27 Ogo 2013

"Tanda Putera" Semarakkan Api Perkauman Melayu-Cina, Bazirkan Wang Rakyat


Tanda Putera fitnah perkauman, bazir wang cukai rakyat

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sekali lagi melahirkan kekesalannya berhubung penayangan filem kontroversi Tanda Putera yang akan ditayangkan seluruh negara mulai Khamis ini.

Beliau menegaskan, amat tidak wajar untuk sengaja mencipta kejadian palsu yang boleh memburukkan permasalahan kaum dalam negara sedangkan filem itu dibiayai oleh wang cukai rakyat pelbagai kaum.

“Ia adalah kemuncak sikap jenayah tidak bertanggungjawab dan anti nasional untuk sesiapa sahaja mereka-reka kejadian kencing palsu sebagai salah satu sebab yang dikatakan memprovokasi rusuhan 13 Mei 1969 tanpa asas fakta di dalam mana-mana bahan sejarah, sama ada dokumentasi atau fotografi, terutama dalam filem dibiayai dengan wang cukai rakyat.

“Kejadian palsu yang menggambarkan seorang pemuda Cina kencing di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor itu boleh menjejas, mengancam hubungan antara kaum, membakar, menghasut kebencian dan memudaratkan kepada usaha-usaha pembangunan negara untuk menggalakkan keamanan serta sentiasa berada dalam keadaan muhibah dan harmoni.

“Ia amat menyedihkan jika filem terbaru arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba diingati sebagai filem ‘kencing’ kerana pembohongan yang tidak bertanggungjawab membayangi seluruh filem itu,” katanya dalam kenyataan,semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen DAP Gelang Patah menyatakan tidak ada ‘lesen kreatif’ yang membenarkan perbuatan jenayah tidak bertanggungjawab dan anti nasional IMG_9298-001dalam negara.

“Walaupun Shuhaimi Baba mengakui bahawa ianya adalah filem cereka sekitar rusuhan kaum 13 Mei, beliau secara khusus harus mengakui bahawa insiden ‘kencing’ di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor adalah khayalan imaginasi dan tidak ada takrif ‘lesen kreatif’ mewajarkan tindakan tidak bertanggungjawab dan anti nasional itu
.

“Shuhaimi yang berbangga dirinya sebagai ‘pengasas awal filem-filem seram’ tidak boleh menganggap ‘Tanda Putera’ sebagai genre ‘filem-filem hantu’ yang pernah dia arahkan dulu memberikannya ‘lesen kreatif’ untuk membuat adegan rekaan melulu yang boleh membawa kesan buruk hubungan antara kaum,” tegasnya.

Portal berita, Malaysiakini bertarikh 20 Julai 2012 melaporkan antara adegan yang yang dipaparkan dalam Tanda Putera adalah peristiwa Lim Kit Siang kencing pada tiang bendera di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris.

Namun Kit Siang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu kerana beliau tidak berada Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969 dan gambar yang digunakan dalam facebook ‘Tanda Putera’ bukan pada tahun 1969 tetapi dari kejadian yang berbeza di Sabah 15 tahun kemudian, tahun 1984.


Seorang saksi, Ahmad Habib, yang ketika itu seorang pelajar tahun kedua ijazah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) dan berada di rumah Datuk Harun Idris semasa 13 Mei 1969, turut menyatakan adalah mustahil untuk berlakunya insiden ‘kencing’ dalam kawasan yang diawasi dengan rapi dan ketat di kediaman rasmi itu.

“Ia menjadi satu misteri mengapa insiden ‘kencing’ episod begitu penting kepada filem ‘Tanda Putera’ walaupun tidak mempunyai asas fakta,” ujarnya. -Roketkini


MCA mahu pengarah Tanda Putera bertanggungjawab jika berlaku ketegangan kaum


MCA menggesa pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba bertanggungjawab sekiranya khalayak yang menonton filem berkenaan tidak berpuas hati dan mencetuskan ketegangan kaum.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, adegan sekumpulan pemuda Cina kencing di laman Menteri Besar Selangor Datuk Idris Harun akan menyebabkan penonton berasa kurang senang dan pihak penerbitan harus bersedia menerima kritikan.

Wee berkata, meletakkan kesalahan sesuatu kaum dengan menggambarkan babak yang tidak tepat berhubung tragedi 13 Mei 1969 adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.

"Pihak penerbitan Tanda Putera membantutkan usaha pendamaian nasional yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apatah lagi dengan sambutan hari kemerdekaan negara yang akan tiba tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Pengarah tidak sewajarnya menggunakan alasan sejarah bagi membuat penipuan dan kebencian antara kaum di Malaysia. Filem cereka atau berdasarkan kisah benar seharusnya boleh dibezakan oleh pengarah filem itu," katanya.

Hari ini DAP menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969 dalam mesyuarat Kabinet esok.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata filem Tanda Putera mendapat pembiayaan kerajaan bagi menerbitkan filem sejarah berlatarbelakangkan peristiwa 13 Mei namun gambaran tidak tepat mampu mencetuskan ketegangan kaum.

Beliau berkata, Tanda Putera seharusnya dijadikan medan menyampaikan kebenaran dengan memaparkan peristiwa sebenar 13 Mei 1969 namun filem berkenaan memberi gambaran tidak tepat menyebabkan generasi muda terkeliru apa sebenarnya yang berlaku semasa peristiwa berdarah itu.

"Shuhaimi tidak seharusnya menjadikan Tanda Putera sebagai sebuah filem pontianak yang pernah diarahkannya dahulu dengan memberi gambaran tidak tepat berhubung rusuhan kaum berkenaan kepada generasi muda.

"Pengarah mesti menyenaraikan babak cereka atau peristiwa yang tidak tepat berhubung kejadian 13 Mei dalam filemnya supaya tidak terus menyelewengkan kebenaran peristiwa 13 Mei.

“Perakuan ini penting kerana Shuhaimi mengakui Tanda Putera sebagai sebuah filem fiksyen yang berlatarbelakangkan peristiwa 13 Mei," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, berdasarkan pandangan penonton yang menonton filem berkenaan, mereka mendapati filem berkenaan terdapat unsur cereka atau kejadian tidak benar mengenai 13 Mei yang boleh memberi kecelaruan dalam masyarakat dan menyemarakkan api kebencian antara kaum.

Katanya, berdasarkan pandangan mereka yang telah menonton filem itu, beberapa babak rekaan dikenal pasti antaranya beberapa pemuda kencing di tiang bendera di laman rumah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Idris Harun dan babak kekecohan di pawagam yang meminta kaum Cina meninggalkan tempat itu.
- TMI


ULASAN GB

UMNO semenjak awal PRU13 berlansung hingga kini menggunakan sentimen perkauman untuk mendapat sokongan kaum Melayu. Ia diperburukkan lagi dengan tulisan-tulisan di akhbar arus perdana terutama akhbar bermata satu yang bernama Utusan, yang telah memainkan sentimen perkauman ini ke darjat paling serius dengan disokong oleh Presiden UMNO, yang juga Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak.

Tidak ketinggalan juga para blogger UMNO yang tidak putus-putus menyimbah minyak bagi mewujudkan ketegangan kaum di negara ini.

Implikasi daripada keputusan PRU13 lansung tidak memberi pengajaran kepada mereka, sebaliknya mereka terus memainkan sentimen perkauman sehingga menjadikan kehamonian rakyat di negara ini terutama hubungan Melayu-Cina tergugat dan boleh mencetuskan pelbagai kesan negatif.

Masa untuk UMNO BN nampaknya semakin hampir ke jurang kehancuran.... Itu hukum kebenaran dan keadilan.

Ali Rustam Dilantik Senator, Menteri JPM, Ketuai PNB Demi Upah Politik?

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik pemimpin ditolak rakyat dalam pentadbiran kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dikesali kerana tindakan itu dianggap sebagai upah politik demi menjaga kepentingan politik beliau menjelang Pemilihan Agung Umno yang bakal dilangsungkan tidak berapa lama lagi.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin, Najib sepatutnya melantik individu yang mempunyai pengalaman serta trek rekod yang bersih selaras dengan prinsip wasatiah dan bukan melantik pemimpin yang mempunyai rekod prestasi yang buruk dan terpalit dengan pelbagai skandal rasuah.

“Saya lihat ada satu trend pengagihan jawatan penting untuk mengemudi syarikat startegik negara kepada mereka yang kalah seperti Datuk Abdul Ghani Othman di Sime Darby, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di Tabung Haji dan terbaru Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula diwarkan bakal mengemudi Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) atau Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Malangnya ada diantara mereka bukan sahaja ditolak rakyat, malah tidak mempunyai latar belakang ekonomi dan lebih teruk lagi mempunyai rekod perkhidmatan yang tidak menyinar seperti Ali Rustam yang menyebabkan Melaka berhutang sebanyak RM900 juta dan skandal perkahwinan anak beliau yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).”

Shamsul berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah media semalam, Mohd Ali dipercayai bakal dilantik mengetuai PNB dan senator bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Untuk rekod, Lembaga Disiplin Umno sebelum ini juga pernah menggantung Ali Rustam daripada bertanding dalam Pemilihan Agung Umno 2009 apabila didapati bersalah memberi rasuah kepada perwakilan agar memberikan pencalonan bagi membolehkan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Shamsul menambah, trend melantik demi upah politik yang dipraktikan Umno-BN mampu memburukkan lagi keadaan prestasi ekonomi dan sekaligus membawa kewangan negara terus berada dalam keadaan defisit yang semakin tinggi.

“Malaysia sekarang ini sejak Najib dilantik sebagai Perdana Menteri berada dalam keadaan ‘auto pilot’ dan tiada pencapaian yang boleh dibanggakan dilakukan Najib selepas 100 selepas pilihan raya dan diburukkan lagi dengan amalan memberi upah politik untuk dapatkan balasan politik,” ujar Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan.

Sebelum ini amalan melantik semula pemimpin politik dari Umno-BN tanpa mengambil kira trek rekod, pengalaman dan latar belakang ke jawatan penting dalam organisasi strategik kerajaan dengan gaji lumayan mula dilihat sebagai trend pentadbiran Najib.

Selain Abdul Ghani, Abdul Azeez dan terbaru Mohd Ali, pemimpin Umno lain, Datuk Seri Isa Samad yang pernah terpalit dengan rasuah politik wang dilantik sebagai Pengerusi Felda dan Tan Sri Rahim Thamby Chik yang didakwa dikaitkan dengan skandal rogol gadis bawah umur turut mendapat tempat dalam pentadbiran Najib.

Jenayah Berleluasa, Malaysia Jadi "Bandar Koboi"


Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail melahirkan kebimbangan dengan penularan jenayah senjata api di negara ini.

Katanya, jika jenayah melibatkan penggunaan senjata api tidak dibendung Malaysia akan menjadi seperti “cowboy town” (bandar koboi).

Menurutnya, kes jenayah bunuh bersenjata api semakin menjadi-jadi dan tidak terkawal memerlukan perhatian serius pihak polis.

“Tapi sedihlah, dulu kita tidak pernah dengar perkara-perkara ini berlaku dan kita orang Islam jauh dari berlaku perkara-perkara yang macam ini.

“Sebelum ini, tidak berlaku banyak sangat kes tembak senjata api. Ini setiap hari berlaku dan tidak terkawal. Dulu berlaku di Kuala Lumpur sahaja, sekarang boleh berlaku di mana-mana sahaja dan ini patut dibendunglah.

“Malaysia ini sekarang sudah jadi ‘cowboy town’ bila I tak suka U, upah orang tembak,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tengku Ibrahim juga mahukan agar sempadan Malaysia-Thailand dikawal sebaik mungkin supaya kemasukan senjata api dapat dibendung.

Bahkan, kata beliau, apa yang lebih membimbangkan bukan sahaja berlaku penyeludupan senjata api tetapi terdapat urusniaga menyewanya. -HD


TERBARU: Kediaman Bekas Pegawai Tinggi Polis Dipecah Masuk


Polis menahan lima pekerja binaan rakyat asing bagi membantu siasatan kejadian pecah masuk rumah bekas pengarah polis Bukit Aman bergelar Datuk di Seksyen 19 di sini, Ahad.

Kesemua suspek berusia antara 22 dan 37 tahun itu ditahan di tapak pembinaan rumah teres dua tingkat, yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah teres dua tingkat milik bekas pegawai kanan polis itu.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata mangsa menyedari kediamannya dipecah masuk sejurus tiba di rumah selepas menziarahi saudaranya di Ipoh, Perak, kira-kira 5.30 petang.

"Mangsa meninggalkan rumah pada Sabtu lepas, namun selepas pulang ke rumah petang semalam, mangsa menyedari kediamannya berselerak dan empat bilik tidur di tingkat atas telah diselongkar.

"Siasatan mendapati beberapa barangan milik bekas pengarah itu turut hilang termasuk pingat kurniaan, jam tangan, barang kemas dan komputer riba," katanya kepada pemberita selepas majlis memasang Jalur Gemilang pada kenderaan peronda polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Isnin.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan kelima-lima lelaki tanpa dokumen perjalanan diri itu ditahan beberapa jam selepas laporan dibuat.

Siasatan forensik polis di lokasi kejadian menemui sembilan kesan cap jari pada tingkap hadapan rumah berkenaan, katanya.

Terdahulu pada majlis itu, beliau menyerahkan 800 helai Jalur Gemilang untuk dipasang pada semua kenderaan peronda polis Kontinjen Selangor bagi menaikkan lagi semangat patriotisme di kalangan anggota polis.
- BERNAMA

[VIDEO] Perusuh Fanatik ‘Buddha’ Bakar Lagi Rumah Muslim Di Myanmar

Perusuh fanatik yang anti-Islam membakar kedai dan rumah penganut Islam di Myanmar dalam satu pertempuran terbaru antara dua penganut agama itu, kata polis, semalam.

Gerombolan 1,000 penganut buddha telah membakar berpuluh-puluh rumah-rumah dan kedai-kedai di Htan Gone, sebuah kampung 16km selatan bandar Kantbalu dalam wilayah Sagaing.

Ia berikutan khabar angin bahawa seorang lelaki Islam telah ditangkap didakwa kononnya cuba melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita muda, menurut pegawai-pegawai dan saksi.

Menurut stesyen TV pemerintah Myanmar, kira-kira 42 rumah dan 15 kedai serta sebuah kilang beras telah dibakar dalam satu pergeseran berlaku Sabtu malam kelmarin.

“Kira-kira 150 orang berkumpul di balai polis semalam (malam kelmarin), sambil menggesa supaya tahanan itu diserahkan kepada mereka. Apabila polis tidak mengendahkannya, mereka mula membakar kedai-kedai berdekatan,” kata seorang pegawai kepada agensi berita AFP.

“Kedai-kedai ini dipercayai dimiliki oleh penganut Islam. Orang yang menyerang pula dipercayai penganut agama Buddha dari dua perkampungan setempat,” tambah sumber itu.

Al-Jazeera melaporkan corak keganasan terhadap umat Islam yang telah berlaku selama lebih daripada satu tahun dan tiada penyeleaian sehingga sekarang.

Ia seolah-olah sama coraknya, bermula dengan perbuatan jenayah terpencil, dan khabar angin tersebar yang mengatakan ia dilakukan oleh seorang Islam, tetapi kemudian ada keganasan perusuh sebagai akibatnya.

Ribuan penganut Buddha itu dilaporkan membawa pedang dan lembing sambil bergerak dan menyanyikan lagu kebangsaan Myanmar.

Bagaimanapun, tidak ada kecederaan dilaporkan.

Beberapa rusuhan agama – kebanyakannya disasarkan ke atas masyarakat Islam – telah menyebabkan perpecahan dalam negara yang majoriti penganut Buddha itu, yang seolah-olah membayangi usahanya melaksanakan pembaharuan politik sejak pemerintahan tentera berakhir dua tahun lalu.

Kumpulan-kumpulan hak asasi telah menuduh pihak berkuasa gagal atau tidak bersedia menangani keganasan tersebut, yang menyebabkan sekitar 250 maut dan lebih 140,000 lagi kehilangan kediamannya.

Pihak Myanmar menafikan dakwaan itu. – Agensi


Erdogan Kecam Respon AS Tentang Penglibatan Israel Dalam Kudeta di Mesir


Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan pada hari Sabtu klemarin (24/8/2013) telah mengecam Washington kerana respon mereka terhadap dakwaan mengenai keterlibatan Israel di dalam krisis Mesir.

Tuduhan Erdogan yang mengkaitkan kudeta tentera di Mesir dengan Israel telah ditolak oleh Rumah Putih, menggambarkan kenyataan Erdogan sebagai “ofensif, tidak berasas dan silap.”

“Mengapa Rumah Putih pula yangt membuat kenyataan tentang hal ini? Rumah Putih seharusnya tidak berbicara tentang hal ini. Jika ada seseorang yang berbicara atau menjawab tentang hal ini, seharusnya adalah Israel sendiri bukan Amerika,” kata Erdogan dalam pidato yang disiarkan television Sabtu kelmarin.

Dia juga mengatakan bahwa pernyataan Rumah Putih menunjukkan kemarahan mereka terhadap dirinya, menyebut pendekatan Washington untuk sekutu NATO nya itu sebagai sesuatu yang tak wajar.

Dalam kenyataan Erdogan juga mengatakan: “Hal ini sangat penting untuk menunjukkan dwi standard di dunia,” tanpa memberikan perrinciannya.

Sebelumnya pemimpin Turki ini pada Selasa lalu menuduh negara Yahudi Israel berada di balik kudeta tentera terhadap Presiden Mesir Muhammad Mursi pada bulan lalu.[gb/fq/islampos/afp]