15 Ogo 2014

Mat Taib Pun Lemas Dengan Sikap PAS Yang Terhegeh-Hegeh Buat Keputusan

Krisis MB Selangor: Mat Taib kecam PAS lambat buat keputusan

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengecam PAS yang lambat membuat keputusan dalam krisis menteri besar Selangor, ketika Umno sendiri sudah menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Muhammad yang juga ahli PAS berkata, parti Islam itu perlu membuat keputusan segera dengan mengambil kira realiti keadaan semasa dalam krisis di Selangor.

"Mereka lambat, kenduri sudah habis, pengantin sudah masuk bilik.

"Buat keputusan lambat-lambat, apa ini? Kita kena ambil realiti hari ini, tidak perlu tunggu 17 Ogos, kita kena fokus apa yang berlaku hari ini,"
katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga mempersoalkan PAS yang melengah-lengahkan keputusan membabitkan isu di Selangor, walaupun selepas 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyatakan pendirian menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

"Saya fikir mereka lambat dan sudah ketinggalan. Sudah ada 30 yang menyokong," katanya yang juga dikenali sebagai Mat Taib.

Muhammad juga menyifatkan tindakan 12 Adun Barisan Nasional menyokong Khalid, seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari, satu kesilapan besar buat PAS.

"Ini faktor beliau (Khalid) perlu dibuang keluar daripada Selangor, ia satu kesalahan yang serius apabila mendapat sokongan Umno," katanya.

Beliau berkata, perkara itu tidak perlu dibiarkan dan sewajarnya mendapat pertimbangan segera daripada PAS khususnya yang masih tidak menyatakan pendirian.

"Itu kesalahan yang besar daripada segala-galanya, kenapa biarkan? Bila disokong Umno menunjukkan Khalid boleh jadi alat kepada Umno," katanya.

Beliau juga mengingatkan Pakatan Rakyat (PR), khususnya PAS, supaya bangun daripada tidur dan membuat keputusan segera.


"Saya fikir PR perlu jaga daripada tidur saja, perlu bangun dan kembali tadbir Selangor.

"Rakyat Selangor sudah mula bosan dengan tindakan kebudak-budakan," katanya.

Tindakan 30 Adun menyokong Dr Wan Azizah semalam juga menunjukkan tiada alasan untuk PAS masih menyokong Khalid.

"Mereka (PR) sudah dapat 30 majoriti Adun, apa lagi alasan? Tidak ada alasan yang hendak dicari lagi, mereka sudah ada nombor dan perlu hormat mandat rakyat,"
katanya.

Muhammad sebelum ini mengkritik kedegilan Khalid yang enggan meletak jawatan kerana sudah dipecat partinya, PKR sendiri.

Beliau berkata, Khalid perlu letak jawatan walaupun menerima sokongan daripada PAS.

Kemelut di Selangor semakin meruncing selepas Khalid mengambil langkah drastik memecat 6 ahli mesyuarat kerajaan negeri (exco) Selangor daripada PKR dan DAP, serta menegaskan beliau masih MB yang sah selepas mendapat perkenan Sultan Selangor.

Susulan perkembangan tersebut, PKR dan DAP mendesak PAS menyatakan pendirian mereka dengan segera tanpa perlu menunggu mesyuarat Ahad ini.

Namun, semalam dua Adun PAS menyatakan sokongan secara terbuka kepada Dr Wan Azizah serta kesediaan berdepan tindakan daripada parti Islam tersebut. – TMI


'Tukar MB bukan macam tukar ketua kampung'

PAS sengaja mengambil sedikit masa, bukan sebulan hanya seminggu untuk mencapai keputusan di dalam isu penggantian menteri besar negeri Selangor. Kita bercakap berkenaan jawatan menteri besar, jawatan nombor satu dalam pentadbiran sesebuah negeri.

Kita bukan mahu menukar seorang ketua kampung, ini urusan menukar seorang menteri besar.

Pada saat yang kritikal ini unsur emosi dan sentimen harus diketepikan. Prinsip integriti, setiakawan, keadilan, kebijaksanaan serta hikmah mesti mengambil tempat dalam mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Justeru itu, we shouldn't rush in making decision but we should adopt a deliberate cautious approach with wisdom and sincerity.

Kita bercakap tentang meminta seseorang menteri besar meletak jawatan. Kita perlu berhemah dalam hal ini. Apa kesilapannya, apa kemudaratannya, apa kesalahannya, apa kelemahannya dan apa kemaslahatan persekitaran negeri yang ditadbirnya?

Kita perlu menghalusi faktor-faktor ini secara terperinci agar kita sampai kepada keputusan yang adil dan yang baik bagi semua pihak, yakni, negeri, rakyat, istana dan individu yang terlibat. Keadilan yang menjadi teras perjuangan Pakatan mesti ditegakkan.

Berkaitan dengan isu ini dan belajar daripada pengalaman PAS sendiri, saya ingat kembali kes Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menantunya.

Apabila saya bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang, presiden PAS; Datuk Dr Haron Din, timbalan muryidul am PAS dan Dr Mohd Hatta Ramli, bendahari PAS Pusat membawa mandat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bertemu dengan Nik Abdul Aziz berkaitan isu pelantikan menantu beliau dalam Perbadanan Menteri Besar Negeri Kelantan (PMBK).

Isu nepotisme dan integriti telah bermain di bibir rakyat pada waktu itu. Nik Abdul Aziz tidak teragak-agak lagi, terus dipanggil menantunya dan diminta menandatangani surat peletakkan jawatan serta-merta! Mengapa Nik Abdul Aziz mengambil sikap tersebut?

Bagi saya Nik Abdul Aziz amat faham dengan konsep parti menguasai kerajaan, hidup berjemaah - keputusan jemaah, keputusan parti harus dipatuhi. Seperti kata,the interest of the many, outweigh the interest of the few.

Parti yang menguasai kerajaan, bukan kerajaan yang menguasai parti. Ini yang kita harus faham apabila kita memasuki gelanggang politik Malaysia. Tidak ada pemujaan individu dalam parti. Jawatan yang dipegang oleh seseorang dalam kerajaan adalah disebabkan dicalonkan oleh parti. Jadi bila parti suruh pergi, ikutilah kehendak parti.

Saya teringat sejarah Khalid Al Walid, panglima yang 'dipecat' oleh khalifah. Pemecatan daripada khalifah mesti ada sebab-sebabnya, mesti ada 'kaulnya' dan mesti sudah dihalusi daripada segenap sudut oleh Umar Al Khatab. Adakah Khalid memberontak? Tidak! Panglima besar ini akur dengan keputusan Khalifah. Inilah hidup berjemaah.

Jangan persoal komitmen kami

Sebegitu juga kita dalam proses memilih menteri besar. Perlu dihalusi bersama, perlu diskusi bersama dan perlu persetujuan bersama. Janganlah ada di kalangan kita mengambil pendekatan pushing down into our throats! Sekurang-kurangnya ada pilihan, agar yang terbaik diberi berkhidmat kepada rakyat.

Untuk tatapan kita bersama daripada paparan sejarah PAS, isu kronisme, nepotisme dan sikap autokratik adalah faktor yang besar yang menjatuhkan PAS negeri Kelantan dalam era Tan Sri Datuk Dr Haji Mohd Asri Haji Muda.

PAS juga pernah mengalami krisis di negeri Kedah sebelum pilihan raya umum kali ke-13 (PRU 13) yang akhirnya kita semua menerima akibatnya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama belajar daripada sejarah ini supaya kita pada hari ini terutama Pakatan tidak mengulangi kesilapan yang sama agar memungkinkan kita hilang lagi sebuah kerajaan.

PAS prihatin dalam hal ini, bersama PKR dan DAP kita berjuang menentang kezaliman, menentang rasuah dan menentang kronisme dan nepotisme. Kita menentang sekeras-kerasnya sehingga kita nobatkan dalam manifesto PR. Kalau tidak rakyat akan melihat kita yakni Pakatan sebagai "harapkan pagar, pagar makan padi!"

Justeru itu, di dalam pencalonan bakal menteri besar baru ini harus Pakatan menjauhi persepsi-persepsi negatif tersebut. Biarlah kita mengambil masa untuk mencari yang terbaik demi masa depan Pakatan yang kita sama-sama sayangi.

Kepada rakan-rakan di dalam PKR dan DAP, usah gusar dengan komitmen PAS dalam perjuangan menentang kezaliman, menentang rasuah, menentang, kronisme dan nepotisme.

Sejak ditubuhkan, kami berjuang atas landasan ini, malah bukan sahaja kami diremehkan, difitnahkan, dipenjarakan malah dalam Peristiwa Memali sahabat-sahabat kami dibunuh dengan kejam! Bukan sahaja masa, wang, keringat dan air mata yang kami curahkan, malah darah dan nyawa telah kami korbankan dalam perjuangan menentang kebatilan-kebatilan ini. So, please, don't question our committments, we were there when you were sleeping.

Insya-Allah, give us until 17th of August untuk membuat keputusan yang adil, berhemah dan berhikmah. Doakan agar Pakatan tetap utuh dan bertambah kuat melalui dugaan-dugaan ini. Doakan agar jiwa dan raga kita, warga Pakatan, sentiasa berkobar untuk memerdekakan negara kita daripada Umno/BN, amin!
-mk


ULASAN GB

GB terima kedua-dua pandangan di atas. Pertama kritikan Mat Taib terhadap kelembapan PAS buat keputusan. Kedua hujjah Salehuddin Ayub yang mempertahankan tindakan PAS melengahkan mesyuarat.

Secara peribadi, saya lebih mengenali Naib Presiden, Salehuddin Ayub daripada Mohd Taib, tetapi daripada hujjah-hujjah yang dibentangkan saya terpaksa bersikap apologetik kepada Sdra Salehuddin, kerana saya lebih berpihak kepada Mat Taib.

Terus-terang, saya amat tidak suka kerja berlengah-lengah amalan sesetengah pemimpin PAS.

Ketua Pemuda PAS mentweet alasan dari presiden PAS bahawa kita tidak mahu membuat keputusan yang tidak masak. Saya meragui jawapan itu, kerana sebelum ini Tuan presiden sendiri begitu cepat membuat kenyataan memberi sokongan kepada Khalid Ibrahim. Tetiba sekarang tiba-tiba sudah tukar gear? Apakah ini untuk memberi masa kumpulan pro-Khalid melobi supaya keputusan 17 hb ini berpihak kepadanya?

GB bukan berburuk sangka, teetapi itu persepsi yang diperolehi oleh ahli bawahan terhadap alasan Tuan Presiden berkenaan.


Bukankah procrastination (berlengah-lengah atau bertangguh-tangguh) itu amalan syaitan? Apatah lagi ia berkenaan dengan masa depan ummah. Ni bukan sekali tangguh, dah dua tiga kali tangguh...

GB sudah ulas sebelum ini:-

PAS terlalu lembab dan lemah di dalam strategi politiknya. Seperti ynag GB utarakan sebelum ini PAS masih terhegeh-hegeh untuk membuat keputusan, terpaksa menunggu JAwatankuasa Pusat bermesyuarat pada 17 Ogos ini - setelah dua kali ditunda - dari 10hb kepada 13hb dan kemudian kepada 17hb Ogos. Dalam jangakawaktu itu Khalid sudah dipecat, dan Khalid pula memecat para exco. Pakatan sudah kehilangan Selangor. Mungkin lepas ini DUN Selangor dibubarkan sedangkan PAS Pusat masih belum bermesyuarat lagi.

UMNO bertindak pantas mengadakan mesyuarat sebaik saja Khalid Ibrahim dipecat dan membuat keputusan menyokong Khalid sebagai MB. DAP sudah pun membuat keputusan lebih awal untuk bersama Pakatan Rakyat menyokong tindakan PKR memecat Khalid.

Di zaman IT serba canggih ini, dan di zaman Whatsapp, facebook, video connferencing dan segala mak nenek teknologi maklumat lansung tak dimenafaatkan untuk membuat mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat. Masih nak buat gaya konvensional, semua perlu hadir bersemuka sehingga mesyuarat terpaksa ditunda berkali-kali. Sungguh ketinggalan.

Semua ada komputer, semua ada smartphone... tapi hanya untuk fb dan tweet benda-benda kosong. Apa salahnya belajar gunakan kesemua itu untuk kepentingan parti dan jemaah, bermesyuarat secara video conferencing? Yang mana duduk jauh-jauh tak payah susah-susah nak terbang ke Ibu Pejabat PAS di KL.

GB pernah mengajar di sebuah universiti maya. Semua anak murid dari seluruh negara tak payah attend kelas secara bersemuka. Duduk di rumah masing-masing dan hadir kuliah depan laptop masing-masing. Takder masalah. Begitu juga meeting fakulti atau universiti dengan sekalian Datuk Professor, Professor Datuk dan sekalian kakitangan. Jarang sekali bersemuka. Tetapi semua lancar. Itu hampir 10 tahun yang dulu.

PAS kini masih guna cara Pak Kaduk. Semua kena hadir bersemuka. Itu sebab kena bertangguh. Yang cuma nampak hebat bila habis mesyuarat buat press conference. Konon akulah jurucakap parti paling penting!

Ketinggalan betul, itu pun berebut nak Putrajaya. Tengok perfomance wakil rakyat PAS kat parlimen hari ini, kita malu dan sedih untuk mengaku itu MP PAS...

Kalau tak mahu guna IT, nak kekal guna style lama tak apa kalau tegas, cekap dan cepat, bukan terhegeh-hegeh.

Itu sebab Mat Taib yang baru masuk PAS pun lemas dengan cara pengurusan pemimpin PAS yang ada.

GB petik komen dari beberapa pengkomen di blog GB mengenai kelembapan pengurusan PAS.

Excuse me kalau penyakit kanser dah sampai peringkat berbahaya takkan lu nak menunda lagi. Inilah masalah kalau masih ada org guna cara konvensional dalam menyelesaikan masalah dan rasullulah pernah pesan lu kena didik anak mengikut peredaran semasa kerana apa yg dihadapi anak kita pd masa akan datang adalah berbeza dengan kita. Lu masih ingat lagi pesan rasulullah yg ini? Kalau isu ini lu nak guna cara lama amcm lu nak bimbing rakyat malaysia mengikut peredaran semasa beb kalau lu jadi pemerintah? Lu fikirkanlah -by Anonymous

Ketika semua rakyat jelata macam saya sibuk mencari rezeki, pening mencari jalan utk jimatkan belanja, letih memikirkan nasib diri 10 tahun lagi...ulama dalam Pas dok buat semak dalam politik. Macam ni ke kualiti bakal Perdana Menteri? Sebagai pemimpin... keputusan kena cepat, tepat, tegas dan peka kepada masalah yang akan datang. Kalau macam ni cara pengurusan krisis Pas... memang kebulur la rakyat kalau Pas memerintah. Saya dilahirkan dalam keluarga Pas, dikawasan yang dianggap kubu kuat Pas di Dun Bukit Pinang. Masa saya budak2 cuma org kampung ja yg sokong Pas. Pas memang kelihatan hebat pada masa tu. Sekarang bila dah ramai penyokong dari cerdik pandai kenapa Pas semakin mundur dan tiada integriti? Kenapa sampai sanggup khoanat kepada rakan sekutu? Pecahkan tugas dalam Pas.. biar Profesional berpolitik dah Ulama berdakwah. Ulamak menegur bila profesional silap langkah dalam politik., by Anonymous

Dah memang wajar ditukar kesmeua pemimpin PAS ini. Ya Allah Ta Tuhan kami.... tolonglah kami...







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[PENDEDAHAN] ADUN Morib Dedahkan Kenapa Beliau Tidak Sokong Khalid Ibrahim


Kenyataan Paling Berani Dari ADUN PAS kawasan Morib, Tuan Haji Hasnul Baharuddin

Tindakan PAS sengaja melambat2 kan usaha melantik Menteri Besar adalah satu kesilapan yang besar dan pendapat ini dikongsi bersama kebanyakan AJK PAS Pusat.

Itulah sebabnya Presiden tidak memanggil mesyuarat AJK PAS Pusat yang mempunyai kuasa eksekutif. 10/8 di tunda ke 13/8 ke 17/8.

Alasan untuk bargain dan tidak bersetuju dgn Dr Wan Azizah adalah tidak munasabah. Kita pakatan rakyat boleh duduk berbincang sehingga rentung dan hantar satu nama. Kalau sultan tolak kita hantar nama lain dan seterusnya. Tapi kita terus amik sikap sambil lewa.

Sehingga imej kita rosak di mata pengundi2 Pakatan Rakyat terutama bangsa Cina. Pesuruhjaya Selangor tidak memanggil mesyuarat dan ambil tindakan proaktif dan serahkan 100 peratus ke pusat. Kita yang duduk di Selangor tentu lebih faham dan seharusnya bertanggungjawab. Saya yang menyokong pakatan rakyat akan di hadap ke tindakan disiplin.

Macam mana exco yg bersekongkol dengan mb bebas dan memecat semua exco pakatan rakyat yang lain. Kalau tidak kerana tindakan saya hari ini, semua ahli majlis PKR dan DAP pun akan di pecat oleh Khalid Ibrahim dan disokong oleh EXCO2 PAS yang wala' dengan pimpinan kononnya. Siapa yang khianat sebenarnya. Pejabat MB sudah telefon bekas2 ahli majlis yang sudi untuk setia dengan Khalid Ibrahim.

Exco2 pakatan rakyat dipecat dan dihalau keluar bersama dengan 30 staf2 dan ada yang tunggu masa hendak bersalin. TSKI juga seorang yang suka meninggalkan solat. Majlis syura ulamak tahu tak maklumat ini?


EXCO yang duduk berjam2 dengan TSKI boleh mengesahkan perkara ini. Kenapa nak pertahankan tski sampai setengah mati?

Saya mengambil tindakan ini untuk menyelamatkan pas dari terus hanyut dengan tindakan2 yang merugikan.


Kita kata masih bersama PR tapi perbuatan kita menghancurkan PR.

Saya sudah bersedia untuk terima apa juga akibatnya dari tindakan saya.

-Hasnul b Baharuddin ADUN Morib

ULASAN GB

Pendedahan di atas memeranjatkan. Mungkin ada pihak tidak setuju kita melondehkan keaiban orang lain. TETAPI DI DALAM BAB SOLAT APATAH LAGI UNTUK SEORANG PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM TIDAK BOLEH DIKOMPROMI.

Ini kerana Imam Ahmad menyatakan, jarak antara seorang lelaki dengan kekufuran adalah meninggalkan solat. Di dalam riwayat At-Tabrani pula “Siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka dia kafir nyata.” Tidak seperti ibadah lain, Allah memfardukan ibadah solat secara langsung kepada Rasulullah dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Meninggalkan solat pula menjadikan hati manusia jauh untuk melakukan amal kebaikan malah buruk akhlaknya.

Malah amalan yang mula-mula sekali dihitung pada hari pembalasan kelak ialah solat. Jika sempurna solatnya maka baiklah seluruh amalannya. Begitulah disebaliknya.

Demikianlah, hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Ia tidak boleh ditutup. Ia tetap terserlah juga akhirnya.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Tiada Arahan Untuk Jangan Sokong Azizah, Jadi Kenapa Kena Siasat & Tindakan Disiplin?

Kami tolak Azizah, tapi bukan sebab wanita'

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah menyatakan sebab kepada PKR mengapa parti itu menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Mustafa berkata, sebab mengapa Wan Azizah ditolak tidak boleh didedahkan kepada umum buat masa ini.

Ketika ditanya sama ada Wan Azizah ditolak kerana beliau seorang wanita, Mustafa berkata: "Tidak".

Tidak, tidak, bukan kerana gender.

"Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose (tapi bukan kerana gender, saya takkan dedahkan)," katanya ketika diminta menjelaskan sama ada penolakan itu disebabkan jantina atau kelayakannya.

Mustafa berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat lajnah politik PAS di pejabat agung parti itu di Kuala Lumpur sebentar tadi:

Wartawan: Adakah mesyuarat malam ini PAS ada calonkan nama lain selain Wan Azizah?

Mustafa: Tidak, tidak. Bukan mesyuarat rasmi nak bincang perkara calon. Tak berbangkit. Tak ada. Tak bincang malam ni. Tak bincang.

Azmin ke?

Tak ada, tak ada. Tak bincang nama itu.

Adakah Wan Azizah ditolak disebabkan jantina atau kelayakan?

Tidak, tidak, bukan kerana gender. Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose .

Dah beritahu semua ini. Dah beritahu pada PKR. PKR dah maklum.

Dah beritahu PKR?

Tak boleh sebut, dah beritahu pada PKR.

Ada arahan dari PAS supaya ADUN tak terima Wan Azizah sebagai mb ...

Belum sampai lagi pada peringkat itu.


PAS berminat calon PAS jadi MB?

Walaupun kita kerusi (DUN) lebih, tapi PAS dah buat keputusan tak akan ambil kerusi MB. Tak berbangkit langsung pada waktu ini.

Mustafa terus disoal wartawan selepas sidang media media ditamatkan.

Benar tolak Wan Azizah?

Kita sudah bagi secara tertutup. Calon tak sebut.

PAS tak setuju Wan Azizah MB?

Saya nak jawab kena ada alasan, jadi alasan saya tak sebut, saya tak boleh jawab yang itu.

(Soalan tidak jelas.)

Prerogatif sultan (kita) tak nak masuk campur. Kalau sultan terima nak buat apa, kalau sultan tak terima nak buat apa, itu kuasa sultan. -mk

ULASAN GB

Jelas bahawa TIADA ARAHAN dari parti supaya DUN-ADUN jangan sokong Wan Azizah, sebelum atau selepas mesyuarat Lajnah Politik semalam.

Jika demikian halnya mengapa perlu sisatan malah ada semacam ugutan dari Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman?

Setiausaha PAS negeri Mohd Khairuddin Othman berkata sekiranya kedua-dua Adun berkenaan – Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) – enggan berbuat demikian, mereka bakal berdepan dengan tindakan disiplin. - petikan TMI

Kedua-dua ADUN itu dikatakan gopoh kerana tidak menunggu keputusan Jawatankuasa PAS Pusat yang akan bermesyuarat 17 Ogos ini.

Jika demikian, ada persoalan yang perlu PAS Selangor jawab iaitu:


Yang ini pendapat dari Bekas Ketua Persatuan Ulamak Malaysia yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Perak.

Pendapat Al-Fadzil Ustaz Ahmad Awang

"....Cadangan Shaari Sungip tu tidak boleh di tafsirkan sbg BERLAWANAN dgn MSU kerana keputusan MSU d buat berasaskan kpd kedudukan TSKI sbg Adun PR...

Tetapi bila beliau di pecat PkR maka TSKI bukan lg Adun PR .

Maka keputusan MSU sudah TIDAK VALID.

Begitulah hukumnya ikut QAIDAH FIQHIYAH.....

MSU pasti sangat faham...."

Dan demikianlah juga hukum kebenaran dan keadilan berjalan. What goes around turns around.. dan You get back what you give. Itu adalah sunnatullah. Anda gopoh, maka ahli di bawah anda akan bertindak demikian juga. Jika anda sokong orang yang tak hormat keputusan pimpinan parti, anda juga kena terima hakikat akan ada ahli parti anda yang tak akan hormat keputusan pemimpin parti anda.

Bukan Hukum Allah itu adil?







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[OFF POLITIK] Benarkah Ada Cinta Diantara Neelofa Dengan Sultan Kelantan?


Neelofa segan angkara gosip panas

KOTA BHARU - Desas-desus yang mengatakan pelakon dan pengacara televisyen popular, Neelofa akan berkahwin dengan kerabat di raja terus menjadi teka-teki semua pihak.

Apatah lagi apabila pengacara sensasi itu sendiri enggan memberikan sebarang komen berkaitan gosip panas itu dan memohon maaf supaya tidak diganggu media.

Bagaimanapun sumber terdekat artis cantik dari Pasir Mas, itu juga memberitahu cerita hangat di media sosial itu tidak betul.

Berikutan berita yang belum sahih itu, sumber berkenaan berkata, Neelofa mula berasa tidak selesa dan agak malu dengan gosip tersebut.

“Saya mendapat tahu sejak berita tersebut tersebar, dia (Neelofa) rasa janggal dan malu dengan gosip yang mengatakan akan menamatkan zaman bujangnya dengan kerabat Diraja.

“Siapa yang kata dia akan kahwin dengan kerabat Diraja sedangkan dia sendiri tidak pernah jumpa dengan kerabat tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Dalam masa sama, sumber terbabit menafikan pertemuan bekas Dewi Remaja bersama bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini menjadi punca kepada khabar angin berkenaan.

“Lagipun pertemuan bersama pemimpin itu adalah untuk dapatkan nasihat daripada beliau bukannya berbincang pasal jodoh,” katanya. -SH

ULASAN GB

Disiarkan berita di atas untu berehat dengan isu politik terutama isu Selangor seketika.

Stress tidak elok untuk kesihatan... :)







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI