3 Feb 2011

S/U Agong PBB Kecam Kumpulan Pro-Mubarak Yang Diupah Guna Kekerasan Ke Atas Penunjuk Perasaan

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon mengutuk keras serangan yang dilakukan oleh pro-Presiden Hosni Mubarak ke arah para demonstran di Lapangan Tahrir, Keherah.

Menurutnya serangan dalam bentuk apapun kepada demonstran seharusnya tidak dilakukan.

“Serangan dalam bentuk apapun ke arah demonstran yang melakukannya secara damai tidak dapat diterima dan saya sangat mengutuk hal tersebut,” kata Ban Ki-moon selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Britain David Cameron, di London.

Beliau menyatakan kekhuatirannya tentang kekerasan yang terus terjadi di Mesir dan menyerukan kedua belah pihak untuk menghentikan semua bentuk kekerasan.

Aksi penunjuk perasaan menentang Presiden Hosni Mubarak berlangsung dengan damai sejak sembilan hari yang lalu. Jumlah massa terus bertambah dari ribuan hingga ratusan ribu orang dan ditargetkan mencapai satu juta orang.

Tetapi, protes berkenaan menjadi tercemar dengan para pendukung Presiden Hosni Mubarak mulai memasuki ke lokasi tersebut.

Beberapa laporan menyebut kumpulan pro-Mubarak tersebut adalah terdiri dari kelompok gangster yang diupah untuk mengkucar-kacirkan protes anti-Mubarak.

Laporan BBC sebelum ini menyebut sesetengah daripada kumpulan prokerajaan itu adalah polis yang berpakaian preman.



6 maut dalam pertempuran di Dataran Tahrir

KAHERAH: Lelaki bersenjata menembak penunjuk perasaan anti-kerajaan dalam pertempuran di Kaherah di mana enam orang terbunuh manakala lebih 800 cedera, menyebabkan kuasa Barat sekali lagi menggesa Presiden Hosni Mubarak segera melepaskan kuasa.

Ribuan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir berkata, mereka yang melepaskan tembakan itu adalah anggota polis rahsia.

Marah dengan kenyataan Mubarak kelmarin untuk hanya melepaskan jawatan pada September depan, mereka bertekad akan meneruskan demonstrasi sehingga pemimpin berusia 82 tahun itu berundur.
Pemimpin pembangkang termasuk tokoh liberal, Mohamed ElBaradei, dan pergerakan Islam Mesir menolak gesaan rundingan dengan Perdana Mnteri, Ahmed Shafiq, yang baru dilantik Mubarak.

Mereka menegaskan hanya pemergian presiden itu akan menamatkan demonstrasi dan membuka jalan untuk rundingan. - Reuters




[Video & Bergambar] Selepas Banjir, Queensland Dilanda Siklon Yasi

Belum pun reda selepas dilanda banjir, Queensland kali ini dihentam pula dengan siklon Yasi. Perdana Menteri Queensland, Anna Bligh berkata, mereka sedang berhadapan dengan bencana alam yang dikategorikan taufan peringkat kelima iaitu selepas banjir besar melanda di negeri itu.

Badai Yasi dilaporkan telah menerjang Queensland, Australia, Rabu (2/2). Badai kategori lima ini memporak-porandakan ratusan rumah warga dan pepohonan. Belum ada laporan korban jiwa akibatnya setakat ini.

Badai dengan kecepatan 300 kilometer per jam itu menusuk daratan hingga radius ratusan kilometer dari Pantai Timur Laut Australia. Sektor-sektor penting, seperti pertambangan, jalur kereta api, dan pelabuhan ditutup. Suara badai sangat dahsyat.

Dentumannya menyerupai suara kereta api. Konon, kekuatannya setara dengan badai katrina yang menghancurkan New Orleans, Amerika Serikat, 2005 silam.


Badai Yasi Landa Queensland

Pusat penempatan sementara penduduk di timur laut Australia kini semakin sesak, semalam berikutan ancaman taufan siklon Yasi dan terbesar dalam sejarah negara itu .

Tiupan angin kencang pertama melanda pesisir Queensland menyebabkan penduduk berpindah ke tempat yang lebih selamat iaitu beberapa jam sebelum Siklon Yasi melanda negara itu.

Jurutera turut mengeluarkan amaran kelajuan angin boleh mencapai sehingga 300 kilometer sejam, sekali gus akan menyebabkan kemusnahan harta benda yang teruk.

Perdana Menteri Queensland, Anna Bligh berkata, mereka sedang berhadapan dengan bencana alam yang dikategorikan taufan peringkat kelima iaitu selepas banjir besar melanda di negeri itu.

Seramai 400,000 penduduk tinggal di sekitar bandar pelancongan terkenal seperti di Cairns, Townsville dan Mackay yang menjadi laluan taufan Siklon Yasi tersebut.
























Nazeera Ceritakan Pengalaman Ngeri Sekembali Dari Mesir

Kami tidur bertemankan pisau”

Gambar: Pelajar perubatan tahun ketiga Universiti Mansoura, Mesir Nazeera Mohd Nasir, 21, (tengah) diiringi ibunya, Zaimah Abu Bakar sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi. Turut kelihatan bapanya, Mohd Nasir Abdullah.

"Kami tidur dalam ketakutan dengan bertemankan pisau dan penyembur lada di sisi" kata dua sahabat baik yang merupakan penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Mansoura, Mesir.

Nazeera Mohd Nasir dan Nurul Shafiqah Mohd Tajudin, masing-masing 21 tahun ditemui Bernama selepas selamat tiba bersama tiga lagi pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10 malam tadi dengan menaiki penerbangan EK0342 Emirates dari Kaherah.

Nazeera berkata mereka dibelenggu perasaan cemas dan takut ekoran kawasan rumah sewa mereka di Mansoura agak tegang terutamanya ketika malam dengan bunyi tembakan dan cermin rumah dipecahkan.

"Pada hari pertama, ketika itu kami sedang tidur dan tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman dari masjid berdekatan yang meminta semua penduduk agar menutup lampu dan mengunci semua pintu kerana banduan terlepas di penjara yang berdekatan dengan rumah sewa kami.

"Kami berkongsi katil setiap malam dan asyik berjaga kerana terdengar bunyi pecah rumah, pengumuman dari masjid jika ada rumah yang dipecah, kereta kebal lalu lalang selain bunyi tembakan hingga menyebabkan kami terpaksa tidur dengan pisau dan penyembur lada demi keselamatan," katanya.

Beliau berkata bimbang dengan keadaan tersebut, mereka nekad menyewa sebuah kenderaan tiga hari lalu untuk membawa mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah namun terkandas di lapangan terbang tersebut setelah gagal menaiki kapal terbang meskipun telah membeli tiket.

"Keadaan di dalam terminal sangat tegang.. semua orang berebut-rebut untuk menaiki kapal terbang. Meskipun kita sudah beli tiket dahulu tetapi itu tidak menjamin kita boleh dapat naik penerbangan tersebut," katanya sambil menambah mereka menggunakan kad kredit untuk membeli tiket penerbangan lain.

Nurul Shafiqah pula berkata terdapat kira-kira 200 pelajar Malaysia yang terkandas di lapangan terbang itu sejak meletusnya tunjuk perasaan pada 29 Januari lalu dan keadaan menjadi lebih meruncing apabila mereka kehabisan wang selain bekalan makanan semakin berkurangan.

"Kami semua duduk dan tidur di atas lantai dengan beralaskan kotak. Malah ramai yang menangis ketakutan dan ada yang telah berada di lapangan terbang tersebut sejak empat hari lalu.

"Kami hanya makan sedikit roti dan air mineral dan terpaksa mencatu makanan kerana bekalan makanan semakin berkurangan selain tidak dapat membuat pengeluaran wang malah roti dan air dijual dengan harga yang sangat mahal," katanya.

Sementara itu, Nor Akhbariah Md Najas, 20, pelajar tahun pertama jurusan perubatan di Universiti Tanta, Mesir berkata keadaan di Tanta tidak seteruk Mansoura tetapi mereka tetap mematuhi perintah berkurung pada setiap malam.

"Banduan berada di mana-mana dan setiap hari ada sahaja rumah yang dipecah masuk serta barang dilarikan malah kereta kebal dan tentera juga ada di semua kawasan. Keadaan seperti itu sangat menakutkan," katanya yang turut terkandas di lapangan terbang itu selama dua hari.

Ibu kepada Nor Akhbariah, Jamaliah Mohd Salleh, 57, pula berkata ketika pertama kali mendengar insiden Mesir di televisyen, beliau berasa susah hati dan bimbang keselamatan anak kelimanya itu sebelum bertindak memasukkan wang ke dalam akaun Medic Mesir.

"Medic Mesir sangat bertanggungjawab, mereka membelikan tiket untuk Nor Akhbariah pulang ke tanah air. Kita cuma berharap pihak kedutaan juga dapat menghulurkan bantuan dengan lebih pantas kepada pelajar-pelajar yang masih terkandas di sana," katanya. - Bernama

Pelajar perubatan tahun ketiga Universiti Mansoura, Mesir, Nurul Shafiqah, 21, (tengah) diberi ciuman oleh bapanya, Mohd Tajudin Harun sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi. Turut kelihatan ibunya, Noridah Abu Samah.

Pelajar perubatan tahun pertama Universiti Tanta Mesir, Nor Akhbariah Md Najas, 20, (tengah) disambut oleh ibunya, Jamaliah Mohd Salleh sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi. Turut kelihatan bapanya, Md Najas Baharom.



Bengkel Potong Besi, Logam Terbakar

Alor Setar – Sebuah bengkel potong besi dan logam di Tandop dekat sini terbakar, menyebabkan kesesakan jalan raya hampir dua kilometer kerana jalan raya diselubungi asap tebal.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang itu dikatakan berpunca akibat percikan api daripada besi kereta yang dipotong oleh pekerja bengkel tersebut.

Pemilik bengkel, M Sundrapandi, 47, berkata, ketika kejadian, seorang pekerjanya sedang memotong sebuah kereta lama dan percikan api yang keluar daripada mesin itu telah menyambar kusyen dan tayar kereta menyebabkan api mula marak.

"Semasa kejadian, angin juga kencang menyebabkan api marak dengan cepat,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau berkata, api yang marak itu telah membakar longgokan besi dan logam yang terdapat di bengkel berkenaan.

Sundrapandi berkata, ini kali pertama kebakaran berlaku selepas dia mengusahakan bengkel tersebut hampir 10 tahun. – Bernama

ADUN Sri Muda Didakwa Di Mahkamah Isnin

Adun Sri Muda bakal didakwa di mahkamah

Pagi ini beliau telah diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan dibebaskan atas jaminan polis.

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafie dipercayai bakal didakwa atas Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen Isnin depan, berhubung penulisannya di dalam blog yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pagi tadi, beliau telah diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Shuhaimi tiba kira-kira 11.10 pagi, ditemani peguam Lateefa Koya, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Adun Sri Andalas Xavier Jayakumar.

Menurut Shuhaimi, beliau dibebaskan atas jaminan lisan oleh polis dengan seorang penjamin.

“Pihak polis menghubungi saya petang semalam untuk hadir ke balai. Saya dipanggil untuk ditangkap namun dibebaskan atas jaminan lisan oleh polis,” katanya yang ditemui media di luar perkarangan balai polis.

Lateefa menjelaskan pertuduhan masih belum jelas namun pihaknya diberitahu bahawa wakil rakyat itu akan didakwa dibawah Sesyen 4 (1) C.

“Kami diberitahu beliau (Shuhami) dituduh dibawah Seksyen 4(1)C. Kita kata pertuduhan ‘oppresive’ iaitu tiada objektif dan subjektif.

“Jika fikir punya ciri menghasut itu cukup untuk membawa pertuduhan di bawah Akta Hasutan,” jelas Lateefa.

Lateefa berkata pihaknya akan menunggu perkembangan pertuduhan pada Isnin ini.

Katanya jaminan lisan diberi polis bagi memastikan Shuhaimi hadir ke mahkamah Isnin ini dan jika gagal penjamin beliau iaitu Abdul Razak Ismail akan dikenakan denda RM2 ribu.

“Kita tunggu 7 Februari ini bagaimana pertuduhan dan lihat berapa jaminan.
“Bagi kami tindakan ini tidak patut dibuat dan akan protes terhadap apa-apa siasatan.

“Jaminan lisan pada hari ini bagi memastikan Shuhaimi hadir. Jika tidak tindakan akan dikenakan ke atas penjamin,” jelasnya.

Shuhaimi bakal didakwa Isnin ini jam 9 pagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Ketika ditanya sama ada akan hadir ke mahkamah Isnin ini beliau berkata “Insyallah akan hadir”.

Pendakwaan terpilih

Berhubung surat mengadap ke atas Sultan, beliau berkata masih tiada perkembangan lanjut berhubung hal itu.

“Setakat ini tiada maklumat terkini memandangkan Sultan tiada. Kita tunggu maklum balas Tuanku terlebih dahulu kerana buat masa ini tiada surat lain yang saya akan hantar,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid pula mendakwa tindakan ke atas Shuhaimi disifatkan sebagai berat sebelah.

“Tindakan ke atas beliau seolah-olah pendakwaan yang terpilih. Kenapa beliau menulis ringkas iaitu secara ‘subjective interpretation’ dikenakan tindakan tegas.

“Sedangkan Azmin Ali dalam sidang Dewan Undangan Negeri menjelaskan sejarah sejarah institusi raja diperlekehkan pemimpin Barisan Nasional.

“Disebabkan itu kita minta Tan Sri Abdul Gani Patail sepatutnya bertanggungjawab ke atas parlimen bukan arahan perdana menteri,” katanya. -FMT


ADUN Sri Muda hadapi pertuduhan Isnin

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini Isnin ini, berhubung satu entri di dalam blognya yang didakwa telah menghina Sultan Selangor.

Beliau hadir ke balai polis hari ini untuk menyerah diri dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Semalam beliau telah diarahkan untuk hadir ke balai polis bagi ditahan.

Kira-kira 11.15 pagi ini, beliau dilihat memasuki perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan meninggalkan IPD tersebut lima minit kemudian.

"Saya menerima panggilan daripada polis kira-kira 7 malam semalam untuk hadir ke IPD Shah Alam untuk ditahan," katanya kepada pemberita setelah keluar daripada IPD itu.

Shuhaimi turut memberitahu bahawa beliau akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen
Shah Alam pada 9 pagi Isnin ini bagi menghadapi pertuduhan.

Peguam beliau, Latheefa Koya berkata jaminan dengan seorang penjamin itu diberikan agar anak guamnya dapat hadir untuk menghadapi pertuduhan yang akan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan, Isnin ini.

"Jaminan ini ialah sebagai jaminan mulut iaitu sekiranya Shuhaimi gagal hadir ke mahkamah Isnin ini, maka penjaminnya harus membayar RM2,000," katanya.

Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kota Raja
mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan di dalam blognya pada 30 Disember tahun lalu yang didakwa telah mempertikai keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Beliau menafikan kenyataannya itu bertujuan untuk menghasut rakyat dan menghina Sultan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Zahedi Ayob, mengesahkan Shuhaimi dibebaskan dengan jaminan polis. - BERNAMA


UMNO Bina Masjid? Si Munafik, Abdullah Ubai Lebih Dulu Bina Masjid Di Mekah - TGNA

Dr Mahathir seorang yang bijak - Nik Aziz

KOTA BHARU, 3 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang bijak dan mencadangkan kebijaksanaan beliau itu digunakan untuk Islam.

"Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT," kata Nik Aziz dalam satu tulisan khasnya bertajuk "Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir."

Beliau menjawab serangan Mahathir kepada beliau ekoran keengganan Nik Aziz turut menyerang Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang meminta umat Islam mengurangkan keislaman mereka.

"Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh Umno. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan Umno. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew," kata Nik Aziz dalam tulisannya itu.

Berikut adalah tulisan Nik Aziz sepenuhnya.

Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.

Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.

Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh?

Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.

Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.

Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?

Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO?

Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?

Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?

Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.

Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.

Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.

Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)


HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.


KISAH MASJID DHIRAR

Gambar: Tapak masjid dhirar yang bersebelahan dengan Masjid Quba’ yang ditandai dengan beberapa biji batu besar.

Sebelum datangnya Nabi SAW ke Madinah ada seorang tokoh Khazraj bernama Abu Amir Ar-Rahib yang telah memeluk Nasrani pada zaman jahiliyah dan mempelajari selok belok agama berkenaan sehingga dia digelar ar-Rahib (pendeta).

Setelah hijrahnya Rasulullah SAW dan kaum Muhajirin, kemudian kemenangan umat Islam dalam Perang Badar, Abu Amir merasa kecewa. Dia merasa sakit hati lalu keluar dari Madinah menuju ke Makkah menghasut kaum musyrikin agar menuntut bela atas kekalahan mereka dalam Perang Badar.

Dalam Perang Uhud, Abu Amir menyertai pasukan musyrikin Makkah. Walaupun umat Islam kehilangan 70 pejuang yang mati syahid, umat Islam hakikatnya bertambah kuat. Kesilapan yang berlaku dalam Perang Uhud menjadi pengajaran buat semua.

Akhirnya Abu Amir lari ke Damsyik menghadap Heraclius Kaisar Romawi meminta bantuan bagi menghancurkan kekuatan Islam. Raja Rom memberi harapan kepadanya bahawa Madinah pasti diserang. Lalu Abu Amir berutus surat kepada kaumnya daripada kalangan Ansar yang berjiwa munafik tentang khabar semasa.

Maka atas saranan Heraclius Kaisar Romawi maka disepakatilah untuk membangun tempat untuk memantau jamaah kaum muslimin, dan supaya tidak mencurigakan bagi pergerakan mereka, maka dibangunkanlah sebuah masjid untuk memantau kegiatan mereka.

Beberapa ahli tafsir menjelaskan seramai 12 orang munafik yang menyertai pembinaan masjid dhirar ini diketuai Abdullah Ubai. Setelah siap, mereka mengundang Rasulullah SAW untuk hadir bersolat di masjid ini, sebagai tanda restu baginda. Baginda SAW ketika itu menolak kerana dalam perjalanan menuju Perang Tabuk.

Dalam perjalanan pulang, baginda diajak sekali lagi untuk ke masjid berkenaan. Ketika itulah turun wahyu yang melarang baginda dan rombongannya singgah dan bersolat di dalamnya.


Menurut al-Quran surah at-Taubah ayat 107 (yang beriringan dengan ayat berkenaan Masjid Quba’), tujuan pembinaan masjid dhirar ada empat iaitu : membahayakan keselamatan orang Islam, mengukuhkan keingkaran puak munafik, memecahkan perpaduan orang Islam, dan sebagai tempat musuh mengintip umat Islam.

Firman Allah SWT :


“Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata : “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata”. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta”.(QS at-Taubah/ 9 :107-108)

Sudah tentu sesudah itu Rasulullah SAW membatalkan hasrat menuju ke masjid berkenaan. Bahkan baginda memerintahkan agar umat Islam membakar masjid berkenaan. Orang yang diarah baginda ialah Malik bin Dukhsyum dan Ma’an bin Adi atau Ashim bin Adi.

Mereka yang menerima arahan tersebut berangkat ke Quba’ dan setiba di sana mereka mengumpul daun-daun dan pelepah kurma yang sudah kering sebagai bahan bakar bangunan masjid berkenaan. Mereka membakarnya pada waktu antara maghrib dan isyak.


Tak Syak Lagi, Mahathir Nyanyu @ Nyanyuk

Mahathir gagal tapi nak salahkan Nik Aziz, kata PAS

Pemimpin-pemimpin PAS membidas Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mendakwa bekas perdana menteri itu sengaja menyerang Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mahu menutup kegagalan pentadbiran negara ketika zaman pemerintahannya.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, selain mahu menutup kegagalan pentadbirannya, kenyataan Dr Mahathir itu juga mahu memecahkan sokongan orang Melayu yang kini memihak kepada PAS-Pakatan Rakyat.

“Jadi jangan nak tebus kesalahan itu dengan meletakkan di atas kepala Nik Aziz, PAS dan Nik Aziz bukan penyebab tapi Umno-BN sendiri.

“Jangan letakkan beban kegagalan ketika beliau memerintah dan punca masalah pada Nik Aziz dan PAS,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menegaskan, tindakan Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan yang menyerang peribadi Nik Aziz ekoran kegagalan beliau mendapat kepercayaan orang Melayu.

“Jadi saya harap beliau hentikan propaganda dan usaha-usaha untuk cuba memomokkan isu perpaduan orang Melayu demi kepentingan politik Umno-BN.

“Semua penghakisan sokongan orang Melayu ini berpunca pada zaman beliau yang mana kita lihat orang Melayu bangkit kerana kepincangan dan penyelewengan yang berlaku di zaman beliau,” katanya.

Tambah Mahfuz, kenyataan Dr Mahathir itu bersifat menghasut yang boleh menjejaskan perpaduan kalangan orang Melayu.

“Saya harap beliau dapat bercakap secara rasional, saya anggap kenyataan beliau itu bersifat menghasut tanpa sebarang fakta tentang masalah perpaduan orang Melayu.

“Bagi saya orang Melayu tidak berpecah, orang Melayu tiada masalah di peringkat biasa (akar umbi) kerana yang jadi masalah apabila Umno-BN berhadapan dengan hakisan sokongan orang Melayu.

“Sekali lagi saya tegaskan orang Melayu tidak berpecah... orang Melayu tak berpecah. Jadi jangan mengheret kerana perbezaan politik sebagai punca perpecahan,” kata beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan orang Melayu negara ini boleh disatukan jika dapat “ketuk kepala” Nik Aziz dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan masalah itu berpunca daripada kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat itu.

Dr Mahathir juga menyifatkan usaha menyatupadukan orang-orang Melayu itu menemui jalan buntu kerana tidak adanya keinginan daripada kedua-dua pemimpin tersebut untuk ke arah itu.

Beliau berkata demikian pada wacana “Kaum Melayu dan Masa Depan” anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan kelmarin.

Sementara dalam tulisan blognya Isnin lalu, Dr Mahathir mendakwa Islam dibawa oleh Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, “lebih teruk dari Islam nasionalis” dan menjadi penyumbang kepada perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Beliau seterusnya berkata, Nik Aziz dan PAS hanya berperanan untuk memecahbelahkan orang Melayu Islam di negara ini.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan Dr Mahathir menyerang dasar Islam yang dibawa PAS seolah-oleh membayangkan Islam yang menyebabkan perpecahan orang Melayu di negara ini.

“Beliau (Dr Mahathir) sebut punca perpecahan Melayu daripada PAS tapi saya tengok dari sudut PAS kita berpegang kepada prinsip Islam.

“Kalau beliau tuduh dasar PAS sebagai punca perpecahan ini bermakna beliau tuduh Islam sebagai punca perpecahan, sepatutnya beliau tidak serang kita, kita sudah banyak kali cakap kepada Umno supaya kembali kepada Islam,” katanya.

Tambah Pesuruhjaya PAS Pahang itu, punca perpecahan orang Melayu bukan disebabkan PAS tetapi Umno-BN.

“Saya nak tanya di sini, siapa yang menyebabkan perpecahan di Kelantan? Sudah 20 tahun PAS memerintah tapi kenapa kerajaan persekutuan tidak mengiktiraf Kelantan selain menafikan hak Kelantan? Punca perpecahan bukan disebabkan PAS tapi kerajaan perseketuan di bawah Umno-Barisan Nasional.

“Kenyataan kata Nik Aziz punca perpecahan terang-terang salah, yang menyebabkan punca perpecahan adalah Umno-BN, malah tidak tanduk Umno-BN mewujudkan perpecahan,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, serangan yang dibuat Dr Mahathir itu tidak akan menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap PAS.

“Serangan macam ini tidak akan jejaskan PAS kerana serangan peribadi ini bukan perkara baru dalam politik Malaysia.

“Walaupun Umno-BN cuba menjatuhkan maruah Nik Aziz tapi ia tidak akan berjaya,” katanya. -TMI

Tujuh Pelajar Malaysia Ditahan Di Mesir

Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Iskandariah, Mesir semalam, Nur Akma Zainol Shahrom, 20, mendakwa seramai tujuh pelajar Malaysia ditahan tentera Mesir di daerah Iskandariah kerana melanggar arahan perintah berkurung yang dikatakan semakin singkat setiap hari.

Nur Akma berkata sedemikian ketika dihubungi ibunya, Maizatul Aziah Jamaluddin, 45, dan Sinar Harian di sini kira-kira jam 4 petang semalam (jam 10 pagi waktu Mesir) di rumahnya di Taman Mangga, Alor Mengkudu di sini semalam.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh seorang pelajar senior universiti sama sewaktu mengarahkan mereka untuk segera mengemas barang dan berpindah ke wilayah berdekatan iaitu Rakoda.

“Beberapa pelajar senior turut memaklumkan keadaan keselamatan di Iskandariah kini tidak lagi selamat berikutan kehadiran puak penunjuk perasaan yang dikatakan sudah memasuki daerah itu dan kami mengambil langkah segera untuk angkat kaki,” katanya.

Nur Akma turut dimaklumkan semua pelajar Malaysia bakal bergerak secara berkumpulan untuk berpindah bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir.

Mengenai bekalan makanan yang semakin meruncing, Nur Akma mendedahkan kebanyakan pelajar Malaysia yang berada di Iskandariah semakin kekurangan bekalan makanan dan terpaksa bergantung kepada biskut kering untuk mengisi perut.

“Pada masa sama, saya turut mengalami masalah mendapatkan dokumen perjalanan berikutan dipegang oleh Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar Malaysia di Universiti Iskandariah.

“Bagaimanapun, kebimbangan saya lenyap setelah dimaklumkan dokumen perjalanan tidak diperlukan untuk keluar dari Mesir pada waktu kecemasan dan saya berharap tidak berlaku masalah di kemudian hari,” katanya.

Nur Akma turut dimaklumkan pelajar Malaysia yang menetap di daerah Iskandariah akan dipindahkan ke Jeddah, Arab Saudi dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun, tempoh sebenar kami akan dibawa pulang masih tidak diketahui memandangkan kami tidak menerima sebarang maklumat lanjut daripada pihak kedutaan sendiri,” katanya.

Sementara itu, Maizatul Aizah difahamkan oleh anak­nya terdapat dua pelajar Malaysia yang lebih senior yang menuntut di universiti sama dilaporkan hilang setelah mengambil keputusan untuk pergi ke Kaherah bersendirian beberapa hari lalu.

Menurutnya, beberapa rakan pelajar senior terbabit gagal menghubungi mereka sejak dilaporkan hilang sehingga menimbulkan kebimbangan sesuatu yang buruk berlaku berikutan jarak perjalanan dari Iskandariah ke Kaherah mengambil masa empat setengah jam.

“Berikutan peristiwa itu, saya menasihati anak saya tidak membuat keputusan sendiri untuk keluar dari daerah Iskandariah di samping memintanya sentiasa bergerak dalam keadaan berkumpulan.

“Saya menangis mendengar pengumuman kerajaan semalam bahawa kapal laut yang dihantar membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir hanya akan sampai pada 5 Februari. Saya harap usaha menyelamat itu dipercepatkan,” katanya. -SH

[Bergambar] Polis Preman Menyamar Pro-Mubarak Kacaubilaukan Protes Rakyat Mesir

Kaherah: Beratus-ratus penyokong kerajaan bertempur dengan penunjuk perasaan prodemokrasi di dataran Tahrir di pusat bandar Kaherah semalam, sehari selepas presiden Hosni Mubarak mengumumkan tidak akan bertanding mengekalkan jawatan pada pilihan raya September ini.

Perkembangan terbaru petang semalam itu membayangkan Mubarak memulakan langkah keras untuk menamatkan bantahan besar-besaran di seluruh Mesir yang memasuki hari kesembilan semalam.

Penunjuk perasaan berjumlah hampir sejuta di dataran itu berkata sesetengah daripada kumpulan prokerajaan itu adalah polis berpakaian preman.

Sesetengah daripada mereka merempuh perhimpunan penunjuk perasaan menaiki kuda, unta dan kereta kuda, menghayun rotan dan kayu.

Kumpulan bertentangan itu dilihat menyerang dengan menumbuk, memukul dengan kayu dan membaling batu dengan anggota tentera yang mengawal di dataran itu tidak langsung campur tangan untuk meleraikan mereka.

Beberapa orang kelihatan cedera, manakala ramai melarikan diri.

Pertempuran itu tercetus ketika masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Mubarak untuk meletak jawatan. Amerika Syarikat memberitahu beliau agar peralihan kuasa harus bermula segera.

Penyokong Mubarak untuk kali pertamanya keluar di jalanan dalam jumlah yang besar semalam, namun jumlahnya jauh lebih kecil berbanding penunjuk perasaan prodemokrasi.

Awal tengah hari semalam, penyokong Mubarak itu merempuh rantaian manusia yang dibuat oleh penunjuk perasaan prodemokrasi yang cuba melindungi ratusan ribu yang lain di dataran Tahrir.

Penyokong kerajaan itu mencabut sepanduk yang mengecam Mubarak dan pergaduhan menyusul ketika mereka bergerak ke arah tengah dataran itu.

Pertempuran itu tercetus beberapa jam selepas jurucakap tentera membuat kenyataan melalui televisyen menggesa penunjuk perasaan bersurai.

Di ISKANDARIAH, bandar kedua terbesar Mesir, pertempuran juga tercetus di antara penyokong kerajaan dan penunjuk perasaan sebaik saja ucapan Mubarak itu yang disiarkan secara langsung oleh televisyen berakhir.

Barisan pembangkang yang termasuk Ikhwanul Muslimin yang diharamkan kerajaan dan tokoh pembangkang Mohammed ElBaradei, membalas desakan tentera dengan menyatakan lebih banyak tunjuk perasaan akan diadakan.

Kumpulan itu berkata mereka akan hanya berunding dengan naib presiden Omar Suleiman seperti yang ditawarkan kerajaan selepas Mubarak meletakkan jawatan. – Reuters/Agensi









10 Penerbangan Sehari Ke Mesir

TUDM sasar 10 penerbangan sehari

SUBANG: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berharap dapat melakukan sembilan hingga 10 misi penerbangan antara Kaherah dan Jeddah setiap hari menggunakan tiga pesawat pengangkut C130 bagi membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, berkata operasi pemindahan itu akan dilakukan dalam dua fasa.

Fasa pertama membabitkan penggunaan tiga pesawat C130 dan kapal Bunga Emas 5 yang kini dalam perjalanan dari Teluk Aden ke Pelabuhan Ain Sukhna, Mesir untuk membawa rakyat Malaysia ke Pelabuhan Jeddah.

Fasa kedua membabitkan misi untuk membawa semua rakyat Malaysia terbabit dari Jeddah ke Malaysia.

Azizan berkata, pesawat TUDM yang berlepas secara berperingkat semalam dijangka tiba di Jeddah petang dan malam ini, sebelum meneruskan perjalanan ke Kaherah.

"Pada masa sama, kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (Bunga Emas) pula dijangka tiba di Pelabuhan Ain Sukhna di Mesir jam 8 malam, 5 Februari ini. Bunga Emas akan mampu membawa 500 rakyat Malaysia ke Pelabuhan Jeddah bagi setiap perjalanan.

“Fasa pertama operasi bersepadu ini dijangka selesai dalam masa empat atau lima hari,” katanya.
Berita Harian difahamkan, pesawat C130 yang diubah suai mampu mengangkut 200 penumpang untuk penerbangan yang mengambil masa dua hingga tiga jam dari Kaherah ke Jeddah.

Penerbangan pertama ke Jeddah membawa bekalan makanan, berlepas dari Pangkalan TUDM Subang pada jam 4 petang semalam, diikuti dua lagi pesawat yang turut membawa bersama 11 wartawan Malaysia pada jam 9 malam.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan petang semalam berkata, urusan pemindahan dari Kaherah ke Jeddah akan dilakukan 24 jam sehari dengan keupayaan untuk memindah kira-kira 2,000 rakyat Malaysia sehari.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, proses perpindahan akan dilakukan dari Kaherah dan beberapa kawasan bergolak di Mesir ke Lapangan Terbang Alexandria sebelum dihantar ke penempatan sementara di Jeddah.

"Di Mesir, ATM akan bekerjasama dengan kedutaan Malaysia di sana, Timbalan Menteri Luar A Kohilan Pillay, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail serta wakil Jabatan Keselamatan Negara (MKN) untuk mengkooridnasi semua pesawat dan kapal," katanya.

Ahmad Zahid berkata, kira-kira 100 orang pegawai ATM, kedutaan Malaysia di Mesir, MKN dan Kementerian Luar Negara terbabit misi perpindahan ini.

Sementara itu, Pengarah Operasi Penerbangan Malaysia (MAS), Kapten Mohamed Azharuddin Osman dalam satu kenyataan berkata MAS akan mengendalikan penerbangan bantuan, mulai esok.

Pesawat bantuan MH8010 dijadual berlepas dari Kuala Lumpur jam 9 ini dan dijangka tiba di Kaherah pada jam 1.20 tengah hari (waktu tempatan).

Ulasan GB

Itulah kepentingan adanya media baru seperti blog yang melaporkan kelembapan kerajaan di dalam usaha menyelamatkan para pelajar Malaysia di Mesir.

Kini, baru ada usaha pihak TUDM yang bersungguh-sungguh untuk melakukan misi menyelamatkan para peljar kita di sana setelah negara-negara telah pun berjaya mengelurkan para pelajar mereka dari pergolakan yang semakin meruncing di Kaherah.

Kita doakan agar para pelajar kita selamat di sana.

Ibu-bapa Pelajar Mesir Keliru Dengan Jaminan Wisma Putra

Perbincangan hangat Wisma Putra dengan ibubapa

Perbincangan Kementerian Luar Negeri bersama ibu bapa yang menuntut di Mesir hari ini bertukar menjadi hangat dan penuh emosi apabila soalan bertubi-tubi diajukan gagal di jawab dengan baik oleh pihak kementerian terbabit.

Seramai 22 anggota keluarga hadir seawal jam 2.00 petang di Wisma Putra bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung keadaan dan keselamatan anak-anak mereka yang belajar di negara bergolak itu.

Namun perbincangan itu menjadi hangat apabila setiap ibu bapa tampil mempersoalkan tindakan kerajaan yang disifatkan lemah dan
menggesa penyelesaian segera diambil.

Wakil ibu bapa turut menuntut kerajaan memberikan jaminan keselamatan ke atas anak-anak mereka.

Wakil kementerian terdiri daripada Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Richard Riot, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman dan Ketua operasi Datuk Mat Nor, malah perbincangan itu berlangsung hampir tiga jam.

Seorang ibu Wan Rohani Halim, 46, sebak apabila menceritakan keadaan dua anak lelakinya yang masing-masing berusia 15 dan 19 tahun yang kini menuntut di Kaherah.

Wan Rohani berkata keselamatan anaknya Mohd Ikramah Al-Din, 19, tidak terjamin apabila bersama-sama penduduk tempatan menjaga keamanan kawasan terbabit daripada diceroboh penjenayah.

“Saya hubungi dia Ahad lalu dia pegang pisau, kayu dan turut serta dengan penduduk tempatan jaga keselamatan di kawasan itu.

“Saya sedih dan bimbang dengan keselamatan Ikramah kerana kawasan yang didudukinya semakin huru-hara. Saya segera minta beliau pindah dengan adiknya ke Sekolah Ar-Rahim kerana saya difahamkan keadaan di situ selamat,” katanya ketika ditemui FMT.

Menceritakan pula kisah seorang lagi anaknya Mohd Qayyum Al-Din, 15, beliau berkata anaknya itu masih tidak dimaklumkan mengenai keadaan huru-hara itu.

“Anak saya dalam ketakutan. Bayangkanlah dengan umur beliau yang masih muda dan terpaksa berhadapan dengan keadaan begini pula. Saya mahu kerajaan buat tindakan cepat bagi menyelamatkan anak-anak kami,” katanya sebak.

“11,000 bakal jadi pembangkang”

Dr Muhammad Nasir Musa, 55, yang ditemui berkata tindakan lemah oleh kerajaan ini bakal menghasilkan 11,000 pembangkang.

“Anak saya dan rakan-rakannya mempersoalkan mengapa ramai yang pergi ke Tenang sedangkan rakyat Malaysia boleh bantu. Kami pula di sini tidak dibantu nak tunggu pemerintah mana sehingga kami dapat keluar?

“Ini akan hasilkan 11,000 pembangkang untuk 10 ke 20 tahun akan datang. Sedangkan anak saya menyertai kelab Umno dan anti pemerap. Kita jangan salahkan anak-anak kita,” katanya yang turut disokong ibu bapa lain yang hadir.

Beliau turut membangkitkan kelemahan pihak kedutaan Malaysia di Mesir yang didakwa gagal bertindak pantas dalam menangai isu itu.

“Duta kita gagal berfungsi dengan baik untuk atasi masalah ini. Sepatutnya masalah ini diselesaikan oleh duta, bukan Menteri Luar Negeri. Datuk Sahlan sehingga beliau perlu pergi ke Mesir,” katanya.

Dalam pada itu, Richard Riot pula berkata pihak kerajaan sentiasa komited dalam mengangani isu itu serta menggalakkan ibu bapa untuk terus berkomunikasi dengan Wisma Putra.

Kerajaan katanya, telah menjalankan pelan tindakan memindahkan para pelajar di segenap negeri di Mesir ke Jeddah.

“Walaupun terdapat kekangan, namun kami masih mendapatkan kerjasama negara lain untuk membawa pulang pelajar dan rakyat kita dengan selamat.

“Kami membuka bilik operasi 24 jam dan ibu bapa boleh terus hubungi kami dengan memberi maklumat lanjut berhubung anak masing -masing,” katanya.

Wakil ibu bapa juga turut dibawa melawat ke bilik operasi 24 jam serta memberikan butir-butir maklumat bagi memudahkan pihak Wisma Putra mengesan pelajar-pelajar terbabit.

Media dilarang membuat liputan

Sementara itu, FMT difahamkan media seperti TV Selangor, Selangor Kini dan Suara Keadilan dilarang membuat liputan.

Menurut wartawan TVSelangor Naeem Raffi alasan yang diberikan pengawal keselamatan terbabit “Hanya media utama sahaja yang dibenarkan masuk”.
Wakil persatuan pelajar dan parti politik turut hadir hari ini bersama-sama mendesak kerajaan mengambil tindakan pantas bagi mengatasi hal ini.

Ibu bapa boleh menghubungi talian dibawah untuk mendapatkan informasi terkini daripada pihak Wisma Putra:

Bilik Operasi, Kementerian Luar Negeri
Tel: 03-88892746 / 03-88874570 / 03-88874770 /
03- 8892830 dan 019-2784566
Bilik Operasi, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir
Tel: 00 202 3760 7375 / 00 202 3761 0270


Ibu bapa keliru jaminan keselamatan anak di Mesir

PUTRAJAYA: Sesi taklimat di Wisma Putra bersama ibu bapa pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir, semalam agak tegang apabila terdapat sebahagian ibu bapa yang beremosi dan tidak berpuas hati kerana keliru dengan jaminan kerajaan mengenai tahap keselamatan anak mereka di Mesir.

Taklimat itu turut dihadiri Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Anak Jaem Seorang ibu, Zainon Suratman, 50, berkata dia bimbang mengenai tahap keselamatan empat anaknya yang berada di negara bergolak itu ekoran demonstrasi besar-besaran rakyat Mesir yang mendesak Presiden Husni Mubarak berundur.

“Agak mencemaskan apabila diberitahu oleh anak saya dimana terdapat banduan penjara melepaskan diri serta bertindak memecah masuk bangunan kedai dan rumah berhampiran tempat kediaman mereka.

“Pihak polis sudah tidak melakukan kawalan dan ini mendedahkan lagi pelajar-pelajar kepada risiko menjadi mangsa samun, rompak dan jenayah rogol,”
katanya.

Dia berkata, anaknya turut menghadapi masalah kewangan kerana kebanyakan bank dan kedai ditutup menyukarkan mendapatkan bekalan makanan.

“Malah, kad prabayar juga melambung tinggi dari RM10 kepada RM50 menyukarkan mereka untuk menghubungi kami,”
katanya. Maizarah Abu Bakar, 47, berkata, dia berharap kerajaan dapat bertindak pantas memindahkan semua rakyat Malaysia dari negara itu kerana negara lain seperti Amerika Syarikat dan Indonesia sudah mula membawa pulang rakyat mereka sejak awal lagi.

“Saya sangat bimbang mengenangkan anak saya, Kauthar Hassan, 21, pelajar perubatan dari Universiti Mansourah kerana kebanyakan rumah berhampiran tempat tinggal anaknya juga dipecah masuk oleh perompak sekali gus mendedahkan mereka kepada bahaya.

“Pada Disember lalu saya pernah melawatnya di sana dan di sekeliling rumahnya tidak ada penduduk Malaysia menyukarkan mereka untuk meminta bantuan,” katanya.

Sementara itu Richard Riot berkata, kira-kira 2,000 rakyat Malaysia di Mesir akan dipindahkan ke Jeddah dengan menggunakan pesawat C-130. -hm


PRK Merlimau: PKR Perlu Hormati PAS

PKR lebih berpeluang dari PAS?

Pakatan Rakyat akan berbincang bagi memutuskan calon PRK Dun Merlimau.
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) malam ini akan memutuskan calon, sama ada dari parti PAS atau PKR, yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau nanti.

Meskipun sebelum ini kesepakatan telah dimeterai antara pemimpin tertinggi parti-parti dalam gabungan PR itu untuk mempertahankan status quo sebelum ini, kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dianggap sebagai tidak menghormati keputusan itu.

Shamsul yang berhasrat untuk bertanding di kerusi itu sebelum ini dilaporkan berkata meskipun secara tradisi pakatan itu mengekalkan status quo, namun terdapat beberapa faktor yang menyokong PKR meletakkan calonnya untuk bertanding.

Kenyataannya itu telah melontarkan persoalan adakah prestasi PKR pada masa ini lebih baik berbanding PAS di DUN ini mahupun kawasan-kawasan lain dalam negara ini selepas PRU-12 lalu.

Rekod PKR dalam PRK

Mengikut statistik sepanjang 14 PRK yang telah diadakan selepas PRU-12 lalu, PKR telah memenangi tiga daripada enam PRK yang membabitkan calon dari parti itu.
Bagaimanapun kemenangan di Dun Penanti dianggap kejayaan mudah apabila lawan PKR dalam PRK tersebut hanya membabitkan calon-calon bebas dan tidak disertai oleh calon daripada BN yang dianggap sebagai lawan sebenar.

Kemenangan PKR di Permatang Pauh pula melibatkan pertambahan majoriti yang agak ketara kepada 15,671 undi berbanding majoriti dalam PRU 2008 sebanyak 13,388 undian.

Enam penyertaan PKR dalam PRK dalam tempoh itu juga membabitkan empat misi bagi mempertahankan kerusi yang dimenanginya dalam PRU sebelumnya dengan tiga kejayaan sementara kerusi parlimen Kuala Selangor telah dirampas BN.

Sementara itu, ketika PKR tewas dalam PRK Batang Ai, BN turut melebarkan majoriti kepada 1,854 terhadap PKR berbanding majoriti yang dimenangi terhadap Parti Tindakan Nasional Sarawak (SNAP) sebanyak 806 undi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pada tahun 2006.

Keadaan yang sama turut berlaku dalam PRK Parlimen Batu Sapi apabila BN berjaya melebarkan kemenangan terhadap PKR dengan majoriti 6,359 undi berbanding ketika berhadapan dengan calon bebas dalam PRU-12 lalu yang hanya majoriti 3,708 undi.

Bagaimanapun dalam PRK Batu Sapi ini telah membabitkan pertandingan tiga penjuru yang melibatkan di antara BN, PKR dan SAPP sekaligus memecahkan undi kepada tiga bahagian.

Rekod PAS dalam PRK

Manakala bagi PAS pula, telah memenangi empat kali daripada tujuh penyertaan dalam PRK dalam tempoh yang sama termasuk kejayaan merampas satu kerusi bagi Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi BN dalam PRU-12.

Selain berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu, PAS turut melebarkan majoriti yang diraihnya di parlimen Bukit Gantang daripada 1,566 undi dalam PRU-12 kepada 2,789 undi dalam PRK tahun 2009.

Bagaimanapun kejayaan empat kali kemenangan dalam siri PRK dan merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu sedikit tercalar apabila majoriti kemenangan di Dun Manek Urai telah menunjukkan kemerosotan yang banyak, iaitu hanya 65 undi berbanding 1,352 yang dimenangi dalam PRU-12.

Selain itu, dalam PRK Dun Bagan Pinang dan Tenang turut menyaksikan BN telah berjaya melebarkan undi majoriti yang diperolehi pada PRU-12 terhadap PAS.

Berdasarkan perbandingan statistik, PAS dengan empat kemenangan termasuk satu kejayaan merampas kerusi parlimen mungkin mempunyai sedikit kelebihan berbanding PKR.

Dari segi pecahan kaum bagi Dun Merlimau pula, samada PAS mahupun PKR masing-masing tidak menunjukkan kelebihan antara satu sama lain.

Jika faktor calon diambil kira, Shamsul juga wajar mempertimbangkan semula hajatnya untuk bertanding dalam PRKA kali ini demi kebaikan PR apabila dianggap sebagai pemimpin yang kurang disenangi oleh ahli-ahli partinya sendiri.

Imej beliau dikatakan terjejas teruk di kalangan ahli-ahli PKR sendiri setelah dikaitkan dengan apa yang dianggap sebagai penyelewengan ketika pemilihan parti itu berlangsung hujung tahun lalu dan mampu mempengaruhi corak undi masyarakat di sini.

Faktor beliau sebagai anak Melaka mungkin tidak memberinya kelebihan, malahan ketika ini mungkin BN telah memperolehi banyak isu yang diperlukan sebagai peluru yang bakal dihalakan kepada batang tubuh Shamsul sekiranya beliau diletakkan sebagai calon PR.

Selain itu, kehadiran beliau sebagai calon PR, bukan sahaja boleh mengeruhkan kesepakatan yang telah dicapai di kalangan pemimpin dan penyokong PR sebelum ini bahkan turut mampu menyebabkan kurangnya sokongan jentera kempen pilihan raya di pihak PR termasuk dari PKR sendiri.


Bagaimanapun, baik PKR mahupun PAS, kedua-duanya bakal berhadapan laluan sukar bukan sahaja untuk memenangi persaingan dengan BN, malah juga perit untuk menafikan majoriti 2,154 undi yang diperolehi BN dalam PRU-12 lalu.

PRK Dun Merlimau yang bakal diadakan pada 6 Mac ini dikatakan penting sebagai pengukur sebenar sokongan terhadap PR mutakhir ini khususnya bagi mencula sokongan pengundi Melayu berbanding PRK Dun Tenang yang melibatkan peratusan tinggi pengundi di kalangan peneroka Felda yang dianggap simpanan tetap BN. -FMT

Ulasan GB

GB dah ulas sebelum ini bahawa PKR sepatutnya menumpukan usaha "membersihkan" partinya daripada masalah yang melanda mereka, bukan berebut nak bertanding apatah lagi nak merampas kerusi PAS seperti yang mereka telah lakukan sebelum ini.

Kajian yang dijalankan oleh Pusat Pengajian Demokrasi dan Pilihan raya Universiti Malaya (UM) menunjukkan populariti PKR tercalar ekoran laporan media mengenai krisis dalaman parti itu.

Lebih separuh daripada responden dalam kajian tersebut menyuarakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika PKR yang bertanding, musuh mempunyai terlalu banyak peluru untuk menyerang PR apatah lagi jika meletakkan Ketua AMKnya sbagai calon di Merlimau. Jawatan Ketua AMK yang disandang itupun masih dipersoalkan oleh banyak pihak di dalam PKR sendiri.

Kalau PAS kalah di PRK Merlimau, ia tidak membebankan sengat untuk PR menanggungnya kerana itu kerusi BN, tetapi jika PKR bertanding, PR akan kalah 2-3 kali ganda lebih teruk dari itu.

Sementelah lagi AMK/PKR tidak mempunyai jentera untuk bergerak di DUN berkenaan berbanding PAS yang telah mempunyai tapak yang kukuh di Merlimau dibantu oleh MTD Sg Rambai, Serkam dan Rim.

Sekadar makluman, Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Melaka telah pun menyusun struktur organisasi pilihanraya bagi PRK Merlimau bagi mempastikan kemenangan PR.

Ameng Rupanya Si Vokalis Yang Ditahan Itu

Ameng ditahan lagi

REAKSI Ameng ketika diiringi keluar dari Mahkamah Majistret Melaka semalam.

MELAKA – Tidak serik-serik! Penglibatan segelintir artis tanah air dengan najis dadah seakan-akan tidak dapat dipisahkan walaupun mereka telah ditahan dan dikenakan hukuman tetapi ia ibarat mencurah air ke daun keladi.

Kelmarin, bekas vokalis kumpulan Spring, Ameng dan isterinya ditahan sepasukan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan ganja seberat 122 gram ketika sedang menginap di salah sebuah bilik di hotel bajet di Taman Melaka Raya di sini pukul 5.20 petang.

Difahamkan, anak lelaki pasangan berkenaan yang berusia empat tahun turut berada di dalam bilik berkenaan ketika serbuan itu dilakukan. Dia bagaimanapun dibebaskan.

Menurut sumber, serbuan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka terhadap Ameng, 43, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail dan isterinya, 41, dilakukan hasil maklumat orang ramai.

“Pemeriksaan di dalam bilik itu menemui ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 122 gram disembunyikan di dalam sebuah beg yang diletakkan di bawah sebuah kerusi panjang.

Berita sebelum ini



Rais Sepatutnya Dakwa Wikileaks Dan Migrant Care, Bukan Blogger

Dakwaan rogol: Rais peroleh injunksi halang blogger

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Mahkamah Tinggi membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger Amizudin Ahmat daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu telah merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia.

Hakim Zabariah Mohd Yusof hari ini membenarkan permohonan ex-parte untuk menghalang Amizudin daripada menerbitkan perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu menerusi blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Hakim menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan semula kes dan afidavit difailkan oleh kedua-dua pihak sebelum kes itu didengar pada 22 Februari.

Dalam permohonannya, Rais berkata perkataan-perkataan yang digunakan dalam artikel blog itu menunjukkan beliau merogol pembantu rumah dan seolah-olah beliau boleh membunuhnya.

Awal bulan lalu, laporan portal berita detik.com menyebut pembantu rumah berkenaan menafikan dakwaan tersebut.

Dalam pernyataan bertulis yang ditandatanganinya, pembantu rumah itu menegaskan tidak pernah terjadi cubaan gangguan seksual oleh majikannya selama beliau bekerja di Malaysia.

“Saya bekerja selama lapan tahun di rumah Datuk (Rais). Selama itu baik-baik saja, tidak pernah ada permasalahan, apalagi terkait perlakuan kasar serta tidak senonoh terhadap saya,” katanya dalam kenyataan itu.

Beberapa hari sebelum itu, Rais menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di Internet dan parti pembangkang terhadapnya.

“Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik,” katanya.

Menteri Datuk Seri Najib Razak juga mempertikaikan mengapa perkara tersebut ditimbulkan sekarang.

Penafian Rais muncul beberapa minggu selepas dakwaan itu dilaporkan dibawa oleh pendedahan WikiLeaks.

Bagaimanapun tiada dokumen berkaitan diperoleh di laman web WikiLeaks.

Rais memfailkan kes terhadap Amizudin pada 31 Januari lalu dengan mendakwa blogger itu menerbitkan atau menyebabkan penerbitan artikel berunsur fitnah di bawah tajuk “Hei Pak Menteri . . . mana mau lari . . .” pada 28 Disember lalu.

Dalam kenyataan tuntutan, Rais berkata tulisan bersama gambarnya dipaparkan dengan ketara dan mempunyai perkataan-perkataan yang memfitnah beliau.

Malah tulisan blog itu juga menunjukkan beliau seorang individu yang berkuasa mengambil kesempatan ke atas pekerja-pekerja, seorang suami yang tidak setia dan pemimpin tidak bermoral.

Kata beliau, artikel fitnah itu disiarkan tanpa terlebih dahulu mengambil langkah untuk memeriksa fakta dengannya.


Migrant Care Tidak Takut Digugat



Migrant Care tidak pernah merasa tergugat kerana membocorkan hasil siasatannya ke pihak umum berkaitan kes TKI Robingah (46) yang diperkosa seorang menteri Malaysia. Jika menteri berkenaan ingin mengugat Migrant Care, mereka siap menghadapinya.

"Kalau ada gugatan, Migrant Care tidak pernah mempublikasikan hasil investigasi. Jadi tidak ada kepentingan untuk tidak berani, karena ini sebuah kasus PRT," ujar Direktur Eksekutif Migrant Care, Anis Hidayah, dalam sidang konferens di Restoran Warung Daun, Jl Cikini, Jakarta Pusat, Jumat (7/1/2011).

Migrant Care juga membantah, memendamkan kes ini kerana ada kepentingan politik. Kerana menurut Anis, tujuan berdirinya Migrant Care jelas untuk menangani kes-kes dan memberikan keadilan bagi tenaga kerja migran.

"Migrant Care di luar panggung itu, kita fokus menangani kasus dan mendorong keadilan bagi buruh migran. Kalau ada pihak-pihak yang memanfaatkan itu di luar kontrol kita," ucapnya.

"Dan kita tidak punya kepentingan apapun dengan menteri itu," tegas Anis.

Berita pemerkosaan terhadap Rubingah (46) asal Banjarnegara, dikatakan telah dihebohkan oleh salah satu tapak web berita pembangkang Malaysia, Harakah Daily. Harakah mendakwa ada kebocoran WikiLeaks berkaitan hal tersebut, seperti ditulis seorang blogger Malaysia, Rocky Bru.

Bru mengatakan sejauh ini hal-hal WikiLeaks adalah bahan-bahan yang dibincangkan di kalangan blogger. Bru yang juga mantan Ketua Pengarang The Malaysia Mail pun belum tahu apakah benar ada kebocoran WikiLeaks soal kes perkosaan ini.

Bru hanya memberikan tautan dokumen lain yang bukan WikiLeaks. Dokumen itu adalah laporan siasatan lembaga pembela hak-hak pekerja asal Indonesia, Migrant Care. Dokumen Migrant Care ini juga yang menjadi modal pihak pembangkang mengkritik Rais Yatim, misalnya saja dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Sementara, Rais Yatim pun dalam pernyataan kepada agensi berita milik pemerintah Malaysia, Bernama, membantah keras tudingan itu. "Saya membantah tuduhan perkosaan yang dilakukan empat tahun lalu ataupun tuduhan yang disampaikan oleh penulis liar di internet atau partai politik," kata dia dalam pernyataannya, Khamis (6/1) kelmarin.



Kes perkosa bermula bila adik mangsa buat aduan

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

Surat tanpa tarikh (gambar) yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.

"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.

Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.

Perjalanan ke Banjarnegara

Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.

"Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.

Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.

Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.

"Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya (bertudung biru) bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.

Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.

"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.

Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.

Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.

Pengakuan Robengah

Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya.

Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.

Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.

Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.

Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.

Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.

Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.

Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.

Kenyataan media

Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).

Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.

Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.

Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang.-harakahdaily



Ulasan GB

Hairan kita dengan Pak Menteri yang seorang ini. Macam cacing kepanasan. Sepatutnya beliau mengambil injunksi terhadap Wikileaks yang telah mendedahkan kes beliau. Namanya tempampang beberapa di dalam laporan berkenaan. Begitu juga Rais sepatutnya menyaman Migrant Care yang telah mewawancara perempuan yang mendakwa dirinya dirogol oleh Rais.

Saya tertanya-tanya kenapa Rais tidak mebersihkan namanya mengheret Migrant Care ke muka pengadilan sedang Migrant Care telah menyatakan lebih awal bahawa mereka mempertahankan dakwaan mereka itu? Apakah Rais takut lebih banyak akan terburai di mahkamah jika beliau melakukan demikian?