7 Dis 2010

Kes Video Lucah: Ariel Dakwa Polis Tidak Adil

Polis tak adil!

JAKARTA: Vokalis Peterpan, Ariel, menganggap polis tidak berlaku adil ke atasnya ketika mengendalikan kes penyebaran klip video lucah yang menggemparkan dunia hiburan baru-baru ini.

Kini dibicarakan, peguam Ariel, Boy Afrian Bondjol berkata, polis tidak sepatutnya membiarkan ramai penyebar video itu bebas.

Katanya, berlaku banyak kejanggalan apabila pihak berkuasa hanya menahan seorang lelaki, Redjoy, kerana menyebarkan rakaman sulit berkenaan, sebaliknya ramai penyebar lain tidak dikenakan tindakan.

“Penyebar rakaman video Ariel, Luna Maya dan Cut Tari ke Internet masih bebas,” katanya, semalam.

Sepatutnya, kata Boy Afrian, tindakan tidak terhad kepada Redjoy semata-mata.

“Pihak berkuasa ada nama-nama mereka yang disyaki selain Redjoy (gambar), seperti Anggit dan lain-lain,” katanya.

Pada 23 Julai lalu, tiga mahasiswa - dikenali hanya sebagai DP, RF dan AE - ditahan polis untuk disoal siasat.

Mereka disyaki mempunyai peranan menyebar klip video aksi ranjang Ariel bersama Cut Tari dan Luna.

Mereka dipercayai memuat naik rakaman itu ke Internet dari kawasan Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat.

Polis turut mengenal pasti penyebar pertama video itu - dikenali sebagai A, juga seorang mahasiswa yang disingkirkan - dan menetap di Bandung.

A dipercayai mahir dalam bidang teknologi maklumat walaupun tidak menamatkan sebarang pengajian rasmi.

Sehingga kini, status mereka tidak dapat dipastikan dan hanya Redjoy dibicarakan. - Agensi

Berita berkaitan

Ariel Mahu Bertaubat, Lihat Gambar Terhangatnya, PANAS!

Khir Toyo Sepatutnya Kosongkan Juga Kerusi ADUN Sungai Panjang

Khir Toyo serah surat letak jawatan Ketua Pembangkang esok

Khir didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam. — gambar fail

SHAH ALAM, 7 Dis — Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kepada Badan Perhubungan Umno negeri, esok.

Katanya beliau menyerahkan kepada Badan Perhubungan Umno negeri untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk mengisi jawatan itu.

“Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada Badan Perhubungan Umno Selangor sebagaimana yang diumumkan menerusi laman blog saya, www.drkhir.com, semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Semalam, bekas Menteri Besar Selangor itu menerusi laman blognya mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang Selangor berkuatkuasa serta-merta.

Beliau yang juga Adun Sungai Panjang dan anggota jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Negeri, turut berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan berhubung jawatannya dalam parti.

Semalam Khir, 45 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di No 8 dan No 10, Jalan Suasa 7 /1L, Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM6.5 juta yang dibeli dengan harga hanya RM3.5 juta.

Selain beliau, pengarah syarikat Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Haryoni, 52, yang menjual hartanah tersebut turut didakwa atas tuduhan bersubahat melakukan kesalahan itu dengan Khir pada 29 Mei 2007.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Khir yang menjadi Menteri Besar Selangor ke-13 menggantikan Tan Sri Abu Hassan Omar, dari Ogos 2000 hingga Februri 2008, berkata beliau memutuskan meletak jawatan demi kebaikan parti dan juga taraf jawatan tersebut.

Katanya, adalah lebih baik beliau melepaskan jawatan tersebut sementara menunggu proses mahkamah yang akan menentukan sama ada beliau bersalah ataupun tidak mengikut pertuduhan itu.

Beliau berkata keputusan itu diambil kerana khuatir kemungkinan akan wujudnya pelbagai andaian serta spekulasi daripada pihak luar khususnya pembangkang yang akan mengaitkan tuduhan itu dengan parti dan jawatan Ketua Pembangkang Selangor
. — Bernama

Ulasan GB

Jika demikian menurut kata Khir (tulisan yang ditebalkan) adalah wajar juga untuk Khir Toyo mengosongkan kerusi ADUN Sungai Panjang kerana rakyat boleh juga mengaitkan tuduhan itu dengan jawatan yang dipegang oleh Khir dahulu iaitu Menteri Besar yang diperolehi setelah menang pilihanraya di DUN.

Apa-apa pun rakyat sedang mengikuti perkembangan kes ini samada UMNO BN benar-benar bertindak untuk mengambil tindakan ke atas perasuah-perasuah atau ia sekadar bermain wayang.

Kes Khir Toyo: Najib Dingat Jangan Hanya Bersandiwara

Kerajaan Dibidas Umum Kenaikan Harga Secara "Tembak Curi"

MTUC dakwa kerajaan ‘tembak curi’ umum selaras subdisi, naik harga

Penyokong protes kenaikan harga minyak mengambil bahagian dalam sebuah demonstrasi di Kuala Lumpur, 13 Jun 2008. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Konges Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyifatkan kerajaan memilih cara “tembak curi” untuk mengumumkan pelarasan subsidi yang membawa kepada kenaikan harga bahan api dan gula berkuat kuasa Sabtu lalu.

Sehubungan itu badan induk pekerja itu berkata, langkah kerajaan yang diumumkan petang Jumaat lalu amat dikesali kerana keputusan diambil tanpa mengadakan perbincangan dengan kesatuan sekerja, badan pertubuhan bukan kerajaan termasuk badan pengguna.

“Kerajaan memilih malam Jumaat lalu untuk menaikkan harga bahan bakar petroleum dan harga gula.

“Ini untuk memastikan bahawa berita kenaikan harga bahan-bahan keperluan asas ini tidak serta-merta akan disambut oleh para wakil rakyat di Parlimen.

“Kali ini kerajaan telah memilih cara ‘tembak curi’ tanpa banyak perbincangan dan memberi maklumat awal,” kata Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud dalam satu kenyataan.


Katanya, sebelum ini pegumuman kenaikan harga bahan bakar petrol dibuat ketika sidang Parlimen ditangguh.

“Amat jelas tarikh dan masa dipilih sebagai taktik pengolahan berita untuk memastikan berita ini akan tenggelam dan diharapkan orang ramai akan lalai dan tidak marah.

“Setelah diumumkan kenaikan harga ini para menteri yang bertanggungjawab dan menteri yang lain terus ‘padam’ tidak memberikan apa-apa pandangan.

“Seolah-olah adanya arahan agar berita kenaikan harga barangan ini tidak dibincangkan secara meluas,”
kata Syed Shahir.

Beliau mendakwa satu pekara yang amat jelas ialah bagaimana berita kenaikan bahan asas ini diolah untuk memperdaya pandangan orang ramai.

Katanya lagi, perkataan seperti keseragaman harga, penyelarasan harga, penarikan subsidi, rasionalisasi harga telah digunakan.

“Perkataan ‘naik harga’ terus tidak muncul dalam akhbar dan media
.

“Kenaikan harga bahan asas ini pasti akan membawa padah terutama kepada kaum pekerja yang berpendapatan rendah. Apabila harga barang keperluan asas ini naik, ia bermakna gaji kaum pekerja menurun.

“Kuasa beli yang dimiliki melalui upah gaji pada hakikatnya semakin merosot. Dua puluh sen harga gula naik ertinya dua puluh sen pula duit gaji kita semua turun,” kata beliau lagi.

Pemimpin kesatuan ini juga berkata, harus disedari bahawa walaupun yang dinaikkan hanya harga hanya gula dan bahan bakar petroleum tetapi yakinlah barangan lain juga akan turut sama naik.

“Ini kerana bahan-bahan ini bukan tegak berdiri sendirian.

“Gula bersangkutan dengan minuman dan kuih-muih manakala minyak, satu bahan yang paling penting untuk pengangkutan akan menjemput kenaikan harga bahan bahan lain,” kata beliau.

Syed Shahir juga berkata MTUC mahu agar pentadbiran Najib yang berslogankan “Rakyat Didahulukan” akan menterjemahkan slogan ini dengan tepat.

“Tembak curi tidak selari dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan
,’” katanya. -TMI

Mati Dipijak Gajah Liar Di Gua Musang

Gua Musang, 7 Dis — Seorang lelaki maut dipijak gajah liar manakala empat rakannya terselamat dalam kejadian dikejar sekumpulan gajah semasa mereka mencari buah keranji di Hutan Bring, dekat Pos Pasik di sini petang semalam. (Gambar fail)

Mangsa, Muhamad Adnan Iberahim, 26, dari Kampung Bertam Lama, Gua Musang ditemui meninggal dunia ditempat kejadian oleh rakan-rakannya itu dipercayai dipijak gajah liar terbabit di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah, berkata lima sahabat itu telah keluar mencari buah keranji pada pukul 8 pagi dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Sebaik sampai di hutan berkenaan mereka berjalan kaki dalam kawasan hutan untuk mencari pokok keranji lalu terserempak dengan sekumpulan gajah yang dikatakan mengejar mereka.

“Dalam kejadian dikejar, masing-masing lari menyelamatkan diri sebelum mereka menyedari kehilangan Muhamad Adnan,” katanya di sini, hari ini.

Saiful Bahari berkata rakan-rakannya itu kemudian berpatah balik mencari mangsa selepas kumpulan gajah itu beredar dari kawasan berkenaan.

“Mereka menemui mangsa dalam keadaan cedera parah dan telah meninggal dunia dan membawa mayat itu ke rumahnya sebelum membuat laporan polis,” katanya. — Bernama

Kulitnya Dipenuhi Kepingan Putih Seperti Kelumumur

Enam bulan tidak mandi

ENAM tahun lepas, Mohd. Amir Zulkifli, 43, pelik melihat kulit kepalanya yang sering berkelemumur. Walaupun baru dibasuh dengan syampu berubat, dalam masa setengah jam, kulit kepalanya kembali ditumbuhi kepingan putih yang merimaskan.

Menganggapnya sebagai kelemumur biasa yang disebabkan oleh peluh, Amir langsung tidak menyangka ia adalah simptom penyakit kulit, psoriasis, yang hampir melumpuhkan hidupnya.

Keadaan Amir bertambah teruk dua tahun lepas. Kepingan kelemumur bukan sahaja memenuhi kulit kepala, malah merebak ke seluruh tubuhnya, kecuali bahagian muka.

“Dalam masa dua bulan, badan saya penuh dengan tompok putih. Kawasan yang paling teruk ialah di bahagian belakang badan, siku, lutut dan lipatan kaki.

“Pergerakan saya sangat terbatas. Saya juga jarang berbaju untuk mengelak kepingan putih terkopek dan tertanggal.

“Ini kerana kepingan baru akan terbentuk jika tidak dirawat dengan sempurna.

“Lebih kurang enam bulan saya tidak mandi kerana keadaan kulit yang sangat sensitif.

“Ia mudah terluka dan pedih apabila terkena air,” katanya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.

Ganti kulit

Penderitaan anak kelahiran Kulim, Kedah, ini tidak terhenti di situ. Empat bulan dia hanya terlantar kerana psoriatic artritis tersebut telah melemahkan seluruh sendi di tubuhnya.

Kuku kaki serta tangan Amir juga bertukar warna dan tertanggal.

“Dalam keadaan begitu, tidak banyak perkara yang saya boleh lakukan kecuali berharap ada penawar untuk penyakit saya ini.

“Saya juga tidak boleh berada dalam keadaan tertekan kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.

“Apabila saya stres, kulit akan kemerah-merahan dan tompok putih semakin banyak yang keluar,” katanya.

Jelasnya, setakat ini hampir RM20,000 dibelanjakan untuk merawat penyakit kulitnya itu, namun hanya baru-baru dia bertemu dengan penawar yang serasi.

“Saya disyorkan oleh seorang rakan untuk menggunakan produk penjagaan kulit alternatif.

“Alhamdulillah, selepas empat bulan meminumnya, keadaan saya semakin pulih.

“Kulit semakin sihat dan tompok putih semakin menyusut dan hilang,” ujarnya.

Psoriasis yang dialami Amir bukan penyakit baru malah ia merupakan salah satu penyakit kulit tertua dan sering disalah anggap.

Sering dibayangi stigma penyakit untuk orang pengotor dan menjijikan, psoriasis sebenarnya adalah penyakit sistem imuniti badan menyerang diri sendiri atau autoimun yang berulang.

Ia juga dikenali sebagai penyakit kulit poliferatif atau ketumbuhan benigna kronik yang bermaksud ‘gatal’ dalam bahasa Yunani.

Fungsi sel darah putih (sel limfosit T) yang tidak normal mencetuskan keradangan dan gerak balas imun pada kulit.

Bagi kulit normal, proses penggantian kulit berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa antara 28 hingga 30 hari sebelum sel mati ini tanggal daripada badan.

Namun, bagi pesakit psoriasis, kecelaruan sistem imun badan ini menghantar isyarat untuk mempercepatkan proses kitaran kulit kepada tiga hingga tujuh hari sahaja.

Ini menyebabkan kulit sel kulit membahagi dengan cepat.

“Keadaan itu menyebabkan tubuh tidak dapat membuang lebihan sel kulit yang berkumpul.

“Sebaliknya, ia timbul di permukaan kulit sebagai kepingan atau tompok putih yang disebut sebagai plak psoriasis.

“Apabila digaru, kulit akan mudah berdarah, pedih dan gatal. Namun, tidak semua pesakit berdepan gejala yang sama,” jelas Pakar Perunding Penyakit Kulit, Dr. Mohd. Noh Idris (gambar).

Bersisik

Punca sebenar psoriasis belum dikenal pasti namun apa yang pasti, penyakit kulit ini tidak berjangkit, sama ada melalui sentuhan, udara, mahupun hubungan seks.

Merujuk kepada kajian mengenai psoriasis yang dijalankan oleh Persatuan Dermatologi Malaysia, dianggarkan dua hingga tiga peratus rakyat di negara ini menghidap psoriasis.

“Ia bermakna hampir sejuta rakyat negara ini mendapat psoriasis.

“Begitupun, 80 peratus daripada penghidap tidak mendapat prosriasis kronik sebaliknya hanya mendapat psoriasis plak, iaitu radang akibat tompok bersisik yang timbul di beberapa bahagian tubuh,” kata Mohd. Noh.

Jelasnya lagi, tahap jangkitan psoriasis bermula daripada tompok kecil di satu bahagian seperti kulit kepala, siku dan kawasan lipatan yang merebak hingga ke seluruh permukaan badan.

Kulit menjadi tebal dan keras di kawasan radang ini dan lapisan keras ini mengakibatkan sel-sel mati berwarna perak.

Penyakit yang tidak boleh dijangka pertumbuhannya ini juga tidak memilih pesakit sama ada lelaki atau perempuan, berkulit cerah atau gelap, muda atau tua.

“Sebanyak 40 hingga 60 peratus psoriasis dikaitkan dengan faktor keturunan.

“Selain itu, pengambilan kortikosteroid, alkohol yang berlebihan, merokok, jangkitan kuman, kecederaan kulit dan tindak balas terhadap bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu turut menyebabkan jangkitan penyakit ini,” katanya.

Tidak menolak gangguan emosi dan tekanan yang perlu dihadapi pesakit, Mohd. Noh memberitahu, penyakit yang boleh berulang ini mampu mendatangkan kemurungan.

Malah, melalui beberapa kajian, pesakit psoriasis yang teruk juga menunjukkan jangka hayat yang lebih pendek.

“Tidak semua orang menderita kerana psoriasis.

“Bagi ibu mengandung, psoriasis akan berkurangan malah mereka berpotensi untuk sembuh,” ujarnya. -kosmo

Agong: Jangan Runtuhkan Perpaduan Hanya Kerana Penuhi Tuntutan Pihak Yang Rakus

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini bertitah supaya rakyat Malaysia tidak meruntuhkan perpaduan yang dibina hanya kerana memenuhi tuntutan segelintir pihak yang ekstrem dan rakus meraih keuntungan untuk kelompok sendiri.

"Perancangan pembangunan negara pasti akan terbantut sekiranya perpaduan dan keharmonian rakyat tidak dipertahankan bersama," titah baginda pada sambutan Ma'al Hijrah 1432 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Baginda bertitah, negara akan terdedah kepada kemunduran dan kehancuran sekiranya masyarakat saling curiga mencurigai serta saling bertelagah.

"Adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi memastikan negara dalam keadaan aman dan berjaya untuk diwarisi oleh anak-anak kita nanti," titah baginda.

Seri Paduka bertitah, untuk mencapai perpaduan yang diidamkan bukanlah satu yang mudah, dan semua pihak harus memainkan peranan dan membuktikan keikhlasan bagi mencapai tujuan tersebut.

Baginda bertitah, semua kaum haruslah saling memahami dan menghormati serta bertolak ansur demi keharmonian rakyat dan negara.

"Bagi umat Islam, binalah ummah dan negara yang tercinta ini atas dasar iman dan ukhuwah yang erat. Ambillah pengajaran daripada peristiwa hijrah ini dengan penuh keinsafan dan mengharapkan keredaan Allah Subhanahu wata'ala," titah baginda.

Menyentuh mengenai peristiwa Hijrah, Tuanku Mizan bertitah peristiwa itu telah membawa perubahan dan transformasi positif pada sikap dan cara hidup umat Islam dan telah menggambarkan betapa perlunya pengorbanan dan usaha yang gigih dalam mencapai kejayaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Umat Islam perlu mengambil contoh golongan Muhajirin dan Ansar yang sanggup mengorbankan kepentingan sendiri demi Islam, titah baginda.

Baginda bertitah, semua pengajaran ini akan tinggal dalam lipatan sejarah sekiranya "kita terus leka dan hanya berbangga dengan pencapaian umat terdahulu sedangkan kita sendiri tidak pernah berubah untuk mencapai kejayaan."

Baginda juga berharap rakyat Malaysia dapat sentiasa berusaha mengekalkan perpaduan di negara ini, dan bagi umat Islam turut menghayati tema sambutan Ma'al Hijrah tahun ini iaitu "1Malaysia, 1Ummah."

Seri Paduka turut menyarankan semua pihak, terutama agensi kerajaan dan sektor swasta supaya meningkatkan lagi program penghayatan nilai berteraskan tuntutan agama bagi melahirkan modal insan berintegriti tinggi. - Bernama

Ulasan GB

Titah Yang Dipertuan Agong di atas sepastinya setelah baginda menerima memo dari MB Selangor mengenai isu Air SYABAS yang mana SYABAS telah cuba untuk menaikkan kadar tarif air di negeri Selangor hingga menimbulkan keresahan rakyat.

Apa yang dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong itu ada mesej tersirat apatah lagi baginda menitahkan supaya rakyat Malaysia tidak meruntuhkan perpaduan yang dibina hanya kerana memenuhi tuntutan segelintir pihak yang ekstrem dan rakus meraih keuntungan untuk kelompok sendiri.

Persoalan siapakah yang ekstrem dan rakus yang meraih keuntungan untuk kelompok sendiri jika bukan pihak yang berusaha untuk menzalimi rakyat? Menaikkan kadar air sedangkan gaji Pengerusinya sahaja hampir setengah juta sebulan? Kemudian menggunakan asset kerajaan negeri sejumlah RM10.9 billion secara percuma sejak SYABAS ditubuhkan?

Baginda tidak campur hal ehwal politik, tetapi baginda prihatin terhadap nasib rakyat yang ditindas oleh golongan ekstrem dan rakus meraih keuntungan untuk kelompok sendiri tersebut.

Kenyataan Ku Li Adalah Pandangan Peribadinya

Kenyataan Ku Li pandangan peribadi, kata pengelola istana

Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata tindakan tokoh politik veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang masih mempertikai kedudukan Sultan Kelantan dari segi undang-undang adalah hak dan pandangan peribadi beliau.

Katanya, ini kerana kedudukan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telahpun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

“Saya juga tidak dititahkan untuk membuat kenyataan berhubung kenyataan (Tengku Razaleigh) itu. Barangkali ia perlu dikaji oleh pakar yang berkaitan undang-undang,” katanya.

Abdul Halim memberitahu pemberita demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Hijratul Rasul peringkat Negeri Kelantan yang disempurnakan Sultan Muhammad V, di Kota Bharu malam tadi.

Menurutnya, beliau perlu mendapat titah daripada Sultan sebelum mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung kenyataan Tengku Razaleigh itu.

Bekas menteri kewangan itu, dalam kenyataan kepada media semalam masih mempersoalkan status kedudukan Sultan Kelantan dari undang-undang.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas diminta mengulas keputusan Sultan Muhammad Ke-V memperkenankan penarikan balik dua anugerah kebesaran negeri, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) dan tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi I).

Pada 5 Disember, Istana Kelantan mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran itu yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh.

Ini berikutan kenyataannya sebelum itu yang disiarkan akhbar berbahasa Cina dan menyinggung perasaan Sultan Kelantan.

Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.

Tengku Razaleigh, 73, yang juga ketua Umno Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. - Bernama

Ng Desak Khir Toyo Gugurkan Saman Malu

Gugur saman malu" – kata Ng kepada Khir

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan Ng Suee Lim mahu bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo menggugurkan saman malu terhadap beliau kerana mendedahkan penyelewengan tanah hingga menyebabkan beliau didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Ng berkata, tindakan undang-undang hari ini oleh SPRM yang semakin lama dinanti-nanti memberi isyarat bahawa Khir berbelanja besar untuk membina mansion bertema Bali di Seksyen 7, Shah Alam dan harga yang dibayar untuk tanah berkenaan bukanlah dakwaan kosong semata-mata.

"Saman malu terhadap saya harus digugurkan kerana dengan tuduhan dan penahanan beliau terbukti tuduhan itu bukannya tidak berasas.

"Walaupun beliau mempunyai hak untuk meneruskan tindakan saman, saya fikir beliau telah kehilangan kuasa politik untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap saya," kata Ng apabila dihubungi FMT semalam.

Ng menerima notis saman daripada pasukan undang-undang Khir tahun lalu apabila beliau mendakwa Khir membina mansion pada harga RM20 juta dan membeli tanah pada harga RM3.8 juta ketika beliau menjadi menteri besar. Ini menimbulkan tanda tanya bagaimana beliau mampu berdasarkan gaji sebagai seorang menteri besar.

khir beria-ia menafikan dakwaan tersebut dan berkata, beliau membuat pinjaman RM3.5 juta dari sebuah bank antarabangsa untuk membeli hartanah itu dan menolak tuduhan hartanah itu berharga RM24 juta.

Beliau juga mendakwa beliau mampu membeli mansion berkenaan berdasarkan sumber pendapatan perniagaannya sebagai seorang doktor gigi.

Apabila ditanya sama ada usahanya untuk membawa Khir ke muka pengadilan mendatangkan hasil, Ng berkata, beliau tidak berpuas hati kerana SPRM lambat bertindak terhadap menteri besar itu.

"Ia mengambil masa setahun lima bulan untuk akhirnya beliau didakwa di mahkamah. Bagaimanapun, saya rasa lega dan mengalu-alukan langkah ini walaupun terlalu perlahan, kata Ng, menambah SPRM sepatutnya bertindak cepat apabila beliau mendedahkan perkara ini pada Julai tahun lepas.

Masa depannya sebagai ahli politik tidak menentu

Khir ditahan di pejabatnya di Shah Alam jam 9.00 pagi semalam dan kemudian dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Beliau didakwa melakukan penyelewengan dalam urusan tanah untuk tujuan membina mansion, manakala pengarah syarikat pemaju Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Haryoni didakwa kerana bersubahat.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah di depan hakim Mahkamah Sesyen yang menetapkan ikat jamin RM750,000 dan membenarkan pihak pendakwaraya memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Khir didakwa mendapatkan untuk dirinya sendiri, isterinya Zahrah Kechik, dua bidang tanah dan rumah beralamat No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam dari Ditamas melalui Shamsuddin pada harga RM3.5 juta sedangkan lot-lot itu dibeli oleh Ditamas dengan harga RM6.5 juta pada 23 Disember 2004.

Adun Sungai Panjang dan ketua pembangkang Selangor itu didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Jika sabit kesalahan, masa depannya sebagai ahli politik menjadi tanda tanya kerana beliau mungkin tidak layak bertanding dalam pilihan raya akan datang, yang diramalkan tidak lama lagi, melainkan kes itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Ng berkata ini tidak ada kena mengena dengan pilihan raya umum akan datang apabila ditanya tentang hal ini.

"Perdana Menteri Najib Tun Razak mahu membersihkan imej Barisan Nasional yang tercemar dan boleh jadi sebagai satu helah untuk mengalihkan pandangan rakyat dari kenaikan harga barang keperluan baru-baru ini.

"Sebab itu, langkah ini dilihat perlu untuk membuat rakyat gembira buat seketika," ujar beliau. -FMT

Kes Khir Toyo: Najib Dingat Jangan Hanya Bersandiwara

Kes Khir Toyo: Pemimpin Pakatan gesa Najib buktikan BN serius

KUALA LUMPUR, Dis 6 – Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menggesa pentadbiran Najib agar memastikan kes melibatkan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang dihadapkan di mahkamah hari ini dikendalikan dengan telus.

Kata beliau pendakwaan terhadap seseorang pemimpin tidak akan membuahkan sebarang hasil tanpa berbekalkan bukti dan fakta yang kukuh.

Justeru pemimpin PKR itu juga menganggap bahawa kes terhadap Dr Khir hanya taktik kerajaan BN untuk meraih sokongan undi dalam pilihan raya umum ke-13, tetapi berharap itu hanya spekulasinya semata-mata.

“Saya harap spekulasi ini tidak benar. Tetapi kalau BN benar-benar tidak ikhlas, saya rasa orang ramai tidak akan mudah melupakan kes ini,” kata Khalid kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Menteri Besar berkata, kerajaan perlu membuktikan bahawa kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan orang berprofil tinggi juga dianggap sebagai kes jenayah.

Dr Khir yang merupakan bekas menteri besar Selangor kini memegang jawatan Ketua Pembangkang BN di negeri Selangor yang dikuasai kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam tulisan blog petang tadi, Dr Khir berkata beliau mahu melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Selangor dengan serta-merta.

“Saya harap pihak berkuasa akan bersungguh-sungguh kerana tiada gunanya mendakwa seseorang tanpa siasatan terperinci. Pihak pendakwaan mesti membekalkan segala bukti rasuah dan penyalahgunaan kuasa demi membuktikan pihak mahkamah bebas daripada pengaruh ahli politik.

“Oleh itu, kes ini mesti dikendalikan dengan sebaik-baiknya,” kata Khalid.

Dalam pada itu, PAS menganggap pendakwaan ke atas Dr Khir mencerminkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jauh lebih lemah dalam memerangi rasuah berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi Perdana Menteri dahulu.

Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata, pentadbiran Abdullah yang lebih dikenali sebagai Pak Lah berani membuat pendakwaan ke atas Tan Sri Kasitah Gaddam ketika Kasitah masih lagi berstatus Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi sedangkan pentadbiran Najib mendakwa Dr Khir menggunakan kedudukan sebagai ketua kerajaan negeri tiga tahun lalu dengan membeli dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 Shah Alam selepas hampir tiga tahun Dr Khir menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Pak Lah tanpa (polisi) ETP (Pelan Tranformasi Ekonomi) pun berani mendakwa menteri bernama Kasitah tetapi Najib nampak lebih lemah kerana hanya berani mambuat pendakwaan rasuah kepada seseorang apabila tidak lagi menjadi nenteri besar di sebuah negeri yang kaya,” ujar Mahfuz kepada The Malaysian Insider.

Pendakwaan ke atas Dr Khir itu, menurut Mahfuz turut menyerlahkan kelemahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan pusat pimpinan BN.

Dr Khir merupakan pemimpin tertinggi kedua daripada kerajaan BN dihadapkan di mahkamah sejak Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Sebelum ini, bekas presiden MCA dan bekas menteri pengangkuatan Tun Dr Ling Liong Sik dibawa ke mahkamah berhubung isu projek Zon Bebas Pelabuhan Klang.

Ini juga menyerlahkan kelemahan SPRM sendiri yang bertindak ke atas seseorang yang tiada apa-apa jawatan.

“Cukup memalukan apabila pendakwaan ke atas Dr Khir ini seperti pendakwaan SPRM berhubung skandal rasuah di Zon Bebas Pelabuhan Klang sebelum ini apabila Tun Lim tidak lagi menjadi Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan,” kata beliau.

Dr Khir dihadapkan ke mahkamah sehari selepas BN mengadakan konvensyennya.

Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Disebabkan itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mengajak rakyat supaya tidak menaruh harapan yang tinggi kepada Najib dalam menangani beberapa lagi skandal rasuah berprofil tinggi yang lain.

Kelemahan ini adakah memberanikan Najib untuk membenarkan Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa selepas (penulis) Barry Wain mendedahkan sikap Dr Mahathir dalam (buku) ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent’.

“Kelemahan ini adakah memberanikan Najib menyiasat anasir penyalahgunaan kuasa (berhubung) pemerdagangan minyak sehingga telaga minyak Blok L dan Blok M diserahkan kepada Brunei Darussalam tanpa suatu kelulusan dalam Dun dan Parlimen.

Jangan harap Najib atau SPRM berani membawa skandal rasuah mengenai pembelian kapal selam ke mahkamah walaupun hari ini nama Malaysia disebut di mahkamah Perancis,” ujar Mahfuz lagi.

Oleh itu Mahfuz menyifatkan Program Tranformasi Kerajaan (GTP) yang dipopularkan Najib bukanlah satu program menangani rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan, tetapi lebih bertujuan untuk mengelirukan rakyat.

“Kita dengar GTP tetapi kita tidak pernah dengar apakah polisi integriti serta cara menangani rasuah di sebalik apa yang dipopularkan Najib ini.

“Dahulu pun, kita pernah dengar Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, akhirnya rakyat sendiri tambah ‘temberang’ di belakang slogan itu, selepas ini mungkin Najib akan digelar sedemikian kerana rakyat bosan melihat sandiwara politik di sebalik beberapa program tranformasi ini,” ujarnya Mahfuz lagi. -TMI


Khir Toyo hanya 1% dari kes jerung

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Anggota Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub mendakwa, pendakwaan ke atas Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hanya satu peratus daripada keseluruhan kes berprofil tinggi yang ada.

Katanya, biarpun beliau mengalu-alukan pendakwaan oleh pihak Peguam Negara itu, namun rakyat tidak mudah untuk berasa teruja dengan tindakan itu.

Ini kerana, negara mempunyai pengalaman sewaktu Tun Abdullah Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri apabila dua kes berprofil tinggi yang didakwa di mahkamah, akhirnya digugurkan apabila menjelang pilihan raya.

"Ini satu peratus dari keseluruhan kes berprofil tinggi yang ada.

"Kita ada pengalaman zaman Mr Clean (Tun) Abdullah Ahmad Badawi menangkap Eric Chia dan Kasitah Gadam, tetapi kes berprofil tinggi itu digugurkan bila berlaku pilihanraya," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan ke atas Khir Toyo, yang juga bekas Menteri Besar Selangor, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah.

Selain Khir, seorang lagi yang didakwa adalah Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni.

"Saya harapkan satu perbicaraan adil dan telus, itu sahaja. Apa yang berlaku pada Khir Toyo ini jangan terhenti di sini sahaja.

"Kita bimbang ini juga trend sama berlaku sekarang," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Dalam pendakwaan hari ini, kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah.

Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau mengaku tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Adun Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang Dun Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. -harakahdaily


Ulasan GB

Setakat ini belum ada kesungguhan dan keikhlasan untuk menangkap jerung-jerung rasuah di dalam negara ini. GB dah ulas sebelum ini. Petikan:

Dakwa lepas lu dilepaskan jugak.
Alasan penghakiman nanti: tiada kes prima facie, atau pendakwaan tidak mempunyai bukti mencukupi atau macam-macam lagi...

Ia berdasarkan kepada beberapa kes pemimpin UMNO BN yang pernah dibawa ke mahkamah selepas itu dibebaskan, seperti :

Bekas Ketua Pemuda UMNO WP, Datuk Norza Zakaria,
ADUN Lenggeng, Mustafa Salim,
Bekas Setiausaha UMNO Bhgn Wangsa Maju, Ramli Abdul Manan,
ADUN Mesra UMNO, Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi
Bekas ADUN Jelai, Datuk Omar Othman

dan ramai lagi.



Kapal Karam Di Pengerang Semasa Pindah Minyak Secara Haram

Kapal cuba pindah minyak karam

KEADAAN kapal Po Lai yang karam semasa cuba memindahkan minyak di Pengerang, Kota Tinggi semalam.

JOHOR BAHRU – Sebuah kapal tangki karam semasa cuba melakukan pemindahan minyak ke kapal lain berhampiran Tanjung Ayam, Pengerang, Kota Tinggi kelmarin.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia ( Maritim Malaysia) Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim, Zulkifili Abu Bakar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.30 pagi.

Katanya, berikutan itu sebuah bot laju Maritim Malaysia yang berpengkalan di sini dan sedang meronda di kawasan berhampiran telah dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 3.6 batu nautika dari selatan Tanjung Ayam.

“Apabila tiba di lokasi itu kira-kira 30 minit kemudian, anggota kami mendapati sebuah kapal tangki karam dengan hanya bahagian hadapan kapal itu masih timbul.

“Siasatan awal mendapati kapal itu, Po Lai didaftarkan di Singapura dengan lima krew dipercayai melakukan pemindahan minyak ke kapal Kam Fong,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. -kosmo

Kes Aminulrasyid: "Polis Sedia Nak Tembak Saya" - Azamuddin

Rasa Lubang Di Kepala AminulRasyid” – Azamuddin

SHAH ALAM: Rakan kepada AminulRasyid Amzah pada awalnya menyangka pelajar tingkatan tiga itu berpura-pura pengsan disebabkan takut kerana dikejar dan ditembak oleh kereta peronda polis.

Mohd Azamuddin Omar, 15, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini Isnin, dia hanya menyedari AminulRasyid cedera apabila cuba mengejutkan rakan yang dikenalinya selama 10 tahun itu.

"Waktu saya kejutkan dia, saya pegang bahagian kepala dan saya rasa ada darah. Saya juga rasa ada kesan lubang peluru di kepalanya,” kata Mohd Azamuddin.

Dia yang disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani menambah, kereta Proton Iswara BET 5023 tetap bergerak walaupun AminulRasyid telah ditembak menyebabkan mereka terlanggar tembok sebuah rumah.

Saksi pendakwaan ke-29 seterusnya memberitahu, semasa kejadian itu fikirannya bercelaru sama ada mahu menyerahkan diri kepada polis ataupun melarikan diri daripada tempat kejadian.

Mohd Azamuddin menambah, dia tercampak keluar menerusi tingkap yang retak semasa cuba menarik tali beg silangnya yang tersangkut di bahagian brek tangan kereta yang menggunakan gear automatik.

"Saya terjatuh ke dalam longkang dan saya perasan polis sudah mengepung saya. Saya mahu serah diri. Saya perasan seorang polis menyepak kepala saya.

"Saya juga dipukul dan saya agak oleh lima orang polis," katanya.

Mengimbas kejadian yang berlaku, Mohd Azamuddin seterusnya memberitahu, entah bagaimana dia dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut.

"Saya rasa macam salah seorang polis sedia nak tembak saya, Dia beri amaran untuk saya berhenti dalam kiraan 3 tetapi saya terus berlari.

"Dalam masa kiraan 3, sebuah kereta peronda polis masuk ke kawasan itu dan menghalang pandangan polis yang memberi amaran itu,"
katanya.

Menurutnya, dia terus pulang ke rumah dan membasuh baju serta seluar yang dipakainya kerana terdapat darah AminulRasyid.

"Saya fikir tidak mahu terlibat dalam kes ini. Pada pukul 6.30 pagi, saya bangun seperti biasa mahu ke sekolah dan saya bungkuskan baju serta seluar ke dalam plastik untuk dibuang," tambahnya. Beg plastik itu kemudiannya diserahkan kepada seorang rakan, Mohd Zubir Salleh, 15, semasa di sekolah untuk disimpan.

Mohd Azamuddin yang dipanggil sebagai saksi pada sidang sebelah petang juga tidak dapat menahan kesedihan apabila diminta untuk mengecamkan AminulRasyid menerusi gambar bedah siasat.

Dia yang melihat gambar itu selama beberapa saat terus mengesatkan air mata. Walaupun cuba untuk tidak menangis, saksi gagal lantas memohon diberikan masa untuk menenangkan diri.

Hakim Latifah Mohd Tahar membenarkan perbicaraan ditangguhkan selama 10 minit dan seorang jurubahasa mahkamah memberikan tisu kepada Mohd Azamuddin.

Terdahulu, saksi memberitahu, dia dan AminulRasyid keluar melepak di Restoran Day & Night Circle, Seksyen 11, di sini.

"AminulRasyid ajak saya melepak. Selalunya bila ayah saya ada di rumah, dia kongkong saya dan tidak benarkan saya keluar.

"“Waktu itu ayah saya tidak ada di rumah kerana bertugas. Pada pukul 12 tengah malam, saya curi-curi keluar," katanya. Keterangan lain, Mohd Azamuddin berkata, itu merupakan kali kedua dia melihat AminulRasyid membawa kereta. Kali pertama ialah semasa AminulRasyid belajar membawa kereta daripada seorang rakan.

Kata saksi lagi, mereka keluar ke Seksyen 7 untuk membantu seorang rakan sebelum kereta mereka bergesel dengan sebuah kereta menyebabkan AminulRasyid ketakutan.

"Dia kata tidak mahu berbincang dengan pemilik kereta. Waktu itu AminulRasyid dalam ketakutan. Dia kata nak bawa pulang kereta kakaknya dan mahu berjumpa ibunya," katanya.

Tambah Mohd Azamuddin, AminulRasyid memandu kereta dengan laju, iaitu antara 100 dan 120 km/s menyebabkan dia menegur kelakuan rakanya itu.

AminulRasyid semakin takut selepas sebuah motosikal yang mengejar mereka terjatuh.

Katanya, mereka dikejar oleh kereta peronda polis sebelum ditembak di Jalan Tarian 11/2.

"Saya dengar bunyi tembakan dan sesekali apabila saya pandang belakang, saya nampak percikan api datang dari arah kereta polis.

"Saya tidak dengar bunyi tembakan kerana siren polis bising. Saya agak kira-kira 12 tembakan dilepaskan," katanya.

Menurut saksi, tembakan tersebut turut mengenai tayar kereta menyebabkan kereta hampir terbabas, tetapi berjaya dikawal oleh AminulRasyid.

Dalam kes ini, Koperal Jenain Subi, 42, sedang dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kematian AminulRasyid, 15, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini, antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April lalu.

Jenain dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Dia diwakili oleh peguam-peguam M.Athimulan, Salim Bashir dan Halim Asghar. Perbicaraan bersambung Rabu. -mstar



'Polis pukul saya', kata Azamuddin

Azamuddin Omar, saksi utama dalam kes kematian Aminulrasyid, hari ini mendakwa dia dipukul anggota polis dalam kejadian di mana rakannya mati ditembak polis di kepalanya.

Katanya, selepas kereta Proton Iswara putih yang dinaikinya melanggar tembok, dia keluar melalui tingkap sebelah penumpang dan terjatuh ke dalam longkang.

Azamuddin berkata ketika itu dia keliru sama ada harus menyerah diri atau lari dari situ.

Ketika itu, katanya, beberapa anggota polis menangkap dan mengheretnya naik ke atas jalan.

Dia memberitahu demikian sewaktu disoal oleh timbalan pendakwa raya Idham Abdul Ghani.

Azamuddin berkata, dia kemudiannya memutuskan untuk terus berbaring atas jalan dan menyerah diri.

Kemudian, katanya, seorang polis menendang kepala dan yang lainnya juga mula memukulnya.

Azamuddin berkata, ia membabitkan dua atau tiga orang anggota polis.

Bagaimanapun, katanya, dia sempat melarikan diri semampu kakinya berlari.

Katanya, dia merasakan dua anggota polis mula mengejarnya tetapi, dia merasakan anggota polis ketiga bersiap untuk menembaknya kerana dia mendengar anggota polis itu mengarahnya berhenti pada hitungan ketiga.

Bagaimanapun, dia tidak tahu sama ada anggota polis akan menembaknya kerana ketika dia (anggota polis) hendak menghitang ketiga, sebuah lagi kereta peronda polis berhenti di belakangnya dan menghalang pandangannya (anggota polis). -mk

Selat Melaka Dalam Senarai Terbaru WikiLeaks

Washington - Laman web WikiLeaks semalam mendedahkan satu senarai rahsia Washington mengenai lokasi-lokasi infrastruktur di seluruh dunia yang boleh mengancam keselamatan Amerika Syarikat (AS) sekiranya diserang pengganas.

Semua prasarana itu melibatkan sejumlah kabel dasar laut, pos komunikasi, pelabuhan, sumber galian firma strategik, laluan perkapalan dan lombong di negara-negara bermula dari Britain hingga ke New Zealand dan merentasi rantau Afrika, Asia Barat serta China.

Senarai itu bermula dengan sebuah janakuasa hidroelektrik di Quebec, Kanada yang dianggap sumber kuasa utama rantau timur laut AS manakala sebuah kilang Siemens di Jerman penting kerana menjadi pembekal bahan kimia utama bagi AS.

Turut dianggap penting oleh Washington dalam senarai WikiLeaks itu termasuk beberapa kilang vaksin penyakit cacar dan anjing gila di Eropah, sebuah kilang penawar bagi bisa ular di Itali dan sebuah firma Jerman yang menghasilkan produk rawatan untuk keracunan plutonium.

Selain itu, AS mengawasi kabel bawah laut, sistem satelit dan loji pertahanan di Britain yang dianggap boleh mempengaruhi keselamatan negara kuasa besar itu sekiranya ia diserang.

Tidak ketinggalan dalam senarai berkenaan adalah beberapa lombong kobalt di Congo, transformer elektrik besar Hitachi di Korea Selatan di samping laluan perkapalan utama dunia seperti Selat Melaka dan Selat Gibraltar.

Pentadbiran AS menyifatkan Persimpangan Paip Gas Nadym di Rusia yang merupakan kemudahan gas paling utama di dunia dan Pusat Industri Ras Laffan di Qatar sebagai kritikal dan tidak boleh dibiarkan jatuh ke tangan pengganas.

Menjelang 2012, Qatar merupakan import terbesar gas petroleum cecair AS.

Pendedahan terbaru itu dijangka meningkatkan lagi tekanan politik ke atas WikiLeaks dan pengasasnya yang berusia 39 tahun, Julian Assange.

Pada Jumaat lepas, Assange mengumumkan di Internet bahawa dia telah meningkatkan kawalan keselamatan dirinya selepas menerima beberapa ugutan bunuh. - Agensi


WikiLeaks boost for LKY
INSIGHT DOWN SOUTH
By SEAH CHIANG NEE

While the government pondered over the potential impact, many Singaporeans felt happy to learn that their country was able to punch more than its own weight in global geopolitics.

OFTEN described as an apathetic lot, Singapore youths are getting a first-hand lesson on big power diplomacy from criminally leaked documents.

Among those who move their preoccupation beyond getting a degree and building a career, not many are interested in dealing with the complexities of world diplomacy.

Last week was an exception. Singaporeans woke up to find Mr Lee Kuan Yew’s confidential assessments on Asia, and some of its leaders, being splashed scandalously in world headlines.

The private talks between Lee and US Deputy Secretary James B Steinberg in 2009 became part of a massive diplomatic leak by a whistle-blowing website – WikiLeaks.

It raised Singapore’s global profile by a few dubious notches. The reaction at home has been mixed.

A shocked government joined the global chorus of protest. In a statement, the Foreign Ministry expressed “deep concern” over the “damaging” revelation.

At 87 and one of Asia’s veteran statesmen, Lee had occasionally played a middle-man role between China and the United States, especially in their early relationship. He now finds that his frank – at times embarrassing – opinions meant for top American ears, being widely accessible.

For young Singaporeans who read the cables, the reaction was different from that of their government.

While the authorities pondered the potential impact of the exposure, many Singaporeans felt happy to learn that their small country was able to punch more than its own weight in global geopolitics.

“We’re especially proud of Lee. At 86 (last year) when he was described as mentally weakening, Lee was able to articulate so cogently on complex Asian issues,” a young engineer told me. “Without Wikileaks, we would not have known.”

While the majority believes the leak is irresponsible, there are some who welcome the chance to read about current discussions of problems, and not having to wait 50 years to do so.

”What the public usually read is bland communiqués which virtually say nothing. What impresses me is the straight talk contained in the cables,” said a mass communication undergrad.

A few advocated governments to be more open in releasing non-sensitive documents. “It will give a useful insight to ordinary people to know how leaders view each other and the world. This should become more accessible because their action affects all of us,” said a retired army officer.

“Diplomacy should not be the domain of a few politicians to the exclusion of everyone else,” he added.

What did Lee tell the Americans?

I have gone through the cables and thought it generally gave a balanced and non-controversial reflection of Lee’s political philosophy about these countries.

Except maybe for one!

In his talk with Steinberg, Lee called the North Koreans ‘psychopathic’ with a “flabby old chap for a leader who prances around stadiums seeking adulation.”

MM Lee said the Chinese do not want North Korea to have nuclear weapons and do not want North Korea to collapse. However, China “would prefer a nuclear-armed North Korea” over the prospect of a collapsed North that would mean South Korea take-over and China faced with a US presence at its border.

Other major points are:-

1. China – Lee gave the Americans his ratings of China and its crop of leaders. The pragmatists are in charge, he said. There is nothing Communist about it. They just want to preserve one party rule.

“China is worried about its dependence on the Strait of Malacca, and is moving to ease the dependence by means like a pipeline through Burma,” said the leaked document.

2. Taiwan – Beijing aims to bring Taiwan into its fold by forging greater economic links and that it did not matter if the process took one or even three decades, Taipei Times reported. What mattered to China was that Taiwan did not declare independence.

3. Japan – Lee said he believes Japan may well “go nuclear” and the Chinese must have factored this into their calculations.

4. Korea reunification – After seeing what happened in Germany, Lee said South Korea does not want immediate unification with Pyongyang.There will be new leadership with new thinking but there will still be a North Korea.

Some Singaporeans saw a hidden hand behind the massive leak of 250,000 diplomatic cables. Veteran commentator Chua Chin Leng noticed that the information leaked so far is very damaging only to Asian, African and Arab countries. “Their inter-state relations are going to plunge into the abyss if the leaks were real.

“The first casualty will be the Saudi King, Chua blogged. He will be in trouble with the Iraqis and the Iranians if they took the leak seriously. Why were there no leaks on Israel?” he asked.

Chua continued, “North Korea will lose confidence in China as its unquestionable supporter. China will be seen by North Korea and its allies as unreliable.”

So far, most affected leaders have taken it with diplomatic calm, which convinced me that it will unlikely cause any serious rift between Singapore – especially Lee – and the countries he talked about.

At times the inimical Lee has been accused of speaking too frankly about neighbouring countries or their leaders. This time, however, it is different; his talk was confidential and leaked out, not uttered in public.

An old friend of mine who has been critical of Lee’s policies in Singapore told me that he was impressed by the ageing leader’s lucidity when articulating Asia’s problems.

“What it tells me is that he should have left local politics to his successors and concentrated on the world stage long ago.” -thestar


Tasik Kenyir Diancam Bakteria E-Coli

Pencemaran e-coli Tasik Kenyir serius

KUALA BERANG: Kerajaan negeri mengesahkan air Tasik Kenyir dicemari bakteria e-coli dan berada pada tahap membimbangkan berikutan pembuangan sisa kumbahan daripada rumah bot.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata kajian dilakukan saintis Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapati berlaku peningkatan mendadak bakteria e-coli dalam air tasik itu.

Katanya, jika tiada usaha dilakukan bagi mengawal keadaan itu, ia akan menjejaskan mutu air dan hidupan di tasik itu.

“Kerajaan negeri mengambil kira cadangan dan rumusan dibuat UMT, termasuk menyediakan sistem buangan sisa lebih sistematik terutama di rumah bot yang beroperasi di tasik itu.

"Sebagai permulaan kita membekalkan sistem buangan sisa dan kumbahan moden dan mesra alam kepada 37 rumah bot sedia ada, manakala rumah bot baru diwajibkan mempunyai sistem pelupusan sisa kumbahan baru yang mesra alam,” katanya pada sidang media menjelang penganjuran pertandingan memancing Kenyir Cup 2010 di Pangkalan Gawi, di sini, semalam.

Pertandingan yang membabitkan 60 peserta dari China dan 20 peserta tempatan, diadakan selama tiga hari mulai esok dan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM50,000.

Hadir sama, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Hamzah Ngah dan Timbalan Pengarah Tourism Malaysia negeri, Zaini Sulaiman.

ABDUL RAHIN (belakang) dan Hamzah menunjukkan sistem tandas yang diubah suai di rumah bot Pangkalan Gawi, Kuala Berang, semalam.

Abdul Rahin berkata, bagi memastikan kualiti air di Tasik Kenyir pulih, kerajaan negeri mengambil langkah drastik dengan meluluskan pe-runtukan berjumlah RM103,000 untuk pemasangan tandas dan sistem pelepasan sisa kumbahan lebih moden dan mesra alam di rumah bot.

Katanya, kebanyakan rumah bot dilengkapi tandas jenis cangkung menggunakan sistem ‘flushing domestic’ dengan sisa kumbahan tandas dan air buangan daripada sinki dapur yang mengandungi minyak masak dan sisa makanan dibuang terus ke dalam tasik.

Bagi mengelak air tasik terus tercemar, kerajaan negeri menukar sistem tandas dan kumbahan di 18 rumah bot yang digunakan dalam pertandingan Kenyir Cup.

“Pemasangan tandas itu membolehkan air kumbahan dan sisa makanan disalurkan ke tangki takungan berkapasiti 200 liter,” katanya.

Abdul Rahim berkata, isu pembuangan sisa kumbahan daripada rumah bot terus ke dalam tasik seluas 209,199 hektar itu dibentangkan pada mesyuarat Majlis Pelancongan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu.

“Kerajaan negeri mempunyai pelan besar terhadap Tasik Kenyir yang mempunyai 340 pulau, terutama usaha menjadikannya destinasi pelancongan utama negeri ini.

“Justeru, bagi memastikan flora dan fauna serta hidupan air kekal, sistem pengurusan sisa kumbahan perlu wujud di sini supaya bakteria e-coli umpamanya tidak merosakkan ekosistem di sini,” katanya. -BH

[Bergambar & Video] Sejarah Pembinaan Kaabah

Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat.

Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.

Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.

Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.

Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”. Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur. Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata, “Cukuplah wahai Adam!”

Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami air serta tidak dapat dikesani.

Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Ciri-ciri binaan yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim:

- Tingginya 9 hasta.
- Panjang di paras bumi dari Hajarul Aswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.
- Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.
- Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.
- Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarul Aswad 20 hasta.

Selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, ia terus berdiri megah di bumi Allah dan tidak akan runtuh sehingga hari Kiamat. Namun usaha membaik pulih dan menyelenggarakan Kaabah tetap diteruskan sehingga sekarang. Berikut adalah rumusan sejarah pembinaan Kaabah.

- Binaan pertama: Malaikat
- Binaan kedua: Nabi Adam
- Binaan ketiga: Nabi Syith
- Binaan keempat: Nabi Ibrahim
- Binaan kelima: Kaum Amaliqah
- Binaan keenam: Kaum Jurhum
- Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi)
- Binaan kelapan: Abdul Mutalib
- Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun)
- Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah)
- Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi)
- Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi)


Gambar lama Kaabah

Gambar lama Kaabah Pada 1880

Gambar lama Kaabah

Gambar lama Kaabah

Gambar lama Kaabah - secara dekat

Banjir Melanda Kaabah - 1941

Banjir Melanda Kaabah

Banjir Melanda Kaabah

Banjir Melanda Kaabah

Banjir Melanda Kaabah

Pandangan Atas Kaabah

Maqam Nabi Ibrahim a.s.

Kaabah Waktu Malam

Kaabah Waktu Malam

Kaabah Waktu Malam

Gambar Kaabah Pada Musim Haji

Gambar Kaabah Pada Musim Haji

Gambar Kaabah Pada Musim Haji

Menukar Kelambu Kaabah

Struktur Dalaman Kaabah

Pelan Dalaman Kaabah