10 Jul 2009

MANEK URAI : TGNA YAKIN PAS AKAN MENANG

Pas yakin dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Manek Urai, berdasarkan sejarah dan kesepakatan yang ditunjukkan kepemimpinan Pakatan Rakyat serta penduduk di semua peringkat.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata selepas lima hari berkempen nampaknya tiada lagi isu, malah Barisan Nasional (BN) tidak mampu menjawab semua persoalan yang dilemparkan pembangkang.

"Ditambahkan lagi calon kita (Mohd Fauzi Abdullah) setakat hari ini masih lagi bersih dan tiada apa-apa perangai yang boleh menyakitkan hati pengundi malah dia boleh menyamai ketokohan bekas Adun Manek Urai, (Allahyarham Ismail Yaakob) dan insya-Allah kita boleh menang," katanya ketika ditanya pemberita selepas solat Jumaat di Kampung Lata Rek, di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tiada sebab kenapa pengundi tidak mahu memilih calon Pas kerana sejarah membuktikan yang mereka berada di sini selama lebih 40 tahun lalu hasil usaha kepemimpinan Pas terdahulu, Allahyarham Tan Sri Asri Muda.

“Sekarang ini kita semua boleh tengok perubahan, pembangunan. Jadi tidak ada sebab yang boleh dijadikan alasan kenapa mereka nak lari daripada menyokong Pas untuk menyokong Umno," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya dakwaan BN lebih awal melaksanakan dasar Islam di negara ini daripada Pas, beliau berkata itu semua dakwaan yang mahu menipu rakyat secara mentah-mentah. -BH



Isu Ke Manek Urai : Giliran Mahathir Belasah Khir Toyo

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kontroversi banglo mewah milik bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, boleh menjejaskan moral Umno dan BN.

Sehubungan itu beliau menggesa Dr Mohd Khir supaya menjelaskan punca pembiayaan rumah beliau yang dikatakan bernilai RM24 juta itu.

"Beliau perlu menjelaskan di mana beliau memperoleh wang... tak bolehlah kata RM3 juta. Saya pun ada rumah juga, rumah saya RM1 juta saya belanja di The Mines, rumah dia berapa kali besar daripada (rumah) saya," katanya.

Sebelum ini, ADUN DAP Sekincan, Ng Suee Lim membangkitkan isu pembelian dua lot tanah serta sebuah banglo mewah di Seksyen 7, Shah Alam oleh Dr Mohd Khir Toyo yang didakwanya berharga RM24 juta.

Media memetik Ng mendakwa jumlah itu tidak mungkin mampu dibiayai Dr Mohd Khir melalui pendapatannya selama lapan tahun menjadi menteri besar.

Bekas menteri besar Selangor itu, ketika diminta mengulas mengenainya, mengakui membeli dua lot tanah berserta sebuah banglo mewah terbabit tetapi dengan harga RM3.5 juta dan bukan RM24 juta seperti yang didakwa oleh Ng.

Sementara itu di dalam satu perkembangan berkaitan Ng enggan menerima surat saman yang diserahkan oleh peguam Mohd Khir Toyo dengan menyifatkan tindakan mantan menteri besar Selangor itu sebagai menghina sessi persidangan dewan undangan negeri Selangor.

Menurut Ng tidak sepatutnya surat itu diserahkan di dewan yang mulia. Dewan adalah dewan yang mulia tidak boleh dicemarkan dengan unsur penyerahan surat saman atau pendakwaan.


Isu Ke Manek Urai : PR Kedah Kembali Kukoh, UMNO BN Terlopong

DAP Kedah hari ini menarik balik keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat selepas mendapat jaminan kerajaan negeri untuk menyelesaikan semua pertikaian yang dibangkitkan sebelum ini.

Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su berkata, keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa DAP negeri itu yang berakhir tengah hari tadi.

"Kita menarik balik keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat yang kita buat sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pada 1 Julai lalu DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran PAS di negeri itu antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.

Bagaimanapun Thomas berkata, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberi jaminan untuk menyelesaikan isu berkenaan secepat mungkin.

"Ada beberapa perkara yang kita bangkitkan sebelum ini telah diselesaikan dan ada yang akan diselesaikan kemudian.
"Sebagai contoh isu pusat penyembelihan babi, MB (Menteri Besar) telah memberikan kita tempat alternatif iaitu di sebuah kawasan di Gurun," katanya.

Selain itu menurut Thomas lagi, Azizan juga telah memberi jaminan bahawa isu untuk merobohkan kuil dan tokong hanya akan dilakukan dengan kebenaran beliau.

"Menteri Besar juga memberi jaminan bahawa sebarang tindakan untuk merobohkan kuil dan tokong akan mendapat kelulusan beliau dahulu," katanya.

Ditanya sama ada keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada DAP Pusat, Thomas berkata, beliau telah menghubungi Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng bagi memaklumkan mengenai perkara itu.

"Saya baru sahaja menghubungi Guan Eng tadi dan memaklumkan mengenai keputusan ini, kita akan hantar surat secara rasmi kemudian.

"Tapi Menteri Besar belum dimaklumkan lagi, kita akan hubungi beliau kemudian," katanya. -TVA


MANEK URAI : TGNA - Tugas Saya Selesai Walaupun Najib Tolak Debat

Mursyidul Am PAS, TuanGuru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap tugasnya sebagai seorang Islam selesai sekalipun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak telah menolak pelawaan debat yang dikemukakan oleh Mursyidul Am PAS sebelum ini.

TG Nik Aziz tidak peduli apa juga alasan penolakan yang diberikan Najib terhadap cabaran debat yang dikemukakannya. Baginya tugas seorang pendakwah menawarkan perdebatan mencari penyelesaian telah pun selesai walaupun ditolak.

Menurut TG Nik Aziz ada tiga cara untuk berdakwah, pertama mengajak manusia dengan bil-hikmah seperti dibuat oleh Kelantan sebagai negeri yang mengikut Islam, kedua dengan al-wa'z iaitu nasihat melalui ceramah, kuliah, usrah, internet, siaran dan lain-lain dan yang ketiga mujadalah berarti berdebat, berdiskusi dan seumpamanya.

Menjelaskan dakwaannya bahawa perjuangan UMNO BN bertentangan dengan syariat Islam, TG Nik Aziz sekali lagi berpendirian sama bahawa dakwaannya itu bersandarkan dengan asas yang kukoh bukan tuduhan yang membabi buta.

Perjuangan UMNO yang menerima setengah kitab dan menolak ajaran yang setengah lagi jelas sesat dan tidak menepati ajaran Islam.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah menolak penganjuran debat yang dikemukan oleh Nik Aziz tersebut.




MANEK URAI : 1Malaysia Akan Dijual Jika Muhyiddin Menjadi PM

Masihkah anda ingat siapa yang bertanggungjawab memberi ruang lebih besar kepada penduduk dari Singapura memilik banyak hartanah di Johor.

Akibat daripada dasar terbuka itu menyebabkan banyak tanah rezab Melayu di daerah Johor Bahru tergadai.

Orang yang bertanggungjawab memberi kelulusan tersebut ialah pemimpin yang mengetuai kerajaan Johor pada 1989 hingga 1995.

Itulah pengenalan ringkas bagi mengenali siapa Tan Sri Muhyidin Yassin yang dikaitkan dengan tragedi yang memalukan orang Melayu di Johor.

Dan berikutan itu Muhyiddin dipindahkan ke pusat sebagai menteri kabinet oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai usaha menyelamatkan karier politiknya.

Dan hari ini beliau berjaya mendaki tangga keemasan politik dalam Umno apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas menang jawatan Timbalan Presiden Umno.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pemimpin terbabit yang mengetuai Umno di Johor ketika menjadi menteri besar ternyata telah mengkhianati hak orang Melayu.

"Bagaimana Umno hendak menjadi parti yang membela orang Melayu sedangkan mereka sendiri yang menggadai dan menjual rezab Melayu kepada orang asing dari Singapura.

"Ini bukti bahawa Umnolah yang menggadai hak orang Melayu setelah rakyat memberi mereka kuasa sepenuhnya lebih 50 tahun mentadbir negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan, katanya pada ceramah di Temalir dekat sini malam semalam.

Beliau menjelaskan bukti mengenai perkara itu didedahkan pada persidangan Dewan Negeri Johor baru-baru ini.

"Tanah Rezab Melayu ini satu-satunya hak bagi orang Melayu. Umno tidak boleh jawab, dan ini bukan fakta yang saya pungut atau dengar di tepi jalan lalu dibawa ke dalam ceramah.. tidak.

"Ini bukti yang kita bawa dalam persidangan Dewan Negeri Johor baru-baru ini di mana Umno dan anggota Dewan Negeri Negeri Johor dari Umno tidak boleh jawab," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Umno tidak seharusnya diberikan peluang untuk terus hidup.

Salahuddin yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, Muhyiddin telah mengkhianati orang Melayu di Johor dalam isu tanah rezab dan pemilikan dalam Dana Johor.

Sedangkan katanya, kerajaan BN Johor begitu bangga dengan skim pelaburannya Amanah Saham Johor (ASJ) sehingga seramai 125,000 orang melabur ketika diterbitkan pada 1996.

Saham ASJ pada awalnya dijual pada harga RM1 seunit kemudian memadangkan ASJ mendapat sambutan menggalakkan sehingga nilai saham dinaik menjadi RM5 seunit.

Keadaan itu menyebabkan ramai rakyat Johor berebut-rebut membeli saham ASJ sehingga ada yang meminjam dari bank sebanyak RM10,000. Namun selepas berlaku krisis ekonomi pada 1997 menyebabkan ASJ jatuh menjunam.

Perbadanan Johor kini berhutang melebihi setengah bilion ringgit. Kegagalan ASJ menjejaskan imej kerajaan BN Johor.

Ketika era Muhyiddin sehingga Dato Ghani Othman menjadi Menteri Besar Johor bukan sahaja ASJ merosot sebaliknya banyak syarikat milik kerajaan negeri yang rugi berjuta-juta ringgit termasuk Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Sehingga Disember tahun lalu KPRJ direkod berhutang sebanyak RM429.4 juta.

Salahuddin berkata, jenayah paling mencabar orang Islam di Johor apabila Muhyiddin menukar cuti mingguan daripada hari Jumaat kepada Ahad.

Maka tidak hairanlah katanya, Johor yang dianggap sebagai kubu Umno paling kuat di dunia berjaya ditembusi PAS setelah memperolehi dua kerusi Dun pada pilihan raya umum lalu.

"Sekarang kita sama-sama fikir pada malam ini. Hari ini Muhyidin datang ke Manek Urai bercakap mengenai pembelaan nasib orang Melayu.

Begitu juga katanya Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan baru dilantik sudah hendak tunjuk lagak dan bercakap bohong.

"Dia kata hendak menolong orang kampung sehingga sanggup pergi menoreh getah dan tunjukkan gambar kepada umum. Beliau bercakap di Parlimen kononnya hendak menolong orang susah di Manek Urai," katanya.

Dan malam tadi ketika Muhyiddin berceramah di Kampung Manek Urai Lama hanya dihadiri kira-kira 200 penduduk lapor sebuan portal berita. -harakahdaily


Isu Ke Manek Urai : Najib Diberikan Penarafan KPI Yang Rendah Oleh Mahathir

Bbekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "lebih banyak yang negatif daripada yang positif".

Tambahnya, ia berdasarkan penilaian peribadinya terhadap pentadbiran Najib yang genap 100 hari esok.

Bercakap kepada pemberita di PWTC hari ini, Dr Mahathir berkata, yang negatifnya termasuklah cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura.

Bercakap selepas program "Wacana Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia", Dr Mahathir ditanya sama ada pentadbiran Najib telah membuat kajian mengenai cadangan pembinaan jambatan tersebut.

Menurutnya, pembinaan jambatan berkenaan tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Johor Bahru.

Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib.

Ditanya mengenai perkara positif mengenai pentadbiran Najib, beliau berkata: "Yang positif ialah Najib berjumpa ramai orang dan dia tidak tidur", dengan merujuk kepada Perdana Menteri terdahulu, Abdullah yang kerap tidur sekalipun waktu bekerja.

Jawapannya disambut dengan gelak ketawa para hadirin.

MANEK URAI : MU: Muhyidin Tak Tau Beza Syiar Dengan Syariat

Berkatalah Muhyidin Yasin dalam ceramah Umno di Manek Urai- ”Tunjuk bukti Umno tak perjuang Islam.Beliau cabar Pas bagi bukti .Ini berikutan Murshidul Am Pas terus berkata Umno memperjuangkan Nasionalis dan sekularisme bukan memperjuangkan Islam.

Muhyidin kata Umno dah banyak buat benda-benda Islam, seperti Bank Islam , Universiti Islam, dan banyak lagi yang berkaitan dengan Islam. Tu baru syiar bukan Syariat, setakat yang aku tau. Bagaimana pula dengan yang lain-lain:

Aku nak banding apa yang Kelantan buat bukan negeri lain, negeri lain aku tak mau cakap sebab Pas tak berkuasa penuh, yang ni kita kena faham. Kalau aku tak betul sila tegur;

1-Kelantan luluskan hukum hudud dalam dun negeri Kelantan, tapi Umno tolak hudud siap bagi amaran lagi kepada kerajaan Kelantan jangan laksana hudud, istihar darurat(Zaman Mahathir)

2-Kelantan hapuskan jualan arak secara terbuka, boleh minum tapi dalam rumah sendiri(bukan Islam)

3-Hapuskan tikam nombor dan judi-tak keluar lesen

4-Wajibkan pemakain tudung kepala dan tutup aurat di khalayak ramai bagi wanita Islam

5-Kaunter berasingan untuk lelaki dan wanita di pasaraya

6-Pajak gadai Islam

7-Dinar Emas

Kalau setakat buat masjid cantik dan indah kat Hong Kong dan Korea Selatan pun ada masjid, tu perkara biasa. Umno kenakan interest kepada pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi untuk bayaran balik pinjaman (PTPTN). Kerajaan Umno-bn juga hapuskan bantuan kepada sekolah-sekolah agama dan anak tirikan sekolah2 agama rakyat. Apa yang Umno buat untuk Islam? penjarakan ulama dan bunuh ulama Pas itu ada Umno buat.Tangkap oarang tanpa bicara (ISA) itu Umno ada buat.

Beli ADUN di Perak dan timbul akuan bersumpah 50 juta itu kerja Umno. Umno juga tak berani tegur Sisters in Islam yang amalkan Islam Liberal kerana sama macam Umno. Umno dan kabinet buat kerja gila cadangkan orang bukan Islam masuk Islam tak libatkan anak-anak, mereka kekal agama asal! Perjuangkan Islam apa macam tu. Umno pernah cadangkan dihapuskan perkataan ISLAM pada mana-mana pertubuhan atas nama Islam, tapi Raja-Raja Melayu tolak. Umno anggap politik dan agama tak boleh campur aduk umpama minyak dengan air tak boleh dok sekali. -misaimerah

Isu ke Manek Urai : DAP Kedah Tarik Balik Keputusan Keluar PR

Selepas sepuluh hari keluar Pakatan Rakyat negeri, DAP Kedah hari mengumumkan menyertai dan menyokong semula pentadbiran negeri.

Perkara itu diumumkan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su selepas semua isu dipertikaikan, termasuk isu merobohkan rumah penyembelìhan babi, diselesaikan.

Semalam, Penasihat DAP telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi membincangkan masalah yang berbangkit yang telah mewujudkan sedikit salahfaham sehingga DAP Kedah telah bertindak keluar dari pakatan Rakyat.

Lim Kit Siang juga telah turut menasihatkan DAP Kedah untuk menarik balik pendirian mereka.

Permasalahan penting yang terbit dari pertelagahan pendapat dan salah-faham antara DAP Kedah dan Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya diselesaikan dengan baik dalam pertemuan yang berlangsung selama 6 jam.


MANEK URAI : Polis Arah Bilik Gerakan PKR Ditutup

Ketua Pengarah Pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution mengutuk tindakan polis mencabuli sistem demokrasi apabila mengarahkan supaya bilik gerakan parti itu untuk pilihanraya kecil Manek Urai ditutup dan semua bendera diturunkan.

Dalam kejadian itu, bilik Gerakan PKR diserbu oleh pegawai Polis bernama ASP Suzaimi yang mengarahkan semua bendera PKR diturunkan dengan alasan Pakatan Rakyat masih belum berdaftar sebagai entiti politik.

ASP Suzaimi juga memberitahu petugas PKR bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengarahkan Ketua Polis Kelantan untuk memastikan tiada sebarang logo atau bendera parti itu diguna atau dinaikkan pada pilihan raya kecil itu.

Menurut Saifuddin, BN telah memperalatkan pihak polis untuk menghalang PKR daripada memberikan sokongan kepada Pas.

"Tindakan menghalang penyertaan aktif parti-parti rakan khasnya PKR dalam membantu PAS pada pilihanraya kecil Manek Urai bermotif politik dan mencabul hak asasi demokrasi secara nyata,"katanya pada sidang media di Markas Pas.

"Penyertaan parti-parti politik sahabat dalam Pakatan rakyat dalam mana-mana pilihan raya kecil adalah elemen biasa dalam amalan politik di Malaysia dan telah dipraktiskan dalam pilihan raya kecil sebelum ini," katanya.

Menurutnya, tindakan polis itu adalah penyalahgunaan kuasa dan melampaui perlembagaan persekutuan, perlembaagn negeri serta Akta dan peraturan pilihnaraya berkaitan.

Saifuddin berkata sikap pilih kasih polis dalam melayan pembangkang dan Barisan Nasional begitu ketara pada setiap pilihanraya dan trend itu berteruskan di Manek Urai.

Saifuddin berkata PKR tidak harus dihalang memberi sokongan dan kerjasama kepada PAS kerana Kod Etika Pilihanraya dengan jelas menyatakan tidak harus ada larangan untuk calon mendapat sokongan atau bantuan dari parti-parti sekutunya.

"Sebaliknya kod etika Pilihanraya dengan jelas menurut perkara 6.2 (b) menyebut semua calon, ejen pilihanraya, parti politik dan pekerja serta penyokong calon dan parti politik.... tidak boleh menggunakan kenderaan atau alat-alat komunikasi milik kerajaan untuk tujuan berkempen," katanya.

Ringkasnya, dari segi prinsip kemudahan jentera dan institusi milik kerajaan adalah dilarang daripada digunakan atau disalahguna bagi tujuan dan kepentingan sempit politik kepartian namun peruntukan itu tidak langsung diendahkan oleh BN dan dibenarkan secara terbuka oleh polis.

"Di Manek Urai, kita lihat penglibatan yang sangat ketara oleh agensi kerajaan seperti Risda, masa inilah dia bagi bantuan anak benih getah, bagi bantuan subsidi.

Felcra, Jabatan Pembangunan Persekutuan negeri, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, JAKIM semuanya menjadi sebahagian kempen BN yang sesungguhnya berlawanan dengan pengendalian pilihanraya yang bersih dan adil," kata saifuddin.

MANEK URAI : Gelagat Muhyiddin Berani Mencabar Takut Berdebat

Maka, berdegar-degar Muhyiddin berceramah di Manek Urai cabar Pas buktikan siapa lebih banyak buat kerja-kerja Islam kat negara ini termasuk di Kelantan. Umno bikin Universiti Islam, Bank Islam, masjid-masjid termasuk masjid kristal dan macam-macam lagi Umno buat untuk Islam.

Aku ingatkan dia nak sebut juga pasal Pusat Judi Islam kat Genting, kedai-kedai judi Islam yang diberi lesen `halal' atau Undang-Undang Islam seperti Akta ISA tu. Begitulah hebatnya kerja-kerja Islam yang telah dibuat oleh Umno, maka itulah dalil bahawa Umno adalah parti Islam. Kalau camtu aku rasa Singapura, Thailand malahan Negara China tu pun boleh dikatakan negara Islam juga lah pasal kat negara mereka ada banyak juga masjid-masjid malahan lebih moden dari kat negara kita.

Itu aku tak kisah pasal aku tahu benar standard Muhyiddin ni kalau bercakap. Tetapi yang aku pelik ialah dia mencabar Pas tapi masa bila Pas nak jawab cabaran dia kerana baru nak ajak berdebat menggeletar semua pemimpin Umno. Kalau pun takut sangat nak berdebat dengan Pas pasal Islam ni, sekurang-kurangnya berilah ruang pemimpin Pas bercakap kat TV untuk menjawab cabaran Muhyiddin tu.

Atau, beranikah Umno duduk sepentas dengan Pas di Manek Urai bagi membahaskan parti mana yang lebih menjalankan kerja-kerja Islam di negara ini? Sah lagi nyata Umno tak akan berani. Kalau berani, bukan Umno namanya.

Kerja mencabar orang di luar gelanggang ni adalah kerja orang penakut lagi dayus. Kalau nak bercerita pasal Islam, bukan di Kelantan tempatnya. Mungkin di Sabah dan Sarawak tempatnya. Aku yakin bahawa wacana ilmiah di antara Pemuda Umno dan Pemuda Pas yang dirancang akan diadakan selepas PRK Manek Urai ni nanti tidak akan menjadi kenyataan. Aku yakin sebab Pemuda Umno pun sama seperti parti induk mereka yang penakut. Meskipun di dalam Umno ada yang berstatus ustaz atau ulamak Umno, tetapi mereka juga tidak berani untuk menyahut cabaran Pas bersemuka dalam soal Islam ini.

Dalam perkara apa agaknya Umno berani berdebat? Soal ekonomi, Akta ISA, Pendidikan dan beberapa perkara lainnya, kesemuanya Umno tidak akan berani untuk berdebat pada waktu dan ketika ini. Umno hanya berani menuduh dan mencipta isu, tetapi Pas tidak diberi kesempatan untuk menjawab secara berdepan dengan mereka. Itulah kerja Umno yang menjadi salah satu sebab mengapa rakyat tidak lagi mempercayai parti sekular tersebut. Ini mungkin tidak disedari oleh pemimpin Umno kerana mereka mudah merasa syok sendiri.

Kalau ditanya kepada semua pemimpin parti di dalam komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan, mereka pun tahu sikap dan perangai Umno ni. Mereka pun sedar bahawa hayat Umno tidak beberapa lama saja lagi. Mereka pun tidak dapat menumpang serta mendapat faedah daripada Umno. Mereka tahu oleh kerana dasar Umno lah yang membuatkan ramai penyokong mereka tidak lagi menyokong MCA, MIC dan Gerakan. Oleh itu, rakyat di Manek Urai mesti mengajar dan memberi kesedaran kepada Umno.

Pada hari mengundi nanti, rakyat di Manek Urai mesti pastikan Muhyiddin dan kuncu-kuncunya balik awal meninggalkan Manek Urai sepertimana Najib di Permatang Pauh dan juga di Kuala Terengganu. Pedulikan janji mereka untuk menjadikan Manek Urai sebagai `anak emas' kununnya jika Umno menang nanti.

Masuk akal ke parti yang sudah tidak berharga lagi ini ingin menjadikan Manek Urai `anak emas' sedangkan partinya sendiri sudah tidak mempunyai nilai ibarat`besi buruk' sahaja. Yang penting, talkinkan Umno di Manek Urai demi kebaikan ugama, bangsa dan negara. -mandor

MANEK URAI : Jejak Kasih

Pada tahun 1970 dahulu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Asri Haji Muda mempelawa para anak muda Kelantan untuk menjadi peneroka tanah.

Di peringkat parti pula, beliau menggesa para pemuda PAS agar menyahut cabaran kerajaan negeri itu. Sebagai pemimpin yang merancang aktiviti partinya, beliau merangka rancangan agar setiap cawangan PAS menghantar 10 pemudanya untuk menyertai rancangan itu.

Hasilnya, beratus-ratus (kalau tidak ribu-ribu pun) pemuda PAS menyahut cabaran Asri itu. Pemuda PAS dari Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Pasir Puteh, Rantau Panjang, Bachok dan lain-lain kawasan mendaftarkan diri.

Destinasi yang mereka tuju adalah Sungai Sok, Chucoh Puteri, Sungai Peria dan Lata Rek di Manek Urai, Kuala Krai. Mereka menyertai apa yang dinamakan sebagai Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) yang diilhamkan oleh kerajaan negeri Kelantan ketika itu bagi membangunkan tanahnya.

Salah seorang dari mereka adalah Pakcik Mamat Jusoh. 40 tahun lalu, umur beliau ketika itu sekitar 34 tahun. Kini, beliau sudah berumur 74 tahun. Beliau adalah salah seorang peneroka awal RKT Chucoh Puteri dan tinggal di situ bersama anak beliau, Nik Hamdi yang juga seorang penghulu (ketua kampung) di Chucoh Puteri kini.

Menurut Pakcik Mat, ketika datang dahulu, mereka menaiki keretapi dari Tumpat berhenti di Stesen keretapi Manek Urai Lama. Dari situ, dia dan rakan-rakannya berjalan kaki selama dua hari satu malam menuju ke Chucoh Puteri, kawasan hutan yang diberikan kepada beliau untuk dibangunkan. Setiap mereka diberikan enam ekar tanah untuk dibangunkan.

Dari Sungai Sok, dia terpaksa mendaki satu bukit yang menjunam tingginya sehingga tertonggek-tonggek mereka mendakinya. Lalu bukit itu kemudiannya dinamakan Bukit Tonggek. Bukit Tonggek kekal hingga kini. Walaupun sudah ada jalan raya, kereta kita terpaksa menggunakan gear dua untuk mendaki bukit tersebut.

Hari ini, Sungai Sok, Chucoh Puteri, Sungai Peria dan Lata Rek adalah nama-nama popular dalam peta politik tanah air. Ke empat-empatnya adalah kawasan peti undi dalam Dun Manek Urai.

Sehingga kini, memandangkan ia diasaskan oleh para Pemuda PAS 40 tahun lalu, ke empat-empat RKT ini kekal menjadi kubu kuat PAS berbanding lima lagi peti undi. (Lima lagi adalah Manjoi, Lak Loh, Manek Urai Lama, Manek Urai Baru dan Temalir).

Kini, menjadi strategi PAS dalam memenangi pilihan raya ini, menempatkan petugas PAS dari kawasan asal penduduk di sini ke kawasan itu.

Petugas Pengkalan Chepa, misalnya, ditempatkan di Chucoh Puteri kerana kebanyakan penduduk RKT ini datang dari Pengkalan Chepa. Petugas Rantau Panjang ditempatkan di Lata Rek manakala petugas dari Kubang Kerian ditempatkan di Sungai Sok.

Di sini jejak kasih berlaku. Mereka yang telah terpisah 40 tahun lalu tiba-tiba berjumpa kembali dalam pilihan raya kecil ini. Kawan bertemu kawan. Sepupu bertemu sepupu, anak saudara bertemu bapak saudara dan sebagainya.

Bekas ADUN Pancor, Pengkalan Chepa, Haji Yusof Ludin misalnya bertemu dengan rakan sekolahnya semasa kecil dahulu, Yasin yang berasal dari Kampung Pulau Belanga, Pengkalan Chepa. Beliau antara petugas PAS Pengkalan Chepa yang ditugaskan di peti undi Chucoh Puteri, tempat tinggal Yasin sekarang.

Pendek kata, pertemuan jejak kasih ini benar-benar memeriahkan suasana di Manek Urai sekarang.

Kehebatan PAS di sini boleh dilihat dari sejarah PAS itu sendiri. Pada tahun 1978, PAS kalah di semua kawasan pilihanraya di Kelantan kecuali di DUN Sering, Pengkalan Chepa dan Manek Urai, Kuala Krai. Dan yang jelasnya, kekuatan PAS di Manek Urai kerana orang Pengkalan Chepa yang datang ke situ 40 tahun lalu.

Kini, PAS diuji lagi. Apakah kekuatan mereka boleh dicairkan oleh Umno yang ada atau RKT akan kekal menjadi kubu PAS sebagaimana kawasan Felda kekal menjadi kubu Umno sehingga kini.

Dari sembilan peti undi, Umno memberikan tumpuan kepada Manjoi dan Lak Loh di samping Manek Urai Lama dan Baru sendiri. Mereka tidak mampu untuk menembusi kubu PAS di Sungai Sok, Chucoh Puteri, Sungai Peria dan Lata Rek ini yang berasaskan RKT ini.

Namun, sejak kematian Ismail Yaakub lagi, Umno melalui jabatan-jabatan kerajaan sudah masuk ke kawasan pilihan raya ini secara yang agresif sekali. Antara jabatan kerajaan yang aktif adalah Kesedar yang membuat jalan-jalan baru, Jabatan Pelajaran yang sehingga kini sudah tiga kali membuat kursus untuk 200 guru-gurunya di sini.

Selain itu, Kemas, Risda dan Jabatan Kesihatan turut aktif memberikan perkhidmatan menjelang pilihan raya ini di samping lebih 3,000 anggota polis yang bergerak aktif di sini.

Namun, PAS yakin akan menang kerana mereka boleh bergantung kepada kekuatan benih yang telah mereka tanam 40 tahun lalu di sini. - prkn41

Isu ke Manek Urai : Khir Toyo Berbelit Ketika Berhujjah Pertahan Istananya

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Kim sedia menghadapi tindakan saman mantan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo berhubung isu banglo berharga RM24 juta.

Ng yang ditemui selepas sesi pagi Sidang Dewan Negeri hari ini, berkata, tindakan seperti ini sudah lumrah bagi ahli politik.

“Saya dah sedia bila dia kata dia nak saman saya dia ugut nak saman saya itu dah lumrah dalam politik, saya bersedia menghadapi beliau bila-bila masa, nak ke mahkamah kita takde masalah sebab dalam istemate saya dengan rumah dia saya istemate anggaran rumah dia RM24 juta. Tapi sampai sekarang dia gagal memberi penjelasan yang terperinci dan menyakinkan orang ramai terhadap rumah dia sendiri kononnya RM4 juta orang ramai tertanya document supporting rumah dia dan ramai buyer yang saya tanya menawarkan harga lebih 4 juta dan dia nak saman saya saya tunggu bila-bila masa”, kata Ng Suee Lim.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negeri Mengenai Tanah, menyifatkan kenyataan Khir Toyo itu bercanggah dengan apa yang dikatakanya.

Pertelingkahan antara Ng dan Ketua Pembangkang itu bermula setelah Ng mendedahkan hartanah mahligai Khir di Seksyen 7, Shah Alam melebihi pendapatan yang diperolehinya ketika menjadi Menteri Besar Selangor.

“Tapi dalam masa yang sama saya tengok kenyataan Khir Toyo bercanggah dengan apa yang dia cakap sendiri, dia nak saman saya tapi dia lantik saya jadi agent dengan surat ini saya tengok”, katanya.

Sambil menunjukkan surat pelantikan daripada Khir Toyo ini, Ng berkata ia membuktikan Khir setuju dengan pendapatnya bahawa banglo ini berharga RM24 juta.

“Pelantikan ini bertujuan melantik Ng Suee Lim sebagai agent untuk menjual sebuah lot banglo kepunyaan Khir Toyo yang dianggarkan RM24 juta, maknanya dia setuju dengan harga RM24 juta jadi kenyataan dia bercanggah dengan apa yang dia buat, dari dulu pun dia tak pernah ikut peraturan dengan betul”, tambahnya lagi.

Terdahulu itu, Khir dalam satu sidang media berkata, beliau akan menyaman ADUN Sekinchan itu kerana membuat tuduhan melulu terhadap banglonya yang didakwa hanya menelan belanja RM4 juta.

“This Sekinchan dia tahu cakap dan dia tak dengar orang cakap dia ingat dia betul saja, kita akan ambil tindakan dan saman dia, lawyer kata hari ini klau tak sempat esok, kita tak boleh biarkan orang macam ini, saya dulu talorate orang cakap saya ingat satu masa nanti kita boleh berbincang, nak gantung tak bagi berucap”, tegas Khir Toyo.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Khir berhak menyaman Ng dan Ng pula berhak mempertahankan kenyataannya.

“Khir Toyo can do what ever he think necessary to protect his name and Sekinchan can do all necessary to humiliate Khir Toyo I don’t know what the game he play but thats why I concern that all”, kata Abdul Khalid. – SHAKIRA BUANG