11 Sep 2011

Jangan Ubah Fakta Sejarah - Suruh Najib Beri Amaran Juga Kepada Prof Zainal Kling & MPN

Jangan Ubah Fakta Sejarah:Najib

BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengingatkan agar mana-mana pihak tidak cuba mengubah fakta sejarah dan mengagung-agungkan pengganas komunis.

Beliau berkata komunis zaman dahulu sememangnya zalim dan mencengkam kehidupan rakyat kerana ideologi mereka tidak memihak kepada rakyat, anti agama dan zalim.

"Sebab itulah kita menentang komunis pada zaman itu kerana mereka bertindak kejam di bumi bertuah ini," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di sini.

Perdana Menteri berkata komunis tidak memberi rakyat Malaysia demokrasi, sebaliknya kerajaan yang memerintah ketika ini menghormati proses demokrasi.

"Sebab itu adakala kita menang dan adakala kita kalah tetapi kita harap menang lebih banyak dari kalah," katanya.

Najib berkata komunis pada masa dahulu berbeza dengan komunis zaman sekarang kerana komunis zaman dahulu tidak memberi hak kekayaan peribadi kepada rakyat.

"Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat.

"Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan sekarang menghormati suara rakyat, mengamalkan kesederhanaan dan tidak ekstrem.

Beliau berkata rakyat negara ini perlu bersyukur kerana telah memilih pemimpin yang begitu kukuh dalam meletakkan dasar negara yang kena pada tempat dan masa.

Katanya dua faktor yang meletakkan kejayaan negara ialah pemimpin terdahulu meletakkan dasar yang berpandangan jauh dan mempunyai wawasan.

"Setiap era kita ada pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan dalam membuat keputusan dan tindakan," katanya.

Najib berkata sebagai contoh dalam usaha mendapatkan kemerdekaan negara, pemimpin dahulu memilih jalan rundingan kerana mereka mahu penjajah keluar daripada negara ini.

"Kita memilih jalan rundingan dan muafakat untuk memuafakat dan kita tunjukkan kepada British yang kita tidak rela dijajah," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Najib perlu bagi amaran yang sama kepada Prof Zainal Kling dan Majlis Professor Negara yang baru-baru ini cuba memusingkan fakta sejarah bahawa tanah air kononnya tidak dijajah.

GB sudah mengulasnya beberapa kali. Petikan dari entri Kini Bukan Mat Sabu, Tapi UMNO Yang Nak Ubah Fakta Sejarah

Tetapi kini UMNO terasa begitu malu kerana sudah terbongkar bahawa mereka adalah talibarut penjajah, maka fakta sejarah itu hendak diubahnya sesuka hati untuk memadamkan rekod berkenaan.

Sejarah sebenar itu tetap wujud, seperti matahari yang bersinar sekalipun awan mendung hitam pekat cuba melindungi cahaya berkenaan.


Klik dan baca:

mpn

Cukai 6% Prabayar : Najib Lempar Batu Sembunyi Tangan

Sikap mudah lepas tangan dan menuding jari ke arah pihak lain untuk menyelamatkan diri sendiri yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin sukar dibendung mutakhir ini.

Terbaru, beliau mengelak dan mengaku tidak tahu-menahu mengenai cukai perkhidmatan 6 peratus ke atas pelanggan perkhidmatan prabayar yang akan berkuatkuasa pada 15 September depan.

Walhal, hal-hal percukaian jelas sekali urusan kerajaan dan ia adalah sesuatu yang memalukan kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

"Adalah tidak patut dan memalukan apabila seorang Perdana Menteri menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan kos prabayar yang ditanggung rakyat, sedangkan beliau sendiri dengan gahnya mengumumkan kenaikan cukai perkhidmatan dalam pembentangan belanjawan 2011 di Dewan Rakyat tahun lepas.

" Rakyat harus sedar bahawa cukai perkhidmatan 6 peratus ke atas perkhidmatan telekomunikasi termasuk kad prabayar adalah cukai kerajaan.

" Cukai ini adalah milik kerajaan sepenuhnya dan tidak ada satu sen pun yang masuk poket mana-mana pihak lain, yang hanya bertanggungjawab mengutip cukai ini bagi pihak kerajaan. Setiap tahun, dianggarkan kerajaan mengutip sehingga RM750 juta daripada pembelian kad prabayar oleh rakyat Malaysia,"
kata Rafizi dalam satu kenyataan media.

Jelasnya lagi, walaupun beliau berpendapat tindakan syarikat telekomunikasi (Telco) menaikkan kos kad prabayar adalah tidak munasabah memandangkan syarikat itu telah mengaut keuntungan yang tinggi, namun katanya adalah adil untuk mengetahui bahawa ia dinaikkan kerana kerajaan telah meningkatkan cukai perkhidmatan.

"Kerajaan tidak boleh berdolak dalih dalam melaksanakan dasar percukaiannya.

"Jika ia telah meluluskan undang-undang yang menetapkan semua perkhidmatan dikenakan cukai 6 peratus sebagai satu bentuk cukai penggunaan, ia tidak boleh secara diam-diam berharap cukai itu ditanggung oleh syarikat, kerana cukai perkhidmatan adalah satu bentuk cukai yang ditanggung oleh rakyat bagi tujuan mengawal penggunaan,"kata beliau.

Tindak-tanduk Najib ini juga katanya boleh mengeruhkan keadaan sehingga menyebabkan pentadbiran percukaian dan ekonomi negara kucar-kacir kerana kaedah percukaian yang berbeza dan kegagalan Najib sendiri untuk mengenalpasti di antara cukai langsung dan tidak langsung.

"Maka tidak hairanlah Perdana Menteri sehingga sekarang tidak berjaya mengembalikan keyakinan pasaran kepada dasar dan kepimpinannya,"ujar Rafizi.

"Tabiat Datuk Seri Najib Tun Razak juga berbahaya kerana ia memberi gambaran syarikat berlainan akan mendapat layanan berbeza walaupun undang-undangnya sama. Jika beliau mahu syarikat telekomunikasi menanggung cukai perkhidmatan 6 peratus, beliau juga perlu berlaku adil kepada semua.

Makanya, beliau wajar memberi arahan agar semua syarikat lain dari pelbagai industri, termasuklah industri penyiaran (Astro) hinggalah kepada industri makanan (KFC dan restoran mamak) juga perlu menanggung cukai perkhidmatan itu.

"Alang-alang beliau mahu menjadi jaguh rakyat, lebih baik beliau menghapuskan saja cukai perkhidmatan kerana beliau tidak ada hak untuk memberi arahan syarikat mana perlu menanggung cukai perkhidmatan. Tindakan itu akan menyebabkan sudah tidak ada beza di antara cukai perkhidmatan dan cukai pendapatan,"jelas beliau lagi.

Cukai langsung adalah cukai yang dipungut ke atas pendapatan dan keuntungan sesuatu pihak manakala cukai tidak langsung ialah cukai yang dikenakan ke atas penggunaan melalui cukai perkhidmatan dan barangan. -tvsnews



WASPADA: Matikan Enjin Kenderaan Anda Sebelum Keluar Kereta

Dua budak nyaris diculik

PONTIAN – Gara-gara tidak mematikan enjin kenderaan ketika berhenti membeli kuih di tepi jalan, seorang ibu muda nyaris kehilangan dua anak perempuannya apabila seorang lelaki tiba-tiba melarikan kenderaan tersebut di Pekan Nenas, di sini.

Bagaimanapun dia bernasib baik kerana kenderaan yang dipandu lelaki warga Nepal itu terbabas lalu merempuh tembok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mohd Yunos Sulaiman, kira-kira 800 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin berkata, kejadian berlaku pada jam 1.30 tengah hari kelmarin ketika wanita berusia 30-an itu berhenti membeli kuih tanpa mematikan enjin kenderaan jenis pacuan empat rodanya kerana dua anaknya berada di dalam.

“Tiba-tiba seorang lelaki warga Nepal menaiki kenderaan tersebut dan melarikannya dengan kedua-dua anak wanita itu yang berusia 9 dan 11 tahun berada di dalamnya,” katanya,

Menurut beliau, menyedari kenderaan dan kedua-dua anaknya dilarikan, wanita berkenaan cuba mengejar dengan menaiki kereta orang awam yang melalui jalan berkenaan.

“Bagaimanapun ketika sampai di hadapan asrama sekolah, kenderaan yang dipandu lelaki itu gagal dikawal lalu merempuh tembok sekolah berkenaan. Dia ditahan orang ramai yang berada di tempat kejadian,” katanya.

Zahaliman berkata, kedua-dua kanak-kanak itu selamat dan diserahkan kepada ibu mereka yang sampai ke tempat kejadian sejurus selepas itu.

“Lelaki tersebut yang mengalami kecederaan ringan akan disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya ketika melakukan perbuatan tersebut, lelaki berkenaan berada dalam keadaan mabuk.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika memberhentikan kenderaan dan pastikan enjin kenderaan dimatikan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Kalimat "Penjajah" Digunakan Oleh PM-PM Bukti Jelas Memang Malaysia Dijajah

Kolonial: Ucapan PM dari era Tunku sudah hujah ‘negara pernah dijajah’

Di sebalik kontroversi kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong, elemen yang menjadi polemik terbaru ialah sama ada negara ini pernah menjadi tanah jajahan Britain dan dijajah oleh kuasa asing.

Dua hari lalu, PAS mencabar Majlis Profesor Negara (MPN) terutama jurucakapnya Profesor Dr Zainal Kling agar menulis artikel atau buku ilmiah bagi mengemukakan cadangannya bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan pegawai yang berkhidmat semasa zaman kependudukan British tidak boleh disebut pegawai British.

PAS menegaskan cadangan yang dikemukakan oleh MPN khususnya beberapa profesor seperti Zainal, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan Prof Dr Ramlah Adam bukan satu perkara yang kecil, sebaliknya menyanggah tesis yang sudah diterima oleh ramai ahli akademik dalam mahupun di luar negara.

“Kependudukan British sebelum 31 Ogos 1957 di Tanah Melayu, rata-rata diterima oleh para ahli akademik sebagai penjajahan sama ada di Negeri-negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu tidak bersekutu manakala pentadbirannya disebut pentadbiran oleh British,” kata parti Islam itu.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider, pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata MPN kini sudah masuk perangkap Mohamad dalam isu terbaru ini.

“Kalau kita tak pernah dijajah buat apa sambut merdeka sampai habis jutaan ringgit? Dan lebih sedih lagi Tunku baru sahaja kehilangan gelaran. Sekarang dia cuma bapa kepada Tunku Ahmad Nerang dan adik-adiknya. Bukan lagi Bapa Kemerdekaan,” kata beliau mengulas perkembangan semasa.

Khoo dalam satu kenyataan Ahad lalu dan diulangi Jumaat lalu, antara lain berkata, kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan raja setiap kerajaan dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran, kedaulatan tetap pada raja.

“Maksudnya dari segi undang-undang, British tidak pernah menjajah kerajaan Melayu, hanya Negeri-Negeri Selat yang dikenali sebagai Tanah Jajahan Mahkota British,” kata beliau dalam satu temu bual dengan akhbar tempatan.

Bertolak daripada pandangan itu, timbul polemik antara tafsiran golongan pengkaji sejarah dan pemahaman rakyat jelata.

Rakyat jelata, bersumberkan buku-buku teks dan kenyataan ahli-ahli politik membentuk pemahaman bahawa negara ini dijajah oleh British.

Penelitian ucapan beberapa perdana menteri dan juga tulisan mereka menunjukkan negara ini dijajah oleh British dan beberapa kuasa Eropah yang lain.

Antara lain, dalam ucapan ketika upacara perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman antara lain berkata, “... hari ini satu bab baru dibuka dalam hubungan kita dengan Britai; status kolonial kita telah diberikan tempat sama rata yang penuh...”

Memoir terbaru bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjudul “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad” juga menyenaraikan perkataan kolonial atau penjajahan beberapa kali.

Maklumat yang diperoleh dari laman web pertubuhan Komanwel pula menyebut, “menerusi siri perjanjian antara 1983 dan 1930, pentadbir-pentadbir kolonial British menguasai hal ehwal luar sembilan kesultanan Melayu di Semenanjung.

Laman itu juga menyebut, “reaksi ke atas pemerintahan kolonial bermula awa abad ke-20.”


Dr Mahathir ketika membentangkan Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 juga menyebut soal British dan penjajahan.

Kata Dr Mahathir, “sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri-negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.”

“Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.

“Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana kemelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali,” kata bekas perdana menteru keempat ini.

Dalam ucapannya itu, beliau juga dipetik berkata, “di zaman penjajahan British, oleh kerana mereka boleh menaik atau menurunkan Raja, maka Raja menerima nasihat pemerintah kolonial. Perkara ini dimasukkan dalam perjanjian di antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu di mana nasihat `British Resident` atau `British Adviser` mesti dipohon dan dipatuhi oleh Raja melainkan berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi British, nasihat yang mesti dipatuhi oleh Raja tidaklah ganjil kerana dalam sistem kerajaan di Britain, `’King’ atau ‘Queen’ mereka mesti menerima nasihat kerajaan. Jika tidak, Raja akan diturunkan dari takhta. Oleh itu apabila King Edward VIII berkeras untuk berkahwin dengan seorang janda, baginda terpaksa turun dari takhta atas nasihat kerajaan, walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk tindakan ini. Yang dikuatkuasakan bukan undang-undang tetapi kepentingan politik negara, dan Raja-raja British memang akur kepada politik negara. Sebab itulah sebelum pun Parlimen British memutuskan supaya Queen Elizabeth membayar cukai pendapatan, Baginda sendiri baru-baru ini membuat keputusan untuk membayar cukai pendapatan. Perlembagaan British, walaupun tidak bertulis, dipatuhi daripada segi semangat dan adat.”

Dalam ucapan terakhir sebagai presiden Umno pada 2003, Dr Mahathir berkata, “kita telah dijajah oleh tiga kaum Eropah. Selama 450 tahun, kita telah berada di bawah pemerintahan penjajah. Sekarang kita dan negara-negara Asia yang lain berhadapan dengan kemungkinan dijajah sekali oleh mereka.”

Poin yang sama ditekankan dalam perutusan Hari Kebangsaan 2000. Kata Dr Mahathir, “berbanding dengan tempoh kita dijajah, kemerdekaan kita bukanlah lama. Empat puluh tiga tahun adalah amat pendek berbanding dengan lebih kurang 450 tahun kita dijajah. Setelah kejatuhan Melaka di tangan Portugis, kita dijajah oleh Belanda, British, Jepun dan juga Siam. Inilah sejarah kita yang terhina dan memalukan.

Malah katanya, “bagi anak watan nasib mereka adalah lebih buruk. Penjajah mengetepikan mereka dengan memilih jalan mudah membawa masuk orang luar untuk bekerja dan berniaga di Negeri-negeri Melayu. Dengan itu anak watan menjadi rakyat yang termiskin, rakyat kelas dua di negeri-negeri sendiri. Pada suatu masa bilangan mereka kurang daripada kaum pendatang.”

“Walaupun British berhak hanya menasihati Raja-raja Melayu, tetapi mereka mengambil alih sepenuhnya kuasa pentadbiran. Demikianlah apabila kita meminta pertolongan orang asing, kita hilang hak sama sekali. Segala urusan yang penting dibolot oleh orang asing sehingga orang Melayu hilang kepercayaan kepada kebolehan diri sendiri. Mereka tidak pernah secara serius dan terancang mencuba untuk membebaskan negeri-negeri mereka.”

Ucapan dasar Dr Mahathir pada Perhimpunan Agung Umno 2001 berkata, “penubuhan Umno sebagai parti politik pada tahun 1946 menandakan tamatnya hampir 450 tahun bangsa Melayu dan negeri-negeri Melayu dijajah.

Sebelum ini siapa sahaja boleh menjajah orang Melayu. Mereka tunduk kepada sesiapa sahaja. Portugis, Belanda, British, Jepun dan Siam pun semuanya diterima dan dihormati oleh orang Melayu sebagai tuan kepada mereka.

“Orang Melayu di zaman penjajah tidak bermaruah dan tidak bersemangat. Mereka anggap diri mereka sebagai manusia kelas dua dan mereka sedia menyerah apa sahaja kepada orang lain yang mereka percaya lebih berkebolehan daripada mereka. Pentadbiran negara, perniagaan dan perusahaan, kerja biasa pun semuanya diserah kepada orang asing.”

Dalam perutusan sambutan Hari Kebangsaan Ke-25 pada 1982 iaitu setahun selepas dilantik sebagai perdana menteri, Dr Mahathir memulakan ucapan dengan berkata, “Hari Kebangsaan kali ini merupakan peristiwa yang amat penting. Sambutan Jubli Perak ini menandakan sesuku abad kita telah merdeka, bebas dari belenggu penjajahan, dan sesuku abad kita menentukan nasib kita sendiri sebagai bangsa dan negara yang bebas dan berdaulat. Syukur, alhamdulillah, negara kita sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera dan terkawal, dan hari ini, kita dapat menyambut Jubli Perak negara kita dalam suasana aman dan bahagia.”

Pengganti beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam perutusan Hari Kebangsaan 2007 berkata, “kita menghargai semangat keyakinan yang berjaya disemaikan oleh para pejuang untuk membebaskan warga dari kongkongan pemikiran kolonialisme. Kita menghargai pemimpin pelbagai komuniti yang telah mempamerkan wawasan, hikmah dan ideal untuk membina gagasan yang kukuh lagi berpadu, gagasan yang adil lagi saksama, gagasan yang aman lagi makmur.”

Dalam ucapan dasar Perhimpunan Umno 2007, kata beliau, “rasa bimbang, rasa takut dan rasa terancam dalam minda Melayu berlaku apabila orang Melayu tidak mempunyai persediaan yang cukup. Selagi orang Melayu berfikiran kecil, selagi itulah orang Melayu berasa gentar kepada perkataan meritokrasi. Merasa diri kecil, merasa rendah diri, merasa gentar, merasa kurang upaya, adalah pemikiran beracun yang telah disuntik ke dalam minda Melayu, bermula dari era penjajahan.”

Datuk Seri Najib Razak, yang menggantikan beliau, dalam perutusan Hari Kebangsaan 2009, yang pertama sejak dilantik sebagai perdana menteri keenam berkata, “lima puluh dua tahun yang lalu, sekumpulan patriot negara yang diterajui oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-haj telah berjaya mencapai kemerdekaan negara setelah hampir lima kurun berada di bawah belenggu penjajahan.”

“Pascakemerdekaan kemudiannya menyaksikan tugas dan tanggungjawab untuk menentukan arah tuju tanah air yang satu ketika dahulu berada di dalam genggaman penjajah telah beralih ke tangan anak watan,” kata beliau.

Malah buku-buku teks sejarah negara ini masih menggunakan perkataan dan istilah penjajahan, bekas penjajah ataupun imperialisme dan kolonialsime, nampaknya ini memerlukan keseragaman penggunaan. -TMI

Amah Potong Kemaluan Majikannya

Seorang pembantu rumah warga Bangladesh yang dituduh memotong alat sulit majikannya dan membuangnya ke dalam tong sampah, menangis di mahkamah, semalam dan tuduhan itu.

Wanita berusia 26 tahun itu yang menangis sambil menutup mukanya ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di sebuah mahkamah Dubai.

Pendakwa raya menuduh suspek menyebabkan 40 peratus kecacatan kekal terhadap majikannya yang berusia 77 tahun selepas dia memotong alat sulit lelaki itu dengan pisau pencukur ketika majikannya mengarahkan suspek mengurut kemaluannya itu.

Ketika jurubahasa mahkamah menterjemahkan pertuduhan terhadapnya, suspek menangis. Dia menafikan melakukan perbuatan itu dan meminta supaya dihantar pulang ke negara asalnya.

Bagaimanapun, ketika disoal, suspek mengaku dia mengambil pisau cukur dari almari berhampiran dan memotong alat sulit majikannya selepas lelaki itu menyuruh dia mengurutnya.

“Dua hari sebelum saya ditahan, majikan merogol saya. Saya tidak dapat membela diri kerana dia mengancam untuk mengusir saya dari kediamannya. Keesokan harinya dia memperkosa saya sekali lagi.

“Pada hari kejadian, dia meminta saya mengurut alat sulitnya. Saya nampak pisau cukur di atas almari. Saya terus mengambil pisau cukur itu tanpa pengetahuannya. Saya kemudian mengurut alat sulitnya sebentar.

“Kemudian apabila mendapat peluang, saya mengerat alat sulitnya lalu ia jatuh ke lantai. Saya memungut dan membuangnya ke dalam tong sampah. Saya kemudian keluar dari biliknya dan bersembunyi di bilik lain
,” katanya.

Sementara itu, anak lelaki mangsa, dalam keterangannya berkata, dia terkejut mendengar bapanya menjerit kesakitan.

“Saya berlari keluar dari bilik dan melihat bapa duduk di kerusi dan bahagian bawah tubuhnya berlumuran darah. “Ketika saya tanya apa yang berlaku, dia berkata, pembantu rumah mengerat alat sulitnya. Saya kemudian menghalang suspek melarikan diri.

“Saya menghubungi polis dan bapa dibawa ke hospital dengan ambulans.” Laporan forensik polis Dubai menolak kemungkinan wanita itu menjadi mangsa serangan seksual sebelum kejadian berlaku. -Agensi

Ulasan GB

Mujur Robengah, si amah Indon tak kerat penis majikan yang merogolnya dahulu. Kalau kerat, baru majikannya itu tahu langit tinggi rendah tanpa penis lagi. Sekalipun kes tersebut semacam sudah tamat, namun GB percaya ia tetap akan terdedah juga satu hari nanti.

Berbalik kes di atas, majikan itu memang bersalah kerana merogol dan menyuruh amahnya mengurut kemaluannya. Tetapi kesilapan amah itu ialah, beliau tidak membuat laporan polis sewaktu pertama kali beliau dirogol. Dan kedua dia mengambil keputusan sendiri untuk memotong kemaluan majikannnya. Justeru itu ambil iktibar dari berita tersebut.

Berbinkan Bapa: Langkah Kerajaan Terengganu Diselar

Bakal rosak salasilah

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) membantah mekanisme yang dicadangkan kerajaan negeri Terengganu bagi membolehkan anak tak sah taraf didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan bin atau binti kepada nama bapa berikutan tidak bertepatan dengan hukum syarak.

Presidennya, Mohamad Isa Abd Ralip berkata, anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada nama bapa berikutan ia menyentuh soal menetapkan keturunan atau pertalian kekeluargaan berdasarkan hubungan darah yang sah iaitu menerusi ikatan perkahwinan yang ditetapkan syarak.

Katanya, jika dilakukan, ia akan merosakkan salasilah keturunan yang pasti akan bercampur dan akhirnya mengganggu proses membabitkan pewarisan harta, wali dan mahram.

“Mungkin tujuan cadangan ini baik iaitu memastikan anak yang tidak berbin atau berbintikan bapa itu nanti tidak mengalami gangguan emosi kerana masyarakat akan mengetahui mereka adalah anak hasil hubungan luar nikah.

“Namun, itu sebenarnya merujuk kepada kepentingan segelintir individu saja. Apa yang kita perlu ambil perhatian sebenarnya adalah mengenai kemaslahatan atau kepentingan dalam masyarakat,” katanya.

Menurut Mohamad Isa, hukum syarak sedia ada menetapkan bahawa anak tidak boleh dibin atau dibintikan dengan bapa itu termaktub dalam al-Quran dan bukan boleh diolah sewenang-wenangnya oleh manusia.

Katanya, hukum syarak mesti diberi perhatian terlebih dulu dan bukan pandangan masyarakat atau individu tertentu
.

“Kita melihat ini sebagai satu isu yang akan memberi masalah pada masa depan. Pada masa sekarang, sebilangan masyarakat masih ada rasa takut untuk melakukan maksiat walaupun kes mengenai perkara ini semakin meningkat.

“Namun, jika perkara ini dilaksanakan juga, kita khuatir masyarakat pada masa depan akan lebih berani untuk melakukan maksiat hingga melahirkan anak tidak sah taraf tanpa sedikit pun rasa takut,” katanya yang mahu cadangan itu diberi perhatian lebih teliti.

Beliau berkata, jika mahu menutup malu segelintir pihak, tidak mustahil pelaksanaannya nanti akan membuka ruang menjadikan jumlah anak tidak sah taraf semakin bertambah besar.

Kelmarin, kerajaan negeri Terengganu merumus mekanisme dengan kerjasama pelbagai agensi, termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan anak tidak sah taraf didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan bin atau binti bapa bagi mengelak kanak-kanak berkenaan menanggung tekanan emosi, terutama ketika mula bersekolah.

Nama bapa juga dicadangkan turut dicatatkan dalam kad pengenalan tetapi akan diikuti dengan satu kod rujukan ‘Seksyen 13’ bagi memudahkan jabatan dan agensi kerajaan berkaitan mengetahui status individu apabila kanak-kanak itu dewasa, terutama untuk proses akad nikah bagi pengantin perempuan.

Mekanisme cadangan itu diumumkan kerajaan negeri dalam mesyuarat khas ketua-ketua jabatan, Isnin lalu membabitkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), JPN negeri, Jabatan Mufti dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bagi mengelak tekanan emosi yang terpaksa dilalui anak tidak sah taraf.

Berdasarkan prosedur JPN kini, anak dilahirkan ibu yang bernikah kurang enam bulan perlu dibinkan Abdullah dan bukan nama bapa.

Berikutan mesyuarat itu, JPN bersetuju dengan cadangan itu dan akan membuat beberapa perubahan dalam akta sedia ada di Parlimen untuk dikuatkuasakan. -hm

WASPADA: Jangan Ambil Pil Selsema Melebihi Had

Tersilap makan pil

KOTA BHARU: Akibat tersilap makan pil selesema, seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Teknik, Pengkalan Chepa, di sini, terpaksa mendapatkan rawatan kira-kira empat jam di wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), kelmarin.

Nur Izzati Abdul Rahman, 17, dikejarkan pengurusan sekolah jam 3 petang kelmarin selepas anak sulung daripada enam beradik itu ditemui dalam keadaan tidak bermaya sebelum pengsan.

Mengulas kejadian yang menimpa anaknya, Abdul Rahman Abu Bakar berkata, dia dimaklumkan oleh isteri bahawa anaknya memakan ubat selesema pada petang kejadian.

Berikutan itu, dia terkena alahan terhadap ubat terbabit sebelum dikejarkan ke hospital dan dirawat di wad kecemasan.

“Saya difahamkan oleh gurunya, anak saya demam sejak Rabu lalu dan mungkin penyakit dialami tidak sembuh sebelum dijangkiti selesema, menyebabkan dia memakan dua biji pil sebelum menerima kesan alahan dan dikejarkan ke hospital,” katanya ketika ditemui di HRPZ, di sini, semalam.

Dia difahamkan, akibat kejadian itu, anaknya tidak sedarkan diri sejam sebelum stabil semula selepas menerima rawatan di wad kecemasan. -hm

Mohd Sabu Buat Laporan Polis Terima SMS Ugut Ahli Keluarganya Hendak Disimbah Asid

Kepala Batas: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah membuat laporan polis, mendakwa beliau dan ahli kerluarganya telah menerima pelbagai ugutan, ekoran laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia pada Ogos 27 berkenaan dengan insiden Bukit Kepong.Beliau membuat laporan tersebut di balai polis Kepala Batas jam 10.36 pagi semalam, lapor NST.

Di dalam laporannya, Mohamad mendakwa ketika beliau berada di rumahnya di Guar Petai, Tasek Gelugor jam 2 petang pada Ogos 27, selepas berita berkenaan diterbitkan, beliau telah menerima pelbagai ugutan dan ancaman dan telah dilabelkan sebagai seorang pro-komunis.

Salah satu ugutan dilaporkan datang melalui SMS dimana pengirimnya dikatakan mengugut untuk meyimbah asid kepada isteri dan anaknya.

Ayat dalam SMS yang didakwa mengancam keselamatan keluarganya itu berbunyi:

"Awak memang patut bertaubat. Cakap tanpa fakta... Awak pembohong, mulut celupar. Mungkin awak tak serik, jangan sampai ada masa akan (di)simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan awak.

"Batalkan segala debat. Sejarah adalah fakta bukan untuk didebat. Yang pasti awak putar alam."


Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, ACP Zulkifli Alias megesahkan menerima laporan polis tersebut dan menyatakan siasatan sedang dilakukan.

Beliau berkata kes itu dikelaskan di bawah Seksyen 507 Kanun Kesiksaan kerana ancaman jenayah dari individu yang tidak dikenali.

Sebelum ini, di dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur, Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguam terlebih dahulu dengan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin sebelum membuat laporan polis, malaysiakini dipetik.

"Polis kalau orang lain buat laporan, cepat sangat ambil tindakan. Kalau Mat Sabu buat report. silap-silap dia kena tangkap.

"Itu yang kita tengah bincang nak buat report atau tidak," kata Mohamed Hanipa yang menyifatkan kandungan SMS itu mengandungi unsur jenayah tersebut.

Sementara itu, harakahdaily pula melaporkan Mohd Sabu akan memenyaman akhbar Utusan Malaysia Isnin ini.

"Masanya dah tiba saya saman Utusan Malaysia sampai bankrap sesuai dengan fitnah yang sengaja diatur untuk menjatuhkan maruah saya sekaligus bertujuan melumpuhkan pengaruh PAS bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal," jelas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau ketika berucap di majlis mengutip dana Pondok Turith di Kampung Sekolah, Juru, Bukit Mertajam malam kelmarin menegaskan, masa yang diberikan kepada Utusan Malaysia selama 24 jam untuk menarik balik siaran muka depan ‘Mat Sabu hina pejuang' sudah berakhir dan saman akan bermula Isnin ini.

Katanya, semua maklumat telah pun diserahkan kepada peguam dan terserah kepada peguam beberapa tuntutan yang harus dikenakan selari dengan fitnah yang tidak henti-henti selama 15 hari berturut-turut.

Tambahnya, tindakan itu bukan untuk mencari kekayaan sebaliknya mahu pengamal media di negara ini bersikap adil dan telus dalam setiap penyiaran berita dan tidak mencipta cerita yang bukan-bukan semata-mata untuk mewujudkan prasangka yang tidak baik terhadapnya, PAS dan Pakatan Rakyat.

"Saya diluku sampai hari ini padahal ceramah saya dah lama dan banyak fakta yang direka merapu dan tak wujud.

“Saya tidak langsung diberikan peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar yang ada dalam TV, saya bercakap tak dak suara, macam itik," jelasnya disambut laungan Allahuakbar dan reformasi para hadirin.

Berceramah sama pada malam tadi ialah Pengarah Pilihan raya PAS Pulau Pinang, Rosidi Husain, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, Amirudin Ahmat.

Tahanan Dakwa Polis Belasah & Sapu Darah Di Lantai Ke Mukanya Guna Mop Lantai

Kuala Terengganu: “Saya terkilan dengan layanan diberikan anggota polis terhadap anak saya hingga menyebabkan dia cedera di muka dan mata kiri.

“Malah, anak saya turut lebam di kakinya selain patah satu batang gigi akibat ditendang anggota berkenaan ketika soal siasat, Rabu lalu,” kata Manap@Awang Ismail, 63, bapa kepada Mohd Azam Manap (gambar - NST pix), 31, yang mendakwa cedera dibelasah seorang anggota polis ketika dalam tahanan.

Sebelum ini, Mohd Azam yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan di rumahnya di Pekan Tepoh, di sini, jam 2.30 pagi Selasa lalu oleh sepasukan polis selepas dipercayai terbabit dalam satu kes curi.

Ketika menceritakan kejadian itu, Mohd Azam mendakwa insiden itu berlaku dalam tempoh 15 minit apabila dia ditendang beberapa kali.

“Saya bukan saja dibelasah tanpa belas, malah anggota terbabit turut menyapukan darah di lantai ke muka saya menggunakan mop lantai.

“Ketika itu ada beberapa orang dalam bilik berkenaan. Namun, hanya seorang membelasah saya. Dia hanya berhenti memukul selepas melihat keadaan saya tidak bermaya,” katanya ketika ditemui di pejabat Metro Ahad di sini, semalam.

Selain dipercayai terbabit dalam kes curi, Mohd Azam ditahan kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Bagaimanapun, Mohd Azam dibebaskan selepas diikat jamin Khamis lalu.

Akibat kecederaan itu, Mohd Azam mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan dirawat sebagai pesakit luar.

Menurut Manap, anggota berkenaan tidak sewajarnya menggunakan kekerasan ketika menjalankan soal siasat walaupun anaknya ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes curi.

“Sebagai bapa, saya sedih apabila anak saya diperlakukan sedemikian. Jika dia bersalah sekali pun, anggota berkenaan perlu mengikut undang-undang dan bukan bertindak sesuka hati.


“Mujur doktor memaklumkan keadaan anak saya tidak serius walaupun ketika ini penglihatannya ada kalanya kabur. Berikutan kejadian ini, saya membuat satu laporan di Balai Polis Kuala Terengganu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Saya tidak berniat mengeruhkan keadaan tetapi hanya mahukan keadilan, selain tidak mahu orang lain menerima nasib sama seperti anak saya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Ishak mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan. -hm

[Bergambar Dan Video] Ditinggal Orangtua, Kanak-Kanak Ini Menyusu Terus Dari Lembu

Kaok Roka: Seorang lelaki tua di Kemboja menyatakan, cucunya menyusu dengan seekor lembu sejak orangtuanya pergi ke Thailand untuk mencari nafkah.

Foto : Tha Sophat menyusu susu lembu (AP)

Um Oeung berkata, cucunya yang berusia 20 bulan, Tha Sophat mulai menyusu dengan lembu pada Julai lalu, setelah Sophat melihat anak lembu menyusui ibunya.

Pada awalnya, Oeung menghalang cucunya, namun lama kelamaan datuknya itu menyerah kalah ketika cucunya itu memberontak. Sophat pun menyusu kepada lembu selama satu atau dua kali sehari. Demikian seperti dipetik dari Associated Press, pada 10 September.

Sophat hidup bersama datuknya di Provinsi Siem Reap yang terletak di bahagian utara Kamboja semenjak orangtuanya pergi ke Thailand untuk mencari pekerjaan.

Oeung menyatakan, lembu tersebut tampak tidak keberatan ketika Sophat menyusu dengannya. Meski demikian Oeung sangat bimbang akan kesihatan cucunya yang menyusu dari lembu secara langsung.

Kerana di setiap susu lembu yang belum dimasak tentunya mengandungi bakteria.