9 Mei 2012

Skandal Shafie-Zahida: Shafie Bakal Tersungkur, Zuraida Bawa Saksi Utama 15 Mei

Kuala Lumpur 9 Mei: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, saksi utama skandal Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan pelakon terkenal, Zahida Rafik akan dibawa kepada media, Selasa depan.

“Kami (KEADILAN) akan tampilkan saksi utama, Noor Azman Azemi, 38, bekas pemandu peribadi Zahida kepada media minggu depan.

“Selepas itu, laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat wang sejumlah RM1.5 juta yang diberi Shafie kepada beliau,” katanya kepada Keadilan Daily.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, bukti-bukti baru juga akan terus didedahkan, walaupun Zahida bertindak membawa kes itu ke mahkamah.

“Saya ingin tegaskan, bukan Zahida yang menjadi sasaran, tetapi sumber RM1.5 juta dari Shafie yang dipersoalkan,”
tegasnya.

18 April lalu, Zuraida mendedahkan Shafie memberikan hampir RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan.

Transaksi itu berlaku pada Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011 (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000)

Beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM4 juta.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Zahida kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara. -KD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Apabila Najib Memaki Rakyatnya HARAM JADAH, Tanda Berakhirnya Beliau Sebagai PM

Haram jadah'... Inikah bahasa perdana menteri?

KUALA LUMPUR: Di kala ada yang kononnya 'tersandar' selepas mendengar pengumuman durian runtuh oleh Perdana Menteri, namun ada juga yang terkejut dengan 'bahasa kesat' yang digunakan Datuk Seri Najib dalam ucapannya semalam.

Gambar: PM ketika menghamburkan kata 'haram jadah' kepada sesetengah peneroka semalam

Najib dalam ucapannya di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Pahang semalam dengan nada tegas dua kali mengulangi perkataan 'haram jadah'.

Beliau dipercayai menujukan kata-kata itu kepada pihak yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

Menurut Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang bergelar perdana menteri.

"Tak sangka perdana menteri yang dilihat bapa kepada rakyat, tetapi mengeluarkan kata-kata kesat kepada rakyat sendiri," katanya.

Yang menjadi persoalan kata Mazlan, apa yang menyebabkan Najib begitu marah sehingga sanggup mengeluarkan perkataan seperti itu.

"Perkataan ini jarang orang guna kecuali dalam keadaan terlalu marah.

"Dengan pengumuman durian runtuh itu, perdana menteri sepatutnya gembira kerana bakal mendapat sokongan dari peneroka. Tapi kenapa sampai perlu menyumpah haram jadah," soalnya lagi.

Mazlan berkata, sepanjang pemerhatiannya dalam media arus perdana dari malam tadi dan hari ini, tiada pun media yang melaporkan kenyataan yang dikeluarkan Najib itu.

Bagaimanapun ujarnya, rakyat semalam dapat melihat dan mendengar dengan jelas ucapan Najib itu yang disiarkan secara langsung melalui televisyen. -HD

Ulasan GB

Apabila Najib memaki rakyatnya iaitu sesetengah peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia, itu tanda-tanda akan berakhirnya tempoh Najib sebagai PM Malaysia... Percayalah!

Di dalam konteks masyarakat melayu ia dinamakan "buang tabiat".

Gejala buang tabiat lazimnya berlaku di saat-saat akhir kehidupan seseorang.

Najib telah gagal dengan ujian sepertimana seorang bapa memaki hamun lantaran gagal menghadapi rencamnya karenah anak-anak sendiri. Pendek umur ayah sedemikian kerana tidak berupaya menguruskan stress.

Begitu Mudah Aqidah Terpesong: Air Paip Disangka Air Ajaib

Batu Pahat – Kewujudan ‘air ajaib’ dari bumbung sebuah rumah di Taman Budiman, Parit Raja di sini yang dikatakan memiliki keistimewaan boleh menyembuhkan penyakit akhirnya terbukti hanya air paip biasa sahaja

Perkara ini didedahkan sendiri pemilik rumah setelah kediamannya diserbu Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Dia mengaku air yang mengalir dari bumbung rumahnya itu tidak mempunyai keistimewaan, tetapi berpunca akibat daripada paip bocor.

Ketua Operasi, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ser­buan dilakukan pihaknya ke atas rumah tersebut setelah menerima aduan masya­rakat setempat selain bimbang akidah penduduk akan terpesong.

Menurutnya, serbuan berkenaan dilakukan sembilan anggota termasuk pegawai dan turut disertai Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor.

“Bagi mengelakkan akidah masyarakat terus terpesong berikutan percaya kepada perkara tidak berasas, kami bertindak menyerbu premis berkenaan hari ini (semalam).

“Kes berkenaan disiasat me­ngikut Seksyen 6 (b) Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, ketika serbuan dilakukan, terdapat beberapa individu sedang menadah air dipercayai untuk dijadikan ubat.

Menurutnya, hasil keterangan pemilik kediaman, saluran paip bocor menyebabkan air keluar mencurah dari atas bumbung.

“Kesan daripada kebocoran ini, air tidak berhenti mengalir, malah bil air melambung sehingga mencecah RM300 sebulan.

“Dia juga berharap ada pihak yang dapat menyelesaikan isu kebocoran yang berlaku di kediamannya itu,” katanya.

Saiful Ariffin menasihati orang ramai supaya jangan mudah terpe­ngaruh dengan perkara tidak munasabah dan perlu menyiasat terlebih dahulu kesahihan sebelum mempercayainya.

Sebelum itu, pada 23 Mac lalu Sinar Harian menyiarkan tentang pemilik rumah ini yang mengakui ramai orang datang ke rumahnya untuk mengambil air ajaib tersebut yang dikatakan dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. -SH

Seksyen 5 Shah Alam Dibangunkan Sebagai Bandaraya Islam

Shah Alam: Kerajaan negeri Selangor merancang membina ‘Bandaraya Islam’ di Seksyen 5, Shah Alam dalam usaha membangkitkan kembali sejarah kegemilangan dan ketamadunan Islam masa lampau yang semakin hilang sinarnya.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, konsep Bandaraya Islam ini yang menerapkan ciri dan nilai estetika Islam akan dibangunkan di tapak seluas 50 ekar tanah.

“Pembangunan yang dicadangkan di kawasan Seksyen 5 itu akan mempunyai identiti dan ciri Islam khusus dari segi reka bentuk bangunan bagi memberi nilai tambah kepada usaha menjadikan kawasan itu sebagai Bandaraya Islam,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Abdul Khalid menjelaskan melalui konsep tersebut juga masjid akan menjadi pusat tumpuan dan sekaligus mampu menghidupkan Bandaraya Shah Alam secara tidak langsung.

Menurut beliau, rancangan pembangunan ini bukan imiginasi semata-mata tetapi akan diterjemahkan melalui persediaan secara berperingkat-peringkat.

“Hujung tahun ini kita jangka sudah ada model pembangunan untuk projek ini. Kita jangka pembangunan ini menelan kos di antara RM2 bilion hingga RM3 bilion.

“Kita pilih Seksyen 5 kerana ia berdekatan dengan Masjid Negeri dan pusat pentadbiran, dewan negeri dan pusat komersil lain. Konsep Bandaraya Islam ini juga untuk mencetus kebangkitan semula Islam kerana ia sudah ketinggalan dari segi pelaksanaan.

“Melalui pembangunan berkonsepkan Islam ini secara tidak langsung akan menghidupkan Bandaraya Shah Alam dan menjadi tumpuan sebagai tempat akademik, kawasan tempat tinggal, pusat kewangan dan lain-lain,” katanya.

Beliau sebelum itu merasmikan Bengkel Pembangunan Bandaraya Islam (Islamic City) di kawasan Seksyen 5, Shah Alam yang turut dihadiri Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan. -FMT

Seksyen 5 Shah Alam Aplikasi Model Pembangunan Makkah

SHAH ALAM, 8 MEI : Kawasan Seksyen 5 Shah Alam akan dibangunkan oleh kerajaan negeri sebagai kawasan Bandaraya Islam yang mengambil model pembangunan Bandaraya Makkah dengan menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti masyarakat sekitarnya.

Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek ini yang masih dalam peringkat perancangan akan membabitkan kawasan kira-kira 50 ekar dengan kos pembangunan bernilai kira-kira RM2 bilion sehingga RM3 bilion.

Dalam Islam konsep yang paling penting ialah semuanya berpaksikan masjid, oleh itu di Shah Alam Masjid Negeri menjadi kepada paksi pusat kepada pembangunan bandaraya Islam.

Abdul Khalid berkata, pembangunan Bandaraya Islam itu nanti akan menjadikan Shah Alam kawasan tarikan baru sekaligus meningkatkan taraf ekonomi setempat.

“Dijangka apabila projek ini dilaksanakan ia akan menghidupkan lagi Shah Alam yang akan mempunyai akademi pendidikan, pusat kewangan, pusat kesihatan dan penempatan yang akan menjadi sebuah bandaraya bercirikan Islam yang lengkap,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas merasmikan Bengkel Pembangunan Bandaraya Islam (Islamic City) Kawasan Seksyen 5 Shah Alam.

Tambahnya, konsep Bandaraya Islam ini ialah sebuah bandaraya yang diduduki oleh masyarakat Islam yang mempunyai pelbagai fungsi dengan menekankan kepada pembangunan keseluruhan yang melibatkan fizikal, infrastruktur dan insan.

“Projek ini apabila berjalan ia akan menjadi nafas baru kepada Shah Alam, apa yang penting ialah kita dapat mengembalikan kegemilangan tamadun Islam,” jelas Abdul Khalid.

Seksyen 5 dipilih kerana terdapat Masjid Negeri yang mempunyai potensi untuk dibangunkan kawasan sekitarnya yang juga mempunyai pusat pentadbiran, komersil, pendidikan dan kesihatan.

Kira-kira 80 orang peserta hadir pada kursus yang diadakan di Hotel Saujana, Seksyen U2 di sini dan disertai Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar yang merupakan Pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (PADAT).

Sebanyak lima kertas kerja dibentangkan dalam bengkel itu yang juga menampilkan pembentangan kertas kerja bertajuk “Perancangan dan Pembangunan Makkah Al-Mukarramah” yang disampaikan oleh Dr Ismawi Zen daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang mempunyai pengalaman dalam perancangan dan pembangunan Bandaraya Makkah.

Sementara itu menurut Datuk Bandar Shah Alam,Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan dalam ucapannya berkata pembangunan Bandaraya Islam itu merupakan pembangunan sejagat yang berpaksikan kepada tiga perkara asas.

Menurut peserta bengkel, Tan Ah Kow, yang juga Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam menyambut baik usaha dan idea itu di mana pembangunan tersebut akan menjadi mercu tanda baru di Selangor.

Menurut Penolong Mufti Kanan di Jabatan Mufti Selangor, Hadri Idris, cadangan pembangunan Bandaraya Islam itu merupakan idea amat baik yang menampilkan konsep unik.

“Saya amat tertarik dengan konsep di mana di Makkah dan Madinah apabila waktu untuk menunaikan solat perniagaannya ditutup hanya dengan menggunakan kain tanpa sebarang gangguan kekacauan daripada jenayah kecurian yang mana orang ramai yakin dengan tahap keselamatannya,” katanya.
-selangorku


[Video] Marina Mahathir Gesa Kerajaan Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat BERSIH 3.0

Kuala Lumpur, 8 Mei: Aktivis sosial Marina Mahathir berpendapat kerajaan perlu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung insiden yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah pada 28 April lalu.

Katanya, kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya itu bagi membersihkan namanya dan rakyat akan menyokong kerana mereka mempunyai kepentingan di dalamnya.

"Saya tidak fikir sesiapa yang benar-benar akan tahu lagi yang bertanggungjawab. Kita mungkin perlu sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk sampai kepada mereka bawah ini.

"Kerajaan harus merasa insentif untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk membersihkan namanya, dan semua orang patut menyokong kerana setiap orang mempunyai kepentingan di dalamnya," katanya dipetik daripada temubual Free Malaysia Today (FMT).

Beliau yang mengikuti perhimpunan Bersih 3.0 tidak menyaksikan apa-apa provokasi dari penyokong himpunan itu.

Katanya, perhimpunan itu bertukar huru-hara apabila melihat polis menembak kanister gas pemedih mata dan meriam air ke arah orang ramai, selepas peserta himpunan merempuh penghadang di sekitar Dataran Merdeka.

"Tiada siapa yang telah menjadi provokatif. "Terdapat semangat yang tinggi, ramai orang muda dan pihak polis sangat sabar."

"Tetapi mereka tiba-tiba membawa trak, dan orang bertopi keledar dan perisai. Kami tidak benar-benar memahami mengapa. Saya fikir ia adalah satu faktor ugutan," katanya.

Rabu lepas, Persatuan bagi Penggalakan Hak Asasi Manusia (Proham) telah juga menggesa Putrajaya untuk melakukan perkara yang sama dalam laporan yang bercanggah mengenai keganasan antara polis dan peserta himpunan dalam Bersih 3.0.

Bagaimanapun, pihak polis telah mempertahankan tindakan mereka mengatakan bahawa keadaan akan bertambah buruk jika mereka hanya berdiri tepi.

"Perkara yang Dahsyat berlaku (pada hari itu) kerana mereka melemparkan gas pemedih mata. Tidak mahu orang memasuki Dataran Merdeka kemudian dilepaskan gas pemedih mata," katanya. -HD

‘No one was provocative during Bersih rally’

PETALING JAYA: Social activist Marina Mahathir has said that she hadn’t witnessed any provocation from Bersih 3.0 supporters during the massive rally on April 28.

The rally, which turned ugly an hour after it officially began, saw police shooting tear gas canisters and water cannons into the 80,000-strong crowd after a group of protesters breached the barricades surrounding Dataran Merdeka.

In the aftermath, videos and pictures of violence from police as well as protesters surfaced with both sides insisting that the other take responsibility for the rally’s outcome.

In a recent interview on business radio station BFM, Marina recounted walking up to the barricades at Jalan Lebuh Pasar where the police were gathered.

“No one was being provocative,” she said. “There were high spirits, many young people and the police was being very patient.”

“But having said that they suddenly brought out the trucks, and the guys in helmets and shields. We didn’t really understand why. I thought it was an intimidation factor, to just have them standing there.”

Marina added that while word of Bersih 3.0 co-chairperson, S Ambiga’s, directive for the crowd to disperse had spread, many “rally tourists” still wanted to get closer to the barricades for snapshots.

“I don’t think anyone is really going to know just yet who is responsible,” she mused. “We may need a Royal Commission of Inquiry (RCI) to get to them bottom of this.”

“The government should set up such a commission to clear its name, and everyone should support it because everyone has a stake in it.”

Last Wednesday, the Association for the Promotion of Human Rights (Proham) had also urged Putrajaya to do the same in the light of conflicting reports on the violence between police and protesters during the rally.

No political hijacking

The police have defended their actions, saying that the situation would have worsened if they had simply stood aside. Marina, however, didn’t buy it.

“Horrible things happened (on that day) because they threw tear gas,” she pointedly said. “If they didn’t want people entering Dataran Merdeka then the tear gas should have been lobbed there instead.”

“Why shoot it straight into the crowd? I read one person’s account of being tracked by the water cannon so what’s that all about?”


Another claim that didn’t sit well with Marina was that of the opposition hijacking the rally and being ultimately responsible for the ensuing clashes.

According to her, the supporters were shouting for Ambiga and not for opposition leader, Anwar Ibrahim. She also observed that isolated political chants were not taken up by the crowd either.

“So I don’t know whether that’s a fair charge to say about the whole rally,” Marina stated when asked for her thoughts on the rally’s link to the Pakatan coalition.

“They are politicians, that is their gain and that is what they do. If they were BN politicians, they would have done exactly the same thing.
-FMT





Teori Mengarut Hassan Ali, "Pelakon" Video Murtadnya Dilanggar Lori

Hasan Ali dakwa saksi isu murtad dilanggar lori

Pengerusi NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali mendakwa pasangan suami isteri yang tampil dalam pendedahan mengenai kegiatan memurtadkan orang Islam menerima gangguan selepas video berkenaan ditunjukkan kepada media, awal bulan lalu.

Beliau mendakwa, pasangan berkenaan bukan sahaja diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepas pendedahan tersebut.

Dakwanya lagi, ada pihak yang mengatakan bahawa pelanggaran itu berkait langsung dengan pendedahan pasangan tersebut.

"Teorinya ialah, ada yang kata perlanggaran biasa, ada yang kata ada kaitan langsung dengan pendedahan dia dalam video tersebut," kata Hasan dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Tambahnya, pasangan berkenaan bagaimanapun selamat dalam kemalangan serius yang berlaku "beberapa hari" selepas pendedahan video berkenaan pada 2 April lalu.

Ditanya lanjut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Namun beliau enggan mendedahkan butiran lain berhubung insiden tersebut.

"Saya tidak mahu dedahkan... Hal polis saya tak boleh jawab lebih daripada itu," kata bekas exco hal ehwal agama Islam Selangor itu.

Tambahnya sejak awal lagi beliau tidak mahu mendedahkan identiti pasangan berkenaan kerana bimbang individu berkenaan akan diganggu.

Hasan pada bulan lalu mendedahkan dua video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit, yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam.

Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temubual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia. -mk

Ulasan GB

Tambahnya sejak awal lagi beliau tidak mahu mendedahkan identiti pasangan berkenaan kerana bimbang individu berkenaan akan diganggu.


Jika identiti pasangan suami isteri yang tampil dalam pendedahan mengenai kegiatan memurtadkan orang Islam itu tidak didedahkan sejak awal lagi, bagaimana mungkin boleh timbul teori "diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepas pendedahan tersebut"?

Siapa yang kenal mereka apabila identiti mereka tidak pernah didedahkan? Kita semua difahamkan dahulu video itu pun hanya menyediakan suara pasangan berkenaan dan tidak didedahkan wajah mereka.

Lebih jahat lagi andaian menyatakan "ia ada kaitan langsung dengan pendedahan dia dalam video tersebut".

Hebat sangatkah video murtad tersebut sedangkan ia lansung tiada kredibiliti dan integriti untuk diketengahkan sebagai bahan bukti di mahkamah kerana tidak mempunyai butiran lengkap dan mencukupi untuk mensabitkan mana-mana pihak dengan apa-apa kesalahan murtad?

Hassan Ali dan crew pembikinan video itulah yang perlu ditahan dan disoal siasat kerana mengeluarkan "teori" dangkal dan tuduhan melulu menyatakan pasangan "pelakon videonya itu dilanggar lori kerana membuat pendedahan isu murtad". Merekalah yang sebenarnya mengenali identiti pasangan berkenaan.

Gagal Cari Bukti BERSIH, Polis Tanya Soalan Seks Kepada Mahasiswa

Khalid Ismath ditanya soalan seksual

PETALING JAYA 8 Mei: Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath memberitahu, beliau ditanya soalan bersifat seksual ketika disiasat polis dalam penahanan selama 26 jam.

“Khalid ditanya mengapa menyertai Bersih dan sama ada dia tahu Bersih menyokong LGBT (homoseksual, lesbian, atau liwat antara dua jantina).

“Dia ditanya berkali-kali sama ada terlibat dalam LGBT,” kata peguam Latheefa Koya yang juga Pegarah Guaman KEADILAN pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Pada 5 Mei lalu, Khalid diminta membantu siasatan terhadap foto yang menunjukkan seorang lelaki menyerang anggota polis trafik semasa Himpunan Bersih 3.0 berhampiran Dataran Merdeka.

Polis yang menggeledah rumah Khalid untuk mencari baju berjalur yang dipakai seperti lelaki dalam gambar tersebut, gagal menemui sebarang bukti.

Justeru, Khalid dibebaskan selepas polis gagal mendapatkan perintah mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman empat hari terhadapnya.


Dalam pada itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, Umno BN memperkuda institusi polis untuk menjayakan agenda politik mereka.

“Sangat jelas bahawa Umno BN mempergunakan polis untuk menekan rakyat. Polis dijadikan pengawal keselamatan peribadi mereka,” katanya.

Menyentuh senarai nama peserta yang dipapar di media arus perdana, Surendran menuntut polis menggunakan Kod Prosedur Jenayah 111 untuk merakam kenyataan mereka.

“Polis sahkan mereka mempunyai alamat mereka (peserta perhimpunan) yang dikehendaki. Jadi mengapa polis siarkan gambar mereka dalam akhbar di seluruh negara?

“Polis perlu hentikan taktik menakut-nakutkan orang ramai. Jelas polis dipergunakan atas dorongan politik,” kata Surendran. -KD

Khalid Ismath didakwa ditanya soalan seksual

Siswa Khalid Ismath didakwa telah ditanya soalan-soalan yang bersifat seksual apabila disoal siasat berhubung dakwaan dia telah menendang seorang anggota polis trafik semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Khalid (tengah) telah ditanya soalan-soalan itu ketika ditahan selama 26 jam oleh pihak polis, sebelum seorang majistret menolak permintaan untuk menahan remannya, kata peguamnya Latheefa Koya hari ini.

"Dia telah ditanya mengapa menyertai BERSIH, dan sama ada di tahu BERSIH menyokong LGBT. Dia berkali-kali ditanya sama ada terlibat dalam LGBT dan sama ada dia suka melancap," kata Latheefa dalam satu sidang akhbar.

Khalid ditahan ketika dia secara sukarela pergi ke ibupejabat polis Kuala Lumpur Sabtu lalu untuk membantu siasatan polis berkaitan tuduhan terhadapnya itu.
-mk