27 Dis 2009

Kumpulan Hak Asasi Selar Proses Pindaan ISA Bersifat Eksklusif

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) berkata proses perolehan input keatas pemindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bersifat eksklusif dan tidak melibatkan rakyat keseluruhan.

Pengerusi Syed Ibrahim Syed Noh melahirkan kekesalan GMI dengan sikap pemerintah 'membutakan mata' kepada kewujudan puluhan atau ratusan mangsa akta zalim itu.

Lebih membimbangkan apabila kerajaan tidak menjemput badan hak asasi manusia bebas untuk mendengar pandangan dan kritikan keatas akta ini.

Pada 1 Ogos lalu, kira-kira 30,000 rakyat turun menjajah Kuala Lumpur dalam satu demonstrasi besar-besaran anjuran GMI bagi membantah akta zaman penjajah itu.

Pertembungan antara GMI dan pihak berkuasa menyaksikan puluhan das gas pemedih mata dan hujanan meriam air dilepaskan keatas orang awam dari awal pagi hingga lewat petang.

Sejak 1960an, lebih 10,662 orang telah ditahan dibawah ISA. -TVS



NUJ Mahu Kerajaan Dengar Semua Pihak Sebelum Pinda ISA

Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) menggesa kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas Parlimen bagi meraih input dari orang awam sebelum pindaan keatas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibahaskan di Parlimen.

Setiausaha Agung V Anbalagan berkata usaha pemindaan tidak sewajarnya ekslusif kepada segelintir pihak semata-mata kerana rakyat Malaysia seluruhnya terkesan dengan kewujudan akta ini.

Sebelum ini, seorang wartawan dibawah naungan NUJ pernah ditahan dibawah ISA selepas melaporkan ucapan berbaur perkauman seorang pemimpin Umno Pulau Pinang.

Khamis lepas, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein berkata enam kumpulan berkepentingan yang ditemui kerajaan menyokong pindaan ISA ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, NUJ membidas kenyataan itu dan kesal kerajaan tidak menjemput kesatuan wartawan kebangsaan itu dalam perbincaan tersebut.

Anbalagan menambah NUJ tidak boleh menyokong mahupun menolak cadangan pindaan ini kerana tidak dimaklumkan kandungan usul yang dibuat. -TVS



Polis Takut Dan Kemudian Cuba Pula Takutkan Orang Lain Dengan Ambil Kenyataan?

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil keterangan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah berhubung kenyataannya yang cuba menakut-nakutkan polis.

“Kita akan memanggil Hian Wah dalam waktu terdekat untuk dirakam percakapannya bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Beliau berkata kenyataan Adun itu dalam media yang mengarahkan polis menghentikan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah satu kesalahan dan seolah-olah cuba menakut-nakutkan pihak polis.

“Ingin saya tegaskan, Yang Berhormat jangan cuba menakut-nakutkan kita dengan memberi arahan supaya tidak meneruskan siasatan ke atas Guan Eng,” katanya kepada pemberita pada Hari Mesra Bersama Masyarakat Dengan Polis di Seri Kembangan di sini hari ini.

Sebelum ini, Khalid berkata Lim akan disoal siasat kerana mendakwa setiausaha politik Exco Selangor Teoh Beng Hock mati dibunuh, pada konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Dec di Shah Alam. — Bernama

Ulasan GB

Itu demo haram 20 orang di Shah Alam kenapa Polis berdiam diri?
Kenapa ada larangan berpilih?
Letak jawatan - itu jawapan.

Siapa Di Belakang 20 Orang Ini?

PAS hari ini menafikan bahawa kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor adalah anggota parti itu.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut.

"Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan kumpulan itu yang mendesak PAS Selangor keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri dalam memperjuangkan isu Islam dan bangsa Melayu.

Ditanya sama ada PAS bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka, Salahuddin berkata buat masa ini PAS mengambil pendirian untuk meneliti perkara tersebut.

"Itu kita tengok kemudian (ambil tindakan undang-undang). Sekarang ini biarlah dahulu," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kumpulan terbabit dan tindakan seterusnya parti itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut.



Ulasan GB

Jawapan Naib Presiden PAS itu agak lesu dan tidak menyerlahkan ciri kepimpinan yang berwibawa.

"Itu kita tengok kemudian (ambil tindakan undang-undang). Sekarang ini biarlah dahulu"

Nak tengok dulu?
Nak biar dahulu?

Bukankah seeloknya berbunyi,
"InsyaAllah kita akan menkaji siapa mereka, kita akan meneliti siapa di belakang Badan Bertindak Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi Pas (GKPPNS) ini dan siapa gerangan 20 orang yang mendakwa ahli PAS itu. Jika mereka bukan ahli PAS, kami akan mengambil tindakan undang-undang."

Memang betul pun kata seorang penulis (GB terlupa siapa beliau), bahawa ramai pemimpin PAS kena pergi kursus kepimpinan dan kursus membuat kenyataan media.

Sepatutnya juga hari ini Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor tampil dengan tegas menyatakan bahawa ke dua puluh orang yang berdemo itu tidak ada kena-mengena dengan PAS. Tetapi malangnya tiada sbarang kenyataannya hari ini malah dilaporkan tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut.

Tentang 20 mangkuk yang berdemo tu, FSS kata, 20 orang itu mungkin semua ahli UMNO atau pengikut PAS-UG campur UMNO-UG Selangor. Kalau ahli PAS sebenar atau sah, semuanya cerdik dan tidak akan berbuat begitu.

Selama Ini Aku Silap Menilai PAS

Aku dilahirkan di sebuah negeri selatan Malaysia, bapa aku seorang bekas ketua bahagian UMNO di kawasan kami pada tahun 1987 hingga 1993. Dia merupakan seorang penyokong kuat kepada bekas TPM Tun Ghafar.

Selepas Tun Ghafar tidak disokong untuk menduduki TPM dia tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Bahagian tetapi masih memegang jawatan sebagai Ketua Cawangan. pada tahun tersebut bapa aku telah pergi menunaikan fardu haji. Semasa bapa aku menunaikan fardu haji dia telah berjumpa dengan beberapa orang ustaz yang berasal dari utara tanahair.

Pada tahun 1994 setelah tamat pengajian aku di sebuah institusi pengajian tinggi, aku telah mendapat tawaran untuk berkhidmat dengan kerajaan dan di tempat di utara tanahair. Pada mulanya aku berkhidmat di sana aku rasa cukup bosan maklumlah sebelum ini aku berada di sebuah negeri yang dianggap maju dengan dipenuhi tempat-tempat maksiat untuk melepaskan kebosanan. Di sini aku cuma berhadapan dengan orang-orang kampung dan juga dengan masjid-masjid. aku mula berkawan dengan penduduk-penduduk di sekitar taman yang aku tinggal, mula-mula tu aku agak kekok kerana sebelum ini aku akan ke masjid hanya bila solat Jumaat dan kalau ada kenduri. Tetapi bila di sini aku mula mendekati masjid setiap hari dan mula mendengar kuliah-kuliah agama.

Sebelum ini aku yang terdedah dengan UMNO dan BN hanya anggap PAS dan ustaz-ustaz yang memakai serban di kepala itu sebagai faham sesat. Dari kecil aku telah ditanamkan perasaan benci kepada golongan PAS. Aku masih ingat lagi peristiwa Mamali di Baling dan dalam masa yang sama di TV1 satu ketika itu telah menayang satu drama bertajuk 'Guru Yahya' perkara-perkara ini telah tertanam dalam jiwa aku. Dari situ aku menjadi orang yang membencikan PAS, aku pernah membentangkan satu tessi masa pengajiaan dulu berkaitan kebencian aku tetrhadap PAS ketika itu yang aku anggap sebagai pelampau dan sesat.

Setelah hampir setahun aku berkhidmat di utara tanahair, bapa aku kerap mengunjung aku di sini. Aku pula sudah mula rasa selesa dan tidak kekok dengan keadaan sekitar. Bila keluarga aku dari kampung datang mengunjung aku, aku akan bawa keluarga aku untuk mendengar kuliah-kuliah agama yang jarang kami dengar di tempat kami. Di tempat kami kuliah-kuliah agama banyak menekankan tentang perkara-perkara Fekah sahaja, manakala ilmu-ilmu lain dalam Islam tidak pernah kami dengar. walaupun aku yang belajar di sekolah agama hingga kedarjah 4 Senawi, banyak lagi ilmu-ilmu agama yang tidak didedahkan. Bapa aku yang merupakan seorang perjuang UMNO dulu cukup benci kepada ustaz-ustaz yang berserban telah mula berminat untuk mendengar kuliah-kuliah di sini. pada masa yang sama bapa aku telah berjumpa dengan kawan-kawannya yang sama menunaikan haji dulu.

Aku mula-mula mendekati PAS apabila aku diajak oleh seorang kawan aku untuk mendengar ceramah oleh Haji Mohamad Sabu. dari situ aku mula berminat untuk mendengar dan aku cuba mengkaji dan mendalami apa yang diperjuangkan PAS sebenarnya. Bapa aku yang sering mengunjungi aku juga telah aku bawa untuk mendengar ceramah-ceramah PAS. Aku mula membeli Harakah yang ketika itu dikeluarkan 2 kali seminggu. Bapa aku juga dah mula berminat dan memahami PAS. Pada tahun berikutnya dalam pemilihan UMNO bapa aku tidak langsung mempertahankan jawatan sebagai Ketua Cawanagan UMNO, dia juga tidak dalam pemilihan tersebut.

Pada tahun 1997 aku yang telah beberapa tahun mengenali PAS dan mendalami prinsip-prinsip perjuangan PAS telah mendaftar sebagi ahli PAS. Walaupun sebelum ini aku memang seorang ahli UMNO, tetapi setelah aku sedar didalam PAS tidak ada semangat Kebangsaan sebagai landasan seperti UMNO. Di dalam PAS bangsa dan kaum adalah tempat ke 2 selepas Islam didahului. Bapa aku yang dulu perjuang UMNO sekarang sudah mula condong dan mendekati PAS, apabila UMNO menghadapi krisis pada 1998, bapa aku yang sekadar ahli biasa ketika itu telah keluar beramai-ramai dan mendaftar sebagai ahli PAS. Aku juga terkejut di kampung aku yang selama ini tidak pernah ada cawangan PAS, bapa aku dan orang-orang kampung telah berjaya menubuhkan cawangan PAS pertama di kampung. Walaupun bapa aku tidak memegang apa-apa jawatan dalam cawangan tersebut, dia rela dan bersemangat untuk terus menyumbang idea. Pengalaman sebagai ketua bahagian UMNO digunakan oleh bapa aku untu menyumbang kepada pengerakan PAS di kampung. Hampir sepuluh tahun cawangan PAS di kampung aku ditubuhka, akhirnya kawasan itu telah berjaya diwakili oleh seorang DR dari PAS.

Setelah 11 tahun aku menyertai PAS aku tidak pernah berasa jemu untuk terus berjuang dan memberitau kepada orang ramai bahawa PAS ialah sebuah parti yang sentiasa mengutama Islam. Aku juga bersyukur kerana Allah s.w.t. membukakan hati aku dan keluarga untuk bersama-sama dalam perjuang jihad ini. Memang banyak dugaan yang aku alami, aku pernah ditahan kenaikan pangkat, aku juga pernah dihantar perkhidmat di seberang laut tetapi dengan kuasa Allah s.w.t, aku harunginya. Sekarang aku sebagai seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di negeri yang dipimpin oleh seorang Ustaz.

Aku amat bersyukur, walaupun banyak perkara yang dulunya aku benci kepada PAS. Tapi Allah s.w.t. membukakan hati ini, aku amat sayangkan perjuangan ini. Bapa aku juga sebelum ini sangat bencikan PAS telah sama-sama berjuang dalam jihad ini. Aku cukup berbangga menjadi anak kepada bapa dan keluarga aku kerana mereka sedar dari kesilapan dulu.

Pesanan bapa aku ' Biar kita berjuang lewat tetapi kita ikhlas dan sentiasa menyerahkan jiwa kita kepada Allah s.w.t.'. jadi marilah semua umat Islam bersama-sama kita dlam perjuang jihad untuk menegakkan daulat Islam di negara ini.

Semoga kisah ini boleh dijadikan pengajaran kepada yang masih UMNGOK...... SUMBER

Kerajaan Yahudi Israel Laksanakan "Kerajaan Perpaduan"

Kerajaan Israel diketuai Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu kelmarin menggesa ketua pembangkang, Tzipi Livni (gambar) menyertai perikatan pemerintah dalam usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Perdana Menteri menggesa Livni menyertai kerajaan perpaduan bagi menghadapi cabaran dalam negara dan antarabangsa yang dihadapi Israel," kata kenyataan pejabat Perdana Menteri.

Livni kemudian memberi reaksi balas menyatakan beliau bersedia membincangkan isu tersebut jika kerajaan serius mengemukakan tawaran itu.

Bagaimanapun, Livni menegaskan bahawa sebarang tindakan atau reaksi akan ditentukan oleh undian daripada anggota Parti Kadima pimpinan beliau.

Parti Kadima ketika ini mempunyai 28 daripada 120 anggota dalam Parlimen Israel.

Livni sebelum ini menolak tawaran menyertai kerajaan pemerintah yang turut disertai Parti Likud, Parti Buruh dan beberapa parti lain selepas pilihan raya pada Mac lalu.

Namun, beberapa hari kebelakangan ini, Netanyahu cuba memujuk beberapa anggota Kadima menyertai kerajaan perpaduan dalam usaha melemahkan parti pembangkang.

Netanyahu memberitahu kepada Livni bahawa masa depan kerajaan perpaduan adalah berdasarkan kepada matlamat mewujudkan negara Israel dan Palestin merdeka. -Sinar Harian

PR Lulus Ujian Getir 2009, Menghadapi Gelombang 2010 Pula

Pelbagai gelora yang ditempuhi oleh Pakatan Rakyat (PR) spanjang 2009, terutama ’serangan’ dari Umno-BN yang menggunakan seluruh jentera dari media arus perdana hinggalah ke jabatan-jabatan kerajaan, terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Polis untuk menjatuhkan.

Namun di sebalik usaha ‘melenyapkan’ PR, terutama di lima negeri (kini empat selepas Perak ‘dirampas’ dengan cara di luar amalan demokrasi dan tidak beperlembagaan), gagasan yang ditunjangi tiga parti itu, PAS, PKR dan DAP, masih utuh, malah terus kukuh mencengkam pendakian ke Putrajaya.

Laporan Ketua Audit Negara yang memuji kecekapan pentadbiran PR di empat negeri yang di perintahnya, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, menjadi satu tamparan kepada slogan yang sering dilaung-laungkan oleh parti itu, hanya Umno saja yang boleh memerintah negara ini. PR kian diyakin rakyat untuk membawa perubahan demi kesejahteraan hidup di negara yang disayangi ini.

Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) pada 19 Disember lalu, adalah puncak permuafakatan tiga idoelogi yang sekali gus mencabar ketelusan, kewibawaan Umno-BN yang penuh dengan 1,001 penyelewengan.

Rakyat kian yakin dengan hala tuju PR, terutama selepas konvensyen yang genap seminggu berlalu. Rakyat semakin mendekati PR dari segenap sudut.

Segala usaha Umno-BN untuk meleraikan ikatan PR, terutama cuba ‘memisahkan’ Pas dari gagasan itu, ternyata meleset. Kini juak-juak Umno-BN cuba pula memecahbelahkan Pas dalam usaha mereka melemahkan parti Islam itu. Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ‘diserang’ habis-habisan kerana prinsipnya yang tidak mahu bersekongkol dengan parti sekular Umno-BN menerusi pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula cuba diaibkan dengan konspirasi mahu ‘memenjarakan kerjaya’ politiknya dengan harapan menghancurkan PR.

Begitulah terdesaknya Umno-BN yang menyalahgunakan beberapa agensinya, terutama SPRM yang akan bertindak pantas ibarat lipas kudung apabila membabitkan pemimpin-pemimpin PR sehingga tradegi kematian misteri setiausaha kepada exco kerajaan Selangor mendiang Teoh Bon Hock yang merencat konspirasi ini.

Hanya isu pembelian bendera sempena menyambut kemerdekaan negara bernilai lebih RM2,000, mayat Teoh terdampar di tingkat lima Plaza Masalam, di mana terletakknya pejabat SPRM Selangor.

Namun apabila laporan dibuat terhadap pemimpin Umno-BN, SPRM bagaikan ‘manusia bergigi tapi tidak berlidah’. Untuk menutup segala keaiban ini, Pesuruhjayanya Datuk Ahmad Said ‘kononnya’ memohon meletak jawatan enam bulan klebih awal daripada tarikh persaraannya.

Itu hanyalah sebahagain kecil skrip drama Umno-BN. Parti pemerintah itu juga menggunakan saluran yang cukup berpengaruh ‘media’ dalam kempennya merendah-rendahkan kredibiliti PR.

Namun apa yang dikemukakan pengalisis politik pro-Umno-BN banyak memberi tumpuan kepada perkara remeh-temeh terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang diperintah PR.

Dakwaan musuh PR bahawa gabungan itu bergolak di sebalik menang enam pilihanraya kecil, hanyalah sebagai ‘escapism’ daripada kebimbangan yang sedang dihadapi oleh Umno-BN untuk menghadapi suara rakyat pada PRU13 yang dijangka pada 2012, paling lewat.

Kebanyakan pergolakan yang dijadikan isu oleh Umno-BN hanyalah perbezaan ideologi. Bila melibatkan kepentingan rakyat, PAS, PKR dan DAP sanggup melupakan soal idoelogi kerana keutamaan adalah kepada rakyat.

Antara isu yang sering dimainkan oleh musuh PR serta media upahan mereka ialah ancaman Pengerusi DAP Karpal Singh menarik DAP keluar PR jika PAS masih mahu melaksanakan hukum Hudud dan qisas sekiranya gabungan itu berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Selain itu, reaksi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang bertegas PAS juga boleh membuat kenyataan berbentuk ugutan kepada DAP dan PKR sekiranya mereka enggan menerima cara Islam yang dibawa oleh parti itu.

Mereka juga mendakwa, parti yang menerajui pentadbiran di negeri masing-masing berdepan pelbagai isu yang menggugat kewibawaan mereka.

Antaranya di Pulau Pinang, pentadbiran Lim Guan Eng berdepan dengan kemelut penduduk setinggan Kampung Buah Pala manakala Azizan di Kedah menghadapi isu perobohan pusat penyembelihan babi oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sehingga wakil DAP Kedah/Perlis bertindak keluar dari gabungan di Kedah.

Di Selangor, kontroversi tercetus ekoran timbul isu moral berhubung exco kerajaan Negeri Selangor yang juga ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong apabila gambar separuh bogelnya tersiar di internet. Selain itu isu "kepala lembu" kerana bantahan penduduk terhadap cadangan memindahkan kuil.

Pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga teruja oleh desakan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali supaya kedudukan Exco dari DAP Ronnie Liu dikaji semula kerana didakwa campur tangan dalam beberapa isu penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan termasuk melibatkan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu.

PAS mahu Selangor menguatkuasakan garis panduan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu tetapi ditolak oleh Menteri Besar yang menyifatkannya sebagai bukan isu.

Hakikatnya, semua masalah yang dihadapi oleh kerajaan negeri di bawah PR itu, adalah warisan masalah ketika BN memerintah. PR cuba mengatasinya. Soal isu penjualan arak, kita tahu siapa dalang di sebaliknya. Kebanyakan isu-isu ini ada tangan-tangan ‘dalang’ yang kemaruk kerana hilang kuasa selepas 52 tahun meratah harta rakyat.

Namun jika dibanding dengan kekalutan pemerintahan Umno-BN, terutama membabitkan rasuah, umpama bumi dengan langit. Deretan ratusan kes ‘jerung’ seperti PKFZ, Perwaja, pembelian kapal selam (komiasyen saja lebih RM500 juta, kos operasi dan senggaraan setahun RM290 juta), tren dibeli pada harga tiga kali ganda, dan namakan apa saja yang ada di bumi Malaysia ini, dulu kini dan selamanya Umno-BN bergelumang dengan rasuah.

Kebanyakan kes ini disenyapkan oleh SPRM kerana ada campurtangan pihak atasan menjadikan suruhanjaya itu seperti ‘cicak berak kapur’.

Mahathir sendiri dalam blognya melaporkan bekas pemimpin kanan Umno menyifatkan parti Melayu itu sudah ‘busuk hingga ke usus’. Banyak teguran Chedet, tapi segala kemusnahan itu, beliaulah yang memulakan. Kini beliau cuba menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika 22 tahun pemerintahnnya ‘menghanguskan’ RM100 bilion dengan spekulasi harga timah dan rasuah.Ramai penganalisis ekonomi mengatakan lebih RM300 bilion.

Mahathir dalam penulisan terbarunya menerusi blognya Chedet, cuba mengheret penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk mempertahankan dirinya. Mahathir mempersoalkan kemana Pak Lah membelanjakan RM270 bilion yang dibayar Petronas kepada kerajaan pusat selama lima tahun pemerintahannya.

Beliau mendakwa, rakyat boleh nampak ke mana RM126 bilion duit Petronas ketika pentadbirannya digunakan – KLCC, KLIA, jambatan Pulau Pinang, Menara KL, North Port and West Port Klang, Komuter, LRT dan monorel, lebuhraya di seluruh negara, trek keretapi berkembar, Putrajaya, Cyberjaya, pembangunan Langkawi, Proton, Modenas dan banyak lagi. Semuanya itu memerlukan kos yang tinggi. Tetapi pembinaan itu banyak menerusi tender langsung bukan tender terbuka.

Jika dikaji secara halus, kejayaan PR yang menghilangkan majoriti 2/3 BN di parlimen dan memenangi 5 negeri, tidak termasuk Wilayah Kuala Lumpur yang hampir disapu bersih oleh PR, dicapai bukan berteraskan satu landasan perjuangan yang sekata.

Selain lima negeri (sbelum Perak dirampas) selepas PRU12, dituruti enam daripada lapan pilihanraya kecil memihak kepada PR ia adalah amaran awal daripada rakyat yang mahu Putrajaya beralih tuan.

Enama pilihanraya kecil yang dimenangi oleh PR ialah Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu) dan Bukit Gantang di Perak serta kerusi Bukit Selambau (Kedah), Penanti dan Permatang Pasir (Pulau Pinang) dan Manik Urai (Kelantan).

Barisan Nasional pula memenangi kerusi negeri Batang Ai, Sarawak dan Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Sedikit demi sedikit mereka PR merapatkan jurang perbezaan atas kesedaran membina sebuah negara yang komited untuk rakyat.

Kesan kemunculan pakatan pembangkang daripada PRU12, dilihat mampu memainkan peranan "mengawasi dan menegur" terhadap pentadbiran Umno-BN dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.

Hasilnya, pemimpin-pemimpin Umno-BN yang memegang tompok pemerintahan mula menyedari sekalipun enggan mengakui ‘kerosakan’ yang telah dilakukan sama ada dari aspek ekonomi, sistem kehakiman, keselamatan (terutama membabitkan PDRM), rasuah (SPRM), struktur masyarakat dengan masalah sosial dan 1001 kemusnahan.

Di sebalik kejayaan tersebut, PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membentuk pakatan pembangkang masih mencari formula terbaik ke arah mewujudkan persefahaman jitu sesama mereka.

Tanpa bergerak pada satu landasan perjuangan, PR sudah mampu membuktikan kewibawaan, sekalipun tidak dinafikan ada kelemahan-kelemahan, namun tempoh setahun setengah sejak PRU12 Mac tahun lalu, ia pencapaian yang jauh lebih baik berbanding Umno-BN yang sudah menerajui negara ini selama 52 tahun.

Konvensyen pertama PR Sabtu lalu ternyata meletakkan Umno-BN semakin tertekan. Ketiga-tiga parti dalam PR sudah bersetuju untuk bergerak pada satu landasan berkonsepkan ke arah membina negara rakyat untuk rakyat.

Ramai pendokong PR tidak mengharapkan semua perjuangan dan ideologi akan dapat di ’streamline’. Apa yang diharapkan sedikit kemajuan hasil konvensyen itu untuk menjadi titik permulaan meletakkan PR di landasan yang betul untuk terus bergerak atas konsep ketuanan rakyat, menghasilkan kesepakatan perjuangan yang mampu menuju ke Putrajaya pada PRU13.

Usaha gigih ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi doa munajat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tiada siapa yang percaya bahawa pengerusi DAP yang lancang menentang konsep perjuangan Pas, Karpal Singh akhirnya duduk bersebelahan Nik Aziz.

Malah kenyataan MB Kelantan itu, di dada Karpal ada bulan (di dada Umno?), adalah kesan daripada perjuangan Pas yang telus dan ikhlas berteraskan Islam. Sesungguhnya, janji Allah itu tetap benar, selagi kita berpegang kepada syariat dan syariah Nya. Selagi kita berpegang kepada taliNya, kita tidak akan tergelincir.

Jika pada peringkat awal selepas PRU12, PR dilihat sebagai ‘ mata’ mengawasi Umno-Bn, kini gagasan itu mula dilihat sebagai ‘bakal’ penghuni di Putrajaya. PR lulus ujian getir 2009 tapi bagaimana dengan ‘gelombang’ 2010, tanpa Anwar? -FMT

Pemaju Bukit Botak Hanya Tahu Berdusta

Penduduk Bukit Botak sebulat suara menyatakan sokongan penuh terhadap usaha kerajaan negeri Selangor mengambil-alih projek perumahan yang tertangguh sejak 30 tahun lalu.

Ketika ditemui TV Selangor semalam, penduduk meluahkan rasa kesal dengan kegagalan pemaju melunaskan projek tersebut.

Menyifatkan tindakan kerajaan negeri sebagai penyelesaian kepada masalah yang terlanjur berpanjangan, penduduk berkata mereka letih dengan omong kosong pemaju.

"Jadi kita nak benda ni dibuat oleh kerajaan negeri sebab kita dah tunggu benda ni nak dekat 30 tahun yang si swasta-swasta ni. Dah 30 tahun dah. Dah tiga suku rakyat sini bapak dia hilang," ujar beliau.

Baru-baru ini kerajaan negeri Selangor mengumumkan pengambil-alihan projek tersebut namun TV Selangor difahamkan ia mendapat bantahan dari masyarakat setempat.

Md Nor menjelaskan masyarakat sebenarnya telah terkeliru kerana kerajaan negeri gagal memberi penjelasan terperinci kepada penduduk sebelum ini.

Lebih dari itu, mereka turut dihujani dengan dakyah pemaju yang menurut penduduk memaksa mereka menandatangani memorandum membantah pengambil-alihan itu.

"Jadi saya tak berapa percaya dengan badan ni sebab dah 20 tahun badan ni buat tidak ada apa. Tengok sendiri itu. Jadi saya nak juga benda ni di buat oleh kerajaan negeri sebab badan ni dia akan mengambil masa yang lama sebab dia nak minta kelulusan dari kerajaan negeri juga. Sebab saya rasa badan ni besar kemungkinan dia lebih kepada kepentingan peribadi daripada kepentingan rakyat," tegasnya.

Beliau berkata demikian setelah mendapat maklumat dari pegawai daerah bahawa lot yang diperuntukkan pihak berkepentingan mencecah 8 ribu kaki persegi, walhal penduduk sekadar menerima 2,200 kaki persegi.

Bekas penduduk Bukit Botak turut meminta subsidi RM500 yang dijanjikan pemaju disambung semula.

Menurut mereka, pemaju berjanji untuk memberi subsidi RM500 sepanjang proses penempatan sementara, namun ia telah dihentikan sejak beberapa tahun lalu.

"Maka di sini kita minta, kita harap sangat kerajaan negeri ini atas keperihatinan tolong sambung semula subsidi sewa rumah kepada penduduk sebagaimana yang diberikan sewaktu berpindah pada tahun 2007."