2 Sep 2012

[VIDEO & BERGAMBAR] PERKASA Ganggu Tazkirah Anwar Di Masjid - updated


Ahli-ahli Perkasa cuba mencerobohi masjid, membaling kasut yang hampir-hampir mengenai sdr Mahfuz Omar...







Ejen provokasi guna pembesar suara & membunyikan siren ketika tazkirah sedang disampaikan.


Mereka cuba merempuh masuk kedalam masjid Darulaman dalam usaha mereka menghalang DSAI bertazkirah...
Mana Polis, mana menteri jaga KDN punya komen?





Salah seorang ejen provokasi yang berjaya dirakamkan oleh petugas Jelajah Merdeka Rakyat di Masjid al-Husain, Seberang Pumpong, Alor Star sebelum solat Maghrib tadi.


Terkini dari KEDAH....

Ahli Perkasa mencetuskan provokasi ketika DS @anwaribrahim hendak menyampaikan tazkirah.
- Ahli Perkasa mencetuskan provokasi ketika DS @anwaribrahim hendak menyampaikan tazkirah.
- Ahli Perkasa mengeluarkan kata2 kesat & membaling kasut kedalam masjid ketika tazkirah disampaikan.
- Tazkirah Maghrib DS @anwaribrahim diteruskan w/pun lampu masjid & speaker dipadamkan
P/S : Masjid pun dah tak tau nak hormat......lihat dan nilaikan sendiri betapa terdesaknya..

Anwar, Mahfuz diserang dalam masjid

ALOR STAR: Sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.

Menurut laporan Keadilandaily, tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa pemuda berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam masjid Al Husin.

Mereka juga bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya.

Kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah.

Ketua kumpulan itu yang hanya dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.

Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam.
-HD







Anwar di rumah imam masjid.




...bersambung di [BERGAMBAR] Ribuan Manusia Di Ceramah Anwar Di Alor Setar Selepas Diserang



Adik Ibrahim Ali Disaman RM1juta Kerana Memfitnah AKSB

Kota Bharu: Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Che Ali (gambar) kini berdepan tuntutan saman berjumlah RM1 juta ekoran mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Kenyataan itu disiarkan The New Straits Times (NST) pada 29 Mei bertajuk “Kelantan Misused RM600m in Loans” dianggap tidak benar, memfitnah kerana menuduh plaintif menyalahguna sebahagian dana RM600 juta membiayai perjalanan di luar negara oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Azmi dalam kenyataan itu mendakwa mereka yang turut serta dalam perjalanan tersebut termasuk anggota Exco dan beberapa pegawai kerajaan negeri serta wakil AKSB.

AKSB dalam tuntutannya menyebut Azmi bersama empat lagi defendan bertanggungjawab menyebabkan tersiarnya artikel tersebut, di mana secara jelas menyebut berita tidak benar dan tidak berasas dikaitkan dengan plaintif.

Turut dinamakan sebagai defendan iaitu MTRK; Pengarang Urusan Kumpulan NST, Abdul Jalil Hamid; Penyunting Kumpulan NST, Syed Nadzri Syed Harun dan New Straits Times (M) Bhd.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, kes terbabit ditetapkan untuk pengurusan kes sebelum bicara pada 19 September ini. Defendan belum lagi melantik peguam.

Hisham berkata, tulisan yang disiarkan akhbar tersebut secara jelas bermaksud bahawa plaintif terlibat dengan korupsi sehingga gagal dalam tanggungjawab menggunakan wang pinjaman tersebut.

Sebelum ini plaintif melalui peguamcara mengemukakan notis tuntutan kepada defendan-defendan menuntut supaya menarik balik artikel tersebut, memohon maaf secara terbuka kepada plaintif dan membayar gantirugi.

Namun defendan-defendan enggan berbuat demikian dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi.

Selain itu plaintif juga menuntut defendan menyiarkan permohonan maaf tersebut sebagai berita utama di muka surat hadapan dalam NST, mengiklan permohonan maaf tersebut dalam akhbar Utusan Malaysia atau Berita Harian.

AKSB juga menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi melampau, ganti rugi punitif. -HD

[BERGAMBAR] Bas Jelajah Merdeka Tarik Perhatian Ramai, Hari Ini Di Pulau Pinang

Bas Anwar tarik perhatian ramai

MACHANG - Bas dua tingkat yang memaparkan gambar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pekarangan Pejabat PKR Cabang Machang, di sini malam kelmarin menarik perhatian ramai.

Gambar: Anwar ketika berucap di pentas segera bas tersebut sempena Program Jelajah Merdeka Rakyat di Machang, malam kelmarin.


Masing-masing yang hadir pada majlis sambutan Aidlfitri meninjau bas khas sempena Program Jelajah Merdeka Rakyat ke Kelantan itu.

Tidak kurang juga mengambil kesempatan bergambar bersama bas tersebut sebagai kenang-kenangan.

Bas itu menjadi perhatian apabila ruang dalamannya diubahsuai dengan pelbagai kemudahan termasuk wifi, tempat mesyuarat, tandas, dilengkapi sistem bunyi dan pentas segera.


Selain Anwar, program jelajah tersebut turut dijayakan Persiden Keadilan yang juga isteri Anwar, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tidak ketinggalan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menaiki bas tersebut dari Machang ke Tanah Merah bagi sama-sama menjayakan ceramah umum di Padang Majlis Daerah Tanah Merah.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR memulakan siri baru - Jelajah Merdeka Rakyat ke seluruh Semenanjung untuk mendekati dan menyampaikan mesej kepada rakyat agar beri peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mengubah Kerajaan Pusat.

Katanya, siri jelajah itu diadakan secara berterusan sehingga Parlimen dibubarkan dan akan diteruskan sepanjang tempoh pilihan raya.

“Jelajah itu juga adalah kesinambungan 20 siri program Merdeka Rakyat yang diadakan sejak tiga bulan lalu.Ramai pemimpin PKR Pusat akan terlibat dalam siri jelajah itu dan mereka akan berada di Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis,” katanya.

Terdahulu, Anwar merasmikan Jelajah Bas itu sempena Aidilfitri di Petaling Jaya, kelmarin manakala Penggunaan kemudahan bas diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika 1 Syawal lalu. -SH

KELMARIN DI PAHANG



SEMALAM DI KELANTAN





HARI INI DI PULAU PINANG & PERLIS








Ulasan GB

Patutlah bas tersebut disimbah cat merah dan dipecahkan cermin. Rupa-rupanya ada pihak yang resah-gelisah kerana rombongan bas berkenaan telah menarik perhatian orang ramai.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





[VIDEO] Masalah Air Di Pahang....

Sampai bila kami nak angkat air gunakan tong ini?

Air oh air....

Kelakar sungguh bila setiap malam kita disuap (walaupun dah tak berselera) dengan isu air di Kelantan. Isu air di Pasir Mas, air berbau di Tumpat dan sebagainya. Segala permasalahan tersebut seolah mahu mengajak manusia yang malas berfikir untuk menyalahkan kerajaan negeri. Objektif penyangak ini pastinya tercapai andai kita terpengaruh dengan dakyah mereka.

Walau bagaimanapun sedarkah kita bahawa di dalam sebuah negeri selamat BN isu air masih berlaku tanpa sebarang penyelesaian. Sudah berpuluh tahun masalah yang sama menghantui masyarakat Felda di Gugusan Bera, setiap kali musim raya setiap kali itulah warga felda (peneroka n anak cucu mereka)terpaksa mencari alternatif sendiri apabila bekalan air terputus. Bila tiba masa anak cucu berkumpul masa itu jugalah bekalan air akan terputus.

Pam rosak, pam dicuri, air tak cukup, tekanan tak kuat dan pekerja bertugas bercuti merupakan antara alasan yang sering digunakan oleh mereka. Saluran penghantaran air paip yang dah berkurun usianya turut dijadikan alasan.

Bila Jabatan Bekalan Air dah ditukar kepada Perbadanan Air Pahang masalah masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya. Yang bertanggung jawab tak pernah memandang isu ini sebagai satu isu yang serius, hanya kerana semua ini berlaku di negeri selamat UMNO. -tehtarikkedaimamak

Jom sama-sama saksikan video menarik ini. Heboh UMNO dan para pencacainya menimbulkan masalah air di Selangor dan Kelantan, kini dengar sendiri keluhan dan kemarahan rakyat di negeri Perdana Menteri, Najib Razak tentang meruncingnya masalah air di Pahang yang belum selesai lagi.




Jika Anwar Tidak Ada Locus Standi, Bagaimana Pula Rosmah Mansor?

Sultan persoal kerajaan Selangor jemput Anwar

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempesoalkan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat sewaktu Sambutan Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri malam Khamis lalu.

Dipetik Sinar Harian, Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan oleh PR Selangor itu menimbulkan tanda tanya kerana Anwar tidak menjawat sebarang kedudukan tertinggi di peringkat negeri, sebaliknya hanya bertindak selaku Penasihat Ekonomi negeri.

"Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik mengapa Anwar yang tidak berada dalam jawatan tertinggi negeri menjadi tetamu kehormat. Beliau tidak memegang sebarang portfolio rasmi kecuali sebagai Penasihat Ekonomi.

"Kebiasaannya kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi negeri, Menteri Besar akan menggantikan baginda untuk memberi ucapan," katanya dan menambah, "tetapi mengapa Anwar yang dijemput, ini program rasmi, bukan politik."

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam turut menegaskan, tindakan kerajaan PR Selangor itu yang tidak menjemput Sultan ketika sambutan ambang Kemerdekaan di Dataran Shah Alam bukanlah satu tindakan yang mengejutkan.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan negeri itu juga lebih menghormati Anwar yang tidak mempunyai "locus standi" berbanding Sultan Selangor.

"Soal tidak hormat Sultan Selangor bukan mengejutkan kita ... mereka lebih hormat penasihat ekonomi yang tidak ada locus standi," tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu ketika Majlis Rumah Terbuka BN Selangor semalam.

Tambah Najib, Sultan adalah simbol kepada perpaduan dan kedaulatan negeri dan seharusnya baginda diberi penghormatan.

Namun tindakan PR itu adalah bukti kepada banyak perkara yang cuba diubah dan dilakukan PR, namun tidak berjaya disebabkan Putrajaya masih lagi di bawah penguasaan BN.

"Baginda adalah simbol kepada negeri yang perlu kita hormati," katanya lagi.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan kepada Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Khusrin Munawi untuk memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.

"Sejak 2007 program merayakan ambang Merdeka bukan melalui Pejabat Menteri Besar, tapi Pejabat SUK," kata Khalid.

Beliau turut menjelaskan terdapat satu jawatan dalam Pejabat Menteri Besar yang diwakili pegawai kerajaan dalam perbincangan untuk melaksanakan program berkenaan.

"Ini bukan penglibatan politik tetapi sambutan ambang Kemerdekaan ini dilaksanakan pegawai kerajaan yang sudah melakukan perkara itu sejak beberapa tahun lalu.

"Saya sudah empat tahun merayakan Kemerdekaan dan semuanya dilakukan pejabat SUK, saya tidak nampak perbezaan yang berlaku ... Penjelasan terbaik boleh dibuat Datuk SUK," katanya.

Tambah Khalid, beliau juga akan berjumpa Sultan Sharafuddin setiap Rabu, dan akan bercakap berkenaan perkara berbangkit berkenaan Rabu ini dengan baginda.

Kerajaan PR Selangor telah menerima tekanan daripada pemimpin BN kerana dikatakan membelakangkan Sultan Selangor apabila tidak menjemput baginda dalam sambutan ambang Kemerdekaan di Shah Alam pada malam Khamis lalu. -TMI

Ulasan GB

Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan tidak mempunyai locus standi untuk dijemput ke Majlis Sambutan Merdeka Negeri Selangor, apa locus stadi yang Rosmah Mansor ada untuk berada di pentas sambutan Merdeka oleh kerajaan Pusat di Dataran Merdeka?

Sejak bila Rosmah Mansor dipilih oleh rakyat atau dipilih untuk berada di dalam barisan kabinet Kerajaan Barisan Nasional?

Rosmah Mansor tidak ada jawatan penting di dalam kerajaan tetapi hanyalah seorang Penaung Permata Negara. Apakah Rosmah lebih besar dari Agong?

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah pun mencemar duli menyertai Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang turut disertai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Husin dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Takkan Najib @ Rosmah Lebih Besar Dari Agong?


Cukup heboh UMNO, PERKASA dan blogger pencacai mengenai isu kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberlakangkan Sultan Selangor di dalam majlis sambutan merdeka yang diadakan di Shah Alam pada malam Hari Merdeka.

Tetapi mereka terlupa atau sengaja lupa bahawa kerajaan Pusat UMNO/BN lansung tidak menjemput DYMM Seri Padu baginda Yang Dipertuan Agong ke di countdown Merdeka di Stadium Merdeka kelmarin dan di Majlis Sambutan Merdeka di Stadium Bukit Jalil semalam.

Yang kelihatan disebelah Najib ialah seorang perempuan debab bernama Rosmah. Belum pernah berlaku sebelum ini di dalam sejarah di mana isteri PM disediakan tempat khas di pentas seolah-olah beliau salah seorang menteri kanan kabinet sehingga menenggelamkan wajah-wajah menteri kabinet yang lain.

Agong dan tempat Agong tidak kelihatan. Apakah ini bererti Najib atau Rosmah lebih besar dari Yang Dipertuan Agong?

BERNAMA yang menulis berita untuk yang mempersoalkan "Najib: Takkan Anwar lebih besar dari Sultan?" silakan jawab..


Najib: Takkan Anwar lebih besar dari Sultan?


Tindakan kerajaan pembangkang yang dilapor membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri bukan satu perkara mengejutkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini kerana mereka lebih menghormati Ketua Pembangkang merangkap Penasihat Ekonomi negeri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai 'locus standi' tetapi dijemput sebagai tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, pada Khamis malam.

"Kalau ada majlis takkanlah dia (Anwar) lebih besar daripada Sultan. Baginda yang menjadi simbol negeri pun tidak dihormati," katanya ketika berucap pada Jamuan Aidilfitri BN Selangor di Pusat Penyelidikan Getah (RRI) Malaysia di Sungai Buloh, hari ini.

Najib berkata pembangkang mempunyai banyak lagi perkara 'pelik' yang ingin dilakukan termasuk menukar bendera Malaysia selain menyatakan manifesto mereka bukan satu perjanjian yang perlu ditunaikan.

"Hari ini ramai rakyat Selangor yang kecewa kerana mereka tidak dapat air percuma seperti yang dijanjikan dalam manifesto (pakatan pembangkang)...janji tidak perlu ditepati rakyat boleh dibohongi, tidak apa asalkan dapat undi. Di mana letaknya maruah pemimpin macam itu," katanya.

Sehubungan itu, perdana menteri berkata rakyat tidak perlu menyokong pembangkang pada pilihan raya umum akan datang berikutan hak mereka tidak dihormati.

Berbeza dengan BN, Najib berkata sepanjang tiga tahun ini pelbagai janji telah dikotakan oleh kerajaan persekutuan.

Malah, katanya, ada inisiatif yang dilaksanakan BN tidak terkandung dalam manifesto kerajaan persekutuan seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan baucer buku.

Najib mengambil kesempatan untuk mengingatkan rakyat supaya menghormati dan mempertahankan kemerdekaan negara yang tinggi nilainya.

Perdana Menteri berkata: "Dalam sejarah, kemerdekaan hanya mengetuk pintu sekali sahaja. Generasi terdahulu dan berikutnya telah berkorban dan berjaya mendapatkannya (kemerdekaan).

"Generasi kini, iaitu generasi kedua dan ketiga mesti berjuang dan berkorban untuk memberi makna kepada kemerdekaan itu".

Dalam pada itu, Najib mengingatkan pemimpin dan anggota BN supaya meneruskan perjuangan sehingga tiba pilihan raya umum ke-13.

"Jangan rasa letih, rasa penat, jangan kecewa, teruskan perjuangan sehingga semboyan dibunyikan.

"Kita akan terus ke depan, jangan toleh belakang. Kita BN akan merempuh dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Dataran RRI, lokasi majlis hari ini, dibanjiri pengunjung yang ingin meraikan sambutan Aidilfitri bersama perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta barisan pemimpin BN Selangor.
- Bernama


Isu Twitter: Najib Dilembukan Dan Cuba Pula Melembukan Dunia


Nak tweet terpaksa guna BOT. Nak penyokong terpaksa beli. Tak beli, tak kerah, tak paksa budak sekolah tiada sapa nak datang. Nak penuhkan stadium pon terpaksa kerah budak2 skolah pi. Itu pun BE-END mendada kata kuat, gagah, utuh, semua ada. Kuat tak sangga parlimen tak bubar2 juga. Cari cara untuk beri BOT mengundi kot?


Firma kajian: Tweet #Merdeka55 mungkin dihasilkan bot

Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi.

Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu mungkin dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.

Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.

Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck.

TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa.

"Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya.

Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar.

Agensi berita itu melaporkan, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berkata, 10,128 orang terlibat menghantar tweet di dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu. -mk


KUALA LUMPUR - Sasaran 1 juta "Tweet" berunsurkan patriotik dan cintakan tanah air dari seluruh pengguna "Twitter" di Malaysia ditetapkan bagi memecahkan rekod dunia pada Perhimpunan Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, Jumaat ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pengguna Twitter di Malaysia boleh melakukan tweet dalam tempoh waktu satu jam dari pukul 8.15 malam sehingga 9.15 malam dengan mengikutinya di laman "Tweet #Merdeka55" pada malam sambutan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Pada malam tersebut kita akan menjiwai sambutan kemerdekaan dengan melakukan tweeting sehingga 1 juta, kita mohon sesiapa yang menggunakan twitter dapat tweet sebagai melambangkan kasih sayang kita kepada Malaysia," katanya kepada pemberita selepas hadir menyaksikan raptai sempena Perbarisan Hari Kemerdekaan, Jumaat ini.

Beliau berkata bagi menjayakan hasrat kerajaan itu, kementeriannya telah memohon kepada seluruh syarikat telekomunikasi di Malaysia agar membuat persediaan supaya tiada gangguan transmisi daripada segi komunikasi pada waktu tersebut bagi membolehkan pengguna Twitter membuat tweet.

Rais berkata sesuai dengan hasrat kerajaan untuk menghimpunkan seramai mungkin pelbagai lapisan masyarakat Malaysia pada perhimpunan tersebut, perkhidmatan sistem transit aliran ringan (LRT) secara percuma akan disediakan kepada pengunjung.

"LRT secara percuma akan disediakan kepada pengunjung yang akan ke Bukit Jalil seawal pukul 8 pagi sehingga selesai perhimpunan itu....saya minta pengunjung yang datang dari Lembah Klang, dan seluruh tanah air agar dapat hadir bagi meramaikan perhimpunan ini," katanya.

Dalam pada itu beliau turut membidas tindakan pakatan pembangkang yang hanya pandai mempolitikkan sambutan hari kemerdekaan pada kali ini dengan menganggapnya sebagai satu tindakan yang keterlaluan.

"Sepatutnya sempena sambutan hari kemerdekaan pada kali ini mereka (pembangkang) bersama-sama kita meraikannya dan memberikan sedikit bantuan tapi apa boleh buat, itu memang kerja mereka untuk membangkang.

"Tetapi mereka harus ingat sejak negara kita mengecapi kemerdekaan, pembangkang pun turut sama mengecapi apa yang telah dilakukan oleh kerajaan kita dari peringkat sekolah sehingga mereka memperolehi pekerjaan," katanya.

Beliau turut menepis dakwaan beberapa portal pembangkang yang mengatakan sambutan hari kemerdekaan pada kali ini hanya disambut oleh golongan yang prokerajaan sahaja.

"Ada orang mengkritik mengatakan kita tidak menjemput sesetengah orang untuk hadir bersama-sama kita pada malam tersebut, itu semua tidak benar.

Kita menyediakan jemputan sebenarnya, kita jemput semua masyarakat tidak kira apa kepercayaan mereka dan latar belakang politik yang didukungi mereka," katanya.

Terdahulu, Rais menyaksikan raptai sempena Perbarisan Hari Kemerdekaan yang disertai lebih 13,000 peserta dari pelbagai latar belakang agensi kerajaan, pasukan keselamatan dan badan korporat bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 kali ini.
- Bernama