20 Jan 2014

[VIDEO] Haji Hadi: Arab Saudi Diperguna AS & Eropah Jaga Kepentingan Israel


Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan kerajaan Arab Saudi menjadi alat kepada Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah untuk menjaga kepentingan Israel di Timur Tengah.

Menurut Presiden PAS itu, pergolakan berpanjangan akibat perbezaan mazhab di negara Islam sebenarnya adalah hasil plot terancang negara Barat dengan mempergunakan Arab Saudi untuk melebarkan pengaruhnya di negara Islam.

“Arab Saudi sudah dipengaruhi oleh permainan politik AS dan negara Eropah,” kata Abdul Hadi kepada saluran televisyen satelit Press TV pada Sabtu.

“Saudi dan negara Arab lain menjadikan negara mereka sebagai pangkalan Barat. Mereka lakukan ini bukan untuk menyokong Islam tetapi untuk meluaskan kuasa.”

Menurut Abdul Hadi, beliau kesal kerajaan Arab Saudi menjadi alat untuk menjaga kepentingan Israel dan negara Barat malah Malaysia juga tidak terkecuali dalam hal tersebut.

“Ia merupakan plot Barat untuk menjaga kepentingan mereka dan Israel dengan menggunakan agama sebagai alat permainan ini dengan menggunakan orang media dan tokoh politik. Malaysia turut dipengaruhi hal ini,” kata Abdul Hadi.

Menurut Abdul Hadi, perbalahan di antara negara Islam di Timur Tengah adalah untuk memastikan keselamatan Israel terus terjamin.

Katanya ini juga berlaku kerana AS, negara Eropah dan Israel cemburu dengan kemajuan dicapai negara Islam seperti Iran.

Manurut ahli Parlimen Marang itu, ulama dan tokoh agama di Malaysia sudah mengadakan persidangan serta mengeluarkan kenyataan dalam memberikan kesedaran berhubung isu tersebut.

Malaysia tidak terkecuali dalam “permainan” ini dengan berlakunya perbalahan mazhab sehingga menimbulkan ketegangan kepada masyarakat Islam di negara ini.

Dalam ucapan penggulungan semasa Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan kepada orang nombor dua PAS kerana dikatakan mengamalkan ajaran Syiah.

Tidak berapa lama selepas itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhollah Musawi al Khomeini.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu merupakan orang yang dimaksudkan Ahmad Zahid.

Dalam reaksinya Mohamad mengatakan beliau sememangnya mengagumi ketokohan Imam Khomeini akan tetapi tidak mengakui menganut fahaman Syiah. -TMI


Siapa Sangka Dari Seorang Pengedar Dadah Kini Zul Hafaz 30 Juz Al-Quran...

ZUL menceritakan semula dosa silam sebagai pengedar dadah sebelum insaf dan kini mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Sepang: “Hidayah itu milik Allah. Dulu saya seperti raja di ibu kota. Saya kaya menerusi kegiatan mengedar dadah dengan pendapatan kira-kira RM5,000 sehari, malah disebabkan prestasi jualan tinggi, saya dibekalkan pistol oleh pihak sindiket. Saya tak takut sesiapa pun.

“Namun, kini saya rasa terlalu kerdil dan gerun mengenangkan dosa silam. Moga Allah ampunkan saya,” itulah pengakuan bekas seorang pengedar dadah juvana yang kini sudah menghafaz 30 juzuk al-Quran selepas dia menemui sinar keinsafan dan kini membuka pusat tahfiz al-Quran.

Menceritakan semula sejarah hitam hidupnya, pemuda berusia 24 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Zul itu berkata, dia terjerumus dalam kegiatan pengedaran dadah pada 2004 seawal usia 15 tahun dan berada dalam ‘prestasi’ kemuncak hanya dalam tempoh tiga tahun kemudian sebelum diberkas keluarganya sendiri.

Menurutnya, sekarang dia bersyukur hidupnya dalam lingkungan dan berpendirian berdasarkan al-Quran, namun setiap kali membaca ayat suci khususnya terjumpa surah menyentuh perbuatan dimurkai Allah, dia gerun mengingati dosanya termasuk merosakkan orang dengan najis dadah.

Selain itu, sebelum ini dia juga kaki perempuan, minum arak dan melakukan pelbagai pelakuan mungkar lain.

[VIDEO & GAMBAR] Kumpulan "Bughah" UMNO Belasah Orang Awam


Umno balas “flash mob kangkung” dengan bertindak ganas, kata Adun PKR

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk dari PKR Lee Khai Loon yang dikecam Umno gara-gara tarian parodi “flash mob” kangkung minggu lalu mendakwa pengikut parti itu bukan sahaja bertindak ganas malah turut memainkan isu perkauman dan agama sebagai serangan balas kepada Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, biarpun menghormati hak berhimpun bagi Umno dan pengikutnya, tindakan ganas memukul dua orang awam dalam kejadian pagi tadi merupakan perkara yang amat dikesali.

Selain menjulang sepanduk yang berunsurkan provakatif, Lee berkata pengikut Umno juga memainkan isu rusuhan 13 Mei sambil melaungkan kenyataan rasis dan keagamaan.

"Saya menghormati hak berhimpun dan berdemo untuk Umno dan penyokongnya akan tetapi, tindakan mereka yang seringkali mengambil langkah yang ganas serta kasar dalam demonstrasi mereka amat dikesali.

"Salah satu contoh risalah memanggil orang ramai menghadiri demonstrasi di mana menunjukkan seorang lelaki yang membawa senjata parang malah bahasa tertera dalam risalah berkenaan juga berbau ugutan dan provokasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Lee itu mengulas mengenai dua siri bantahan yang diadakan pengikut Umno pada semalam di Bandar Sunway Seberang Jaya dan pagi ini di Alma, Pulau Pinang, di hadapan pusat khidmat masyarakatnya.

Beliau turut kesal apabila “flash mob kangkung” yang dianjurkannya itu biarpun diadakan secara aman dan kreatif diputarbelit oleh Umno.

Tambahnya tindakan Umno itu yang mencemarkan bantahan itu dengan kegananasan dan kekerasan menyebabkan politik negara ini telah mundur ke belakang.

"Demonstrasi Umno yang berlangsung di Bandar Sunway Seberang Jaya malam tadi serta Pusat Khidmat Masyarakat saya pada pagi ini telah menunjukkan bahawa ugutan tentang rusuhan 13 Mei selalu diungkitkan kembali oleh pihak mereka.


"Matlamat gerakan kami adalah bertujuan untuk berbincang secara membina tentang isu-isu berkaitan dengan kehidupan harian rakyat, tetapi Umno dan penyokong mereka telah berulang-kali menjadikan sesuatu demonstrasi tersebut kepada keganasan dan kekerasan dan hal ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja," katanya.

Lee pada masa sama mempertahankan tindakannya yang menganjurkan “flash mob” tersebut dengan menyatakan ia sebahagian daripada usaha membantah sikap tidak bertanggungjawab kerajaan persekutuan yang tidak ke atas siri kenaikan harga barangan.

"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa bersatu hati membantah kenaikan harga barang serta cukai GST supaya fokus perjuangan rakyat tidak dialihkan oleh segelintir ahli politik perkauman sempit," katanya.

Pada Rabu lalu, Lee menganjurkan parodi “flash mob kangkung” disertai hampir 15 orang di Alma Bukit Mertajam sebagai bantahan kepada kenaikan harga barang.

Kumpulan tersebut berhimpun di tengah laluan trafik sesak sambil melakukan adegan menyumbat kangkung ke dalam mulut ternganga replika Najib sambil diiringi lagu kanak-kanak yang diubahsuai iaitu “Lenggang-Lenggang Kangkung”.

Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan ahli partinya dengan berkata terdapat perbuatan teruk dilakukan Umno berbanding dengan “flash mob” tersebut. -TMI

SAMSENG PRO KANGKUNG BELASAH WARGA YANG TIDAK BERSALAH DEPAN PUSAT KHIDMAT ADUN


Sekumpulan penyokong Pro Kangkung kelmarin diberitakan telah membelasah seorang warga yang tidak bersalah ketika membuat demo haram tanpa permit didepan Pusat Khidmat ADUN PKR Machang Bubuk.

Apalah kita nak hairan rakyat yang bertaraf kangkung bertindak ...

Anggota Umno Pulau Pinang dan sekutu mereka hari ini menganjurkan sebuah lagi perhimpunan membantah flash mob wakil rakyat PKR yang menyindir kenyataan 'kangkung' perdana menteri di Bukit Mertajam.

Kali ini, peserta himpunan itu membakar patung dengan gambar Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Khai Loon.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga meludah dan memijaknya.

Bila himpunan dianjurkan oleh Umno, maka ia secara automatik menjadi himpunan aman. Akta Perhimpunan Aman menetapkan notis sepuluh hari sebelum sebuah perhimpunan boleh dianjurkan.

Tapi Himpunan Pertahankan Najib ini tercetus selepas ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon menyumbat kangkung ke dalam mulut replika PM tiga hari lalu. Ini bermakna belum sampai seminggu pun himpunan ini dirancang.


Tapi biasalah, faham-faham sahajalah, Umno buat apa pun halal. Dulu kata himpunan jalanan bukan budaya kita kononnya, tapi bila Umno berhimpun terus himpunan jalanan diangkat jadi adat Melayu kah kah kah...








ULASAN GB

Ada beberapa isu yang timbul ekoran insiden di atas.

Pertama, polis perlu menjawab mengenai "perhimpunan" yang selama ini mmenurut polis perlu memerlukan notis 10 hari sebelum sebarang perhimpunan diadakan. Sekarang apakah mereka yang menganjurkan perhimpunan Pro-Kangkung itu sudah membuat notis tersebut sedangkan flashmob yang dibantah berlaku hanya 3 hari sebelum mereka melakukan perhimpunan?

Kedua, kepada Mufti yang sebelum ini menyatakan perhimpunan aman TURUN sebagai "bughah" (pemberontak) sedangkan perhimpunan TURUN dahulu lansung tidak ada pemberontakan dan lansung tidak ada unsur menggugat keselamatan awam. Tetapi perhimpunan UMNO pro-kankung kelmarin jelas memrupakan satu "pemeberontakan" yang mengancam keselamatan orang awam. Bukankah itu lebih jeloas "bughah"nya?

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Si bughah yang sebenar akan tetap terhukum sekalipun pihak berkuasa melindungi mereka.

Selepas Noorjan, "Permaisuri' Dari Seri Kembangan Pula Tuntut Takhta Kesultanan Melaka

Melaka: Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya Sultan Melaka dan kini berada dalam tahanan polis bukan satu-satunya individu yang bersaing untuk merebut takhta di negeri itu.

Seorang 'permaisuri' dari Seri Kembangan, Selangor telah melabelkan Raja Noor Jan Shah sebagai berlagak semata-mata dan mendakwa suaminya, anak kelahiran Melaka berusia 48 tahun yang sepatutnya mewarisi takhta Kesultanan Melayu Melaka. Gambar hiasan.

Bonda Ratu Kuasa Alam Tan Sri Sharifah Norlaini Kesemua Dinegeret (Ratu Kepulauan Melayu), warga Indonesia dengan keturunan Turki- Acheh itu juga menuntut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron memberikan ikrar taat setia kepadanya dan mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai beliau untuk membincangkan bagaimana untuk memulihkan Kesultanan Melayu Melaka yang telah berlalu.

Dia membuat percubaan pertama untuk bertemu Idris di pejabatnya di Seri Negeri di sini dua minggu lalu, tetapi tidak berjaya.

Hidhir Yusof, yang mendakwa dirinya sebagai pembantu peribadi 'permaisuri' berkata ratu mempunyai kuasa luar biasa dan memberi amaran bahawa dia boleh membuat sumpahan ke atas Melaka jika marah.

"Dia boleh memanggil ribut angin dan hujan yang tidak berhenti-henti jika tidak dapat menahan kesabarannya.

"Oleh itu, lebih baik ketua menteri bertemu dengannya dan mendengar rahsia Kesultanan Melaka yang tidak sabar-sabar untuk didedahkan kepada beliau," kata Hidhir ketika dihubungi, Sabtu.

Ketika ditemui, Idris mengakui bahawa 'permaisuri' tersebut dan Hidhir cuba untuk bertemu beliau di pejabat.

"Mereka datang dan bertemu saya untuk membincangkan mengenai Kesultanan Melaka pada masa kita telah berusaha memberantas royalti palsu di Melaka.

"Saya memberitahu mereka bahawa saya sibuk dengan kerja dan meminta mereka untuk bertemu pembantu saya jika mereka mempunyai apa-apa perkara kukuh untuk berbincang," kata Idris yang menambah bahawa darjah kebesaran yang diberikan selain daripada Gabenor Melaka dianggap tidak sah taraf, dan penerima anugerah tersebut akan dihalang oleh kerajaan daripada menerima apa-apa gelaran asal. -mstar

ULASAN GB

Nampaknya semakin ramai orang yang yang "longgar skru dalam kepala"nya menuntut hak kesultanan Melaka di zaman Idris Harom mengambil-alih kerajaan negeri Melaka.

Apakah ini juga memberi erti bahawa kerajaan negeri Melaka sekarang ini dipimpin oleh kalangan yang serupa keadaannya? Wallahu alam....