Ada konspirasi antarabangsa jatuhkan Hadi dan Ulama PAS, kata Nik Abduh
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini mendakwa dasar konsisten PAS untuk menegakkan Islam menyebabkan terdapatnya konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama parti itu.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, serangan tersebut dilakukan dengan melemahkan pimpinan dalaman kerana tidak mahu PAS menjadi parti yang kuat dan mendominasi Pakatan Rakyat (PR).
"Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan Tuan Guru (Hadi Awang) dan memperlekeh Majlis Syura Ulama PAS projek konspirasi musuh Islam antarabangsa? Saya jawab ya," kata Nik Abduh seperti disiarkan portal milik parti itu, Harakahdaily hari ini.
"PAS mesti diserang. Ia mesti dipinggirkan daripada menjadi kekuatan utama dalam PR, mesti dilemahkan daripada dalam. “Kekuatannya mesti diragut dan dibiarkan hidup dengan kekuatan baru yang bersedia menolak seruan ke arah syariat Islam."
Anak kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu yang sebelum ini mengatakan PAS dibuli PKR dan DAP mendakwa, pihak Barat dan musuh Islam tidak mahu melihat parti itu menjadi parti tunjang yang Malaysia seperti Umno satu hari nanti.
"Ini merimaskan Barat dan musuh Islam antarabangsa. Justeru dengan Barisan Nasional (BN) yang semakin tua dan di ambang kejatuhan, kehadiran PAS sebagai pemain utama dalam pakatan pembangkang cukup merimaskan," katanya.
Ahli Parlimen penggal pertama itu turut menyeru ahli PAS untuk sedar dengan kebenaran tersebut.
Katanya, serangan terhadap Majlis Syura Ulama kerana pihak musuh Islam mengetahui ia merupakan kekuatan sebenar PAS.
"Mereka menemukan kekuatan asal itu berpaksi dan berpangkal di dalam institusi Majlis Syura Ulama PAS yang diketuai Mursyidul Am dan kehadiran para ulama yang memimpin parti PAS diketuai presiden PAS," katanya.
Beliau berkata, pihak Barat sebelum ini berjaya dilakukan di Mesir apabila bekas presiden negara itu Mohamed Morsi digulingkan kerana menggunakan demokrasi untuk memperkenalkan Islam yang benar dan adil..
"Mereka juga melakukannya di Syria. Penentangan dan jihad yang dimulakan fatwa para ulama Muslimin yang membenarkan jihad bersenjata ke atas penghisap darah Bashar Al-Assad mestilah disekat, kerana ia pasti berakhir dengan kemenangan kumpulan Islam yang menyeru kepada sistem syariat Islam yang adil dan berjaya.
"Mereka membawa masuk perang mazhab Sunni-Syiah dan golongan ekstrimis terlarang seperti Isis. Maka Syria hancur dan fitnah agama berterusan memporak-perandakan Syria, negara yang dipenuhi ulama besar," katanya. – TMI
ULASAN GB
Hebat... Nik Abduh mendapat liputan meluas dari media arus perdana, Utusan & Berita Harian terhadap kisah kononnya ada komplot antarabangsa mahu menjatuhkan Ustaz Hadi dan Ulamak dalam PAS.
Kita tidak hairan dengan sikap Utusan & Berita Harian dengan agendanya untuk memecahbelahkan dan menghapuskan Pakatan Rakyat. Tetapi kita menjadi hairan apabila akhrar rasmi parti, Harakahdaily turut menyertai kelompok tersebut.
Semenjak isu Selangor, ini, GB mendapati Harakahdaily menjadi lidah kumpulan UG, menjadi begtu senget laporannya dengan tidak memberikan laporan dan berita seimbang terhadap suara-suara yang berbeza di dalam pimpinan parti.
Ia cuba memperbodohkan para ahli dengan menyiarkan kenyataan hanya dari tokoh-tokoh UG. Baginya wala itu hanya kepada Presiden dan ulamak, tidak kepada keseluruhan Jawatankuasa PAS Pusat yang telah diberi mandat oleh muktamar. Langkah harakahdaily itu juga, sama seperti UMNO, sebenarnya cuba untuk menghancurkan Pakatan Rakyat. Seorang YDP kawasan ada menghubungi GB dengan bernada kesal menyatakan bahawa wala bagi mereka hanyalah kepada pemimpin yang bergelar ulama, jika pemimpin bukan dari kalangan ulama, mereka tidak akan wala. Bagi GB sikap itu amat bertentangan dengan hadith yang meminta kita untuk wala tak kira pemimpin itu ulama atau bukan ulama.
Rasulullah saw pernah bersabda:
Aku wasiatkan pada kalian untuk bertakwa kepada Allah serta mendengarkan dan mentaati (pemimpin Islam), meskipun yang memimpin kalian seorang budak hitam berbangsa Habsyi. Sohih riwayat Abu Dawud dan lainnya.
Dan serentak dengan kenyataan Nik Abduh itu juga, di media sosial tersebar kain-kain rentang di Pasir Mas yang meminta Nik Abduh menyertai UMNO. GB tertanya-tanya apakah ini "konspirasi internasional" juga untuk menjatuhkan Nik Abduh di Pasir Mas? Ketawa besar pakngah makngah, adik kakak bila GB berkata dan bertanya demikian. Kahkahkahkahkah... tak henti-henti...
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI