2 Mei 2012

[Bergambar] KL Di"bersih"kan: Ampang, Kajang, Cheras Dilanda Banjir Kilat

Kuala Lumpur: Hujan lebat lebih daripada sejam melanda Lembah Klang menyebabkan tiga kawasan termasuk Ampang, Kajang dan Cheras dilanda banjir kilat dengan dua insiden pokok tumbang, pada Rabu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kajang berkata hujan lebat sejak 1 tengah hari di Kajang telah menyebabkan air naik mendadak kira-kira satu meter disebabkan longkang tersumbat, dan menjejaskan pekan itu seketika.

Dua jentera dari balai Kajang dengan lapan anggotanya membuat kerja pemantauan dan menyelamat mangsa banjir, katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

"Namun keadaan banjir kilat semakin reda pada pukul 4 petang ini selepas air mulai surut berikutan hujan turun renyai-renyai," katanya.

Pada Disember tahun lepas banjir kilat akibat hujan lebat telah menjejaskan pekan itu dengan pekedai dan orang awam mengalami kerugian apabila harta dan kenderaan mereka rosak ditenggelami air. Sementara itu, laluan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART)ditutup sepenuhnya kepada trafik bagi pengaktifan sistem aliran banjir, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan di sini, Rabu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan pula berkata banjir kilat turut melanda kawasan berhampiran Balai Polis Salak Selatan, Cheras pada 2 petang tadi, dengan air naik kira-kira 1.5 meter.

Katanya memandangkan hujan masih lagi lebat dijangka air akan lambat surut. "Kami telah menghantar dua jentera 14 anggota untuk memantau keadaan banjir di sana serta membuat tugasan menyelamat," katanya.

Katanya banjir kilat turut melanda kawasan perumahan di Kampung Tasik Permai apabila air naik sedalam 0.4 meter sejak 2 petang ini, dan satu jentera bomba melibatkan tujuh anggota dihantar untuk memantau keadaan.

Sementara terdapat dua kejadian pokok tumbang di Bulatan Sungai Besi, yang telah menghempap empat buah kenderaan, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, katanya dan menambah, bomba telah menghantar satu jentera untuk memotong pokok tersebut.

Terdapat juga satu kes pokok tumbang di Flat Seri Johor di Jalan Tun Razak namun ia tidak menghempap sebarang kenderaan, dan kedua-dua insiden itu dilaporkan pada 2.15 petang tadi oleh orang awam, katanya.-BERNAMA

Amaran ribut petir dan hujan lebat peringkat jingga

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat peringkat jingga di Kuala Lumpur dan Selangor, yang dijangka berterusan sehingga petang ini.

Dalam kenyataannya, jabatan itu memaklumkan bahawa kawasan yang terlibat di Selangor ialah daerah Petaling, Kuala Langat, Gombak, Hulu Langat, Sepang dan Klang.

Amaran yang sama dikeluarkan di beberapa tempat di Kedah (daerah Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Batang Padang), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol), Johor (Segamat, Kluang dan Mersing), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Rompin, Pekan dan Kuantan), Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Turut menghadapi keadaan yang sama ialah Sarawak di bahagian Mukah (daerah Mukah) dan Sibu (Selangau), yang dijangka hujan lebat berterusan sehingga lewat petang.

Keadaan cuaca yang sama juga dijangka berlaku di Pahang (daerah Temerloh dan Bera), Terengganu (Setiu, Kuala Terengganu dan Marang) dan Sarawak (bahagian Limbang, Miri dan Bintulu).

Keadaan ini mungkin menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.
- Bernama













Lebih Ramai Rakyat Akan Turun Pada BERSIH 4.0

PAS tidak tolak mungkin Bersih 4.0

HULU TERENGGANU, 1 Mei: PAS tidak menolak kemungkinan dan bersedia menghadapi himpunan Bersih 4.0 jika kerajaan gagal membuat perubahan daripada kejayaan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan jika kerajaan tidak membuat perubahan sebagaimana tuntutan Bersih 3.0, tidak mustahil Bersih 4.0 akan diadakan lagi.

Menurutnya, tuntutan Bersih 3.0 agar kerajaan membuat perubahan dengan kebebasan media dilaksanakan, tidak ada penipuan dalam pilihan raya, bersihkan daftar pemilih dan sebagainya.

“Kita tengok dulu Bersih 3.0 sama ada kerajaan buat perubahan atau tidak. Jika kerajaan tidak buat perubahan, media tidak bebas, pilihan raya tipu lagi, daftar pemilih tidak bersih, kita akan buat lagi.

“Celup dakwat pun belum tentu lagi, dakwat jenis mana kita tidak tahu lagi. Ketua-ketua pengarang yang cuba hendak bebas akan dipecat dan dilantik yang ikut arahan sahaja,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) kali ke-43, di Dewan Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (Kudqi), Kubang Lembek, Manir, hari ini.

Ketika menjawab dakwaan kerajaan bahawa peserta Bersih 3.0 bertindak ‘ganas’ beliau mahu siasatan secara rapi dan adil dilakukan bagi mencari pihak bertanggungjawab.

Katanya, demonstrasi di negara ini cuba dibendung, disekat dan dikawal dengan kawalan-kawalan yang boleh mengongkong bukan kawalan yang boleh meluahkan rasa dengan bebas.

“Kerajaan kena siasat siapa bertanggungjawab. Minta siasatan itu secara adil dan hakim juga kena adil. Kebebasan kuasa itu kena ada antara badan kehakiman dengan eksekutif. Ini penting dalam sistem demokrasi,” tegasnya. -HD

Mat Sabu: 1 juta untuk BERSIH 4.0 jika tiada reformasi p’raya

Jika BERSIH menganjurkan perhimpunan lagi untuk mendesak reformasi sistem pilihan raya, satu juta rakyat Malaysia akan turun beramai-ramai untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, dakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau percaya jika BERSIH 4.0 diadakan, kehadiran rakyat akan memecah paras satu juta untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pilihan raya.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau bagaimanapun berkata terpulang kepada jawatankuasa pemandu BERSIH untuk memutuskan sama ada perhimpunan akan diadakan lagi, sambil menambah PAS akan menyokongnya.

Namun, beliau menekankan bagaimana perhimpunan BERSIH 3.0 dengan jelas menunjukkan hasrat rakyat untuk reformasi, dengan mendakwa mungkin seramai 400,000 rakyat telah menghadirinya.

Beliau juga mengutuk kekejaman polis semasa perhimpunan Sabtu lalu, sambil berkata ia “lebih kejam daripada polis Israel terhadap rakyat Palestin”.

Beliau berada di ibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama kumpulan pemandu mobilisasi demokrasi PAS hari ini untuk menyampaikan memorandum yang telah diterima oleh seorang pegawai perhubungan awam suruhanjaya itu.

Memorandum itu menuntut akses media yang adil bagi pembangkang dan peletakan jawatan serta-merta Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang didedahkan Jumaat lalu oleh PKR menjadi ahli Umno.
-mk


Ulasan GB

Pemerhatian GB daripada sambutan rakyat terhadap beberapa siri perhimpunan BERSIH bermula dari BERSIH 1.0 (10 November 2007), BERSIH 2.0 (9 Julai 2011) dan BERSIH 3.0 (24 April 2012), bilangan rakyat yang menyertainya sentiasa semakin bertambah dan disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Sekat, halang malah haramkan pun perhimpunan, rakyat sudah tidak gentar dengan semua itu. Ratusan ribu keluar untuk berhimpun membuktikan amaran kerajaan sudah tidak dihormati lagi. Kerana? Kerajaan sendiri tidak mempunyai nilai untuk dihormati apabila mereka terus-terus mengugut dan menzalimi rakyat.

Jika semasa perhimpunan BERSIH 1.0 para peserta adalah rata-ratanya terdiri kaum Melayu, suasana itu berubah pada perhimpunan BERSIH 2.0 di mana kaum Cina dan India semakin ramai dan bertambah-tambah ramai semasa perhimpunan BERSIH 3.0. Dianggarkan bilangan kaum melayu dan bukan Melayu di dalam perhimpunan BERSIH 3.0 adalah sama ramainya.

Justeru itu, jika BERSIH 4.0 dipanggil GB yakin bilangan pesertanya akan lebih ramai... dan ia bakal menjadi paku terakhir untuk keranda UMNO BN.

Keganasan Polis: Jangan Salahkan Rakyat Jika Rakyat Semakin Benci Kepada PDRM

Dr Mariah: Keganasan Polis Meningkatkan Kebencian Rakyat

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud kesal dengan tindakan ganas polis yang dilaporkan menyerang dan mengkasari peserta BERSIH 3.0 terutama wanita dalam perhimpuan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dr Siti Mariah yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Pusat berkata keganasan pihak polis akan meningkatkan kebencian selain menghapuskan keyakinan rakyat terhadap institusi yang diamanahkan untuk menjaga keamanan negara.

“Memang tidak patutlah. Kalau kita lihat secara keseluruhan semasa BERSIH 3.0 itu berlangsung, tindakan polis adalah keterlaluan. Kalau pukul peserta wanita kan, apa yang kita (wanita) boleh buat pada dia? Kita perempuan kan!,” katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Beliau berkata, polis tidak sewajarnya bertindak demikian kerana orang ramai hanya ingin berhimpun menyatakan bantahan terhadap kerajaan di dalam perlaksanaan pilihanraya yang didakwa dijalankan secara tidak adil dan bersih.

“Dataran Merdeka itu hanyalah satu medan dan satu tempat lapang untuk orang masuk berhimpun tetapi polis bertindak dengan menganasi rakyat sendiri.

“Kita pun tidak maklum pasal perkara ini. Kalau polis kata peserta itu menimbulkan provokasi, kita tidak tahu lah tetapi memang sepatutnya dari awal cara dibuat polis itu salah. Mengapa dia (polis) bertindak pada mereka yang tidak mencetuskan kekacauan,” katanya.

Selain peserta perhimpuan BERSIH 3.0, terdapat juga laporan menyatakan seorang wartawan wanita mendakwa dikasari polis ketika membuat liputan.

Dilaporkan kejadian berlaku di Jalan Tun Perak semasa wartawan laman berita Merdeka Review, Chen Shaua Fui cuba merakam gambar anggota polis yang didakwa memukul peserta perhimpunan di sebuah restoran.

Selain itu beberapa wartawan melaporkan memori kad dan tape video mereka dirampas kerana merakamkan keganasan polis. -selangorku

Laporan sebelum ini
klik untuk baca






BERSIH 3.0 Berjaya Satukan Melayu Cina India Secara Praktikal

Puak asabiah tentu tidak mengerti gambar ini

Bagi mereka yang berfahaman asabiah menebal tidak akan mengerti gambar di atas


Bila terjumpa manusia dalam kesusahan, yang difikirkan otak mereka:

1. Adakah mereka sebangsaku?
2. Adakah mereka penyokong benda haram yang ditegah agamaku?

Nilai kemanusiaan hilang daripada puak-puak asabiah yang menebal ini.

Dalam fahaman mereka, lebih elok membiarkan seseorang itu mati tanpa pembelaan kerana fahaman sempit perkauman mereka.

Ini adalah sungguh tragis bagi sebuah negara yang sudah mencapai kemerdekaan selama 55 tahun.

Dalam Islam, jelas fahaman asabiah ini ditegah dan dicemuh.


Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Quran 5:8


Semuanya adalah milik Allah, dan ciptaan Allah. Manusia memang dilahirkan bangsa lain-lain, kulit lain-lain, wajah lain-lain - mencari hidayah dalam kehidupan.

Islam menyarankan kita adil kepada semua - menolong mereka yang tertindas akibat ketidakadilan.

Seperti kata firman di atas, "sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa" -- berapakah yang sudah menjauhi taqwa kerana sanggup menyokong ketidakadilan, kezaliman dan penindasan?

Tanyalah sendiri, mengapa fahaman asabiah menebal di Malaysia?

Tanyalah sendiri, mengapa data pengundi yang dikeluarkan SPR berbentuk asabiah? Mengapa dibahagikan sebegitu rupa?

Tanyalah sendiri, perlukah dihabiskan berjuta-juta wang rakyat untuk mempromosikan konsep 1Malaysia, walhal perkara asas menjurus kepada asabiah tetap dikekalkan?

Tanyalah sendiri, siapa yang boleh membawa rakyat Malaysia ke arah seperti gambar di bawah, dan siapa yang membawa rakyat Malaysia jauh daripada situasi gambar di bawah?

Dalam hati kita sebagai rakyat Malaysia, tanyalah mengapa gambar di bawah menyentuh hati dan menyayukan hati?

Kerana kita tahu, kita boleh hidup sebagai rakyat Malaysia yang diinginkan dalam hati terpendam, tetapi sudah diperbodohkan dan diperlagakan selama ini demi survival politik pihak-pihak berkepentingan. -HD

Ulasan GB

Itu satu-satu kejayaan terbesar BERSIH 3.0. Dunia menyaksikan rakyat Malaysia "berbilang kaum" bersatu di dalam ertikata sebenar, lebih hebat dari gagasan retorika 1Malaysia BN yang pepat di luar tapi rencong di dalam. Restu Najib terhadap PERKASA membuktikan 1Malaysia ciptaannya hanya omongan kosong.

Zahida Rafik-Safie Apdal Dah Kahwin - Daily Chilli, 1 May 2012


Daily Chilli melaporkan Shafie Apdal dan Zahida Rafik telah berkahwin namun begitu berita tersebut telah dipadam oleh pihak Daily Chilli. HarakahDaily Versi English sempat mendapatkan berita tersebut. Baca di bawah.

“Bagaimana anda boleh katakan beliau dibayar RM1.5 juta apabila dia sebenarnya isteri keduanya [sic],” tulis Daily Chilly melalui maklumat orang dalam seperti dipetik HarakahDaily.

Mungkin berita tersebut belum pasti, oleh sebab itu berita tersebut terpaksa dipadam. Gambar di bawah adalah tajuk ‘feed’ untuk akhbar Daily Chilly yang menunjukkan berita tersebut telah tersiar pada hari ini, 1 Mei 2011.


Pssst: Rupa-rupa gossip Safie-Zahida belum berakhir. Penafian yang dibuat mereka sebelum ini masih tidak dipercayai sepenuhnya. Umumkanlah…. kalau betul!!

-ekeleh.com

Report: 'Shafie and Zahida are married, so no RM1.5m exchanged'

May 1: Quoting a 'top Sabah Barisan Nasional official', a report in MCA-owned The Star's entertainment section said Rural and Regional Development minister Shafie Apdal is secretly married to actress Zahida Rafik.

"How can you say he's paid her RM1.5 million when she's actually his second wife [sic]," the Daily Chilli section of the paper's online edition, dedicated to news bordering on gossip, quotes an "insider" as saying, appearing to suggest that Shafie did not pay RM1.5 million to her because she was his wife.

"His ex-driver doubled as a middle man to cover their tracks," it added.

The report also quoted another Malaysian actress as confirming the couple's "hush-hush relationship", and even accused Zahida of being the 'high-maintenance' type.

"He dotes on her," claimed the unnamed actress. "She is high maintenance. She only goes for designer brands like Gucci, Prada, Hermes and Louis Vuitton," she went on.

The UMNO vice president's alleged 'extramarital' relationship earlier created a buzz by a claim made by Zahida's ex-driver in a police report, saying he had been tasked with depositing cash totalling RM1.5 million given by the minister to Zahida.

Noor Azman Azemi, 38, scoffing at allegation by Zahida that he absconded her cash money worth RM200,000, also said that Shafie told him to keep a close watch on Zahida and accompany her to the bank after each time they met at any hotel in the capital. He said after each meeting, he would be given cash worth between RM100,000 and RM200,000, to be deposited into Zahida's bank account.

While the alleged affair caught public attention, PKR's Wanita head Zuraida Kamaruddin who urged Shafie to come clean over the report, however said she was more concerned with the minister's unusual wealth.

Shafie, who is married with six children, has denied that he had given to Zahida "such big amount of cash". Zahida meanwhile, replying to a flurry of comments on her Twitter, had among others said she was not someone's mistress and earned income from her own 'business'.


en.harakahdaily


Zahida Rafik, M'sian minister are married

By Noorsila Abd Majid

Even though controversial Malaysian actress Zahida Rafik and cabinet minister Datuk Seri Shafie Apdal have denied their romantic liason, multiple sources close to both parties have confirmed their secret union.

"He's married her on the quiet," a top Sabah Barisan Nasional official spoke to The Daily Chilli on condition of anonymity.

Shafie, who is the rural and regional development minister, is also the MP for Semporna, Sabah.

It is believed that he and Zahida got hitched overseas before allegations that he's paid her RM1.5 million surfaced on April 19.

"How can you say he's paid her RM1.5 million when she's actually his second wife," added the insider. "His ex-driver (Noor Azman Azemi) doubled as a middle man to cover their tracks."

Their hush-hush relationship is further confirmed by a popular Malaysian singer/actress who's worked with the Anak Mami The Movie star.

"He dotes on her," claimed the popular star. "She is high maintenance. She only goes for designer brands like Gucci, Prada, Hermes and Louis Vuitton."

The sexy Zahida cannot be reached for comments.


daily Chilli Published May 1 2012


Ulasan GB

Heran juga ya, Zahida menafikan sudah berkahwin, mengaku masih solo. Tetapi Shafie Apdal masih berdiam diri. Hanya menafikan beri wang RM1.5 juta kepada Zahida (walaupun tidak menafikan ada memberikan wang, cuma tak mengaku jumlahnya).

Yang jelas, tidak disebut apa-apa mengenai hubungan mereka berdua. Sudah kahwinkah belum...

GB pernah ulas sebelum ini. Petikan:

Rakyat nak jugak tahu "hubungan sebenar" Shafie Apdal dengan Zahida Rafik nih. Dah kahwin ke belum? Ada kata dah kahwin, tapi Zahida tak mengaku, mungkin khuatir dan takut kena belangkong dengan isteri pertama Shafie.

Kalau belum kahwin, apakah menteri memang seorang sang bedal?


Heran kerana benda kalau betul, halal dan baik kenapa disembunyikan?

Kebenaran tetap terdedah jua satu masa nanti.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




[PERLU BACA] Menangkis Serangan Terhadap BERS✔H 3.0 (FAQ)

Debat BERSIH 3.0

Sementara isu Bersih 3.0 yang berlangsung 28 April 2012 masih hangat diperkatakan dan diperdebatkan, aku cuba gagahi dan rajinkan diri untuk membuat sedikit kupasan berkenaan Bersih 3.0 seperti yang dijanjikan. Tapi bukan kupasan menyeluruh. Lebih kepada perdebatan soal jawab. Menjawab persoalan-persoalan yang sering puak anti Bersih ajukan dan menjadikannya sebagai modal untuk condemn Bersih.




1. Kenapa sokong Ambiga? Terang-terang dia tu pejuang LGBT. Bukankah itu menyokong maksiat? Sokonglah ketua kapir kau tu.

Mereka sokong Bersih. Bukan sokong Ambiga. Ambiga cuma pengerusi. Contoh mudah, adakah kalau kita sokong pasukan bola Malaysia, bermakna kita sokong K.Rajagopal? Jika kita respek keberanian Dr Mahathir menentang Yahudi, adakah bermakna kita sokong kelantangan dia menghina hukum hudud? Beginikah disiplin hukum agama? Kalau dia melakukan sesuatu untuk menegakkan dan mendapatkan keadilan, kita mesti sokong walaupun dia kafir. Kalau bercanggah dengan Islam kita tentang. Lagipun, pengerusi boleh bertukar pada bila-bila masa saja. Contohnya tahun ni, ada pengerusi bersama iaitu Dato A. Samad Said. Andai kata Najib Razak sudi jadi pengerusi Bersih sekalipun, mereka tetap akan sokong. Tapi, mahukah Najib pilihanraya yang bersih? Hilful Fudul juga diketuai oleh kafir Quraisy. Tapi Nabi Muhammad menyokong dan mengiktiraf idea yang dimulakan oleh orang kafir Quraisy tu. Baginda juga pernah menyertainya masa zaman sebelum dilantik menjadi Rasul (masa mudanya).

2. Perjuangan Bersih itu bukannya nak perjuang pilihanraya yang telus sangat pun. Lebih kepada propa pembangkang untuk menarik lagi ramai penyokong. Sebab tu nampak pembangkang saja yang pulun lebih.

Jika anda kata perjuangan Bersih itu propa pembangkang, menentang Bersih itu pula propa siapa? Propaganda BN untuk menarik perhatian rakyat memburukkan pembangkang? Ke guane? Dan dah tentulah pembangkang saja yang beria sokong Bersih sebab pembangkang saja nakkan pilihanraya yang telus. BN taknak kot. Sebab tu macam-macam taktik digunakan untuk menggagalkan Bersih.

3. Kalau betul Pilihanraya tak telus, macam mana PRU sebelum ni boleh tawan 5 negeri?

Kalau telus, bukan setakat 5 negeri. Pakatan Rakyat dah bertukar jadi kerajaan la. BN pulak jadi pembangkang kat Malaysia ni. Hehe.. Cuba fikir macam tu pulak.

4. Bersih? Bersih kejadahnya. Mengotorkan je. Penuh sampah atas jalan. Kesian abang DBKL.

Sampah yang peserta Bersih buat laju je korang nampak. Sampah masa konsert merdeka dan karnival Jom Heboh tu tak kisah pulak? Tak kesian pulak? Kalau bernasib baik, kena kutip kondom yang bersepah. Ada peserta Bersih yang tolong kutip sampah tu taknak petik pulak?

5. Aku tengok ada paderi bawa payung lambang salib ke perhimpunan Bersih. Apa nak jadi diorang ni. Tak sedar lagi ke tu agenda Kristian?

Ini kelakar. Ler... Apa masalahnya paderi bawa payung lambang salib. Dah nama pun paderi. Normal la. Lainla yang pegang payung bersalib tu Islam. Boleh jugak dipersoalkan.

6. Melayu sama Melayu gaduh.

Sikit-sikit melayu. Sikit-sikit melayu. Peduli apa kalau melayu terpaksa berpecah. Janji Islam tertegak. Dalam Islam, ada melayu. Dalam melayu, ada yang bukan Islam. Kalau Melayu bersatu tapi di dalamnya penuh dengan kemunafikan, dan Islam keturunan saja apa faedahnya?  Kedaulatan dan hak orang Melayu lebih diutamakan. Islam jatuh nombor 2? Kat akhirat nanti Allah tak tanya la kau bangsa apa. Dia tanya kau agama apa. Kalau kau cakap kau agama Melayu, masuklah neraka. Mana ada agama Melayu. Hehe..

7. Malaysia dah tak aman.

Memang pun. Malaysia takkan aman selagi maksiat berleluasa. Maksiat itu sendiri adalah bala dari Allah kerana Malaysia terlalu aman buat pelaku maksiat.  Tunggu masa Allah nak turun bala yang lebih besar saja. Nauzubillah.

8. Menyusahkan jer.

Ha'ah.. Memang menyusahkan. Kerajaan sekarang ni tak kasihan ke tengok korang eh? Kenapa bantah sangat dengan Bersih? Laksanakan jela tuntutan Bersih tu. Habis cerita. Dah tak susah dah.

9. Perlu ke buat demo? Bincang secara aman tak boleh ke? Tak islamik langsung.

Sebab cara aman SPR buat bodoh. Buat demo sampai 3 kali pun tak ada apa-apa tindakan lagi yang diambil. Apa cerita? Nak kena buat Bersih 4.0 pulak? Errr.. Tak Islamik? Dahulu ulamak kata turun perhimpunan menentang Malayan Union wajib kerana menentang penjajah. Jadi, apa bezanya turun Bersih bagi menentang mereka yang meneruskan dasar penjajah? Dan ada juga ulamak hebat turun Bersih antaranyab Tok Guru Haji Salleh (gambar), ulamak terkenal di Kedah. Dan ramai ilmuan agama yang menyokong Bersih. Yang tak sokong tu, kebanyakannya ular dalam semak je.

10. Peniaga rugi besar

Memang pun. Dah tutup, memanglah akan rugi besar. Tengoklah siapa yang buka kedai hari tu, untung besar woo. Heheh..

11. Peserta demo cetuskan huru-hara. Bukan polis.

Yeke peserta demo cetuskan huru-hara? Ataupun SB yang menyamar sebagai peserta demo yang mula melakukan provokasi? Lihat ini. Bukan aku cakap.



Dia ni Setiausaha UMNO BANDAR TUN RAZAK. Cerdikkan dia ni sebab pecah rahsia kat facebook. Hehe.. Bukan edit ni. Aku dah tengok sendiri kat wall facebook dia. Apapun, aku tak cakap pun tu memang kerja SB. Maybe salah segelintir peserta Bersih jugak. Mungkin juga ada yang termakan provokasi SB. Al-maklumlah darah tengah mendidih. Semangat sedang membuak-buak. Bila dah ada yang buat buah mula, tunggu cangak lagi? Berderet-deretlah ikut.

12. Peserta Bersih kurang ajar

Tidak dapat dinafikan. Tak semua yang hadir tu bagus-bagus belaka. Dan memang mustahil dapat control sorang-sorang. Sama macam puluhan murid dalam kelas. Bukan senang seorang cikgu nak control. Inikan pula puluhan ribu umat. Orang macam tu, aku pun tak sokong. Sama-sama muhasabah diri balik. Belajar dari pengalaman.

13. Kau lawan kerajaan, tapi kerja kerajaan. Minta bantuan kerajaan.

Ler.. Apa masalahnya. Dah memang itu tanggungjawab kerajaan. Ok, andaikata PR ambil alih kerajaan nanti pun, apa bezanya? Akan nama kerja kerajaan jugak. Orang takkan cakap kerja pembangkang. Haha.. Adeyhhh.. Dan bila masa Bersih lawan kerajaan BN? Bersih lawan SPR. Yang BN nak terasa lebih apahal? Jeng..Jeng..Jeng.. Smell something fishy right there..

14. Tak bersyukur langsung. Tak mengenang budi atas apa yang kerajaan dah bagi.

Contoh, abah kau rogol kau. Tapi disebabkan terkenangkan budi yang abah kau dah bela kau sejak baby, maka kau lepaskan dia macam tu je tanpa sebarang tindakan. Camtu? Memang budi patut dikenang. Tapi, jangan disebabkan budi yang telah ditabur, kita nak biarkan macam tu saja penyelewengan yang mereka dah buat.

15. Memang patut pun polis pukul diorang. Kurang ajar sangat.

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya.”(Riwayat Ahmad - dinilai hasan oleh Albani)

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya)." 
(Riwayat Ahmad - dinilai hasan oleh Albani)


Part polis aku malas komen banyak-banyak. Kang ada yang emo suruh aku report bomba kalau abang aku kena rogol. lol. Hye polis! Love u!

*********************

Ok, cukuplah setakat 15. Aku malas nak kupas panjang-panjang dan buat kepala Conan siasat itu ini. Sedangkan yang betul-betul pergi demo pun tersilap fakta dan maklumat. Inikan pula yang tak pergi tapi hanya tahu nak mengutuk saja kat rumah tu. Suka sangat buat fitnah kan? Dan ada yang cuba provok aku kat facebook tu pun, aku buat bodoh saja. Malas nak layan. Kecuali yang dirasakan sesuai.

Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu". -Imam Syafie

Aku kesian yang percaya bulat-bulat media pro-BN. Bila tanya apa itu Bersih pun tak tahu. So, rajinkanlah diri baca penjelasan di bawah sebelum mengutuk mengkhinzir buta.


Mereka pohon besar. Akar mereka kuat sehingga sukar untuk diubah. Maafkan mereka, mereka tidak tahu. Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu. Mereka tidak fasih, malah fasik guna kata. Kita jangan jadi macam mereka. Malas membaca, malas mengkaji. Hanya tahu membuat andaian sendiri. Tidak berpaksi pada realiti. Mencarut memaki sana sini.


-szlihin.com