29 Sep 2010

Jadi Timbalan Menteri Bukan Perisai Untuk Elak Bayar Hutang

Timbalan menteri diarah bayar hutang RM1.6 juta

Datuk M Saravanan (kanan), yang sekarang ini timbalan menteri Wilayah Persekutuan telah diarahkan oleh mahkamah membayar RM1.6 juta kepada VPN Marketing Sdn Bhd untuk melangsaikan hutangnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga mengarahkan Project Penyelenggara Lebuhraya Bhd (Propel) membayar wang tambahan RM690,000 kepada syarikat itu kerana mencabuli kontrak membekalkan penghadang besi di antaranya lebuh raya Utara Selatan.

Keputusan itu dibuat di kamarnya oleh hakim Anantham Kasinater.

Dua saksi dari VPN Marketing dan dua lagi daripada Propel memberi keterangan semasa perbicaraan.

Saravanan disaman atas kapasiti peribadinya, sebelum dia dilantik sebagai timbalan menteri, selepas syarikatnya RMW Manufacturing Bhd - di mana beliau bertindak sebagai pengurus dan pengarah menggulung tikar.

VPN Marketing, sebuah syarikat berpangkalan di Bandar Puncak Alam, dalam kenyataan tuntutannya berkata mereka sejak 2004 telah membekalkan bahan keluli kepada RMW Manufacturing.

Bagaimanapun RMW Marketing masih belum menjelaskan bayaran RM2.337 juta selepas menerima barangan berkenaan.

VPN Marketing mendakwa Saravanan melalui peguamnya bersetuju melalui sepucuk surat bertarikh 28 Nov 28, 2007, mengeluarkan surat jaminan peribadi untuk membayar RM1.647 juta manakala Propel pula dikehendaki membayar RM690,000.

VPN Marketing telah berulang kali meminta kedua-dua defenden berkenaan menjelaskan bayaran tetapi mereka didakwa gagal berbuat demikian.

Menurut peguam C Shanmugaiah yang mewakili VPN Marketing, hakim itu memutuskan plaintif (VPN Marketing) berjaya membuktikan kes saman tersebut terhadap kedua-dua defendan.

Beliau berkata hakim itu juga memerintahkan Saravanan membayar RM20,000 sebagai kos guaman dan juga faedah lapan peratus dari November 2007, manakala Propel diperintah membayar kos RM35,000 dan juga faedah kepada VPN Marketing.

Syarikat itu juga telah menghantar notis tuntutan pada 7 Sept 7, 2009 tetapi kedua-dua mereka gagal berbuat demikian. -mk

Pengurusan FELDA Tidak Perlu Berdalih Lagi

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

Sepuluh peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi. - Harakahdaily


Ada Pihak Didakwa Hasut Peneroka Ambil Tindakan Mahkamah Kepada Felda

ALOR GAJAH, 27 Sept (Bernama) -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa ada pihak yang kini menghasut peneroka Felda supaya mengambil tindakan saman ke mahkamah berhubung isu manipulasi perahan buah kelapa sawit.

Beliau mendakwa isu peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan yang memenangi kes terhadap Felda baru-baru ini telah dijadikan kes rujukan oleh pihak tertentu untuk menghasut peneroka-peneroka Felda lain untuk mengambil tindakan yang sama.

"Saya nak maklumkan berhubung kes saman (peneroka ) Felda Kemahang 3 itu bukan satu kes rujukan kerana kali ini Felda akan lebih bersedia dalam menghadapi kes-kes saman ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Malam Himpunan Budi sempena Ulang Tahun ke-50 Felda Tun Ghafar Machap di Bukit Bulat, di sini malam tadi.

Dalam kes itu, 354 peneroka Felda Kemahang menerima RM11 juta daripada Felda kerana manipulasi gred buah kelapa sawit berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 26 Ogos lepas yang menolak permohonan Felda yang dibuat oleh panel lain pada 19 Jan lepas, yang menafikan kebenaran rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Baharu.

Pada 13 Jan 2008, Mahkamah Tinggi itu telah memerintahkan supaya Felda membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka itu apabila peguam agensi tersebut gagal hadir di mahkamah semasa saman berkenaan didengar dan mahkamah membuat keputusan memihak kepada peneroka selepas menerima keterangan tiga saksi.

Ahmad berkata agensi itu memikul amanah besar untuk membina dan membantu para peneroka.

"Kita mempunyai pakar daripada jawatankuasa teknikal kemajuan rancangan sehingga jawatankuasa perunding peneroka di peringkat Wilayah dan Ibu Pejabat untuk meneliti isu perahan dan gred buah kelapa sawit ini," katanya.

Beliau juga berkata Felda akan memanggil semua pengurus dan pemimpinnya di seluruh negara dalam masa terdekat bagi menghadiri satu penerangan mengenai isu-isu yang membabitkan Felda. -- BERNAMA


Ulasan GB

Kita berharap kemenangan ini tidak dicabar lagi atau dirayu lagi oleh pengurusan Felda seperti kes terdahulu.

Dan kita berharap tiada suara sumbang dari Felda lagi bahwa kononnya peguam Felda tidak hadir.

Bayar segera sebelum Felda dikenakan saman lagi kerana mengingkari perintah mahkamah.


Polis Berat Sebelah & Tidak Profesyenal Tangani Masalah Perkauman

PERKASA 'isytihar' perang terhadap Namewee

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini 'mengisytiharkan' perang terhadap penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi Namewee selepas album sulungnya dilancarkan semalam.

Ketua Wira NGO itu Arman Azha Abu Hanifah berkata, sebagai "panglima perang dan hulubalang Melayu" mereka akan sedia mengekori ke mana saja Namewee mengadakan siri jelajah dan persembahannya selepas ini.

"Kami sambut (siri jelajahnya) dengan tangan terbuka. Kalau dia buat konsert di dalam (dewan), kita akan 'berkonsert' di luar," katanya ketika diminta mengulas rancangan terbaru artis muda itu.

Sempena kelahiran album itu, Namewee selepas ini menjelajah seluruh negara sebagai rangka promosinya.

Terbaru esok di Kolej New Era, di Kajang yang dimiliki NGO pendidikan Cina yang berpengaruh Dong Zong.

Malam semalam, perkarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Kuala Lumpur, kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang anggota PERKASA bagi membantah tindakan Namawee yang melancarkan albumnya.

Beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk PERKASA, bendera Malaysia dan membakar gambar Namewee.

Kumpulan itu juga mendesak Namewee meminta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia kerana "merosakkan muhibah kaum".

Berlindung belakang polis

Manakala Namewee pula berkata isu permohonan maaf bukan isu sebenar kerana beliau datang ke program itu "bagi membantu menyelesaikan isu perkauman".

Menjawab soalan, beliau juga berkata tidak takut pada PERKASA kerana percaya polis akan melindunginya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Arman Azha menyifatkan Namewee sebagai "pengecut" dan tidak berani bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya.

"Kalau berani kenapa dia tidak keluar semalam. Berani kerana benar, takut kerana salah," katanya.

"Kalau dia (Namewee) cuba berlagak hendak menjadi wira Tionghoa, kenapa dia tidak berani berdepan dengan panglima perang Melayu semalam. Bukan kita hendak buat apa. Kita hendak berdiskusi saja."

Mendakwa pemuda Cina daripada Johor itu hanya berani bersembunyi di balik laman Youtube, Arman Azha berharap Namewee tidak terus berselindung di belakang polis dan media elektronik.

Ditanya tentang kenyataan Namewee yang enggan memohon maaf, Arman Azha menjawab pihaknya bukan meminta Namewee berbuat demikian kepada NGO Melayu terbesar itu, tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Ia mengganggu keharmonian dan muhibah (antara) kaum. Siapa yang buat video itu? Dia buat salah, kenapa hendak berlindung di balik polis?" soal Arman Azha. -mk



Diskaun Melayu: Selepas Pua, MB S'gor juga disiasat

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menghabiskan masa satu jam setengah di balai polis Shah Alam hari ini bagi menjawab dakwaan bahawa beliau mempersoalkan hak Melayu pada sebuah forum ekonomi dua bulan lalu.

Katanya, beliau juga dimaklumkan oleh polis bahawa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan juga dipanggil bagi merakamkan kenyataannya.

Bercakap kepada wartawan selepas meninggalkan balai polis itu pada jam 3.10 petang, Pua berkata beliau disiasat mengikut Akta Hasutan kerana membuat cadangan pemansuhan diskaun bumiputera bagi pembelian hartanah mewah.

Menurut Pua, pegawai penyiasat itu juga menggunakan laporan Utusan Malaysia bertarikh 27 Julai yang bertajuk Cadangan Ahli Parlimen PJ Utara kepada kerajaan Selangor - Mansuh diskaun bumiputera, digunakan sebagai rujukan siasatan berkenaan.

"Mereka minta saya mengimbas semula apa yang saya kata dan saya jelaskan bahawa saya merujuk kepada diskaun untuk pembelian hartanah mewah (untuk bumiputera) dimansuhkan dan manfaatnya sebaliknya disalurkan kepada golongan miskin,” katanya.

Pua pada bulan lalu mencadangkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya diskaun bumiputera sebanyak tujuh peratus bagi pembelian rumah lebih RM500,000 dan hartanah komersial bernilai lebih RM2 juta dimansuhkan ketika menghadiri dialog belanjawan.

Berikutan itu, 22 laporan polis dibuat ke atasnya oleh beberapa bahagian Pemuda Umno di Selangor yang menuntut Pua disiasat mengikut Akta Hasutan.

Setiausaha publisiti DAP itu juga menerima sebutir peluru hidup M16 berikutan kenyataannya dengan sekeping nota yang mengancam keselamatan keluarganya.


Ulasan GB

Dua senario yang bertentangan di atas membuktikan bahawa polis ternyata berat sebelah dan tidak profesyenal di dalam menangani isu perkauman yang semakin meruncing di negara ini.

Yang disoalsiasat, yang ditahan hanyalah dari kalangan Pakatan Rakyat yang berhujjah secara beradab sdangkan yang mencarut, yang benar-benar meniupkan sentimen perkauman dibiarkan malah dilindungi.

Sentimen Perkauman Melampau: Petanda Riwayat UMNO BN Bakal Berakhir

Si sepet, si kaki botol - kabinet kesal

Jemaah Menteri hari ini mengarahkan Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat seorang pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) yang didakwa telah menghamburkan kata-kata perkauman ke atas masyarakat Cina dan India di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau bercakap kepada wartawan selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya.

Dr Subramaniam berkata jemaah menteri secara umumnya kesal mendengar kata-kata yang didakwa dihamburkan oleh timbalan pengarah BTN, Hamim Husin pada sebuah majlis membabitkan Puteri Umno pada Isnin lalu.

Dia didakwa menghina melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata dan 'si kaki botol'.

Hamim semasa sesi tertutup itu dilaporkan oleh sebuah portal berita sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.

“Hak Melayu adalah untuk memerintah negara. Melayu mesti bersatu menghadapi ancaman,” katanya.

Hamim juga didakwa berkata: “Melayu tidak boleh memerintah sendirian. Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC. -mk


Gambar Namewee dibakar:
Dialog ditamatkan sebelum demo PERKASA surai


Kira-kira 70 orang anggota PERKASA berkumpul dan membakar gambar Namewee, sambil mengecam bahawa penyanyi rap kontroversi ini menghina Islam, lantas menuntut agar Namewee meminta maaf. Demonstrasi ini berlangsung di luar bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur - Selangor (KL-SCAH), pada kira-kira 8.30 malam tadi.

Demonstrasi tersebut bertujuan untuk memprotes satu dialog antara Namewee dengan Ketua Eksekutif KL-SCAH, Tang Ah Chai yang sedang berlangsung di dalam dewan, bertemakan "Orang muda, mengapa kamu 'nah'?", bermula pada jam 8.15 malam. Dialog anjuran Pemuda KL-SCAH ini telah menarik kehadiran kira-kira 400 orang.

"Namewee babi", "Namewee penakut", "Namewee tak ada telur", "Namewee pengkhianat" antara yang dilaungkan oleh anggota PERKASA yang berkumpul di luar. Kira-kira 30 anggota polis diketuai ASP Dang Wangi, Kathrik.W berada di tempat kejadian untuk mengawal situasi. Berbeza dengan demonstrasi yang lalu, polis hanya berunding dengan kedua-dua pihak sepanjang demonstrasi ini berlaku, tanpa menyuraikan peserta demonstrasi dengan kekerasan.

Selain mengibarkan bendera, dan gambar poster Namewee yang diubahsuai hidungnya menjadi hidung babi, PERKASA mengundang Namewee untuk berdialog, malah mendesak agar penganjur membatalkan dialog dalam dewan dengan segera, dan kedua-dua pihak iaitu Namewee dan penganjur harus meminta maaf.

Menurut perancang aktiviti ini, Teh Yee Keong, ASP Kathrik.W memberitahunya bahawa PERKASA menuntut agar penganjur memohon maaf dan menjelaskan mengapa mereka mengadakan aktiviti yang menghina Islam. Bagaimanapun, Teh Yee Keong menafikan bahawa aktiviti yang dianjurkan dalam dewan itu "menghina Islam", tetapi melarang peserta demonstrasi merempuh masuk atas alasan bahawa bangunan KL-SCAH adalah kawasan milikan peribadi.

Namun demikian, Teh Yee Keong menekankan bahawa perhimpunan adalah hak anggota PERKASA, maka beliau hanya meminta agar polis membantu untuk menjaga keamanan. Pintu pagar tempat meletak kereta di perkarangan bangunan KL-SCAH telah dikunci untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Sahabat Namewee dimaki sebagai "babi"

Ketua Wira PERKASA, Armand Azhar yang mengepalai demonstrasi ini mendakwa bahawa mereka mengadakan tindakan protes ini sebagai orang Malaysia. Beliau menjerit mengarah ke dalam pagar, "Kalau kamu menghormati negara kita, suruh dia keluar memohon maaf...mengapa takut kalau tak bersalah?"

Kemudian, Armand Azhar (gambar kiri, tengah) memandang ke arah seorang pekerja lelaki dalam pagar, "Mengapa kamu memandang saya? Kamu ada masalah dengan saya? Kalau kamu ada masalah dengan saya, datang bersemuka dengan saya!" (Why you looking at me? You have problem with me? If you have problem with me, come to my face.)

Arman Azhar seterusnya menyasarkan Namewee, "Berani dalam youtube, berani dalam media, now you come face to face, come see us!"

Beliau berulang kali menegaskan bahawa mereka menghormati semua kaum, agama, tetapi bukan mereka yang tidak menghormati agama orang lain. Bahkan beliau mendakwa PERKASA tidak ada masalah dengan Cina, India, tetapi hanya bermasalah dengan Namewee. "Namewee bukan orang Malaysia, kerana dia tidak menghormati negara kita. Kami tidak menghormati Namewee, kerana dia tidak menghormati perpaduan!"

Biarpun PERKASA mendakwa diri mereka menghormati semua kaum, namun "Cina babi" kedengaran ketika demonstrasi dijalankan. Apabila wartawan bertanya bilangan anggota PERKASA yang menghadiri demonstrasi ini, salah seorang peserta menyuruh wartawan "bilanglah sendiri, kamu ada mata". Tetapi, Arman Azhar berkata, PERKASA menghormati wartawan.

Seorang sahabat Namewee yang berpakaian T-shirt tertera perkataan "No to Racism", dimarahi anggota PERKASA semasa beliau merakamkan kejadian di situ dengan kameranya. Anggota PERKASA itu menengking, "Kamu cari dia (Namewee) dia datang! Kamu fan (peminat) dia?" Malah, anggota PERKASA tersebut memaki sahabat Namewee dengan kata kesat Hokkien, dan berkata, "Saya nampak muka kamu macam babi!"

PERKASA mengetuk pagar dengan bendera yang dibawa, tetapi tidak mencederakan sesiapa. Malah peserta demonstrasi membakar gambar poster Namewee sebagai tanda protes.

Membakar poster Namewee

Penganjur enggan tunduk kepada desakan PERKASA untuk membatalkan dialog dalam dewan dengan segera. Bagaimanapun, penganjur terpaksa menamatkan forum yang menyaksikan dialog dua generasi ini lebih awal, tanpa membuka ruang untuk sesi soal jawab. Forum ini melabuh tirai pada kira-kira jam 9.30 malam atas permintaan polis.

Ketua Pemuda KL-SCAH, Ng Chong Soon menyeru agar hadirin dalam dewan mengawal diri dan tidak membalas sebarang provokasi daripada pihak PERKASA. Malah beliau meminta hadirin agar meninggalkan dewan dengan aman di bawah kawalan polis.

Bagaimanapun, peserta demonstrasi yang berada di luar masih tidak "puas hati" setelah forum ditamatkan, malah membakar gambar poster Namewee untuk kali kedua, sambil melaungkan "Namewee Babi!"

Akhirnya, peserta demonstrasi bersurai dari depan pintu pagar bangunan KL-SCAH, atas permintaan polis.

Namewee bagaimanapun enggan mengulas kejadian yang berlaku di luar dewan selepas aktiviti dalam dewan melabuh tirai. "Bukan masalah saya, saya bukan orang politik," kata Namewee.

Berdepan dengan desakan PERKASA untuk meminta maaf, Namewee (gambar kanan) bagaimanapun berkata, ianya bukan sesuatu yang penting sama ada memohon maaf atau tidak. "Apa yang paling penting, orang Malaysia tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah," ujarnya.

Namewee mendakwa dirinya yakin bahawa keselamatannya terjamin di bawah perlindungan polis. Beliau bagaimanapun meninggalkan bangunan KL-SCAH pada kira-kira jam 10 malam, sambil dilindungi sahabatnya.

Namewee menggemparkan masyarakat Malaysia dengan klip video ciptaannya "Negarakuku" di Youtube, sebelum Hari Kemerdekaan pada tahun 2007, dengan beberapa adegan yang mencungkil kontroversi. Baru-baru ini, beliau mencipta satu klip video lagi, "Nah!", sebagai reaksi kepada isu pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan, Siti Inshah Mansor yang mengeluarkan kenyataan perkauman, tetapi tidak diambil tindakan yang setimpal.

Forum yang bertemakan "Orang muda, mengapa kamu 'nah'?" ini dianjurkan sebagai salah satu aktiviti untuk Persidangan Kebangsaan Pemuda dan Mahasiswa-Mahasiswi. Dialog ini mempertemukan dua orang dari dua generasi yang berlainan, iaitu Tang Ah Chai dengan penyanyi rap kontroversi, Namewee. Pengacara forum ini adalah wartawan senior MerdekaReview, Wong Shu Qi. -MR


Ulasan GB

Demikian petunjuk dari Allah s.w.t.

Kehadiran Perkasa untuk menyemarakkan lagi api perkauman bersama UMNO sebenarnya adalah tanda-tanda jelas bahawa UMNO sudah tidak lagi berupaya menjadi parti pemerintah negara ini.

Jika diteruskan juga, porak perandalah rakyat dan hancur binasalah negara...

Ahli UMNO Diseru Sertai PAS - TGNA

Nik Aziz Ajak Anggota Umno Sertai PAS Demi Perpaduan Melayu

KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengajak anggota Umno agar menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Mursyidul Am PAS itu berkata ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti tersebut.

"Umno tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain dari PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian komputer riba kepada 200 pelajar Kolej Masterskil Kampus Metro Kota Baharu, di sini, Rabu.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan agar Umno tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada PAS demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu tersebut.

Nik Abdul Aziz juga menegaskan perkara tersebut sudah sekian lama menjadi hasratnya.

Ditanya mengenai calon untuk pilihan raya kecil tersebut, Nik Aziz berkata PAS tidak mempunyai masalah untuk memilih calonnya.

"Sebagai sebuah parti yang sentiasa berada dalam persiapan sama ada musim pilihan raya atau tidak, soal calon sudah lama dikenal pasti, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

"Apatah lagi apabila PAS sudah ada kelab penyokong bukan Islam iaitu Cina yang boleh diletakkan sebagai calon jika perlu, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya.

Kerusi Galas kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima dari parti Pas meninggal akibat barah usus pada Isnin lepas. BERNAMA

Ulasan GB

Inilah seruan yang sebenarnya! Barulah jelas. Bahawa jika benar nakkan perpaduan, masuk ke dalam PAS. UMNO tak perlu bertanding. Bukan "berkompromi" yang menatijahkan satu untuk engkau, satu untuk aku.

Bersatu Melayu di atas dasar Islam bersama PAS.


Media Keadilan Juga Hentam Zaid, Mana JPP?

Azmin 90 - Fuziah, Shamsul dahului calon naib

Seperti yang dijangkakan, naib presiden PKR, Azmin Ali pula terus mendahului dengan memperolehi 90 pencalonan bagi jawatan timbalan presiden.

Manakala ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin mendahului pencalonan untuk bertanding jawatan naib presiden PKR dalam pemilihan parti itu November ini.

Azmin mendahului para pencabarnya selepas 150 cabang PKR selesai bermesyuarat sehingg ini.

Pencabarnya, ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 33 pencalonan, ketua PKR Perak Mustaffa Kamil (16) manakala menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (4), ahli parlimen Batu Tian Chua (4).

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mendapat dua pencalonan bagi jawatan timbalan presiden manakala Fuziah dan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar masing-masing mendapat satu pencalonan.

Bagaimanapun, Fuziah yang juga pengarah pilihan raya PKR, mendahului pencalonan bagi jawatan naib presiden.

Selepas 143 cabang selesai bermesyuarat, beliau memperolehi 108 pencalonan.

Manakala Shamsul pula memperolehi 43 pencalonan daripada 159 cabang yang telah bermesyuarat sehingga ini.

Manakala penyandang jawatan naib presiden, R Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang memperolehi 24 pencalonan manakala Lee Boon Chye pula mendapat 27 pencalonan.

Dua lagi penyandang penyandang jawatan tersebut- Azmin mendapat 11 pencalonan manakala Mustaffa pula memperolehi 31 pencalonan.

Turut dicalonkan untuk jawatan naib presiden ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman (26), Tian (23), Nurul (16), N Gobalakrishnan (15), Khalid (14) dan ketua PKR Johor,
Datuk Chua Jui Meng (11).

Dr Wan Azizah pula mendahului pencalonan untuk mengekalkan jawatan presiden.
Sehingga ini Wan Azizah mendapat 111 pencalonan daripada 126 cabang yang telah selesai bermesyuarat, manakala ketua umum PKR pula, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat 13 pencalonan. Zaid pula mendapat dua pencalonan.


KEADILAN Boikot Utusan Tapi Zaid Beri Pujian
Oleh Wfauzdin NS

Nasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim agar semua calon yang bertanding di dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hendaklah berhemah, beradab dan berdisiplin nampaknya masih tidak didengari oleh beberapa calon yang menawarkan diri. Sebelum ini terdapat calon yang memperlekehkan pucuk pimpinan parti, mencipta berbagai isu yang tidak masuk akal tanpa bukti yang jelas semata-mata untuk menunjukkan kehebatannya agar dipilih memegang jawatan yang ingin ditandinginya.

Saya fokus kepada Datuk Zaid Ibrahim, kerana bagi saya beliau banyak menimbulkan kontroversi sepanjang kempen pemilihan di dalam KEADILAN.

Lebih-lebih lagi beliau akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden kononnya untuk memulihkan 'kuasa' Presiden yang dikatakan olehnya sebagai 'boneka' itu.

Itulah hebatnya Zaid kerana dengan jawatan Timbalan Presiden boleh menentukan 'kuasa' Presiden!

Kehebatan Zaid diserlahkan lagi oleh beliau sendiri yang menganggap Anwar hanyalah 'ahli biasa' di dalam parti kerana jawatannya selaku Ketua Umum tiada termaktub di dalam perlembagaan dan organisasi parti.

Bukan beliau tidak sedar mengapa jawatan Ketua Umum itu wujud di dalam parti dan semenjak bila ianya wujud.

Anwar diiktiraf sebagai Ketua Umum bukan sahaja oleh ahli-ahli parti bahkan oleh rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat. Benar, jawatan itu tidak wujud di dalam parti tetapi beradabkah Zaid apabila menganggap Anwar hanya 'ahli biasa'?

Persoalannya, jika Presiden KEADILAN itu 'boneka' dan Ketua Umum ibarat 'ahli biasa', siapakah yang selama ini berkuasa di dalam KEADILAN?

Di dalam kita semua berkempen untuk memboikot Utusan Malaysia, akhbar kepunyaan Umno yang tidak pernah duduk diam untuk menghancurkan Pakatan Rakyat, tiba-tiba Zaid memberi kredit kepada akhbar pencacai itu di dalam wawancaranya.

Inikah sikap seorang pemimpin yang bakal mewarisi kerusi No 2 di dalam parti? Tokoh seperti inikah yang boleh kita harapkan untuk membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya?

Di dalam wawancaranya bersama akhbar tersebut, beliau tanpa berselindung menyebut bahawa stail atau caranya tidak akan berubah semenjak dari Umno hinggalah kini berada di dalam KEADILAN.

Ini bermakna, Zaid tidak mampu untuk menyesuaikan dirinya bersama KEADILAN yang sama sekali jauh berbeza dari politik Umno. Beliau seharusnya sedar di dalam KEADILAN ruang mengkritik pemimpin terbuka luas tetapi mestilah dengan hujah dan fakta yang jelas.

Hentam kromo ikut sesedap rasa bukan amalan di dalam KEADILAN.

Melabelkan Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali sebagai 'nyanyok' bukan cara mengkritik pemimpin. Nampaknya Zaid masih gagal mengubati 'penyakit' yang diwarisinya sewaktu berada lama di dalam Umno.

Hari ini terbukti kita lihat bagaimana akhbar Utusan mengeksploitasikan 'kredit' yang diberi oleh Zaid. Maka berebut-rebut jugalah media TV3 dan RTM untuk menganyang parti yang didukung oleh Zaid ini.

Setakat ini kita patut bersyukur kerana semakin banyak Zaid 'merapu' tentang partinya sendiri, ahli-ahli KEADILAN yang diberi kuasa memilih siapa yang wajar dipilih untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden bijak untuk membuat keputusan.

Kita tidak akan izinkan sesiapa sahaja yang memasuki parti ini dengan membawa 'penyakit' lamanya sewaktu berada di dalam Umno, apatah lagi mengaku tidak akan berubah walau sedikit pun untuk terus merosakkan parti kesayangan kita ini.

Walau bagaimanapun, Zaid boleh terus bertanding kerana beliau pastinya tidak akan di'pancung' seperti dakwaannya. Beliau tidak perlu takut kepada bayang-bayangnya sendiri kerana KEADILAN bukan Umno yang ingin meng'Ghafar Baba'kan sesiapa.

Walaupun beliau sebelum ini berkali-kali berjanji tidak akan bertanding atau merebut jawatan di dalam KEADILAN, tetapi kita masih boleh terima keinginannya untuk bertanding sekarang.

Soalnya, siapakah yang tergamak yang akan memilih pemimpin yang tidak boleh mengubah dirinya sendiri? Bagaimana beliau ingin mengubah ahli-ahli bawahannya? -SK


Ulasan GB

Terlalu ketara kini media PKR sendiri mengambil sikap partisan dengan menyiarkan tulisan seorang blogger anti-Zaid di dalam Suara Keadilan.

Ini satu perlanggaran etika. Mana JPP?


Sepatutnya sebagai media parti, Suara Keadilan tidak sepatutnya menyiarkan apa-apa rencana atau tulisan yang menghentam mana-mana calon.

Zaid diwawancara oleh Utusan jadi isu dan masalah besar. Sepatutnya Suara keadilan atau TVS yang mengorak langkah terlebih dahulu mewawancara setiap calon yang bertanding. Mengapa itu tidak dilakukan?


Utusan pernah mewancara Presiden PAS, tapi bukan bererti Presiden PAS itu memberi kredit kepada akhbar pencacai itu. Utusan juga pernah membuat liputan terhadap kenyataan-kenyataan pimimpin Pakatan (sekalipun senget), namun tidak bererti pemimpin PR memberi kredit atau mengesahkan akhbar rakan karib PR. Beballah jika membuat induksi yang kononnya Zaid memberi kredit kepada Utusan.

Saya bukan menyebelahi Zaid, tetapi saya lihat dari awal lagi Zaid telah cuba disisihkan dan cuba ditekan oleh pihak tertentu yang bersaing dengannya.

Yang cuba menyisihkannya bertindak berlebih-lebihan dimana serangan dilakukan tak ubah serangan UMNO walaupun mereka menuduh Zaid membawa perangai UMNO.

Zaid cuma mengkritik Presiden parti sebagai boneka, itu yang dijadikan sasaran menghentam Zaid semula. Jika pemimpin tak boleh dikritik, itulah budaya UMNO yang sebenarnya.

Ingat, Azmin sendiri pernah mengkritik bekas Ketua PKR Negeri ialah MB Selangor sendiri. Kenapa membisu?

Pencalonan yang banyak diterima oleh Dr. Wan Azizah sebagai Presiden adalah kerana Datuk Seri Anwar telah mengumumkan tidak akan bertanding bagi jawatan tersebut. Datuk Seri Anwar mengambil sikap yang bijak kerana persediaan awal untuk beliau tumpukan terhadap kesnya di mahkamah.

Cabang-cabang menghormati pendirian DSAI, lantas mencalonkan Dr. Wan Azizah yang dilihat "pengganti" terhampir kepada DSAI, untuk menghormati DSAI, bukan pula bererti Dr. Wan Azizah terlebih kanan di dalam hal-hal kepimpinan. Saya rasa Dr. Wan Azizah sendiri mengakui fakta ini dan bersetuju dengan pendapat saya bahawa sebagai "wanita" beliau lebih rela suaminya itu yang menjadi Presiden.

Di dalam hal kepimpinan, Firman Allah. "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan". (Surah an-Nisa' 34) dima apara ulamak menekankan bahawa al-qiwamah/kepimpinan adalah terlebih utama diserahkan kepada lelaki dengan sebab faktor kekuatan aqal, jiwa dan tubuh badan.

Antara cerita lain pula, kisah sesebuah negara yang diperintah oleh dua orang ratu sehingga negara mereka musnah dan bagi konteks sesebuah negara hari ini, wanita tidak boleh memegang jawatan Presiden sesebuah negara. Dari sirah ini, kita juga dapat mengambil iktibar bahawa wanita tidak berkemampuan untuk menjadi 'ketua' contohnya seperti mereka tidak boleh dilantik untuk "menetapkan perkara-perkara dasar" sesuatu organisasi besar, namun mereka boleh membantu untuk "menggubal perkara-perkara dasar" itu bersama-sama.

Dan saya kata Dr. Wan Azizah akan bersetuju dengan saya bahawa dalam banyak keadaan sebelum ini beliau sentiasa "tersepit" dengan dilemma "decision-making" kerana ada banyak "hati-hati" yang terpaksa dijaga. Ketegasan seorang Presiden tidak dapat digunakan sepenuhnya lantaran beliau seorang wanita. Kelemahan ini dieksploitasikan oleh mereka yang berkepentingan. Kes Chandra Muzaffar dahulu telah menjadi sejarah.

Dan inilah mesej yang hendak disampaikan oleh Zaid apabila beliau menyatakan beliau ingin meletakkan kuasa Presiden di tempat yang sepatutnya.

Zaid bakal tewas hasil perencanaan rapi peringkat tertinggi parti. Apa yang tersiar di Suara Keadilan hari ini adalah bukti.

GB apa peduli, hanya sebagai pemerhati. GB lebih menyukai Mustafa Kamil daripada dua yang lain. Tetapi Zaid teraniaya, maka itu GB membelanya. Pencak Mustafa pula tak berapa menjadi. Tetapi doaku untuk PKR supaya sentiasa tenang mengharungi gelombang. Kita ada tugas yang lebih besar selepas ini. Harapan yang mesti dipenuhi. Putrajaya mesti ditawan tak lama lagi.

"Allahumma, arinal haqqa haqqan, warzuqnattiba'ah, wa warinal batila batilaan, warzuqnajtinabah".

Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkanlah kami kebenaran itu kebenaran dan bimbinglah kami untuk menghampirinya dan tunjukkanlah kami kebatilan itu kebatilan dan bimbinglah kami untuk menjauhinya.

"Allahumma kun lanaa wa laa takun alainaa"

Ya Allah berada Engkau di pihak kami bukan di pihak lawan kami

Kekosongan Kerusi Galas Telah Dimaklum Kepada SPR

RANTAU PANJANG: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud (gambar) mengesahkan sudah menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Galas kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut.

Katanya surat pemakluman itu dihantar pada 12.45 tengah hari semalam sejurus selepas pihaknya menerima surat pengesahan kematian penyandang kerusi itu, Chek Hashim Sulaima.

"Kita telah terima sijil kematian pagi semalam dan sudah menghantar surat makluman kekosongan kerusi selepas itu kepada pihak SPR, melalui pos dan faks," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Chek Hashim, 46, meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada Ahad lalu akibat barah usus. - BERNAMA

Takiyuddin Berbicara Tentang Apa?

PAS Sarankan BN Berkompromi Pada Pilihanraya Kecil DUN Galas

KOTA BAHARU: PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri, di sini, Selasa.

Che Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, meninggal dunia akibat barah usus di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, semalam.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Takiyuddin berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil. - BERNAMA


PAS yakin pertahan Galas - TGNA

KOTA BHARU, 29 Sept: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan keyakinan PAS yakin dapat mempertahankan kerusi Dun Galas pada pilihan raya kecil nanti.

Mursyidul Am PAS itu menyatakan demikian berdasarkan sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada parti itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ia ditambah lagi dengan prestasi Allahyarham Chek Hashim Sulaima selaku wakil rakyat di situ sebelum ini.

Sehubungan itu, katanya PAS akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil nanti dari kalangan anak tempatan.

“Kita mempunyai ramai anak tempatan yang berwibawa,” ujarnya pada majlis penyerahan notebook kepada pelajar sebuah kolej di sini, sebentar tadi. -harakahdaily


Ulasan GB

Setahu GB yang menyebut "perpaduan Melayu" ini adalah UMNO. Sebab di dalam perlembagaan PAS tidak ada isu "kebangsaan" diperjuangkan. Dan jika ada pemimpin PAS yang menyebutnya ia adalah di era UG yang dah dikatakan mati itu.

Tetapi rupanya tidak mati, sekali-sekala akan kedengaran suara-suara sumbang itu tentang "perpaduan Melayu" itu.... sepertimana ajakan Abu Jahal kepada Rasulullah untuk "perpaduan Quraisy" dimana Rasulullah hendak ditabalkan jadi Raja.

Sudahkah Takiyuddin bawa hal tersebut ke Dewan Harian PAS, atau setidak-tidaknya ke pengetahuan Mursyidul Am PAS sebelum ianya diutarakan?

Susahnya kita mempunyai ramai pemimpin-pemimpin sebegini, jawatan tinggi-tinggi pulak tu dalam parti, tapi asyik masukkan gol ke gawang sendiri.

Terhimpit kita yang bebal di bawah bangang di atas....
Ya Allah bantulah kami....


Semakan Kehakiman Video Lingam - Rakyat Nak Diperbodohkan Lagi

VVideo Lingam: Semakan kehakiman - 16 Mei 2011

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bahagian rayuan dan kuasa khas) menetapkan 16 Mei bagi mendengar merit semakan kehakiman dua bekas hakim negara dan Datuk VK Lingam yang mencabar penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung isu video kontroversi yang mengaitkan peguam kanan itu dengan pelantikan hakim-hakim.

Tarikh itu ditetapkan dalam pengurusan kes hari ini.

Bagaimanapun sama ada perbicaraan akan diteruskan juga bergantung kepada kelulusan rayuan yang dibuat oleh pejabat peguam negara kepada Mahkamah Persekutuan.

Ia dijadualkan akan didengar oleh hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 24 Ogos, dalam keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan dalam menolak permohonan kebenaran ketiga-tiga perayu itu untuk satu semakan kehakiman terhadap keputusan suruhanjaya, telah menggunakan prinsip yang salah bagi mentafsirkan nilai prima facie untuk diluluskan mengikut Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

Lingam, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka bagi membuat semakan kehakiman terhadap hasil siasatan suruhanjaya diraja itu.

Selain memberikan sejumlah RM30,000 kos perundangan bagi ketiga-tiga perayu itu, mahkamah juga mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar merit kes berkenaan.

Pada 12 Dis, 2008, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa keputusan suruhanjaya tidak boleh disemak atas dicabar kerana ia bukan satu keputusan dan ia tidak memberi kesan terhadap hak individu atau obligasi mereka yang terbabit.


Dalam laporan siasatan mereka, lima anggota panel itu, mendapati bahawa video klip menunjukkan Lingam dalam satu perbualan telefon dengan Ahmad Fairuz berhubung pelantikan hakim, adalah tulen.

Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan yang sesuai perlu diambil terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, Mohd Eusoff, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana salah laku.

Suruhanjaya itu mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976.

Kecuali Dr Mahathir, kelima-lima mereka mengemukakan permohonan agar mahkamah mengadakan semakan semula bagi membatalkan hasil siasatan suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, Tan dan Tengku Adnan menarik balik rayuan mereka awal tahun ini.

Ulasan GB

Dari perspektif umum, ada usaha pihak tertentu untuk "membersihkan" imej hakim durjana yang membaca kertas penghakiman yang disediakan oleh peguam yang terlibat di dalam kes yang diadilinya.

Kedua, sebarang penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja tidak boleh dicabar. Apa lagi alasan hakim-hakim ini? Apakah hakim-hakim ini lebih tinggi kedudukannya daripada DYMM Yang Dipertuan Agong?

Ketiga, mengapa hanya tiga hakim untuk Mahkamah Rayuan? Supaya ia mudah dimanipulasi oleh pihak tertentu? Maka sebab itu keputusan tidak sebulat suara. 2-1.

Rakyat nak diperbodohkan lagi!

Senapang RM300

Dua Lelaki "Pembuat Senapang" Ditahan Polis

KUALA PILAH: Dua lelaki bersaudara pakar membuat senapang dan seorang pelanggan mereka ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungkak kira-kira pada pukul 2 pagi semalam.

Enam pucuk senapang yang dirampas polis itu diledakkan oleh letusan angin dan menggunakan bebola besi sebagai peluru.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supritendan Jaafar Baba berkata, pada awalnya polis menyerbu mereka disebabkan terdapat maklumat tentang dadah dan ketika dikepung, suspek berada dalam keadaan khayal dan mereka turut menjumpai dua bungkus dadah jenis syabu.

"Suspek berusia 37 dan 28 tahun. Suspek membuat senapang angin itu dengan bahan terpakai dan menjual senjata itu dengan harga RM300 selaras," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Selepas disoal siasat, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 33 tahun dari Kampung Sungai Dua Kecil pada pukul 4.30 petang hari yang sama yang dipercayai telah membeli senapang itu daripada mereka, katanya.

"Kita dapati kesemua suspek gagal ujian air kencing dan positif dadah, salah seorang dari mereka juga mempunyai rekod jenayah," katanya.

Mereka semua akan didakwa di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960 di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-dua sekali.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menganggap senapang angin ini seperti barang mainan kerana ia tetap membahayakan. - BERNAMA

Respons Kepada Cenangau: Takde Beban Cuma Kepala Batu Di "Galas"

Saya terbaca di blog cenangau dengan tajuknya: PAS akan tewas di Pilihanraya Kecil Galas.

Begini tulisan cenangau:

PAS akan tewas di Pilihanraya Kecil Galas

Aku harap takdak yang anggap tajuk kat atas tu sebagai doa, tajuk tu cuma ramalan awal aku. Ramalan aku Pas akan kalah di Galas walaupun aku harap sangat Pas akan menang.

Ramalan aku berdasarkan beberapa faktor.

Faktor utama sekali, kerusi Dun Galas bukan kubu kuat Pas. Masa PRU12 pun, calon Pas cuma boleh menang dengan 640. Satu angka yang sangat kecil kalau nak jadikan bekal untuk menghadapi PRK.

Keputusan PRU 2008
Jumlah Pengundi: 10,330
Peratusan Kaum: M:65.81% C:22.03% I:1.81% L:10.32%
1. Che Hashim Sulaima (Pas) (4,399)
2. Mohamad Saufi Deraman (BN) (3,753)
Majoriti: 646
Jumlah undi: 8,323
Peratus mengundi: 80.57%
Undi rosak: 171

Setakat data yang ada kat aku, setakat suku ke-2 2010 bilangan pengundi untuk DUN Galas ada 11,338 orang. Ada pertambahan 1,008 pengundi berbanding pengundi masa PRU12. Dari angka tu aku rasa mungkin ada lebih 1,200 pengundi baru dan yang berpindah masuk.

Dari 1,200 orang yang akan mengundi pertama kali di Dun Galas tu aku harap sangat sebahagian besarnya didaftarkan oleh PPS Pas. Pasainya dari 4,399 pengundi yang undi calon PAS masa PRU12 dulu, akan ada yang akan berubah mengundi calon Umno. Tambah-tambah lagi yang masa PRU 2004 mengundi calon Umno.

Jumlah tu belum dicampur untuk suku ke-2 tahun 2010 yang dah pun disahkan dan tentu akan digunakan untuk PRK kali ni. Aku rasa angka tu akan lebih besar lagi.

Kalau ada swing 8% dari pengundi yang masa PRU12 undi calon PAS dan lebih dari separuh pengundi baru undi calon Umno memang sah calon PAS akan kalah. Tu tak masuk lagi bantuan "pengundi hantu."

Setakat yang aku ingat, banyak isu besar yang boleh buat depa tu swing. Antaranya:
Isu Ariffahmi dan PMBK termasuk nama Abe Jak yang turut terkait sama.
Isu "Rasuah mengerjakan Haji" TG Nik Aziz.
Isu Bazar Tok Guru rugi RM50 juta.
Isu sumbangan RM 4 bilion kepada PAS Kelantan.

Betul atau tak isu tu tak penting tapi aku yakin dengan 4 peluru tu pun, Umno tak susah untuk dapat swing 8%. Harap-harap Pas Kelantan ada cara yang berkesan untuk mematahkan serangan 4 peluru tu di akar umbi. Tu belum lagi ditambah dengan isu peringkat nasional yang melibatkan Pas dan jugak parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Apa pun, pada aku faktor Razaleigh Hamzah akan main peranan yang cukup besar. Walaupun kebelakangan ni terutama dalam isu royalti, KuLi nampak macam nak berlawan dengan Najib, tapi aku tak rasa dalam PRU Galas KuLi akan lawan Najib.

Tapi, kalaulah Pas berjaya buat "faktor Razaleigh Hamzah" tu memihak kepada Pas, insyaalah Pas boleh menang dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU12.

Akhir sekali aku nak ingatkan, walaupun apa pun bentuk yang ada "di atas kertas", faktor bantuan dari langit jangan pulak kita lupa.

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

- cenangaudaunkari

-----------------------------
Ulasan GB

Adalah berdosa untuk meramalkan begitu kerana:
1) kita tidak boleh mendahului Tuhan
2) kita tidak boleh melemahkan semangat kaum muslimin
3) kita tidak boleh berputus asa (berputus dengan Yang Maha Esa)
4) kita disuruh "wa a'addilahum mastataqtum" (dan bersiap sedialah dengan segala kekuatan kamu..)
5) kita disuruh "ud'u ni astajiblakum" (berdoalah kepadaKu.. nescaya Kuperkenankan)
6) kita dilarang mendengar janji syaitan "asyaitaanu ya'idukumul faqra" (syaitan menjajikan kemiskinan [kekalahan])
7) Dan anda tidak boleh menafikan sabda Rasulullah : ”Kullu kalam addu’a, setiap perkataan itu adalah merupakan do’a”

Dan akhirnya jangan bersangka buruk terhadap Allah s.w.t. kelak yang buruklah anda akan perolehi.

Allah suruh berkerja bersungguh-sungguh, bukan untuk meramal-ramalkan apatah lagi meramalkan hal yang buruk. Hadith qudsi: "Aku mengikut persangkaan hambaKu terhadapKu".

Hadith qudsi lagi: "Sesungguhnya Allah itu suka jika seseorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dilakukannya dengan bersungguh-sungguh."

Kalau tak mahu bantu Galas tidak mengapa, tapi jangan jadi si tukang ramal berkepala batu yang tak ada akal fikiran. Kalau jahil, diam dari berkata-kata, jangan kucar-kacirkan saf para pejuang yang ada.

Jika PAS kalah, sebenarnya, andalah diantara penyebabnya. Di zaman Umar Al-Khattab, orang sebegini dipancung terlebih dahulu sebelum musuh, lantaran itu beliau digelar Al-Faruq (Singa Allah). GB suka mengikuti jejak langkahnya.

Beberapa Lokasi Disyaki Jadi Tempat Pembuangan Barang Peribadi Mangsa

Polis percaya beberapa lokasi sekitar ladang persendirian milik suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain menjadi tempat pembuangan banyak bukti berkaitan pembunuhan itu dan kehilangan tiga ahli perniagaan lain, termasuk seorang dari India.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang mendedahkan perkara itu, berkata polis percaya ladang berkenaan mempunyai banyak lagi bahan bukti untuk dikumpul.

“Ini petunjuk baru yang diperoleh daripada hasil siasatan.

“Selain dua kubur yang digali, kelmarin, ada beberapa lagi lokasi yang dipercayai mempunyai bahan bukti untuk melengkapkan siasatan kes secara menyeluruh,” katanya di sini, semalam.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan tiga ahli perniagaan yang hilang itu akan disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berikutan modus operandi kehilangan mereka yang sama, selain dipercayai turut didalangi suspek sama.

Pada 22 September lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, mengesahkan ahli perniagaan dari India, Muthuraja Allal Kanthan, 34, yang dilaporkan hilang sejak Januari lalu, turut dibunuh.

Malah, dua lagi individu, Shafik Abdullah, 37, seorang kontraktor dari Sungai Petani, Kedah dan sahabat baiknya turut disahkan hilang selepas menemui suspek utama yang juga peguam yang terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati, April lalu.

Kes pembunuhan dan orang hilang itu terbongkar susulan penahanan peguam yang juga suspek utama kes pembunuhan Sosilawati bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 44.

“Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada hasil siasatan. Malah, operasi penggalian kubur kelmarin turut dilakukan kerana kita percaya ia adalah kawasan berkemungkinan mereka (suspek) menggunakan tempat itu bagi membuang bahan bukti, termasuk berkaitan kes kehilangan tiga ahli perniagaan,” katanya pada majlis sambutan hari raya anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Ditanya sama ada bukti baru seperti tulang ditemui di ladang itu, Mohd Bakri enggan mengulas lanjut dan memaklumkan pihaknya akan melakukan siasatan berhubung kes berprofil tinggi itu secara menyeluruh.

“Kita (polis) tidak boleh terlalu memperincikan berhubung penemuan bahan bukti ini, kerana ia masih dalam siasatan,” katanya yang mengakui polis tidak berdepan dengan sebarang kesukaran dalam menjalankan siasatan. -BH

Kesan Air Mani Pada Baju Aaliyah

Seorang pegawai sains memberitahu Mahkamah Tinggi di sini Selasa, bahawa terdapat kesan air mani dijumpai pada baju kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati dibunuh, Aaliyah Ayman Hussin Abdullah.

Aedrianee Reeza Alwi, 29, yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Jabatan Kimia Malaysia Johor, berkata demikian pada keterangannya terhadap tertuduh, Mohannad Taha Ismail yang sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh Aaliyah.

Saksi yang berpengalaman menjalankan analisis dalam kes jenayah seperti bunuh, rogol dan pergaduhan memberitahu, beliau telah memotong bahagian yang mengandungi air mani itu untuk dibuat analisa lanjut.

“Saya temui sperma dan juga spesimen bukan sperma yang bercampur daripada tiga individu. Sel sperma sama dengan spesimen yang diperoleh daripada tertuduh,” kata saksi pendakwaan ke-empat berhubung penemuannya.

Spesimen bukan sperma itu pula didapati datang tertuduh, mangsa dan juga ibu mangsa, Ellina Maulad Mahather, 25, seorang bekas pelayan kelab malam yang juga teman wanita tertuduh.

Selain itu, Aerrianee juga berkata, ujian pada lampin juga mendapati kehadiran air mani, bagaimanapun tiada profil asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh.

Saksi disoal Timbalan Pendakwa Raya Alfred Egin pada pemeriksaan utama.

Dalam kes ini, Mohannad Taha, 25, yang masuk ke negara ini dengan menggunakan visa pelajar dibicarakan atas tuduhan membunuh Aaliyah, tiga tahun pada antara pukul 7.30 dan 8.30 malam, 12 Oktober 2009.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah sewanya, nombor 9/D3/9, Palazzo Tower, Venice Hill Condominium, Batu 9, Cheras, Hulu Langat, dekat sini.

Dia kini berhadapan dengan hukuman mati jika disabitkan bersalah melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Barisan pembelaan diwakili peguam J.Kuldeep Kumar dan Saranjeet Kaur Sidhu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah bersambung Rabu. -mstar

Berita Sebelum

Lelaki Sudan dituduh bunuh Aaliyah Ayman

MOHAMMAD Taha Ismail dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang, semalam bagi menghadapi tuduhan membunuh budak perempuan berusia tiga tahun.

PUTRAJAYA 23 Okt. - Seorang warganegara Sudan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak perempuan kekasihnya yang berusia tiga tahun di sebuah kondominium di Hulu Langat minggu lalu.

Mohannad Taha Ismail, 24, dituduh dengan sengaja menyebabkan kematian Aaliyah Ayman Hussin Abdullah di kediaman bernombor 9/D3/9 Palazzo Tower, Venice Hill Condominium, Batu 9, Cheras, Hulu Langat, antara pukul 7.30 malam dan 8.30 malam 12 Oktober lalu.

Mohannad Taha yang merupakan seorang penganggur tenang ketika pertuduhan itu dibacakan dalam bahasa Inggeris.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Majistret Faisal Noor Hadi menetapkan 6 Januari depan untuk sebutan semula kes itu bagi mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat serta mendengar hujah permohonan pihak Pendakwa Raya untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul' Ain Abdul Rahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Akhbar semalam melaporkan Aaliyah Aiman meninggal dunia dipercayai akibat didera selain menjadi mangsa perlakuan seksual teman lelaki ibunya yang merupakan seorang warga Sudan di sebuah kondominium di Cheras minggu lalu.

Berikutan kejadian itu, ibu kanak-kanak malang itu dan teman lelakinya ditangkap pada 14 Oktober lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ibu kanak-kanak itu dipercayai menjalin hubungan dengan lelaki warga Sudan terbabit sejak setahun lalu.

Bagaimanapun laporan akhbar hari ini menyebut, ibu kanak-kanak malang itu dibebaskan oleh polis petang semalam dan wanita yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat swasta di ibu negara itu akan diminta hadir ke mahkamah sebagai saksi utama kejadian itu.

Kes Sosilawati: Dokumen Penting Dipunggah Dari Pejabat Suspek

Dokumen penting diambil dari pejabat guaman suspek

BANTING: Empat pegawai penyiasat polis dan lima kakitangan suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga individu lain dilihat sekali lagi memasuki pejabat suspek yang terletak berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, di sini, semalam.

Pegawai penyiasat dan yang lain tiba di pejabat suspek yang juga seorang peguam itu pada kira-kira jam 11.15 pagi dan keluar sejam kemudian sebelum beredar meninggalkan kawasan pejabat pada jam 12.50 tengah hari.

Mereka dilihat keluar sambil membawa beberapa keping fail dipercayai dokumen penting bagi membantu siasatan pembunuhan itu.

Bagaimanapun, tiada kelibat suspek utama mahupun yang lain dilihat bersama mereka.

Sementara itu, isteri mendiang ahli perniagaan dari India yang dilaporkan turut menjadi mangsa pembunuhan suspek utama sekali lagi ke IPD Kuala Langat.

S Usharani, 24, masuk ke IPD kira-kira pada jam 9 pagi dan keluar pada sebelah malam.

Difahamkan, beliau diminta menyambung keterangannya dan mendengar kembali rakaman telefon antara mendiang suaminya, Allal Kanthan Muthuraja, 34, dengan suspek utama sebelum pulang ke Ramapuram, India, hari ini.

Kelmarin, beliau turut ke IPD bersama Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam untuk memberi keterangan berhubung kes kehilangan suaminya kepada pasukan risikan.

Selain itu, tiada pasukan forensik dilihat masuk ke lokasi pembunuhan di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini kecuali anggota polis bertugas saja yang mengawal laluan keluar masuk ladang.

Bagaimanapun, buat pertama kalinya media dapat melihat dengan jelas lokasi dan lubang yang menjadi kubur bagi beberapa mangsa pembunuhan suspek utama.

Di dalam kawasan ladang yang bertembok batu itu jelas kelihatan dua khemah besar yang digunakan pasukan forensik untuk menjalankan siasatan bagi mencari bukti berhubung beberapa kes pembunuhan yang dilaporkan berlaku di kawasan itu termasuk pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain. -hm

Kes Sosilawati Memang Kes Besar, Bukan Diperbesarkan

Kes Sosilawati: AG bimbang kes diperbesar, laporan polis hujung minggu

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini melahirkan kebimbangan berhubung kemungkinan siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, akan diperbesar-besarkan.

Beliau berkata terdapat banyak kenyataan yang dibuat pelbagai pihak dalam kes itu, dan media sepatutnya melaporkan hanya fakta tanpa sebarang penambahan kerana ia mungkin menjejaskan kes berkenaan.

“Saya fikir ikut sahaja nasihat KPN (Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar). Bertenanglah dan biarkan kami lakukan tugas kami.

“Saya rasa pada masa yang betul dan apabila siasatan telah selesai, mereka akan memberi satu kenyataan yang wajar serta mendedahkan segalanya. Ketika itu, tiada sebarang masalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Gani (gambar) ditanya sama ada beliau melihat campur tangan pelbagai pihak yang tampil membuat kenyataan berhubung kes itu, termasuk keluarga ahli perniagaan India, akan menjejaskan siasatan kes pembunuhan itu.

Ahad lepas, Ismail mengingatkan media agar tidak menulis cerita berunsur spekulasi berhubung kes itu, sebaliknya menunggu pengesahan daripada polis.

Peringatan itu dibuat berikutan laporan media bahawa dua kubur telah ditemui di ladang tempat Sosilawati dan tiga yang lain didakwa dibunuh.

Sosilawati, 47, pemandu peribadi Kamaruddin Shansudin, 44, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu, selepas mereka ke Banting, Selangor, untuk urusan penjualan tanah.

Pada 13 September lepas polis mengesahkan kesemua mangsa telah dibunuh dan mayat mereka dibakar serta abunya dibuang ke dalam sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting.

Polis menemui tulang serta barangan lain dari sungai berkenaan dan telah menahan lapan suspek, termasuk dua adik beradik peguam, bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan kejam itu.

Ditanya jika Jabatan Peguam Negara boleh meyakinkan orang ramai bahawa akan ada satu keputusan di akhir siasatan kes berkenaan, Abdul Gani berkata: “Setahu saya, dalam semua siasatan, sesuatu akan berlaku iaitu sama ada kami dakwa atau tidak. Itu adalah sesuatu yang pasti,” katanya.

Mengulas mengenai kertas siasatan kes berkenaan yang dikembalikan kepada polis, beliau berkata tidak ada tarikh akhir untuk penghantarannya.

“Saya perlu menunggu mereka menghantarnya (kertas siasatan). Biar mereka siasat kes tersebut secara terperinci kerana ia membabitkan kepentingan awam.

“Terdapat banyak perkara yang perlu disiasat. Saya tidak boleh memberikan tarikh akhir kepada mereka, tetapi saya tahu mereka sedang bertungkus-lumus.

“Dan mereka akan memberikannya kepada saya secepat mungkin. Malah, saya bertemu dengan mereka hampir setiap hari,” katanya.

Mengenai kawasan yang perlu disiasat semula, beliau berkata: “Banyak, tetapi saya tidak boleh memberitahu anda mengenai kelemahannya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara mengenai kertas siasatan kes Sosilawati dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.

“Kita mempunyai kertas siasatan yang boleh dianggap sebagai mantap, tetapi terpulang kepada perbincangan kita dengan pihak Jabatan Peguam Negara. Iaitu sama ada mereka memerlukan kami untuk mencari bahan-bahan tertentu lagi dalam siasatan kami terhadap kes ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah terbuka Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya mengenai laporan DNA kes itu, Mohd Bakri berkata polis masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia.

Beliau turut mengingatkan semua pihak agar tidak memberi tekanan kepada Jabatan Kimia berhubung perkara itu kerana mereka memerlukan masa bagi menjalankan tugas yang rumit.

“Kita mesti berikan mereka masa, pakar patologi, Jabatan Kimia, bagi menganalisis tulang yang kita jumpa. Untuk mendapatkan DNA, bukanlah sesuatu yang mudah,” katanya.

Mohd Bakri juga mengulangi amaran bahawa polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemberita yang salah melaporkan kes Sosilawati.

“Saya mesti memberi amaran kepada anda (pemberita) kerana saya akan mengambil tindakan sewajarnya, kami telah memberikan peluang secukupnya bagi anda mendapatkan maklumat, namun bukan untuk menulis sesuatu yang tidak benar, jika tidak, kami akan mengambil keterangan daripada anda,” katanya.

Sementara itu, Mohd Bakri berkata polis akan melawat beberapa lokasi lagi di sekitar Ladang Gadong, Banting untuk mencari bukti terbaru berhubung kes yang melibatkan suspek kes pembunuhan Sosilawati, berdasarkan beberapa petunjuk baru yang muncul dalam siasatan mereka.

“Anda semua perlu ingat, kita menyiasat dalam dua aspek, satu kes yang kita siasat sekarang iaitu kes (pembunuhan) Sosilawati bersama tiga orang, dan satu lagi ialah berkenaan kehilangan tiga orang, dan satu kes pembunuhan yang berlaku di Banting,” katanya. – Bernama

Ulasan GB

Saya hairan dengan sikap Peguam Negara dan PDRM di dalam hal ini.

Kes pembunuhan Sosilawati adalah satu kes yang besar, bukan sengaja dibesar-besarkan, dan justeru tentulah banyak andaian dan spekulasi timbul di kalangan semua pihak selagi siasatan terhadapnya belum lagi muktamad.

Sepatutnya Peguam Negara dan PDRM berterima kasih di atas perbincangan yang banyak kerana ia mungkin input-input berguna yang boleh membantu siasatan. Tetapi apa yang berlaku ianya tidak dihargai malah cuba disekat di atas alasan "mengganggu siasatan".

Masyarakat begitu prihatin dengan kes ini. Apa tidaknya, seolah-olah baru semalam mangsa hidup kemudian tiba-tiba dibunuh dengan kejam. Kemanusian apakah lagi yang ada pada si pembunuh?

PDRM menjalankan tugasnya, dan rakyat pula tetap akan tertanya-tanya terhadap tragedi itu, lantas pelbagai teori diketengahkan. Ia tidak boleh disekat. Mustahil untuk menyekatnya. Setiap orang melihat dari sudutpandangnya yang berbeza dan justerunya timbul pelbagai cerita

Kerana apa? Untuk mengelakkan tragedi yang serupa tidak berulang lagi ke atas mana-mana anggota masyarakat kita.

Yang nyata, sepertimana diakui oleh Ketua Polis Negara, tragedi itu sebenarnya BOLEH DIELAKKAN jika polis telah bertindak pantas semenjak hari pertama mangsa dilaporkan hilang. Ketika itu polis sudah pun menunjukkan kecekapannya untuk menciumi gerak suspek. Tetapi, polis tidak efektif di dalam strateginya bagi menyelamatkan mangsa.

Bukankah selama ini maklumat dari orangramai itu amat berharga dan amat diperluka di dalam menyelesaikan banyak kes-kes jenayah?

Teruskan kerja. Kami tidak berhasrat lansung untuk menganggu tugas polis. Malah kita mahu semua pihak berkerjasama dengan polis supaya kes ini dapat diselesaikan dengan cepat, tepat dan berkesan.

Islam Yang Ajarkah Jika Dah Sampai Ke Peringkat Mencarut?

Namewee lancar album, 50 orang diketuai Perkasa bakar poster

Gambar: Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah membakar poster Namewee di pekarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Di luar pekarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajala di sini malam ini menjadi kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang termasuk anggota Perkasa bagi membantah tindakan Namewee yang melancarkan albumnya yang dikatakan berunsur perkauman.

Mereka dilihat tiba ke pekarangan dewan itu kira-kira pukul 8.45 malam dengan beberapa dari mereka membawa sepanduk Perkasa dan gambar Namewee yang dibakar (gambar), sebelum melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.

Kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat mengawal kawasan itu sejak pukul 8 malam ini.

Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu dilihat berunding dengan seorang anggota polis untuk memasuki dewan tersebut, namun dihalang polis dengan menutup pagar dewan itu.

Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan.

Arman Azhar yang ditemui pemberita berkata perhimpunan itu diadakan bagi membantah tindakan Namewee yang dianggap penghianat terhadap negara kerana menghasilkan klip-klip video dan album yang boleh mencetuskan kontroversi dan perkauman.

“Kami desak, minta dia (Namewee) minta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia, bukan sahaja pada orang Melayu, atas perbuatan yang dia lakukan. Ternyata apa yang dia lakukan merosakkan muhibah kaum.”

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata perhimpunan itu tidak melibatkan penahanan mana-mana pihak kerana mereka mengikut arahan polis supaya bersurai.

“Kita arahkan mereka bersurai dalam masa 40 minit, dan mereka akur,” katanya. – Bernama

Ulasan GB

Pertama: apakah demikian caranya "Melayu" bertindak? Melontarkan kata-kata kesat dan mencarut? Bagaimana kalau anda-anda yang berbangsa Melayu dicaruti semula? Islam tidak mengajar kita melampaui batas sehingga mengeluarkan perkataan mencarut.

Kedua: Jikalah yang berdemo itu dari Pakatan Rakyat, belum sempat disuruh bersurai, dah pukul, dibalun, disepak, diterajang malah ditahan dan ditangkap.