9 Feb 2010

Momentum Reformasi Telah Merudum?

Reformis yang turun ke jalan raya pada tahun 1998 semestinya merindui nostalgia bagaimana bangunan mahkamah dibanjiri lautan manusia yang melaungkan "reformasi". Arus kebangkitan rakyat ketika itu walaupun gagal menghalang orang nombor dua dalam negara, Anwar Ibrahim daripada dimasukkan ke penjara; namun berjaya menumbangkan orang nombor satu dalam negara, Mahathir Mohamad dari tempatnya.

Istilah baru seperti "liwat", "sodomi" menyarat media arus perdana, dengan satu-satunya tujuan untuk mengaibkan seorang makhluk yang bernama Anwar Ibrahim. Maruahnya bersama keluarganya ditelanjangkan di khalayak ramai, sehingga melewati sempadan kesabaran masyarakat tempatan...

12 tahun kemudian, "Liwat II" dimainkan semula, dengan skrip yang agak sama tetapi pelakon yang berbeza. Namun, scene di jalan raya dan kawasan masjid jelas berbeza. Belum ada himpunan manusia yang melebihi ribuan orang di Lembah Klang setakat ini, sebagai sokongan terhadap Anwar Ibrahim sejak "Liwat II" dibicarakan pada 2 Februari.


Kesulitan teknikal

"Kalau awak nak pergi demo dekat mahkamah, awak perlu memandu kereta ke Jalan Duta, macamlah kamu nak pergi ke Putrajaya. Berbeza dengan dulu, sekitar bangunan mahkamah tu ada pejabat. Ramai orang bekerja di situ. Mereka turun saja dan demo," kata seorang "reformis" ketika ditanya mengapa bilangan peserta perhimpunan merosot, khususnya di mahkamah di mana Anwar dibicarakan.

Tetapi bagaimana pula dengan perhimpunan selepas sembahyang di masjid, pada Jumaat yang lalu, dengan bilangan peserta yang gagal mencecah angka seratus pun?

"Itu (keputusan) last minute (minit terakhir). Mereka sebarkan khabar (mengadakan perhimpunan) pada 11 malam (Khamis)..." kata seorang aktivis muda, cuba menjustifikasikannya dengan alasan "tidak sempat".

Perhimpunan semalam di ibu pejabat PKR yang bertempat di Merchant Square, Petaling Jaya "di-aib-kan", apabila tiada polis yang datang menjenguk, apatah lagi FRU dengan trak-nya.

Namun, seandainya diteliti, bukan sahaja penyokong tidak turun ke gelanggang, malah wakil rakyat PKR sendiri tidak turun untuk menunjukkan solidariti kepada Ketua Umum mereka. Antara yang hadir semalam, hanyalah Tian Chua (Batu, juga Pengarah Strategi), Zuraida Kamaruddin (Ampang, juga Ketua Wanita), S.Manickavasagam (Kapar), Amiruddin Bin Shaari (Batu Caves), Gan Pei Nei (Rawang), Lee Kim Sin (Kajang) dan sebagainya, selain Shamsul Iskandar Mohd. Akin dari sayap AMK dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai).

Apa yang sudah terjadi?

Jentera penyebar maklumat lemah

Jikalau "Liwat II" digambarkan sebagai perang hidup-mati antara UMNO-Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat, maka ia sememangnya mencungkil kekhuatiran, dan "keraguan" terhadap PR, apabila jentera sebegini digunakan untuk berperang. Tiada sebarang infomasi dalam laman rasmi PKR berhubung perhimpunan semalam, walaupun ia diberi nama "Malam (Suai Kenal) Himpunan Gerakan Reformasi 98".

Situasi sebenarnya lebih "membeliakkan", apabila sumber dalam parti memberitahu MerdekaReview, bahawa wujudnya perbezaaan pandangan yang ketara antara pemimpin tempatan dengan pemimpin peringkat pusat.

Secara terus terang, sumber ini memberitahu, "...Yang ada sense of crisis tu, hanyalah pemimpin di peringkat pusat. Sesetengah pemimpin di akar umbi masih terlalu optimis, bahawa Anwar tidak akan terjerat dalam kes ini."

"Apa yang selalu dimegah-megahkan oleh golongan ini (pemimpin tempatan) adalah, PR kini menguasai empat kerajaan negeri. Seandainya Najib berani 'mengisytiharkan perang' terhadap PR, kami akan mengerah sumber dan tenaga keempat-empat negeri ini untuk memerangi UMNO-BN habis-habisan!" tambahnya.

Menurut sumber maklumat dalam parti ini, kerana tanggapan bahawa PR masih dalam "keselesaan", maka sesetengah pemimpin tempatan tidak merasai bahang kemungkinan Anwar dipenjarakan. Keadaan ini bertambah dahsyat, apabila ada antaranya berlagak seperti "pembesar PKR", menyebabkan mesej dari pusat gagal sampai ke peringkat akar umbi.

"Misalnya, apabila perhimpunan dirancang, sesetengah pemimpin akan berlagak di depan penyokong akar umbi, 'saya tak tahu pun perhimpunan akan diadakan?!'," sambungnya, "Jadi, benda sekecil inilah yang mengakibatkan kekeliruan. Jentera penyebar informasi gagal berfungsi dengan baik, mesej tidak diselaraskan... Ini yang pening kepala ni!"

Ketidakpuasan "kaki demonstrasi"

Bukan sahaja "kerenah" sesetengah pemimpin seperti yang disebut, Anwar Ibrahim juga perlu berdepan dengan penyokongnya yang turun ke jalan raya semasa tahun 1998. Ramai antaranya yang dibelasah FRU, disembur air meriam kimia, ditembak gas pemedih mata semasa turun ke jalan raya untuk mempertahankan Anwar Ibrahim pada zaman reformasi.

Namun, Anwar Ibrahim, dan juga PKR berdepan dengan kesulitan untuk "menempatkan" golongan ini dalam parti, setelah memperolehi kuasa dalam PRU ke-12. Ketika berucap semalam di depan "reformis" ini, Anwar Ibrahim berkata, "Saudara tahu memang nak jadi wakil rakyat tak dapat. Saudara tahu, nak dapat projek memang tak dapat. Saudara sokong (saya), kerana saudara mahu keadilan dipertahankan."

Sebelum ini, rintihan dan rungutan kedengaran apabila sesetengah reformis ini menuduh bahawa Anwar atau PKR sudah terlupa "jasa dan sumbangan mereka", dan lebih mengutamakan "orang bersijil" untuk menyandang jawatan atau pangkat yang tinggi.

"Ada antara mereka sebenarnya mahukan agar kerajaan negeri yang dikuasai PR, memperuntukkan sumber kepada mereka. Tetapi Anwar dan Khalid Ibrahim (MB Selangor) bertegas dalam isu ini, kerana sedar bahawa mereka dipantau ketat SPRM," jelasnya, "tapi saya perlu mengakui bahawa Khalid Ibrahim tidak begitu peka dalam isu memberi penghargaan kepada golongan ini."

Kini, tenaga "kaki demonstrasi" ini amat diperlukan, seandainya PKR memutuskan untuk mengadakan perhimpunan secara besar-besaran, untuk memberi tekanan kepada regim UMNO-BN yang diterajui Najib Razak. Apakah ketidakpuasan golongan ini sempat diredakan, untuk mengerah perhimpunan raksasa yang kedua?

Faktor luaran: PAS dan DAP

Selain faktor dalaman PKR, PAS dan DAP menjadi tumpuan. DAP memang bukan terkenal sebagai parti demonstrasi, lebih-lebih lagi komuniti Cina kini bersiap sedia untuk meraihkan Tahun Baru Cina menjelang Sabtu (14 Februari) ini. Malah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sibuk menangkis serangan demi serangan daripada UMNO ke atas pentabiran kerajaannya.

PAS pula, yang sering menjadi "jentera mobilisasi" dalam hampir kesemua perhimpunan, kini berdepan dengan "perbezaan pendapat" dalam partinya sendiri. "Maklumlah, PAS kini berpecah dua. Ada yang dikenakan hukuman, ada yang tidak. Bila dah berpecah, susah anda nak mobilisasi rakyat untuk keluar berdemonstrasi. Takut kena label terlalu pro-Anwar pula," kata seorang aktivis kepada MerdekaReview semalam.

Walau bagaimanapun, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dzulkefly Ahmad menolak persepsi bahawa "PAS kurang komited dalam memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II", sambil memberi bukti bahawa pemimpin utama PAS hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian dirinya, Dzulkefly Ahmad mendakwa bahawa kes Liwat II ini sebenarnya menimbulkan rasa benci, jelak yang tidak kurangnya di kalangan golongan kelas menengah. Namun, beliau mengambil kira senario stamina perjuangan, keadaan ekonomi dan sebagainya, yang mungkin menjurus kepada kemerosotan bilangan peserta demonstrasi sekarang.

Sambil menyifatkan situasi kini sebagai "simpan tenaga", Dzulkefly Ahmad menjangkakan kebangkitan rakyat di keempat-empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. "...Menunggu masa yang tepat," katanya. -MR

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

Ulasan GB

Lumrah perjuangan. Biasanya yang akan lupa jasa orang-orang bawahan macam GB ni. Siapalah "kita" ni. Munkin tak berbaloi untuk GB ungkapkan apa jasa kita kerana ia mungkin terlalu kecil pada pandangan mata "mereka".

Namun perjuangan tetap diteruskan walaupun "mereka" itu semua telah melupakan "kita", kerana Allah tidak perlu lupa. Balasan akan tetap ada di sisiNya, untuk "kita" yang bekerja dan untuk "mereka" yang pelupa.


Isu Keputusan Mahkamah : Apa Pandangan Pimpinan PAS?

Mahkamah seperti akui rampasan kuasa di Perak – Nik Aziz

tu keputusan mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak dan bukannya melalui pilihan raya,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Oleh itu, beliau meminta rakyat di seluruh negara khususnya Perak memprotes sekurang-kurangnya dengan cara benci.

“Allah Taala menterjemahkan rasa benci-Nya terhadap manusia yang kufur serta fasik dan derhaka.

“Apa yang berlaku di Perak adalah kerja fasik kerana mereka menang tidak melalui pilihan raya dan pihak yang menang itu pula melompat keluar dari kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, selepas tiga Adun Pakatan Rakyat mengisytihar sebagai wakil rakyat Bebas tahun lepas.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat memprotes keputusan mahkamah kerana seolah-olah mengesahkan mereka yang melompat parti.

Katanya, perlu diperjelaskan perbuatan melompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan Perak yang dipilih rakyat secara sah mengikut demokrasi adalah salah.

“Sekiranya keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah baru-baru ini diprotes pihak tertentu, tidak ada salah juga protes yang sama juga perlu dibuat berhubung kes mahkamah hari ini,” ujarnya.

Katanya, walaupun tidak menentang dengan demontrasi, namun ia boleh dilakukan dengan cara menanam rasa benci di hati rakyat berhubung perkara itu.

Kata beliau, melompat parti disifat sebagai pecah amanah rakyat yang mengundi mereka.

Tambahnya, pecah amanah sedemikian akan berulang pada masa akan datang disebabkan mereka semakin galak melakukan kerja jahat.

“Tidak mustahil huru hara akan berlaku di negara ini sekiranya tindakan galak tersebut dibiarkan berterusan,” ujarnya. - harakahdily

Keputusan Mahkamah Persekutuan Bukan Noktah

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) tidak akan berputus asa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Sebaliknya Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, PR akan bekerja keras untuk menawan Perak pada pilihan raya umum yang akan datang.

"Kita sudah jangka keputusan mahkamah tidak akan berpihak kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin sejak dari awal lagi.

"Berdasarkan rekod kes-kes besar sebelum ini, keputusan mahkamah memang tidak memihak kepada PR. Sebab itu kita tidak kecewa dengan keputusan hari ini,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff bersetuju sebulat suara bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar adalah mengikut Perlembagaan.

Mahkamah memutuskan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah bertindak menggunakan bidang kuasa yang ada untuk melantik Zambry bagi menggantikan Nizar setelah berpuas hati bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu tidak lagi mempunyai kelebihan undi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Mengulas lanjut, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, apa yang berlaku di Perak akan menguatkan lagi sokongan rakyat kepada pakatan pembangkang.

"Rakyat akan bersimpati terhadap apa yang berlaku kepada Nizar. PR perlu terus berusaha dan kekalkan sokongan yang sedia ada bagi memastikan kemenangan mutlak mereka di Perak pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata rakyat Perak amat kecewa dengan keputusan mahkamah itu.

"Ramai yang kecewa dengan keputusan hari ini. Mereka berharap sistem perundangan di negara ini dapat memberi keputusan yang sebaliknya kerana kes ini tertangguh agak lama," katanya.

Oleh itu, beliau berkata pihak polis wajar membenarkan rakyat mengadakan perarakan secara aman sebagai tanda protes mereka.

"Cara terbaik untuk selesaikan masalah ini adalah dengan membubarkan DUN Perak. Biar rakyat buat keputusan dan pilih siapa pemimpin yang layak menjadi pemerintah," ujarnya. -MSTAR

Ulasan GB

Hanya dua orang pimpinan PAS yang ada membuat ulasan. Hmmm... Yang seorang lagi pulak, adui. Stail ulasan dia sama macam UMNO. Cuba baca:

"Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini meminta semua pihak menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak."

Patutlah ramai orang kata Kedah akan jatuh ke tangn BN tak lama lagi.

Institusi Kehakiman Negara? ... Teringat Tikus Dalam Kuah Roti Canai..

Beberapa hari sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar yang sah di Perak disamping menolak rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, GB mengeluarkan satu berita tentang ada tikus di dalam kuah roti canai.

Ada yang bertanya GB. Kenapa GB bawa masuk kisah tikus tuh. GB pun menjawab: tak der sesuatu pun kisah dari Allah yang sia-sia. Termasuklah kes bangkai tikus di dalam kuah roti canai tersebut.

Sebelum ini GB ada mengulas mengenai "Ikan Berkepala Buaya Di Selangor",

Ikan berkepala buaya - sungguh dasyat. Dia ada di kalangan manusia. Ada di dalam kalangan kita juga. Badannya bersama-sama jemaah, tetapi kepalanya tak sama dengan kita. Kepalanya serupa musuh yang suka membaham. Dan kisah ini tidak jauh, di negeri Selangor adanya.


Di dalam kes bayi yang besar dan berat dalam perut di Kedah GB berkata:


Budak yang ibunya makan buah kedondong itu menjadi berat dan selamat dilahirkan.

Keputusan samada pilihanraya atau tidak untuk Kota Siputeh itu walaupun dilewat-lewatkan oleh SPR melalui hujah senandung dalam rayuan-rayuannya (bak ibu yang makan buah kedondong) ke mahkamah akan menambah beratkan keputusan hakim untuk berpihak kepada Speaker DUN Kedah.

Dengar keputusan hakim hari ini:

Dalam keputusannya, hakim menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.


Dan di dalam kes Beruk-beruk Yang Menyusahkan Rakyat


Tiga kanak-kanak cedera selepas diserang beruk jantan liar di Taman Murni, Sungai Isap dekat sini, Isnin dan semalam.........

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi berjaya mendapatkan perintah penggantungan sementara (interim stay order) daripada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam, mengenai kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah.

Semalam, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusannya pada 16 November lalu, bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan pilihan raya kecil kawasan itu perlu diadakan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Sulong Mat Jaraie memutuskan perkara berkenaan selepas bersidang sejak jam 2.30 petang tadi.


Nah, sekarang apa pula kaitan tikus di dalam kuah kari roti canai?

Roti canai adalah makanan rakyat marhain. Tetapi malangnya kuah roti itu dicemari sehingga begitu jijik dan kotor dengan kehadiran seekor tikus di dalamnya.

“Bagaimanapun, saya terkejut besar apabila melihat gigi dan misai panjang pada ketulan daging berkenaan dan selepas diamati ia sebenar bangkai tikus yang dibelinya bersama kuah kari roti canai berkenaan. Saya berasa loya dan terus termuntah.


Begitulah adanya sistem kehakiman di dalam negara. Jijik dan meloyakan. Rakyat marhain sudah tidak dapat keadilan dan kebenaran dari institusi kehakiman negara. Hakim yang berpihak kepada kebenaran ditekan dan ditukarkan.

Jangan nak salahkan atau nak tangkap GB. Kisah tikus dalam roti canai didedahkan Allah sendiri. GB tukang sampaikan saja kat sini kisah-kisah itu untuk renungan bersama. Itu ayat manzurah dari Allah, kepada yang tajam fikirannya. Kalau nak tangkap, pergi tangkap DIA.

Hasbiyallah.

Detik Hitam Dalam Demokrasi Di Malaysia - Nizar

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan di sini hari ini sebulat suara memutuskan Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar Perak yang sah.

Ketika membuat keputusan ini jam 11.00 pagi, mahkamah tertinggi itu juga menolak permohonan Mohamad Nizar Jamaluddin.

Dalam satu sidang media sejurus selepas keputusan itu, Nizar berkata keputusan ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah sistem kehakiman di negara ini.

Beliau berkata, "kemelut politik di Perak nampaknya masih belum dapat diselesaikan kerana demokrasi masih diikat dan tidak bebas.

Bagaimanapun beliau belum membuat keputusan sama ada untuk memfail semakan semula atau tidak.

"kita akan kaji secara terperinci penghakiman bertulis dan saya meminta para penyokong supaya bersabar, bertenang dan tidak bertindak di luar batas undang-undang," katanya.

Alauddin Mohd Sheriff mengetuai lima panel hakim dalam membuat keputusan ini. Empat hakim lain ialah Arifin Zakaria, Zulkefli Ahmad Makinuddin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdull Hamid Embong.

Arifin yang membaca penghakiman itu memutuskan bahawa tidak perlu kepada undi percaya dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sultan boleh menyingkir menteri besar. Oleh itu, Zambry mendapat sokongan 31 kerusi dalam DUN.

Kamar Peguam Negara diwakili oleh ketua bahagian pendakwaan, Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan Kamaluddin Md Said, ketua bahagian rayuan dan perbicaraan.

Para peguam Nizar terdiri daripada Philip Koh, Chan Kok Keong, Leong Cheok Keng, Edmund Bon, Mohd Hanifa Maidin, Ranjit Singh dan Razlan Hadri Zulkifli.

Para peguam Zambry ialah Cecil Abraham dan Sunil Abraham. Zambry sendiri tidak hadir di mahkamah ketika keputusan itu dibuat. Mohd Hafarizam Harun dan M Reza Hassan bertindak sebagai pemerhati bagi Umno.



Ulasan GB

Kebatilan itu tidak akan kekal. Sesuatu kemenangan yang dicapai secara batil pasti hancur binasa akhirnya apabila kebenaran menjelma.


Janganlah kamu lemah, dan janganlah kamu berdukacita, kamu lebih tinggi jika kamu beriman.


Pemukiman Pakatan Rakyat Bulan Mac

Serangan bertali arus oleh gerombolan BN terhadap pentadbiran di negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pulau Pinang dan Selangor sejak akhir-akhir ini akan dihadapi dengan sebaik mungkin melalui program Pemukiman Pakatan Rakyat (PPR) yang dijangka bermula Mac depan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, berkata, tujuan pemukiman itu bagi berhadapan dengan pelbagai perkara yang mencabar PR dan negeri-negeri selain mengatur strategi untuk menanganinya.

Menurutnya, permukiman pertama PR akan diadakan pada 7 Mac depan di Selangor dan diikuti permukiman peringkat kebangsaan sama ada pada 10 Mac atau 16 Mac di Pulau Pinang.

"Kami perlu menyiapkan diri untuk bertindak balas," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Terdahulu, PR yang memerintah di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah diserang satu persatu dari segenap penjuru sejak beberapa bulan lalu.

Bermula di Kelantan, Menteri Besarnya, (MB) Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat diserang bermula dari isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sehinggalah isu tajaan Haji yang dilihat lebih kepada propaganda BN untuk mengalihkan isu Royalti Minyak di negeri itu.


Serangan BN itu akhirnya mula pudar apabila Ahli Parlimennya (MP) sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dengan beraninya bersama PAS dan PR dalam memperjuangkan Royalti Minyak yang menjadi hak rakyat Kelantan.

Malah, Ku Li bersetuju untuk mengetuai Kaukus Royalti Minyak Kelantan yang dicadangkan PR selain mahu ia diperluaskan melibatkan hak rakyat di Terengganu, Sabah dan Sarawak.

BN yang terkejut beruk dengan tindakan berani Pimpinan Veteren Umno itu, cuba pula menyerang Selangor dengan memanipulasi isu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di negeri itu dengan mendakwa kononnya MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mementingkan kuasa tetapi pada masa yang sama Pengerusi YBK yang juga ahli totok Umno, Zainal Abidin Sakom enggan mendedahkan aliran wang yayasan itu secara telus.

Di Pulau Pinang (PP), Umno/BN pula memanipulasi isu perkauman kononnya Melayu di negeri itu tertindas di bawah pemerintahan DAP.

Umno/BN juga memanipulasi secara maksima isu itu dengan bantuan medianya yang kekal dikongkong dulu, kini dan tidak mungkin selamanya.

Anehnya, media itu bersama pemimpin Umno membutakan mata dan memekakan telinga berhubung peminggiran dan penjualan asset serta tanah orang Melayu selama Umno/BN memerintah PP sejak puluhan tahun lalu.

Rekod menunjukkan Umno sepanjang menjadi kerajaan bersama Umno, MCA, MIC dan Gerakan di negeri itu, Umno ialah Timbalan Ketua Menteri dan memiliki majoriti dalam Dun di negeri itu.

Sehubungan itu, diharapkan dengan pemukiman PR itu nanti, segala penyokong, pengikut dan pendokong sejati PR akan menghadam sebaik mungkin maklumat dan pesanan dari pimpinan PR dalam menghadapi segala serangan BN terhadap pentadbiran PR selain memantapkan agensi penerangan di setiap bahagian di negeri itu.

Bagi negeri Kedah pula, media Umno/BN seakan-akan lumpuh menyerang negeri itu sehingga terpaksa memainkan isu remeh iaitu isu sampah untuk menyerang pentadbiran Ustaz Azizan Abdul Razak.

Malah, seorang editor kanan di akhbar Umno mengakui kebijksanaan MB Kedah itu dalam menguruskan negeri Jelapang Padi itu yang disifatkannya sebagai telus dan cukup bertoleransi.

Antara kesan penting yang dapat dilihat ialah beberapa ahli jawatankuasa kampung yang juga orang kuat Umno mula menyertai PAS dan PR setelah melihat keadilan yang diterapkan oleh Ustaz Azizan di negeri itu. -erapakatan

Ulasan GB

Walaupun lewat dan boleh dianggap "sudah terhantuk baru tengadah", namun sesuatu yang baik dan murni elok diteruskan.

Pakatan Rakyat perlu muhasabah, perlu menilai ke dalam diri, perlu melakukan kajian analisa SWOT, perlu melaksanakan pembedahan mencari punca penyakit yang ada di dalam diri sebelum kita bergerak lebih kedepan umpama sordadu yang telah parah.

"Better late than never".

Nizar Akur Keputusan Mahkamah Persekutuan, Namun Sifatkan Negara Menuju Monarki Mutlak

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan untuk menolah rayuan Datuk Seri Mohmad Nizar Jamaluddin dan mengisytiharkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN sebagai menteri besar Perak yang sah.

Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.

Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.

Keputusan penal hakim tersebut diumumkan oleh Arifin pada jam 11 pagi.

Istana Keadilan di Putrajaya, menjadi tumpuan sejak jam 7 pagi tadi apabila orang ramai beratur untuk mendapatkan pas masuk ke dewan mahkamah. Begitu juga penyokong BN dan Pakatan.

Pada 5 November lalu, Mahkamah Persekutuan telah mendengar rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan hujah para peguamnya selama enam jam, tetapi telah menangguhkan keputusannya.

Sebelum itu, mahkamah telah menolak permohonan Nizar supaya panel penuh 11 orang hakim atau tambahan bilangan panel hakim, untuk mendengar kesnya itu.

BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak apabila tiga ADUN Pakatan rakyat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Berikutan itu, Pakatan telah membawa perkara itu ke mahkamah.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah memutuskan bahawa Nizar merupakan menteri besar Perak yang sah.

Zambry kemudiannya membuat rayuan dan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi itu, dengan alasan hakim berkenaan telah gagal untuk mengambilkira keseluruhan bukti yang dikemukakan.

Nizar diwakili oleh para peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili Zambry.

Sementara itu Nizar di dalam mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan menyatakan keputusan yang memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan yang sah di Perak akan menjurus kepada sistem “monarki mutlak.”

“Jika keputusan sebegini diteruskan dan menjadi undang-undang pada hari masa ini, ia akan menjurus kepada sistem monarki mutlak,” kata Nizar selepas mahkamah mengisytiharkan Zambry sebegai mentri besar yang sah.

“Ini bermakna raja-raja boleh melucutkan perdana menteri atau menteri besar pad bila-bila-bila masa,” tambahnya.

Nizar yang akur dengan keputusan mahkamah berkenaan, mendakwa keputusan mahkamah itu telah 'mengabaikan duluan' (neglected contitutional precendent) dan mengenepikan hasrat para pengundi.



Perbicaran Kes Anwar Ditangguh Esok

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memasuki hari kelima dengan mahkamah bersedia untuk mendengar permohonan Ketua Pembangkang itu supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes itu kerana dianggap berat sebelah.

Bagaimanapun, prosiding itu ditangguhkan sehingga esok berikutan permohonan peguam utama pembelaan, Karpal Singh untuk diberikan lebih masa bagi menjawab afidavit jawapan yang difailkan pihak pendakwaan.

Karpal Singh membuat permohonan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri berdasarkan keputusan hakim berkenaan berhubung dua artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.
Anwar, 63, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. Perbicaraan kes liwat, yang menarik perhatian ramai termasuk wakil media luar negara, bermula Rabu lepas, selepas 18 bulan Anwar pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 7 Ogos, 2008.

Semalam, Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar yang merupakan saksi pertama memberi keterangan, sepatutnya disoal balas oleh pihak pembelaan tetapi perbicaraan terpaksa ditangguhkan ke hari ini bagi mendengar permohonan supaya Hakim Mohamad Zabidin dilucutkan daripada mendengar perbicaraan kes itu.

Perbicaraan kes liwat itu bermula Rabu lalu, selepas 18 bulan Anwar dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama pada 7 Ogos 2008 dan menarik perhatian ramai termasuk wakil media dan pemerhati dari luar negara.

Saksi pertama pendakwaan iaitu Mohd Saiful, 25, yang juga pengadu dalam kes itu, telah selesai memberi keterangan pada peringkat pemeriksaan utama.

Dalam permohonannya hari ini, Karpal Singh berhujah bahawa pihaknya perlu menjawab afidavit pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden kerana ia menyentuh isu ketepatan kandungan afidavit Anwar yang difailkan bagi menyokong permohonan supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Beliau turut meminta mahkamah membekalkan nota prosiding yang berkaitan selewat-lewatnya petang ini kepada kedua-dua pihak.

Sementara itu, Mohd Yusof berkata beliau agak "khuatir" dengan laporan akhbar berhubung kandungan afidavit jawapan yang difailkan pendakwaan semalam.

Beliau berhujah berdasarkan Akta Profesyen Guaman 1976, kandungan sesuatu afidavit tidak boleh disiarkan sehingga ia dikemukakan dan dibaca di dalam mahkamah terbuka.

Mohd Yusof berhujah apa akan berlaku sekiranya sesuatu afidavit yang telah disiarkan isi kandungan, mengandungi kenyataan yang bersifat "melampau" dan mahkamah kemudian membuat keputusan membatalkannya.

Sehubungan itu, Mohd Yusof meminta mahkamah menasihati media dalam membuat laporan berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, Karpal Singh berkata terdapat satu keputusan berhubung penyiaran isi kandungan afidavit yang dibuat bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Eusoff Chin yang menyatakan bahawa sebaik sahaja difailkan, afidavit menjadi satu dokumen awam yang isi kandungannya boleh dilaporkan oleh media.

Mohamad Zabidin kemudian mengingatkan pihak media supaya membuat laporan tepat berhubung prosiding kes itu dan tindakan akan diambil sekiranya ada pihak membuat laporan tidak tepat.

"Saya tidak mahu dilihat sebagai menceroboh ke dalam hal kebebasan akhbar. Tetapi media mestilah ingat bahawa kebebasan akhbar bukan bermakna boleh membuat laporan tidak tepat.

"Maka, jika media melaporkan sesuatu secara tidak tepat, anda perlu menerima akibatnya.


Jika pihak-pihak berkaitan mengambil tindakan dan mahkamah memutuskan untuk mengenakan hukuman, pada masa itu jangan persalahkan mahkamah dan menyatakan saya cuba untuk menyekat kebebasan akhbar," katanya. - BERNAMA



Nizar Tewas. BN Terus Berkuasa Di Perak Sehingga 2013

Tepat seperti yang GB ramalkan sebelum ini bahawa kita tidak mungkin dapat mengharapkan pilihanraya lagi di Perak sehingga pilihanraya umum kali ke 13 nanti pada 2013.

PM Datuk Seri Najib Razak tidak akan mempersia-siakan setiap saat yang ada setelah mandat diperolehi bagi menarik semula sokongan rakyat terhadap UMNO BN.

Justeru itu adalah tidak masuk akal untuk membiarkan Perak dilepaskan setelah diperolehinya dan penyakit besar yang menimpa PAS dan Pakatan Rakyat ialah suka berspekulasi untuk menyedapkan hati.

Hakim Mahkamah Persekutuan hari ini membuat keputuasan bahawa ia bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang telah menterbalikkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini. Keputusan 5 - 0.

Mahkamah Persekutuan menyatakan ia adalah berdasarkan penolakan Sultan untuk membubarkan DUN di bawah Artikel 16 (6) Perlembagaan Perak

Sementara Perlembagaan Perak Artikel 16 (6) memerlukan Nizar untuk meletak jawatan atau tidak di bawah Artikel 36 (2).

Didapati juga bahawa Nizar telah hilang kepercayaan dari majoriti ADUN telah diperolehi di dalam satu mesyuarat khas di Istana. Mahkamah Persekutuan merujuk kepada mesyuarat khas istana diantara Sultan Perak dengan 31 orang ADUN.

Mahkamah menyatakan: "Tidak ada keperluan di dalam Perlembagaan Negeri yang memerlukan undi tidak percaya dilakukan di dalam dewan undangan negeri".

Mahkamah Persekutuan turut mendapati "Di dalam kes ini, tidak syak lagi Zambry mempunyai sokongan 31 dari 59 ADUN."

Dan Mahkamah Persekutuan sebulat suara dengan keputusan 5-0 menolak rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Panel lima hakim, yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, dn turut dianggotai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Ini merupakan rayuan peringkat terakhir bagi Mohammad Nizar dalam cubaannya mendapatkan semula jawatan Menteri Besar Perak.


PAS Perak Perlu Perkukuhkan Parti, Bukan Berspekulasi
Oleh Greenboc
1/19/10

Spekulasi lagi. Entah kali ke berapa. Mengharapkan pilihanraya berlaku di Perak dari sehari ke sehari, entah jadi entahkan tidak. Entah kali ke berapa. Mengharapkan pilihanraya berlaku di Perak dari sehari ke sehari, entah jadi entahkan tidak.

Kita merasakan bahawa PAS Perak sudah tidak perlu untuk berspekulasi bilakah pilihanraya akan berlaku di negeri itu kerana sejarah UMNO BN tidak pernah mahu melepaskan sesatu yang telah dipegangnya. Ia tamsil seekor kucing yang telah dapat membaham ikan di mulutnya... dibantai dan dikejar ke manapun kucing itu tetap tidak akan melepaskan ikan yang sudah ngap di mulutnya.

Oleh yang demikian, apa yang perlu dilakukan?

Itu, pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya menyatakan semalam 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih. Apa motifnya SPR mengumumkan demikian bukan soalnya untuk kita perdebatkan lagi. Soalnya, apakah usaha PAS Perak bagi mempastikan pengundi-pengundi di kawasan masing-masing telah didaftarkan sebagai pemilih.

Ketua Penerangan PAS pula keluar dengan kenyataan menawarkan satu kerjasama serius digerakkan antara SPR dan diperingkat akar umbi PAS bagi memberikan kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya mereka melibatkan diri serta besarnya nilai undi mereka dalam menentukan hala tuju negara. Begitu pulak kisahnya, sedangkan SPR ada matlamat lain, yang tak boleh didedahkan. PAS Perak pula nak hulurkan tangannya kepada tangan si perompak negerinya untuk bekerjasama mendaftarkan pengundi.

Hentikan kerja-kerja menabur benih di angkasa, ia tidak ada faedahnya. Pergi segera ketuk pintu rumah-rumah rakyat seluruh Perak sekrang juga. lakukan culaan. Daftarkan mereka sebagai pemilih, bawa sekali borang keahlian PAS. Panggil dan jemput Presiden, Timbalan Presiden dan sekalian pimpinan tertinggi untuk gerak-gempur seluruh Perak dulu. Kemudian baru cerita bab pilihanraya semula. Bukan berspekulasi seperti orang sedang bermimpi.


Lintas Lansung Dari Dua Mahkamah

Seperti yang kita ketahui ada dua hal menarik pagi ini.

Satu di Mahkamah Persekutuan - isu Siapa MB Yang Sah, Nizar atau Zmbry?

Sementara satu lagi di Mahkamah Tinggi, iaitu kes permohonan Karpal Singh untuk melucutkan Hakim Mohd Zabidin dari membicarakan kes liwat Saiful.

Kedua-dua kes ada implikasi yang besar yang akan mewarnakan sistem perundangan dan politik negara setidak-tidaknya untuk jangka masa pendek.

Untuk membezakan kedua-duanya GB hanya dapat meggunakan warna yang berbeza untuk dua kes ini.


Di Mahkamah Persekutuan
9.20 am Kelihatan Datuk Seri Nizar bersama para penyokongnya. Disambut laungan takbir.

9.30 am: Para penyokong PAS mendirikan solat dhuha dan solat hajat di kawasan lapang

9.35 am: Peguam Negara Abdul Gani Patail masuk ke dalam mahkamah.

9.40 am: Polis memindahkan bangku dari bahagian dalam mahkamah untuk membolehkan lebih ramai yang dapat duduk bagi mengikuti perkembangan.

9.41 am: GB dimaklum sebentar tadi ramai ADUN PR Perak tidak dapat masuk ke dalam mahkamah.

9.42 am: Penyokong Zambry dan BN menyanyi lagu Barisn Kita di luar.

9.45 am: Unit FRU sudah berada di perkarangan mahkamah untuk menghadapi apa-apa kemungkinan.

9.48 am: Nizar bersama isterinya masuk ke dalam mahkamah dan Ngeh turut ikut. Mereka bersalaman dengan orang2 BN termasuk Ganesan & Chang Ko Youn.

9.50 am: YB Hamidah (BN) mengadu kepada polis kerana membenarkan isteri Nizar masuk ke mahkamah tanpa pas.

9.52 am: Di perkarangan, FRU membahagikan orangramai kepada dua kumpulan, untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

9.57 am: Lim Kit Siang turut berada di dalam mahkamah.

10.00 am: Kemunculan 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan bila-bila masa dari sekarang

10.14 am: Peguam Philip Koh memperkenalkan diri sebagai peguam Nizar kepada para hakim menggantikan Sulaiman Abdullah yang menurut Koh sedang berada di dalam satu kes yang lain.

10.15 am: Hakim Besar Malaya Chief Ariffin Zakaria membacakan keputusan penghakiman.

10.18 am: Hakim Ariffin membaca latarbelakang kes. Para hadirin di dalam mahkamah khusyu' mendengarnya.

10.20 am: Zambry tidak kelihatan di dalam mahkamah. Apakah beliau sudah tahu keputusan?

10.25 am: Situasi di luar mahkamah tenang sementara menunggu keputusan.

10.35am: Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menterbalikkan keputusan Mahkamah Tinggi.

10.48 am: Mahkamah Persekutuan menyatakan ia adalah berdasarkan penolakan Sultan untuk membubarkan DUN di bawah Artikel 16 (6) Perlembagaan Perak

10.50 am: Perlembagaan Perak Artikel 16 (6) memerlukan Nizar untuk meletak jawatan atau tidak di bawah Artikel 36 (2).

10.52 am: Didapati juga bahawa Nizr telah hilang kepercayaan dari majoriti ADUN telah diperolehi di dalam satu mesyuarat khas di Istana. Mahkamah Persekutuan merujuk kepada mesyuarat khas istana diantara Sultan Perak dengan 31 orang ADUN.

Sampai di sini seperti kita sudah dapat meramalkan apa keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini. GB pernah menyatakan di SINI tamsil seekor kucing yang telah dapat membaham ikan di mulutnya... dibantai dan dikejar ke manapun kucing itu tetap tidak akan melepaskan ikan yang sudah ngap di mulutnya. Begitulah UMNO BN tidak pernah mahu melepaskan sesatu yang telah dipegangnya.

Apa-apa pun tunggu sebentar lagi.


11.00 am: Mahkamah menyatakan: "Tidak ada keperluan di dalam Perlembagaan Negeri yang memerlukan undi tidak percaya dilakukan di dalam dewan undangan negeri".

11.05 am:Mahkamah Persekutuan mendapati "Di dalam kes ini, tidak syak lagi Zambry mempunyai sokongan 31 dari 59 ADUN."

11.10 am: Nizr tewas. Rayuannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.



Di Mahkamah Tunggi

9.15 am: Anwar tiba bersama isteri, Dr Wan Azizah

9.25 am: Chua Jui Meng & Ahli Parlimen Zuraidah berada di mahkamah. Azmin Ali turut tiba. Diikuti Nurul Izzah bersama suaminya.

9.40 am: Para peguam meramalkan kes akan ditangguhkan kerana pendkwa sepastinya memohon masa untuk menjawab

10.00 am: Peguam Karpal Singh memberitahu mahkamah peguam pembela ingin membalas affidavit pendakwa yang dikemukakan semalam.

10.15 am: Karpal mahu anggota SB dikeluarkan dari mahkamah dan tunggu di luar.

10.20 am: Mahkamah ditunda esok pagi jam 9.30 am bagi membolehkan peguam pembela ingin membalas affidavit pendakwa yang dikemukakan semalam




BERITA TERKINI

TAMAT KEMASKINI

Dua Peristiwa Penting Hari Ini

Dua kes besar yng bakal mewarnai sistem perundangan dan politik masa depan negara.

Di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini, isu Menteri Besar Perak akan disahkan oleh Mahkamah Persekutuan, sama ada Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan kembali berkuasa ataupun Dr Zambri Abdul Kadir akan kekal sebagai Menteri Besar Perak. MB Nizar adalah amanah majoriti rakyat untuk memimpin Perak, manakala MB DPulau pula adalah amanah istana.

Pakatan Rakyat tiada pilihan kerana kemelut ini telah membuat rakyat Perak menjadi gelisah, lagi pun untuk memecahkan 'deadlock' kedudukan kerusi adalah 28-28 dengan 3 Adun bebas yang menyebelahi BN.

Apapun keputusan sepastinya akan mempunyai implikasinya dari sudut perundangan itu sendiri dan juga politik. Rakyat Perak dan seluruh rakyat Malaysia mahu para hakim berdiri di atas neraca keadilan bukan untuk kepentingan golongan tertentu.

Penganalisis politik berpendapat, tidak kira apa jua keputusan, perbalahan yang berlaku antara kerajaan negeri sekarang di bawah Barisan Nasional (BN) dengan gabungan PAS-DAP-PKR dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) akan berterusan, setidak-tidaknya hingga pilihan raya akan datang.

"Jika Zambry diisytiharkan sebagai MB yang sah, apapun PR akan terus tidak puashati. Ia akan mempersoal kebebasan badan kehakiman manakala pada waktu yang sama meuar-uarkan BN sebagai kerajaan sementara," kata penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian.

Tetapi jika Nizar diisytiharkan menteri besar yang sah, beliau berkata ahli politik PAS itu mungkin memohon mandat baru tetapi ini akan bergantung pada sama ada dewan negeri boleh dibubarkan atau tidak.

Keputusan Mahkamah Persektuan tidak mungkin memuaskan hati sesiapa. Jika keputusan tidak memihak kepada Nizar, Pembangkang akan terus mempersoalkan kesahihan kerajaan negeri BN.

Kedua, di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, peguam Pembela Datuk Seri Anwar hari ini akan mengemukakan permohonan supaya Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes itu kerana dianggap berat sebelah.

Peguam Karpal Singh, yang mewakili Anwar, membuat permohonan itu berdasarkan keputusan hakim berkenaan berhubung dua artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.

Hakim Mohamad Zabidin kemudiannya menyoal Karpal Singh tentang bila pihak pembelaan mahu mahkamah mendengar permohonan itu, sama ada pada petang ini atau pagi esok.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan, pula berkata perbicaraan kes itu sepatutnya diteruskan Iisnin ini sementara pihak pendakwaan memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan Anwar.

Mahkamah kemudian memutuskan untuk mendengar permohonan itu pagi esok bagi memberi peluang kepada pendakwaan memfailkan afidavit tersebut.

Terdahulu, Karpal Singh berhujah bahawa mahkamah perlu mendengar permohonan itu terlebih dahulu sebelum meneruskan perbicaraan kes Anwar dan berkata pihak pembelaan tidak mempunyai niat untuk melengah-lengahkan prosiding malah bersedia menjalankan pemeriksaan balas terhadap saksi pertama pendakwaan, iaitu pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau juga berkata anak guamnya berhak mendapat satu perbicaraan yang adil selaras dengan peruntukan mengikut Artikel 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

GB akan cuba membuat lintas lansung bagi kedua-dua kes berkenaan sebentar lagi di dalam entri yang baru.

Aziz Bari Sudah Meluat Dengan PAS?

Membaca sebuah tulisan di malaysiakini yang melaporkan ulasan Prof Abdul Aziz Bari mengenai kontroversi berhubung siapa menteri besar Perak yang sah antara Nizar dengan menteri besar sekarang ini, kita seperti dalam menyelami tentang sikap Prof yang selama ini secara terang dan nyata menyebelahi PAS, telah kini telah tampak tidk lagi begitu.

Berkemungkinan inilah hasilnya apabila golongan intelektual dibelasah setelah memberikan pandangan dan kritikan. Sementara yang mengkritik pula mereka yang tak mengukur baju di lengan sendiri, belasah sesuka hati sekalipun yng diutarakan oleh Prof Aziz Bari itu untuk kebaikan parti.

Menurut beliau, keadaan di Perak dijangka bertambah lebih rumit dan kusut jika keputusan Mahkamah Persekutuan esok memihak kepada menteri besar yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

"Sekiranya, mahkamah memutusakan Nizar adalah Menteri Besar yang sah, esok, keadaan di Perak akan bertambah kusut,” kata pakar perlembagaan negara itu.

Jelas ia menampakkan satu pendirian yang tidak lagi favor kepada PAS atau Pakatan Rakyat.

Profesor undang-undang dari UIA itu menjelaskan sejak setahun lalu, Zambry Abdul Kadir banyak membuat keputusan semasa 'pemerintahan' Barisan Nasional.

“Keputusan yang memihak kepada Nizar akan menjadi keputusan-keputusan (Zambry) sebagai tidak sah,” tegasnya.

Situasi berkenaan sudah tentu akan menyaksikan keadaan yang kucar kacir di Perak dan menjejaskan keyakinan pelabur asing ke negeri itu.

Keputusan pentadbiran Zambry, termasuk pembentangan bajet negeri baru-baru ini juga akan menjadi tidak sah.

Abdul Aziz juga menolak cadangan daripada sesetengah pihak jika mahkamah membuat keputusan prospektif bagi mengatasi kesulitan berkenaan.