28 Mac 2011

Video Seks: Majlis Perunding Bukan Islam Mahu Datuk T Dikenakan Tindakan Tegas

Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman video seks minggu lalu, yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar telah pun menafikan dakwaan itu.

Presidennya Rev. Dr Thomas Philips (gambar) berkata, perkembangan itu meletakkan negara pada peta kerana sebab-sebab yang berbeza.

Malah kata beliau, ia juga satu perkembangan menjijikkan dan tidak dapat percaya yang Malaysia dihiburkan dengan naratif grafik berhubung video seks 21 minit, didedahkan oleh tiga pihak yang menggunakan nama “Datuk T”.

“Matlamat mereka mengaibkan Ketua Pembangkang Parlimen yang dipilih menyinggung sensitiviti mereka yang (mementingkan) kesopanan, tidak kira kaum atau agama mereka anuti,” kata beliau.

Philips berkata sejak beberapa dekad lalu, rakyat Malaysia “dilayan” oleh siri skandal kewangan, sosial, dan politik, yang dilakukan oleh mereka yang sepatutnya memperlihatkan “kepimpinan melalui teladan.”

Kata beliau, imej Malaysia tercemar disebabkan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab, yang mengaku terlibat dalam tindakan memalukan seperti itu.

“(Oleh itu) kami meminta kerajaan mengambil tindakan tegas dan sewajarnya terhadap mereka di sebalik tabir skandal ini (video seks) dan mewujudkan era baru, yang diisi dengan (semangat) hormat-menghormati, bermaruah, percaya dan harapan bagi keseluruhan rakyat negara ini,” katanya.

Polis telah menahan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Tun Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks yang yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang.

“Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan,” katanya.

Najib yang juga Presiden Umno berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.

Minggu lalu, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Ghazali Md Amin berkata, siasatan di tempat kejadian itu dijalankan bersama unit forensik PDRM selepas memperoleh maklumat.

“Dua individu telah ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis... kita turut memperoleh beberapa bahan bukti daripada mereka.

“Salah seorang daripada individu yang terbabit telah mendedahkan tempat di mana rakaman perlakuan seks itu berlaku,” katanya. -TMI

Ulasan GB

Orang bukan Islam pun tahu "fitnah" itu menjijikkan.

Ini, UMNO yang mengaku Islam menjaja fitnah untuk menjatuhkan lawan. Memalukan!

Video Seks: Pemimpin PAS Pula Jadi Menjadi Mangsa Fitnah Blogger UMNO

Jika itu gambar saya, buka penutupnya - Wartawan Harakah

"Jika benar itu gambar saya, saya cabar mereka membuang penutup muka itu," cabar Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaakob ekoran laporan blog Umno kononnya wartawan Harakah mengaku Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video seks.

Wartawan Harakah adalah mangsa fitnah blogger Umno selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim difitnah Umno.

Bukan itu sahaja, dua pemimpin PAS juga turut menjadi mangsa kononnya mereka telah menonton video lucah tetapi berdiam diri dan tidak memberikan sebarang ulasan mengenainya.

Wan Nordin adalah satu-satunya wartawan Harakah yang telah menonton video seks di Carcosa Sri Negara Isnin lepas bersama dengan wartawan dari media lain.

Ekoran itu, mulai semalam, blog Umno menyiarkan laporan kononnya seorang wartawan Harakah telah mengaku bahawa lelaki dalam video itu sememangnya Anwar Ibrahim.

Pengakuan itu, lapor blog Umno itu dibuat dalam satu kedai makan di Jalan Yap Kwan Seng dalam pertemuan dengan mereka.

Bagi membuktikan pertemuan itu, blog itu turut menyiarkan sekeping gambar (gambar) dua orang yang ditutup mukanya kononnya itulah wartawan Harakah yang menonton video itu dan bertemu dengan mereka serta membuat pengakuan itu.

"Kalau benar itu gambar saya, saya cabar mereka buang penutup muka itu," kata Wan Nordin kepada Harakahdaily yang sangat kesal dengan fitnah itu. Ini kerana, tanpa disebut nama, orang akan mengaitkan beliau dengan gambar itu kerana hanya dia yang menonton video itu.

Selain memfitnah wartawan Harakah, blog Umno turut memfitnah dua pemimpin PAS. Selain dalam blog, ia juga disebarkan dalam twitter.

"M** **** dan M******* *** dari PAS dah lihat Video Porno Anwar Ibrahim. Pasal apa depa diam? Patut depa cakap hal ni kepada juak Pas yg lain," tulis blogger Umno berkenaan dalam Twitternya.

Ketika dihubungi, kedua-dua pemimpin PAS berkenaan menafikannya.

"Depa bohong..ana blum tengok pun lagi..." kata salah seorang darinya.

Seorang lagi pemimpin PAS yang dihantar salinan Twitter berkenaan pula menjawab, "Belum tengok dan tak minat nak tengok. -HD


Fitnah sebagai senjata paling ampuh

Fitnah terhadap Anwar ini merupakan suatu konspirasi yang jahat yang bertujuan untuk menjatuh dan menghancurkan karier politik beliau.

KUALA LUMPUR: Fitnah menjadi senjata yang paling ampuh untuk menjatuhkan musuh politik yang digunakan oleh Umno-Barisan Nasional (BN) dewasa ini, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar.

Merujuk kepada fitnah terbaru yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan pelacur dari China, beliau berkata,

“Fitnah itu lebih bahaya dari membunuh orang. Adalah menjadi tangggungjawab kita untuk bangkit dan menentang perkara ini. Kita tidak boleh membiarkan kejadian ini berlalu begitu sahaja.”

Naib Presiden PAS itu berkata, fitnah terhadap Anwar ini merupakan suatu konspirasi yang jahat yang bertujuan untuk menjatuh dan menghancurkan karier politik beliau.

“Fitnah ini terpaksa disebarkan kerana ia menyentuh soal survival politik dan masa depan Umno dan BN yang semakin terhakis pengaruhnya,” katanya dalam satu ceramah di surau Desa Bakti, Selayang dekat sini semalam.

Mahfuz menasihati umat Islam, khususnya orang Melayu, supaya kembali kepada kehidupan yang berasaskan hak dan kebenaran serta jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang disebarkan oleh orang-orang fasik dan munafik.

Lalu beliau memetik ayat 6, Surah Hujuraat, firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.”

Beliau menyifatkan Datuk T (Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Shazryl Emkay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim) yang membawa berita fitnah (terhadap Anwar) itu sebagai orang-orang yang fasik.

Misi politik kita (PAS) katanya, ialah untuk kembali kepada amalan politik yang jujur, telus dan tulus (daripada hati yang ikhlas) serta berasaskan hak dan kebenaran.

“Jangan sampai kita tidak berani untuk menyatakan hak dan kebenaran dalam kehidupan kita dan harapan saya semoga kita kembali kepada landasan kehidupan yang betul dan benar,” ujar Dato’ Mahfuz.


Ulasan GB

Marilah kita sama berdoa agar Allah menurunkan siksa yang sehebat-hebatnya kepada pemfitnah yang tidak takut dengan dosa memfitnah ini.


JPJ Tak Dapat Kesan Kereta WQU 1925 Yang Bawa Chegubard Ke Hotel Shangri-La

Kereta misteri yang membawa Badrul Hisham Shaharin (chegubard) dari Institut Jantung Negara (IJN) ke Hotel Shangri-La bagi menyaksikan video seks di satu bilik pada 21 Mac is “benar-benar pelik dan tidak dapat dikesani”.

Semakan chegubard menunjukkan kereta berkenaan mungkin digunakan oleh "seseorang yang melakukan kerja-kerja risikan pihak polis”.

Semakannya juga mendapati, kereta Volvo Sedan yang berwarna emas tidak dapat dikesan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

“Nombor pendaftarannya ialah WQU 1925 tidak wujud di dalam pengkalan data JPJ,” kata beliau apabil dihubungi hari ini.

Chegubard sedang menjelaskan tentang “pembongkaran” terhadap video seks semasa ceramah di hujan lebat bertemakan “Siapa Dalang Fitnah” di asjid Bandar Perda pada hari Sabtu lalu.

Chegubard, yang dijemput menonton video seks berkenaan telah membuat semakan kereta misteri itu pada hari Jumaat.

Beliau dan rakannya telah dibawa ke hotel di Kuala Lumpur pada petang hari Isnin dengan menaiki kereta yang di dalamnya ada dua orang lelaki berpakaian kemas.

Chegubard, berpeluang menyaksikan klip video itu sebanyak dua kali dari jam 8 malam.

Beliau ditunjukkan video berkenaan oleh bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Risda, Abdul Rahim Tamby Chik, seorang ahli pernigaan, Shazryl Eskay Abdullah dan seorang yang tidak dikenali yang hanya dipanggil “Tengku”.

Konspirasi Darjah Tertinggi

Chegubard menyatakan beliau yakin video seks itu adalah hasildari satu konspirasi darjah tertinggi yang melibatkan ahli politik tempatan.

Beliau percaya pihak terbabik dengan video seks itu tidak serius sangat di dalam tuntutannya agar Anwar dan isterinya, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk meletak jawatan dengan pendedahan video berkenaan.

“Saya rasa mereka tidak seirus untuk memaksa Anwar dan Kak Wan berundur dari politik. Jika tidak, mereka tentunya dah bagi tape berkenaan kepada saya.

“Objektif mereka ialah untuk mengaibkan, memalukan Kak Wan dan keluarga, dan memfitnah PKR,” kata chegubard.

Beliau juga yakin beliau di pilih untuk menonton video berkenaan kerana para konspirator itu memikirkan “saya akan mengkhianati PKR berdasarkan perbezaan pandangan saya dengn pimpinan PKR waktu ini.”

Beliau berkata mereka cuba untuk memperalatkan beliau kerana beliau sentiasa lantang mengutarakan pandangan dan mengkritik segala salahlaku di dalam parti.

“Saya orang pertama untuk meminta Anwar berundur dari politik jika benar Anwar di dalam video berkenaan. Saya yakin orang yang saya lihat di dalam video sek hitam putih itu bukan Anwar,” tambahnya.

Beliau sedar beliau mungkin sudah melanggar undang-undang kerana menonton “blue film”, namun chegubard menyatakan beliau sentiasa bersedia untuk membantu pihak polis di dalam siasatan mereka terhdap kes ini.

“Namun sehingga hari ini, polis belum lagi memanggilnya,” katanya.

NTBL Untuk Nalla

Pemimpin PAS enggan layan hasrat Nalla

KUALA LUMPUR, 28 Mac — Pimpinan tertinggi PAS mengambil pendirian tidak mahu “melayan” hasrat Datuk S. Nallakaruppan yang mahu bertemu pemimpin parti Islam itu bagi mendedahkan sendiri siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, pemimpin PAS enggan memberikan sebarang komen berhubung cadangan Nallakaruppan itu,

“Beliau (Nallakaruppan) tak perlu nak dedah... kita pun tahu siapa Nallakaruppan.

“Jadi tak perlu nak susah-susah nak dedahkan,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata pihaknya tidak mahu melayan “permintaan” Nallakaruppan itu.

“Kita tak mahu layan Nallakaruppan,” jawabnya ringkas.

Nallakaruppan dipetik Utusan Malaysia hari ini berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengetahui siapa Anwar.

“Pimpinan PAS boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka julang sebagai ketua.

“Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia semalam, disiarkan hari ini.

Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat PAS.

Menurutnya, banyak perihal Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang tidak diketahui dan ia perlu diperjelaskan kepada mereka.

“Jangan biarkan mereka terus mempercayai bahawa segala apa yang dibongkarkan mengenai Anwar adalah fitnah belaka, tidak perlu taksub kepada Anwar,” katanya.

Nallakaruppan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan “Datuk T” mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat dengan pelacur dari China.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad juga mengambil pendirian tidak mahu melayan Nallakaruppan.

Malah Mustafa juga enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

“Tiada komen,” jawabnya. -TMI

Nalla pula mahu dedahkan pemimpin PAS siapa Anwar

KUALA LUMPUR, 28 Mac — Di sebalik pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T” minggu lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan pula mahu bertemu pimpinan PAS bagi mendedahkan sendiri siapa sebenarnya Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalannya Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengetahui siapa Anwar.

“Pimpinan PAS boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka julang sebagai ketua.

“Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia semalam, disiarkan hari ini.

Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat PAS.

“Mereka harus sedar sifat-sifat sebenar Anwar yang tidak boleh kita julang sebagai pemimpin. Anwar tidak layak menjadi pemimpin.

“Penyokong PAS harus memilih orang yang benar-benar layak diangkat sebagai ketua mereka dan Anwar bukan pilihan tepat serta tidak layak untuk menjadi pemimpin,” dakwanya.

Menurutnya, banyak perihal Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang tidak diketahui dan ia perlu diperjelaskan kepada mereka.

“Jangan biarkan mereka terus mempercayai bahawa segala apa yang dibongkarkan mengenai Anwar adalah fitnah belaka, tidak perlu taksub kepada Anwar,” katanya.

Nallakaruppan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan “Datuk T” mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin pembangkang dengan pelacur dari China. -TMI


Ulasan GB

Nalla, sorry, NTBL - No time bo layan.

Buruh Maut Terjatuh Dari Bangunan

Kuala Terengganu: Seorang buruh rakyat Indonesia maut apabila terjatuh dari bumbung bangunan asrama tambahan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di sini, Ahad.

GAMBAR: Anak panah menunjukkan tempat Kismantio terjatuh dari bumbung tingkat tiga bangunan asrama Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu semalam. - kosmo

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Kismantio, 28, dari Jamber, Jawa mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata lelaki itu dikatakan tergelincir ketika berada di atas bumbung bangunan tiga tingkat yang sedang dalam pembinaan pada pukul 9.30 pagi.

Sementara itu, usaha mencari dan menyelamat Mohd Hazrin Hakim Daud, 11, yang dihanyut arus setelah tergelincir ke dalam sungai Telemong di Kampung Nibong, Hulu Terengganu Jumaat lepas, masih diteruskan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Tengku Hamzah Tengku Abdullah berkata oeprasi dijalankan oleh polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dengan bantuan penduduk setempat.- BERNAMA

2 Jam Yang Dipertikaikan. Anwar Berkenderaan Apa Ke Hotel Itu?

Dua jam 'hilang' masih misteri

Misteri 'kehilangan' Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua jam seperti yang dipaparkan laman Twitter dan Facebook pada 21 Februari 2011 masih belum terjawab kerana waktu yang dipaparkan pada kedua-dua laman berkenaan tidak sama dan lewat sejam.

Justeru, penafian Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung persoalan mengenai ‘kehilangan’ Anwar tidak memberikan gambaran yang sebenar.

Masa yang dicatatkan melalui laman Facebook 21 Februari 2011, waktu sebelum DST (Waktu Musim Panas) yang dipraktikkan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Berikutan itu, waktu yang tertera di Facebook lebih awal daripada waktu yang dicatatkan di Malaysia.

Perkara itu diulas penulis blog, Dr Novandri Hasan Basri, dalam laman blognya http://novandri.blogspot.com bagi menjawab penjelasan yang dikemukakan Rafizi dalam sebuah portal berita online kelmarin yang mendakwa Anwar tidak hilang antara jam 10.38 malam hingga 11.06 malam pada tarikh itu, iaitu masa dikatakan adegan seks membabitkan pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

“Rafizi menyembunyikan satu fakta yang penting iaitu tidak menyebut 'kehilangan' Anwar selama dua jam iaitu antara jam 8.20 hingga 10.40 malam (seperti tercatat di Facebook).

“Disebabkan DST berlaku sebelum 13 Mac, waktu di Facebook lebih awal daripada waktu Twitter di Malaysia, maka waktu Facebook yang didakwa Rafizi perlu ditambah satu jam,” katanya yang dipetik dari laman blognya semalam.

Novandri berkata, ramai yang masih tidak faham mengenai DST yang menyebabkan waktu di Facebook adalah lebih awal daripada Twitter pada 21 Februari di Malaysia.

“Waktu musim panas, dikenali di Amerika sebagai DST, adalah sistem yang bertujuan untuk ‘menyimpan cahaya siang hari’ pada musim panas dan oleh sebab itu di Eropah sistem ini dikenali sebagai ‘Waktu Musim Panas’.

“Waktu rasmi dimajukan (biasanya) satu jam lebih awal daripada zon waktu rasmi dan dilakukan selama musim bunga dan musim panas. Hal ini bertujuan untuk lebih menyesuaikan waktu ketika hari masih terang dengan waktu kegiatan kerja dan sekolah,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, selepas 13 Mac, masa Facebook turut dipercepatkan (ditambah) selama satu jam, tetapi Malaysia tidak lagi mempraktikkan DST sejak 31 Disember 1981, maka waktu Malaysia tidak berubah.

“Perlu ditekankan di sini sekali lagi, jika Twitter menunjukkan waktu yang tepat, standard dan semasa tetapi waktu di Facebook menunjukkan waktu yang lebih awal dari sebenarnya,” katanya. -BH


'Di manakah Anwar Ibrahim?' PKR kemuka bukti

Pejabat PKR hari ini tampil memberi urutan catatan Twitter dan Facebook oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan ketua umum parti itu berada di rumah dan berhubung menerusi alam siber ketika rakaman sebuah video lucah dikatakan berlangsung di sebuah hotel.

Dua akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia dan New Straits Times hari ini mendakwa tidak ada catatan Twitter atau Facebook Anwar pada 21 Februari antara jam 10.23 hingga 10.45 malam – masa yang dikatakan adengan seks membabitkan pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pengarah Strategi Komunikasi PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu.

Tertera adalah catatan yang dimaksudkan:

1040 malam: “Inshaallah”
1049 malam: “That's d Najib's plan. Our task: pursue reform agenda”
1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority”
1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”
1058 malam: “Bisa”
1103 malam: “Waras”
1103 malam: “Ada ruang bias ja”
1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah di UGM”
1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”

Jelas Rafizi, masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat 'Selective Tweets'.

Sembilan pesanan

Rafizi berkata, Anwar menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara jam 10.38 hingga 11.06 malam.

Waktu rakaman video berkenaan adalah antara 10.20 hingga 10.41 malam.

“Semua laporan setakat ini oleh mereka yang menonton rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter,” jelas beliau.

Malah Rafizi menegaskan pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang itu sendiri kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya diketahui umum.

“Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Rafizi berkata ada pihak termasuk blog upahan Umno mendakwa wujud perbezaan masa sejam di antara catatan di laman Facebook dan laman Twitter.

Bohong besar

Itu kata beliau adalah pembohongan besar yang direka cipta kerana hakikatnya adalah Anwar di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

“Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Datuk Anwar yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook dua minit kemudian.

Oleh itu kata beliau, penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya akhbar-akhbar milik Umno itu yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu Umno.

“Dengan pendedahan ini, PKR mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, PKR akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno tersebut,” katanya.

Dalam laporan muka depannya hari ini bertajuk “Di Manakah Anwar Ibrahim” akhbar kawalan Umno itu mendakwa Ketua Pembangkang 'hilang' kira-kira dua jam pada 21 Febuari lalu, kerana tidak ada catatan dalam Twitter dan Facebooknya.

Niat jahat

Rafizi berkata, laporan itu jelas berniat jahat, dan bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan Umno ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat.

Menurut Rafizi, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan.

“Malah isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau,” katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com.

Menurut Datuk T yang mendedahkan rakaman video seks Isnin lalu ia dirakamkan di sebuah hotel di ibu negara pada 21 Februari lalu. -mk


Ulasan GB

Katalah benar 2 jam Anwar "hilang", hotel terdekat mana yang Anwar pergi, lakukan kerja terkutuk itu dan kemudian balik, yang hanya memakan masa 2 jam?

Naik apa? Motorsikal dengan membonceng Velentino Rossi? Super Lumborghini? Jumbo jet?

Atau Anwar mempunyai keistimewaan sebagaimana pak menteri dan polis boleh memasang dan membunyikan siren pada kenderaannya meredah lampu trafik dan supaya orang lain ketepi di jalanraya untuk memberi laluan kepadanya supaya cepat sampai ke hotel berkenaan?

Justeru itu, keseluruhan episod video seks tersebut JELAS satu rekaan, satu konspirasi yang dilakukan oleh Datuk T yang disokong kuat oleh UMNO termasuk para blogger yang mencari sedikit habuan populariti dan tumpang sekaki dengan harapan jerat dan fitnah itu menjadi.

Dari segi teknikalnya sahaja sudah out, video hitam putih. Kenapa hitam putih sednagkan kedai runcit paling cokia pun sekarang ini guna CCTV berwarna? Sebab tidak mahu bagi nampak sebarang kesan "doctored" ke atas video berkenaan.

Dah ler pelakon yang diambil tidak menepati ciri-ciri fizikal Anwar, cuma wajahnya sahaja yang berjaya diubah.

UMNO hidup bertunjangkan fitnah. Itulah kebenarannya!



Sesungguhnya mereka yang memfitnah mukmin yang lelaki mukminah yang perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka ke atas mereka neraka jahanam, dan azab yang membakar. (Al-Buruj 85:10)


Dapur Restoran Dikesani Banyak Najis Tikus & Lipas

Klang: Sisa makanan tidak diuruskan, najis tikus bertaburan dan anak lipas merayap di dapur restoran. Sukar dipercayai tetapi itulah hasil penemuan operasi penutupan premis makanan dan penguatkuasaan dinamakan ‘Ops Bersih 4’ di Jalan Istana, di sini, baru-baru ini.

Pemilik restoran terbabit mendakwa dapurnya sebelum ini dalam keadaan bersih dan terurus tetapi alasan terbabit gagal melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan tegas bahagian penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Sentral yang mengikuti operasi bersama Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Klang diketuai Timbalan Pemangku Pengarah Kesihatan MPK, Amran Jali mendapati kebanyakan premis yang diperiksa pasukan penguat kuasa itu meloyakan.

Dalam operasi bulanan itu, pasukan berkenaan terpaksa melayan kerenah pengusaha restoran yang tidak berpuas hati apabila premis mereka dikenakan tindakan.

Ada antara mereka bersikap biadap apabila mengherdik dan mempertikaikan tugas pihak penguat kuasa.

Bagaimanapun, peniaga terbabit terpaksa mengalah selepas pihak penguat kuasa menerangkan kesalahan mereka.

Amran berkata, lapan premis yang diperiksa gagal mempamerkan tahap kebersihan yang sepatutnya dan kebanyakan premis hanya bersih di bahagian depan tetapi kotor di belakang.

"Kami sudah mengenal pasti kawasan ini dan memberi notis sebelum mengadakan operasi.

Kebanyakan restoran yang diperiksa gagal menepati piawaian kebersihan seperti ditetapkan, antaranya membungkus makanan menggunakan surat khabar dan menggunakan pinggan mangkuk sumbing.

"Mereka mencampur bahan mentah bersama makanan yang sudah dimasak di dalam peti sejuk dan tidak memberi suntikan demam kepialu kepada pekerja," katanya sambil menambah kebanyakan premis yang terbabit dalam operasi ini adalah kategori C, iaitu memuaskan.

Amran berkata, pihaknya menjumpai najis tikus dan lipas di beberapa premis.
Berikutan itu, katanya, tujuh daripada lapan premis yang diperiksa diarah tutup dua minggu bagi memberi masa kepada mereka membersihkan premis masing-masing.

Pemilik premis boleh beroperasi kembali jika MPK dan PKD Klang berpuas hati dengan tindakan yang mereka ambil daripada aspek kebersihan tetapi jika gagal, kes mereka akan dibawa ke mahkamah.

Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1987.

Bulan lalu, lapan premis restoran diarahkan tutup dalam Ops Bersih 3 yang diadakan di sekitar Jalan Tengku Kelana. -BH

Mengapa SPRM Yang Mahu Soal Balas Peter Vanezis, Bukan Suruhanjaya Siasatan?

Shafee akan soal balas Peter Vanezis

Peguam Kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock Hock, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata, beliau akan menyoal balas ahli pathologi ternama, Prof Dr Peter Vanezis (gambar) minggu depan berhubung kemungkinan punca kematian Teoh.

Vanezis adalah pengarah kepada Cameron Center, William Harvey Research bagi sains perubatan forensik dan perunding kanan dalam sains perubatan forensik angkatan tentera British.

Beliau susah melakukan lebih 2,000 bedah siasat membabitkan kematian yang meragukan, di mana kira-kira 1,500 daripadanya berkaitan kes pembunuhan.

Merujuk kepada prosiding minggu lalu, Shafee berkata, Teoh, Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, adalah saksi utama dalam siasatan SPRM untuk memberi penjelasan kepada beberapa dokumen.

Suruhanjaya Siasatan itu dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen, manakala anggota panel lain terdiri daripada bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T S Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh, serta Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 26 Januari lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.

Teoh, 30, ditemui mati 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. - Bernama

Ulasan GB

Kita tertanya-tanya mengapa sekarang baru peguam SPRM yang bernama Muhammad Shafee Abdullah mahu menyoal balas ahli pathologi, Prof Dr Peter Vanezis minggu depan berhubung kemungkinan punca kematian Teoh?

Mengapa ia tidak dilakukan semasa inkues tempohari sebaliknya telah membenarkan Peter Vanezis pulang dengan alasan kononnya beliau menerima ugutan bunuh melalui email?

Sepatutnya Suruhanjaya Siasatan yang melakukannya dan SPRM sudah tidak perlu campurtangan lagi demi integriti dan kredibiliti hasil siasatan.


Askar ‘Ghaib’ Tiga Minggu Ditemui Dalam Gaung

Tampin: Misteri kehilangan seorang anggota tentera yang tidak melaporkan diri di kem selama tiga minggu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam sebuah gaung di Kilometer 10, Jalan Gemas-Tampin, berhampiran Felda Sungai Kelamah, di sini, kelmarin.

Gambar: MAYAT Mohd Zaki diusung anggota polis untuk dibawa ke bilik mayat Hospital Tampin yang ditemui dalam gaung di Kilometer 10 Jalan Gemas-Tampin, berhampiran Felda Sungai Kelamah.

Lebih memilukan apabila mayat mangsa, Prebet Mohd Zaki Ahmudhi, 27, yang ditemui kira-kira jam 1.35 petang hanya tinggal rangka dalam keadaan terbenam di dalam lopak air di gaung kira-kira tiga meter.

Difahamkan, mangsa dipercayai meninggal akibat kemalangan berikutan motosikal ditungganginya dijumpai tidak jauh dari kawasan berkenaan. Ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, dia berasa pelik apabila dimaklumkan anak lelakinya itu tidak melaporkan diri di Kem Syed Syaruddin, Gemas, di sini, sejak 5 Mac lalu.

“Saya diberitahu pihak tentera sudah berusaha mencari dia (Mohd Zaki), namun tidak berhasil kerana masih gagal menghubungi atau menemuinya.

“Berikutan itu, hati saya amat bimbang dan tidak berhenti berdoa kepada Allah supaya dia ditemui dalam keadaan selamat,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), di sini, kelmarin.

Menurutnya yang turut membuat laporan polis mengenai kehilangan itu, dia tersentak apabila menerima panggilan polis dan tentera supaya datang ke HT untuk membuat pengecaman mayat.

“Sejurus tiba di hospital, hati saya luluh apabila mendapati dokumen pengenalan diri termasuk maklumat yang berada dalam sebuah telefon bimbit adalah miliknya,” katanya. Katanya, walaupun pedih, dia reda dan menganggapnya sebagai ketentuan Ilahi.

“Beberapa hari sebelum kejadian, dia menghubungi saya untuk bertanyakan khabar. Saya menasihatkannya supaya berwaspada ketika berada di jalan raya,” katanya yang tidak menyangka melihat rangka mayat anaknya. Jenazah Allahyarham dibawa pulang untuk dikebumikan di kampungnya di Kluang, Johor, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -hm

Fitnah Ke Atas Wartawan Harakah Pula

Video seks: Wartawan Harakah pula difitnah

Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan fitnah blogger Umno yang mendakwa beliau ada menyatakan kononnya imej dalam video seks membabitkan seorang tokoh pembangkang itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, beliau menyatakan 'muka individu itu adalah serupa dengan Anwar'. Namun selepas melihat susuk tubuhnya, perut yang buncit meyakinkan beliau bahawa individu itu bukanlah Anwar.

Beliau menjawab demikian ekoran dakwaan Papa Gomo yang menuduh beliau ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar dalam satu pertemuan di sebuah restoran malam tadi.

"Dalam Rbf ada menyebut kononnya saya ada bertemu dengan beliau di sebuah restroan di Jalan Yap Kuan Seng, sedangkan saya sendiri selepas dari habis bekerja, saya pulang ke rumah di Seremban, saya menafikan saya ada bersama di Jalan Yap Kwang Seng. Ia Satu fitnah," katanya.

Beliau menyatakan, sebaik pulang dari melihat video itu beliau terus menemui Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pada jam 2.00 petang di Parlimen dan melaporkan kepada Saifuddin tentang fitnah itu.

Beliau sendiri mendapat panggilan daripada Anwar bertanyakan tentang video itu, dan beliau ada menyatakan kepada Anwar keyakinannya.

Wan Nordin juga menyatakan, beliau ada melihat video tersebut kononnya wajah Anwar, tetapi apabila dilihat kepada susuk tubuh sebenarnya sangat jauh berbeza kerana perut yang buncit.

Beliau menerangkan, pada awalnya beliau tidak tahu tentang tayangan video berkenaan kerana hanya mendapat jemputan kononnya ada 'sidang media khas' oleh seorang wartawan akhbar arus perdana.

Beberapa kali beliau cuba bertanya apa intipati sidang itu, namun wartawan yang menjemputnya itu enggan memberitahu.

Sehinggalah beliau ke loaksi, Carcosa Sri Negara dan dibawa naik ke suatu bilik yang beliau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.

Hinggakan kata beliau, barangan peribadinya termasuk telefon bimbit, pen, perakam dan buku catatan diambil oleh orang yang tidak dikenali untuk disimpan sementara bagi masuk ke bilik sidang media.

Selepas duduk di dalam bilik itu, barulah beliau tahu adanya tayangan tersebut, dan akibat ketakutan dan atas dasar keselamatan beliau enggan bertindak semasa dalam bilik dan hanya menurut kehendak pengajur sahaja.

Sebelum ini Harakahdaily telah melaporkan penjelasan dari Wan Nordin barhubung bagaimana beliau dijemput ke satu sidang media yang kemudiannya bertukar kepada tanyangan video seks.

Ulasan GB

"Fitnah" boleh mengena sesiapa saja. Wan Nordin atau sesiapa juga yang beragama Islam tidak sepatutnya berada di sana, tetapi malang bagi wartawan Harakah itu, terperangkap, dan "ter"tonton (jika boleh digunakan istilah sedemikian) video lucah tersebut.

Adalah lebih selamat jika wartawan berkenaan sekalipun sudah masuk ke bilik berkenaan, tidak lansung menghiraukan tayangan berkenaan seperti memandang e arah lain dan tidak mengulas apa-apa pun mengenainya. Jika ada pertanyaan juga, maka kita berlepas tangan dengan menyatakan dengan tegas, saya tidak menontonnya kerana ia haram untuk kita.

Ia menjadi pengajaran untuk golongan mukmin - supaya tidak terjebak dalam apa yang diistilahkan "syubhat" dan agar tidak ditimpa fitnah berkenaan.

Memang kita ini lemah, maka dengan sebab itu Allah menganjurkan sekalipun terhadap orang beriman, supaya bermohon ampun kepada Allah, kerana syaitan itu sentiasa ada sepanjang perjalanan kita untuk menggelincirkan kita supaya terheret bersama dengan mereka.

Semuga Allah swt menyelamatkan kita dari fitnah-fitnah yang kini nampaknya semakin bermaharajalela dan menghukum si pemfitnah itu dengan hukumanNya di dunia dan di akhirat sepertimana yang dijanjikanNya di dalam Al-Qur'an


Sesungguhnya mereka yang memfitnah mukmin yang lelaki mukminah yang perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka ke atas mereka neraka jahanam, dan azab yang membakar. (Al-Buruj 85:10)

*Nota: Bagi yang terkena fitnah, ayat di atas dibaca berulang-ulang kali supaya terselamat dari fitnah berpanjangan dan supaya si pemfitnah dihukum Allah serta-merta. InsyaAllah.

Paras Radiasi Naik 10 juta Kali Lebih Tinggi

Tokyo: Pegawai di Jepun semalam melaporkan peningkatan besar mendadak kadar radiasi iaitu 10 juta kali lebih tinggi berbanding paras biasa dalam air di salah satu reaktor di loji nuklear di Fukushima Daiichi yang bocor selepas dilanda gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu.

Jurucakap pengendali loji Tokyo Electric Power Co (TEPCO), Takashi Kurita berkata, udara di loji itu diukur pada kadar, 1,000 milisievert sejam, empat kali ganda paras 250 milisievert yang disahkan selamat oleh kerajaan.

Berita mengenai peningkatan mendadak paras radiasi di Unit 2 tersebar ketika jurutera TEPCO bertungkus-lumus mengepam air tercemar dari dua lagi reaktor bermasalah di loji Fukushima Daiichi, 220 kilometer ke timur laut Tokyo.

“Bacaan di loji itu terlalu tinggi, menyebabkan pekerja mengukurnya, melarikan diri sebelum mengambil bacaan kedua,” katanya.

Beliau berkata, pekerja sedang berusaha keras mengeluarkan air tercemar itu dan mencari tempat selamat untuk menyimpannya.

Dua pam baru akan dibawa masuk untuk mempercepatkan kerja mengepam air, berikutan setakat ini hanya satu pam digunakan.

Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri Jepun kelmarin memberi amaran paras radiasi di unit terbabit semakin meningkat dan usaha mengepam air di loji itu perlu diberi keutamaan.

Paras radiasi yang tinggi dalam air di loji nombor 3, menimbulkan kecurigaan kebocoran mungkin disebabkan rekahan. Dua pekerja kini dirawat di hospital selepas dipercayai cedera kerana meranduk air tercemar itu.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano, berkata sumber kebocoran belum dapat dipastikan, tetapi air dengan sisa radioaktif itu ‘hampir pasti’ merembes dari teras reaktor.

Penemuan air dengan sisa radioaktif di dalam satu atau lebih unit daripada enam kompleks reaktor itu dianggap kekecewaan besar dalam misi segera untuk memulihkan sistem penyejuk sokongan supaya boleh berfungsi semula, selepas lebih dua minggu terjejas akibat gempa bumi dan tsunami.

Gempa bumi dengan kekuatan 9 skala Richter melanda wilayah timur laut Jepun 11 Mac lalu, mencetuskan tsunami dan melumpuhkan operasi di loji nuklear Fukshima Daiichi.

Ia juga semakin menyukarkan usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa yang mengorbankan lebih 10,000 nyawa selain menyebabkan ratusan ribu penduduk kehilangan kediaman.

Sejak gempa bumi dan tsunami melanda, pekerja di loji berkenaan terus bertungkus-lumus menyejuk loji yang terlalu panas, ketika sisa radioaktif mula mencemari makanan, air laut malah bekalan air paip hingga sejauh Tokyo. – AP



Ulasan GB

Demonstrasi di atas menandakan saru "alert" dari Jepun, sebuah negara maju di sebelah timur.

Semalam ada demo di barat iaitu di Jerman dan GB telah mengulasnya begini:

Itu rakyat di sebuah negara maju, yang mengambil iktibar dari apa yang berlaku di Fukushima Jepun.

Di Malaysia lain ceritanya. Kebodohan kerajaan menggadaikan nyawa rakyatnya untuk meneruskan program nuklear.

PM, TPM dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili, ingin meneruskan rancangan pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif tanah jarang (rare earth) di Gebeng, Kuantan, yang bernilai hampir RM700 juta yang dikatanya adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam.


GB sudah ulas sebelum ini: Loji Nuklear Gebeng: Kalau Selamat Suruh Semua Menteri Pindah Ke Sana

Eskay Dan Kisah Anjing Sepherd Yang Tersangkut Kepalanya Di Tembok

Shazryl Eskay Abdullah - begitulah namanya.

Sebelum kes video seks yang sedang hangat diperkatakan sekarang, boleh dikatakan lansung tiada orang yang mengenali nama itu, kecuali beberapa tokoh yang memang mempunyai urusan dengannya.

Namanya meletup apabila beliau secara berterus terang mengakui - 'Saya dalam video itu', apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Menurut seorang pemberita yang menonton video itu, selain seorang wanita dan lelaki mirip Anwar, terdapat seorang lagi dilihat di permulaan video itu. Bagaimanapun, bahagian mukanya tidak kelihatan.

Persoalan kini, jika beliau mengaku bahawa beliau ada di dalam video berkenaan, dan kini menuduh Anwar Ibrahim adalah pelaku yang mengadakan adegan seks berkenaan, bererti beliau (Eskay) telah jelas melakukan kesalahan iaitu sengaja membiarkan adegan itu berlaku dan dirakamkan dengan kehadirannya, malah penyertaannya sendiri (sepertimana yang diakuinya sendiri) di dalam video seks tersebut.

Pada 21 Mac 2011, beliau yang dikenali sebagai salah seorang daripada trio Datuk T ketika itu, telah menempah sebuah bilik berharga RM1,350 di hotel mewah Carcosa Seri Negara untuk mendedahkan video kepada pihak media. Ia jelas satu kesalahan di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Di dalam keadaan jika pihak polis bebas dan berkecuali, kedua-dua hal di atas sudah memadai untuk mensabitkan Eskay dengan kesalahan di bawah undang-undang, tetapirakyat sudah sedia maklum, bahawa, institusi polis di dalam negara ini adalah mengikut telunjuk pemimpin parti politik pemerintah. Justeru Esaky masih bebas.

Di dalam kenyataan-kenyataannya dan di dalam sidang akhbarnya bersama dengan Rahim Tamby Chik pula, terdapat banyak percanggahan fakta yang timbul, menyebabkan keseluruhan episod video seks lebih banyak menimbulkan keraguan dan lebih ramai yang mempercayai bahawa ia adalah konspirasi jijik Eskay daripada apa yang cuba dilakukan - iaitu untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Eskay sendiri saya rasa tidak menduga bahawa kes ini akan meletup sehingga dirinya sendiri boleh terjerat, apatah lagi jika terbukti bahawa lelaki yang dimaksudkan sebagai Anwar itu bukan Anwar yang sebenarnya. Ini akan meletakkan pula Eskay sebagai konspirator paling jahat yang negara pernah jumpa.

Eskay sebenarnya telah menjerat dirinya sendiri.


Kisah Anjing Sepherd Tersangkut Kepala Di Tembok



Dengan muka sayu sedih, lihatlah betapa lawaknya anjing ini tersangkut kepalanya di tembok



Badannya tak muat menembusi lubang tembok... binatang betul la anjing ni!


Di California, pihak berkuasa terpaksa membantu seekor anjing jenis German Sepherd melepaskan kepalanya yang tersangkut di tembok, sehingga memeningkan kepala semua pihak mencari punca kenapa ia jadi begitu!

Tapi percayalah, tidak mustahil anjing ini terpengaruh dengan lagak ahli silap mata dunia David Cooperfield yang berjaya menembusi badannya melepasi Tembok Besar China. Barangkali anjing ini juga ingin mencuba, tetapi hasilnya beginilah, seperti dirakamkan gambarnya! -singalautmetro