20 Okt 2012

Isterinya Dilarikan Lelaki Setelah Bekenalan Melalui Facebook

Jempol - Seorang suami terpaksa membuat empat laporan polis membabitkan kehilangan anak dan isterinya dipercayai mengikut seorang lelaki pada 15 Oktober lalu.

Bapa tiga cahaya mata, Mohd Salleh Hussin, 54, berkata, tidak menyangka isterinya hilang bersama seorang anaknya, Nuralia Nadira,3, ketika keluar membeli barang di pekan Bahau pada 15 Oktober lalu.

Menurutnya, sebelum ini isterinya, Nik Rosmalina Nik Mat, 28 akan memaklumkan kepadanya sekiranya pulang lewat.

“Namun, sehingga jam 7 petang dia masih tidak pulang. Dalam keadaan kelam-kabut dompet saya pula hilang pada hari yang sama tetapi tidak saya endahkan sebab sibuk mencari isteri dan anak.

“Kemudian, saya cuba hubungi isteri namun tidak berjawab.Esok harinya (16 Oktober) saya pergi ke bank untuk keluarkan duit menggunakan buku sebab kad pengeluaran wang automatik (ATM) hilang bersama dompet.

“Alangkah terkejutnya saya apabila pegawai bank memaklumkan saya telah mengeluarkan duit kira-kira RM5,004 bermula jam 7.14 pagi pada 15 Oktober lepas, secara berulang di tempat yang sama iaitu dekat Petronas, Serdang Raya, Selangor,” katanya.

Menurutnya, dia juga dimaklumkan melalui kamera litar tertutup dekat kawasan itu, bahawa terdapat seorang lelaki mengeluarkan wang pada 7.14 pagi dengan menaiki kereta jenis Proton Wira Aerobik.

“Saya terpaksa menyekat semua kad ATM bagi mengelakkan duit saya terus dikeluarkan dan saya mengesyaki isteri yang mengambil dompet itu.

“Saya difahamkan daripada keluarga terdekat bahawa isteri saya ada mengenali seorang lelaki melalui telefon kemudian berhubung melalui laman sosial Facebook... jadi, saya percaya perkara ini ada kaitan dengan kehilangan mereka.

“Namun, saya harap sangat lelaki terbabit serah diri dekat balai polis terdekat dan berharap supaya isteri dan anak pulang semula ke rumah,” katanya.

Mohd Salleh berkata, orang ramai yang mengenali atau melihat isterinya dan anaknya diminta segera menghubunginya di talian 019-2041301 atau 06-4692800.

Tambahnya, dia bersedia berbincang dengan isterinya secara baik berhubung perkara terbabit selain tidak mahu hal itu berlarutan terlalu lama.

Untuk rekod, laporan pertama, Mohd Salleh membuat repot mengenai kehilangan dompet berisi pelbagai kad bank; repot kedua mengenai kehilangan isterinya; repot ketiga mengenai duit dalam akaunnya hilang dan keempat mengenai menjejak panggilan keluar masuk nombor telefon isterinya.

[BONGKAR] Siapa Dermawan Rahsia Untuk Musa Aman Didedahkan

Para Dermawan Rahsia Untuk Musa – Kami Dedahkan Wang Sogokan UMNO Sabah!

Pada hujung minggu ini Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengatakan adalah “betul” bagi parti politiknya untuk menerima derma berjuta-juta dollar dari penderma yang tidak perlu didedahkan.

Empat tahun yang lalu Ketua Menteri Sabah, Musa Aman telah berusaha menafikan bahawa wang ini ada kaitan dengannya atau mempunyai sebarang kaitan dengan seorang yang benama Michael Chia.

Namun kini, Perdana Menteri telah terpaksa berhadapan dengan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wang itu dikaitkan dengan Musa. Musa seharusnya memohon maaf kerana telah menafikan adanya kaitnya dengan Michael Chia, dan dia juga harus memohon maaf pada Sarawak Report yang telah dituduhnya menerbitkan dokumen-dokumen palsu dan menyebarkan fitnah terhadapnya.

Beralasankan bahawa semua bayaran itu dibuat kepada UMNO telah termusnah kerana bukti-bukti bahawa Michael Chia telah juga membuat pembayaran menggunakan akaun-akaunnya kepada anak-anak Musa selama beberapa tahun mereka menuntut di luar negara.

Adakah pengajian anak-anak Musa di Australia itu ada kepentingan dan kaitan dengan wang UMNO? Nampaknya Pengerusi UMNO Sabah itu bukan sahaja menggunakan wang itu untuk kepentingan politiknya (sebagaimana dia berikan sebagai alasan) lebih dari kegunaan peribadinya. Wang itu juga turut digunakannya untuk membiayai perbelanjaan ahli-ahli keluarganya.

Nampaknya BN cuba mengatakan bahawa kaedah yang digunakan oleh negara-negara bertamadun yang lain untuk mempastikan keboleh-percayaan tidak dipedulikan oleh BN, kerana kita boleh percaya pada mereka bahawa mereka tidak menerima sebarang wang rasuah!

Lim bersaudara mempunyai banyak lesen dan konsesi yang diterima mereka dari Yayasan Sabah yang dipengerusikan oleh Musa Aman (yang juga Ketua Menteri Sabah dan juga Pengerusi UMNO Sabah). Hasil-hasil kajian kami mendapati bahawa syarikat-syarikat Maxland Sdn. Bhd., Cergas Kenari Sdn. Bhd dikendalikan oleh Priceworth Industries Sdn. Bhd. dimana Andrew Lim merupakan ketua mereka. Lim juga merupakan pengawal dan pengendali bagi banyak syarikat pembalakan di Sabah.

Andrew Lim dan saudaranya Freddy Lim juga berada di sebalik agen-agen pembalakan Wayco Enterprise Ltd, yang berpangkalan di Hong Kong dan syarikat Hillywell Inc adalah pembayar berjuta-juta dollar ke dalam akaun-akaun UBS Michael Chia. Pembayaran-pembayaran ini telah ditimbulkan oleh pihak ICAC Hong Kong dalam siasatan-siasatan mereka.


Jika ianya bukan suatu kesalahan dengan berjuta-juta dollar yang didermakan kepada UMNO Sabah (yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman) diterima daripada kroni-kroni pembalakan yang telah dianugerahkan lesen-lesen pembalakan dari Lembaga Pengarah yayasan Sabah (yang juga dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman), kenapa pula Perdana Menteri membiarkan Sarawak Report menerbitkan semua ini?

Musa seharusnya mengumumkan mengenai para penyumbang dananya dan dia seharusnya merasa bangga bahawa UMNO Sabah mendapat faedah dari berjuta-juta wang sogokan untuk mendapatkan lesen-lesen pembalakan memusnahkan saki-baki hutan dara dan bahawa mereka gembira mengharapkan ketibaan wang yang cuba diseludup masuk ke Sabah oleh Michael Chia (yang mendapat banyak lesen pembalakan dan mempunyai banyak kereta mewah, telah banyak kali mengakui bahawa dirinya adalah seorang yang buta huruf dalam mahkamah).

Syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan kroni pembalakan dari Sarawak, Ting Pek Kiing juga pernah menerima banyak lesen pembalakan dari Yayasan Sabah. Dalam pada itu, syarikat-syarikat lain yang dikaitkan dengan kroni ini juga turut bermurah hati menyumbangkan dana ke dalam akaun-akaun Michael Chia yang menjadi punca kewangan RM40 juta untuk dibawanya kepada Musa dalam tahun 2008.

Simon Ling Ding Dieng adalah sepupu Ting Pek Kiing yang juga rakan niaganya yang turut menerima lesen-lesen pembalakan, dan begitu juga seorang lagi kroni pembalakan yang bernama Ngui Ing Chuan.

Maka, tidak hairanlah bagi Ngui Ing Chuan dan anak Ting Pek Kiing, Peter Ting Sie Huong merupakan pemegang utama saham-saham dalam syarikat Borion yang telah menyumbang dana yang besar ke dalam akaun-akaun Michael Chia, yang kemudiannya dikeluarkan untuk dijadikan dana kepada Pengerusi UMNO Sabah, Musa Aman!

Edmond atau Admond Looh Boon Chai adalah Ketua pengarah Eksekutif dalam Java Industries sehingga 2010 dan merupakan penerima banyak lesen dari Yayasan Sabah menerusi banyak syarikatnya.

Looh juga merupakan pengawal atau pengendali banyak syarikat yang telah menyumbangkan banyak dana ke dalam jaringan syarikat-syarikat yang dikendalikan oleh Michael Chia bagi pihak Musa Aman (sebagaimana yang telah diakui). Pihak SPRM kini mempunyai bukti-bukti banyak pembayaran yang dibuat oleh syarikat-syarikat kendalian Looh, lagi pun Looh juga merupakan penerima banyak lesen pembalakan dari Musa Aman dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Yayasan Sabah.

Sebenarnya banyak wang telah dialirkan dari syarikat-syarikat milik Looh ke dalam akaun-akaun Micahel Chia selama beberapa tahun dan semua mahlumat ini ada pada pihak SPRM!

Ini merupakan jawapan pelik Perdana Menteri pada hujung minggu ini:

“Setiap parti politik berhak menerima sumbangan politik,” katanya, sebagai menambah bahawa sumbangan politik dilakukan dengan cara yang betul.

Perdana Menteri Najib enggan mengulas lebih lanjut punca kewangan itu dan turut menambah bahawa parti pembangkang juga menerima sumbangan dana politik. “Pembangkang juga menerima sumbangan dan mereka tidak mengisytiharkannya,” [New Straits Times]. Pengakuan-pengakuan sedemikian seharusnya diuji di mahkamah. -sarawakreport.org

[DEDAH] UMNO Kedah Buat Tahi, Kerajaan PR Kedah Dipalitkan

Bayar RM2. 5 juta Kepada Kontraktor Tidak Berdaftar

Satu dakwaan berlaku iaitu seorang AJK Umno di Kedah (kiri - gambar suspek dari blog Kedahkini) terbabit dengan pembayaran RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi penyenggaraan tujuh perumahan awam kos rendah (PAKR) pada tahun 2010-2011.

Laporan Ketua Audit Negara menyebut projek yang dimaksudkan ialah Taman Seri Gemilang, Flat seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat Simpang Kuala, Flat Seberang Terus, Flat Tongkang Yard dan Taman Kota Nelayan.

Bagaimanapun, menurut sumber, individu ini pernah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

“Orang ini adalah AJK Umno Bahagian Kuala Kedah tetapi kini dilaporkan melepaskan jawatan) tetapi masih memegang jawatan ad hoc dalam Umno.

“Tetapi dia merupakan orang kuat bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid.

“Dia juga adalah orang kanan Datuk Rasli Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang didesak meletakkan jawatan,” kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun, Mahadzir yang kini ketua pembangkang DUN Kedah ketika dihubungi berkata, kerajaan negeri cuba mengalih isu kelemahan pentadbiran dengan cuba mengaitkan beliau dan Umno.

Katanya, sepatutnya kerajaan negeri mengambil tanggungjawab kerana ia berlaku dizaman sekarang.

“Saya kenal dengan individu ini tetapi dia bukan AJK Umno..mungkin penyokong saja.

“Saya minta kerajaan negeri menyiasat perkara ini untuk mendapatkan kebenarannya,” kata beliau lagi. -FMT

Bukti UMNO Perak Sokong CSL Tolak Hudud



Patutlah Chua Soi Lek baru-baru ini mengatakan jika hukum hudud dilaksanakan maka 1.2 juta rakyat hilang perkerjaan.

Salah seoarang yang hilang kerja ialah Datuk Haji Ahmad Shalimin Setiausaha Politik kepada MB Zambry yang tidak berpeluang lagi merasmikan konsert amal konon-nya tapi ditaja syarikat arak di Taiping Perak.

Kat luar bangunan tu hanya tertera "konsert amal Tiger", didalam dewan tak tahulah camana rupa program tersebut hehehe

Aku bukan anti kepada hiburan pada kaum cina dinegara ini,itu hak kaum masing-masing dan aku hormatinya, tapi yang merasmikanya mengapa perlu seorang yang berbangsa melayu dan berugama Islam.

Tiada pimpinan BN lainkah di Perak khususnya diTaiping?? Atau memang kerja rasmi program tajaan kompeni arak adalah kegemaran Shalimin yang juga sepol Zambry hahaha.

Slogan gagasan NAJ1B memang membawa maksud tersirat dalam slogan terbaru Perak yang dirasmikan Najib semalam di Lumut.

NAJ1B bemaksud Negeri (Perak) Akan Jahanam 1 Bencana, semuanya kerana pimpinan UMNO.

Gambar: Aku snap disebuah lokasi berhampiran stesyen bas pekan Taiping... Arak bagi MCA memang biasa, tapi bagi Pemimpin UMNO ibarat burung gagak dan bulunya mesti hitam ... hahaha... (Gambar kecil itulah Datuk Hj Shalimin hehehe ) -orangni

[PANAS] MT Umno Terima Laporan BN Tumbang PRU 13

Blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor mengatakan bahawa ada satu laporan dihantar ke Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU 13 nanti.

Dalam laporan tersebut, BN dikatakan akan tewas di negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara di Johor pula bakal menyaksikan banyak kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat (PR).

Laporan tersebut menyatakan puncanya adalah kerana etnik Cina di seluruh negara nampaknya sudah membuat keputusan untuk menolak BN. Lihat bawah.

Apa puncanya etnik Cina menolak BN? Apakah kerana mereka sudah faham yang selama ini, BN hanya meneruskan formula penjajah British dalam mentadbir Malaysia?

Atau kerana mereka sudah tidak lagi berjaya ditakutkan dengan momok 13 Mei?

Yang paling penting sekarang ialah kesediaan semua pihak untuk memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.

Kita tidak harus lagi hidup terpisah-pisah dalam negara ini. Jangan biarkan lagi politikus yang tentukan halatuju negara.

Rakyat harus bangkit mendesak politikus agar mengikut kemahuan mereka. Ini boleh dilakukan! Bagaimana? Mulakan dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube.

Kemudian, kembangkan melalui tindakan.

Jika benar BN bakal tumbang. Biarlah ianya berlaku secara aman. Pertukaran kerajaan atau pemerintahan adalah perkara biasa.

Saya sendiri pernah menyaksikan pertukaran Nepal dari sebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja selama 4000 tahun kepada sebuah republik.

Pada ketika itu, ramai saintis politik mengatakan Raja mungkin menggunakan tentera untuk pertahankan kerajaannya.

Mereka silap kerana Raja keluar dari istana dengan tenang kerana dia mempunyai kecintaan tinggi terhadap Nepal.

Biarlah Nepal jadi republik jika itu yang rakyat mahukan. Asalkan Nepal tidak hancur kerana manusia berebut kuasa.

Malaysia harus belajar dari Nepal! -aminiskandar



Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Kisah Seorang Pemuda "Mencuri" Tabung Masjid

Suatu tengah malam, kecoh di masjid bandar. Seorang pemuda ditangkap kerana disyaki cuba mencuri duit tabung masjid. Lalu terjadilah soal-siasat antara JKKK masjid dengan saspek.

JKKK: "Mengaku je lah. Tak payah nak menipu la. Tipu dosa masuk neraka."

Pemuda: "Qulil Haq Walau Kaana Murra - Berkatalah benar walau pahit sekalipun. Saya tidak menipu. Saya tak bersalah. Saya tak curi duit tabung."

JKKK: "Tak curi apanya, ni apa kebenda ni RM5000 dalam poket kau ni? Aku lempang jugak budak ni karang!"

Pemuda: "....Waiyya-yaa Farhabuun." (Surah al-Baqarah ayat 40) - kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). Lempanglah. Bawalah saya ke balai polis sekalipun.Saya tidak gerun. Tapi, saya sedikit pun tidak akan mengaku bersalah mencuri."

JKKK melempang pemuda tersebut di kaki lima masjid. Tersungkur pemuda tersebut. Hilang sabar juga JKKK.

JKKK: "Cilake betul budak ni! Main dalil Quran pulak! Aku nampak kau panjat pagar masuk dengan mata kepala aku sendiri! Aku nampak sendiri ko cari tabung masjid!"

Pemuda: "Saya panjat ada alasannya."

JKKK sudah berada di kemuncak kemarahannya kerana pemuda tersebut berani menjawab.

JKKK: "Dasar kaki pil kuda! Pil khayal! Ha!! Kang Ni Makan Dia!" (sambil menghayunkan terajang ke perut pemuda)

Bilal: "Berhenti!!"

JKKK: "Apahal?! Budak ni curi duit masjid ni!"

Bilal: "Sabar! Ana nampak kesemuanya. Kebetulan ana ada di belakang tiang masjid.Lepaskan dia. Itu bukan duit masjid."

JKKK: "Apa?!"

Bilal: "Duit masjid awal-awal lagi setelah Isyak tadi diserahkan pada Bendahari masjid setelah dikosongkan tabung² masjid.Ana nampak pemuda ini cuba memasukkan wang RM5000 itu ke dalam tabung masjid. Tapi akhirnya ditangkap anta."

JKKK: "Dia panjat pagar masjid kot! Kaki pil ni!"

Bilal: "Jelaskan kenapa kamu panjat pagar masjid?"

Pemuda: "Saya panjat pagar masjid sebab masjid kunci sebaik sahaja selesai solat Isyak.

Sedangkan masjid itu rumah Allah terbuka 24 jam sepatutnya. Tetapi sedih sekali masjid hanya dibuka siang hari dan ditutup pada malam hari. Alasannya takut kecurian. Lalu, terpaksa saya panjat pagar tanpa ada pilihan lagi."

Bilal: "Mengapa kamu tidak masukkan duit ketika masjid buka?"

Pemuda: "Ramai orang pada waktu masjid dibuka.

Sedangkan ustaz saya menyebut, mengikut hadis....sedekah yang terbaik adalah - "Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya". Jika orang nampak saya masukkan duit dalam tabung masjid, saya bimbang pahala sedekah saya kurang. Saya bimbang saya jadi riak. Saya bimbang sedekah saya jadi sia-sia."

Bilal: "Dari mana duit sebanyak itu?"

Pemuda: "Ini dari simpanan saya sendiri selama setahun."

JKKK: "Baik, kali ni kami lepaskan. Pergilah bersedekah."

Pemuda: "Maaf, kamu berdua sudah tahu saya niat saya. Saya dah tak boleh bersedekah di sini.

Biarlah saya pergi ke masjid lain. Terpaksa beritahu ini pun seperti riak. Astaghfirullahaladzim...Moga Allah bantu ikhlaskan hati ini kembali. Aamiiin"

Pemuda tersebut meminta diri dan meminta maaf panjat pagar masjid.

JKKK termenung memikirkan kejadian malam tu. Bilal masuk tidur.

cerita original: Syabab Musafir Kasih