10 Mac 2011

Berjuta Ikan Mati Di LA

Los Angeles – Jutaan ikan ditemui mati di King Harbor, Redondo Beach, dekat Los Angeles, Amerika Syarikat. Menurut pejabat setempat, ikan-ikan ini kemungkinan mati kerana kekurangan oksigen di dalam air.

Dalam beberapa hari terakhir, kematian jutaan ikan di pelabuhan tersebut menjadi perhatian bagi para pengkaji dan menimbulkan pelbagai spekulasi atas penyebabnya. Namun para pengkaji dari Jabatan Perikanan California (CDFG) mengatakan, ujian yang dilakukan atas ikan menunjukkan mereka mati kerana kekurangan oksigen.

Menurut para pengkaji juga, hembusan angin mencapai 45 meter per jam mendorong kawanan ikan sardin bersama makarel dan ikan kakap putih, berkumpul di pelabuhan dalam beberapa hari terakhir. Akibatnya, pergerakan air berkurang dan meminimakan kadar oksigen.

Ikan sardin biasanya bergerak dalam kumpulan raksasa, terkadang disebut bola umpan. Jurucakap CDFG Andrew Hughan mengatakan, para pengkaji menyakini kumpulan ikan ini tersesat dan salah selekoh ke perairan di pelabuhan, demikian disiarkan oleh Xinhua.

Penelitian awal menunjukkan, tidak ada tanda keracunan alam, seperti domoic acid, yang terkadang membunuh kehidupan laut.

Hughan menyatakan, kota Redondo Beach tidak memiliki risiko bahaya kesihatan dan telah melakukan pekerjaan yang baik dalam menangani pembersihan. Datuk Bandar Redondo Beach, Mike Gin mengatakan pembersihan ikan dijangka memakan waktu seminggu dan belanja sekitar USD100,000.




PKR Desak Gobala Disiasat, UMNO BN Bakal Tumbang Dengan Sendirinya

Kuala Lumpur: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat mengenai kemampuan kewangan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan menjelaskan bayaran pajakan tanah di Kelantan bernilai RM1.4 juta.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mendakwa, pihaknya mempunyai bukti berupa dua salinan cek Hong Leong Bank masing-masing bernilai RM700,000 bertarikh 12 Januari 2011 dan RM701,250 bertarikh 15 Mac 2011.

Menurut Saifuddin, kedua-dua cek berkenaan bagi menjelaskan bayaran pajakan tanah seluas 40.47 hektar di Lojing, Kelantan di antara syarikat milik Gobalakrishnan iaitu Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad.

"Adalah aneh secara tiba-tiba Ahli Parlimen Padang Serai dapat menjelaskan bayaran berkenaan sejurus selepas keluar parti dan berterusan menyerang PKR.

"Dari mana sumbernya, siapa yang bermurah hati menolong, urusniaga apa yang dilakukan beliau hingga memungkinkan wang sebanyak itu diperolehnya?

"Januari dan Mac adalah kemuncak tempoh serangan, kecaman dan fitnah Gobalakrishnan terhadap PKR dan ketika ini jugalah beliau secara tidak semena-mena mampu membayar RM1.4 juta untuk bayaran tanah ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Gobalakrishnan mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas pada 29 Januari lalu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu yang dianggap gagal menyelesaikan masalah kaum India.

Selain itu Saifuddin mendakwa, PKR mengesyaki pengkhianatan beberapa Ahli Parlimennya yang bertindak keluar parti adalah atas dorongan habuan lumayan.

Sementara itu, pada sidang media berasingan, Gobalakrishnan menafikan menerima wang berjumlah RM1.4 juta seperti yang didakwa Saifuddin.

Malah beliau turut bersedia disiasat oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan berkenaan.

"Saya sedia untuk disiasat pada bila-bila masa. Saya tidak pernah menerima apa-apa bayaran berjumlah RM1.4 juta daripada mana-mana pihak seperti yang dikatakan mereka.

"Anda boleh periksa tandatangan saya, malah saya tak ada tunaikan apa-apa cek lagi pada tahun ini," katanya.

Menurutnya lagi, syarikat Embun Megah Sdn Bhd yang dimaksudkan Saifuddin bukan miliknya.

"Syarikat itu bukan milik saya, sebaliknya keluarga saya mempunyai kepentingan di dalamnya, bukan saya," katanya. -mstar

Ulasan GB

Kita tidak tahu berapa juta yang sebenarnya telah digunakan oleh UMNO BN untuk membeli ahli-ahli parlimen dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat semenjak peristiwa "Rampasan Perak".

Maka tidak hairan laporan-laporan ada ADUN-ADUN melompa ini tiba-tiba menjadi "jutawan segera" yang mampu berbelanja mewah.

Itu baru YB-YB. Di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil pula jutaan ringgit lagi digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk pembelian undi dan sogokan tertentu bagi mendapatkan kemenangan.

Kesemuanya itu sebenarnya bakal menghancurkan UMNO BN sendiri kerana ia adalah kemenangan palsu yang bukan bertunjang kepada sokongan sebenar hati nurani rakyat.

UMNO BN bakal bangkrapkan dirinya dan negara dan UMNO BN bakal tumbang dengan sendirinya tanpa perlu dilawan oleh sesiapa. Demikian Hukum Alam. Hanya menunggu masa!


MB Kedah: 'BN Kedah Gila Talak'

Kota Sarang Semut - Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak mempertahankan pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah sejak tiga tahun lalu dan menyifatkan segala tohmahan Barisan Nasional (BN) terhadap Kerajaan Negeri sejak pilihan raya umum (PRU) yang lalu sebagai ‘gila talak’.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah itu berkata, di sebalik keupayaan Kerajaan Negeri PR memerintah Kedah mengatasi jangkaan UMNO dan BN, barisan pembangkang masih memandang rendah kerajaan pimpinannya dan berlagak seperti pemerintah.

Menurutnya, dakwaan Kerajaan Negeri gagal menunaikan manifesto pilihan raya lalu juga tidak benar kerana tindakan penurunan cukai tanah, perbelanjaan wang Kerajaan Negeri dengan lebih berhemah, pembatalan projek loji penapisan minyak di Yan dan tender pembalakan secara terbuka tidak pernah dilakukan UMNO dan BN sebelum ini.

“Dulu UMNO dan BN dengan angkuhnya mengatakan PR tidak akan memerintah lebih tiga bulan, tapi sekarang usia Kerajaan Negeri sudah tiga tahun.

“Dulu UMNO dan BN kata pertumbuhan ekonomi negara Kedah tidak akan melebihi 2.5 peratus. Namun, pencapaian ekonomi negeri membanggakan dan antara empat negeri terbaik di Malaysia. Sekiranya mereka menilai pencapaian kami hanya 2.5 peratus, saya anggap pencapaian mereka hanya 1.5 peratus semata-mata,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Buku Jingga peringkat negeri Kedah di Kompleks Pas, Kota Sarang Semut, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa; Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Lee Guan Aik dan barisan Jawatankuasa Pas, PKR dan DAP negeri.

Azizan berkata, Kerajaan Pusat juga bersandiwara untuk menunjukkan kononnya mereka bersikap prihatin terhadap rakyat apabila pada mulanya sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk membawa pulang pelajar Malaysia yang berada di Mesir daripada krisis negara itu sebelum ini.

Bagaimanapun, mereka bertindak menghantar semula pelajar itu ke Mesir dalam masa sebulan, malah mengecualikan pembiayaan tambang ke atas pelajar yang tinggal di negeri pembangkang.

“Bila berlakunya pemberontakan rakyat terhadap kepimpinan Presiden, Hosni Mubarak di Mesir, mereka cepat-cepat membawa pulang pelajar kita, kononnya bimbang atas keselamatan mereka.

“Bila hendak dihantar pulang semula, mereka serahkan beban itu kepada kita. Tapi tidak mengapa, Kerajaan Negeri tidak ada masalah menanggung pembiayaan tambang penerbangan pulang ke Mesir berserta wang poket RM500 kerana wang sebanyak RM2.5 juta yang digunakan adalah wang rakyat,” katanya.

Azizan berkata, UMNO dan BN turut disifatkannya lebih teruk daripada Jepun kerana mengkritik apa jua pelaksanaan Kerajaan Negeri terhadap rakyat secara konsisten tanpa memikirkan kerelevanan tindakan itu.

“Sebelum ini, bila tarif air dinaikkan 10 sen, banyak orang termasuk pemimpin UMNO dan BN yang beria-ria mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Wisma Darulaman, kononnya Kerajaan Negeri berlaku zalim.

“Kini mereka mula protes tindakan Syarikat Air Darul Aman (Sada) menghentikan khidmat Pos Malaysia sebagai ejen kutipan bayaran bil walaupun Pos Malaysia bertindak menaikkan upah perkhidmatan daripada 70 sen kepada 90 sen bermula bulan ini.

“Atas dasar keprihatinan tidak mahu membebankan rakyat, kami menghentikan khidmat Pos Malaysia. Saya hendak tanya, adakah UMNO dan BN ada kepentingan dengan Pos Malaysia sehingga beria-ria menghentam Kerajaan Negeri?” katanya.

Ditanya dakwaan Kerajaan Negeri akan melaksanakan cukai pintu di pekan kecil setiap daerah dalam masa terdekat, Azizan menjelaskan beliau tidak tahu mengenainya kerana tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat. -SH

Najib Razak - Hosni Mubarak: Banyak Persamaan Yang Ketara

Najib dan Mubarak: Persamaan yang ketara

Najib menggunakan cara-cara yang sama dengan Mubarak dalam usahanya untuk mengekalkan kuasa BN - Naib Presiden PKR.

PETALING JAYA: Terdapat persamaan yang luar biasa antara pemerintahan autoritarian selama 30 tahun di Mesir oleh Presiden Hosni Mubarak dan pemerintahan menindas selama 53 tahun oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) ke atas Malaysia.

“Najib menggunakan cara-cara yang sama dengan Mubarak dalam usahanya untuk mengekalkan kuasa BN keatas negara kita,” kata Naib Presiden PKR N Surendran dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, antara persamaannya adalah: pergantungan kerajaan atas suatu sistem polis yang agam untuk menumpaskan pihak Pembangkang; kawalan ketat ke atas media cetak dan television serta tahanan tanpa bicara yang bermotifkan politik.

“Persamaan lain ialah keadaan darurat berdekad yang tidak dibatalkan; sistem kehakiman yang berat sebelah dan berpihak kepada kerajaan serta pilihan raya yang tidak bebas ataupun adil,” katanya.

Beliau berkata, seperti Mubarak dan Parti Demokratik National (NDP), Najib dan BN telah secara konsisten menggunakan apa-apa cara, walaupun jahat, untuk terus kekal berkuasa.

“Tetapi yang amat ketara katanya, kedua-dua Mesir dibawah pemerintahan Mubarak dan Malaysia dibawah Najib, dari masa ke semasa mengheret pesaing politik ke Mahkamah untuk menghadapi tuduhan jenayah yang direka-reka,” terang beliau.
Ujar Surendran, “objektifnya adalah untuk menghancurkan pesaing politik secara politik dan peribadi, dan oleh demikian menghapuskan ancaman kepada pemerintahan mereka.

“Rejim-rejim yang tidak bertoleransi dengan pasti akan menggunakan kaedah seperti ini kerana mereka tidak mempunyai pertimbangan keadilan dan tidak memperduli kedaulatan undang-undang,” jelas beliau.

Penganiayaan kehakiman terhadap Anwar

Katanya lagi, dalam penganiayaan kehakiman yang sekarang berlangsung ke atas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Najib dengan ketara mencerminkan Mesir semasa di bawah Mubarak.

“Serangan mempergunakan sistem kehakiman ke atas Anwar yang ingin membawa perubahan dimulakan oleh pemerintah kuku besi mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam tahun 1998.

Dr Mahathir baru-baru ini katanya, menerbitkan sejilid memoirnya yang menipu dan tidak wajar bagi seorang bekas perdana menteri.

“Lebih satu dekad kemudian, Kerajaan Najib menggunakan taktik yang sama sahaja,” ujar beliau.

Beliau berkata, Mubarak dengan terkenalnya menggunakan mahkamah Mesir untuk memenjarakan Ayman Nour, pemimpin Parti El Ghad (Parti Esok).

Ayman Nour adalah seorang pemimpin pembangkang yang utama dan merupakan pesaing Mubarak dalam pilihanraya Presiden tahun 2005.

“Berikutan suatu perbicaraan yang rata-rata dikecam dan farsa, Ayman Nour dipenjarakan selama lima tahun dengan kerja berat.

Persamaan dengan pendakwaan Anwar yang sekarang berlangsung adalah amat ketara,” terangnya.

Rakyat Malaysia katanya, bersama dengan dunia, berasa girang melihat pemergian penzalim Mubarak dan kemenangan rakyat Mesir.

“Sekarang, kita mengalu-alukan hari yang cemerlang apabila rakyat Malaysia mengakhiri pemerintahan membazir, lembap dan menindas BN dan pemimpinnya Najib.

“Pemerintahan BN yang mencerminkan pemerintahan Mubarak ke atas Mesir, mesti berakhir. Untuk kebaikan negara, BN perlu disingkirkan,” ujar beliau. -FMT

UMNO Senawang Tak Hormati Titah Agong, Sebar Risalah Untuk Wujudkan Ketegangan Kaum

Seremban - Pebuatan keji UMNO Cawangan Taman Rasa Sayang Umno di Senawang dalam bahagian Rembau mengedarkan risalah yang menimbulkan ketegangan di antara bangsa Melayu dan Cina menyebabkan Pakatan Rakyat membuat laporan polis di sini.

Setiausaha PKR Rembau, Norazizi Abdul Aziz, menyatakan risalah lapan halaman yang dilampirkan di minit mesyuarat UMNO Bahagian itu mengandungi perkataan dan gambar berunsur hasutan meruju kepada pemimpin-pemimpin PR.

“Kandungan dokumen itu, bertarikh 5 Mac, jelas berbaur hasutan dan bertujuan untuk menimbulkan ketegangan kaum diantara bangsa Melayu dan Cina di dalam Pakatan,” jelas Norazizi selepas membuat laporan polis di balai polis daerah di sini.

Bertajuk “Pendedahan Untuk Kesedaran” meletakan gambar Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan tajuk kecilnya berbunyi : “DAP Anti Islam” dan perkataan-perkataan “Ketuanan Rakyat” (yang diperjuangkan Pakatan Rakyat) ditukar menjadi “Ketuanan Cina”.

Satu lagi gambar memaparkan Kit Siang sedang menyampaikan ucapan dan tajuknya ditulis: “Kita hapuskan hak Melayu, kita tolak Islam! Mari bersama kami, PAS, PKR dan DAP”

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim digambarkan sebagai Penipu No 1 dan dicopkan sebagai Pengkhinat Bangsa, Agama Dan Negara.

Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Nik Aziz tidak terkecuali dengan tindakan mereka.

Satu karikatur menunjukkan Ahli Parlimen Taiping dan bekas exco Perak Nga Kor Ming sebagai imam sedang mengetuai solat dengan Nik Aziz dan Anwar di belakang Kor Ming.

Gambar sejadah-sejadah yang digunakan mempunyai logo DAP di atasnya. Nik Aziz dan Anwar di lukiskan dengan sejadah dari logo parti masing-masing.

Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, Mohd Taufek Abdul Ghani, menyelar tindakan Umno kerana tidak menghormati ucapan DYMM Yang Dipertuan Agong sewaktu membuka sesi parlimen Isnin lepas. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah Seri Paduka Baginda memandang berat kecenderungan pihak-pihak tertentu membangkitkan isu sensitif dan berbaur perkauman serta mempolitikkan perkara yang tidak sepatutnya.

Mohd Taufek meminta Umno tidak menggunakan taktik murahan dan merbahaya untuk memecah-belahkan kaum.

Mesyuarat Umno tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau.

Rakyat Tak Perlu Bayar Saman Apabila JPJ & Polis Sendiri Tak Patuh Undang-undang

Mahfuz: Jangan bayar kompaun saman ekor!

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini,.

Harakahdaily memetik pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah berkenaan di mahkamah.

"Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa.

"Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam.

Tambahnya, keputusan sama ada seseorang itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan bukan oleh notis saman yang dikeluarkan.

Menurutnya lagi, tindakan JPJ menyenarai hitam pesalah saman ekor adalah salah mengikut keputusan Mahkamah Kucing dalam kes Leonad Lim Yaw Chiang melawan Pengarah JPJ negeri Sarawak pada 2007.

Dalam kes itu hakim memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

"Kita minta Peguam Negara nasihat JPJ supaya akur keputusan mahkamah iaitu tak boleh blacklist.

"Rakyat tidak boleh dipaksa membayar kompaun yang ditawarkan," katanya.

2 Mac lalu kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik bermula 1 Mac sehingga 10 Mac ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman itu tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah sistem tergendala serta kesesakan di kaunter untuk membuat pembayaran.

Namun mengikut perangkaan, hanya kira-kira empat peratus atau 700,000 daripada kira-kira 17.3 juta saman telah dibayar.

Ulasan GB

GB sudah menyatakan sebelum ini, bawa berjuta-juta rakyat yang tak bayar saman ekor ke mahkamah kerana mahkamah yang berhak menentukan samada tindakan polis berkenaan betul atau salah.

Kita perlu hentikan salahlaku pihak polis dan JPJ yang menyenaraihitam pemandu kerana mahkamah telah membuat keputusan di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang telah memutuskan bahawa tindakan JPJ menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) tanpa siasatan dan alasan yang wajar adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Malaysia.

Dituduh Rogol Setelah Lakukan Seks Dengan Kekasih Yang Baru Dikenali 2 Hari

Kuantan - Hubungan cinta seorang pengawal keselamatan dengan gadis yang baru dua hari dikenali memakan diri apabila kekasihnya itu membuat laporan polis mendakwa dia dirogol lelaki terbabit, 26 Julai tahun lalu.

Tertuduh berusia 22 tahun, dari Kampung Nelayan Sungai Puteri, Rompin yang ditahan polis 4 Mac lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas tuduhan tersebut.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin di hadapan Hakim Nor Adidah Ahmad.

Pada masa sama, tertuduh tidak menafikan ada menjalinkan hubungan seks dengan gadis berusia 18 tahun dua bulan itu di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran pusat Giat Mara Kuala Rompin, bagaimanapun ia berlaku atas kerelaan bersama.

Tertuduh memberitahu mahkamah, selepas peristiwa itu, mereka bergaduh dan memutuskan hubungan.

Dia berkata, mungkin atas alasan tersebut, kekasihnya membuat laporan polis mendakwa dia dirogol.


Penjelasan tertuduh itu menimbulkan persoalan memaksa Nor Adidah bertanya sebab dia membawa mangsa ke dalam ladang kelapa sawit dan merogolnya.

“Kamu terus melakukan hubungan seks dengan gadis itu walaupun baru dua hari kenal?” Tanya Nor Adidah kepada tertuduh bagaimanapun dia hanya diam membisu.

Sebelum itu, tertuduh ditawarkan ikat jamin RM8,000 oleh pihak pendakwaan bagaimanapun dia merayu jumlah itu dikurangkan memandangkan dia hanya mampu setakat RM3,000.

Rayuannya itu ditegur Nor Adidah memandangkan jumlah ikat jamin yang diminta terlalu rendah.

“Ini Mahkamah Seksyen bukan Mahkamah Majistret, mana boleh jaminan serendah itu apatah lagi tuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang kamu hadapi memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh disebat,” tegur beliau.

Menurutnya, jumlah jaminan yang ditawarkan pihak pendakwaan juga berpatutan dengan keseriusan kesalahan yang dilakukan tertuduh itu.

Bagaimanapun selepas mengambil kira rayuan dan kemampuan kewangan tertuduh yang turut menanggung ibu dan adik-adik, mahkamah mengurangkan jumlah jaminan itu kepada RM6,000 manakala tarikh perbicaraan ditetapkan pada 2 dan 3 Mei depan. -SH

2 Pelajar Politeknik Merlimau Maut 1 Parah Dalam Nahas Jalanraya

Jasin: Tiga rakan sekuliah sempat menghantar seorang rakan perempuan mereka ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar (HPSF) untuk menjalani rawatan luka di paha sebelum dua daripadanya maut selepas terbabit kemalangan ngeri, di sini, petang semalam.

Lebih memilukan, tiga sekawan itu dalam perjalanan ke kelas fotogametri di Politeknik Merlimau.

Dalam kejadian jam 2.50 petang semalam, kereta mangsa terlibat kemalangan di kilometer 29, Jalan Laidin, Sebatu, selepas bertembung dengan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dari arah bertentangan.

Mangsa yang terbunuh adalah Muhammad Jefrry Jamian, 20, dan Mohammad Yazair Ingan, 20, sementara Mohd Ikmal Hisham, 20, masih kritikal dan dirawat di Hospital Melaka.

Jurucakap polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Wira yang dipandu Muhammad Jefrry dipercayai gagal memotong sebuah kereta yang berada di hadapannya.

“Pada masa sama, sebuah kereta jenis Mitsubishi Triton berada di laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta mangsa.

“Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayat dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat,”
katanya.

Ketiga-tiga mangsa yang mengambil Sijil Ukur Tanah akan menamatkan pengajian April ini.

Sementara itu, ibu salah seorang mangsa yang meninggal dunia, Muhammad Jefrry, Jamiah
Hashim, 46, ketika ditemui berkata, dia tidak nampak perubahan pada diri arwah anaknya.

“Seperti biasa, setiap hujung minggu dia balik ke Muar dan saya tidak nampak perkara pelik pada dirinya,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Jasin.

Pengakuan Bersalah Bekas Pengetua Sekolah Ditolak

George Town -- Mahkamah Sesyen pada Rabu menolak pengakuan bersalah bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar II, Dr P.Iskandar Abdullah, berhubung tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM15,550 milik sekolah itu.

Pengakuan itu ditolak oleh Hakim Zanol Rashid Hussain selepas Iskandar, 55, memberitahu mahkamah wang yang dimasukkan dalam akuannya itu tidak pernah diambilnya walaupun satu sen sebaliknya digunakan untuk pembayaran biasiswa pelajar, kos pembaikan sekolah dan urusan lain.

Iskandar, yang kini bertugas sebagai Pegawai Naziran di Kementerian Pelajaran di Putrajaya, menyatakan demikian ketika mahkamah memberinya peluang untuk membuat rayuan selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan pagi Rabu.

"Saya mengaku salah tetapi sebagai pengetua pertama di sekolah tersebut yang belum mendapat OC (sijil layak menduduki bangunan) pada masa itu, sudah menjadi amalan biasa wang itu dimasukkan dalam akaun saya sebagai ketua jabatan di sekolah itu, tetapi saya tidak ambil apa-apa," katanya.

Pegawai pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Janariah Abdul Mutalib kemudian bangun sambil menjelaskan bahawa sebarang cek mesti melalui akaun sekolah dan bukannya akaun persendirian.

Hakim Zanol Rashid menetapkan kes itu disebut semula pada 23 Mac ini bagi membolehkan Iskandar melantik peguam.

Mengikut pertuduhan, Iskandar didakwa melakukan pecah amanah lima keping cek Maybank bernilai RM7,750; RM1,800; RM3,200; RM1,800 dan RM1,000 yang merupakan peruntukan bagi kegunaan hal ehwal kewangan sekolah itu.

Dia didakwa telah mendepositkan kesemua cek itu ke dalam akaun simpanan miliknya antara 26 Feb dan 19 Dis 2007.

Zanol Rashid membenarkan Iskandar dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh membayar wang ikat jamin. -- BERNAMA

Berasmara Di Tempat Awam

Seremban 2: Suasana lengang di Taman Awam Seremban City Park di sini pada waktu tengah hari, dipergunakan segelintir pasangan kemaruk bercinta untuk memadu kasih sambil melakukan perbuatan tidak bermoral.

Gambar: PASANGAN tanpa segan silu memadu asmara di Taman City Park, Seremban 2

Tinjauan Sentral mendapati, lokasi berkenaan strategik kerana mempunyai banyak pondok wakaf dan bangku di bawah pokok redup, sekali gus membolehkan pasangan kekasih bermesra dengan selesa.

Beberapa pengawal keselamatan kawasan itu mendakwa, kebanyakan pasangan berusia dalam lingkungan 20-an termasuk pelajar kolej swasta berhampiran, selalu datang ke situ antara jam 2 petang hingga jam 4 petang.

Pengawal keselamatan, Noorfadzli Mustapha, 32, mendakwa pada waktu berkenaan, kawasan itu kurang dikunjungi orang ramai.

"Mereka selalunya duduk berdua-duaan sambil berpelukan dan ada yang bercium tanpa rasa malu serta tidak mempedulikan kehadiran pengawal keselamatan yang membuat rondaan dari semasa ke semasa.

"Apabila pengawal menegur, mereka akan beredar tetapi ada pasangan yang bersikap kurang sopan dengan memarahi dan mempertikaikan tindakan kami meminta mereka menghentikan kelakuan tidak senonoh itu.

"Mereka beredar apabila pengunjung lain, terutama yang membawa keluarga mula datang ke taman pada jam 5 petang," katanya.

Noorfadzli mendakwa, selain pasangan kekasih, beliau juga pernah terserempak dengan pasangan sesama jenis yang berkelakuan tidak senonoh.

Katanya, pengawal keselamatan kawasan itu tidak dapat mengambil tindakan kerana tidak mempunyai kuasa mengikut undang-undang, sebaliknya hanya meminta mereka terbabit beredar.

Katanya, perbuatan pasangan terbabit memberi gambaran buruk terhadap pengawal keselamatan di kawasan berkenaan kerana pengunjung menyangka mereka sengaja membiarkan perlakuan memalukan itu berlaku.

Pengunjung, Fauzi Salim, 28, berkata pihak berkuasa terutama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) perlu kerap melakukan rondaan dan operasi di kawasan itu.

"Jika dibiarkan, kawasan itu akan menjadi lokasi pasangan kekasih melepak dan akan menarik lebih ramai pasangan melakukan maksiat," katanya.

Fauzi yang sering mengisi minyak keretanya di stesen minyak berhampiran, mendakwa sering melihat kereta yang mencurigakan berhenti di kawasan berkenaan pada waktu malam.

"Saya pernah berhenti di tepi sebuah kereta yang tidak dimatikan enjin dan terkejut apabila mendapati pasangan sedang melakukan perbuatan tidak senonoh dan pemandu lelaki itu segera memecut kereta sebaik menyedari perlakuannya diperhatikan," katanya. -BH

Malaysia Berkas 7 Lanun Indonesia, Indonesia Tahan 7 Nelayan Malaysia

Tujuh lanun warga Indonesia diberkas

JOHOR BAHRU: Kelicikan tujuh penyamun warga Indonesia merompak kapal dagang di perairan negeri ini, berakhir awal pagi semalam apabila pencerobohan mereka disedari anak kapal yang berjaya memboloskan diri daripada ditawan, sebelum menghantar isyarat kecemasan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Gambar: KETUA Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar (berdiri kanan) memeriksa tujuh warga Indonesia yang berjaya ditangkap. foto BERNAMA

Kejadian berlaku ketika tujuh penyamun itu merompak kapal dagang, MT Front Queen yang berlabuh pada kedudukan 2.8 batu nautika dari Pulau Mungging dekat perairan Pengerang, kira-kira jam 3.15 pagi.

Ketika pencerobohan, kebanyakan 20 kelasi kapal itu diketuai kapten, seorang rakyat Russia nyenyak tidur dengan beberapa orang daripada mereka ditugaskan mengawasi keadaan.

Kumpulan penyamun itu berhasil memanjat masuk menerusi bahagian buritan kapal terbabit disyaki menggunakan galah, dipercayai mahu menyamun alat ganti yang dibawa bersama kapal berkenaan serta barang berharga milik kelasi kapal itu.

Namun, pencerobohan kumpulan terbabit disedari kelasi yang mengawasi keadaan, sebelum mereka menjerit mengejutkan pegawainya yang kemudian membunyikan isyarat kecemasan tanda kapal terbabit diceroboh penyamun.

Ketua Penguat Kuasa APMM Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar, berkata siren kecemasan dari kapal terbabit yang memecah hening pagi semalam, disedari anggotanya yang sedang menjalankan operasi di perairan berdekatan.

“Menyedari isyarat kecemasan itu, Bot Kilat APMM yang dalam rondaan, bergegas menghampiri Front Queen sebelum mengesan sekumpulan tujuh lelaki disyaki penyamun itu cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah bot sambil membuang peralatan dan barang-barang ke dalam laut” katanya dalam sidang media di Jeti APMM dekat Tanjung Puteri di sini, semalam.

Zulkifli berkata, siasatan mendapati MT Front Queen berdaftar di Pulau Majuro dan 20 anak kapal itu tidak mengalami kecederaan.


Indonesia tahan 7 nelayan

TAHIR (kiri) bersama ahli keluarga mangsa menunjukkan gambar nelayan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia ketika menangkap ikan di perairan Malaysia, semalam.


Pihak keselamatan negara jiran didakwa ceroboh perairan negara

PONTIAN: Tujuh nelayan termasuk dua tekong bot pukat tunda dari pangkalan Pontian Besar di sini, didakwa ditahan sepasukan penguat kuasa maritim negara jiran yang menceroboh perairan Senggarang berdekatan Tampok dekat sini, petang kelmarin.

Mereka yang ditahan, tekong bot JHF7281D, Ibrahim Mohd Kassim, 28, bersama tiga awak-awaknya Redzuan Aris, 35; Mohamad Zamri Hambali, 26 dan Subani Samsuddin, 40an (warga Indonesia) manakala, bot pukat tunda JHF6963B, diketuai tekong, Zainodin Adam, 53 bersama dua awak-awak, Rosli Ab Rashid, 34 dan Jamil Md Top, 53.

Ketua Penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

“Kes ini masih dalam siasatan kami termasuk mendapatkan maklumat daripada keluarga mangsa. Perkara ini akan dikemukakan dalam pertemuan dengan pelbagai agensi termasuk maritim dan polis kedua-dua negara yang akan diadakan esok (hari ini) di Batam, Indonesia,” katanya.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan Pontian, Tahir Mohd Kassim, mendakwa tujuh nelayan terbabit sengaja ditahan pihak berkuasa negara jiran itu ketika mereka sedang memukat pada kedudukan 12.5 batu nautika dari Tampok, kira-kira jam 5 petang.

Tahir yang juga abang kepada Ibrahim, berkata sejurus kejadian, adiknya sempat menghantar SMS kepada seorang pegawai maritim memaklumkan kedudukan mereka.

“Kami dapat tahu, sejurus laporan dibuat, sepasukan empat anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) tiba di tempat kejadian kira-kira jam 7.30 malam dan melihat dua bot pukat tunda sedang ditunda masuk ke perairan negara jiran.

“Difahamkan, anggota PGM cuba berunding dengan pasukan itu tetapi sebaliknya mereka diacukan senjata oleh lebih 20 anggota pihak berkuasa terbabit yang terus membawa mereka ke perairan Indonesia,” katanya. -BH


Kes Mahasiswa Hilang: Polis Tak Tolak Kemungkinan Wujud Unsur Jenayah

Kuala Lumpur: Polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kes kehilangan seorang calon Pro Mahasiswa pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) bulan lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata, siasatan kes itu masih berjalan dan telah diambil alih Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Polis kini menunggu laporan perubatan berhubung status kesihatan fizikal dan dalaman pelajar terbabit, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Penilaian Khidmat Pelanggan di IPD Dang Wangi, di sini Rabu.

Masturah Abu Bakar, 22, dilaporkan hilang 19 Februari lalu selepas berkempen di Projek Perumahan Rakyat Pantai Dalam di sini, sebelum ditemui semula 33 jam kemudian di Bangi.

Kehilangannya itu dikaitkan dengan empat ugutan yang diterima beliau beberapa hari sebelum dilaporkan hilang dan Masturah ditemui dalam keadaan bingung dan menangis berhampiran sebuah masjid di Kampung Teras Jernang, Bangi.

Pada pemilihan MPP UM yang berakhir pada 21 Februari itu, Masturah diumumkan sebagai antara calon Pro Mahasiswa yang menang.

Polis sebelum ini mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang dan siasatan awal juga mendapati tiada unsur jenayah, malah pelajar berkenaan tidak diculik.

Zulkifli juga meminta orang ramai supaya tidak mencampuri urusan polis dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. - BERNAMA


SYIAH: Lain Yang PAS Tanya, Lain Yang BERNAMA Laporkan

Syiah: Nasharudin mahu Bernama perbetul laporan

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menafikan laporan Bernama hari ini yang seolah-olah menggambarkan beliau mahu pengikut ajaran Syiah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, dalam sesi soalan tambahan di parlimen pagi tadi, beliau sebenarnya mempersoalkan mengapa pengikut-pengikut ajaran Syiah perlu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak membicarakan mereka secara adil di mahkamah.

Walau bagaimanapun, Bernama dalam laporannya bertajuk "Dewan Rakyat: Pengikut Syiah Dilarang Sebar Ajaran Kepada Pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah" melaporkan sebaliknya, dengan mendakwa Nasharudin bertanya kenapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA.

"Kesilapan wartawan tersebut boleh menjejaskan kredibiliti PAS yang selama ini lantang dan konsisten memperjuangkan supaya dan Kem Tahanan Kamunting dihapuskan.

"Malah, dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong hari ini, saya sekali lagi mengulangi desakan supaya akta drakonian ini dibubarkan selari dengan desakan pelbagai pihak termasuk Gerakan Mansuhkan ISA, Suhakam, UNHCR dan Human Rights Watch," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Sehubungan itu, melahirkan rasa kesal dan mahu agensi berita itu memperbetul kesilapan tersebut.

Pagi tadi, sidang Dewan Rakyat dimaklumkan pengikut ajaran Syiah di negara ini dilarang menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah, tetapi bebas untuk terus mengamalkannya.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga memberitahu pengikut ajaran itu tidak boleh ditahan di bawah ISA kerana tidak semua ajaran fahaman itu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah. -HD



PULAPOL Diancam "Kencing Tikus", Seorang Maut

Kuala Lumpur:
Semua aktiviti, termasuk program latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini dihentikan serta-merta berikutan penularan jangkitan ‘Adenovirus’ di premis itu sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengesahkan sehingga jam 10 pagi semalam, seorang pelatih Konstabel Mohd Azizan Azirid (gambar), 25, dari Kuala Kangsar, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan itu, manakala dua lagi masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

“Seramai 28 pelatih turut menerima rawatan di HKL, selepas dikesan mempunyai tanda jangkitan wabak itu, termasuk batuk dan demam.

“PDRM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sudah mengambil langkah sewajarnya bagi membendung jangkitan wabak ini,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Seramai 1,945 pelatih mengikuti latihan asas kepolisan, masing-masing 993 pelatih inspektor dan 952 pelatih konstabel di pusat itu.

Berikutan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka bilik gerakan dan talian khas 03-26882009 bagi memudahkan orang ramai, terutama ahli keluarga pelatih mendapatkan perkembangan terkini berhubung masalah itu.

“Setakat ini, 226 pelatih diasingkan untuk pemerhatian dan rawatan lanjut oleh Kementerian Kesihatan, malah mereka tidak dibenarkan menerima pelawat, termasuk ahli keluarga bagi mengelak penularan wabak itu," katanya.

Selain pelatih, PULAPOL Kuala Lumpur turut mempunyai 854 pegawai dan kakitangan bertugas.

"PDRM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sudah mengambil langkah sewajarnya bagi membendung jangkitan wabak ini," katanya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan akhbarnya berkata, 210 pelatih didapati mengalami gejala ‘Influenza Like Illness’ (ILI) di mana dua pelatih masih di Unit Rawatan Rapi (ICU), 26 pelatih wad biasa dan 182 pelatih diasingkan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan pelatih yang meninggal dunia jam 8.30 malam kelmarin mengalami gejala ILI sejak dua minggu lalu.

Dua kes yang kini dirawat di ICU didapati positif jangkitan ‘Adenovirus’ manakala pelatih yang lain dilaporkan stabil.

“Hasil siasatan lapangan menunjukkan terdapat jangkitan ‘Adenovirus’ di kalangan pelatih di PULAPOL berdasarkan keputusan makmal 18 daripada 20 sampel dari tekak diambil mendapati 90 peratus adalah positif.

“Disamping itu, tiga daripada empat sampel najis juga positif ‘Adenovirus’. Sehubungan itu, kawalan dan pencegahan dalam kalangan pelatih PULAPOL akan diteruskan setiap hari,” katanya.

Liow berkata, kejadian itu hanya terhad di kalangan pelatih di PULAPOL dan orang ramai tidak perlu bimbang mengenai penularan jangkitan ini di dalam masyarakat.

“Kementerian sudah mengambil tindakan kawalan termasuk mengasingkan kes tidak serius di pusat latihan dan tidak membenarkan pelatih keluar dari institusi latihan ini serta pelawat tidak dibenarkan untuk melawat pelatih,” katanya. -BH


Polis mati dek kencing tikus

SEDIH...Zamilah (kiri) dan anak perempuan, Norhidayah menunjukkan MyKad arwah Azizan yang maut akibat virus kencing tikus.


KUALA KANGSAR: “Saya sangka dia demam panas akibat penat menjalani latihan dan tidak menyangka dia dijangkiti virus kencing tikus,” kata Zamilah A’ala, 52, ibu Mohd Azizan Azirid, 25, pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang meninggal dunia akibat diserang bakteria leptospirosis (kencing tikus) dan virus adeno, malam kelmarin.

Menurutnya, Azizan yang mengikuti latihan di Pulapol Jalan Semarak, Kuala Lumpur pernah menghubunginya mengadu demam panas selang seminggu selepas mula menjalani latihan di Pulapol, tetapi masih meneruskan latihan.

“Saya terkejut apabila dia dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 1 Mac lalu selepas pengsan ketika latihan kawat kaki.

“Apa yang saya tahu dia mengalami demam panas, cirit-birit dan batuk sebelum meninggal dunia,” katanya.

Zamilah yang ditemui di rumahnya di sini, semalam, berkata, pada mulanya doktor gagal mengesan penyakit arwah sehingga anaknya itu terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana paru-parunya mengalami jangkitan bakteria.

“Sepanjang berada di ICU, Azizan bergantung kepada mesin pernafasan. Selain kurang bercakap dan demam panas melampau, dia turut hilang selera makan menyebabkannya kurus.

“Ketika dirawat di hospital, arwah sempat memberitahu dia tidak mahu meneruskan latihan di Pulapol kerana tidak tahan dengan latihan,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama, arwah turut bimbang namanya akan disenarai hitam jika gagal menamatkan latihan sekali gus menyukarkan dia memohon jawatan lain dalam kerajaan.

Menurutnya, sebelum menerima tawaran sebagai pelatih konstabel polis itu, arwah bekerja sebagai pembantu jurujual di kedai runcit di pekan Kuala Kangsar sejurus tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Zamilah berkata, dia tidak menggalakkan arwah bekerja sebagai polis kerana pekerjaan itu bahaya namun akur kerana arwah sudah lama menanti untuk mendapatkan pekerjaan dalam kerajaan.

Difahamkan Mohd Azizan yang mula mendaftar sebagai pelatih konstabel di Pulapol di Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 1 Januari lalu, dimasukkan HKL pada 1 Mac lalu selepas tidak sedarkan diri.

Selepas lapan hari, arwah yang berasal dari Kampung Sayong Tebing, Kuala Kangsar, di sini, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8 malam kelmarin, akibat serangan virus bahaya itu. -hm


MasyaAllah, Tujuh Kali Dia Gugurkan Bayi

Ipoh: Akibat begitu mudah termakan pujuk rayu teman lelaki, seorang janda muda membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu pernah menggugurkan bayi dalam kandungannya sebanyak tujuh kali dalam tempoh empat tahun.

TERTEKAN...Balqis kini dihantui rasa berdosa

Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Balqis, 32, berkata perkara tidak masuk akal dilakukannya itu bermula selepas dia bercerai dan berkenalan dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin pada 2007.

Menurutnya, lelaki itu berjaya memikat hatinya dengan pelbagai janji manis untuk mengahwininya dalam tempoh terdekat.

“Saya meletakkan harapan tinggi kepadanya apatah lagi dengan hidup saya yang terumbang-ambing selain perlu membesarkan tiga anak hasil perkahwinan pertama sebelum ini.

“Malangnya rasa cinta keterlaluan itu menyebabkan saya terlanjur melakukan hubungan seks berulang kali sehingga mengandung sebanyak enam kali.

“Saya membuat proses pengguguran haram di klinik swasta dengan bayaran RM300 bagi sekali ‘cuci’. Pada mulanya doktor di klinik itu tidak begitu kisah dengan permintaan saya, namun dia mula bimbang apabila saya mahu membuat pengguguran kali kelima.

“Doktor terbabit menasihatkan saya tidak lagi membuat pengguguran janin kerana bimbang ia boleh merosakkan peranakan selain boleh mendapat kanser rahim,” katanya.

Menurutnya, walaupun pernah terlintas rasa berdosa namun dia tetap melakukan perkara terkutuk itu kerana termakan dengan janji kekasihnya untuk berkahwin.

“Pernah sekali saya menanggung kesakitan amat sangat selepas menggugurkan kandungan berusia tiga bulan yang ketika itu sudah mempunyai bentuk bayi. Malah pernah juga saya ‘lekat’ mengandung semula hanya selepas dua bulan menggugurkan janin.

“Sepatutnya saya menjalani tempoh pantang seperti wanita bersalin, namun semua itu saya abaikan kerana faktor kerja selain bimbang diketahui rakan sekerja,” katanya.

Menurutnya, dia hanya mengambil cuti rehat antara empat hari hingga seminggu.

“Akibat terlalu kerap menggugurkan janin, saya mengalami tekanan hidup, murung selain kerap dihantui rasa berdosa. Lebih teruk apabila saya sering bermimpi kanak-kanak menangis ketika tidur.

“Sepanjang empat tahun itu, saya disahkan mengandung enam kali sebelum menggugurkan kandungan itu menyebabkan berat badan saya susut kepada 47 kilogram,” katanya. -hm

Ulasan GB

Lebih teruk apabila saya sering bermimpi kanak-kanak menangis ketika tidur.

Mungkin petunjuk dari Tuhan bahawa kanak-kanak yang menangis itu ialah anak-anakmu yang digugurkan. Wallahu'alam.

Bermohon ampun dan bertaubat nasuhalah semuga taubatmu diterima Allah dan dirimu diterima semula sebagai hambaNya.


Jennifer Peluk Islam Setelah Melihat Umat Islam Dilayan Buruk

Jennifer Fayed merasakan perkawinannya suram. Ia melihat tak ada kesungguhan pada suaminya yang menganggur, yang telah dinikahinya tiga tahun lalu. Ia mendapati dirinya hamil, sementara dua anaknya yang masih kecil belum dapat lepas dari pengawasan.

Jennifer, yang berusia 21 tahun, mulai merenungi tujuan hidupnya di dunia. Fikiran itu menggantung di benaknya: “Pasti ada alasan atas kewujudan saya ini.”

Orang tuanya baru saja berpindah ke Republik Dominican, sebuah negara kecil di Carribean. Ia merasa ditinggalkan, sekalipun punya suami dan dua orang anak. Ini lantaran selama ini ia merasa orang tua lah yang menjadi pautan hidup baginya, yang menjadi dasar bagi siapa dirinya dan akan menjadi siapa ia berjuang.

Kala itu ia sedang tertidur saat mendapat telefon panik dari ibu mertuanya yang berteriak “Ada pesawat jatuh, pesawat jatuh di Manhattan.” Jennifer bertanya bingung, “Apa, apa yang ibu bicarakan!” Ia menghidupkan televisyen dan melihat menara kedua World Trade Center (WTC) diredah pesawat.

“Saya tersentak! Siapa yang melakukannya, siapa yang sanggup melakukan perkara keji ini?” ujar Jennifer. Ia tak percaya apa yang dilihatnya. “Apakah ini mimpi?” Ia berharap ini hanyalah sebuah filem. “Ya, katakan ini hanya filem,” katanya dalam hati.

Ia baru saja mengunjungi WTC sehari sebelumnya. Ia melihat ini sebagai bukti bahwa belum saatnya dia mati. Ia merasa belum mencapai tujuan dalam hidup. “Saya tak tahu apa tujuan itu, tapi ini bukanlah saatnya bagi saya.”

Hari itu Manhattan dilanda kekalutan. Jennifer tak tahu hari itu menjadi awal perubahan drastik yang akan terjadi dalam hidupnya.

Tak beberapa lama setelah serangan 11 September, Jennifer terbang mengunjungi orang tuanya di Republik Dominik. Ketika itu kehamilannya berusia satu bulan. Suaminya telah mengetahui kehamilannya.

Ia berfikir bagaimana memberi tahu kehamilan ini kepada orang tuanya. Maklum, anak pertamanya adalah hasil hubungan di luar nikah, yang membuatnya terpaksa menikah guna menutupi aib. Tak apalah, katanya dalam hati, saya akan memikirkannya di Karibia nanti.

Ia terbang menggunakan American Airlines dengan nombor penerbangan 587. Ia merasakan begitu cepat terbang setelah serangan WTC. Kawalan keselamatan di bandar sangat ketat, dan orang-orang di pesawat berdoa, beberapa bahkan tak lepas berdoa sepanjang penerbangan. “Saya mulai tertawa dalam hati. Jika kami akan mati, maka itu kan takdir kami.”

Jennifer terus memikirkan kehamilannya. Ia sebenarnya tak ingin kehamilan ini. Selain tak direncanakan, ini bererti mulut ketiga untuk diberi makan, sementara ia sudah sengsara menghidupkan dua orang anak, apalagi tiga.

Ia begitu bingung. Ia menghabiskan waktu bersama orangtuanya cuba memberitahu mereka tentang kehadiran bayi. Ia merasa tak sanggup memberi tahu mereka, bahwa puteri tertua mereka kembali untuk mengecewakan mereka.

Kerananya, Jennifer memutuskan untuk melakukan pengguguran dan tak ada yang perlu tahu dirinya hamil. “Penyelesaian yang mudah,” fikirnya dalam hati. Namun, di sisi lain, ia berasal dari keluarga Kristen yang taat, yang memandang pengguguran adalah sesuatu yang dilarang dan berdosa.

Ia kembali ke New York dari Karibia, dan membuat temujanji dengan klinik Planned Parenthood untuk mulai melakukan pengguguran. Ia bertanya apakah dapat menggunakan pil untuk pengguguran ini.

Betapa kecewanya Jennifer bahwa dirinya harus menjalani pengguguran penuh kerana tarikh tamat untuk melakukan pengguguran dengan pil sudah terlewat satu minggu. Ia sangat tertekan. “Saya berkata dalam hati, Oh Tuhan, mereka akan mengangkat bayi ini dari perut saya. Apa yang telah saya lakukan?” Ia tak tahu apakah sanggup melalui ini semua.

Ia memutuskan untuk berdoa kepada Tuhan. Namun, tidak menggunakan Rosario atau pergi ke gereja. Untuk pertama kali, ia akan berdoa langsung kepada Tuhan layaknya teman. Ia merasa Tuhan harus menolongnya. Tuhan adalah tumpuan terakhir.

“Saya menangis sambil terus memohon. Oh Tuhan tolonglah, saya tak tahu apa yang harus dilakukan. Saya ingin bayi ini, tapi pernikahan saya sedang guncang, dan kami tak punya wang untuk menghadirkan seorang bayi lagi ke dunia ini. Saya percayakan sepenuhnya kepada Tuhan. Tolonglah, jika Tuhan menghendaki saya memiliki bayi ini, saya akan menerimanya. Dan, jika kehendak Tuhan untuk mengakhiri kehamilan ini, saya juga akan menerimanya.”

“Saya memasrahkan penderitaan ini kepada Tuhan. Tuhan yang saya sembah dengan cara saya sendiri, bukan dengan cara yang diajarkan kepada saya. Tuhan, yang bagi saya tak punya pendamping, tak punya anak, hanya sesuatu yang saya tahu telah menciptakan saya,” kata Jennifer. Ia kehabisan akal memikirkan kehamilannya.

Hari-hari berlalu, Jennifer sedang menyaksikan televisyen ketika sebuah siaran berita menngganggu acara. “Oh tidak. Tidak serangan teroris lagi,” katanya. Sebuah pesawat kembali jatuh di New York, kali ini di kawasan Queen, daerah asal Jennifer. Ia khawatir ini kembali kerja teroris. Ia terhairan mendengar nombor penerbangan dan tujuan pesawat tersebut. Pesawat naas itu American Airlines dengan nombor penerbangan 587 menuju Republik Dominika. Ya, pesawat yang ditumpanginya seminggu lalu. Rasa dingin menjalar di punggungnya.

Jennifer terpaku. Ia membayangkan mungkin saja dirinya yang ada dalam pesawat itu. Ia merasa ini pertanda dari Tuhan. Ini bukan pertama kali dalam kurang dari sebulan ia begitu dekat dengan kematian. “Tuhan mencuba mengatakan sesuatu.”

Seminggu setelah permohonannya kepada Tuhan, Jennifer mulai merasakan perutnya berkembang. Kembangan ini berbeza dengan yang biasa dirasakan pada masa pertama kehamilan. Ia tidak memperdulikannya, bukan masalah besar.

Hari berlalu, rasa kembangan itu semakin parah, dan perdarahan pun mulai terjadi. Ia begitu takut. “Apakah saya keguguran?” Ia bergegas ke rumah sakit dan menjalani istirehat (bed rest) ketat.

Pulang ke rumah, Jennifer masih perlu beristirehat di tempat tidur sekalipun rasa kembangan mulai berkurang. Saat tertidur, ia merasakan sakit luar biasa. Ia merasakan sesuatu keluar. “Saya tak tahu apa yang harus dilakukan. Saya pergi ke kamar mandi dan menemukan segumpal daging keluar.” Jennifer keguguran di usia kehamilan dua bulan. Saat kembali ke rumah sakit, pihak rumah sakit memastikan ia telah keguguran. Padahal, keesokan harinya, ia dijadualkan oleh Planned Parenthood untuk menjalani proses pengguguran, pada 15 Oktober 2001.

“Ini seakan tidak nyata. Apakah ini keajaiban dari Tuhan? Apakah Tuhan menjawab doa saya. Saya merasa Tuhan memberitahu bahawa kehidupan saya akan berubah. Akan berubah seperti apa? Saya tak tahu. Yang saya tahu, saya harus menyelesaikan kuliah dan saya tidak dapat bertahan lebih lama dengan suami yang tak ingin kerja dan tak punya cita-cita dalam hidup.” Jennifer akhirnya memutuskan untuk bercerai dari suami pertamanya.

Di lingkungannya, New York, Jennifer menyaksikan betapa buruknya perlakuan terhadap Muslim. Perlakuan ini terjadi begitu cepat setelah serangan 11 September. Setiap hari selalu ada berita yang melaporkan tentang kejahatan kerana kebencian terhadap Muslim. “Sungguh mengerikan. Saya menyaksikan langsung orang-orang pindah berjalan di kakilima seberang jalan hanya kerana melhat ada Muslim. Perniagaan kaum Muslim sepi. Tak ada yang ingin membeli dari kedai seorang Muslim. Di jalan, orang-orang berteriak kepada Muslim, Pergi ke negaramu, Teroris, Taliban!!”

“Mengapa orang-orang mengatakan kata-kata ini kepada orang-orang yang tak bersalah? Saya sepakat pelaku serangan adalah orang yang kejam, tapi kenapa menyalahkan orang-orang yang tak ada hubungannya dengan serangan?”

Dari sinilah muncul ketertarikannya. Jennifer mulai ingin tahu apa yang diyakini oleh Muslim. Ketertarikannya semakin besar setiap hari. Ia kemudian mendaftar untuk mengikuti satu kursus di kampus. Di sana ia bertemu Muslim dan melontarkan berbagai pertanyaan tentang Islam. “Mengapa anda mengenakan jilbab? Siapa yang anda yakini? Siapa itu Muhammad yang sering anda bicarakan?”

“Beberapa orang punya jawapan, namun sebagian besar tak tahu bagaimana menjawab pertanyaan saya. Kebanyakan wanita Muslim yang saya tahu tak mengenakan jilbab dan mengatakan ini pilihan, dan mengatakan tak memiliki pengetahuan yang dalam tentang Islam.” Jennifer merasa tak ada orang yang mampu memberikannya jawapan. Sehingga, ia berpaling ke internet untuk mencari jawapan. Di sana lah ia mengetahui tentang Islam.

“Saya tak percaya bahwa Tuhan telah mengutus nabi lainnya setelah Jesus. Saya tahu Tuhan tak akan menciptakan saya dan semua orang di dunia tanpa jawapan atas pertanyaan-pertanyaan kami. Mengapa kami di sini? Mengapa orang-orang selalu mengatakan Tuhan itu tritunggal, dan ini hanya menguatkan apa yang saya percayai sejak berusia 14 tahun bahwa Tuhan itu satu tanpa pendamping.”

“Saya mencari kebenaran atas semua pertanyaan saya dan Islam menjawab semuanya. Muhammad adalah nabi yang luar biasa. Ia adalah nabi terakhir, yang terakhir diutus Tuhan untuk menyampaikan pesan terakhir-Nya kepada kita.”

Jennifer memutuskan untuk menggali lebih jauh tentang Nabi Muhammad. “Apakah ia benar-benar manusia? Apakah dia benar-benar ada?” Jennifer terkejut mengetahui Nabi Muhammad adalah manusia sebenarnya. Bukan saja Muhammad adalah seorang nabi yang menyampaikan wahyu, namun seluruh hidupnya telah dikisahkan. “Saya takjub, inilah agama saya,” fikirnya. “Keyakinan yang selama bertahun-tahun saya cari, yang disebut Islam,” katanya.

Jennifer mengikuti tarawih Ramadhan pada musim gugur 2002, meski ia belum masuk Islam. Saat itu masjid penuh oleh jamaah. “Tak seperti keuskupan yang hanya dihadiri satu jenis ras atau kebangsaan di sebuah gereja khusus, masjid dipenuhi berbagai orang dari berbagai spektrum. Mereka sangat akrab dan selalu mengatakan Assalamualaikum,” ia mengisahkan. Ia tak tahu apa ertinya itu. Ia hanya mengangguk malu.

“Saatnya melaksanakan solat. Ini solat pertama saya seperti seorang Muslim,” katanya. Ia sebenarnya tak tahu apa mereka lakukan. Namun, seorang temannya mengatakan ‘ikuti saja apa yang mereka lakukan’. Jadi, itulah yang ia lakukan.

Jennifer berkomat-kamit meniru jamaah lainnya. Ia juga ikut bersujud, tanpa tahu maksud dan alasannya. “Saya menikmatinya. Saya kagum bahawa semua Muslim menghadap Kaabah di saat yang sama setiap solat, tak peduli dari belahan bumi mana mereka berasal. Kami tak punya ini di Kristen, sama sekali tak punya,” paparnya.

Saat itu ia mengenakan jilbab untuk menghormati para jamaah. Ia tak tahu bagaimana cara mengenakan jilbab. Jadi, ia membeli dua helai selendang (scarf) yang ia pasang sekenanya. “Saya merasa anggun dan hangat saat mengenakan jilbab. Saya bisa berjalan di jalanan tanpa dipandang sebagai objek seksual. Orang-orang memang menatap saya, tapi saya tak peduli.”

Pulang dari masjid pada hari itu, ia bertekad untuk mengenakan jilbab setiap saat. “Orang-orang terus mengatakan bahwa saya tak perlu mengenakan jilbab kerana saya bukan seorang Muslim. Saya hanya menyatakan ini keputusan saya dan ini bukan urusan mereka. Saat mengenakan jilbab, ada perasaan aman, perasaan hangat dalam hati, bahwa saya mengikuti perintah Tuhan. Saya tak peduli terhadap tatapan dan komentar negatif dari orang lain.”

Jennifer merasa belum melakukan cukup. Ia pun melakukan puasa dalam beberapa hari di bulan Ramadhan. Lalu, ia berfikir bagaimana mengatakan ini semua kepada orang tuanya.

Saat orang tuanya datang dari Republik Dominik, Jennifer tengah serius mempertimbangkan untuk mengucap syahadat. “Hanya saja, saya tak tahu bagaimana memberi tahu keluarga saya, terutama ibu saya kerana ia sangat cerewet kepada saya. Saya telah mengenakan jilbab, jadi saya tak bisa melepaskannya hanya kerana mempertimbangkan perasaan ibu saya, kerana kewajiban saya adalah kepada Allah, lalu baru kepada orang tua,” ungkapnya.

Sebagai awal, Jennifer memberitahu adiknya, Catherine, yang lima tahun lebih muda. Ia ingin melihat reaksi Catherine, yang mungkin akan sama dengan reaksi orang tuanya. Ia memanggil Catherine dan berkata, “Hey Catherine, saya melakukan sesuatu.”

Adiknya tak terkejut. Maklum, Jennifer memang biasa melakukan sesuatu di luar norma. “Apa yang kamu lakukan kali ini Jennifer?”

Jennifer mengatakan dirinya sedang mempertimbangkan masuk Islam, dan ia kini telah mengenakan jilbab. Catherine tertawa kencang. “Ia mengatakan kini saya benar-benar telah ‘melakukannya’ dan orang tua kami akan ‘membunuh’ saya. Ia juga mengatakan tak percaya saya kini salah satu dari teroris itu.”

Namun, Catherine segera menyambung kalimatnya, “Kamu kakak saya dan saya menyayangi kamu tak peduli apa agama yang kamu anut.” “Ia juga mengatakan bahawa orang tua kami akan mengamuk,” ujar Jennifer. Tak berhenti di situ, Catherine lantas mengatakan “Jangan beri tahu ayah dan ibu tanpa saya ada di sana, jadi saya boleh mentertawakan kamu.” Jennifer tahu adiknya hanya bergurau.

Jennifer akhirnya memberanikan diri memberi tahu orangtuanya. “Ayah saya boleh menerimanya. Saya fikir kebanyakan lelaki akan dapat menerimanya jika hal itu bererti sang anak akan menutupi tubuhnya.”

Namun, ibunya sangat marah dan terperanjat. “Dia terus meyakinkan saya bahawa saya salah langkah dan Islam bukan agama yang tepat. Satu yang yang paling memberatkannya adalah saya mengenakan jilbab.”

Perlu dua minggu bagi ibunya untuk kembali tenang. “Tak lama mereka ahirnya dapat menerima. Bagaimanapun, ibu saya terus mengatakan bahawa ini hanyalah sementara, di satu tahap, dan saya akan kembali tersadar,” ungkap Jennifer. Seminggu berselang, Jennifer akhirnya memutuskan untuk mengucap syahadat.

Hari itu, Jumaat pertama Januari, Jennifer bangun pagi dengan perasaan bersemangat. Ini dia harinya, hari dimana ia akan mengucap syahadat. Ia lalu mandi dan mengejar kereta untuk pergi ke masjid untuk mengucap syahadat.

Di masjid, ia menemui imam dan mengatakan ingin mengucap syahadat. Si imam menatapnya dengan senyuman dan mengatakan “Anda yakin, ini yang benar-benar anda kehendaki?” Dengan semangat Jennifer menjawab “Ya, ya, ini keputusan saya.”

“Maka, di hari itu, seluruh saudara seiman, laki-laki dan perempuan, bergabung untuk menyaksikan saya masuk Islam,” kata Jennifer. “Hari itu, begitu banyak orang mengucap selamat dan mengatakan kepada saya jika saya memerlukan apa pun, mereka akan membantu saya. Saya begitu beruntung. Di sini lah saya bersama keluarga baru, sebuah keluarga yang anggotanya berasal dari seluruh belahan bumi.”

“Pada Jumat malam itu saat saya tidur, malam pertama saya sebagai Muslim, saya mengalami mimpi terindah, sebuah kurnia. Saya berada di sebuah lembah yang dipenuhi rerumputan hijau nan indah. Perbukitannya begitu indah, tak pernah saya lihat sepanjang hidup, dan saya berjalan di sana menuju seorang lelaki. Dia juga berjalan ke arah saya, dia mengenakan pakaian putih. Wajahnya samar, tak mirip wajah manusia yang sebenarnya, namun terang seperti matahari. Saya merasa begitu hangat dan aman. Dia memegang tangan saya dan kami berjalan bersama ke arah sebuah batu melingkar yang besar. Di batu itu ia duduk dan saya duduk di rumput. Ia kemudian mengatakan kepada saya ‘Selamat datang ke Islam’.”

Saat terbangun, Jennifer merasakan perasaan yang begitu indah dalam hatinya. “Saya fikir inilah Rasul. Ia datang untuk menyambut saya masuk Islam. Saya kemudian mendapati bahawa itu bukan Nabi Muhammad, tapi salah satu malaikat Allah yang telah menyambut saya, karena malaikat tak memiliki wajah manusia, namun wajahnya samar (blur).”

Jennifer merasa sangat istimewa sejak hari itu. “Seorang malaikat, malaikat Allah datang untuk menyambut saya kepada agama Allah, agama saya. Agama yang begitu saya inginkan sejak kecil. Islam adalah agama yang sebenarnya.”

Jennifer Fayed kini menjadi penulis yang tingal di Carolina Utara, AS. Berbagai tulisannya telah menginspirasi ramai orang. Ia memiliki sarjana di bidang pemasaran, dan anggota aktif Muslimah Writers Alliance.