"Parti Keadilan, DAP dan juga TG Nik Aziz tidak menerima konsep tersebut (Kerajaan Perpaduan). Kerajaan Perpaduan diantara PKR, PAS dan DAP, kita sudah ada Pakatan Rakyat," tegas beliau.
DAP mempertikaikan kenyataan Presiden PAS yang Pakatan Rakyat telah memberi "reaksi positif" terhadap penubuhan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional.
PKR melalui Timbalan Presidennya, Syed Husin Ali pula berkata Pakatan Rakyat tidak pernah bersetuju dengan kerajaan perpaduan yang membabitkan Umno.
Beliau berkata, setahunya, majlis kepimpinan Pakatan - yang turut dianggotainya - tidak pernah memberi persetujuan terhadap idea tersebut.
Malah, katanya, majlis tersebut tidak pernah membincangkannya secara mendalam, walaupun beberapa bulan lalu, Abdul Hadi ada memberi penjelasan apabila ia dibangkitkan dalam mesyuarat majlis tersebut.
Kelab GB akan terus berusaha untuk mendedahkan kebenaran mengenai Kerajaan Perpaduan ini yang diputarbelitkan kononnya telah diterima oleh banyak pihak walhal ia telah ditentang oleh banyak pihak.
Nak pecat GB dari keahlian PAS kerana menentang gagasan Kerajaan Perpaduan? Silakan! Pecat semua yang menentang termasuk TGNA. Nak rekomen kepada Menteri Dalam Negeri supaya GB ditahan di bawah ISA kerana anda berdua sudah ada hubungan baik dengan menteri UMNO? Silakan! tangkap semua 55% perwakilan muktamar yang menentang gagasan Kerajaan Perpaduan dan 5,000 ahli yang bertepuk gemuruh apabila TGNA menyatakan Kerajaan perpaduan adalah menngarut!