. Medan pertarungan utama antara PR dan BN ialah di kelompok baki 10% orang Melayu yang kurang deria politik. Selain itu PR atau BN mungkin boleh mengubah pendirian antara 3 ke 5 peratus penyokong parti lawan yang kurang darjah kesetiaannya atau tahap fanatiknya.

Oleh itu jika mahu menang PR wajib objektif, fokus dan serius mendepani tugas yang mencabar ini. Dalam keadaan ini PR tidak sepatutnya mengharapkan keajaiban swing bersebabkan isu-isu besar peringkat nasional. Peringkat itu telah berlalu dan sukar untuk berlaku sekali lagi.

Langkah terbaik bagi PR hari ini ialah:

1. Menguruskan isu (sedia ada) dengan sempurna.

2. Mengukuhkan persefahaman dasar, organisasi dan jentera antara PAS-PKR-DAP.

3. Segera merumuskan strategi dan plan yang objektif dan praktikal.

4. Serius membangunkan budaya pengurusan dan budaya kerja yang komprehensif.

5. Memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah berdasarkan keutamaan. -cyberboron

Terima Kasih Kerajaan UMNO BN Kerana Menyiksa Saya dan Keluarga

Saya beterima kasih kepada penyokong-penyokong dan isteri saya. Tapi minta maaf, saya tidak akan berterima kasih kepada Kerajaan," kata pemimpin HINDRAF, P. Uthayakumar sebaik dibebaskan dari Kem Tahanan Teluk Guatanamo @ Al-Gharib @ Kamunting kelmarin.

Berita mengenai Uthaya yang enggan berterima kasih kepada Kerajaan BN itu dijadikan berita utama di muka depan Mingguan Meloya @ Mingguan Malaysia (MM) hari ini. Mengapa berita itu dijadikan berita utama yang tersiar di muka depan MM? Pastilah tujuannya untuk menimbulkan tanggapan kepada pembaca MM betapa 'tidak mengenang budi'nya Uthaya yang begitu angkuh enggan berterima kasih kepada Menteri Dalam Negeri dan PM Satu Malaysia yang telah 'bermurah hati' membebaskannya. Sungguh kurang sopan, orang membebaskan engkau, tapi ucapan terima kasih pun tidak!!

Saya juga ada terbaca dalam satu blog penjilat BN yang hairan mengapa tiada blog 'pro-PR' yang berterima kasih kepada Kerajaan yang bermurah hati membebaskan tahanan ISA.

Tapi wajarkah Uthaya berterima kasih kepada Kerajaan BN, PM Satu Malaysia dan Menteri Dalam Negeri yang membebaskannya? Sama ada yang menangkap Uthaya bernama Syed Hamid Albar dan yang membebaskannya bernama Hishamuddin, sama ada yang menangkapnya bernama Pak Lah dan yang membebaskannya bernama Najib, mereka adalah dari Kerajaan BN yang sama.

Justeru, jika anda dalam kedudukan Uthaya apakah anda akan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah menangkap anda dan kemudian membebaskan anda? Adakah anda akan mengucapkan terima kasih kepada perompak yang menyerang anda tapi 'bermurah hati' tidak membunuh anda? Adakah anda akan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyusahkan isteri, anak-anak dan keluarga anda? Adakah anda akan berterima kasih kepada Keajaan kerana telah menyiksa mental dan fizikal anda tetapi bermurah hati tidak menyebabkan anda mati di dalam tahanan?

Sudah ramai tahanan yang pernah berada di Kem Tahanan Guatanamo, Al-Gharib dan Kamunting. Saya tidak ingat antara ramai-ramai yang ditahan itu, berapa ramai yang apabila dibebaskan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menahan mereka tanpa bicara itu. Apabila Zahid Hamidi dibebaskan dari Kamunting dahulu, saya juga tidak ingat sama ada dia juga ada mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir. Apabila Ibrahim Ali, Anwar Ibrahim, Syed Hussein Ali, Lim Kit Siang, Mat Sabu, Mahfuz dan ramai lagi dibebaskan dari kem yang sama dahulu, saya juga tidak ingat sama ada mereka juga ada mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan.

Tapi untuk menunjukkan kita ini jenis manusia yang masih ada sedikit rasa hormat sesama manusia, elok juga bagi sesiapa yang baru keluar dari Kamunting mengucapka terima kasih kepada Kerajaan:

"Terima kasih kepada Kerajaan BN yang telah menahan saya tanpa bicara,

terima kasih kepada Kerajaan BN yang telah menyiksa fizikal dan mental saya,

terima kasih kepada Kerajaan BN kerana menyebabkan kesiksaan mental tak terhingga kepada anak, isteri dan keluarga saya,

terima kasih kepada Kerajaan BN yang masih enggan menutup Kem Tahanan Kamunting @ Teluk Guatanamo @ Al-Gharib, Taiping,

terima kasih kepada Kerajaan BN kerana akan terus memburu lagi mangsa untuk disumbat sebagai tahanan ISA." -pendikargunungkriang

Isu Kerajaan Nizar - Sasterawan Negara Setuju DUN Dibubarkan

Pak Samad Said turut hadir dalam program penjelasan isu PPSMI dan isu Sidang DUN Perak yang diadakan malam tadi di Perkarangan Surau Taman Meru 2B, Jelapang. Beliau antara pejuang bahasa yang menentang PPSMI.

Dalam ceramahnya malam tadi, beliau menyelar pemimpin UMNO BN terdahulu yang tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara dengan memperkenalkan PPSMI di sekolah-sekolah. Beliau turut menyelar pemimpin BN sekarang yang masih mempertahankannya. Beliau sanggup diperalatkan bagi manfaat rakyat dalam usaha memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu dan menghapuskan PPSMI.

Beliau juga turut bersama rakyat Perak menuntut DUN Perak dibubarkan, dan menyifatkan kekecohan yang berlaku dalam sidang DUN perlukan penyelesaian melalui pembubaran DUN.

Program malam tadi dihadiri oleh Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin, Tn Hj Azmi Abd. Hamid, Presiden Teras, YB Chan Lee Kang, Adun Teja dan Dinsman. Kesemua mereka turut menyampaikan ucapan. Kesemua pemidato bersetuju PPSMI dihapuskan kerana tidak mengungtungkan orang Melayu. Isu Sidang DUN Perak 7 Mei antara yang banyak dikupas dan diulas oleh mereka. Dinsman turut menyumbangkan sajak yang cukup menyentuh hati dan nurani setiap pendengar. - misbahul munir


UMNO BN Tak Boleh Nak Menipu - Sketsa Kopi Dan Politik Janda

Kopi Janda satu, pesan Haji Umar kepada pelayan kedai depan masjid itu.

"Agak mike ni, hari-hari kopi jandanya. Idak ke jemu-jemu tiap-tiap pagi ngirup itu? Dengor mike mesan kopi janda tadi, teringat teman kat arwah Mael. Dia gemor benor dengan kopi janda. Tiap-tiap pagi, itu le dipesannya. Lepeh tu, bukak cerita politik. Tak habih-habih dengan politiknya." panjang leter Sahak, siak masjid menyambut kedatangan teman gebangnya pagi itu.

"Arwah Mael memang tak habih-habih dengan politik dia. Tapi la ni politik janda yang paling hangat" acah Haji Umar yang pekat loghat Kedahnya itu memanaskan suasana pagi Jumaat itu.

"Politik janda? Janda mana? Janda Murni tu ke?" tanya Sahak tak berapa paham.

Sluuurpp. Haji Umar menghirup kopi jandanya.

"Tak aih. Aku bukan cerita pasai janda Murni tu. Politik janda tu maksud aku politik kat Perak la ni. Depa dah becerai. Bini pun dah kawin lain. Tapi laki dia dok kacau lagi. Gila talak. Sampai tara ghampeh janda dia dari laki baru tu. Laki baru dia kata aku tak cerai bini aku lagi. Aku masih sah laki dia. Hang ghampeh bawak lari macam mana pun dia tetap bini aku yang sah. Lebih kurang gitu la cerita politik kat Perak ni. Tu kira politik janda la tu" panjang lebar Haji Umar menjelaskan kepada Sahak sampai senget-senget songkok buruk dia menggaru kepala.

"Ohh..macam tu. Patut le teruk bebenor deme begaduh dalam dewan semalam. Macam berebut bini le jugak. Aku tengok berita malam tadi, tak patut betoi depa buat macam tu. Sampeikan Raja Muda pun kena tunggu 5 jam deme habih begaduh. Paper Utusan pagi ni pun ada ceritanya. Tak senonoh betui. Buat malu orang Perak je. Dah buat mesyuarat elok-elok, ikut je le apa arahan pun. Orang dah undi majoriti. Yang majoriti tu le patut menang. Ini idak. Nak bekereh juga" dah mula lain macam gaya bunyi Sahak pagi ni.

"Itu la hang. Dok pecaya tv, dok baca utusan. Hang ada tak bukak mata hang, bukak kepala otak hang cari sumber yang lain? Hang tak masuk internet ka? Tak baca blog?" tanya Haji Umar penuh selamba. Memang Haji Umar telah terlatih dalam mengawal perasaan bila bersembang dengan orang-orang yang karat biru ini.

"Aku mana ada internet. Pasei apa pulak nak ngabih duit bayo internet? Tengok berita kat tv dengan baca paper pun dah cukup. Blog tu apa? Road block tu aku tau le." Sahak dah mula hangin.

"Blog ni macam berita tv dengan paper la jugak. Cuma dia lebih terbuka. Yang betoi depa kata betoi, yang tak betoi depa kata tak betoi. Lepeh tu, semua gambaq ada, video pun ada. Tak buleh nak tipu la macam tv dengan paper tu." Haji Umar masih steady menjelaskan kepada Sahak yang dah mula duduk menyenget, kaki silang panggung.

"Alah, deme dalam internet tu tipu sape nak tau. Kalau tv dengan paper ni takkan le deme nak nipu. Kerajaan punya. Takkan kerajaan nak nipu rakyat kot." balas Sahak sambil matanya melilau melihat sekeliling.

"Cerita pasai dewan semalam. Gambaq dengan video memang tak buleh nak menipu. Orang-orang bn langgaq habih peraturan semua ikut suka depa. Usul depa tak diterima pun depa balun sakan. Speaker yang sah depa ganti dengan orang lain." terang Haji Umar slow and steady.

"Mana kamu tau semua ni. Mandei-mandei je kamu." Sahak tak puas hati kerana dirasakan Haji Umar telah mula mengata pemimpin kesayangannya.

"Aku ada la orang cerita kat aku. Semua yang depa buat semalam dah dirancang dah. Sehari sebelum dewan tu mula, depa dah belakon siap. Sapa nak buat lagu ni, sapa nak kata lagu tu. Semua skrip depa dah tulih. Sampaikan maikropon mana depa nak katup pun depa dah test siap. Semua mata-mata yang dok serbu semalam pun depa dah bagi dok kat situ awai-awai. Jubah speaker pun depa siap satu yang lain, yang palsu punya. Pasai tu ada dua speaker pakai jubah sama semalam" sambung Haji Umar lagi.

"Kamu jangan mengarut le aji, takkan deme nak buat macam tu. Ishh, tak pecaya le aku. Raja muda pun ada situ sekali semalam, kan?" jerkah Sahak.

"Ya la. Hang tau ka pasai apa raja muda dok tunggu sampai lima jam tu? Pasai apa dok tangguh rehat sampai dua kali?"tanya Haji Umar menambahkan kerut dahi Sahak.

"Ate...dah speaker tu degei tak nak turun. Itu pasei le sampei ke petang raja muda nunggu tu" bentak Sahak.

"Depa tangguh sampai dua kali tu pasai depa dok tunggu keputusan mahkamah di kuala lumpur. Mahkamah tu patut bagi jawab sapa mb yang betoi. Tup tup...mahkamah kata tangguh sampai isnin pulak. Tu yang depa bawak pi masuk semua mata-mata tu heret keluaq speaker. Masa dah suntuk. Depa kena buat jugak semua tu sebelum tarikh akhir dun pada 13 haribulan lima ni. Bila depa dah heret keluaq speaker yang sah, depa ganti dengan speaker yang depa lantik tak ikut perlembagaan tu, baru la depa pi panggei raja muda suruh rasmi dewan. Konon-kononnya depa la yang sah pasei raja muda rasmikan dewan masa depa yang pegang kuasa dalam dewan." terang Haji Umar satu persatu.

"Aku tak pecaya le cerita kamu ni. Sape yang mejoriti dalam dewan, deme le yang ada kuasa. Yang sah mengikut kiraan mejoriti." Sahak masih tak puas hati.

"Majoriti secara tak sah tetap tak sah. Yang dok kalut kat luaq dewan sekali pasai apa? Habih pi tangkap semua orang yang pakai baju hitam la, yang dok minum teh kat kedai mamak pun depa cekup. Saja nak buat provokasi kot-kot ramai rakyat yang berontak, boleh depa umum darurat. Lagi senang kerja depa. Ada orang bagitau kat aku, pihak tentera pun depa dah suruh besiap sedia. Kot-kot ada rusuhan ka. Kalu depa isytihar darurat la, masa tu tentera pun masuk pekan." cerita Haji Umar sambil menghirup kopi jandanya kali terakhir.

"Ahh...yang aku tau, semua yang deme buat tu betoi, sah sebab kita mejoriti dalam dewan tu. Kita pegang pada mejoriti je." tinggi suara Sahak menyangkal cerita Haji Umar tadi.

"Majoriti ka tak majoriti ka, senang saja. Nak tau betoi-betoi sapa majoriti, bubar dun. Masa tu baru kita betoi-betoi buleh konfem sapa yang sebenaqnya majoriti." jawab Haji Umar dengan tenang.

Sahak pun tercekik air liur untuk menjawab kata-kata Haji Umar tadi. Berkedip-kedip matanya menghalang fikirannya mengiyakan kata-kata terakhir Haji Umar tadi.

Dengan pantas Sahak menyambar sejambak kunci keretanya yang terletak diatas meja sejak tadi lalu terus beredar meninggalkan Haji Umar yang masih tersengih melihat telatah Sahak pagi itu.

"Nak tau sapa betoi-betoi majoriti, bubar dun" kata-kata terakhir Haji Umar tadi betul-betul melekat dikepala Sahak sehingga sukar untuk menghilangkannya.

BUBAR DUN. Suatu perkataan yang benar-benar ditakuti dan menghantui puak-puak karat biru sehingga hari ini. -ajijoi


Tragedi 7 Mei : UMNO BN Langgar Undang-undang

Semakin banyak pihak menimbangkan kesahihan perlucutan V Sivakumar daripada jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan pengundian pengganti beliau, R Ganesan, bekas Adun Sungkai, dan juga dua lagi usul.

Peguam dan juga Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Malik Imtaz Sarwar tidak bersetuju dengan pandangan Dato’ Hafarizam Harun dan Dato’ Muhammad Shafee Abdullah, yang dilaporkan berkata bahawa usul yang diluluskan 7 Mei adalah sah.

“Saya tidak bersetuju dengan pandangan Hafarizam dan Shafee. Saya tak nampak bagaimana ia boleh menjadi sah,” jelas Malik Imtaz kepada Malaysian Insider.

Prosidur diragui

Dia mendapati terlalu banyak persoalan berhubung prosidur di dalam ruang dewan, mengakibatkan kesahihannya diragui.

“Pertama, bagaimanakah persidangan itu boleh sampai ke peringkat di mana Hee mengambil alih persidangan?” beliau mempersoalkan, merujuk kepada Hee Yit Foong, Adun Jelapang merangkap Timbalan Speaker.

“Sekiranya Sivakumar berada di situ secara sah, bagaimana dia (Hee) boleh mengambil alih (tugas Speaker)?” tambah beliau, merujuk kepada penjelasan Hafarizam yang membuat rujukan kepada Perkara 36A(1)(b) Peraturan Persidangan yang membenarkan Timbalan Speaker mengambil tempat menggantikan Speaker.

Versi bercanggah

Kata Imtaz, dia mendengar versi yang bercanggah-canggah mengenai peristiwa 7 Mei, termasuk dakwaan kononnya pada satu ketika Sivakumar tidak berada di dalam kamar dewan sewaktu persidangan berlangsung.

Beliau juga mempersoalkan kehadiran pegawai polis berpakaian biasa di dalam kamar dewan.

“Polis tidak sama sekali mempunyai kuasa dalam kamar dewan,” kata Imtaz, dan merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara pada Mac lalu selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Karpal Singh dikasari di Parlimen.

Syed Hamid dan Musa Hassan menegaskan bahawa pihak polis tidak boleh campur tangan dalam kamar dewan walaupun sekiranya terdapat pergaduhan dan hanya petugas dewan (sergeant-at-arms) mempunyai kuasa menangkap.

Polis bukan agen parti politik

“Polis telah bertindak tanpa kuasa. Mereka sebenarnya menjadikan diri mereka sebagai agen kepada sebuah parti politik dan bukan sebagai pelaksana bebas undang-undang,” kata Imtaz, sambil menekankan bahawa Sivakumar adalah masih Speaker yang sah ketika itu.

Sementara menekankan pandangannya bahawa tidak bermakna Adun Pakatan Rakyat bebas daripada apa-apa perlakuan salah, Imtaz menolak penjelasan Dr Zambry Abdul Kadir yang mengatakan BN tidak mempunyai pilihan kecuali memanggil polis apabila keadaan menjadi semakin tegang.

“Mereka mengatakan mereka tidak ada pilihan tapi itu tidak benar. Mereka boleh sahaja memfail untuk mendapatkan perintah mahkamah dan menyebut Sivakumar sebagai menghina mahkamah. Mereka tidak melakukan demikian tetapi memilih untuk membantu diri-sendiri tetapi membantu diri-sendiri tidak dibenarkan di bawah sistem perundangan kita,” jelas Imtaz lagi dengan nada marah.

“Bahkan, cara paksaan terpaksa digunakan - dengan menggunakan polis untuk memaksa Sivakumar keluar dari kamar dewan tanpa sebarang alasan- ini adalah merupakan penunjuk yang mencukupi bahawa BN tidak mempunyai penyelesaian politik mahupun perundangan terhadap kesulitan yang mereka sendiri mulakan.”

Beliau juga mempersoalkan: “Pada saat manakan persidangan sebenarnya bermula?”

Bila sidang bermula?

“Sekiranya perasmian persidangan bermula selepas titah Raja Nazrin, bagaimanapula mereka menjalankan sebarang urusan sebelum itu?” tanya Imtaz.

Beliau menekankan, Raja Muda Perak yang sepatutnya membuka persidangan, memasuki kamar dewan hanya pada kira-kira jam 3.00 petang, setelah berlaku perebutan kerusi Speaker dan setelah tiga lagi usul - pemilihan Ganesan sebagai Speaker, anggota baru untuk jawatankuasa sampingan dan kelulusan pengisytiharan pembatalan sidang Pakatan Rakyat terdahulu yang diadakan di bawah sebatang pohon.

Imtaz juga menegaskan persidangan tersebut juga melanggar beberapa lagi konvensyen, termasuk tidak mengadakan upacara mengangkat sumpah untuk Ganesan selaku Speaker. Ini, tegasnya, biasanya diadakan dalam satu upacara di masa lain di hadapan raja.

Terus buntu

“Inilah antara perkara yang menyebabkan saya merasa ragu tentang kesahan usul yang diluluskan,” kata peguam yang baru-baru ini menjadi penerima anugerah hak asasi manusia antarabangsa.

“Akhirnya, terdapat kebuntuan di sini,” katanya, dan menambah sekiranya Perdana Menteri Najib Razak “ikhlas tentang Satu Malaysia, dia tidak boleh membenarkan BN melakukan tindakan tersebut.”

Bagi pensyarah undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Abdul Aziz Bari, “semuanya begitu jelas dan terpampang.”

Katanya, dia bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa persidangan 7 Mei adalah “haram dan tidak berperlembagaan”.

Cara salah pilih Speaker

“Bagi saya, cara mereka memilih Speaker adalah salah. Speaker masih Sivakumar,” jelas ahli akademik itu.

Beliau memerhatikan bahawa urutan peristiwa dari 5 Februari sehingga semalam - dari perbuatan melompat parti yang dilakukan wakil rakyat yang dipilih sehinggalah kepada keputusan mahkamah membatalkan keputusan Sivakumar untuk menggantung kehadiran Adun BN - membuatkan kesahihan usul cukup meragukan menurut pandangannya.

Seperti juga Malik Imtiaz, Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan bersetuju situasi di Perak sudah tiba pada titik di mana tidak ada jalan lain kecuali Sultan Perak membubarkan dewan undangan dan membuka jalan untuk pilihan raya umum baru bagi membersihkan kemelut yang berlaku.

Undang-undang tak boleh selesai masalah

“Bagi kita, cara perundangan tidak akan dapat menyelesaikannya kerana setiap peguam mempunyai pendapat berbeza,” katanya.

“Secara peribadi, saya rasa terdapat hujah yang memihak kepada kedua-dua pihak. Satu daripadanya bilakah persidangan itu sebenarnya bermula? Satu lagi apakah Speaker mempunyai kuasa untuk menolak usul yang hendak dibentangkan?”

“Tapi kini Pakatan Rakyat adalah pihak minoriti dan BN mempunyai majoriti stabil dengan 28 campur tiga bebas,” jelasnya.

Ragunath menekankan cara terbaik untuk keluar dari permasalahan tersebut ialah membenarkan pengundi membuat keputusan.

“Saya tak fakir dalam demokrasi, untuk kembali semula kepada rakyat setelah baru sahaja mengadakan pilihan raya umum merupakan satu masalah,” katanya. -Debra Chong, terjemahan Shirzad Lifeboat


Sepatutnya Ulamak PAS Berbangga

Amat tertarik dengan ”kebangkitan” suara ulamak PAS yang sebelum ini banyak membisu dan kurang bersuara dalam sebarang isu mahupun PAS ditenang hebat oleh UMNO dan media yang menjadi alat propaganda UMNO. Ulamak PAS bangkit mempertahan kan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS esti dari ulamak sehingga ada yang menetapkan kriteria bahawa ulamak itu sekurang-kurang ada STU. Lebih sinis lagi ada ”ulamak muda” PAS yang menyindir supaya Haji Husam bertanding lawan Presiden. Sebenarnya apa ”akhlak Politik” yang ingin ditonjolkan?

Lihatlah bagaimana Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menggunakan pendekatan dakwah dan tarbiyah secara ”mikro” dan inilah sebenarnya ”Pakar Ulamak” hasilnya TGNA dapat menguasai semua golongan samada ulamak, profesional, bukan Islam, artis, tua, muda dan sebaginya. Bagaimana dari segi pendidikan sekolah agama di Kelantan, TGNA adalah orang pertama menyuarakan supaya sekolah agama (orang Kelantan panggil sekolah Arab) yang dulunya hanya belajar pelajaran berkaitan dengan agama Islam sahaja kemudiannya diperkenalkan aliran sains sebab TGNA hendak melihat ramainya golongan profesional bertaraf ulamak. Yang terbaru, wujudnya Maahad Tahfiz Sains (MTS) yang begitu mendapat sambutan di Kelantan dan warga luar Kelantan dan hasilnya sekarang Pelajar Sekolah Agama 3 tahun berturut-turut menjadi pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan dan semuanya menjurus kepada menjadi doktor dan pakar fizik.

Dari segi dakwah lagi, TGNA berjaya menarik ramai bukan melayu lebih mengenali keadilan dan kesederhanaan Islam. Siapa pernah terfikir bahawa selama ini Dato Siti Norhaliza bagitu bercita-cita nak bersua muka dengan TGNA dan akhirnya melahirkan kegembiraan dapat berjumpa TGNA. Bagaimana ADUN Bukit Lanjan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor yang langsung tiada kaitan dengan TGNA juga berjumpa TGNA mohon mendapat nasihat dan semangat TGNA. Amy Search berulangkali menyatakan bahawa beliau begitu minat dengan TGNA dan sebagai balasnya TGNA ketika menontong konsert Amy Search menyatakan hatinya beitu tersentuh dan mengalirkan airmata bila mendengar Amy menyanyi dan menasihatkan penyanyi supaya menjaga anugerah Allah itu supaya membawa peminat kepada kebenaran. Nah, bagaimana dengan ulamak lain dalam PAS?

Dari segi Tarbiyah, walaupun tanpa modul khas tetapi TGNA dapat melahirkan ramai pemimpin pelapis muda di Kelantan. TGNA begitu bersungguh mengkehendakkan ulamak yang profesional dan profesional yang memenuhi ciri-ciri ulamak. TGNA tidak pernah meletakkan ciri-ciri ulamak itu perlu ada STU dan mereka (kumpulan profesional) tidak juga mengejar gelaran Ulamak.

Sebab itulah apabila ada pencalunan dalam jawatan Timbalan Presiden di kalangan profesional, TGNA merasa lega dan bangga bahawa tarbiyah yang dilaksanakan oleh ulamak PAS telah mendapat pengiktirafan ahli bawahan. Ini sebagai ”endosment” bahawa sudah ada kumpulan profesional yang boleh bercakap Islam dan boleh diangkat memimpin sebuah gerakan Islam. Di Malaysia juga ada Mahmoud Ahmadinejad yang lahir dari kepimpinan Ulamak di Iran yang menggerunkan Amerika. TGNA sudah tentu bangga sebab TGNA melihatnya secara mikro bukan hanya melihat sehala sahaja. Ulamak PAS yang lain sekali lagi perlu belajar dengan TGNA dan bukanlah bila kita ulamak kita tahu segalanya. Satu perkara lagi, TGNA adalah seorang yang tegas dan pintar membaca keadaan dan bukan mudah untuk dipengaruhi mana-mana pihak seperti yang hangat diperkatakan. Siapa pembantu yang banyak mempengaruhi TGNA? Tidakkah tuduhan itu merendahkan daya keintelektualan TGNA, inilah ahli bawahan cukup marah orang mereka sanjung tetapi diperlekehkan. Kalau TGNA mudah dipengaruhi mengapa pihak lain tidak pula cuba mempengaruhi TGNA khusus dalam isu muzakarah dengan UMNO dulu?

Soalnya sekarang mengapa Ulamak PAS ternganga dan celaru dengan apa yang berlaku sepatutnya mereka berbangga sebab inilah yang ulamak inginkan bagi membuktikan bahawa dari segi tarbiyahnya ulamak PAS berjaya menjadikan profesional sebagai ulamak. Takkan kita nak pertikai pencalunan dari kawasan-kawasan yang kebanyakanya berketuakan ulamak. Apakah ada keperluan dalam rentetan ini kita lebih menyinga lagi dengan mencabar supaya mereka yang berminat bertanding Timbalan Presiden supaya bertanding Presiden? Mana kematangan kita dengan menggunakan pula media pro-BN yang menjadi agenda perpecahan dalam PAS sebagai satu bonus seperti kata Luthfi ribut dalam cawan. Nik Amar dan Takhiudin khususnya tidak sepatutnya menyerang rakan sejawat dalam kerajaan negeri yang sama dengan menggunakan media, kematangan apakah ini sebagai pemimpin bertaraf nasional? Mengapa Husam tidak jawab atas cabaran dan desakan itu dalam media? Inilah menunjukkan kematangan Husam sebab kalau dijawab, siapa yang terpalit dan apa untungnya PAS? Ahli bawahan makin keliru dan bagaimana pula ahli kelab penyokong PAS? Apakah Husam perlu hebohkan pula ada seorang pesuruhjaya PAS negeri mengarahkan kawasan supaya tidak mencalunkan beliau tetapi ada jugak kawasan dalam negeri tersebut tetap mencalunkan Husam. Apakah dosa Husam apabila dia dicalunkan sebagai Timbalan Presiden dan sehingga sekarang pun dia tidak menetapkan untuk bertanding atau tidak.

Saya tidaklah begitu rapat dengan Husam tetapi saya kenali beliau semasa saya di kampus lagi apabila setiap cuti semester (80-an), kami selalu berkampung di pejabat PAS Kelantan dan anak muda yang sentiasa berkhidmat di pejabat PAS Kelantan masa tu ialah Haji Husam dan tokoh PAS yang kami selalu jumpa ialah TGNA dan Allayarham Ustaz Buniyamin Yaakub. Haji Husam graduan Universiti Malaya menghambakan diri untuk PAS Kelantan dan siapa kenal Husam masa tu. Tetapi sebagai seorang yang istiqamah dan banyak membaca, kepimpinanya terus menyerlah bermula menjadi SU Akhbar MB dan bakatnya dapat dikesan oleh TGNA terus dididik untuk menjadi pemimpin pelapis. Hari ini ada yang tuduh Husam sebagai JIM dalam PAS, Ketua Kumpulan Erdogan dan sebagainya hanya bila melihat beliau lebih kehadapan dan menggerakkan pakatan rakyat. Ada yang menuduh Husam lebih walaq kepada Anwar Ibrahim dari pemimpin PAS sendiri. Puncanya adalah kerana Husam lebih menonjol dalam Pakatan Rakyat berbanding dengan pemimpin lain PAS dan kalau lihat mengapa ini berlaku adalah sesuai dengan apa yang Haji Husam kata gagalnya PAS menetapkan hala tuju yang sebenar seperti yang diputuskan oleh Muktamar. Tuan Guru Haji Hadi mungkin agak terbatas untuk bergerak kehadapan dalam Pakatan Rakyat, sepatutnya dibantu oleh Timbalan Presiden tetapi Timbalan Presiden lebih menampakkan komitmen untuk muzakarah dengan UMNO dan menyebabkan segala perbincangan dan perundingan dalam Pakatan Rakyat seolah-olah PAS terkebelakang. Antara 3 Naib Presiden, Haji Mohamad Sabu tidak begitu menonjol dalam perundingan dengan Pakatan Rakyat dan Ustaz Ahmad Awang perlu memberi komitmen di Perak yang bermenteri besarkan PAS yang minoriti, jadi Haji Husam perlu kehadapan. Timbul pula sindiran yang Haji Husam nak jadi TPM dan sebagainya tetapi TGNA tetap memberi kepercayaan kepada anak didiknya itu terus berganding dengan DS Anwar Ibrahim dalam memantapkan Pakatan Rakyat sehingga TGNA terpaksa menegur isu perjumpaan sulit dengan pemimpin UMNO.

Kesimpulanya, kalau kita yakin dengan ilmu dan keimanan ahli PAS keseluruhanya, kita serahkan sahaja kepada perwakilan untuk menentukan siapa yang boleh memimpin mereka dan semua jangan dok kalut keluarkan apa-apa kenyataan. Dalam perkembangan politik hari ini, kita perlu lebih melihat politik itu secara lebih halus atau mikro dan bentuk kepimpinan yang macamana yang boleh menarik ramai menyokong perjuangan PAS. TGNA telah meneladani bagaimana cara untuk melihat politik secara mikro atau kita undur kembali kebelakang setelah rakyat keseluruhanya melihat bahawa PAS baik untuk semua. Ahli PAS cukup bijak menilai pemimpin mana yang boleh membawa PAS untuk terus diterima semua rakyat Malaysia. Ulamak PAS telah meletakkan asas kukuh dan tidak mudah dirombak oleh siapa jua yang memimpin PAS dimasa hadapan. Berfikirlah secara terbaik untuk masa depan perjuangan PAS. -Politik Kopijanda