7 Jul 2012

Ustaz Azizan (MB Kedah) Jawab Perangkap Wartawan

Bagi sesiapa yang tidak bersedia atau cuba 'menggoreng' fakta, akan menerima padah daripadanya yang cukup arif selok belok perangkap wartawan. Ada masa bidasan jawapan cukup pedih sehingga wartawan begitu berhati-hati mengelak serkap jarang.

"Sekarang ini Kedah tak ada air, macamana Dato' Seri? tanya seorang wartawan arus perdana yang dilihat cuba-cuba memprovokasi beliau.

"Kamu ni mandi tak pagi tadi?" tanya Ustaz Azizan pantas, kemudian dijawab 'ya' oleh wartawan itu, bagi mengelak dirinya dikatakan tidak mandi atau berbau busuk.

"Kalau begitu, macamana kamu kata tak ada air. Kamu mengaji Universti mana? Kan sekarang ni musim kemarau dan seluruh negara ada masalah kekurangan air. Ini urusan Allah SWT, jadi kita mohonlah doa, supaya hujan," katanya membuat wartawan itu terdiam seribu bahasa. -fb



[DASYAT] Suami Makan Adik Ipar, Isteri Hamil Dengan Lelaki Lain - Tinggal Sebumbung

Kangar: Bagai keluarga 69 apabila seorang suami merelakan isterinya mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan lelaki lain manakala dia sendiri pula menjalin hubungan sulit dengan adik ipar dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Padang Keria, dekat sini.

Gambar: SIASAT...kedua-dua pasangan meninggalkan kompleks Jaips di Kangar, selepas diambil keterangan.

Lebih mengejutkan, lelaki berusia 39 tahun bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain berusia 29 tahun.

Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) melakukan serbuan selepas menerima maklumat.

Penolong Pengarah Penguat kuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah mereka jam 12.30 tengah malam dan 1.20 pagi semalam. -hm

Ulasan GB

Apa yang dapat diluahkan lagi selain ... astaghfirullahil azim..

Ini adalah diantara bala yang menimpa ummah apabila hukum Allah dipersendakan.

‘Sekarang Kita Dikuasai Mafia’ - Mohd Sabu

Selayang : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan pemimpin di negara ini mentadbir kerajaan dengan cara ala ‘mafia’.

Katanya, pentadbiran di Malaysia kini dicemari dengan budaya rasuah dan jenayah yang semakin menular.

“Ini masalah besar yang dihadapi oleh kerajaan Umno-BN ketika ini iaitu rasuah dan penyelewengan.

“Hadirin sekalian, rasuah campur jenayah dicampur gerakan mafia antarabangsa inilah yang menguasai pentadbiran Malaysia sekarang. Bolehkah lagi kita bernaung di bawah pemerintah yang dikuasai oleh mafia?

“Dulu negara-negara Amerika Latin dikuasai oleh mafia dadah. Sekarang kita dikuasai oleh mafia. Terdedah perbincangan hal Scorpene, rasuah di Parlimen Malta, terdedah di Hong Kong, di sini (Malaysia) kita tidak tahu apa-apa,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam ceramah Merdeka Rakyat, di sini, semalam.

Jelasnya, persoalan-persoalan sebegini seharusnya didedahkan kepada rakyat di negara ini kerana rakyat berhak tahu bagaimana wang negara dibelanjakan.

“Kini, Umno-BN sudah tiada modal dan tertekan serta terdesak oleh kerana itu mereka tiupkan api perkauman. Semua cerita yang keluar mesti berkisar mengenai perkauman. Tetapi saya rasa rakyat sudah tahu sekarang,” katanya.

Kira-kira 3,000 hadirin yang hadir dalam ceramah Merdeka Rakyat itu.

Hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard, Adun Teja Chang Lih Kang dan Timbalan Pengerusi DAP, A.Sivanesan.

Sementara itu, Adun Teja Chang Lih Kang berkata Umno-BN bukan sahaja tidak membela Melayu malah menjadikan Melayu golongan termiskin di negara ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata 75 peratus rakyat termiskin adalah orang Melayu.

“Sekiranya Umno-BN membela orang Melayu seperti yang dilaungkan, mengapa sudah lebih 50 tahun orang Melayu tetapi miskin malah menjadi golongan termiskin.

“Kalau bela betul-betul, benda ini tidak akan berlaku,” jelasnya. -selangorku

Isteri Berzina Dengan Bos

Gombak: Luluh hati seorang suami apabila niatnya untuk pulang semula ke rumah di Rawang, dekat sini, kerana bimbangkan keselamatan isteri selepas dihalau sebelum itu bertukar episod hitam apabila melihat isterinya itu bersekedudukan dengan lelaki lain, Selasa lalu.

Lebih menyedihkan, lelaki yang ditangkap berasmara dengan isterinya adalah majikan wanita itu menyebabkan mangsa, 30, gagal mengawal diri sehingga menitis air mata dan tidak mampu berkata apa-apa.

Walaupun majikan isterinya berulang kali meminta maaf dan mendakwa tidak melakukan hubungan asmara dengan wanita itu, namun mangsa yang enggan mempercayainya mendesak dia menceritakan perkara sebenar menyebabkan lelaki itu panik dan melarikan diri.

Bagaimanapun, dia ditahan penduduk yang menyedari kejadian terbabit sebelum lelaki itu mengaku melakukan hubungan asmara dengan pasangannya sebelum mereka dibawa ke Balai Polis Rawang untuk tindakan lanjut.

Sumber berkata, sebelum kejadian, suami berkenaan yang rindukan isteri pulang semula ke rumah jam 7.30 malam bersama adik lelakinya kerana bimbangkan keselamatan isterinya itu namun berasa pelik sebaik melihat sepasang kasut lelaki berada di luar rumah. -hm

Ulasan GB

Kes ini berleluasa terutama di bandar-bandar besar.

Seorang sahabat menulis di dalam FBnya:

Zina dgn bos!

Apa puncanya, dan kemudian apa penyelesaiannya?

Adakah wajar wanita bekerja atau duduk sahaja di rumah supaya terhindar dari kes sebegini ....?

Syarikat Minyak Anak Mahathir Monopoli Bekal Minyak kepada MAS

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan perjanjian pembekalan minyak untuk pesawat Airbus A380 antara Malaysia Airlines System Bhd (MAS) dan Petron Malaysia (Petron), yang dikaitkannya dengan anggota keluarga Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, ekoran perjanjian itu syarikat penerbangan negara MAS tidak dibenarkan membeli minyak selain daripada Petron (dahulunya dikenali sebagai Esso Malaysia Bhd) selama enam bulan.

"Saudara, apa punya dasar ekonomi ini. Najib, ini apa? Kamu perdana menteri atau ketua kampung.

"(Najib) ini perdana menteri, dengan Mahathir (dia) takut, dengan PERKASA dia takut, dengan (Barrack) Obama dia takut, balik rumah takut," katanya sambil diiringi ketawa dan sorakan hadirin dalam ceramah di Selayang dekat ibu negara malam tadi.

"Sebab itu, ketelanjuran sudah teruk. Wang kita, kena ingat. MAS ini syarikat penerbangan negara, mana boleh bagi kepada satu syarikat (sahaja)," katanya.

Petron dan MAS menandatangani perjanjian khas pada 29 Jun bagi membekalkan dan membeli bahan api Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Group Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata syarikat penerbangan itu gembira mendapat rakan yang sama komited kepada keperluan mesra alam Airbus A380.

Bagi meraikan hubungan baru itu, Petron menyediakan bahan api percuma bagi penerbangan sulung pesawat A380 MAS, penerbangan MH2 dari Kuala Lumpur ke London pada malam Ahad sebelum ini.

MAS menerima pesawat A380 pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat.

Pada 5 Jun, MAS juga menikmati bekalan bahan api daripada Petron apabila ia membawa kakitangan dan tetamu untuk mencuba penerbangan A380, termasuk Dr Mahathir.

Sementara itu, Anwar juga mengumumkan akan melaksanakan pendidikan percuma dan penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebaik sahaja gabungan diumumkan membentuk kerajan jika menang dalam pilihan raya umum akan datang. -mk

Masih Bersekolah Sudah Merogol

3 pelajar didakwa perkosa

SEREMBAN: Tiga pelajar sekolah menengah berusia 16 dan 15 tahun dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak di sini, semalam, atas pertuduhan berasingan merogol dan mencabul kehormatan seorang remaja perempuan di sebuah rumah, awal pagi Ahad lalu. Gambar fail.

Semua juvana terbabit mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dihadapi mereka dan meminta dibicarakan pada prosiding dijalankan di Mahkamah Majistret 2 di sini yang bertindak sebagai Mahkamah Kanak-Kanak.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menetapkan kes untuk sebutan semula pada 26 September depan bagi penyerahan dokumen.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Kaiyisah Shukri manakala semua juvana tidak diwakili peguam bela.

Mengikut pertuduhan, juvana berusia 16 tahun itu didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Taman Desa Anggerik, Senawang, dekat sini, pada 1 Julai lalu, kira-kira jam 4 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dua rakannya masing-masing berusia 15 tahun pula didakwa atas tuduhan berasingan iaitu menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan mangsa sama, dengan memeluk badannya dari belakang pada tarikh dan di tempat sama, antara jam 4 pagi hingga 5 pagi.

Bagi kesalahan itu mereka dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Kaiyisah mencadangkan jaminan RM5,000 bagi juvana berusia 16 tahun itu manakala dua lagi, RM4,000 dengan seorang penjamin masing-masing.

Majistret menetapkan jaminan RM1,800 bagi juvana berusia 16 tahun itu, manakala dua rakannya, RM1,500 setiap seorang selepas menimbangkan rayuan ibu bapa mereka yang bakal menjadi penjamin. -hm

Ulasan GB

Sungguh mengerikan dengan akhlak para pelajar sekolah masakini.

Semakin hari nampaknya semakin menjadi-jadi....

Soi Lek Umpama Musang Tak Berekor Mahu Musang Lain Jadi Sepertinya

Kesombongan Presiden MCA Chua Soi Lek terhadap keberanian dan politik bermoralnya mengingatkan saya tentang kisah kanak-kanak mengenai musang yang kehilangan ekornya dan mahu musang-musang lain untuk memotong ekor sama seperti dia,” kata Lim Guan Eng.

Walau bagaimanapun, katanya rancangan musang tersebut untuk tidak menjadikannya keseorangan tanpa ekor gagal apabila semua musang lain enggan mengikut cadangannya.

“Sama seperti Chua Soi Lek dan kempen memburuk-burukkan oleh MCA dengan pembohongan dan cubaan membunuh karektor peribadi terhadap saya dan isteri yang mana ia merupakan satu cubaan untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin PR berhubung salah laku seksual, walaupun Chua dan pemimpin-pemimpin MCA tidak dapat memberikan bukti,” katanya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, tiada siapa yang mahu ekornya dipotong dan menjadi seperti Chua Soi Lek, musang tanpa ekor.

Menurutnya, rata-rata rakyat Malaysia kini tahu siapa dalang di sebalik pembohongan terhadapnya.

Lim berkata, walau bagaimanapun itu bukanlah untuk menyedapkan hati keluarga dan anak-anaknya, beliau dan isteri sangat marah kerana mereka terpaksa berdepan dengan trauma ekoran pembohongan tersebut.

“Seperti saya mahu melindungi anak-anak saya daripada pembohongan, Chua atau Pengerusi MCA Melaka, Datuk Gan Tian Loo tidak harus berselindungi di sebalik keistimewaan Parlimen tetapi nyatakannya di hadapan khalayak ramai supaya kita dapat menyelesaikan perkara ini di mahkamah,” ujarnya.

Katanya, kegagalan MCA untuk berbuat demikian hanya membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin MCA adalah tidak bermoral dan “kurang ajar” atau biadap kerana sanggup menyebarkan pembohongan jahat yang boleh memusnahkan keluarga hanya untuk kepentingan politik mereka.

Lim menambah, pemimpin- pemimpin MCA sama ada Chua atau Gan boleh menyamannya kerana memanggil mereka “kurang ajar” tetapi beliau sangsi mereka berani kerana mereka tidak berani mengulangi pembohongan terhadapnya dan isteri.

“Chua Soi Lek boleh membuktikan keberanian dan politik bermoralnya dengan mengulangi pembohongan MCA bahawa saya mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangan dan isteri saya telah menyerang wanita tersebut semasa debat pada 8 Julai 2012 (Ahad) ini,” ujarnya.

Lim menjelaskan beliau tidak akan menjawabnya tetapi akan menyamannya di mahkamah atas tuduhan fitnah untuk membuktikan setelah dan semua itu bahawa Lim Guan Eng bukan seperti Chua Soi Lek.

Menurutnya beliau tidak pernah menyalahgunakan keistimewaan Parlimen untuk menyerang Chua secara peribadi di Parlimen atas salah laku skandal moralnya.

Beliau juga tidak pernah menggunakan perdebatan awam yang pertama dalam bahasa Mandarin dahulu untuk merujuk kepada pita video seks.

“Saya tidak berhasrat untuk berbuat demikian pada hari Ahad ini dan saya tidak akan bertindak balas jika Chua mengulangi pembohongan beliau terhadap saya di hadapan semua rakyat Malaysia tetapi akan memfailkan tindakan undang-undang di mahkamah.

“Chua harus menjelaskan dan menunjukkan bukti yang isteri saya telah menyerang bekas kakitangan saya atau pun saya seperti dia, musang tanpa ekor,” katanya yang juga Setiausaha Agung DAP. -HD

Chua: Lim tiada keberanian moral seperti saya

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak seberani beliau yang mengaku silap dan sanggup menanggung akibat daripada skandal seksnya dahulu.

"Mungkin Ketua Menteri Pulau Pinang tidak seperti saya yang ada keberanian moral dan politik untuk bertanggungjawab dan menanggung akibatnya," kata Chua (kiri).

Chua merujuk kepada dakwaan hubungan sulit melibatkan Lim dan seorang bekas pekerja perempuan di pejabatnya.

Chua membuat kenyataan itu beberapa jam selepas Lim menafikan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan bekas pekerjanya seperti didakwa Pengerusi MCA Melaka Gan Tian Loo.

Lim hari ini mencabar dakwaan itu diulang di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya beliau dan isteri dapat mendakwanya di mahkamah, sekali gus membuktikannya "bukan seperti Chua".

Empat tahun lalu, Chua mengaku sebagai lelaki yang dirakam perlakuan seksnya dengan kamera litar tertutup secara sembunyi dengan seorang perempuan.

Beliau meletak jawatan sebagai menteri Kesihatan, naib presiden MCA, pengerusi MCA Johor dan ketua MCA Batu Pahat selepas itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Chua mencabar Lim mengaku salah, meminta maaf dan meletak jawatan daripada semua tugasnya jika tuduhan itu benar.

Chua juga berpesan agar Lim tidak menggelabah apabila diminta memberi komen tentang tuduhan itu jika tiada apa-apa untuk disembunyikan.

"Saya tidak bersembunyi daripada isu itu, bolehkah beliau lakukan perkara yang sama?" cabar Chua kepada Lim.


[DEDAH] Kenapa Aku Tulis Buku "ASAL BUKAN NAJIB" - Shabudin Husin

Asalkan Bukan Najib adalah buku terbaru saya selepas Najib Perdana Menteri Terakhir dan Kesilapan-Kesilapan Najib. Buku ini sudah berada di pasaran sejak dua tiga hari yang lalu dan boleh didapati di kedai-kedai buku di seluruh negara.

Kenapa tajuknya Asalkan Bukan Najib, saya ditanya oleh beberapa kenalan rapat yang berkesempatan menatap buku tersebut.

Sebenarnya buku terbaru ini adalah kesinambungan daripada dua buku terdahulu. Dalam buku pertama, Najib Perdana Menteri Terakhir, saya mengambil kesempatan dalam buku tersebut untuk menegur Najib berkaitan beberapa isu yang berlaku dalam politik negara yang gagal ditanganinya dan jika ianya dibiarkan berlarutan akan menyebabkan UMNO tewas dalam pilihanraya dan seterusnya menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri yang terakhir mewakili UMNO.

Dalam buku kedua, Kesilapan-Kesilapan Najib pula, saya telah menyenaraikan beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh Najib sepanjang menjadi Perdana Menteri yang gagal diuruskannya dengan baik sehingga menyebabkan sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN didapati semakin merosot hari demi hari.

Kesilapannya yang terbesar ialah membiarkan isterinya terus menunjuk kuasa seolah-olah berkongsi jawatan Perdana Menteri.

Oleh kerana ternampak bahawa Najib tidak mahu memperbaiki segala kesilapan yang diperkatakan rakyat dan menjadi bualan di mana-mana itu, saya juga menyarankan dalam buku tersebut agar Najib menjadi seorang yang berjiwa besar iaitu dengan sedia berundur dan memberi laluan kepada timbalannya, Muhyiddin Yassin bersama pasukannya yang lebih mantap untuk mengemudi UMNO dan kerajaan bagi menghadapi PRU 13.

Secara jelas disebutkan dalam buku tersebut bahawa jika Najib masih memimpin UMNO dan kerajaan, harapan untuk mencapai kemenangan masih jauh dari jangkauan dan untuk mengelak UMNO daripada kalah serta Najib sendiri dipersalahkan serta mencemar nama baik Tun Abdul Razak, maka eloklah beliau mengundur diri.

Namun Najib bukan saja tidak mahu mengundur diri, malahan meneruskan lagi deretan kesilapan dalam mengurus parti dan kerajaan sehingga beliau kini dianggap sebagai Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah Malaysia. Rakyat juga lebih banyak bercakap tentang kekalahan berbanding kemenangan UMNO dan BN.

Maka sebab itulah buku Asalkan Bukan Najib ini diterbitkan.


Buku terbaru ini diterbitkan khusus untuk mengajak rakyat membuat perubahan dan menolak kepimpinan Najib jika negara ini ingin diselamatkan.

Terdapat dua kaedah bagaimana untuk menolak Najib. Pertama, melalui pilihanraya umum dan kedua, melalui pemilihan UMNO yang akan diadakan selepas itu. Tetapi salah satu peluang untuk perubahan itu jangan sesekali dilepaskan.

Melalui pilihanraya umum, Najib boleh ditukar dengan memberi undi sebanyak-sebanyaknya kepada calon-calon Pakatan Rakyat supaya mereka boleh menubuhkan kerajaan baru yang memungkinkan Anwar Ibrahim atau Haji Hadi sebagai calon Perdana Menteri.

Namun demikian, sekiranya pilihanraya umum masih memberi kemenangan kepada UMNO dan BN dengan majoriti yang tipis dan tidak melepasi garisan majoriti dua pertiga, tugas melakukan perubahan seterusnya terletak di tangan ahli-ahli UMNO pula. Mereka wajar mengusulkan perubahan kepimpinan dalam pemilihan UMNO yang akan diadakan selepas pilihanraya umum dengan calon berpotensi untuk mengganti Najib ialah Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Saya telah mengulas panjang dalam buku tersebut bahawa sekiranya Najib terus dikekalkan, masalah dalam UMNO dan kerajaan tidak akan selesai malahan mungkin akan muncul berpuluh lagi kes seperti lembu NFC, menteri yang rasuah, menteri berskandal, isterinya Rosmah lebih bermaharalela serta pelbagai kemungkinan lagi.

Atas asas mengajak rakyat melakukan perubahan, maka terhasillah buku Asalkan Bukan Najib ini. Marilah kita berhijrah.