Putus hubungan jika PKR sertai gabungan baharu, kata PAS
PAS sedia menamatkan hubungan dengan PKR sekiranya parti itu bersetuju menyertai DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) membentuk satu pakatan pembangkang baharu, kata Datuk Dr Haron Din dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia.
Mursyidul am PAS itu dilaporkan berkata, kemungkinan pendirian itu dibuat selepas meneliti kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menggambarkan seolah-olah mahu memutuskan hubungan dengan parti Islam itu.
"Dengan keputusan itu maka akan terputuslah hubungan antara kedua-dua parti dan masing-masing bakal meneroka jalan sendiri selepas terbubarnya pakatan pembangkang.
“Kalau mereka hendak menubuhkan parti baharu, saya ucapkan selamat maju jaya,” katanya seperti dilaporkan edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia.
Haron berkata, pihaknya yakin PAS tetap kuat dan berdiri teguh memperjuangkan Islam walaupun sekumpulan ahlinya akan menubuhkan parti baharu GHB.
Katanya, ini kerana PAS pernah mengalami situasi sana melalui sejarah penubuhan Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim).
"Semoga GHB tidak tinggal harapan sahaja dan masa akan menentukan. Jika umur kita panjang, kita akan melihat apa yang berlaku seterusnya," katanya.
Anwar dalam kenyataan pada 24 Jun lalu membayangkan penubuhan pakatan baharu yang merangkumi semua kumpulan progresif termasuk Bersih, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan GHB.
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, PAS tidak akan dilibatkan dalam pakatan baharu tersebut kerana parti Islam itu menjadi punca kematian Pakatan Rakyat. -TMI
ULASAN GB
Sewajarnya PAS bersendirian. Sebab golongan ulama dalam PAS sudah merasa kuat. Sudah merasa cukup. Tak perlu sokongan dan bantuan parti lain, malah tak perlu sokongan dan penyertaan kumpulan professional.
Setelah berpatah arang berkerat rotan dengan DAP, PAS cuba menghasut PKR untuk tidak bekerjasama dengan parti itu. Sesuatu yang tidak mungkin berlaku kerana DAP adalah sebuah parti yang mendapat sokongan majoriti kaum bukan Melayu khususnya Cina. Pembentukan kerajaan di negara ini tidak mungkin boleh mengabaikan penyertaan mereka dan tidak mungkin juga PKR menjadi tidak siuman untuk mendengar hasutan PAS untuk tidak menerima DAP. UMNO sendiri tidak mungkin dapat menjadi kerajaan tanpa sokongan parti-parti bukan-Melayu.
Semuga selepas ini, PAS benar-benar memilih untuk bersendirian. Kerana itu mungkin lebih baik bagi PAS sepertimana disarankan oleh menantu Allahyarham Usta Fadil Nor, Ahmad Sabky Yusof iaitu selepas ini, PAS bolehlah melangkah selesaikan masalah organisasi yang seterusnya -iaitu masalah kepimpinan.
IKLAN BERBAYAR

PAS MASIH BERGELUMANG DENGAN KRISIS
Tiada manusia yang boleh menafikan bahwa PAS masih bergelumang dalam krisis.
Kita panggil ini "krisis organisasi".
Apa masalah utama dalam organisasi PAS?
Saya berani nyatakan masalah paling utama adalah halatuju politik PAS yang kabur.
Saya tidak bercakap tentang matlamat PAS, matlamat PAS tetap Islam.
Sejak pasca PRU-12 lagi (2008), PAS berdepan dengan dua pandangan politik yang berbeza - pertama membentuk pakatan politik bersama PKR dan DAP atau pilihan kedua membentuk kerajaan bersama UMNO/BN.
Ramai ahli PAS percaya isu ini telah selesai bila PAS telah membuat keputusan bersama Pakatan Rakyat. Ya, ia selesai tetapi ia tidak mati disitu.
Setelah melalui pengalaman berkerajaan bersama PKR dan DAP, wujud desakan untuk PAS berundur dan mengkaji semula kerjasama ini.
Maka, timbul semula persoalan tentang model kolisi politik mana yang lebih baik untuk Islam dan Melayu - Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional.
Mereka yang percaya model politik UMNO/BN lebih baik untuk Islam dan Melayu mula menunjuk sikap tidak mesra Pakatan Rakyat dan apa yang berlaku selepas itu adalah sejarah yang semua kita tahu.
Hari ini PAS masih mendakwa bersama Pakatan Rakyat walaupun PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP. Hal ini tentunya lucu kerana umum tahu bahawa Pakatan Rakyat adalah gabungan 3 parti, maka apabila terputus hubungan mana-mana satu darinya maka tiada lagi pakatan untuk Pakatan Rakyat.
Jadi apakah sebenarnya halatuju politik PAS? PAS perlu nyatakan dengan jelas untuk menghilangkan keresahan ahli dan pemimpin pertengahannya.
Apakah PAS ingin bersama dengan PKR sahaja? Sedangkan PKR ingin bekerjasama dengan semua pihak yang menuntut perubahan termasuk DAP.
Apakah PAS ingin bersendirian?
Atau, apakah PAS ingin bekerjasama dengan UMNO?
Apa yang penting PAS perlu nyatakan sikapnya dengan jelas untuk langkah pertama keluar dari krisis ini. Kalau tidak, ahli dan pimpinan pertengahan PAS akan bertambah bosan dengan PAS.
Pilihan pertama bukan lagi satu pilihan kerana PKR tidak berminat untuk membina hubungan hanya dengan PAS.
Pilihan ketiga juga mungkin kabur kerana kalaupun PAS berminat untuk bekerjasama dengan UMNO, adakah UMNO perlukan PAS? Saya tak nampak UMNO perlukan PAS sebab UMNO sudah capai objektif strategiknya - pecahkan Pakatan Rakyat.
Maka, pilihan yang paling praktikal untuk PAS adalah bersendirian.
Buatlah satu pengumuman di akhbar "PAS Memilih Untuk Bersendirian".
Dan PAS boleh selesaikan satu daripada banyak punca krisis dalam organisasi PAS.
Bolehlah melangkah untuk selesaikan masalah organisasi yang seterusnya - iaitu masalah kepimpinan (leadership).
Ahmad Sabki Yusof
25 Julai 2015