20 Dis 2010

UMNO Salah Terkam, Selangor Tak Terlibat Pelan Pembangunan Surau Rawang

Selangor tak terlibat pelan pembangunan tapak surau

Kerajaan Selangor tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapak sebuah surau di Rawang yang dibantah sekumpulan penduduknya semalam, dakwa setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin.

Beliau menjelaskan bahawa tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki dua syarikat pemaju yang menjalankan projek tersebut secara usahasama.

Sebuah daripada syarikat itu didakwa tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan negeri.


Sehubungan itu, Faekah (kanan) berkata, pihak yang terlibat dalam perhimpunan itu, termasuk pemimpin Umno sepatutnya, membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang "tuduhan liar".

Beliau juga mendakwa kerajaan terdahulu pimpinan BN sebenarnya yang telah meluluskan kedua-dua syarikat terbabit menjalankan projek tersebut atas tanah berkenaan, termasuk lot yang telah diwartakan untuk pembinaan surau.

“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang.

"Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Jemput SPRM

Semalam, Badan Bertindak Surau Al-Hidayah (BBSAH) Kampung Melayu Rawang dilaporkan berhimpun dalam demonstrasi secara aman bagi membantah pengambilan tapak surau itu.

Penasihat BBSAH Datuk Ir Md Nasir Ibrahim dilaporkan berkata ketidakcekapan kerajaan negeri sekarang menyebabkan satu-satunya tanah orang Melayu di pekan Rawang yang luasnya tidak seberapa, jatuh ke tangan swasta.

Beberapa pemimpin BN, antaranya Pengerusi Biro Agama Umno Selangor Datuk Zainal Abidin Sakom (kiri) juga kelihatan turut serta dalam perhimpunan itu.

Berhubung status gerai-gerai tanpa lesen yang beroperasi di sekitar surau berkenaan, Faekah berkata laporan awal yang diterima dari Pejabat Daerah Gombak mendedahkan ia dibina secara haram tetapi sewa dikutip oleh seorang bekas ahli jawatankuasa surau untuk mengisi tabung surau itu.

Bagaimanapun, katanya, ahli jawatankuasa baru surau berkenaan mendakwa kutipan itu tidak pernah disalurkan ke tabung surau.

“Saya menyeru polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membuat siasatan lanjut berkenaan hal ini dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memberi kerjasama penuh,” katanya.

Faekah juga berkata kerajaan Selangor akan memastikan penduduk di Kampung Melayu, Rawang, mempunyai kemudahan surau walaupun notis perobohan dan pemindahan telah dikeluarkan oleh syarikat pemaju bagi menjalankan projek pembangunan yang telah diluluskan lapan tahun lalu.

Kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut agar penduduk di kampung itu dapat terus menjalankan ibadat seperti biasa. -mk


Penduduk bantah pengambilan tapak surau

RAWANG – “Jangan cabar akidah dan maruah kami.”

Demikian tegas lebih 1,000 ahli kariah Surau Al-Hidayah, Pekan Rawang dan penduduk ketika mengadakan bantahan secara aman membantah usaha sebuah syarikat swasta didakwa untuk merampas tapak surau mereka secara tidak adil untuk tujuan pembangunan.

Menurut mereka, kesabaran ada hadnya dan akan bangkit menentang sebarang cubaan merampas tapak surau itu secara haram.

Pengerusi Badan Bertindak Surau Al-Hidayah, Bing Selamat Amir (gambar kecil) mendakwa, perubahan status lot surau kepada lapan lot komersial sudah diluluskan kerajaan negeri Selangor melalui anak syarikatnya, SAP Holdings Berhad tahun lalu.

Namun begitu, katanya, apabila surat bantahan dihantar, sehingga kini tiada maklum balas. -kosmo

Pluralisme: Mufti Perlis Libas Kenyataan Bekas Presiden ABIM

Pluralisme: Mufti Perlis tampil bela Nik Aziz

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya amat kecewa apabila tokoh agama yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, cuba dikaitkan dengan fahaman pluralisme semata-mata kerana beliau menghadiri majlis penganut agama Buddha.

"Ini suatu tuduhan yang amat jahat. Rekod Tuan Guru membuktikan beliau amat konsisten dalam isu Islam," katanya dalam satu kenyataan, sambli menegaskan beliau bukan ahli PAS dan mana-mana parti politik.

Dr Juanda mengulas laporan media online yang memetik kenyataan beberapa pembentang kertas kerja di satu seminar semalam berkaitan isu pluralisme, termasuk mengingatkan pemimpin Islam termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada menghadiri perayaan agama lain.


Salah seorang pembentang kertas kerja itu - bekas presiden ABIM, Dr Yusri Mohamad (kanan) mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah secara terbuka menyokong pluralisme dalam syarahannya di London School of Economic Mac lalu.

Dr Yusri dilaporkan mendakwa badan pemikir Anwar - Institut Kajian Dasar (IKD) yang diketuai oleh bekas setiausaha akhbarnya, Khalid Jaafar, juga telah menerbitkan buku-buku yang 'merbahaya' yang mempromosi persamaan agama.

Pensyarah Kuliah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu juga turut mengkritik Nik Aziz kerana beliau menghadiri majlis penganut agama Buddha di Kelantan.

Seorang lagi pembentang kertas kerja, felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady (kiri), juga senada dengan Dr Yusri apabila menggesa umat Islam menentang mereka yang mempromosikan persamaan agama.

Mengulas lanjut, Dr Juanda berkata: "Ya, pluralisme adalah suatu ancaman kepada Islam, tetapi tuduhan melampau dan tergesa-gesa mengecop beberapa orang tokoh politik sebagai penganut fahaman pluralisme ini amat berbahaya kepada keharmonian hidup antara umat beragama di Malaysia.

"Budaya ala-Taliban ini amat tidak cocok dengan rakyat Malaysia yang sudah sekian lama hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati," tambahnya.

"Kita perlulah membezakan di antara sikap menghormati kebebasan pegangan agama orang lain yang diakui oleh Islam dengan hakikat maksud pluralisme," tegasnya.

Tidak sepatutnya, tambah beliau, mereka yang bergelar sarjana tidak memahami metodologi ilmu dalam menilai perbezaan di antara dua perkara ini.

"Dalam al-Quran, Surah al-Kafirun memberikan ruang memperakui hak penganut agama lain dalam mengamalkan kepercayaan mereka, manakala Surah al-Mumtahanah menyuruh orang Islam berbuat baik dengan penganut bukan Islam.

"Erti ruang toleransi dan saling menghormati hak sesama manusia untuk hidup secara harmoni itu diakui oleh Islam dan bukannya satu ciri penganut pluralisme," katanya.

Dr Juanda bertanya bukankah Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menerima rombongan penganut Kristian Najran di dalam masjid Nabawi?

"Bahkan baginda membenarkan mereka melakukan ibadat agama mereka di dalam masjid kedua paling suci itu.

"Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah bangun bagi menghormati jenazah seorang penganut Yahudi yang lalu di hadapannya?

"Bukankah Omar bin al-Khattab RA sewaktu membuka Palestin memberikan kebebasan dan penghormatan yang amat luar biasa kepada Patriach Kristian di sana dan mengunjungi Gereja Nativity?

"Apakah Nabi SAW dan Omar RA ini juga penganut pluralisme? Sudah tentu tidak! Dan dengan itu formula dan kaedah pihak yang gelojoh ini juga salah dan amat berniat jahat," katanya.

Dr Juanda berkata, beliau bimbang wujud kecenderungan beberapa pihak dari kalangan ahli akademik dan agamawan menggunakan isu akidah untuk tujuan mewujudkan permusuhan di kalangan ahli politik.

"(Mereka) juga menggunakan isu akidah untuk menyesatkan dan memurtadkan orang politik yang tidak sebulu dengan mereka," katanya.

Hal ini, tegas beliau lagi, akan menjurus kepada pegangan yang amat melampau dan boleh mencetuskan kekecohan antara agama di Malaysia.

"Akibat sikap seperti ini, banyak pihak akan disesatkan dan dipertikaikan akidah mereka," tegasnya.

Juga, kata Dr Juanda, formula mereka yang melampau ini akan menimbulkan salah tafsiran terhadap sikap harmoni kerajaan Persekutuan kepada penganut berbilang agama di Malaysia.

"Apakah polisi kerajaan ini juga akan mereka sesatkan, termasuk para pemimpin yang terbabit?" soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam, terutama ahli akademik, agar bersikap jujur dan adil dalam memperkatakan soal Islam dan terutamanya dalam soal hubungan dengan agama lain.

"Semua pihak perlu berhati-hati terutama dalam menyatakan pandangan yang boleh membawa kepada permusuhan beragama dan berpolitik," tambahnya.

Dr Juanda berkata rujuklah kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam mengeluarkan pandangan Islam.

"Bukannya dengan emosi dan kecenderungan berpolitik bagi menimbulkan permusuhan di kalangan umat Islam dan permusuhan di antara umat Islam dengan bukan Islam.

"Islam tidak memerlukan mereka yang berpemikiran pelampau, kolot dan amat konservatif bagi membela agama suci ini," tegasnya. -mk

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Dipenjara 56 tahun, Denda RM620,000

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Imigresen dipenjara 56 tahun, denda RM620,000

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Pengarah 1 Jabatan Imigresen, Yusof Abu Bakar hari ini dijatuhi hukuman penjara 56 tahun dan denda RM620,000 oleh Mahkamah Sesyen setelah didapati bersalah terhadap 14 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM121,500 bagi meluluskan lanjutan pas lawatan warganegara China, dua tahun lepas.

Hakim Abu Bakar Katar bagaimanapun memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dan Yusof, 56, hanya perlu menjalankan hukuman penjara enam tahun bermula daripada tarikh beliau didapati bersalah pada Khamis lalu.

Hakim Abu Bakar turut membenarkan permohonan peguam Yusof, Mohammed Azmi Mohd Said untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sehingga keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi nanti.

Pada Khamis lepas, Abu Bakar mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu di akhir kes pembelaan dan menetapkan tarikh hari ini untuk menjatuhkan hukuman.

Yusof, 56, didakwa menerima rasuah berjumlah antara RM500 dan RM18,500 pada setiap transaksi daripada seorang pengurus jualan antara 21 Mac dan 25 Jun 2008.

Yusof didakwa melakukan kesemua kesalahan berkenaan di pejabat beliau bertugas di Bahagian Kawalan Aras 7, Jabatan Imigresen Malaysia, Blok 2G4, Presint 2, Putrajaya; di Federal Hotel, Jalan Bukit Bintang dan di Stesen Minyak Caltex, Jalan Pudu.

Kesemua pertuduhan itu mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama.

Jika disabit kesalahan, beliau boleh dipenjara tidak kurang dari 14 hari dan tidak lebih 20 tahun, dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara paling rendah di antara dua tahun dan denda RM10,000, serta maksimum enam tahun dan denda RM92,000 bagi setiap pertuduhan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membantah permohonan untuk penangguhan hukuman memandangkan pihak pembelaan telah gagal menunjukkan sebarang keadaan istimewa untuk di dalam membuat permohonan lisan berkenaan.

Peguam Mohammed Azmi bagaimanapun berkata mahkamah mempunyai kuasa dalam membenarkan permohonan itu.

Hakim Abu Bakar membenarkan permohonan itu dan memerintahkan satu notis rayuan dikemukakan seawal esok pagi dan sekiranya gagal, mahkamah akan menarik balik pelaksanaan hukuman tersebut.

Pada Khamis lalu, mahkamah diberitahu bahawa Yusof telah berkhidmat sebagai penjawat awam lebih 30 tahun dan akan menamatkan perkhidmatan dalam dua tahun lagi dan selepas dituduh pada 30 Ogos 2008, anak tertuduh meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Pada 15 Oktober lalu, Mahkamah Sesyen yang lain telah melepaskan dan membebaskan bekas Ketua Pengarah Imigresen Wahid Md Don atas tuduhan menerima rasuah melibatkan wang berjumlah RM60,000 sebagai upah mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh.

Wahid, 57, didakwa menerima rasuah itu daripada seorang ahli perniagaan, Low Chang Hian, pada 10 Julai 2008 sebagai bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh untuk memasuki negara ini.

Rayuan kes oleh SPRM masih berjalan di Mahkamah Tinggi di sini. - Bernama

PAS DUN Tenang Perlukan Sokongan Anda

Perkembangan Semasa Untuk PRK Dun Tenang

Alhamdulillah sempurna sudah jenazah Adun Tenang disemadikan di Labis, yang pergi biarlah pergi yang tingal ini mesti teruskan hidup untuk berjuang. Perjuangan ada baik dan jahat, ada baik ada batil, ada dosa ada pahala. Semuanya menjadi pertaruhan untuk dibawa mengadap Allah diakhirat sana.

Kini semua mata dan telinga tertumpu ke Dun Tenang dibawah Parlimen Labis, untuk rekod, ini adalah pilihanraya kecil ke-14 selepas pilihanraya umum ke-12 tahun 2008 yang lalu. Masing-masing parti politik mula mengatur gerak dan strategi untuk menumbangkan lawan politik masing-masing.

Pastinya PAS dan UmnoBN akan mengerahkan jentera-jentera terbaik mereka untuk mendominasi kempen yang masih lagi belum ditentukan tarikh penamaan calon dan hari pembuangan undi oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Alhamdulillah Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor masing-masing sudah selesai bermesyuarat untuk mengatur gerak kerja pilihanraya dengan 3 orang sudah disenarai pendek untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Dun Tenang, InsyaAllah akan diumumkan oleh pimpinan.

Sewa rumah di Labis kini sudah naik mendadak, kami dimaklumkan sebuah rumah PPRT bernilai RM 3,000 untuk disewa. Sewa penempatan untuk pasukan polis pula mencecah RM 21,000. Wallahua'lam.

Itulah dia pilihanraya, ada suka dan duka. Tanpa bertangguh lagi kami disini melancarkan derma jihad untuk jentera PAS Johor bergerak maju kehadapan sebagai satu tuntutan dan pengorbanan dalam perjuangan untuk kami membawa mesej Islam untuk semua khususnya kepada rakyat di Dun Tenang.

Sumbangan bolehlah terus dibank-in di Akaun Bank Islam atas nama PAS Johor Bahru nombor akaun 01041010001750.

Disamping itu kami juga mengalu-alukan petugas-petugas sukarela secara sambilan dan sepenuh masa sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut dengan menghubungi En Rosli Kemin di 013-7611017 dan En Mohd Ariff di 019-7628241.

PAS bertanding untuk menang dan sedaya upaya berusaha untuk menafikan majoriti kemenangan UmnoBN dalam pilihanraya yang lalu. Semoga Allah berikan kemenangan kepada PAS Johor


SPR umum tarikh pilihan raya DUN Tenang Jumaat ini

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada Jumaat ini.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam satu kenyataan sebentar tadi, berkata pihaknya sudah menerima notis rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Jumaat lalu berhubung kekosongan kerusi DUN Tenang berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha dari Barisan Nasional (BN).

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan dengan pilihan raya kecil DUN Tenang pada 24 Disember di Putrajaya,” katanya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian selepas mesyuarat khas itu.


[Bergambar] 28 Terbunuh Kemalangan Bas Di Simpang Pulai - updated

Nahas bas di Cameron Highlands: Jumlah maut 26 orang

Gambar: KEMALANGAN maut yang membabitkan bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi kini meningkat kepada 28 orang. Ketika nahas, bas itu membawa 37 orang dengan 34 pelancong Thai manakala tiga rakyat tempatan. -BH

IPOH: Dua puluh lapan orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.- BERNAMA












Harga Susu Tin Naik 30 Sen 1 Jan

Harga susu akan dinaikkan 30 sen bermula 1 Januari depan.

Kenaikan harga itu adalah untuk susu tin 400 gm dan 500 gm. Demikian dinyatakan oleh Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Lean Hing Chuan.

“Sekarang ini harga susu tin di dalam lingkungan RM2.40 ke RM3.20,” tambahnya dengan menyatakan pelarasan itu disebabkan peningkatan kos.

Pada bulan April lalu harga susu telah naik 5 sen. Kemudian susu dinaikkan lagi 10 sen pada Oktober lepas. Dan pada 1 Januari depan harga tersebut meningkat sebanyak 30 sen lagi.

Presiden Persatuan Peniaga Kedai Kopi Malaysia, Ngo Soo Boon menyatakan beliau percaya harga minuman akan naik awal tahun depan ekoran kenaikan harga barang.

“Ini bukan saja disebabkan kenaikan harga susu, tetapi kos-kos lain seperti upah dan sewa juga telah turut naik,” kata Ngo semalam.

“Ia adalah riaksi berantai berikutan kenaikan harga bagi lain-lain barangan.”

Ulasan GB

Tahniah 1Malaysia.

Apa yang GB kesalkan sedikit ialah konvensyen PR di Pulau Pinang lansung tidak sentuh dan tak beri perhatian terhadap kenaikan harga barang yang kini begitu membebankan rakyat. Yang dihebohkan hal-hal yang tak bersangkut-paut dengan rakyat secara lansung. Yang diperjuangkan ialah agenda pertahankan Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Kemudian menanam impian ke Putrajaya... Itulah berita yang banyak dipaparkan di dalam harakahdaily dan lain-lain media PR.

Kenaikan harga barang semacam tidak penting bagi pemimpin PR, almaklum, pemimpin PR pun ada yang dah kaya raya semacam pemimpin UMNO BN juga. Tak kisah lagi harga minyak, gas, gula, susu dan lain-lain keperluan naik. Kasihan rakyat marhaen.

Malah hal blogger yang hangat diperkatakan dewasa ini lansung tidak ada di dalam agenda konvensyen. Tak penting, menurut YB-YB PR.

Angan-angan PR tinggi melambung tapi prioriti perjuangan tak berjejak di bumi nyata. Tak tengok airmata rakyat jelata. Tu petanda menempa kekalahan juga. Merenung-renung bintang di langit, tapi rumput di bumi sudah dilupakan begitu saja.

Guan Eng: Utusan Dan BN Cuma Peralatkan 3R (Race, Religion, Raja)

Kerajaan berjiwa rakyat untuk rakyat Malaysia sebenar

"Rakyat Malaysia juga hendaklah bertakwa kepada Tuhan agar kita menjadi insan baik yang takut kepada Tuhan dan bukan taksub kepada pemimpin dan isteri mereka.

Masyarakat yang berpegang teguh kepada amar maaruf nahi mungkar akan pastikan pemimpin Firaun tidak akan timbul semula. Jangan mereka yang mahukan Menara Warisan Merdeka 100 tingkat lupa, Firaun boleh bina Piramid yang masih wujud sekarang tetapi Firaun sudah lama tak ada lagi."

Ucapan oleh Lim Guan Eng di Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan Kedua di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang pada hari Ahad, 19 Disember 2010...

Tepat setahun dulu dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat pertama yang penuh bersejarah pada 19 Disember 2009 di Shah Alam, suatu muafakat baru muncul di Malaysia dengan pelancaran Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Hari ini dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat kedua di Pulau Pinang, suatu harapan baru telah lahir di kalangan rakyat Malaysia dengan pelancaran Program 100 hari PR.

Saya pasti dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat ketiga tahun depan, suatu kerajaan baru berjiwa rakyat akan terbit di Malaysia yang martabatkan rakyat dan mendokong ketuanan rakyat.

Mengimbas kembali kepada dokumen Dasar Bersama PR yang merangkumi prinsip-prinsip asas perjuangan gabungan PKR, PAS dan DAP, ia mengandungi empat tajuk utama iaitu

1. Demokrasi Telus dan Tulen
2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil
3. Keadilan sosial dan pembangunan insan
4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar Negara.

Sekiranya Dasar Bersama PR boleh membawa perubahan kepada rakyat Malaysia, maka Program 100 hari menggariskan secara terperinci dan menyeluruh langkah-langkah spesifik secara permulaan untuk menjalankan urustadbir baik demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Program 100 hari ini benar-benar adalah harapan rakyat Malaysia yang dapat melihatkan reformasi kompreshensif yang kian mantap dan mendalam diusahakan oleh kerajaan-kerajaan negeri PR di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Bagi pihak PR Pulau Pinang, kesediaan Program 100 Hari ini menerima pakai dua inisiatif kami amatlah dihargai, iaitu program liputan wifi percuma yang akan siap akhir tahun depan dan RM100 setahun kepada warga emas melebihi 60 tahun akan diberikan pula RM1,000 setahun kepada semua warga emas di Malaysia oleh PR di peringkat pusat.

Akan tetapi Program 100 Hari bukanlah untuk semua orang. Bukan untuk orang yang menentang konsep kerajaan berjiwa rakyat, melawan martabatkan rakyat dan memusuhi ketuanan rakyat. Program 100 Hari ini adalah untuk rakyat Malaysia sebenar, tulin dan watan - the real Malaysians.

Siapa rakyat Malaysia sebenar ini yang sering dilupakan oleh media massa dan kerajaan BN? Sebelum mengenalpasti mereka, kita harus dulu menyatakan siapa yang bukan Malaysia sebenarnya. Who are not the real Malaysians?

Saya ingin mula dengan mereka yang hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman eskstrimis baik aspek kaum, jantina mahupun agama. Golongan yang hanya tahu mendiskriminasi, menganiayai dan merendahkan orang lain malah meraikan peristiwa berdarah 13 Mei bukanlah rakyat Malaysia sebenar. Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion rajah).

Satu lagi gologan ialah yang bukan "real Malaysians" adalah yang tamak haloba di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya. Tambah pula kaki fitnah dan tohmah, golongan mata duitan, materialism dan penipu ini bukan juga rakyat Malaysia sebenar. Kita tidak boleh pertimbangkan suatu lagi golongan yang hanya mahu syiok sendiri atau suka tunjuk pandai. Kalau tak diberikan tempat atau ikut nafsu jahat mereka, maka mereka akan lompat atau belah sahaja.

Yang kesemua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini Malaysia Celup or pseudo-Malaysians.

Rakyat Malaysia yang sebenarnya adalah rakyat biasa yang pentingkan hak ekonomi dan masa depan agar kehidupan mereka bukan sahaja lebih senang tetapi masa depan untuk anak-anak adalah lebih cerah dan baik. Inilah rakyat Malaysia sebenar yang kita di PR harus tumpukan.

Saya percaya rakyat Malaysia sebenar mahukan sebuah masayarkat aman, tenteram dan penyayang serta menyokong prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan. PR harus fokuskan perhatian dan usaha gigih kita ke atas golongan pertengahan ini yang merupakan majoriti terbesar dan sering dilupai oleh media massa dan BN.

Rakyat Malaysia sebenar mahukan keadilan dan kedaulatan undang-undang agar kita dilayani secara samarata. Yang mereka akan lebih sanjung bukanlah pemimpin individu yang berwibawa tetapi sistem yang berkesan. Sistem yang membolehkan sesiapa yang ingin jalankan urusan kerajaan boleh lakukannya tanpa menerusi pihak ketiga atau kenal orang tengah, hanya kenal undang-undang dah cukup - itulah system kedaulatan undang-undang yang rakyat Malaysia sebenar mahukan.

Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebenaran supaya masyarakat dan anak-anak kita tidak akan hancur. Dalam ugama Islam pun dinyatakan fitnah adalah lebih dasyat daripada bunuh, takkan lagi nak percaya Satu Malaysia yang bertopengkan One Israel dan Tipu Malaysia.

Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebebasan, kebebasan daripada penyalahgunaan kuasa yang rakus, amalan rasuah dan ancaman atau kebebasan daripada ketakutan (freedom from fear). Hanya dengan kebebasan hak asasi manusia baru kita boleh mendapat peluang samarata untuk merealisasikan potensi modal insan.

Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebajikan sebenar agar golongan daif, asnaf, miskin, kurang upaya dan lemah dapat terus dibela. Kemiskinan akan dilawan berhabis-habisan supaya semua dapat kecapi hasil kejayaan ekonomi.

Rakyat Malaysia juga hendaklah bertakwa kepada Tuhan agar kita menjadi insan baik yang takut kepada Tuhan dan bukan taksub kepada pemimpin dan isteri mereka. Masyarakat yang berpegang teguh kepada amar maaruf nahi mungkar akan pastikan pemimpin Firaun tidak akan timbul semula. Jangan mereka yang mahukan Menara Warisan Merdeka 100 tingkat lupa, Firaun boleh bina Piramid yang masih wujud sekarang tetapi Firaun sudah lama tak ada lagi.

Inilah rakyat sebenar dalam golongan pertengahan yang PR mesti tumpukan bukanlah mereka yang rasis, benci-membenci, fitnah dan tamak-haloba. Kita mesti was-was tentang kempen kotor yang akan dimainkan dalam PRU13 yang diramalkan datang tak lama lagi. BN akan gunakan senjata 3R khususnya UMNO akan cakap PAS diperkudakan DAP dan MCA pula cakan DAP diperkudakan PAS. Saya nak tegaskan PAS dan DAP tidak memperalatkan satu sama lain, kami masing-masing hanya rela diperalatkan oleh rakyat sahaja.

Selama ini di Pulau Pinang UMNO serang DAP anti-Melayu dan MCA pula serang DAP anti-Cina. MCA serang DAP anti-bukan Melayu bila DAP tunjukkan bahawa dalam sistem tender terbuka, kontraktor Melayu memang mampu berdaya saing dengan memenagi sebilangan besar kontrak kerajaan. Kontraktor Melayu menangi 100% kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran serta 98% kontrak JKR. Bila kita martabatkan rakyat Pulau Pinang tanpa kira kaum, jelas yang tak dapat berdaya saing ialah kontraktor UMNO sendiri bukanlah kontraktor Melayu.

Kita tidak harus benarkan BN pecah-belahkan keutuhan PR. Perjuangan DAP adalah berteraskan Perlembagaan Persekutuan di mana DAP telah pinda Perlembagaan parti dalam 2006 untuk menerimanya. Kita tak harus benarkan UMNO cuba "hijack" Perlembagaan Persekutuan memecah-belahkan rakyat Malaysia bahawa adalah salah untuk memperjuangkan ketuanan rakyat. UMNO sering sebut Perkara 153 sebagai justifikasi untuk hanya perjuangkan ketuanan Melayu. Malangnya UMNO langsung tidak sebutkan bahawa Perkara 153 juga menyatakan kepentingan sah kaum-kaum lain mestilah dipelihara.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan

Adalah menjadi tanggungjawab Yang di Pertuan Agung memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

Article 153 of the Federal Constitution

It shall be the responsibility of the Yang di Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of this article.


PR mesti tumpukan usaha menjayakan transformasi Malaysia kepada sebuah ekonomi berpendapatan tinggi dengan Gross National Income(GNI) per capita USD15,000 menjelang 2020. Di bawah BN, ini tidak mungkin berlaku. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meragui keupayaan mencapai GNI USD15,000 ini. Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri secara terbuka menyatakan kemungkinan Malaysia akan jadi bankrap pada 2019. Demi selamatkan Malaysia dari jadi bankrap, PR perlu memerintah di Putra Jaya.

Hentilah cakap-cakap kosong. Marilah kita berusaha dan bekerja gigih. Kita mahukan Konvensyen Kebangsaan PR ke-3 tahun depan diadakan di Putra Jaya. Kita mahukan Kerajaan berjiwa rakyat untuk rakyat Malaysia sebenarnya.

Hidup PR, Hidup Kerajaan Berjiwa Rakyat, Hidup Martabat Rakyat!

Lim Guan Eng,
Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Bagan -blog.marhaen.info

Karpal: PAS Paling Berdisiplin Dalam PR, Anwar Gagal Pilih Calon Berintegriti

Karpal: PAS Paling Berdisiplin Dalam Pakatan Pembangkang

KEPALA BATAS: DAP mengiktiraf PAS sebagai parti yang paling berdisiplin dalam Pakatan Rakyat kerana wakil rakyatnya sangat setia dan tidak pernah bertindak keluar parti.

Pengerusi DAP, Karpal Singh sebaliknya berkata, wakil rakyat partinya sendiri bertindak keluar seperti yang berlaku di Perak.

"PAS paling berdisiplin kerana tak ada seorang pun daripada mereka yang undur diri.

"DAP pernah ada seorang di Perak, PKR pun ada ramai (keluar parti)," katanya pada Konvenyen Pakatan Rakyat Kedua di sini, Ahad

Sepanjang tahun ini, wakil rakyat PKR paling ramai melompat parti termasuk mengakibatkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak sepanjang tahun ini.

Dalam pada itu, Karpal membidas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mengendahkan teguran dan amaran pemimpin komponen Pakatan Rakyat khususnya berkaitan pemilihan calon pilihan raya sehingga ada di kalangan pemimpin bertindak keluar parti.

Katanya, kegagalan Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat menentukan calon yang berintegriti telah merugikan pakatan pembangkang itu hingga menggadaikan penguasaan mereka di Perak selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

"Dalam pilihan raya akan datang letaklah calon-calon yang boleh dipercayai serta beritegriti.

"Jangan ulangi kesilapan lalu lagi kerana ia akan merugikan kita,"
katanya.

Selain itu Ahli Parlimen Gelugor itu turut menegur Anwar mengenai tindakannya menerima penyertaan bekas Pengerusi PKR WilayahPersekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dalam parti itu.

Menurutnya, beliau pernah memberi amaran kepada Anwar agar tidak menerima Zaid kerana sudah mengenali latar belakangnya sejak sekian lama.

"Sebelum Zaid sertai PKR, saya telah... bukan tegur, tapi beri amaran kepada Anwar, tapi beliau terima juga.

"Dia (Zaid) tak boleh dipercayai, tapi Anwar tak dengar. Walaupun beliau pemimpin utama dalam Pakatan Rakyat, tapi kadangkala lakukan kesilapan, silap buat keputusan," katanya. -mstar

Tokoh Islam Xinjiang Meninggal

Pemimpin Islim Xinjiang Meninggal

Beijing (AFP) - Lebih 5,000 penduduk Islam membanjiri jalan raya di ibu kota rantau barat China bergolak di Xinjiang untuk berkabung atas kematian ulama terkenal di tengah kehadiran besar-besaran polis.

Mahemuti, ulama Masjid Hantenggeli juga dikenali sebagai Masjid Agung Pagar Selatan meninggal dunia Khamis lalu menyebabkan penduduk Islam berkabung di ibu kota rantau ini di Urumqi, kata pegawai masjid.

“Kira-kira 5,000 penduduk Islam yang berkabung datang ke masjid Khamis lalu untuk berkabung atas pemergiannya,” kata pegawai yang dikenali sebagai Gelimu, semalam. Mahemuti meninggal dunia kerana penyakit jantung, katanya.

Mahemuti, 75, telah menjadi pemimpin penting Muslim selama 30 tahun lebih dan dikenal di seluruh Xinjiang, kata pusat tersebut.

Polis telah meningkatkan pengawasan pada kegiatan perkabungan di seluruh wilayah itu, khawatir bahwa ketegangan etnik yang membara dapat mencetuskan kerusuhan baru.

Wilayah Xinjiang yang jauh di barat, tempat masyarakat Uighur telah lama mendidih di bawah pemerintah China, telah mengalami beberapa penderitaan hebat kerana kerusuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

5 Nelayan Nyaris Lemas Dihanyutkan Ombak Besar

Lima Nelayan Nyaris Lemas Dihempas Ombak Besar

KUALA TERENGGANU: nelayan pukat tunda dari Pulau Duyong nyaris maut apabila enjin bot mereka rosak di tengah laut sebelum dihanyutkan ombak besar dalam satu kejadian petang Ahad. Gambar NST

Kelima-lima mangsa Jaunadi Che Mohd, 50, Azmi Daud, 24, Syukri Sapee, 19, Zainudin Aziz, 34, dan Hafizi Hamid, 26, dilaporkan keluar ke laut kira-kira pukul 9 pagi.

Bagaimanapun, apabila tiba di lima batu nautika dari Jeti Perikanan Pulau Kambing, pukat tunda bot nelayan itu dilaporkan tersangkut pada enjin bot berkenaan menyebabkan ia mengalami kerosakan.

Ekoran itu, bot mereka terus dihanyutkan ombak besar.

Seorang daripada mangsa, Hafizi berkata setelah beberapa kali bot mereka dihempas ombak besar mereka bertindak nekad terjun dan sebelum berenang hampir satu kilometer sebelum tiba di pantai Kuala Ibai pukul 6 petang.

"Sebelum terjun kami sempat memakai jaket keselamatan dan dalam keadaan ombak besar itu kami berenang ke pantai."Masa itu kami ingat kami akan mati dah, tetapi Alhamdulillah umur kami masih panjang," katanya ketika ditemui di sini Ahad.-BERNAMA

Lamanweb Yayasan 1Malaysia Digodam

Penggodam ganyang laman web Yayasan 1Malaysia

PETALING JAYA: Penggodam telah meggodam web 1Malaysia dengan menulis slogan anti-Malaysia di laman utamanya.

Slogannya berbunyi, Ganyang Malaysia turut memaparkan gambar seorang lelaki Cina yang tidak dikenali berdiri di hadapan bendera Amerika Syarikat.

"Ganyang Malaysia" merupakan slogan yang biasa digunakan oleh kumpulan-kumpulan berhaluan kanan tegar Indonesia seperti Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera).

Tiada pertubuhan mengaku bertanggungjawab untuk serangan ini meskipun perkataan "Ahli Syurga Crew" tertera di penghujung laman itu.

Laman lain di laman web itu tidak terusik.

Dalam reaksi spontannya, pengerusi Yayasan 1Malaysia Chandra Muzaffar melahirkan rasa terkejut. Beliau memberitahu bahawa belum melawat laman webnya selama beberapa hari yang lepas dan tidak mengetahui perkara ini.

"Saya akan menelefon pejabat untuk mengetahui perkara selanjutnya," kata beliau kepada FMT.

Di Baling Ada Kerbau Liar Tanduk Penoreh

Lelaki terpaksa berguling elak ditanduk kerbau liar

Gambar: Ismail Husain,53, (kiri) dari Kampong Paya Siput mukim Siong, Baling, nyaris maut akibat diserang seekor kerbau betina liar
ketika berada di kebun getah miliknya yang terletak dua kilometer dari rumahnya di sini semalam.


BALING: Seorang lelaki terpaksa merebahkan badannya dan bertindak berguling di atas tanah bagi mengelak daripada terus diserang seekor kerbau liar yang tiba-tiba menyerangnya dalam kejadian di Kampung Paya Siput, mukim Siong, di sini petang semalam.

Ketika kejadian 4.20 petang itu, Ismail Husain, 53, sedang membersihkan kebun getahnya di kawasan Kebun Sera yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya.
Akibat serangan itu, Ismail lebam di tangan dan badan akibat disondol kerbau yang dipercayai baru beranak itu tidak jauh dari kawasan belukar di situ.

Ismail berkata beliau langsung tidak sedar sekumpulan kerbau liar berada di kawasan itu dan tiba-tiba salah seekor daripadanya bertindak menyerangnya.

Katanya beliau sempat menghayun parang yang mengenai mulut kerbau itu dan beliau kemudian berguling-guling di atas tanah mengelak daripada ditanduk kerbau itu menyebabkan kerbau tersebut meninggalkannya.

"Saya hanya tersedar bahagian belakang saya ditanduk dan saya terguling di atas tanah serta menghayun parang ke arah kepala kerbau itu dan mengenai mulutnya," katanya.

Katanya kumpulan kerbau liar yang berkeliaran di kawasan itu dalam jumlah hampir 10 ekor itu dipercayai tiada bertuan dan pernah dua tahun lalu menyerang saorang pemburu babi hutan hingga mati akibat cedera parah ditanduk di bahagian paha dan badan.
Ismail berharap supaya Jabatan Haiwan Daerah Baling dan pihak lain yang bertanggungjawab bertindak menembak kerbau liar berkenaan daripada terus berkeliaran di kawasan bukit berdekatan Kampung Telok Temelah, Kampong Luas dan Kampung Paya Siput sebelum berlaku lagi kejadian yang tidak diingini.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Paya Siput, Shaffie Che Mey, 62, mahu kumpulan kerbau liar yang boleh mengancam nyawa terutama penoreh getah dan pekerja hutan di sekitar itu ditembak kerana sejak lebih 10 tahun ini tiada sesiapa yang mengakui kumpulan kerbau liar itu milik mereka.

"Kejadian pemburu babi hutan yang diserang dan maut akibat ditanduk dua tahun lalu dan kejadian semalam patut diambil perhatian oleh pihak berkenaan sebelum ada lagi kejadian yang boleh meragut nyawa berpunca dari serangan kerbau liar itu, " katanya. - BERNAMA

Ada Beruang Di Jeli!

15 minit lawan beruang

TANAH MERAH: Parang tumpul menyelamatkan seorang penoreh getah yang terpaksa bergelut dengan seekor beruang madu selama hampir 15 minit dalam kejadian di Kampung Bukit Jong, Jeli, disini menyebabkan mangsa cedera di kaki akibat digigit haiwan itu.

Dalam kejadian jam 4 petang Selasa lalu, selepas kakinya digigit beruang berkenaan Osman Salleh, 35, nekad mengetuk kepala haiwan itu dengan parang tumpul, sekali gus menyelamatkan dia daripada dicederakan lebih teruk.

Sebelum kejadian, Osman yang baru selesai berkebun dan menoreh getah bersama bapanya, Salleh Mahmud, 72, menunggang motosikal berseorangan pulang ke rumah.

Di pertengahan jalan kira-kira dua kilometer dari rumah, dia terserempak dengan beruang berkenaan yang dianggar setinggi satu meter dalam keadaan bulunya mengembang dan kelihatan marah.

Nasib tidak menyebelahinya apabila enjin motosikalnya tiba-tiba mati menyebabkan Osman tiada pilihan selain mempertahankan diri dengan menggunakan motosikal Honda itu sebagai penghadang.

Bagi mengelak terkaman beruang itu, Osman beberapa kali berlari mengelilingi motosikal dan hampir mengalah selepas motosikalnya jatuh mengakibatkan dia diterkam haiwan liar berkenaan.

“Apabila diterkam beruang itu, saya hampir mengalah kerana kepenatan tetapi terus bergelut dengan beruang itu.

“Nasib baik saya membawa bersama sebilah parang yang dapat digunakan untuk mempertahan diri. Namun, beruang berkenaan sempat mencakar kaki kiri dan mencengkam kaki kanan saya dengan taringnya.

“Saya nekad mengetuk kepala haiwan itu menggunakan parang dan tindakan itu menyelamatkan diri daripada terus menjadi mangsa serangan kerana beruang melepaskan gigitan dan beredar,” katanya ditemui di Wad 1, Hospital Tanah Merah, semalam.

Menurut anak keempat daripada tujuh beradik itu, dalam keadaan kesakitan dia menggagahkan diri menunggang motosikal bagi menyeberangi Sungai Pergau dekat Kuala Balah, untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Balah.

“Saya kemudian dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan susulan sehinggalah hari ini,” katanya yang tinggal di Kampung Tengku Abdul Rahman Kuala Balah, Jeli.

Osman berkata, dia tidak menyalahkan haiwan itu kerana mungkin ia dalam keadaan sakit dan tujuannya menyerang mungkin untuk mengelak ancaman manusia.

“Sepanjang berkebun, sudah beberapa kali saya bertembung dengan beruang madu hitam yang mempunyai jalur putih di tengkuk hingga ke hidung, tetapi tidak mengganas,” katanya.

Namun, berdasarkan cerita penduduk setempat, spesies haiwan terbabit sebelum ini pernah menyerang beberapa penoreh getah di Kampung Bukit Jering dan Kampung Tok Ali, di sini. -hm

Piala Suzuki AFF: Malaysia Bertemu Indonesia

Indonesia Bertemu Malaysia Di Pertandingan Akhir Piala AFF

JAKARTA, 20 Dis -- Indonesia mara ke pertandingan akhir Piala Suzuki AFF 2010 setelah menang tipis 1-0 ke atas Filipina pada perlawanan saingan separuh akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno di sini Ahad malam.

Dengan itu, Indonesia menewaskan Filipina dengan agregat 2-0 untuk layak ke perlawanan akhir menentang Malaysia, setelah menang 1-0 pada perlawanan saingan separuh akhir pertama Khamis lepas.

Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 2-0.

Dari awal permainan hingga separuh masa, Indonesia yang terus menerus menyerang berjaya menjaringkan gol menerusi penyerang utama Indonesia Cristian Gonzales pada minit ke-43.

Filipina yang diperkuat sembilan pemain berasal dari luar negara turut mempamerkan aksi permainan yang baik menahan asakan pasukan Garuda.

Penjaga gol Filipina, Neil Etheridge, yang merupakan penjaga gol ketiga Fulham United di Liga Premier Inggeris, tampil memukau penonton apabila berkali-kali menggagalkan serangan pasukan Indonesia ke gawangnya.

Sokongan lebih 85,000 penonton dan kehadiran Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menyemarakkan pasukan Indonesia untuk menampilkan rentak permainan pantas dan mendahului perlawanan.

Sementara itu, RM9,000 setiap pemain hABUAN lumayan RM9,000 menunggu setiap pemain bola sepak negara andai menjuarai Piala Suzuki AFF buat julung kali dengan jumlah berkenaan mungkin meningkat sebelum final timbal balik pertama di tempat sendiri pada 26 Disember ini.

Sejumlah RM88,200 bagi Tabung Akujanji Ganjaran Piala AFF 2010 sudah dikutip sehingga semalam oleh Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) atas inisiatif Kementerian Belia dan Sukan selepas kerajaan sudah berjanji menyumbang RM5,000 kepada setiap pemain jika berjaya melepasi final timbal balik pada 26 dan 29 Disember ini.

“Ini adalah jumlah dijanjikan jika muncul juara,” kata menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek, semalam.

“Ganjaran diberi berdasarkan skim Shakam Sukan Sea. RM5,000 kepada setiap pemain kerana meraih pingat emas. Jumlah ini sama di peringkat Asean. Syarikat swasta menjanjikan ganjaran kepada pemain.”

Dia menambah: “Rakyat harus memberi sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada pemain mengharumkan nama negara.” Sumbangan ini dikelolakan SAM dan akan dipaparkan dalam akhbar.


Banjir Mula Melanda Terengganu

Kemaman dilanda banjir, 700 mangsa dipindah

BALAI Polis Kerteh, Kemaman turut dinaiki air banjir semalam.

KEMAMAN - Hampir 700 orang dari Kampung Baru dan Kampung Chabang Kerteh di sini dipindahkan setakat ini setelah kawasan mereka dinaiki air sedalam hampir satu meter ekoran hujan lebat sejak dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, jumlah penduduk yang dipindahkan adalah setakat pukul 10 malam tadi ke lima pusat pemindahan.

Katanya, antara pusat pemindahan yang dibuka adalah di Dewan Orang Ramai Pekan Kerteh dan balai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Chabang.

"Kesemua mangsa dipindahkan sejak pukul 1 petang tadi (semalam) ekoran rumah mereka ditenggelami air setinggi antara 0.5 meter dan satu meter," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, turut dinaiki air adalah Balai Polis Kerteh dan enam buah perumahan polis di situ sedalam hampir satu meter sejak pukul 2 petang semalam.

"Bagaimanapun operasi di balai tetap berjalan seperti biasa dan semua anggota sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan air banjir semakin naik," katanya.

Abdullah berkata, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kilometer 116 berhampiran Pekan Kerteh juga ditutup kepada kenderaan ringan setelah ditenggelami air hampir satu meter sejauh 500 meter.

"Paras air Sungai Kerteh juga dilaporkan sedang naik dan kemungkinan terdapat beberapa batang jalan lagi akan turut terjejas dan ditutup kepada kenderaan ringan seperti Jalan Kerteh ke Batu Putih dan jalan ke Lapangan Terbang Kerteh," katanya.

Menurut Abdullah, ekoran air sungai yang semakin naik, kemungkinan lebih ramai penduduk akan dipindahkan khususnya membabitkan kawasan perumahan rendah dan berhampiran sungai seperti Kampung Chabang dan Labohan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kemasek, Ir. Rosli Othman yang membuat tinjauan ke kawasan terlibat banjir berkata, Pejabat Khidmat Masyarakat Kemasek membuka sebuah bilik gerakan banjir di Dewan Sivik Pekan Kemasek bagi memberi bantuan kepada mangsa banjir.

"Kita menjangkakan kemungkinan air semakin naik ekoran akan berlaku air laut pasang besar bermula petang tadi (semalam) selama dua hari dan kami telah membuat persiapan rapi untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir lebih besar dan pemindahan lebih ramai penduduk," katanya.

Rosli berkata, segala persiapan seperti bot, bekalan makanan dan segala keperluan berkaitan telah disediakan dan meminta penduduk yang tinggal di kawasan rendah bersiap sedia untuk dipindahkan dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.

"Semua agensi yang berkaitan termasuk pihak berkuasa berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya. -kosmo


Terengganu mula dilanda bah

Seramai 733 penduduk empat kampung di Kerteh dan Kemasek, Kemaman dipindahkan apabila kawasan kediaman mereka dilanda banjir sedalam hampir satu meter berikutan hujan lebat sejak dua hari lalu.

Setakat jam 10 malam semalam, 98 mangsa dari Kampung Baru Kerteh dan Kampung Chabang Kerteh masing-masing dipindahkan ke dewan orang ramai Pekan Kerteh, Balai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Chabang, Kerteh.
Selain itu, Sekolah Kebangsaan Kemasek menempatkan 546 mangsa diikuti Kampung Gong Cengal Kemasek (39) dan Kampung Kukuran, Kemasek (50).

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, semua mangsa dipindahkan sejak jam dua petang semalam apabila hujan lebat tidak berhenti-henti termasuk jalan raya di Pekan Kerteh dinaiki air sedalam 0.6 meter.

Katanya, selain itu Balai Polis Kerteh dan enam kuarters perumahan polis di situ turut ditenggelami air juga sedalam hampir satu meter sejak jam dua petang semalam.

“Walaupun balai kini ditenggelami banjir sehingga paras lutut, operasi di balai tetap berjalan seperti biasa dan semua anggota sudah diarahkan untuk bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan jika banjir semakin besar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Abdullah Sani berkata, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kilometer 116 iaitu di lorong menghala ke Kuantan berhampiran pekan Kerteh juga ditenggelami air sedalam hampir satu meter sepanjang 500 meter manakala Jalan Kerteh ke Batu Putih dan ke Lapangan Terbang Kerteh dinaiki air tetapi masih boleh dilalui kenderaan ringan.

Katanya, di Kilometer 115 juga jalan yang sama di lorong menghala ke Kuala Terengganu mengalami mendapan sedalam dua meter yang juga membabitkan seluas dua meter.

Bagaimanapun, katanya jika hujan lebat berterusan sehingga lewat malam, kemungkinan beberapa batang jalan lagi di sekitar pekan ini turut terjejas atau pun terpaksa ditutup kepada kenderaan ringan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasek, Rosli Othman yang membuat tinjauan ke kawasan terjejas dengan banjir itu berkata, Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Kemasek membuka bilik gerakan banjir di Dewan Sivik Pekan Kemasek bagi menyalurkan bantuan.

Katanya, segala persiapan seperti bot, bekalan makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir sudah disediakan.

Sementara itu, Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika dihubungi, berkata sehingga jam 6 petang ini semua paras air sungai utama di negeri ini masih lagi berada pada paras biasa.

“Sehingga kini, satu bilik gerakan banjir di daerah Kemaman saja dibuka bagi membantu penduduk yang terjejas dengan kejadian banjir khususnya di kawasan terjejas di pekan Kerteh sekarang,” katanya. -bh


[Bergambar] Perbezaan Kutub Utara Dan Kutub Selatan


Sebahagian di antara anda pasti sudah tahu bahwa penguin hanya ditemui di Kutub Selatan. Jangan harap bertemu burung yang kelihatan cantik itu di kutub utara.

Meskipun serupa, sama-sama daratan di hujung planet bumi yang didominasi ais, kutub utara dan kutub selatan menyimpan banyak perbezaan. Penguin hanya salah satu contoh perbezaan saja.

Wilayah ais Artik di kutub utara pada dasarnya merupakan lautan beku yang dikelilingi daratan yang sering disebut lingkaran Artik (Arctic Circle). Sebaliknya, Antartika di kutub selatan adalah daratan benua dengan wilayah pegunungan dan tasik berselimut ais yang dikelilingi lautan.

Benua Antartika mengandung hampir 90 peratus ais di seluruh dunia. Jika dicairkan, seluruh ais Antartika cukup untuk memenuhi tiga perempat keperluan air minum di seluruh dunia. Maka jangan hairan jika Putera Mohammed Al Faisal dari Saudi Arabia pernah berencana mengangkut 100 juta ton ais dari Antartika ke negaranya.

Benua Antartika jauh lebih dingin daripada Artik sehingga bahkan terdapat lapisan ais di sana yang tidak pernah meleleh sepanjang sejarah. Suhu rata-ratanya -49 derajat Celcius.

Suhu terdingin pernah tercatat pada 21 Julai 1983 sesejuk -89.6 darjah Celcius di Stesyen Vostok, dekat kutub geomagnetik selatan. Sementara Artik memiliki Suhu rata-rata lebih tinggi sekitar -34 derajat Celcius.

Kerana suhu yang lebih hangat ini, terbentuknya lubang ozon di atas kutub utara tidak separah kutub selatan. Sebab, suhu yang lebih hangat menyebabkan pembentukan awan stratosfer yang merusak lapisan ozon lebih sedikit.

Meski demikian, lapisan stratosfer di atas kutub utara mengalami pendinginan dari tahun ke tahun sehingga lubang ozon semakin besar. Mungkin tak akan sebasar lubang ozon di Antartika yang mencapai luas benua Eropah.

Daratan ais yang didominasi lapisan ais tipis di Artik lebih mudah retak saat musim panas tiba. Bahkan, laporan terakhir menyebutkan, ratakan ais telah melanda seluruh bagian Artik ketika tiba musim panas.

Di Antartika retakan lapisan ais melanda wilayah-wilayah tepian saja namun sekali lepas, pulau ais yang mengapung boleh berlayar dari Antartika sampai ke Selandia Baru.

Sampai saat ini, wilayah Kutub Utara masih menjadi rebutan di antara negara-negara kuasa besar. Russia sudah awal-awal mendakwa kekuasaannya di kutub utara dengan menancapkan bendera di dasar perairannya tahun lalu.

Russia sudah menyiapkan eksplorasi gas di Lomonosov Ridge, barisan pergunungan bawah laut pada kedalaman 1920 meter untuk memperoleh 10 juta ton gas.

Tetapi, AS juga tak mau kalah dengan mengirimkan kapal pemecah ais Coast Guard untuk memetakan kembali batas wilayahnya di Alaska sebelum lapisan ais di sana terus menyusut karena pemanasan global. Badan Survei Geologi AS memperkirakan terdapat kandungan minyak di bawah Artik sampai seperempat kandungan minyak dunia.

Meski pun Kutub Selatan dikirakan juga menyimpan minyak terutama di sekitar Laut Ross, kemungkinan di ketika ini sangat kecil. Antartika telah mendapat perlindungan sesuai Perjanjian Antartika yang melarang siapapun melakukan segala bentuk eksplorasi minyak dan menjadikan Antartika kawasan damai serta kajian bersama.

Sepanjang sejarah, Antartika memang tidak pernah dikuasai siapapun dan tidak ada penduduk asli di sana. Kontras sekali dengan wilayah lingkaran Artik yang terdapat beberapa kota berpenduduk seperti Barrow di Alaska, Tromso, Norwegia, serta Muramansk dan Salekhaard, Russia. Di kutub utaralah orang-orang eskimo bermukim.

Selain itu juga, hanya di Artik saja beruang kutub boleh ditemukan secara alami.

Mungkin ini juga alasan paling kuat mengapa penguin yang hanya ditemukan di kutub selatan tidak pernah menggunakan sayapnya untuk terbang.

Hidup di wilayah kekuasaan masing-masing, penguin dan beruang kutub sama-sama makan ikan dan menempati puncak rantai makanan.

Kutub Utara









Kutub Selatan










-adipedia/GB