27 Apr 2013

Karam Singh Waliya Hantar SMS Ugutan Seksual Kepada Fuziah?


Calon KEADILAN Kuantan, Fuziah Salleh hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan berbaur gangguan seksual yang diterimanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) lewat pagi ini.

Tanpa mendedah kandungan SMS itu, Naib Presiden KEADILAN itu, berkata kandungannya mengugut untuk mencemar kredibilitinya selaku calon dan mengancam untuk menyebar perkara ‘buruk’ mengenainya.

Beliau mengesyaki ia dilakukan seorang wartawan sebuah stesen penyiaran kawalan Umno BN selepas membandingkan nombor telefon berkenaan dengan kad media yang ada dalam simpanannya.

“Setiap nombor media saya simpan. Nombor sama sejak tahun lalu selalu hantar SMS terutama melibatkan isu Lynas tapi saya tidak pernah ambil peduli.

“Kali ini, melampau. Saya sebagai calon wanita risau, ini agak menakutkan. Kalau SMS sekadar marah-marah dan tak suka, lainlah.

“Saya risau ada insiden yang tak diingini berlaku. Dalam keadaan sekarang, semua boleh berlaku. Jadi saya tampil buat laporan,” katanya.

Fuziah berkata, SMS itu diterimanya jam 3.32 pagi menggunakan nombor 019-3314898 yang kemudian didapatinya sama dengan kad media tertera nama Karam Singh Waliya tetapi beliau masih membuat semakan lanjut untuk pengesahan.

Keadilan Daily beberapa kali cuba menghubungi nombor berkenaan tetapi telefon bimbit itu ditutup.

Ketika dihubungi, Fuziah sedang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan itu jam 11.40 pagi tadi ditemani beberapa penyokong dan suami.

Beliau berkata, nombor sama juga sebelum ini sering menghantar SMS peringatan berbentuk amaran berkaitan isu Lynas tetapi tidak diendahkannya -KD.

Media Luarnegara Laporkan Pakatan Rakyat Dahului Undi Popular Malaysia


Media antarabangsa nampaknya kini sedang mengikuti pilihanraya Malaysia dengan dekat.

Sebuah stesyen TV Thailand menyatakan undi popular di Malaysia kini berpihak kepada Pakatan Rakyat. Mengikut berita yang disiarkan di TV Thailand, menurut satu kajian, Anwar Ibrahim yang mewakili PR kini memperolehi 43% manakala Najib Razak mewakili BN ketinggalan dengan menerima cuma 39% di dalam soalan yang bertanyakan siapa lebih layak menjadi Perdana Menteri.


Sementara itu, sebuah akhbar Mesir "Al-Ahram" kelmarin juga membuat liputan pilihanraya di Malaysia pada muka surat 7 dengan gambar Datuk Seri Najib dan Anwar Ibrahim menghiasi dan bertajuk:

"Pilihanraya Malaysia

Selepas 56 tahun berkuasa..Pakatan pemerintah terancam dengan kejatuhan."

[BERGAMBAR] Abang Kepada Calon BN Sertai PAS Di Perak


Markas PAS Sungai Bayor Selama telah melakar satu sejarah politik dimusim PRU13 apabila Saudara Noor Ghani bin Mohd Yusof 57, abang kandung kepada calon BN bagi N05 DUN Selama Datuk Daud bin Yusof dengan rasmi menyertai PAS disini.

Majlis yang dihadiri oleh penduduk sekitar Sungai Bayor yang mencecah 1000 orang penyokong Pakatan Rakatan dihadiri oleh Datuk Fauzi Shaari calon Parlimen Larut,Ust Akmal Kamaruddin calon DUN Selama dan beberapa pimpinan PAS serta Pakatan Rakyat.

Sebagai simbolik penyertaan Sdr Noor Ghani ke-dalam PAS, bendera UMNO dan BN digulung oleh beliau dihadapan hadirin yang hadir kemudian disambut dengan laungan Takbir..!!!

"Semalam Najib ke sini dan mantan Ketua Cawangan PAS Sungai Bayor Zanian kembali kepangkuan UMNO... dan hari ini PAS Sungai Bayor di DUN Selama mendapat berita amat gembira sekali, yang mana abang kepada calon BN disini menyertai PAS" - Ujar Datuk Fauzi Calon PAS Parlimen Larut. -orangni


Pemuda India turut hadir memberi sokongan


Datuk Fauzi disambut pemuda India Selama


Rasmi: Penyerahan borang PAS oleh abang kepada calon BN Selama


PAS Cawangan Sungai Bayor meraikan Sdr Ghani menyertai PAS


Takbir..!!! Ust Akmal dan Datuk Fauzi bersama penyokong Pakatan Rakyat meraikan penyertaan Sdr Ghani


Aksi Sdr Ghani :Bendera UMNO BN digulung tanda meninggalkan parti tersebut


Berdoa sebelum majlis bersejarah selesai


[EDISI KANTOI] Zahid Hamidi Pembohong Tahap Antarabangsa!


Tembak 35 tentera Sulu: Tentera Filipina sanggah Zahid Hamidi

MANILA, 25 April: Angkatan Tentera Filipina (AFP) menolak dakwaan Menteri Pertahanan Malaysia bahawa pasukan keselamatan membunuh 35 tentera Sulu yang kononnya cuba memasuki Sabah untuk mengganggu PRU 13.

“Kita semak dengan Tentera Laut Filipina dan Estearn Mindanao Command dan mereka tidak menerima laporan sedemikian,” kata jurucakap AFP, Colonel Arnulfo.

Aravelo bercakap dengan Komander Pasukan Petugas Tentera Laut berpangkalan di Tawi-Tawi pada 2.25 petang dan tidak menerima pengesahan berkaitan insiden yang didakwa Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian kepada InterAksyon, sebuah portal berita terkenal negara itu.

Hal sama turut disuarakan Colonel Edgard Arevalo, jurucakap Tentera Laut tentang hal ehwal Laut Filipina Barat.

Pemangku jurucakap Tentera Laut, Lieutenant Komander Gregory Fabic pula berkata, Western Command dan Pasukan Petugas Tentera Laut 62 yang berkuasa ke atas lokasi insiden itu, turut menafi dakwaan Zahid.

Kedua-dua pegawai Tentera Laut itu enggan mengulas mengapa Zahid membuat dakwaan itu.

Zahid sebelum ini mendakwa tentera Sulu ditembak selepas enggan berpatah balik walaupun amaran diberi agar tidak menyeberangi perairan Malaysia.

Pada Februari, lebih 200 pengikut Kesultanan Sulu ke Sabah untuk membuat tuntutan mereka terhadap wilayah itu. -KD


[VIDEO & GAMBAR] Saksikan Puluhan Ribu Hadiri Ceramah Husam Di Putrajaya Malam Tadi


Putrajaya: Puluhan ribu menyertai ceramah yang dihadiri oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Presint 3 malam ini.

Turut memberikan ucapan adalah calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa.

Tengaharinya, belum selesai TG Nik Aziz menunaikan solat sunatnya, sudah penoh orang ramai yang mengelilingi beliau untuk bersalam.

TG Nik Aziz sampai ke KLIA pagi. Paginya beliau makan pagi bersama dengan warga Putrajaya di sebuah kentin pejabat di sana.

Pada sebelah tengaharinya, beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan atau lebih dikenali Masjid Besi Putrajaya.

Di sanalah beliau Datuk Husam Musa, calon PAS diserbu oleh orang ramai yang ingin bersalam.













P125 Putrajaya: Husam Musa Jauh Lebih Layak & Lebih Berwibawa Dari T. Adnan


Putrajaya kawasan berprestij, Husam lah yang secucuk sebagai wakilnya

Pertembungan diantara Husam Musa dan Tengku Adnan di kawasan Parlimen Putrajaya dalam PRU ini amat menarik bagi diri saya untuk membuahkan sedikit komen. Awal-awal bicara saya ini, saya terus terang berkata kalaulah benar-benar pengundi di Putrajaya mahukan seorang wakil yang betul-betul mempunyai ‘attribute’ sebagai seorang wakil yang betul, maka Husam lah orangnya. Jika kita mahukan seorang yang ‘colorful’ dengan berbagai-bagai isu, maka Tengku Adnan lah yang betul.

Husam seorang Naib Presiden PAS dan tidak mempunyai apa-apa warna yang menjadikan beliau seorang yang boleh dipersoalkan. Berbeza dengan T Adnan, Husam tidak mempunyai isu yang membabitkan perjudian atau isu salah laku korporat yang menjejaskan imej sebagai seorang ahli Dewan Legislatif bagi kawasan yang berprestij seperti Putrajaya itu.

Jika kita benar-benar memilih mengikut markah keperibadian, Husam sememangnya jauh lebih bersesuaian untuk mewakili rakyat Putrajaya. Segala-gala yang ada pada Husam itu semuanya ‘natural’ dan tidak ditempelkan dengan imej-imej palsu seperti yang ada kepada Tengku Adnan.

Hanya satu yang lebihnya T Adnan dari Husam, iaitu T Adnan banyak wang ringgitnya. Tengku Adnan mempunyai banyak bisness yang besar-besar dan semua bisness beliau itu adalah dari kedudukan beliau dalam UMNO selama ini sehinggalah jawatan beliau sebagai Setiausaha Agong UMNO.

Tengku Adnan berbuat bisness dengan taikonya Vincent Tan. Tengku Adnan lebih takut kepada Vincent Tan dari pimpinan tertinggi UMNO itu sendiri. Kita boleh campurkan satu dengan satu atau dua dengan dua, kita tahu kenapa Vincent Tan begitu berpengaruh dalam kerajaan dan UMNO itu sendiri.

Justeru jika rakyat Putrajaya mahukan wakilnya seorang yang seperti T Adnan ini maka Tengku Adnan lah patut dipilih. Tetapi di sebaliknya jika kita mahukan seorang wakil Legislatif yang berwibawa dengan keperibadian yang segar secucuk dengan imej Putrajaya sebagai kawasan induk negara ini, maka Husam Musa lah orang yang paling tepat dan sesuai untuk mewakili pengundi di Putrajaya. Dari segi kemanusiaannya Husam adalah seorang yang secara relatifnya jauh lebih lengkap dari lawannya itu.

Saya yang merupakan pengundi di Kuala Pilah tidak dapat memberikan undi kepada Husam. Jika undi boleh dikirim seperti kita mengirim undi dalam rancangan Akademi Fantasia, saya akan menghantar undi kepada Husam Musa sebanyak yang mungkin kerana sokongan terhadap Husam tidak boleh di abaikan jika kita mahukan perubahan.

Husam perlu diberikan sokongan samada dengan kerja tubuh seperti berkempen dan merayu undi atau usaha yang lebih mulia iaitu untuk bermohon terus kehadrat Allah SWT. Pengundi-pengundi Putrajaya wajar menjolok rahmat dari Allah SWT agar Putrajaya mendapat seorang wakil yang berprestij imejnya dan jernih wajahnya.

Saya berdoa agar Husam sentiasa berada di dalam keredhaan Tuhan Maha Esa. -aspanalias


BN gelabah, indikator jelas Putrajaya dah goyang


Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan Gelang Patah.

Persaingan kerusi di Putrajaya, katanya, semakin memihak kepada calon PAS iaitu Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.

“Umno-BN gelabah sehingga mengenakan pelbagai tekanan pada penjawat awam di sana untuk menghindarkan mereka menghadiri ceramah Husam. Tapi semakin ditekan, semakin ramai penjawat awam yang setiap hari bertanya mengenai sambutan ceramah Husam.

"Ramai tak? Berapa ramai? Itulah soalan yang ditanya tiap-tiap malam oleh penjawat awam yang tidak berani hadir ceramah Husam kerana takut dikenakan tindakan oleh ketua jabatan,” kata sumber Umno itu.

Semalam, Husam melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan satu maklumat yang diterimanya berhubung ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut.

"Saya mohon pada semua sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk-penduduk Putrajaya dan seluruh rakyat negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini," katanya.

Beliau berkata situasi itu menyebabkan mood perubahan warga Putrajaya semakin meningkat.

Menjawab persoalan Harakahdaily mengapa Umno harus gelabah di Putrajaya sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber Umno itu menyatakan kerana mood di ceramah Husam sungguh memberi inspirasi ke arah perubahan.

“Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kali ini,” katanya lagi.

Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya tidak lama lagi untuk menyelamatkan calon mereka Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Muhyiddin dah turun ke Putrajaya dan terus serang Husam. Selepas ini Najib dan Mahathir akan datang menyerang Husam, itulah indikator Putrajaya dah goyang,” katanya.

Hasil kajian yang dikeluarkan Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang menyatakan populariti Najib lebih rendah berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siapa lebih layak menjadi Perdana Menteri telah memberikan keyakinan untuk penjawat awam untuk membuat keputusan.

“UMCEDEL dah bagi bayangan Umno-BN akan tumbang. Kalau ada kakitangan kerajaan di Putrajaya yang sebelum ini takut undi Husam, ketakutan itu semakin berkurangan.

"Mereka dah berbisik sesama sendiri - nak takut apa, saya undi untuk kerajaan, tapi kerajaan yang baru. Mereka undi menyokong kerajaan baru, jadi apa nak takut?” katanya dengan berseloroh.

Sumber Umno itu turut memuji kenyataan bersama Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberi jaminan kepada para kakitangan awam yang dianiaya akibat politik kotor dan peras ugut ini akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS dan Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang berada di Putrajaya.

“Pengumuman itu sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh warga Putrajaya,” kata beliau, yang yakin ada YB Putrajaya yang baru selepas 5 Mei ini.
-HD