28 Okt 2012

Mat Sabu Tolak Dakyah UMNO BN Kerusi Melayu Merosot Jika Pilih Pakatan Rakyat

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di beberapa kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) berjaya menambah bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berbanding jika kerusi itu dimenangi Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, ini suatu bukti nyata kemampuan PR untuk menambah suara orang Melayu/Islam di Parlimen berbanding BN.

"Ramai orang tidak sedar perkara ini kerana terpengaruh dengan propaganda Umno kononnya hanya parti itu yang memperjuangkan Melayu dan agama Islam.

Kita (PR) tak bagi propaganda kosong tetapi kita bagi bukti.


Apabila Dr Siti Mariah Mahmud (Pas) menang di Kota Raja, siapa yang dia kalahkan? SA Vigneswaran daripada BN.

Apabila Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (PKR) menang di Hulu Selangor, siapa yang dia kalahkan? (Datuk) G Palanivel daripada BN.

Apabila Fuziah Salleh (PKR) menang di Parlimen Kuantan, siapa yang dia kalahkan? (Datuk) Fu Ah Kiow daripada BN.

"Bagaimanapun kata Mat Sabu, apabila BN menewaskan PR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor menerusi P Kamalanathan yang mengalahkan Datuk Zaid Ibrahim (PKR), bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berkurangan.

“Parti mana yang menyebabkan suara Melayu semakin terhakis di Parlimen?

Ini menunjukkan Umno hanya menggunakan isu Melayu sebagai propaganda untuk menarik sokongan, bukan untuk membela orang Melayu seperti apa yang mereka uar-uarkan.


"Ini kerana mereka hanya bercakap tetapi tidak buat sedangkan PR buat dan ada bukti," katanya.

Mat Sabu berkata, apa yang berlaku di Kelantan yang 97 peratus penduduknya orang Melayu, ditindas dengan bermacam-macam cara hanya kerana negeri itu diperintah oleh Pas.

"Kalau betul nak bela Melayu, kena bantulah, bukan ditindas sejak sekian lama," katanya dalam ceramah bertajuk 'Selamatkan Malaysia”' anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjong Karang di sini, semalam

Mat Sabu turut menyentuh isu royalti minyak yang sepatutnya diterima oleh rakyat Kelantan tidak diberi sebagaimana perjanjian yang pernah dibuat, malah hasil minyak tersebut didaratkan di Songkhla, Thailand.

"Inikah yang dikatakan hendak membela nasib Melayu? Rakyat harus bersama Pas dan PR menumbangkan BN dalam PRU akan datang terutamanya di Parlimen Tanjong Karang untuk bantu kemenangan di Putrajaya,” katanya. -SH

Giliran Akhbar Tamil Pula Fitnah TGNA, PAS Tuntut Permohonan Maaf

Temerloh - Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menuntut akhbar harian berbahasa Tamil memohon maaf dan menarik balik laporan beritanya yang didakwa memfitnah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gambar: Tuan Ibrahim (tengah) bersama seorang penduduk India memegang akhbar yang didakwa mengeluarkan berita tidak benar mengenai Mursyidul Am Pas.

Menurutnya, laporan berkenaan menyiarkan kononnya Menteri Besar Kelantan itu sudah kecewa dengan DAP dan PKR yang banyak masalah, justeru mahu bertemu dengan BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Pas sangat kesal dan serentak dengan itu juga kita minta akhbar berkenaan segera mohon maaf atau berhadapan dengan saman kerana mengada-adakan cerita yang tidak benar ini.

“Mesej berita itu sangat mengelirukan masyarakat India kerana Tuan Guru tidak pernah bertemu dengan Najib dalam masa terdekat ini apa lagi mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Gambar Tuan Guru, (Datuk Seri) Najib dan (Datuk Seri) Adnan yang dipaparkan dalam berita berkenaan diambil dari album lama iaitu pada 30 September tahun lalu semasa pelancaran motosikal Modenas dan ECER di sebuah hotel di Kuantan,” katanya semasa bertemu penduduk sebuah taman perumahan, di sini.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, beliau membuat penjelasan itu setelah banyak menerima panggilan daripada kaum India yang bertanyakan kedudukan sebenar isu berkenaan yang disiarkan akhbar itu baru-baru ini.

“Kita kesal dengan cara penulisan berita itu yang membelakangkan etika kewartawanan kerana diambil tanpa sumber yang tepat dan bersifat rekaan,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, moral Pas dan Pakatan Rakyat boleh tercemar di mata masyarakat terutamanya kaum India yang berkemungkinan melihat pendirian Pas sebagai parti.

18 Kain Rentang Jelajah Merdeka Rakyat Dirosakkan!

Siri Jelajah Merdeka Rakyat hari ini diteruskan di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor biarpun terdapat cubaan mengganggu program tersebut sejak malam tadi terutamanya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim yang tiba dari Pulau Pinang malam tadi tiba di Pekan Sungai Besi, kira-kira 15 kilometer dari pusat bandaraya dan disambut ahli parlimennya yang juga Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan ahli parlimen Ampang yang juga timbalan pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin.

Menurut laman sosial Twitter KEADILAN, sebanyak 18 buah kain rentang sekitar Bandar Tun Razak dirosakkan dipercayai dilakukan samseng Umno yang diupah khas bagi mengganggu kelancaran program yang bermula dari jam 9 pagi tadi.

Dianggarkan seramai lebih seribu masyarakat setempat dari Bandar Tasik Selatan, Cheras dan Jalan Klang Lama turut hadir bagi menyambut ketibaan Anwar dan rombongannya dengan bas khas dua tingkat yang disewa khas Khalid.

Anwar dalam ucapannya menyifatkan sambutan di Bandar Tun Razak sebagai sesuatipu yang positif di samping menekankan pentingnya tidak melakukan tindak balas provokasi yang dilakukan Umno sejak berita mengenai van skuad sayang milik wanita parti itu kononnya disabotaj semalam.

Timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin yang juga pernah melakukan lawatan ke sini pada Julai lalu pun tidak mendapat sambutan semeriah ini menurut penduduk yang ditemui di majlis Anwar sebentar tadi. -jalanpulang

[BERGAMBAR] Sultan Kelantan Sendiri Sembelih "Lembu-lembu" Sempena Aidil-Adha


Kota Bharu: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menyempurnakan majlis korban di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, di sini, hari ini.

Baginda yang mengenakan baju T-shirt berwarna merah tiba di majlis tersebut kira-kira jam 12.15 tengah hari dengan diiringi pasukan keselamatan.

Turut menyertai baginda ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra, kerabat diraja Kelantan dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Acara tahunan kali ini menyaksikan sebanyak 49 ekor lembu dikorbankan sempena dengan sambutan Aidiladha.

Daripada jumlah tersebut, dua ekor disumbangkan oleh Sultan Kelantan dan seekor lagi oleh Tengku Mahkota.

Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Che Hamat Che Muda berkata, daging korban tersebut akan diagih-agihkan kepada fakir miskin melalui masjid-masjid di Kota Bharu dan Masjid Muhammadi.

"Dianggarkan 4,000 bungkus daging akan diagihkan bermula tengah hari ini," katanya kepada pemberita.

Pada majlis tersebut Sultan Kelantan turut mencemar duli menyempurnakan sendiri majlis tersebut termasuk menyembelih sendiri dua lembu korban disumbangkan baginda.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. -SH







AES: Satu Lagi Projek BN Merompak Rakyat - Sakmongkol

UMNO memimpin sebuah kerajaan yang angkuh dan sombong. Menteri kewangan nya sombong; dia engkar hadir di parlimen berdepan dengan penghujjahan ketua pembangkang. Ertinya, dia telah engkar memuliakan institusi parlimen dan memuliakan amanah yang rakyat Pekan beri pada nya. Demikian juga MP BN yang lain yang kencing berlari mengikut guru mereka kencing berdiri. Dia bongkak bila mengistiharkan bajet Pakatan tidak senilai dengan kertas dimana bajet tersebut dicitak.

Adakah PM dan Menteri kewangan kita buta bila Lapuran Odit Negara menyatakan bahawa pentadbiran kewangan negeri2 dibawah Pakatan lebih baik dari negeri yang ditadbir UMNO/BN? fakta nya ialah- bila Pakatan Rakyat buat janji, mereka ada track record untuk menyokong janji mereka. UMNO/BN hanya dapat mengemukakan rekod yang buruk.

Memang itulah perangai parti syaitan yang kita kenal. 2 sifat syaitan ialah engkar dan bongkak. Parti inilah sekarang menjalankan jenayah ekonomi merompak rakyat.

Apa yang berlaku pada Felda sebagai contoh, adalah suatu rencana dan pakatan jahat Najib merompak rakyat. Kalau tidak masakan dia meletakkan seorang perasuah sebagai pengerusi Felda dan menukar pegawai2 yang ada conscience dengan pegawai yang korap. Itu bermakna, angkara durjana yang di perlakukan keatas Felda adalah suatu yang premeditated- kalau dalam istilah undang2 criminal, mereka ada mens rea.

Bencana AES

Satu lagi rencana merompak ialah kerajaan meluluskan tender memasang dan mengutip denda keatas pemanduan laju menggunakan kamera AES. Ini kerja dan projek perompak yang malas untuk membalun rakyat.

Selama ini, kerta laju di denda oleh polis. Pendapatan lansung kedalam kocek kerajaan. Jika system yang ada memuaskan, mengapa perlu disubkontrakkan kepada pihak ke3 dan kerajaan berkongsi pula hasil kutipan? Kenapa beri kepada Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle Sdn Bhd?

Dua syarikat menggunakan dua system yang berlainan. Beta Tegap menggunakan system Australia dan Commercial Circle dengan system Germany. Menyeragamkan system ini macam mana? Adakah ia akan menambahkan kos kepada kerajaan?

Bukankan pihak Polis mempunyai 3000 lebih kamera diserata tempat? Apa jadi kepada kamera tersebut? Boleh tak polis jual secondhand untuk kita pasang di rumah2 supaya kita rasa lebih selamat.

Keadaan keselamatan dalam negeri kita sekarang tidak terjamin.

Berjuta warga asing yang ada rekod jinayah dan membawa penyakit yang sudah lama dibasmikan dinegara ini. sekarang ini jaga lah kesihatan keluarga kita sebab penyakit TB datang semula dibawa oleh warga asing.

Kamera AES merupakan satu lagi projek BN merompak dan menindas rakyat dan membocorkan pendapatan negara. Ianya keadah orang malas berfikir bagaimana mahu mengurangkan kemalangan jalan raya. Kemalangan jalan raya diselesaikan bukan dengan menghukum pemandu dengan kos yang tinggi tapi melalui cara mendidik rakyat etika memandu. Selama ini pun kamera Polis yang sedia ada mengenakan denda RM 300 atau lebih- adakah system yang ada mengurangkan kemalangan?

Kemalangan jalanraya mungkin disebabkan terlalu banyak kereta. Atau jalan tidak baik. Bolehkah bayaran denda yang banyak mengurangkan kemalangan? Jika demikian, baik naikkan harga kereta supaya tidak ramai yang boleh memiliki kereta.

Menteri Pengangkutan yang bingung mengatakan bahawa sistem AES ini sebetulnya dikehendaki oleh majority yang senyap atau silent majority. Kalau mereka senyap, macam mana menteri ini tahu apa yang mereka mahu? Yang mereka mahu ialah kerajaan berhenti dari merompak rakyat.

Kos projek ini ialah RM700juta. Kerajaan tak perlu belanja apa apa. Hanya kongsi untung denda. Bagaimana harga RM 700juta ini di perolehi? Kerajaan cuai kalau tidak mengodit angka ini.

Kerajaan hanya kongsi hasil denda bila RM700juta sudah di recover. Ertinya, setelah 2 syarikat ini recover RM 700juta , baru berkongsi pendapatan.

Soalan nya- boleh tak kita percaya kos nya RM700juta? 2 syarikat yang mendapat projek ini tidak mempunyai kemampuan mengadakan RM700juta. Adakah ini angka silap mata yang dikeluarkan entah dari mana dan pegawai kerajan yang sama bingung nya dengan menteri menerima bulat2 harga RM700juta?


Rakyat sudah masak dengan penipuan harga atau harga projek yang diUMNOkan. Rakyat masih ingat bagaimana kos membina PLUS yang RM3billion menjadi M6 billion. Dan setelah RM20 billion dikutip menerusi kutipan tol dan compenstation, pengendali TOL masih diberi lesen melanun rakyat?

RM700 juta amat mudah di ujudkan. Lantik orang tengah ala Perimekar Sdn Bhd suruh mereka lantik alih bahasa dari Mongolia - suruh alihbahasa ini deal dengan pembekal- dalam tempoh ulang alik ke Australia dan Germany, wakil dari syarikat orang tengah boleh memantat dengan pengalih bahasa.

Siap kerja, muncul depan menteri dan beritahu- boss kos nya RM 700 juta. Fringe benefits pun ada kalu bos mahu! Kemudian boleh letupkan dengan C4.

Cara kerajaan UMNO/BN memberi kontrak kepada 2 syarikat ini penuh dengan misteri. Mengapakah perlu nya butiran kontak, terma2 dan syarat2 tender ini di lindung dibawah Akta Rahsia Kerajaan( OSA)? Perkara yang menyentuh kepentingan rakyat kerana rakyat yang kena bayar, dirahsiakan dari pengetahuan mereka? Rakyat berhak mengetahui bagaimana kontrak yang akan mendenda mereka danmenyusahkan meraka disetujui oleh kerajaan?

Adakah laungan Najib mengenai ketelusan dan pertanggunjawaban hanya omongan kosong? Nampak nya begitulah. Najib memang suka bong!

Kerajaan yang membengkrapkan negara ini sepatutnya mempertahankan sumber pendapatan bukan mengkontrakkan nya. Kita diberitahu bahawa system penguatkuasaan otomatik boleh memberi pulangan sebanyak RM50billion setahun.

Jika demikian mengapa mahu kontrakkan?


Bukankah lebih baik menambahbaikkan system polis yang ada dengan 3000 lebih kamera nya? RM 50 billion wok, boleh menyebabkan cukai jalan dimansuhkan dan menutup semua syarikat kutipan tol dinegara kita ini.

Ini satu lagi projek BN untuk melanun dan merompak rakyat!

[BONGKAR] Penipuan SPR Terdedah Lagi, Kes Kejanggalan Tarikh Permohonan Pemilih


Satu demi satu penipuan SPR terbongkar, tetapi tidak pernah kita dengar SPR membuat pengakuan terbuka tentang penipuan yang mereka lakukan. Ada saja jawapan, ada saja alasan - sekalipun tidak menasabah - sekarang kita nak dengar apa pula "jawapan" SPR terhadap kes di atas.

Penipuan tetap penipuan. Allah akan tetap bantu kita untuk mendedahkan penipuan SPR itu.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, satu demi satu penipuan terbongkar. Walaupun rakyat boleh ditipu dan diprdaya, tetapi bodohnya SPR, Allah pun hendak ditipu dan dilawan.

Allah akan tetap bersama kebenaran dan keadilan kerana Dia Al-Haq (Yang Maha Benar) dan Dia Al-Adl (Maha Adil) sekalipun SPR cuba sedaya upaya untuk menipu seluruh rakyat jelata.

Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan. Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah. Petikan doa yang selalu GB siarkan:

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).