12 Feb 2013

Tidak Mustahil "Arab Spring" Berlaku JIKA Ada Penipuan Dalam PRU - Mat Sabu

Gelombang ‘Arab Spring’ tetap berlaku di Malaysia jika ada penipuan daftar pemilih dan keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang yakin ‘Arab Spring’ boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah PRU akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.

Mat Sabu menegaskan, gelombang itu hanya berlaku jika terbukti penipuan sebelum dan semasa hari pengundian membabitkan daftar pemilih.

“Umno BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diingatkan jangan berkomplot menipu dalam pilihan raya atau menerima kesan kebangkitan rakyat di jalan raya.

“Rakyat sekarang memiliki akses maklumat yang luas dan mereka semakin bijak menilai dan membandingkan maklumat yang dikemukakan baik dari media Pakatan atau Umno BN.

“Tuntutan terbesar seluruh rakyat sekarang ialah sebuah proses pilihan raya yang bersih dan telus,” ujar Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), 12 Januari lalu itu kepada Keadilan Daily.

Bagaimanapun, Mat Sabu berkata, istilah ‘Arab Spring’ tidak sesuai dengan konteks Malaysia kerana beberapa perbezaan dasar seperti geopolitik dan sejarah berbeza namun penggunaan istilah bukan isu besar.

Katanya, penukaran kerajaan akan dibuat mengikut sistem demokrasi melalui proses pilihan raya.

Beliau turut menolak fitnah Musa kononnya Pakatan gagal mentadbir empat negeri dengan baik.

“Jangan tuduh melulu, teliti laporan Audit Negara sebelum keluarkan kenyataan yang memalukan diri sendiri.

Sebenarnya Umno BN yang gagal mentadbir dan mereka patut berundur dari memerintah negara,” katanya.

BN ‘Tunggu Mati’ Di Perak: Analisis Buktikan PR Bakal Menang 40 Dari 59 Kerusi

SSejarah bakal berulang, analisis yang diperolehi daripada pelbagai sumber mengatakan Pakatan Rakyat (PR) mampu memenangi sekurang-kurangnya 40 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. kata Naib Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar.

Katanya, rakyat negeri Perak tidak pernah lupa bagaimana mandat yang diberi kepada PR secara demokratik akhirnya dirampas Barisan Nasional (BN) dengan cara yang paling tidak bertamadun.

Beliau berkata, tertubuhnya kerajaan haram Perak yang disusuli krisis perlembagaan membuka mata ramai pihak betapa tamak dan jahatnya tindakan BN dan sejarah hitam itu akan terus berparut dalam sanubari setiap rakyat yang cintakan keamanan dan menjunjung tinggi prinsip Perlembagaan.

“Tambah menyedihkan, niat BN merampas negeri itu dilihat semata-mata untuk membolot kekayaan negeri itu.

“Sebagai bukti, pendedahan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang lalu menyebut lebih 68,000 ekar tanah di seluruh Perak diberi kepada kroni UMNO-BN dengan harga premium tanah yang terlalu murah,”
katanya dalam satu kenyataan.

Sivakumar juga berkata, terdapat banyak usaha yang diambil kerajaan haram BN Perak untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu ini tetapi menemui kegagalan.

“Rakyat Perak sedar bahawa kerajaan negeri hari ini tidak sah atau ‘haram’ di sisi undang-undang dan mereka tidak akan membenarkan keadaan itu berterusan.

“Negeri Perak memerlukan satu kerajaan sah melalui mandat rakyat. BN telah melakukan satu kesilapan besar,” ujar beliau.


Sambil menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perhitungan meleset apabila menganggap ‘rakyat Malaysia mudah lupa’, beliau turut berkata, ia diperkuat lagi dengan bukti bahawa BN tidak berjaya membawa apa-apa perubahan nyata di Perak.

“Banyak slogan retorik seperti ‘Perak Aman Jaya’, ‘Tiada Yang Tertinggal, Tiada Yang Terpinggir’ sekadar omong-omong kosong saja.

“Rakyat dapat menilai, membuat pertimbangan rasional dan membandingkan pemerintahan PR selama 11 bulan dengan BN selepas empat rampasan kuasa.

Rakyat tidak boleh lagi ditipu dengan janji manis yang tidak dilaksanakan,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu.

Menurutnya, masa yang ditunggu-tunggu rakyat Perak semakin hampir kerana Parlimen dan DUN Perak akan dibubarkan tidak lama lagi.

“PR Perak akan terus berusaha keras untuk menambah bilangan kerusi pada PRU-13.

Pemimpin PR negeri ini yakin bahawa rakyat Perak akan memberi mandat yang lebih besar pada PRU-13 nanti,” tambahnya. -Roketkini

Bakal Menantu Najib Perlu Diheret Ke Muka Pengadilan


KKemunculan Daniyar Nazarbayev, warga Kazakhstan bersama Perdana Menteri dan anaknya, Nooryana Najwa ketika menikmati nasi kandar di Pulau Pinang malam kelmarin bukti Datuk Seri Najib Razak sorok bakal menantunya itu di negara ini, kata Fariz Musa.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu berkata, kehadiran Daniyar di khalayak mengesahkan dakwaan mengatakan Najib sembunyikan tunang Nooryana, penjenayah paling dikehendaki.

“Najib bukan sahaja menyembunyikan jenayah seperti kes pembunuhan Altantuya (Shaariibuu) tetapi turut melindungi penjenayah. Inilah sebenarnya Najib.


“Sikap diam diri Najib sebelum ini berhubung bakal menantunya sekarang terjawab apabila muncul makan nasi kandar di Pulau Pinang,” kata Fariz ketika dihubungi.

Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan seorang lagi anaknya, Ashman Razak, menjamu selera selama 40 minit di Nasi Kandar Beratur di Jalan Kapitan Kling, sempena lawatan kerja dua hari ke negeri itu.

Sebelum ini, Daniyar – mengikut laporan New York Post dan media antarabangsa lain, menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta).

Mengikut media berkenaan, ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difail di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat manakala Daniyar kemudian dilapor menghilangkan diri.

Fariz menempelak tiada tindakan polis terhadap penjenayah itu walaupun media antarabangsa mendedahkan penipuan oleh beliau membabitkan puluhan juta ringgit.


“Selama ini, kita yakin beliau bersembunyi di Malaysia atau lebih tepat di kediaman Perdana Menteri.

“Kita syak beliau menggunakan kedudukan bakal bapa mertuanya itu untuk mengelak dari diambil tindakan oleh pihak berkuasa,” ujar Koordinator Jingga 13 itu lagi.

Keadilan Daily sebelum ini juga melaporkan seorang lelaki menyerupai Daniyar sedang menjalani latihan ketenteraan dengan lengkap berseragam seakan-akan tentera Malaysia di kem askar Port Dickson.

Malah beliau turut muncul pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan, Pahang, 26 Ogos lalu.

Menurut Fariz, Jingga 13 akan mengadakan perbincangan untuk membuat laporan polis dan menghubungi polis antarabangsa (Interpol) supaya mengambil tindakan lanjut.

“Ia menimbulkan kontroversi bagaimana seorang yang terpalit dengan jenayah antarabangsa seperti itu boleh bergerak bebas dalam negara, malahan di kediaman Perdana Menteri,” kata Fariz. -KD

Rakyat Sanggup Keluarkan Wang Saku Sendiri Pasang Bendera Gergasi Di Umbai


Bendera gergasi 'Hijaukan Umbai'

UMBAI - Penyokong Pas cawangan Umbai lancar kutipan untuk menjayakan pemasangan beberapa batang tiang bendera gergasi di cawangan itu sebagai usaha menghangatkan lagi kempen Pilihan Raya ke-13 (PRU13) yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Dengan melaungkan program Hijaukan Umbai mereka mula mengutip dana sejak awal Januari lalu bagi menjayakan usaha itu.

Ketua Penerangan Pas Cawangan Umbai, Ahmad Bilal Rahudin berkata, setakat ini sudah hampir RM3,000 berjaya dikutip yang kebanyakannya daripada ahli dan Pemuda Pas cawangan termasuk orang ramai.

Menurutnya, sasaran Pas Umbai adalah untuk menegakkan kira-kira sembilan batang tiang setinggi 22 meter siap dengan bendera gergasi sebesar 60 meter persegi di sekitar kampung berkenaan.

“Setiap batang kosnya kira-kira RM560 dan setakat ini sudah empat batang di pasang di sekitar kampung ini yang dilakukan secara gotong-royong oleh masyarakat Umbai.

“Hasrat kami adalah untuk membangkitkan semangat masyarakat terhadap pilihan raya nanti dan apa yang lebih penting mereka menyokong Pas,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ahmad Bilal berkata, pada musim pilihan raya lalu mereka hanya memasang bendera secara kecil-kecilan dan berbeza dengan pilihan raya pada musim ini.

“Kita melihat semangat masyarakat masa kini amat berbeza sekali kerana mereka sanggup mengeluarkan bukan sahaja wang saku sendiri malah juga tenaga semata-mata ingin melihat bendera Pas berkibar megah di kampung mereka,” katanya. -SH

[VIDEO] Najib Dimalukan Di Seluruh Dunia, Jawapan Jelas Untuknya: NO For BN!


Video: Najib tanya “Are you ready for BN?” tapi rakyat jawab…

Pulau Pinang: Begitulah nasib BN, walaupun dengan menjemput penyanyi sensasi K-Pop Korea Psy untuk mempersembahkan lagu termashyurnya Oppa-Gangnam Style tapi ia masih tidak cukup untuk menolak kemahuan rakyat untuk menolaknya.

30,000 orang memenuhi kawasan padang Kolej Han Chiang di Pulau Pinang hari ini untuk sambutan Tahun Baru Cina yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib turut ditemani bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin BN negeri Teng Chang Yeow, Teng Hock Nan, serta menteri pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen.

Ketika menjemput penyanyi Korea, Najib telah bertanya soalan ini untuk tiga kali berturut-turut: “Are you ready for Psy?”

Soalan itu dijawab dengan hadirin di bawah panas terik dengan laungan ‘Yes’.

Kemudian Najib bertanya soalan kedua sebanyak tiga kali berturut-turut.

“Are you ready for BN?”

Apa yang berlaku tidak perlu dihuraikan di sini. Mudah dikatakan, apabila rakyat sudah menolak, buruk padahnya.

Saksikan video di bawah nanti untuk jawapannya! -HD

Rakyat Pulau Pinang bersuara, tetap tak nak BN
GEORGE TOWN, 11 FEB – Warga Pulau Pinang memberi kenyataan jelas nyata kepada Perdana Menteri Najib Razak dalam sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang hari ini apabila menjawab “tidak” ketika ditanya tentang kesediaan mereka untuk menerima Barisan Nasional.

Bukan sekali bahkan tiga kali Najib Razak menerima jawapan ‘No!’ (Tidak!) daripada hadirin yang berkumpul di hadapan pentas utama dalam sambutan yang menampilkan artis Korea Selatan, PSY yang mempersembahkan lagu popularnya ‘Oppa Gangnam Style’.

Najib Razak yang mengambil tempat di tengah-tengah pentas cuba berinteraksi dengan hadirin yang tidak sabar-sabar lagi mahu menyaksikan persembahan secara langsung PSY dan langsung bertanya, ‘Are you ready for PSY?’ (Anda bersedia untuk PSY?) lalu menerima jawapan positif daripada hadirin yang hadir memakai tshirt berwarna kuning.

Namun apabila beliau bertanya ‘Are you ready for BN’ (Anda bersedia untuk BN?) hadirin terus menjawab ‘No!’ (Tidak!) setiap kali soalan tersebut diajukan dengan disambut dengan gelak ketawa mengejek Perdana Menteri yang malang itu.

Rakaman kejadian tersebut tersebar luas di laman-laman sosial sejurus sahaja acara tersebut berakhir dan menerima respon menarik daripada orang ramai yang teruja menyaksikan reaksi berani rakyat Pulau Pinang yang nampaknya sudah serik dan tidak akan menerima BN lagi dalam pilihanraya umum yang semakin hampir.

Klip sepanjang lebih kurang seminit itu telah dimuat naik dan disebarkan menggunakan pelbagai akaun di laman video YouTube.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam akaun Facebook-nya berkata, “Selepas menonton video tersebut, saya rasa amat kasihan kepada Najib. Kroni BN membelanjakan jutaan ringgit untuk menjemput PSY membuat persembahan di rumah terbuka BN Puloau Pinang, tapi nampaknya PSY tidak dapat membantu BN untuk memenangi hati rakyat Pulau Pinang.

“Rakyat telah menghantar mesej yang kuat kepada BN, bahawa mereka akan menerima apa sahaja perkara baik yang ditawarkan, tetapi apa yang mereka mahu sebenarnya adalah jauh lebih rumit, iaitu negara yang lebih bersih, adil dan baik.

“Jika saya Najib, saya akan peluk bantal dan menangis malam ini,” katanya.

Penyanyi yang dibawa khas dari Korea itu dikhabarkan menerima undangan untuk membuat persembahan dengan bayaran tidak kurang USD1 juta
– Roketkini





Skandal Seks Zahida-Shafie Muncul Kembali Sejak Pertelingakan Dalam Umno Sabah

Kekecohan telah berlaku di kalangan pemimpin Umno Sabah dengan pesaing politik Zuhairie DaEngine disyaki membongkar semula skandal seks melibatkan pelakon jelita Zahida Rafik untuk memalukan menteri persekutuan bahagian pembangunan luar bandar dan wilayah.

"Kami terkejut mendengar bahawa SPRM telah akhirnya bersetuju untuk menyiasat tuduhan pemandu Zahida.

Mengapa sekarang?" soal Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang dari PKR, yang telah mendedahkan skandal itu tahun lepas.

"Dulu, kita telah membuat begitu banyak laporan tetapi ia telah diabaikan dan disapu di bawah permaidani oleh pihak berkuasa, jadi persoalannya - kenapa sekarang? Siapakah begitu berkuasa di sebalik keputusan mengejut SPRM untuk mengambil tindakan? Siapakah yang begitu kuat sehinggakan SPRM bertindak balas begitu cepat dengan secara tiba-tiba.

" Ahli parlimen pembangkang telah merujuk kepada berita bahawa pemandu Zahida, Noor Azman Azemi, telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memberi kenyataannya berikutan skandal itu hari ini.

RM1.5 juta dalam 4 bulan, perkahwinan di London & sebuah banglo RM3 juta di Ampang

Tahun lepas, Azman telah membuat laporan polis bahawa Zuhairie telah mengupah dirinya sebagai pemandu untuk Zahida, dan juga mendedahkan bahawa menteri dan pelakon muda itu telah mengadakan hubungan intim selama 3 tahun.

Lebih mengejutkan, Azman mendedahkan bahawa Zuhairie dalam tempoh 4 bulan menyuruhnya untuk mendepositkan wang bernilai lebih kurang RM1.5 juta ke dalam akaun bank Zahida.

Berita itu telah mencetuskan kemarahan rakyat dan kebimbangan rasuah kerana wang sejumlah itu melampaui pendapatan Zuhairie sebagai Menteri Kabinet.

Walaupun Azman telah memberikan beberapa bukti dalam bentuk dokumen, polis dan SPRM tidak mempedulikan laporan itu manakala Zahida menuduhnya cuba untuk mencemarkan reputasi dirinya kerana dia telah dipecat kerana melarikan diri dengan RM200, 000 daripada jumlah wang itu.

Kedua-dua Zahida dan Zuhairie telah menafikan mempunyai apa-apa hubungan.

Walau bagaimanapun, spekulasi tidak berhenti disitu sahaja dan Zuhairie telah dituduh berkahwin dengan Zahida di London sebagai isteri keduanya (poligami dibenarkan di bawah undang-undang Islam) dan juga membeli sebuah banglo mewah di Ampang bernilai lebih kurang RM3 juta.

Semua mata kini tertumpu pada apa yang disoal SPRM pada Azman, dan jika dia mempunyai pendedahan-pendedahan baru untuk dibuat.

Menyukarkan Najib menempatkan Zuhairie di kerusi DUN?

Selain dari skandal seks, terdapat juga persaingan sengit kerana hubungan Zuhairie di Sabah.

Semua tahu bahawa dia merupakan kesayangan Perdana Menteri Najib Razak, yang mahu Zuhairie mengambil alih sebagai menteri ketua negeri dan adalah dipercayai sedang memikirkan dia sebagai calon di kerusi Negeri untuk menggantikan Musa Aman, menteri ketua semasa .

Musa Aman telah didakwa terlibat dalam rasuah secara besar-besaran dan kebimbangan semakin meningkat bahawa keadaan dirinya yang tidak popular akan merugikan parti Najib, BN untuk memerintah kerajaan negeri.

Bagi pemerhati politik, ia bukanlah kebetulan bahawa Musa menjadi perhatian dan dijadikan seperti penjahat dalam penyiasatan Suruhanjaya Diraja dalam kes penipuan kewarganegaraan untuk undi.

Musa telah dipersalahkan kerana tidak menghalang kerajaan persekutuan yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad daripada memberi kerakyatan kepada beratus-ratus ribu pekerja haram pada tahun 1990-an, kebanyakannya dari Filipina dan Indonesia, dalam pertukaran atas persetujuan mereka mengundi BN dalam pilihan raya.

Ada ubi ada batas

Pembocoran berita misteri bahawa penyangak nombor satu Filipina, yang mendakwa Manuel Karingal Amalilio merupakan anak saudara Musa juga telah menggemparkan rakyat Sabah, mencetuskan satu lagi rantaian spekulasi bahawa ini adalah serangan terbaru terhadap Musa daripada pesaing-pesaingnya dalam Umno seperti Zuhairie.

"Ia kelihatan seperti perbalahan dalaman benar-benar sedang panas dan ada ubi ada batas akan menjadi nama permainan kerana setiap seorang cuba mendapatkan kelebihan. Kita sekarang ada isu Manuel dan Musa untuk disembunyikan. Sekarang, Zuhairie mendapat balasan dengan pembongkaran semula skandal Zahida," bekas pemimpin Umno Sabah berkata kepada Malaysia Chronicle.

Manuel dipercayai sedang bersembunyi di Sabah dan menyamar menggunakan nama Mohammad Sufian Said untuk bergerak kesegenap pelusuk negeri.

"Ini bukan isu kecil kerana dia dikatakan telah menipu lebih 15,000 orang sejumlah 12 bilion peso atau kira-kira RM900 juta! Musa mesti membersihkan namanya daripada dakwaan ini," Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam satu kenyataan.

Anwar telah membuat komen selepas Setiausaha dalam Negara Filipina Mar Roxas menuduh Musa menyekat penghantaran pulang Manuel ke Filipina.

"Ini begitu mengejutkan dan kami menuntut penjelasan lanjut," kata Anwar dalam menyeru pemimpin di Malaysia itu untuk membersihkan nama dari dakwaan. -Malaysia Chronicle