Ketika konflik dalaman PAS kelihatan meruncing dengan wujudnya puak di kalangan ahli, dan menjelang Multaqa Ulama Se-Malaysia II yang akan berlangsung esok, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli parti supaya terus berpegang kepada bai'ah dan wala' dan tidak mengkhianati perjuangan mereka.
Dalam satu rakaman video berjudul 'Hukum bai'ah dalam perjuangan' yang dimuatnaik di laman Facebooknya awal pagi semalam, Hadi menjelaskan tentang perkara itu dan menyarankan agar ahli parti itu tidak melakukan perkara-perkara yang bakal merugikan PAS.
"Apabila kita menyebut tentang bai'ah, ia berkaitan dengan janji kepada perjuangan Islam yang pernah dilakukan Rasul bagi mengukuhkan seseorang ahli jemaah dengan jemaahnya dan kesetiaannya.
"Apa yang terpenting di dalam bai'ah itu ialah memelihara yang tersirat dalam hati kita, keimanan dan keikhlasan kita kepada Allah dan perjuangan untuk menegakkan Islam," katanya dalam video yang berdurasi 3.04 minit itu.
Mengenai wala', ahli Parlimen Marang itu yang dilihat tegas berpegang kepada prinsipnya dan kadangkala mengambil pendirian yang membelakangi keputusan bersama pemimpin Pakatan Rakyat berkata, ia tentang kesetiaan kepada perjuangan Islam dan jemaah dengan cara yang tidak berbelah bahagi.
"Kesetiaan tidak memesongkan kita daripada menjalankan kerja-kerja jemaah yang menguntungkan jemaah.
"Kesetiaan ialah menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang merugikan jemaah, berkhidmat kepada pihak yang lain lebih daripada jemaah, atau pun khianat kepada jemaah.
"Ini merupakan hal-hal yang sangat penting apabila kita melakukan bai'ah kepada kumpulan Islam," katanya sambil menjelaskan yang dimaksudkan dengan jemaah itu ialah satu kumpulan Islam, dan dalam konteks Malaysia, ia merujuk kepada PAS.
Hadi berkata, salah satu rukun bai'ah ialah menzahirkan ketaatan yang dikategorikannya terbahagi kepada dua jenis iaitu yang mutlak dan yang bersyarat.
Katanya, ketaatan yang mutlak ialah kepada perintah Allah dan Rasul, manakala yang bersyarat ialah terhadap kepimpinan dan jemaah dalam perkara yang tidak maksiat atau bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul. -petikan TMI
ULASAN GB
Untuk kesekian kalinya, isitilah WALA digemakan semula di ketika muktamar PAS 2015 yang akan menyaksikan wujudnya pemilihan jawatankuasa parti pada tahun ini.
Bagi sesetengah pihak, mereka menuduh orang yang mengkritik dan hendak menukarkan Presiden parti sebagai TIDAK WALA.
Tak tahu ilmu mana yang mereka pelajari dan mereka perolehi.
Sedangkan WALA (ketaatan) YANG MUTLAK itu hanyalah kepada perintah Allah dan Rasul, manakala WALA YANG BERSYARAT ialah terhadap kepimpinan dan jemaah dalam perkara yang tidak maksiat atau bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul.
Jika demikian pembahagian WALA maka jelas WALA yang dimaksudkan untuk pemimpin PAS termasuk Presiden adalah WALA YANG BERSYARAT. Syaratnya tidak bercanggah dengan perintah Allah dan RasulNya.
Jika Presiden PAS sendiri membuat kenyataan-kenyataan dusta, fitnah dan mengaibkan orang, apakah itu tidak bercanggah dengan perintah Allah dan RasulNya? Jika Presiden PAS tidak hadir mensyarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat sepertimana yang diamanahkan oleh para ahli di dalam Muktamar supaya PR diperkukuhkan, jika Presiden tidak hadir sidang Parlimen sepertimana diamanahkan oleh rakyat yang memilihnya sebagai Ahli Parlimen, apakah itu tidak bercanggah dengan perintah Allah dan RasulNya?
Apabila Presiden membuat sesuatu yang bercanggah dengan perintah Allah dan Rasulnya, WALA sudah tidak boleh dituntut lagi dan sebarang sokongan terhadapnya bukan lagi WALA namanya tetapi TAKSUB.
Apabila Presiden PAS satu ketika membuat tuduhan terhadap ahli PKR mengenai pil kuda, ramai yang masih menyokongnya... maka itu bukan wala tetapi taksub!
Apabila Presiden PAS satu ketika merendah-rendahkan kewibawaan ahli parlimen lain seperti mengaibkan Dr. Wan Azizah Wan Ismail kononnya Dr Wan Azizah tidak berkemampuan sebagai seorang pemimpin, ada yang menyokong Haji Hadi ... maka itu bukan wala tetapi taksub!
Apabila presiden PAS menyatakan dengan angkuh dan sombong "atas sayalah untuk hadir atau tidak mesyuarat Majlis Presiden", sebarang sokongan terhadapnya bukan lagi wala namanya tetapi taksub.
GB tidak menentang Presiden PAS membuta tuli. Tetapi yang GB tentang ialah ketaksuban kepada pemimpin. Apabila TG Haji Abd Hadi membuat kesilapan, kita perlu menegurnya. Misalnya di dalam cadangan terhadap Kerajaan Perpaduan dahulu. GB terpaksa menentang habis-habisan kerana bagi GB ia adalah satu pengkhianatan terhadap parti dan Pakatan Rakyat.
Di dalam isu Selangor dulu. Apabila Haji Hadi membuat kenyataan yang premature menyokong Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB Selangor, dan kemudian diikuti oleh sokongan dari Pemangku Ketua Ulama PAS sehingga Majlis Syura Ulama membuat keputusan yang sama, maka GB terpaksa "menentang"nya.
Ramai ketika itu menuding GB tidak wala!
Hal ini pernah GB jelaskan di dalam tulisan GB:
Soal integriti adalah soal yang lain. Tetapi soal Khalid tidak mematuhi arahn kepimpinan partinya sendiri adalah jelas satu penderhakaan dan pengkhianatan terhadap partinya sendiri. Majlis Syura Ulamak mengajar ahlinya supaya tidak ikut arahan kepimpinan parti?.....
Nampaknya Muktamar PAS akan datang perlu membincangkan semula Perlembagaan Parti khususnya berkaitan dengan peranan dan keanggotaan ahli Majlis Syura Ulamak. Ia perlukan penilaian, penelitian dan pemerkasaan semula supaya tidak lagi menjadi alat sekumpulan tertentu di dalam parti/jemaah bagi mencapai matlamat tertentu.
Jika GB dan yang-lain yang mengkritik keputusan Majlis Syura Ulama dituduh ingkar kepada arahan kepimpinan parti, maka tindakan Majlis Syura Ulamak yang membela Khalid Ibrahim yang ingkar kepada partinya itulah menjadi penyebabnya!
Amat memalukan apabila ramai mempertikaikan seorang anggota Majlis Syura Ulamak sebenarnya menantu Tuan presiden sendiri yang entah berapa hari berada di dalam PAS, tetiba boleh menjadi seorang anggota Majlis Syura Ulamak. Dan perangai serta cara bhidupnya tak melambangkan sebagai seorang ahli MSU yang berwibawa.
Juga amat memalukan apabila seorang anggota MSU, menggunakan gelaran "DATUK" yang tidak diketahui dari mana diperolehi pingat itu. Ia satu penipuan malah menyalahi undang-undang negara. Sehingga kini beliau belum tampil untuk menafikan laporan berikut:
c) Nik Zawawi bin Salleh menggunakan gelaran pangkat Datuk yang tidak diperolehi secara rasmi didalam Negara atau mana Gabenor / Sultan atau mana-mana yang diPertuan Negeri dan mana-mana negeri dalam Malaysia. Telah secara berleluasa digunakan semasa di media cetak, media elektronik dan Dokumen Rasmi Kerajaan. Perlakuan ini menyalahi Akta Pemakaian Nama dan Gelaran 1963.
Ini semua menyebabkan kredibiliti Majlis Syura Ulamak tercalar dan keputusan-keputusannya tidak dapat dihormati oleh para ahli. Lantaran itu GB meminta supaya institusi Majlis Syura Ulamak disemak segera untuk memperkasakannya supaya ianya menjadi badan yang dihormati di dalam sesebuah harakah Islamiah.
Dulu lagi di dalam satu tulisan GB pada 7 Ogos 2008 bersempena maal hijrah GB telah menyatakan bahawa parameter adab berjemaah (wala) itu perlu dinilai dan didefinisikan semula.
Persoalan "adab jemaah" yang ditimbulkan oleh beberapa rakan di lingkaran usrah-usrah kini perlu ditafsirkan dengan parameter baru. "Adab jemaah" bukan lagi dengan mengakui keperluan untuk mengkritik secara berbisik atau apa yang dikatakan "mengikut saluran parti". Cara itu sudah terlalu semalam, sudah ketinggalan zaman.
Kini sudah ada istilah-istilah baru yang mengambil tempat yang diterima sebagai "adab jemaah", seperti "wistle-blowing" - satu kaedah di mana ahli organisasi mendedahkan kepincangan yang dikesannya secara terbuka, "pengurusan strategik" di mana penetapan visi, misi dan objektif organisasi dibuat secara telus dan dipacu bersama oleh pemimpin dan ahli serta "etika professional" dimana nilai-nilai sejagat diakui diterima pakai oleh segenap lapisan petugas dan pekerja organisasi. Mereka yang berdiam diri terhadap kepincangan dan berrahsia untuk menutup kelemahan dilihat sebagai "tidak beradab" malah dikira bersubahabat dengan kegagalan organisasi di zaman kontemporari ini.
Definisi tradisional mengenai wala' lebih sangat menghampiri taksub dimana pemimpin atau ulamak tidak boleh dikritik. Mereka kononnya sebagai kumpulan makhluk suci yang tidak boleh disalahi. Ini amat pertentangan dengan ajaran Islam dimana Rasulullah sendiri berlapang dada apabila dikritik. Baca kisah ini:
Dalam sejarah perkembangan Islam, tradisi kritik bukanlah sesuatu yang asing. Suatu hari, saat bergerak menuju medan perang Badar, Rasulullah memutuskan kepada pasukannya untuk berkemah di kawasan sumur pertama yang mereka temui. Tak ada satupun dari para sahabat yang “berani” menolak perintah dari Rasulullah tersebut. Hingga seorang sahabat yang dikenal sebagai pakar strategi perang bernama Khabab bin Mundzir berdiri seraya berkata:
"Wahai Rasulullah, apakah penentuan posisi tersebut adalah wahyu dari Allah? Atau hanya berdasarkan strategi perang yang merupakan pendapat anda?”
"Oh bukan sama sekali ya Khabab. Tempat ini kupilih berdasarkan pendapatku semata,”jawab Rasulullah.
"Wahai Rasulullah, jika aku boleh memiliki pendapat, menurutku tempat ini tidak strategis. Sebaiknya kita pindah ke tempat air yang paling dekat dengan musuh. Kita membuat markas di sana dan menutup sumur-sumur yang ada di belakangnya. Kita buat lubang-lubang dekat perkemahan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dan mempunyai persediaan air yang cukup. Sedangkan musuh tidak mempunyai persediaan air minum,'' jelas Khabab.
Marahkah Rasulullah pendapatnya dibantah oleh salah seorang sahabatnya? Alih-alih murka dan memerintahkan “sahabat lancang” itu untuk menuruti perintahnya, setelah berpikir sejenak, seraya tersenyum senang Rasulullah malah berkata:
"Pendapatmu sungguh lebih baik dari pendapatku." Dan kemudian sejarah mencatat, strategi tersebut sangat ampuh dan menjadikan kaum Muslimin bisa memenangkan pertempuran atas orang-orang Quraisy Mekah.
Sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"...
Sepertimana Ibnu Qayyim apabila dikritik kerana menyalahi pendapat gurunya Imam Ibnu Taimiyah, beliau berkata: Aku menyayangi Ibnu Taimiyah, tetapi kebenaran itu lebih aku sayangi daripada Ibnu Taimiyah.
Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan.... yang bersalah akan tetap TERHUKUM oleh Allah s.w.t. tak kira betapa tinggi pun jawatan di atas dunia ini. GB yakin denganNya.