Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dimasukkan ke Hospital Putra di sini hari ini selepas mengalami serangan jantung.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri kini ditempatkan Unit Rawatan Kardiologi (CCU) bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Pemandu peribadinya, Hassan Rahim berkata, Mohamad Hidhir mengadu sakit dada ketika berada di Japerun Merlimau kira-kira pukul 1 petang ini.
“Sebaik beliau mengadu sakit dada, saya terus membawanya ke Hospital Putra untuk membuat rawatan tetapi doktor terpaksa menahannya untuk rawatan lanjut,'' katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya, beliau sering mengadu sakit dada sejak pulang dari Taiwan baru-baru ini. Sementara itu menurut jurucakap Hospital Putra, keadaan Mohamad Hidhir dilaporkan stabil sejak dimasukkan ke ICU petang ini.
Kuching - Seorang ibu terperanjat menjumpai seorang pemuda sedang tidur disebelah anak perempuannya sewaktu beliau ingin mengejutkan anaknya untuk pergi ke sekolah.
Ibu yang terperanjat itu terus menghalau pemuda berkenaan dari rumahnya di Kampung Bintawa Tengah, Petra Jaya. Anak perempuannya itu berusia 14 tahun.
Ibu berkenaan menukar haluannya daripada menghantar anaknya ke sekolah tetapi terus menuju ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut ke atas anaknya dan kemudian membuat satu laporan polis.
Budak perempuan itu telah dipaksa oleh ibunya untuk memberitahu polis siapakah pemuda berkenaan dan polis telah bergegas menuju ke rumah pemuda tersebut berdasarkan maklumat yang diperolehi.
Pemuda berkenaan berusia 22 tahun telah ditahan dan akan didakwa dengan jenayah merogol gadis bawah umur.
Ulasan GB
Pengajaran untuk semua ibu-bapa yang ada anak-anak perempuan. Sentiasa ikuti perkembangan anak-anak gadis anda.
Zaman rogol-merogol kian menjadi-jadi, kita berada di dalam negara di mana menteri pun ada diantaranya merupakan perogol.
Kira-kira 50 anggota Gagasan Anti Penyelewangan Selangor (GAPS) berhimpun di pejabat ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, untuk mendesak beliau meletak jawatan ekoran kenyataannya yang didakwa menghina Sultan Selangor.
Mereka berhimpun di pusat khidmat ADUN Sri Muda itu di Bukit Kemuning , mulai jam 12.20 tengahari tadi.
Polis memberi mereka masa selama 15 minit untuk berhimpun.
Sebelum itu, mereka berkumpul di sebuah restoran berhampiran, sebelum berarak menuju ke pejabat Shuhami.
Mereka turut membawa kain rentang bertulis 'Kami Menjunjung DYMM Sultan Selangor' dan 'Pakatan Rakyat merosakkan institusi diraja', sambil menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita".
Mereka juga membawa dua patung - satu ditulis 'Shuhaimi' dan satu lagi bertulis 'Khalid gagap'.
Mereka tidak membakar patung tersebut, tetapi tertindak memijak dan menyepaknya.
Dalam ucapan ringkasnya, pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin turut mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ISA terhadap mereka yang menjejaskan institusi raja.
Ketika itu, ada di kalangan mereka hadir melaung mencabar Shuhaimi keluar menemui mereka.
Bagaimanapun difaham, ADUN Sri Muda itu tiada di pejabatnya.
Kumpulan tersebut bersurai pada kira-kira jam 12.30 tengahari.
Polis mula berkawal di situ sejak jam 10 pagi tadi.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Hamidzun berkata, mereka yang hadir terdiri daripada anggota GAPS, Majlis Belia Malaysia Sslangor, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan anak jati Jalan Kebun.
Ditanya mengapa mereka tidak menyerah sebarang memo, Hamidzun berkata ia kerana mereka mahu bersemuka dengan Shuhaimi tetapi tidak dapat.
"Kita nak nasihat, bila tulis blog itu, baik-baik, jangan menderhaka kepada sultan," tegasnya.
Ulasan GB
Cuma 50 orang saja orang Noh Omar buat demo? Nak batalkan keputusan pilihanraya 2008 dimana calon PKR itu memperolehi 15,962 undi dengan majoriti 6,000 ?
Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) bersama 21 badan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan perhimpunan memprotes isu mempolitikkan buku Interlok, Sabtu ini.
Ketua Satu Gapena Tan Sri Prof Emeritus Dr Ismail Hussein (gambar) berkata himpunan di perkarangan Rumah Gapena pada pukul 2.30 petang itu bertujuan memperlihatkan kesatuan di kalangan orang Melayu menentang sebarang usaha mempolitikkan karya sastera demi keuntungan pihak tertentu.
"Kami menentang politisasi kerana Gapena memperjuangkan kesusasteraan dan dalam kes ini (Interlok) adalah isu sastera.
"Kami sebagai badan mempertahankan penulis dan karya sastera akan terus mempertahankan penulis dan Interlok dari sudut isi dan misi yang terkandung dalam karya itu," katanya pada sidang media berkaitan Perhimpunan Memprotes Mempolitikkan Interlok di Rumah Gapena di sini, pada Khamis.
Hadir sama Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) Mohamad Saleeh Rahamad dan Ketua Media Gapena Borhan Md Zain.
Ismail berkata tindakan membantah, membakar novel serta gambar penulis yang berkemungkinan terjadi ekoran kenyataan tidak bertanggungjawab ahli politik dan pemimpin kaum tidak harus dipandang ringan kerana tindakan itu boleh mengundang masalah dan harus ditangani demi menjaga integriti penulis dan kesusasteraan nasional.
Sementara itu, Borhan berkata beberapa NGO telah menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan itu, antaranya Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Ikatan Persuratan Melayu dan Persatuan Kebajikan Penulis Negeri Selangor (Kemudi) serta beberapa persatuan silat.
Dalam perkembangan lain Borhan turut mengumumkan Gapena akan mengadakan Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia bagi membincangkan isu-isu terkini berkaitan kedua-dua negara pada pukul 10 pagi di tempat dan hari yang sama. -- BERNAMA
Kuala Lumpur - Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan mereka untuk menonton sesuatu kemalangan sehingga menjejas kelancaran lalu lintas boleh disaman, kata Ketua Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.
Beliau berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1).
"Hanya terdapat lima pihak yang berperanan semasa kemalangan jalan raya berlaku iaitu saksi kemalangan, anggota penyelamat, agensi kerajaan yang berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan dan orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran dan latihan dalam memberikan bantuan kecemasan.
"Pihak lain tidak sepatutnya berhenti kerana ia hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi semakin buruk malah boleh mendatangkan risiko lain seperti kemalangan kecil.
"Oleh sebab itu, mereka boleh disaman kerana menghalang lalu lintas dan mengganggu operasi menyelamat mangsa kemalangan," katanya.
Suret berkata, kempen tersebut yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis bertujuan menguatkuasakan pemakaian tali pinggang kenderaan dan topi keledar.
Katanya, berdasarkan maklumat JPJ, saman yang dikeluarkan bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang keselamatan dari Januari hingga November tahun lepas ialah sebanyak 5,952 kes manakala bagi kesalahan tidak memakai topi keledar sebanyak 9,562 kes.
"Mengikut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), dianggarkan sebanyak 200 kematian, 360 kecederaan parah dan 1,020 kecederaan ringan dapat dikurangkan sepanjang tahun jika peraturan itu dipatuhi.
"Tali pinggang yang dipakai hendaklah dengan cara yang betul, jika penumpang kanak-kanak, pakailah kaling pinggang kanak-kanak dan jika memakai topi kaledar, ikatlah dengan kemas dan mempunyai piawaian yang diluluskan Sirim," nasihat Suret.
Katanya, kempen advokasi JKJR dijalankan di seluruh negara sekurang-kurangnya sekali seminggu pada hari biasa manakala pada musim perayaan kempen diadakan setiap hari. -Bernama
Tanah Merah – Kegembiraan seorang pelajar perempuan setelah berjaya ke sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) dekat sini, bertukar menjadi igauan ngeri buatnya apabila menjadi mangsa buli senior sejenis pada program suai kenal, 10 Januari lalu.
Pelajar terbabit baru mendaftar 5 Januari lalu, berdepan trauma ke sekolah setelah kejadian selepas Asar, Isnin lalu.
Berikutan itu, mangsa mengalami sakit tekak dan sakit leher, sukar berpaling, benjol dahi serta lebam paha kanan selepas kejadian dua hari lalu.
Mangsa, Nur Arfah Mohd Nordin, 13, mendakwa, pada hari kejadian, dia bersama rakan dalam kumpulan ditutup mata ketika mengikuti program suai kenal bersama dua senior yang ditugaskan mengawasi mereka.
Bagaimanapun, secara tiga-tiba datang tiga hingga empat senior lain yang tidak terbabit mengendalikan suai kenal itu mengganggu dan memegang pergelangan tangan kanannya lalu memaksanya membongkok sambil berlari.
Menurutnya, walaupun ketika itu mata ditutup dengan kain tudung, dia terpaksa mengikuti arahan itu.
“Ketika berlari, kepala saya terhantuk pada tiang besi, saya terjatuh dan ketika itu kepala terasa pening.
“Selepas itu, kakak senior yang mengurus kumpulan kami datang dan bertanya mengenai apa yang berlaku kepada saya,” katanya kepada media ketika ditemui di kediamannya sebaik pulang dari Hospital Daerah Tanah Merah, petang semalam.
Berikutan kejadian itu, kakaknya, Noorazulaiza, 15, yang turut belajar di sekolah sama diberitahu kemalangan menimpa adiknya.
Nur Arfah berkata, kakaknya kemudian menghubungi ibunya untuk memaklumkan perkara itu.
“Emak datang dengan ayah dan membawa saya ke Hospital Tengku Anis dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.
“Kemudian emak membawa saya pulang,” katanya yang masih bersedih dengan peristiwa tidak diduga itu.:
Sementara itu, ibu mangsa, Maimun Mohd Yusof, 39, berkata, dia kesal dengan apa yang menimpa anak keduanya daripada enam beradik itu.
Menurutnya, selama ini dia hanya mendengar berita kes buli pelajar dalam media masa, tetapi kini kejadian malang itu menimpa anaknya sendiri.
“Apa yang menyedihkan saya, perkara ini dilakukan pelajar perempuan, kebiasaannya saya dengar pelajar lelaki yang suka membuli pelajar lain.
“Pada masa sama, saya turut kecewa kerana tidak mendapat kerjasama sewajarnya daripada pihak pengurusan sekolah, saya bertindak sendiri menghantar anak ke hospital untuk mendapatkan rawatan, ketika sampai di sekolah anak saya berada dalam keadaan tak bermaya, tapi pihak sekolah tidak menghantarnya ke hospital,” katanya.
Maimun berkata, difahamkan, senior yang menjaga kumpulan anaknya saja yang membantu dengan menuam pada bahagian dahinya yang bengkak itu.
Menurutnya, dia merancang memindahkan kedua-dua anaknya ke sekolah berdekatan memandangkan anak sulungnya turut trauma melihat kejadian menimpa adiknya.
“Saya sepakat dengan suami untuk memindahkan anak sulung dan anak kedua saya ke sekolah berdekatan, saya mahu mereka belajar dengan tenteram, apa gunanya berada di sekolah SBP sekiranya fikiran tidak tenteram,” katanya.
Maimun berkata, kejadian menimpa anaknya dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, keesokan harinya.
Menurutnya, Nur Arfah akan mendapatkan rawatan susulan di Hospital Daerah Tanah Merah pada 24 Januari ini selepas masuk wad sehari untuk mendapatkan rawatan, kelmarin. -SH
Rio De Janeiro: Hujan lebat melanda kawasan pergunungan Rio de Janeiro, menyebabkan runtuhan tanah dan banjir lumpur yang meragut sekurang-kurangnya 140 nyawa dalam tempoh 24 jam.
Anggota penyelamat menggunakan jentera berat, penyodok dan tangan untuk mengorek lumpur dan runtuhan tanah bagi mencari mangsa yang terperangkap.
Di Teresopolis, bandar yang terletak kira-kira 65 kilometer ke utara Rio, banjir kilat menghanyutkan kenderaan dan runtuhan lumpur melanda rumah kediaman.
Menurut seorang pegawai pertahanan awam, sekurang-kurangnya 114 terbunuh di bandar itu saja.
Katanya, hujan sebanyak 26 sentimeter turun di bandar itu dalam tempoh 2 jam.
Mangsa mengharungi air pada paras pinggang untuk menyelamatkan diri ketika air terus turun dari kawasan pergunungan walaupun hujan sudah berhenti.
Berikutan bencana terbaru itu, hampir 200 orang mati sejak Krismas apabila petaka melanda kawasan tenggara Brazil. - AP
Pas semalam mengemukakan aduan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Markom Giran berkempen untuk Barisan Nasional (BN) sempena pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Gambar harakahdaily.
Ketua Penerangan Badan Perhubungan Pas Negeri Johor, Mazlan Aliman berkata, berikutan laporan polis yang dibuat parti itu pada 7 Januari lalu, Markom, sebagai seorang penjawat awam didakwa melakukan melakukan penyalahgunaan kuasa.
Menurutnya, melalui laporan yang diserahkan kepada SPRM semalam, terdapat beberapa bahan lain seperti buku serta sekeping cakera padat (CD) yang mengandungi ucapan Maskom untuk disiasat.
"Kita lihat beliau 'berkampung' di beberapa tempat sekitar Labis dan paling ketara di kawasan-kawasan Felda.
“Pas minta pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap mereka yang datang ke Labis. Kami bimbang mereka datang bukan sebab menjalankan aktiviti, sebaliknya ada agenda lain," katanya.
Menurutnya, mereka juga difahamkan pihak SPRM telah menubuhkan unit khas untuk membuat kerja-kerja pemantauan dan bersedia membantu mana-mana pihak termasuk Pas.
"Sekarang telah banyak poster dan kain rentang dipasang dan ini sepatutnya tidak terjadi kerana belum sampai hari penamaan calon lagi. Jika Pas menurunkan poster dan kain rentang itu, parti berlaku ketegangan," katanya.
Pada masa yang sama, katanya, Pas mahupun PKR ingin menyatakan bahawa mereka tidak bertanggung jawab sama sekali tentang penyebaran CD lucah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
"Bukan kerja Pas atau PKR mencampuri hal peribadi orang lain," katanya.
Mazlan berkata, Pas menerima maklumat daripada orang awam mengatakan parti itu bertanggungjawab menyebarkan CD berkenaan.
"Pas bimbang orang ramai akan mengatakan yang ini semua kerja Pas untuk menjatuhkan pemimpin MCA sedia ada,” katanya.
Penyerahan balik Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Dato' Seri” kepada Dr Khir Toyo, adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya, kata Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
Keputusan berkenaan dibuat oleh baginda setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu yang memutuskan darjah itu digantung, kata Khusrin dalam satu kenyataan hari ini.
“Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan,” tambahnya.
Menurut beliau, keputusan itu berikutan pertuduhan rasuah terhadap mantan menteri besar Selangor itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Selain Dr Khir, darjah kebesaran Pengarah Ditamas, Shamsuddin Haryoni yang juga didakwa dalam kes yang sama, turut digantung.
Khir dianugerahkan gelaran 'Dato Seri' pada 2001 manakala Shamsuddin pula dianugerah gelaran 'Dato' pada 2002.
“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara,” kata Khusrin.
Semalam, Dr Khir dalam blognya menulis beliau telah memulangkan sementara darjah kebesaran berkenaan tanpa menyebut tindakannya itu atas arahan sultan.
Beliau berkata pemulangan semula pingat itu bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung.
Pada 6 Disember lalu, Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Perbicaraan kes rasuah terhadap menteri besar Selangor itu akan didengar pada 6 hingga 24 Jun ini.
SEBERANG PRAI - Tuhan Maha Besar. Lebih 50 orang ahli keluarga Allahyarham Salasiah Jasni, 78, yang hadir pada majlis pengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini menyaksikan bukti kebesaran Ilahi.
Ini kerana, sebaik tiba di tanah perkuburan itu, mereka terkejut apabila dua penggali kubur yang sedang menyiapkan liang lahad untuk Salasiah menunjukkan penemuan otak manusia.
Lebih mengejutkan sebaik penemuan otak itu beberapa kejadian aneh berlaku hingga menyebabkan semua ahli keluarganya beristighfar panjang dan memuji kebesaran Allah.
Menghairankan otak manusia yang ditemui itu masih dalam keadaan baik sedangkan tulang dan papan keranda dipercayai dari kubur lama bersebelahan liang lahad yang baru di gali itu sudah hancur.
Cucu Allahyarham, Shuhaili Che Ros, 37, berkata, penemuan otak manusia yang masih dalam keadaan elok itu amat menghairankan ahli keluarganya.
“Sepanjang pengetahuan kami otak manusia yang ditemui itu berasal dari sebuah liang lahad yang sudah berusia 20 tahun.
“Malah papan keranda dan semua tulang milik si mati sudah reput tetapi otak ini masih dalam keadaan baik dan sempurna,” katanya.
Menurutnya, dia mengambil otak yang dipenuhi lumpur itu dan meletakkan di atas daun pisang sambil diperhatikan ahli keluarganya yang lain.
“Menghairankan, otak itu kemudiannya dilihat bertukar menjadi bersih dan lumpur yang melekat padanya tertanggal dengan sendiri.
“Kami tidak mengusiknya dan selepas hampir 20 minit otak itu kemudiannya berubah warna dari kehitaman kepada warna merah dan pada masa sama urat darah mula timbul menyebabkan kami melihat ia seperti otak baru,” katanya.
Setelah itu otak berkenaan kemudiannya dikebumikan semula bersama jenazah neneknya.
Dalam pada itu penggali kubur yang menemui otak itu, Saad Shaari, 60, berkata, ini adalah pengalaman peliknya yang pertama selepas hampir 30 tahun menjadi penggali kubur.
“Saya dan adik, A Rahim, 55, menemui otak ini ketika hampir separuh menyiapkan liang lahad untuk Allahyarham Salasiah.
“Menghairankan sepatutnya otak ini sudah hancur bersama tulang dan papan keranda,” katanya.
Menurutnya lagi, begitu juga ketika kerja penggalian dijalankan kerana ia melibatkan penggunaan cangkul dan skop, tetapi otak itu masih lagi ditemui dalam keadaan sempurna.
“Ini ialah salah satu kebesaran tuhan dan kita yang melihatnya sepatut mengambil pengajaran dari penemuan ini.
“Di samping itu, penemuan ini juga bagi saya adalah satu ingatan agar kita sering melakukan kebaikan sepanjang hidup ini kerana Allah tidak pernah memungkiri janjinya memberi kebaikan kepada hamban:ya yang melakukan kebaikan,” katanya.
Saad berkata, liang lahad lama yang terletak bersebelahan kubur Salasiah itu adalah milik seorang hamba Allah yang sentiasa membaca al-Quran. -SH
Ulasan GB
Benar, ia kebesaran Ilahi. Apatah lagi apabila "otak" semasa di atas dunia ini digunakan untuk merenung tanda-tanda kebesaran Ilahi serta yang memahamkan sifat-sifat Allah, Rabbul Jalil. Tentulah Allah menyayangi "otak" sedemikian, bukan otak yang hanyir yang hanya memikirkan bab-bab duniawi dan "ghairulllah" (yang lain daripada Allah).
Alor Star: Lima pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mergong, di sini, direman empat hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam bagi membantu siasatan kes buli membabitkan seorang pelajar tingkatan dua yang mendakwa dibelasah kumpulan pelajar senior berkenaan di asrama sekolah itu, Ahad lalu.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah, Datin Chan Lee Fong, kira-kira jam 9 pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Zamani Shahrudin berkata, mangsa diserang sekumpulan pelajar terbabit hingga menyebabkan lutut kiri mangsa retak.
“Kita menahan reman lima pelajar tingkatan tiga yang tinggal di asrama bersama pengadu bagi membantu siasatan kes berkenaan hingga Sabtu ini.
“Mangsa sudah dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi membolehkan laporan kecederaannya disahkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 325, Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa dan semua suspek dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk siasatan lanjut.
Berita semalam
Lutut retak akibat dibelasah lima pelajar senior
ALOR SETAR: Seorang pelajar berusia 14 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mergong di sini retak lutut kirinya selepas dia dibelasah lima pelajar senior di asrama sekolah berkenaan pada Ahad lalu.
'Ketika menahan kesakitan, depa (mereka) pukul lagi tanpa belas kasihan, bila saya tanya kenapa, depa kata saja syok-syok,' kata Mohd Syazwan Johari, yang retak lutut kiri selepas mendakwa dibelasah lima pelajar itu.
Dalam kejadian 6.55 petang itu, mangsa dikatakan baru selesai mandi apabila dipanggil seorang pelajar tingkatan tiga ke biliknya, namun dia enggan.
Berikutan itu, pelajar senior terbabit mengheretnya dari biliknya ke bilik bersebelahan sebelum empat lagi pelajar tingkatan tiga membelasahnya di badan dan kaki, menurut Mohd Syazwan.
'Saya tidak tahu kenapa mereka marah kepada saya, walhal tidak pernah membuat mereka marah. Ketika memasuki asrama ini tahun lalu, mereka turut membuli saya.
'Mereka marah kerana saya tidak mengikut arahan menyebabkan mereka menarik dan mengheret saya sebelum empat rakan mereka menyerang saya termasuk menampar, menumbuk dan menendang bertubi-tubi,' kata pelajar itu.
'Saya rebah dan terduduk sebelum dua pelajar lain memegang kedua-dua tangan dan mengheret ke pintu bilik menyebabkan kaki kiri terkena rak kasut besi,' tambahnya ketika ditemui di rumahnya di Kuarters Kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, kelmarin.
Keesokannya, guru pelajar itu membawanya ke klinik untuk rawatan sebelum pulang semula ke asrama.
Bapa mangsa, Encik Johari Zainon, 35 tahun, berkata beliau kecewa dengan pihak sekolah itu kerana lewat memaklumkan kejadian tersebut kepadanya.
'Doktor mengesahkan tulang lutut kiri anak saya retak dan perlu disimen selain terpaksa menjalani pembedahan kedua. Perkara ini menyedihkan kerana kes gengsterisme berlaku di asrama sekolah yang dikawal warden,' katanya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kota Setar pada 1 pagi kelmarin.
Sementara itu, polis semalam menahan reman lima pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini bagi membantu siasatan kes tersebut.
Perintah tahanan reman itu, yang bermula semalam, dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen, Datin Chan Lee Fong, bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.
Ulasan GB
Hancur luluh perasaan ibubapa apabila anak-anak mereka ditahan dan direman kerana kesalahan membuli.
Inilah akibat dari sistem pelajaran sekular yang mandul selama ini, yang hanya menekan aspek lulus-periksa, yang mengabaikan terus aspek pembentukan nilai-nilai murni dan luhur di dalam diri para pelajar.
Kerajaan negeri Selangor akan memperuntukkan RM1 juta kepada setiap ADUN Pakatan Rakyat untuk diagihkan dalam tempoh tiga bulan bagi menampung perbelanjaan membaikpulih keperluan asas di setiap kawasan.
"Setiap ADUN diberi peruntukan RM1 juta untuk menggunakan duit itu untuk pemuliharaan jalan, pembinaan jambatan dan parit-parit yang perlu dibetulkan melalui pihak berkuasa tempatan berkenaan. Oleh sebab itu kita mesti membawa pembangunan dari peringkat bawah," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam, petang semalam.
Selain itu, Khalid berkata, kepimpinan kerajaan Selangor akan memperhebatkan usaha turun padang mendekati rakyat untuk membawa perubahan di peringkat dasar.
Justeru, perancangan komprehensif tiga bulan akan datang akan menentukan pengurusan negeri yang lebih cekap.
Ditanya sama ada pihak pembangkang Selangor akan mendapat peruntukan yang sama, Khalid berkata kerajaan Pakatan Rakyat akan merujuk kepada amalan kerajaan persekutuan.
"Kalau kerajaan persekutuan buat untuk semua ahli parlimen dan kita akan melakukan perkara yang sama. Asalkan mereka buat dulu. Kita lihat dahulu. Bukan kita tidak lihat perkara ini tapi, tunggu dulu. Kita tawarkan. Kita lihat dulu kalau persekutuan dan beri sekata kepada semua ahli parlimen dan kita akan ikut," katanya.
Ulasan GB
Tahniah Selangor kerana negeri anda mampu memperuntukkan RM1 juta untuk setiap ADUN. Kepada ADUN-ADUN pastikan peruntukan itu dimenafaatkan sebaik-baiknya untuk rakyat. Perakaunan dan Audit perlu dilakukan agar tiada ketirisan.
Dan PR jangan pula berperangai seperti UMNO selepas ini, berebut-rebut untuk menjadi ADUN. Jawatan adalah amanah. Dan bukan saja rakyat memerhatikan kita, Allah juga Maha Melihat apa juga yang kita lakukan apabila amanah itu telah kita pegang.
Gambar:Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei bercakap kepada media selepas memberi keterangan berhubung satu entri dalam blognya fotoBernama
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Shuhaimi Shafie pada petang Rabu hadir memberi keterangan kepada pihak polis berhubung penulisannya di dalam blog yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Beliau hadir bersama 100 penyokong di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.
Shuhaimi turut ditemani peguam R Sivarasa, Amer Hamzah Arshad dan Shamsul Iskandar Mad Akin dan dilihat masuk ke balai tersebut pada pukul 4.10 petang.
Selepas kira-kira dua jam memberi keterangan kepada polis wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilihat meninggalkan perkarangan IPD di sini.
“Walaupun saya tidak terima sebarang notis 111 Kanun Acara Jenayah, saya tetap beri kerjasama yang baik kepada pihak polis untuk ambil keterangan saya
“Pada masa yang sama saya juga sedang sediakan draf untuk menghadap Sultan bagi memberi penjelasan berhubung perkara ini. Jika perkara itu menyinggung perasaan baginda, saya akan memohon maaf,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di IPD sini pada Rabu.
Shuhaimi berkata beliau akan memohon perkenan Sultan untuk bertemu dan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.
"Jika ada perasaan tersinggung saya yang rakyat setia, darah Melayu dan mengangkat (kedudukan) Raja- Raja Melayu," katanya.
Sebanyak 25 laporan polis telah diterima membabitkan tulisan blog Shuhaimi tersebut.
Ini merupakan kali pertama beliau memberi kenyataan kepada polis mahupun pihak media selepas kontroversi yang melanda berhubung tulisan dalam blognya yang didakwa menghina Sultan.
Mengenai khabar angin peletakkan jawatannya sebagai ADUN, Shuhaimi menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan perkara tersebut.
Tegasnya, beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat mahupun dalam parti.
”Khabar angin seperti ini sengaja dilakukan untuk melemahkan Pakatan Rakyat.
"Kita tidak akan meletakkan jawatan walau menerima tekanan. Saya tidak tahu khabar angin ini daripada mana. Saya tuan punya badan pun tidak tahu,"katanya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR. -mstar
Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo telah memulangkan sementara darjah kebesaran Selangor yang membawa gelaran Dato' Seri.
Katanya, beliau telah telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memulangkan sementara pingat darjah kebesaran Selangor Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS).
"Surat tersebut dibuat berikutan kejadian saya didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam beberapa hari sebelumnya atas tuduhan salah guna kuasa," tulis Dr Mohd Khir dalam blognya hari ini.
'Pemulangan semula pingat ini bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung," tambahnya.
"Hari ini Dewan Diraja telah memperkenankan pemulangan semula pingat tersebut," kata Dr Mohd Khir yang turut melepaskan jawatan ketua pembangkang DUN Selangor baru-baru ini.
"Justeru mulai hari ini semua media dan dan penganjur program hendaklah menggugurkan nama Datuk Seri dari pangkal nama saya dan menggunakan nama Dr Mohamad Khir bin Toyo sahaja," tulisnya.
Dr Mohd Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Perbicaraan kes rasuah terhadap menteri besar Selangor itu akan didengar pada 6 hingga 24 Jun ini. -mk
SEBAHAGIAN daripada 19 GRO warga asing yang ditahan polis di Seremban. Bar usang tawar khidmat tak bermoral kena serbu
SEREMBAN: Rahsia sebuah bar yang kelihatan usang di Jalan Utam Singh di sini, tetapi sentiasa dipenuhi warga tua setiap malam, akhirnya terbongkar apabila premis berkenaan diserbu polis kerana menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO).
Premis di tingkat bawah bangunan lama menempatkan rumah kedai tiga tingkat itu sering dikunjungi golongan terbabit untuk melepak sehingga awal pagi sebelum keluar dalam keadaan mabuk.
Orang ramai di kawasan itu termasuk peniaga kedai berhampiran menyangka bar itu menjadi tumpuan golongan terbabit berkumpul bersama rakan seusia untuk menghabiskan masa lapang, tanpa menyedari kewujudan sebarang aktiviti haram.
Bagaimanapun, serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Sabtu lalu, membongkar kegiatan tidak bermoral itu yang membabitkan lelaki tua bergelar ‘datuk.’
Sumber berkata, bar itu menawarkan GRO warga asing berusia antara 20 hingga 30-an dengan bayaran serendah RM50 sejam untuk menemankan pelanggan yang kebanyakannya lelaki tua.
"GRO warga asing terbabit sedia menghiburkan lelaki tua miang dan disebabkan itu mereka ketagih untuk berkunjung ke bar berkenaan setiap malam.
"Biasanya, pelanggan datang secara berkumpulan dan mengambil seorang atau dua GRO untuk menemankan mereka minum arak sambil berseronok dan difahamkan, GRO itu turut memberi peluang kepada pelanggan meraba tubuh mereka dengan bayaran tertentu yang dipersetujui bersama," katanya yang tidak menolak kemungkinan ada GRO menawarkan khidmat seks di luar premis terbabit dengan pelanggan tertentu.
Dalam operasi bermula jam 8.20 malam itu, 19 GRO warga asing ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Ketua Operasi D7 IPK Negeri Sembilan, Cif Inspektor Hasbullah Hamzah, berkata 32 pelanggan lelaki yang kebanyakannya orang tua berusia 50 hingga 74 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, orang ramai yang ditemui ketika serbuan itu terkejut apabila mengetahui pembabitan lelaki tua berkenaan dalam kegiatan tidak bermoral itu.
“Kedatangan ramai ‘kambing tua’ ke bar itu disebabkan tarikan layanan GRO warga asing terbabit. Bagi mengelak kegiatan itu dicurigai, kumpulan lelaki tua berkenaan berpakaian biasa seperti melepak di kedai kopi, tetapi sebenarnya mahu berhibur dengan ditemani GRO berkenaan," kata seorang daripada mereka. -bh
Seorang pelakon lelaki cedera parah apabila set penggambaran filem Barajiwa membabitkan adegan kebakaran di sebuah rumah banglo di Jalan Seputeh di sini, meletup secara tiba-tiba menyebabkan pelakon itu melecur sebahagian badan, tangan kiri serta muka, malam kelmarin.
Ketika kejadian jam 11.30 malam, Mohd Raffi Hussin, 24, yang memegang watak jahat sebagai Kumbang sepatutnya menyempurnakan adegannya menyalakan api untuk membakar sebuah gerai, namun adegan letupan yang sepatutnya sejurus api dinyalakan dilakukan lebih awal menyebabkan mangsa terperangkap.
Sejurus selepas kejadian itu, Mohd Raffi dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dikatakan 60 peratus badannya melecur akibat disambar api.
Seorang lagi pelakon, Syukri Yahya, 21, yang melecur di muka dan tangan kanan turut menerima rawatan di PPUM, namun dibenarkan pulang selepas diberi rawatan pesakit luar.
Menceritakan semula detik kejadian itu, Mohd Raffi berkata, ketika letupan beliau berada kira-kira satu kaki dari kawasan letupan, menyebabkan badannya disambar api yang menjulang tinggi.
“Letupan kuat menyebabkan saya tidak dapat mendengar untuk seketika dan tiba-tiba saya rasa panas sebelum menyedari baju saya terbakar. “Walaupun dalam keadaan terkejut dan kesakitan, saya sempat lari untuk menyelamatkan diri dan beberapa pelakon lain membantu memadamkan api pada baju dan menjirus air pada kepala serta badan saya,” katanya yang ditemui di Wad Surgikal PPUM di sini, semalam.
Beliau berkata, sebelum adegan itu dirakam, pelakon dan krew produksi beberapa kali mengadakan latihan namun kesan api dari bahan letupan yang digunakan yang agak kecil menyebabkan krew memutuskan untuk menggunakan minyak petrol untuk mendapatkan kesan lebih besar.
“Sebelum melakukan adegan itu, saya ajukan pertanyaan pada mereka (krew) mengenai jaminan keselamatan saya untuk melakukan aksi berkenaan.
“Oleh kerana tempoh jadual penggambaran untuk dua adegan lakonan saya termasuk adegan kebakaran ini sudah terlewat, mereka (krew) mahu menghabiskan penggambaran secepat mungkin tanpa memikirkan aspek keselamatan yang sewajarnya,” kata pelakon yang berasal dari Labuan, Sabah.
Mohd Raffi berkata, beberapa pelakon dan krew penggambaran turut mendapat kecederaan kecil akibat letupan itu termasuk pelakon utama, Remy Ishak, Diana Danielle, Fizz Fairuz dan Bront Palarae.
“Saya tidak pasti sama ada insiden ini berpunca dari kecuaian krew atau saya sendiri kerana semasa latihan dijalankan, tiada sebarang masalah sehinggalah memutuskan untuk menggunakan minyak petrol.
Filem Barajiwa arahan Osman Ali terbitan Nuansa Sdn Bhd adalah filem kedua yang dibintangi Mohd Raffi sebagai pelakon tambahan. Sebelum ini beliau membintangi filem Cun yang juga arahan Osman, selain beberapa drama, antaranya Roda-Roda Kuala Lumpur dan Akademi Polis.
Filem Barajiwa sudah menjalani penggambaran selama 16 hari bermula 28 Disember tahun lalu dan penggambaran dijangka tamat dalam masa sebulan lagi. -bh
Saya panik, menangis dengar letupan: Diana
PENGURUS produksi Nuansa Sdn Bhd, Rizal Alafiz Sarugi meninjau lokasi pengambaran yang terbakar di Kuala Lumpur, semalam.
PETALING JAYA: "Saya terkejut apabila tiba-tiba letupan kuat berlaku dan api mula menyambar mereka (Raffi Hussin dan seorang pelakon). Saya panik, terus menangis dan menggigil ketakutan.
“Nyawa saya hampir melayang. Bayangkan, saya dan beberapa pelakon lain berada satu meter saja dari tempat kejadian. Saya bersyukur kerana terselamat,” kata pelakon wanita utama filem Barajiwa, Diana Danielle mengulas insiden letupan yang mencederakan dua pelakon ketika penggambaran di Seputeh, malam kelmarin.
Difahamkan finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) itu menangis tidak henti-henti sejurus insiden berlaku sehingga memaksa pelakon Bront Palarae yang turut berada di set penggambaran menenangkannya.
“Sebelum itu pun saya bagaikan dapat merasa sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Jadi apabila perkara buruk ini benar-benar berlaku saya menjadi begitu trauma,” katanya ditemui pada sidang media ABPBH 2010 di Holiday Villa, Subang Jaya, semalam.
Diana berkata, beliau sangat geram dan marah tetapi tidak tahu mahu melepaskan kemarahan itu pada sesiapa.
“Dua kawan saya menjadi mangsa akibat kecuaian manusia yang bersikap sambil lewa soal keselamatan pelakon ketika penggambaran,” katanya.
Harapnya selepas ini, pihak produksi mengambil langkah keselamatan terutama dalam hal membabitkan nyawa. Sebaiknya, jika membabitkan babak berbahaya, khidmat pelagak ngeri patut digunakan,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi pelakon filem berkenaan, Fizz Fairuz ketika dihubungi berkata, dia berasa ralat terhadap pihak produksi kerana mengambil mudah soal keselamatan pelakon ketika melakukan adegan berbahaya.
“Kami sudah memberitahu mereka jika mahu meneruskan adegan letupan, pastikan semua pelakon tidak berada di dalam set yang membabitkan letupan, tetapi tidak diendahkan.
“Akhirnya, dua kawan menjadi mangsa. Babak ini berisiko dan membabitkan nyawa. Malah, nak dijadikan cerita, penggambaran pada sebelah malam selepas waktu Isyak juga tidak dimulakan dengan bacaan doa selamat.
“Sikap produksi sebegini jelas menyusahkan pelakon. Bayangkan ketika kejadian terjadi tiada bantuan sewajarnya yang diberikan kepada mangsa. Saya sendiri bergegas mengambil air untuk disimbah kepada mangsa,” katanya. -bh
Masalah keruntuhan moral manusia di ketika ini seperti kita kembali kepada zaman Jahiliah walaupun sudah mengaku semakin maju dengan teknologi canggih. Samada kita sedari atau tidak, cuba perhatikan alam sekeliling, di muka depan akhbar setiap hari pembunuhan, rompakan, pergaduhan, fitnah menfitnah, rogol adik dan anak, buang bayi, mabuk kerana arak dan dadah, tidak percaya Tuhan, menyembah aliran muzik, perkauman dan sebagainya.
Puncanya hanya satu kerana kita tidak mengamal, tidak menghayati Al-Quran,lupa ajaran yang di bawa oleh Nabi yang kita cintai Muhammad SAW.
Terbukti, bukan hanya umat Islam saja yg menganggap bahawa Nabi Muhammad SAW tidak hanya sebagai pesuruh (Allah SWT).. dan sebagai penunjuk tauladan kepada seluruh umat manusia..tapi umat bukan Islam bahkan banyak tokoh dunia mengakui akan kualiti kepemimpinannya baik agama maupun dunia…tak lekang oleh zaman…pesannya bersifat universal melampaui suku, bangsa & negara dan umatnya semakin hari semakin bertambah.
MAHATMA GANDHI (Komen mengenai karakter Nabi Muhammad SAW di YOUNG INDIA ):
Pernah saya bertanya-tanya siapakah tokoh yang paling mempengaruhi manusia… Saya lebih dari yakin bahawa bukan pedanglah yang memberikan kebesaran pada Islam pada masanya. Tapi ia datang dari kesederhanaan, kebersahajaan, keberhati-hatian Muhammad; serta pengabdian luar biasa kepada teman dan pengikutnya, tekadnya, keberaniannya, serta keyakinannya pada Tuhan dan tugasnya. Semua ini (dan bukan pedang ) menyingkirkan segala halangan. Ketika saya menutup halaman terakhir volume 2 (biografi Muhammad), saya sedih karena tiada lagi cerita yang tersisa dari hidupnya yang agung.
Sir George Bernard Shaw (The Genuine Islam,’ Vol. 1, No. 8, 1936.)
Jika ada agama yang berpeluang menguasai Inggeris bahkan Eropah – beberapa ratus tahun dari sekarang, Islamlah agama tersebut.” Saya sentiasa menghormati agama Muhammad karena potensi yang dimilikinya. Ini adalah satu-satunya agama yang bagi saya memiliki kemampuan menyatukan dan mengubah peradaban. Saya sudah mempelajari Muhammad sesosok peribadi agung yang jauh dari kesan seorang anti-kristian, dia harus dipanggil ’sang penyelamat kemanusiaan’ Saya yakin, apabila orang semacam Muhammad memegang kekuasaan tunggal di dunia moden ini, dia akan berhasil mengatasi segala permasalahan sedemikian hingga membawa kedamaian dan kebahagiaan yang diperlukan dunia:
Ramalanku, keyakinan yang dibawanya akan diterima Eropah di masa datang dan memang ia telah mulai diterima Eropah disaat ini. Dia adalah manusia teragung yang pernah memijakkan kakinya di bumi ini. Dia membawa sebuah agama, mendirikan sebuah bangsa, meletakkan dasar-dasar moral, memulai sekian banyak gerakan pembaruan sosial dan politik, mendirikan sebuah masyarakat yang kuat dan dinamik untuk melaksanakan dan mewakili seluruh ajarannya, dan ia juga telah merevolusi fikiran serta perilaku manusia untuk seluruh masa yang akan datang.
Dia adalah Muhammad (SAW). Dia lahir di Arab tahun 570 masihi, memulakan misi mengajarkan agama kebenaran, Islam (penyerahan diri pada Tuhan) pada usia 40 dan meninggalkan dunia ini pada usia 63. Sepanjang masa kenabiannya yang pendek (23 tahun) dia telah mengubah Jazirah Arab dari paganisme dan pemuja makhluk menjadi para pemuja Tuhan yang Esa, dari peperangan dan perpecahan antara suku menjadi bangsa yang bersatu, dari kaum pemabuk dan pengacau menjadi kaum pemikir dan penyabar, dari kaum tak berhukum dan anarki menjadi kaum yang teratur, dari keruntuhan moral. Sejarah manusia tidak pernah mengenal tranformasi sebuah masyarakat atau tempat sedasyat ini dan “bayangkan ini terjadi dalam kurun waktu hanya sedikit di atas DUA DEKAD.”
MICHAEL H. HART (THE 100: A RANKING OF THE MOST INFLUENTIAL PERSONS IN HISTORY, New York, 1978)
Pilihan saya untuk menempatkan Muhammad pada urutan teratas mungkin mengejutkan semua pihak, tapi dialah satu-satunya orang yang sukses baik dalam pandangan sekular maupun agama. (hal. 33). Lamar tine, seorang sejarawan terkemuka menyatakan bahwa: Jika keagungan sebuah tujuan, kecilnya fasiliti yang diberikan untuk mencapai tujuan tersebut, serta menakjubkannya hasil yang dicapai menjadi tolok ukur kegeniusan seorang manusia; siapakah yang berani membandingkan tokoh hebat manapun dalam sejarah moden dengan Muhammad?
Tokoh-tokoh itu membangun pasukan, hukum dan kerajaan saja. Mereka hanyalah menciptakan kekuatan-kekuatan material yang hancur bahkan di depan mata mereka sendiri. Muhammad bergerak tidak hanya dengan tentara, hukum, kerajaan, rakyat dan dinasti, tapi jutaan manusia di dua per tiga wilayah dunia saat itu; lebih dari itu, ia telah merubah amalan-amalan pemujaan, sesembahan, agama, fikiran, kepercayaan serta jiwa… Kesabarannya dalam kemenangan dan tujuannya yang dipersembahkan untuk satu tujuan tanpa sama sekali berhasrat membangun kekuasaan, sembahyang-sembahyangnya, dialognya dengan Tuhan, kematiannya dan kemenangan-kemenangan (umatnya) setelah kematiannya; semuanya membawa keyakinan umatnya hingga ia memiliki kekuatan untuk mengembalikan sebuah kepercayaan.
Kepercayaan yang mengajarkan ketunggalan dan keghaiban (immateriality) Tuhan yang mengajarkan siapa sesungguhnya Tuhan. Dia singkirkan tuhan palsu dengan kekuatan dan mengenalkan tuhan yang sesungguhnya dengan kebijakan. Seorang ahli falsafah yang juga seorang pemidato, pendakwah, perajurit, ahli hukum, penakluk idea, pegembali kepercayaan-kepercayaan rasional dari sebuah ajaran tanpa pengidolaan, pendiri 20 kerajaan di bumi dan satu kerajaan spiritual, ialah Muhammad. Dari semua standard bagaimana kehebatan seorang manusia diukur, mungkin kita patut bertanya: adakah orang yang lebih agung dari dia?”
LAMAR TINE, HISTOIRE DE LA TURQUIE, Paris, 1854, Vol. II, pp 276-277
“Dunia telah menyaksikan banyak peribadi-peribadi agung. Namun, dari orang orang tersebut adalah orang yang sukses pada satu atau dua bidang saja misalnya agama atau ketenteraan. Hidup dan ajaran orang-orang ini seringkali diselimuti kabut waktu dan zaman. Begitu banyak spekulasi tentang waktu dan tempat lahir mereka, cara dan gaya hidup mereka, sifat dan detail ajaran mereka, serta tingkat dan ukuran kesuksesan mereka sehingga sulit bagi manusia untuk mencontohi ajaran dan hidup tokoh-tokoh ini.
Tidak demikian dengan orang ini. Muhammad (SAW) telah begitu tinggi menggapai dalam berbagai bidang fikir dan perilaku manusia dalam sebuah episod cemerlang sejarah manusia. Setiap detik dari kehidupan peribadi dan ucapan-ucapannya telah secara tepat didokumentasikan dan dijaga dengan teliti sampai saat ini. Keaslian ajarannya begitu terjaga, tidak saja oleh kerana pembawaan yang dilakukan para pengikut setianya tapi juga oleh para penentangnya. Muhammad adalah seorang agamawan, reformis sosial, teladan moral, administrator massa, sahabat setia, teman yang menyenangkan, suami yang penuh kasih dan seorang ayah yang penyayang – semua menjadi satu. Tiada lagi manusia dalam sejarah melebihi atau bahkan menyamainya dalam setiap aspek kehidupan tersebut – hanya dengan keperibadian seperti dialah keagungan seperti ini dapat diraih.”
K.S.RAMAKRISHNA RAO, Professor Philosophy dalam bookletnya,
“Muhammad, The Prophet of Islam” Keperibadian Muhammad, hhmm sangat sulit untuk menggambarkannya dengan tepat. Saya pun hanya boleh menangkap sekilas saja: betapa ia adalah lukisan yang indah. Anda boleh lihat Muhammad seorang Nabi, Muhammad seorang pejuang, Muhammad seorang peniaga, Muhammad seorang negarawan, Muhammad seorang pendakwah ulung, Muhammad seorang pembaharu, Muhammad seorang pelindung anak yatim piatu, Muhammad seorang pelindung hamba sahaya, Muhammad seorang pembela hak wanita, Muhammad seorang hakim, Muhamad seorang pemimpin agama.
Dalam setiap perananya tadi, dia adalah seorang pahlawan. Di saat ini, 14 abad kemudian, kehidupan dan ajaran Muhammad tetap selamat, tiada yang hilang atau berubah sedikit pun. Ajaran yang menawarkan harapan abadi tentang ubat atas segala penyakit kemanusiaan yang ada dan telah ada sejak masa hidupnya. Ini bukanlah setakat dakwaan seorang pengikutnya tapi juga sebuah simpulan tak terelakkan dari sebuah analisis sejarah yang kritis dan tidak berat sebelah.
PROF. (SNOUCK) HURGRONJE:
Liga bangsa-bangsa yang didirikan Nabi umat Islam telah meletakkan dasar-dasar persatuan internasional dan persaudaraan manusia di atas bersifat yang universal yang menerangi bangsa lain. Buktinya, sampai saat ini tiada satu bangsa pun di dunia yang mampu menyamai Islam dalam pencapaiannya mewujudkan idea persatuan bangsa-bangsa. Dunia telah banyak mengenal konsep ketuhanan, telah banyak individu yang hidup dan misinya lenyap menjadi legenda. Sejarah menunjukkan tiada satu pun legenda ini yang menyamai bahkan sebahagian dari apa yang Muhammad capai.
Seluruh jiwa raganya ia curahkan untuk satu tujuan: menyatukan manusia dalam pengabdian kapada Tuhan dalam aturan-aturan ketinggian moral. Muhammad atau pengikutnya tidak pernah dalam sejarah menyatakan bahawa ia adalah putera Tuhan atau kelahiran semula Tuhan atau seorang jelmaan Tuhan dia selalu sejak dahulu sampai saat ini menganggap dirinya dan dianggap oleh pengikutnya hanyalah sebagai seorang pesuruh yang dipilih Tuhan.
THOMAS CARLYLE in his HEROES AND HEROWORSHIP
(Betapa menakjubkan) seorang manusia sendirian dapat mengubah suku-suku yang saling berperang dan kaum nomad menjadi sebuah bangsa yang paling maju dan paling berperadaban hanya dalam waktu kurang dari dua dekad. “Kebohongan yang dipropagandakan kaum Barat yang diselimutkan kepada orang ini (Muhammad) hanyalah mempermalukan diri kita sendiri. Sesosok jiwa besar yang tenang, seorang yang mahu tidak mahu harus dijunjung tinggi. Dia diciptakan untuk menerangi dunia, begitulah perintah Sang Pencipta Dunia.
EDWARD GIBBON and SIMON OCKLEY speaking on the profession of ISLAM write:
Saya percaya bahawa Tuhan adalah tunggal dan Muhammad adalah pesuruh-Nya adalah pengakuan kebenaran Islam yang simple dan seragam. Tuhan tidak pernah dihinakan dengan pujaan-pujaan kemakhlukan; penghormatan terhadap Nabi tidak pernah berubah menjadi pemujaan berlebihan; dan prinsip-prinsip hidupnya telah memberinya penghormatan dari pengikutnya dalam batas-batas akal dan agama
(HISTORY OF THE SARACEN EMPIRES, London, 1870, p. 54).
Muhammad tidak lebih dari seorang manusia biasa. Tapi ia adalah manusia dengan tugas mulia untuk menyatukan manusia dalam pengabdian terhadap satu dan hanya satu Tuhan serta untuk mengajarkan hidup yang jujur dan lurus sesuai perintah Tuhan. Dia selalu menggambarkan dirinya sebagai hamba dan pesuruh Tuhan dan demikianlah juga setiap tindakannya.
SAROJINI NAIDU, penyair terkenal India (S. Naidu, IDEALS OF ISLAM, vide Speeches & Writings, Madras, 1918, p. 169):
Inilah agama pertama yang mengajarkan dan mempraktikkan demokrasi; di setiap masjid, ketika azan berkumandang dan jemaah telah berkumpul, demokrasi dalam Islam terwujud lima kali sehari ketika seorang hamba dan seorang raja berlutut berdampingan dan mengakui: Allah Maha Besar… Saya terpukau lagi dan lagi oleh kebersamaan Islam yang secara naluri membuat manusia menjadi bersaudara.
DIWAN CHAND SHARMA:
Muhammad adalah dipenuhi kebaikan, pengaruhnya dirasakkan dan tak pernah dilupakan orang-orang terdekatnya. (D.C. Sharma, THE PROPHETS OF THE EAST, Calcutta, 1935, pp. 12)
James A. Michener, “Islam: The Misunderstood Religion,” in READER’S DIGEST (American edition), May 1955, pp. 68-70.
Muhammad, seorang inspirator yang mendirikan Islam, dilahirkan pada tahun 570 masihi dalam masyarakat Arab penyembah berhala. Yatim semenjak kecil dia secara khusus memberikan perhatian kepada fakir miskin, yatim piatu dan janda, serta hamba sahaya dan kaum lemah. Di usia 20 tahun, dia sudah menjadi seorang usahawan yang berjaya, dan menjadi pengelola perniagaan seorang janda kaya. Ketika mencapai usia 25, majikannya melamarnya. Meskipun usia perempuan tersebut 15 tahun lebih tua Muhammad menikahinya dan tetap setia kepadanya sepanjang hayat isteri.
Seperti dengan para nabi lain, Muhammad memulai tugas kenabiannya dengan sembunyi2 dan ragu2 kerana menyedari kelemahannya. Tapi Baca adalah perintah yang diperolehnya, -dan meskipun sampai saat ini diyakini bahwa Muhammad tidak pamdai membaca dan menulis dan keluarlah dari mulutnya satu kalimat yang akan segera mengubah dunia: Tiada tuhan selain Allah. “Dalam setiap hal, Muhammad adalah seorang yang mengedepankan akal. Ketika puteranya, Ibrahim, meninggal disertai gerhana dan menimbulkan anggapan ummatnya bahwa hal tersebut adalah wujud rasa sedih Tuhan kepadanya, Muhammad berkata:
Gerhana adalah sebuah kejadian alam biasa, adalah suatu kebodohan mengkaitkannya dengan kematian atau kelahiran seorang manusia. “Sesaat setelah ia meninggal, sebagian pengikutnya hendak memujanya sebagaimana Tuhan dipuja, akan tetapi pengganti kepemimpinannya (Abu Bakar) menepis keinginan ummatnya itu dengan salah satu pidato agama terindah sepanjang masa: Jika ada diatara kalian yang menyembah Muhammad, maka ketahuilah bahawa ia telah meninggal. Tapi jika Tuhanlah yang hendak kalian sembah, ketahuilah bahwa Ia hidup selamanya. (Ayat berkaitan: Q.S. Al Imran, 144)
W. Montgomery Watt, MOHAMMAD AT MECCA , Oxford , 1953, p. 52.
Tabahnya menempuh tentangan atas keyakinannya, ketinggian moral para pengikutnya, serta pencapaiannya yang luar biasa semuanya menunjukkan integritinya. Mengira Muhammad sebagai seorang penipu hanyalah memberikan masalah dan bukan jawapan. Lebih dari itu, tiada gambaran hebat yang digambarkan begitu buruk di Barat selain Muhammad
Annie Besant, THE LIFE AND TEACHINGS OF MUHAMMAD, Madras, 1932, p. 4.
“Sangat mustahil bagi seseorang yang mempelajari karakter Nabi Bangsa Arab, yang mengetahui bagaimana ajarannya dan bagaimana hidupnya untuk merasakan selain hormat terhadap beliau, salah satu utusanNya. Dan meskipun dalam semua yang saya gambarkan banyak hal-hal yang terasa biasa, namun setiap kali saya membaca ulang kisah-kisahnya, setiap kali pula saya merasakan kekaguman dan penghormatan kepada Guru Bangsa Arab tersebut.”
Bosworth Smith, MOHAMMAD AND MOHAMMADANISM, London , 1874, p. 92.
Dia adalah perpaduan Caesar dan Paus; tapi dia adalah sang Paus tanpa pretensinya dan seorang caesar tanpa Legionnairenya (kepercayaan Kristian) : tanpa tentera, tanpa pengawal, tanpa istana, tanpa pengahasilan tetap; jika ada seorang manusia yang pantas untuk berkata bahawa dialah wakil Tuhan penguasa dunia, Muhammad lah orang itu, karena dia memiliki kekuatan meski ia tak memiliki segala peralatan atau penyokongnya.
John William Draper, M.D., L.L.D., A History of the Intellectual Development of Europe, London 1875, Vol.1, pp.329-330
Empat tahun setelah kematian Justinian, pada 569 AD, telah lahir di Mekkah Arabia seorang manusia yang sangat besar pengaruhnya terhadap ummat manusia
John Austin, “Muhammad the Prophet of Allah,” in T.P.. ’s and Cassel ’s Weekly for 24th September 1927 .
Dalam kurun waktu hanya sedikit lebih dari satu tahun, ia telah menjadi pemimpin di Madinah. Kedua tangannya memegang sebuah tuas yang siap menggoncang dunia.
Professor Jules Masserman
Pasteur dan Salk adalah pemimpin dalam satu bidang intelektual. Gandhi dan Konfusius pada hal lain serta Alexander, Caesar dan Hitler mungkin pemimpin pada kategori kedua dan ketiga . Jesus dan Buddha mungkin hanya pada kategori kedua. Mungkin pemimpin terbesar sepanjang masa adalah Muhammad, yang sukses pada ketiga kategori tersebut. Dalam skala yang lebih kecil Musa melakukan hal yang sama.