16 Jun 2009

PAS UMNO : Nasha Terus Layan Media Walau Beliau Setuju Arahan Tutup Mulut

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung kesediaan Umno untuk bekerjasama dengan PAS sebagai perkembangan serius menyelesaikan isu-isu nasional.

Nasharudin berkata, PAS mengalu-alukan maklum balas Perdana Menteri dan beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berada di luar negara.

“Respons ini adalah kali pertama secara agak serius daripada Perdana Menteri dan saya akan bawa kepada Presiden (Bergayut sakan dengan Jubah Presiden).

Kenapa tidak dibawa kepada Mesyuarat Majlis Syura atau Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Beriya-iya sungguh nampaknya nak jumpa Najib. Semakin jelas membelakangi Mursyidul Am PAS dan Majlis Syura.

“Kita sedia berbincang dengan sesiapa sahaja dan sudah tentu kita tidak akan tutup ruang sedangkan kita ada peranan yang boleh dimainkan untuk membantu negara ini,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Pagi tadi Najib berkata, beliau tidak menolak sebarang kerjasama dengan PAS yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

Katanya, beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang telah disuarakan oleh Abdul Hadi.

Mengulas lanjut, Nasharudin berkata, isu kerjasama antara Umno dan PAS ini bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan dalam jangka masa terdekat kerana memerlukan penjelasan secara terperinci.

“Ini adalah perkara baru dan perlu diperjelaskan. Kita memberi keutamaan kepada Muktamar (untuk memutuskan), bukan sesuatu yang boleh dilaksanakan esok atau lusa,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa kerjasama antara Umno dan PAS bukan bermakna PAS akan menyertai Umno atau Barisan Nasional (BN) sebaliknya hanya untuk menyelesaikan kemelut yang melanda negara termasuk ekonomi, politik dan pendidikan.

“Persoalan PAS masuk BN dan Umno tidak pernah ada dalam mana-mana agenda pemimpin PAS, yang ada hanyalah kita tidak menutup ruang kepada sesiapa pun,” katanya.

Katanya, isu kerajaan perpaduan yang diutarakan Abdul Hadi akan dibincangkan pada mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat Isnin ini.

Berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan mana-mana ahli PAS yang menyokong cadangan kerajaaan perpaduan sebagai boneka Umno,
Nasharuddin berkata:

“Kalaulah ada persepsi cadangan kerajaan perpaduan untuk bawa PAS masuk Umno dan BN, saya katakan tidak ada sebarang niat (ke arah itu).” -jiwoklate


PAS UMNO : UG - Usah Bermain Api

Tuhan Yang Maha Mengetahui

Niat seorang manusia tiada manusia lain yang tahu, walaupun berbual bertentangan mata.

Apa yang dinilai dan ditanggapi ialah percakapan dan tingkah lakunya.

Begitu juga, PAS sebagai sebuah Gerakan dan Parti Islam, kenyataan dan tingkah laku amat memain peranan untuk dinilai dan ditanggapi oleh masyarakat dan yang lebih penting ialah pengundi setia.

Ketika, UMNO/BN dibenci oleh rakyat, tiba-tiba kenyataan dan tingkahlaku menunjukkan PAS ingin bekerjasama dengan UMNO/BN.... sebutlah dengan nama apa sekali pun dengan penuh ikhlas untuk kebaikkan rakyat. Rakyat tidak akan nampak, kerana telah terlekat dalam pemikiran rakyat, pemimpin UMNO/BN rasuah, menindas rakyat, diskriminasi, kroni, penting diri, zalim, menolak syariat Islam, salah guna kuasa, jahat, penipu, cakap tak serupa bikin, tiada akhlak..... (sila tambah sendiri).

Sebutlah berulang kali........ PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO/BN, "Niat kami bukan begitu", tetapi apabila sebaik selesai muktamar ia diulang kembali dan lebih malang apabila bekas Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang pula menyebut bahawa beliau pernah ditelefon oleh salah seorang pemimpin PAS supaya membentuk kerajaan bersama UMNO/BN di Perak selepas pilihanraya umum yang lalu. Maka pemimpin tidak boleh memarahi ahli bawahan dan rakyat dari berbagai kalangan yang meragui keikhlasan PAS dan mungkin selepas ini menolak PAS (Na'uzubilLah).

(Khusus untuk Ustaz Ahmad Awang, kenyataan beliau menyebut seseorang tetapi tidak memberi tahu nama secara tepat, bagi saya akan mengundang fitnah yang lebih besar. Jika tidak mahu sebut siapa pemimpin itu lebih baik tidak cerita perkara itu).

Ketika UMNO/BN sudah nyawa-nyawa ikan......... dengan niat yang baik mungkin yang tidak dapat dibaca oleh manusia lain, tetapi dapat didengar oleh manusia lain ialah kenyataan dan dilihat oleh manusia lain ialah tingkah laku PAS iaitu oleh manusia-manusia dari PKR, DAP, Kelab Penyokong PAS, pengundi atas pagar , maka sekarang mereka telah menanggapi bahawa mereka akan dikhianati oleh PAS.

Bahaya sedang menanti, sesuatu yang drastik perlu dilakukan agar rakyat kembali melihat UMNO/BN adalah jahat seperti asal dan belum layak untuk dibuat kawan.

Kepada yang berhujah bahawa, kita mesti melakukan dakwah kepada siapa sahaja, jawabnya, memanglah itu kerja kita sejak PAS ditubuhkan lima puluh lapan tahun lalu, jangan cuba pesongkan pemikiran dengan mengatakan tak faham mengapa ahli PAS tidak mahu lagi berdakwah kepada ahli dan pemimpin UMNO, dari manakah datangnya ahli PAS jika tidak sebahagiaannya dari ahli-ahli UMNO yang dibuka pintu hatinya oleh Allah swt untuk bersama PAS dengan hasil usaha ahli PAS melalui berbagai pendekatan dakwah selama ini.

Oleh itu, perkara baru yang timbul dan ditimbulkan melalui kenyataan dan tingkahlaku PAS dewasa ini, ditafsirkan oleh ahli dan rakyat terbanyak bahawa PAS ingin bekerjasama dengan UMNO/BN, dan tidak ditafsir sebagai PAS mahu berdakwah kepada ahli dan pemimpin UMNO/BN. Kerana mereka tahu kerja kempen dan dakwah adalah tugas hakiki ahli PAS.

Persoalan yang dilontar semasa dihujung kepimpinan Pak Lah, kemudian ditarik balik pada 21 April 2009 dan selepas itu dilontar pula pada 7 Jun 2009, hanya menimbulkkan keributan yang tiada ada apa kebaikkan pada masa ini.

Janganlah kita terperangkap dengan angan-angan panjang, yang disebut dalam ilmu akhlak. Saya nyatakan begitu kerana, jika "Unity Government" yang diidamkan seperti Indonesia. Maka usaha menjatuhkan regim UMNO/BN perlu dilakukan dahulu seperti rejim Suharto dijatuh oleh rakyat sehingga memakan korban nyawa dan darah Mahasiswa Trisakti.

Adalah, tidak menasabah dengan tidak semena-mena PAS nak pergi bincang dengan UMNO supaya sistem pemerintahan Malaysia diubah mengikut sistem pemerintahan di Indonesia yang amat berbeza dengan Malaysia dan akhirnya akan mengurang semua kuasa yang telah sedia dipegang oleh UMNO. Jangan jadi seperti tikus bermesyuarat untuk menggantung loceng di leher kucing.

1. Malaysia sistem raja berpelembagaan - Indonesia sistem Republik.

2. Malaysia Perdana Menteri dilantik oleh Parti menang dan diperkenan Agong - Indonesia Presiden dipilih melalui undian terbuka kepada seluruh rakyat yang layak mengundi.

3. Pilihanraya di Malaysia lebih satu undi menang dan ikut kawasan parlimen dan DUN- Indonesia sistem berkadar.

4. Di Malaysia Parti Politik yang lebih kerusi memerintah - Indonesia parti politik hanya berada di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan Majlis Perwakilan Rakyat (MPR).

5. Di Malaysia Menteri dilantik oleh parti yang menang - Indonesia Menteri dilantik oleh Presiden, dan jika mana-mana pemimpin parti politik menjawat jawatan Menteri diminta melepaskan jawatan parti, agar benar-benar statusnya sebagai Penjawat Awam.


Jika ingin pula, mengikut jejak langkah seperti Lubnan yang Kerajaan mereka telah menetapkan Presiden mesti Kristian, Speaker Parlimen Sunni dan Perdana Menteri Syiah. Jika itu yang PAS hendak jadikan contoh maka PAS perlu menjadi seperti Hizbullah yang ada angkatan bersenjatanya sendiri sebagai alat untuk suara dan pandangan mereka tidak dipandang sepi.

Persoalannya apakah kita mampu mencapai perkara tersebut? Oleh itu janganlah berangan-angan panjang, usahakanlah supaya UMNO/BN dikuburkan dalam pilihanraya ke 13 ini ataupun sekurangnya tinggal hanya 15 kerusi parlimen sahaja seluruh Malaysia. Selepas itu perlu lagikah Kerajaan Perpaduan atau PAS dan Pakatan rakyat pula yang memerintah Malaysia ini dan UMNO/BN menjadi pembangkang.

Kepada kepimpinan baru PAS, segeralah mematikan isu yang dilihat dan nilai oleh rakyat terbanyak sebagai PAS mahu membentuk kerajaan dengan UMNO/BN, persembahkan dalam lakonan dan topeng apa sekalipun sekarang rakyat melihat jika perkara itu disebut, rakyat akan menafsir PAS akan tidur sekatil dengan UMNO/BN.

Niat yang baik sahaja tidak memadai dan kami tidak mempertikaikan niat yang baik itu, kami hanya mempertikaikan kenyataan dan tingkahlaku.

Mohon Sembah Derhaka!!! - Aris Awang (S/U PAS Kaw Kuala Kedah)


PAS UMNO : Tangisan Tuan Guru Yang Tak Bernilai Lagi...


Tangisan yang melahirkan tsunami politik PRU ke 12 sudah tidak bernilai lagi bagi mereka yang "cakap berbelit-belit"

APA SUDAH JADI, APA YANG NAK JADI???

9 Jun 2009 : harakahdaily;

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan”


Hari ini; 16 Jun 2009 : Mstar ;

“KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang telah disuarakan oleh Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang”


Hari ini : 16 Jun 2009 : Mstar;

“KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung kesediaan Umno untuk bekerjasama dengan dengan PAS sebagai perkembangan serius menyelesaikan isu-isu nasional”

“Nasharudin berkata, PAS mengalu-alukan maklum balas Perdana Menteri dan beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berada di luar Negara”



KOMEN:

Macam mana ni pimpinan PAS oi ??? mana satu yang korang nak???

Kerajaan perpaduan tidak dibincangkan lagi dengan masak. Bukan keputusan mesyuarat pun.

Tengoklah respon rakyat sama. Kita menang kerana rakyat undi. Jangan khianati rakyat.

Kalau PAS kalah teruk lepas ini, nampaknya kita sudah ada jawapan yang boleh diberikan kepada media… Diharapkan, PAS masih kekal menang…

Sekian

Wallahu ’Alam - Ustadz One-G




Kerajaan Perpaduan Propaganda Media UMNO BN

Isu kerajaan perpaduan telah menjadi satu perkara sensasi apabila media arus perdana pro-Umno mensensasikan isu tersebut secara melampaui batas.

Tindak tanduk mereka ini membuktikan bahawa Umno berada dalam keadaan tenat, lelah dan menagih simpati serta sokongan rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kepala Batas, Rosidi Hussain. Beliau yang juga seorang peguam berkata isu kerajaan perpaduan telah disensasikan kerana ia tidak mustahil bagi Barisan Nasional(BN) dan Umno untuk menggunakan ini bagi kepentingan survival politik mereka yang semakin hilang keyakinan rakyat terhadap mereka.

"Isu ini adalah satu isu yang kompleks. Ia perlu diseminarkan kepada kepimpinan dan ahli PAS secara menyeluruh bagi memberi penerangan khusus terutamanya kefahaman tentang kaedah sebenar kerajaan perpaduan yang telah disensasikan oleh BN dan Umno ini.

"Isu kerajaan perpaduan ini sebenarnya bukannya kerjasama Umno dan PAS. Presiden dan kepimpinan PAS ada menyatakan komitmen untuk memperkasakan Pakatan Rakyat dan tidak akan ada kerjasama dengan Umno.

"Oleh kerana itu kita jangan terbawa-bawa dengan budaya buruk Umno yang cuba mengambil kesempatan daripada isu ini dan sebaliknya cuba melaga-lagakan kepimpinan PAS serta merenggangkan hubungan yang sedia ada dalam Pakatan Rakyat."

Rosidi yang juga Penolong Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang berkata, oleh kerana BN dan Umno sudah hilang keyakinan daripada rakyat maka usaha mereka untuk meraih kembali keyakinan tersebut akan dipropagandakan dengan mensensasikan isu sebegini bagi mempamerkan imej bersih bahawa BN dan Umno itu mahukan perpaduan walaupun sebaliknya ini adalah agenda politik yang telah mereka rencanakan.

"Apabila berlakunya pertelagahan antara kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat(PR) maka aspirasi utama mereka daripada BN dan Umno untuk melihat berlakunya perpecahan dan kerenggangan dikalangan PAS dan PR menjadi realiti maka tembakan mereka akan mengenai sasaran. Akhirnya mangsa yang rebah dan terbujur adalah PAS dan PR," katanya. -siasahdaily

Ulasan GB

Nampaknya Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa masih degil dengan nasihat Setiausaha Agongnya sendiri agar tidak membuat sebarang kenyataan dan menjawab sebarang pertanyaan media mengenai Kerajaan Perpaduan.

Akhirnya kini ... berita mengenai isu ini kembali hangat sekalipun telah hampir reda.

Janganlah jadi kaduk naik junjung!






PAS UMNO : Ada Pasukan Khas Perdana Menteri?

Tiba-tiba negara dikejutkan dengan berita tentang Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) yang diharamkan enam tahun lalu apabila menahan 42 lelaki, termasuk ketuanya dalam serbuan di Taman Gombak Jaya dekat sini, semalam.

Pertubuhan yang pernah mencetuskan kontroversi kerana mendakwa ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan kuasa melebihi tentera dan polis itu, dikesan merekrut ahli baru di seluruh negara sejak akhir tahun lalu.

Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Tajudin Md Isa, berkata siasatan mendapati PKPM merekrut anggota baru dengan menjanjikan gaji sehingga RM1,900 sebulan bergantung kepada kepakaran masing-masing.

PKPM yang digelar sebagai Pasukan Khas Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan pernah satu ketika beroperasi di pejabat UMNO Pantai Dalam dan pada ketika sudah berjaya mengumpul keahlian seramai lebih 8,000 orang. Malah satu ketika pernah dilaporkan oleh akhbar, PKPM berjaya memalsukan surat-surat Jabatan Perdana Menteri.

Ketika polis menyerbu ibu pejabat pertubuhan itu di tingkat tiga sebuah bangunan semalam di Taman Gombak Jaya kira-kira jam 11.45 pagi, 36 lelaki berusia antara 20 hingga 40-an sedang menduduki peperiksaan khas untuk menyertai PKPM.

Polis turut merampas pakaian berlogo PKPM termasuk topi, kemeja-T dan blazer, plak kenderaan berlambang VIP dan VVIP, cota, 22 surat tawaran kerja, beberapa set kertas soalan peperiksaan dan wang tunai RM340, dipercayai wang pendahuluan pendaftaran bagi menyertai PKPM.

Memberitahu sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Perdana di sini, Tajudin berkata, 36 lelaki itu dibebaskan selepas diambil keterangan, manakala enam pegawai pertubuhan itu termasuk ketuanya, Nor Azami Ahmad Ghazali, akan direman bagi membantu siasatan.

Polis pernah melumpuhkan pasukan itu pada 2003 dengan menahan 91 pemimpinnya, manakala 3,279 anggota PKPM menyerah diri.

Nor Azami yang mendakwa bergelar Datuk, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Ogos 2003 mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menipu, tetapi dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000. Dia dijadualkan menghadiri perbicaraan kes itu pada 25 Jun ini selepas beberapa kali ditangguhkan.

Pertubuhan itu dikatakan didaftarkan atas nama PKPM Services Bhd pada 8 Mei 2003 bagi menjalankan aktiviti perniagaan sebaliknya menawarkan pelbagai jenis pangkat tentera seperti Leftenan Muda pada harga RM8,000, Leftenan (RM16,000) dan Kapten (RM25,000), kepada orang ramai.

Tajudin berkata, polis sedang menyiasat motif pasukan itu dihidupkan semula dan berapa ramai ahli baru yang sudah direkrut.

Altantuya : Semakan Kes Razak Baginda 18 Julai Untuk sebutan

Bernama melaporkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 8 Julai depan untuk sebutan berhubung permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan pendakwa raya tidak membuat rayuan di atas pembebasan Abdul Razak Abdullah Baginda.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Noraini Abdul Rahman membuat keputusan itu di dalam kamarnya setelah mendengar permohonan peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Shaariibuu Setev.

Sangeet memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa pihaknya memerlukan sedikit masa untuk menjawab hujahan bantahan yang dikemukakan oleh peguam Wong Kian Kheong, mewakili Abdul Razak, pada bulan lepas. Hari ini sepatutnya perbicaraan kes itu dan mahkamah akan mendengar bantahan awal dari pihak Peguam Negara.

Pada 24 Dis tahun lepas, Shaariibuu, bapa wanita Mongolia, Altantuya yang dibunuh tiga tahun lepas, mengemukakan permohonan agar disemak semula keputusan pendakwa raya tidak membuat rayuan terhadap pembebasan penganalisis politik itu daripada tuduhan bersubahat membunuh anaknya.

Dalam permohonan itu, yang dikemukakan menerusi peguam Karpal Singh menamakan Peguam Negara dan Abdul Razak sebagai defendan.

Sementara itu, pada 3 Mac lalu Peguam Negara mengemukakan permohonan membantah semakan semula itu dengan mengemukakan alasan beliau tidak boleh dicabar kerana mempunyai kuasa untuk membuat rayuan atau tidak kerana ia termaktub dalam Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Abdul Razak, 48, dibebaskan oleh Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yassin pada 31 Okt tahun lepas daripada tuduhan bersubahat dengan dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas melakukan pembunuhan itu.

Cif Inspektor Azilah Hadri, 33, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37, dijatuhi hukaman gantung sampai mati pada 9 April lalu.

Azilah dan Sirul Azhar didakwa membunuh Altantuya, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Okt dan 1 pagi, 20 Okt 2006.

PAS UMNO : MENGHADAPI CABARAN POLITIKUS YANG BIADAB

Tiga perkara terserlah dalam huru-hara penubuhan “kerajaan perpaduan”. Pertama, huru-hara itu menyerlahkan kemiskinan berfikir ahli politik Melayu. Kedua, huru-hara itu menyerlahkan betapa tidak jujurnya ahli politik Melayu. Ketiga, ahli politik Melayu sanggup berbuat apa saja untuk mencari pengaruh dan publisiti.

Sekarang sedikit penjelasan tentang istilah huru-hara. Di kalangan polis dan tentera, huru-hara berlaku jika polis memukul orang ramai yang berhimpun dan orang ramai membalas balik dengan cara mereka.

Sekiranya polis sebelah pihak saja memukul orang ramai, maka bagi polis perbuatan itu pun dikira huru-hara kerana orang ramai menentang polis yang menyuruh mereka bersurai walaupun mereka diam dan tidak berbuat apa-apa. Walau apa pun yang terjadi, misalnya jika yang dipukul polis itu mati, maka polis tetap berada di pihak yang benar dan mereka berbuat demikian (memukul hingga mati) menurut undang-undang. Jadi huru-hara adalah satu istilah yang baik untuk menggambarkan kejahatan orang ramai atau rakyat dan kebaikan polis dalam melaksanakan undang-undang.

Dalam keadaan huru-hara itu polis boleh berbuat apa saja kerana semuanya mengikut undang-undang. Bagaimana pula istilah huru-hara apabila dihalakan ke arah perdebatan politik? Dalam apa juga perbincangan yang tidak jelas buah butirnya, yakni kedua-dua belah pihak tidak jelas tentang maksud mereka yang sebenar; tetapi mereka jelas dari segi mengaut faedah daripadanya, yakni mereka tahu mereka akan mendapat keuntungan dari segi pengaruh atau publisiti, maka dalam konteks ini ahli-ahli politik yang terlibat dengan sengaja mewujudkan keadaan huru-hara untuk mendapat faedah peribadi.

Jika dalam situasi pertama kita lihat polis berbuat apa saja dalam keadaan huru-hara yang mereka cipta yang semuanya dilakukan mengikut undang-undang, maka dalam situasi kedua di kalangan ahli politik pula mereka menggunakan huru-hara kekeliruan yang mereka timbulkan itu sebagai strategi untuk mencari pengaruh, dengan itu keadaan huru-hara itu adalah baik bagi mereka. Dengan menggunakan istilah huru-hara ini kita boleh melihat pembohongan yang menjadi dasar tindakan manusia dalam mencapai maksud jahat mereka. Oleh itu istilah huru-hara adalah penting kerana telah diberi konteks yang khusus untuk menjadikan pembohongan sebagai dasar tindakan yang seolah-olah mencerminkan kebaikan.

Kata orang UMNO, kerajaan perpaduan adalah gagasan besar yang memerlukan perbincangan teliti antara UMNO dan PAS, demi kepentingan rakyat, negara dan agama. Kata ahli politik PAS pula, kerajaan perpaduan akan menyelesaikan semua masalah negara, terutama sekali tentang perpaduan Melayu. Kedua-dua belah pihak sebenarnya berbohong dan mereka tahu mereka berbohong. Sekarang inilah huraiannya. Kerajaan perpaduan adalah satu “konsep” palsu jika dikaitkan dengan rakyat, negara dan agama; tetapi “konsep” itu boleh dipakai untuk menyerlahkan laku perangai buruk ahli-ahli politik.

Kerajaan perpaduan telah dilaksanakan zaman Tun Razak dan Mohd. Asri Muda antara UMNO dan PAS, tetapi gagal. Tidak ada sebarang kemajuan, malah UMNO melihat PAS berjaya menembusi kawasan mereka. Ini membuat UMNO marah, yang akhirnya PAS menerima padah untuk disingkirkan dari kerajaan campuran alias perpaduan itu zaman Hussein Onn. Jadi dari segi sejarah, kedua-dua belah pihak sudah pernah membentuk kerajaan perpaduan selepas UMNO kalah teruk dalam pilihan raya 1969. Oleh itu untuk ketua UMNO berkata kerajaan perpaduan adalah cadangan baru adalah satu pembohongan dan penyelewengan sejarah.

Adakah orang UMNO buta sejarah atau sengaja tidak mahu mengaku kebenaran sejarah? Dua perkara yang jadi pegangan UMNO ini menimbulkan huru-hara besar dalam politik, kerana kejahatan UMNO merampas kuasa di Perak seolah-olah tidak bererti lagi, kerana tindakan mereka dihalalkan melalui undang-undang yang mereka sendiri buat. Dalam konteks inilah kita harus melihat bagaimana PAS ditendang keluar dari pakatan dengan UMNO/BN kerana pada waktu itu UMNO merasakan mereka tidak perlukan PAS lagi.

Adakah sekarang mereka sekali lagi perlukan PAS hingga melayan permintaan PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan? Dalam konteks inilah UMNO dan PAS menyerlahkan kelemahan berfikir ahli politik Melayu. Mereka tidak peduli untuk menangani masalah negara mereka sendiri yang lebih penting. Adakah mereka tidak tahu? Malaysia sekarang memerlukan tiga jenis tindakan berani dan bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah kezaliman yang sedang berleluasa sekarang.

Pertama, masalah keadilan agihan kekayaan negara. UMNO telah gagal selama 52 tahun untuk mewujudkan keadilan dari segi agihan kekayaan negara ini, dengan menindas orang Melayu sendiri. Yang paling teruk ditindas dan dipinggirkan ialah rakyat Kelantan, yang dibalun dengan kejam kerana tidak memilih UMNO/BN. Mereka dikutuk tidak maju-maju selama 50 tahun selepas merdeka kerana menentang UMNO. Tidak ada pembangunan, kata UMNO. Jika UMNO menjadikan agihan kekayaan negara sebagai prinsip pembangunan negara, tidak timbul penindasan dan peminggiran ini. Semua rakyat berhak mendapat hak mereka untuk dibangunkan.

Mereka juga berhak memilih kumpulan mana yang mereka suka. Tetapi kebebasan ini tidak diberikan kepada rakyat, oleh itu ketika PAS memerintah Terengganu, hasil minyaknya ditahan. Tidakkah ini satu perbuatan yang sangat jahat? Sekarang mereka, yakni UMNO, mengutuk kerajaan Perak di bawah Pakatan Rakyat tidak membawa apa-apa kemajuan walaupun sudah diberi peluang memerintah Kurang Dari Satu Tahun, berbanding dengan mereka yang telah memerintah 50 tahun. Cara berfikir, cara bertindak, dan cara berhujah UMNO dan ketua-ketua UMNO semuanya mendorong perpecahan masyarakat, terutama orang Melayu.

Walaupun slogan baru mereka “rakyat diutamakan”, tetapi rakyat tidak bebas menyuarakan hak mereka. Rakyat yang menentang UMNO/BN masih selamat kerana belum ada lagi kem tahanan yang boleh memuat berjuta manusia seperti yang dibangunkan oleh Hitler dalam Perang Dunia II. Tetapi para pemimpin pembangkang tidak selamat kerana mereka boleh ditahan tanpa sebab bila-bila masa saja. Ada undang-undang dan ada aparatus kerajaan untuk melaksanakan semua ini. Motif utamanya bukan keadilan dan keselamatan negara, tetapi keselamatan para pemimpin UMNO/BN yang akan terlucut kuasa jika kebebasan rakyat tidak disekat.

Perkara kedua ialah peranan zakat dalam sistem ekonomi Malaysia. Pada waktu ini tidak ada sistem zakat yang cekap tersusun, oleh itu PAS sebagai sebuah parti politik dibolehkan mengutip zakat di kalangan ahlinya dan juga di kalangan orang ramai yang menyokong PAS. Dalam kerajaan UMNO/BN, yang digalakkan dan dibesar-besarkan ialah kutipan zakat, bukan pembahagiannya. Kutipan sangat banyak dengan adanya kesedaran orang Islam terhadap kewajipan membayar zakat, apatah lagi apabila zakat gaji diperkenalkan. Tetapi apa jadi kepada wang zakat? Tak seorang pun tahu, termasuk yang mengendalikannya.

Yang mengendalikan tidak tahu oleh sebab setiap kali diminta penjelasan dan angka-angka tentang pembayaran kepada yang berhak menerimanya, maka penjelasan itu sentiasa berubah-ubah. Penerima zakat juga tidak pasti mengapa dia menerima zakat dalam bentuk bayaran kecil-kecilan melalui kerenah pentadbiran yang rumit. Pendeknya, zakat adalah masalah besar dalam pentadbiran Malaysia kerana tidak ada akauntabiliti. Masalah zakat ini lebih besar dan lebih rumit daripada perpaduan Melayu, lebih penting diselesaikan dengan tuntas.

Tetapi kerajaan tidak berminat, malah selagi bertambah misteri tentang zakat, selama itulah zakat boleh dipergunakan dalam bentuk dan maksud yang dikehendaki oleh pemerintah. Menyelesaikan masalah zakat ini jauh lebih penting daripada membentuk kerajaan perpaduan yang ternyata karut dari segi politik dan matlamatnya. Masalah besar ini jauh lebih penting daripada slogan satu Malaysia yang kini sudah menjadi nyanyian UMNO di mana-mana. Jika sistem zakat diwujudkan dan pelaksanaannya diuruskan dengan amanah, kemiskinan di kalangan orang Islam dapat dihapuskan dengan segera dan berkesan. Murid-murid Islam yang miskin juga tidak lagi terhalang untuk mendapat pendidikan.

Malah, zakat akan melahirkan ramai pelajar pintar, mungkin yang mencapai peringkat genius, jika dibantu dengan wang zakat dan dipantau dengan cekap kemajuannya. Kerajaan sudah sepatutnya mewujudkan Baitulmal Zakat yang diurus dengan cekap dan amanah oleh pakar kewangan dan akaun. Mengapa persoalan ini tidak pernah ditimbulkan? Sebabnya mudah: jika Baitulmal Zakat diwujudkan, sukarlah penyelewengan wang zakat dilakukan oleh ahli politik.

Ketiga, tentang pembangunan.

Pembangunan di Malaysia dikhususkan kepada bangunan, misalnya dengan membangun stadium yang runtuh, atau rumah-rumah di lereng bukit yang runtuh dengan korban kematian, atau bangunan megah Kehakiman yang silingnya pecah dan air melimpah yang juga tidak ada kemudahan untuk OKU (yang memakai kerusi roda terpaksa diusung: tidakkah ini gila namanya bagi negara yang megah membangun!), atau pembangunan yang tidak kena mengena dengan rakyat, misalnya lapangan lumba kereta.

Apa yang terjadi ialah pembangunan dalam konteks fasad, penyelewengan dan korupsi seperti yang dikutuk dalam al-Quran. Pembangunan jenis ini banyak pembaziran dan kerugian wang; kos yang seratus juta menjadi tiga ratus juta (misal: pembinaan stadium runtuh di Terengganu pada mulanya dianggar RM190 juta, tiba-tiba jadi RM292 juta dan runtuh pula, kena belanja berpuluh juta lagi, kemungkinannya ratus juta.) Jika konsep pembangunan seperti yang dikonsepsikan oleh EPU (Economic Planning Unit) masih diteruskan, maka kita akan terus menghadapi pembaziran dan pembangunan bercorak fasad itu.

Jadi apa yang kita perlu buat? Kita perlu merombak semua idea tentang pembangunan negara. Pembangunan negara harus berasaskan konsep ilmu yang benar, bukan model-model Barat yang menggalakkan fasad. Konsep pembangunan itu telah dihuraikan dengan mendalam oleh Prof. Syed Naquib al-Attas. Mengapa kita tidak menggunakan pemikiran seorang genius Melayu yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala kepada Malaysia ini?

Jadi baik UMNO mahu pun PAS, apatah lagi PKR yang ketuanya dididik oleh Prof. Syed Naquib al-Attas sejak menjadi pemimpin pelajar lagi, harus menerima hakikat bahawa di Malaysia sudah ada seorang pemikir genius yang ideanya boleh digunakan untuk membangun negara ini. Kita tidak perlukan slogan satu Malaysia. Yang kita perlukan ialah pembangunan secara beradab. Nampaknya tidak ada ahli politik yang berminat tentang pembangunan beradab ini. Adakah kerana mereka begitu biadab hingga tidak tahu lagi makna adab yang sebenarnya? - [15/6/2009] Mohd. Affandi Hassan

BEKAS TOKOH UMNO YAKIN PAKATAN RAKYAT AKAN GANTI BN

Bekas tokoh UMNO Datuk Zaid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat menawarkan wadah terbaik untuk membela rakyat tetapi gagasan itu harus meningkatkan kerjasama bagi memastikan gagasan itu menjadi lebih kuat, mantap dan berwibawa.

Dalam wawancara khas dengan Suara Keadilan, Datuk Zaid berkata mesyuarat bulanan antara pucuk pimpinan tertinggi PKR, PAS dan DAP, umpamanya banyak membantu meningkatkan persefahaman dalam Pakatan dan membolehkan ia bergerak cergas sebagai satu entiti bersepadu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu adalah tokoh terbaru menyertai PKR dan berhasrat turun padang bagi membantu memperkukuhkan Pakatan Rakyat sebagai gerakan lebih dinamis dan bebas dari tidak sentimen perkauman.

"Pemimpin Pakatan Rakyat mestilah lebih mesra diantara satu sama lain. Ini kerana kita umpama dalam satu perahu di mana perjalanan kita masih jauh dan destinasi kita juga masih jauh. Jadi untuk berjaya sampai ke destinasi kita mesti kurangkan pergeseran sama sendiri, sesama parti dan sesama ahli," kata Zaid.

"Cara pertama kita boleh mulakan ialah melalui mesyuarat dan perjumpaan sekerap mungkin. Bagi saya lebih baik kita berkelahi dalam bilik daripada di luar. Saya berpendapat mesyuarat pucuk pimpinan parti sebulan sekali yang lebih berstruktur adalah penting, “ tambah beliau.

Zaid berkata Pakatan Rakyat harus memperkukuhkan imejnya sebagai alternatif yang boleh menjadi tonggak sandaran rakyat, menggantikan Barisan Nasional yang semakin tidak relevan.

Beliau berkata perbedaan pendapat antara parti dalam gagasan itu harus dilihat dalam konteks yang betul. Yang lebih penting iltizam ketiga-tiga parti terbabit untuk membina dan mengukuhkan kerjasama antara mereka.

"Kita mesti ingat permasalahan yang dihadapi Pakatan Rakyat adalah kerana ia hendak bersama-sama dan juga ia baru bekerjasama memerintah dibeberapa negeri. Oleh itu kita mesti berkawan rapat pada peringkat pimpinan, mesti selalu berjumpa dan bertukat pendapat,” kata Zaid.

“Langkah pertama ialah merapatkan hubungan dan daripada itu baru timbul persahabatan dan kepercayaan. Pakatan Rakyat bukan sekadar kerjasama pilihan raya tetapi ia lebih daripada itu," tegas Zaid.

Beliau bersetuju dengan usul PAS pada muktamar parti minggu lalu yang mahukan Pakatan Rakyat didaftar sebagai sebuah entiti rasmi.

"Pakatan Rakyat perlu struktur yang lebih formal dan kalau kita layak dari segi undang-undang kita harus daftarkan. Ini akan memperkuatkan jentera dan organisasi. Kita akan dapat berkongsi sumber dan dengan ini kita boleh membina satu jenama baru,” kata Zaid.

"Penjenamaan amat penting dalam zaman sekarang kerana ini melibatkan persepsi orang ramai yang ingin tahu apakah itu Pakatan Rakyat. Alangkah lebih baik kalau orang melihat Pakatan Rakyat ini sebagai satu parti politik yang matang yang liberal, adil dan diterima sebahagian besar rakyat.

Beliau berkata gagasan itu perlu terus mendekati rakyat secara lebih tersusun dengan dasar dan pegangan yang jelas serta didokong bersama.

"Kalau kita hendak pamerkan keupayaaan kita memerintah Malaysia secara simbol tidak mencukupi, kita perlu ketengahkan siapa pemimpin kita, apakah dasar-dasar pembangunan, ekonomi, kewangan, pembangunan luar bandar, hubungan kaum. Semua ini kita perlukan menyatakan dengan lebih bernas dan kemas," tambah Zaid.

Zaid berkata Pakatan Rakyat harus mengelak daripada terjebak dalam kerangka politik perkauman Barisan Nasional yang lebih bersifat elitist dan tidak lagi bertunjangkan kepentingan rakyat.

"Pakatan Rakyat menerima hakikat bahawa negara ini adalah sebuah negara demokratik dan kita terima kepelbagaian. Apabila kita terima kepelbagaian ini, tidak perlu kita disatukan dalam satu kerangka. Kerangka kita ialah kepelbagaian, itulah sebenarnya perpaduan kita,” kata beliau.

“Umno tidak tahu atau tidak boleh terima kerangka ini maka timbullah "Ketuanan Melayu",(dan pada masa sama) "Satu Malaysia. Ini menunjukkan kecetekan fahaman dan ketidakyakinan apakah bentuk konsep politik yang mereka hendak perjuangkan.

"Umno tidak ada "reality check". Agak rumit mereka membuat perubahan sebab mereka tidak mahu menerima sesuatu yang jelas kerana mereka menolak realiti politik sekarang," kata Zaid.

Zaid berkata beliau mendokong perjuangan PKR setelah mengikuti kerjasama erat antara pemimpin Pakatan Rakyat dan juga di peringkat akar umbi pada beberapa pilihan raya kecil lalu.

"Saya amat tertarik kepada kerjasama politik baru yang didokong bersama oleh PKR, PAS dan DAP. Ini adalah fenomena baru dalam sejarah politik tanahair. Seperti yang kita lihat dalam PRU 2008, ketiga-tiga parti ini boleh mencapai persefahaman mengenai isu kerusi, calon, dasar dan mampu mengatasi pelbagai taktik yang diguna oleh BN untuk memecahbelahkan mereka, “kata Zaid.

"Bagi saya ini adalah satu kekuatan. Ia memberi rangsangan kepada saya khususnya apabila saya melihat ahli-ahli parti bekerja bersungguh-sungguh untuk Pakatan Rakyat. Orang Cina tolong PAS kutip derma dan orang Cina bantu PKR. Dalam BN, masing-masing buat kerja masing-masing, tidak ada "team work" seumpama ini," jelas Zaid.

Zaid berkata beliau berharap dalam membantu memperkasakan jentera Pakatan Rakyat itu dengan “menguatkan hubungan ahli dan membina kapasiti dengan menggembeling kekuatan dalaman PKR, PAS dan DAP.”

“ Melalui cara ini kita mampu menghimpun kekuatan kita dan memperkuatkan keupayaaan jentera parti. Saya amat yakin Pakatan Rakyat mempunyai potensi yang besar,” tambah Zaid.

Beliau berkata PKR mempunyai keupayaan berlipat ganda untuk muncul sebagai gagasan yang menawarkan harapan politik baru kepada rakyat Malaysia.

“Jika kita boleh memperkukuhkan kerjasama yang sedia ada, PKR, PAS dan DAP akan lebih kuat , sehingga 1+1+1 jadi 6 bukan 1+1+1 jadi 3," tambah Zaid.

Menyentuh mengenai beberapa pindaan penting dalam perlembagaan PKR yang diluluskan oleh perwakilan parti baru-baru ini bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu menyambut baik langkah yang dianggap memperkasakan ahli pada peringkat akar umbi.

"Memperkasakan ahli adalah penting kerana apabila ahli merasa mereka ada peranan dalam memilih pucuk pimpinan parti maka mereka terdorong untuk bekerja lebih kuat sebab undi mereka akan menentukan masa depan parti dan negara," ujar beliau. -TVA


UMNO ADALAH BONEKA BRITISH

Saya seorang yg tidak menyokong mana2 parti walaupun pas... tetapi untuk berdepan dengan parti yg suka menipu rakyat tentu sekali saya terpanggil menyuarakan pandangan dengan isu..kerajaan pepaduan yang di sogokan oleh umno dengan pas.

Saya memahami ada sesetengah di dalam PAS menginginkan penyatuan ini(kerana dalam PAS sendiri terdapat puak yang bersifat perkauman) orang inilah yang mahu umno dan Pas di satukan.

Sayang sekali pengikut pas yang sebegini tidak memilih Allah sebagai penolong mereka. tetapi mengangkat Bangsa yang akan menjadikan mereka kuat dlm politik. tahu kah kamu sebelum kamu menjadi ahli PAS, TGNA lebih lama dan lebih masak dengan perangai UMNO.

Tahukah kamu siapa Umno? Parti ini adalah parti boneka British. Di tubuhkan untuk menyatukan bangsa melayu. dengan sikap kebangsaan kepada bangsa melayu sahaja. dan Umno ini parti yang suka menipu bukan sahaja rakyat tetapi menipu badan politik yang lain demi meneruskan Agenda mereka.

TGNA lebih mahir dengan UMNO dan Mahu mejauhi mereka dan kalau boleh menjatuhkan mereka. kerana UMNO sekarang sangat lemah. PRU-13 umno akan kalah teruk.

Puak Umno tidak lagi mendapat kepercayaan dari kaum cina dan india. inilah pencetuh kekalahan mereka pada PRU ke 12. tahukah kamu umno tanpa kerajaan pepaduan sangat2 lemah dan bakal hancur. bagi menjamin kesinambungan kuasa mereka. mereka harus mencari idear dan tipu daya bagi memastikan mereka menang di PRU-13 nanti. bagaiman UMNO harus menang?. sedangkan bermacam-macam tipu daya mereka berjaya di patahkan oleh pembangkang dan sokongan pengundi bukan melayu kepada BN merosot sama sekali.

Andai kamu bersabar tentu Allah akan memenangkan kamu tetapi jika kamu tamak dan mahu segalanya cepat tentu kamu akan di hancurkan oleh musuh Allah. Saya menulis ini kerana ada di antara mereka yang menyokong kerajaan pepaduan. tahukah kamu orang cina dan india meletak harapan pada orang pas kerana pengundi cina dan india tidak sekuat mana. undi mereka hanya boleh membantu pengundi melayu memenangi pilihan raya. untuk menjadi pati memerintah adalah mustahil. sabab itu mereka dah berkorban dan dengan berani memangkah pas dalam pilihan raya ke -12 baru ini.

saya ingin mengigati pemimpin pas adakah kamu hendak mengkhianati mereka?. Jangan Jadi pengkhianat. Allah tidak suka Orang islam yang suka mengkianati..walaupun sekutu mereka yang kafir.

Allah memberikan kamu peluang untuk memerintah di masa hadapan.. hendaklah kamu sabar... jangan gelojoh. dan jagalah orang kafir dengan sebaik-baik jagaan. jangan kamu khianati mereka setelah kamu berjanji. dan jangan kamu melupai mereka setelah kamu kuat.

Didik lah mereka dengan cara hidup islam. jika kamu memerintah tunjukan cara pemerintahn islam sebenar.. jangan kamu zalim.. seperti mana taliban. lihat bila mereka memerintah.. mereka berlaku zalim.. yang perlu kamu buat ialah mendidik dengan baik tak perlu undang2 yang keras.

Di dunia ini mata2 sedang memerhati untuk menjatuhkan islam jadi berhati-hati dengan tindak-tanduk kamu. pandangan TGNA harus di pandang dengan hati yang terbuka... jangan lalai bila berasa kuat. jangan sombong bila berasa senang... ini belum aper-aper dah kecoh sana-sini.. sabar. kalau Allah izinkan kamu memerintah.. perentahlah dengan menerima pandangan orang ramai... pandangan orang ramai itu... mungkin juga ada baiknya.. dan mungkin terselit pandangan Allah didalam nya walaupun orang itu tidak muslim...

Salam ingatan pada para pemimpin pas... jangan berpecah belah... bersatu.. demi ALLAH dan Rasul. dan Jauhi tipu daya Syaitan dan kuncu2nya(iaitu JIN dan Manusia). - amizah

Najib Perlu Bertanggungjawab Terhadap Kezaliman PDRM

Kematian A Gnanapragasam dalam lokap polis menimbulkan tanda tanya apabila wujud dakwaan bahawa suspek kes pecah rumah itu pernah dipukul dan mengalami kesan lebam di mata kanannya.

Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong berkata isteri Gnanapragasam pernah melawat lelaki 52 tahun Jumaat lalu, dua hari sebelum beliau ditemui mati.

"Dalam lawatan isterinya, Gnanapragasam memberitahu bahawa beliau pernah mengadu kepada majistret yang mendengar remannya beliau dibelasah dalam tahanan polis," kata Elizabeth, yang juga ADUN Bukit Lanjan.

"Tambahan lagi, isterinya memberitahu saya bahawa suaminya mengalami kesan lebam di mata kanan sewaktu lawatan tersebut."

Gnanapragasam yang tinggal di Damansara Damai - bawah DUN Bukit Lanjan - dilaporkan meninggal dunia balai polis tidak jauh dari rumahnya kira-kira jam 8 pagi semalam.

Dalam satu kenyataannya, Elizabeth berkata isterinya dimaklumkan Gnanapragasam bakal dibebaskan hari ini tanpa sebarang pertuduhan.

"Oleh itu, adalah mengejutkan sehari sebelum beliau dijadual dibebaskan, beliau ditemui mati di dalam lokap," katanya.

Pemimpin Wanita PKR itu menggesa penubuhan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Dalam Tahanan Polis susulan kematian sejumlah suspek yang kini menjadi isu nasional.

Bernama melaporkan, polis bagaimanapun percaya kematian Gnanapragasam mempunyai hubungkait dengan dadah memandangkan suspek merupakan seorang penagih dadah tegar, kata timbalan ketua polis negara.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan akan menyiasat kes ini secara menyeluruh," Tan Sri Ismail Omar dipetik berkata hari ini.

Mayat Gnanapragasam kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Tambahnya, polis tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat daripada pengetahuan masyarakat umum berhubung punca kematian mengejut lelaki tersebut.

"Sebelum ini pun apabila ada kematian berlaku dalam lokap, kita akan menjemput doktor dan majistret untuk melihat dan memeriksa keadaan mayat di lokap sebelum mayat dikeluarkan," katanya seperti dilaporkan selepas merasmikan Bengkel Hak Asasi Untuk Pelatih Polis Asean hari ini.

Gnanapragasam yang ditahan Rabu lepas ditemui mati dalam keadaan terbaring di tandas sel oleh seorang pengawal lokap yang sedang membuat rondaan.

Ulasan GB

Seorang lagi mangsa tahanan dukugankan oleh pihak polis dan polis sepertimana biasa menafikan ianya akibat dari deraan polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama malam tadi mengesahkan bahawa punca kematian Gnanapragasam adalah "toxaemia secondary to spontaneous peritonitis" iaitu keracunan darah akibat jangkitan bakteria dalam usus.

Setakat ini siapakah yang dapat mempercayai laporan polis dan juga laporan Hospital yang sentiasa tidak berpihak kepada mangsa tetapi hanya menutup salah-laku polis yang menjalankan kerja-kerja interogasi keterlaluan sehingga mangsa mengalami kecederaan atau paling tidak deraan mental hingga boleh mengakibatkan kematian?




Nizar Zambry - Insiden Gila Dipertahankan Oleh Menteri Mabuk

Menrteri Dalam Negeri yang terkenal semasa mudanya dengan hidup berpoya-poya semalam telah mempertahankan tindakan polis memasuki Dewan Undangan Negeri awal bulan lalu atas alasan ia dilakukan ekoran permintaan Speaker baru yang dilantik Barisan Nasional (BN).

Datuk Seri Hishammuddin Hussein tanpa segan-silu mengakui bahawa Barisan Nasional telah melantik Speaker yang yang baru di dewan undangan negeri Perak apabila beliau menyatakan bahawa

"Lantaran daripada pelantikan Speaker yang baru, Sivakumar (Speaker yang lama dari Pakatan Rakyat) enggan akur dengan keputusan yang dibuat dan gagal meninggalkan kerusi Speaker sedangkan pada waktu itu beliau tidak lagi memegang jawatan tersebut."

Sedangkan lebih sejuta rakyat Malaysia menonton adegan tersebut yang menyaksikan bahawa dewan belum bersidang dan justerunya sepatutnya tidak ada perlantikan speaker baru yang boleh disahihkan kerana speaker yang ada, V.Sivakumar masih berada di dalam dewan dan sepatutna belum boleh bermula sebarang perubahan sehinggalah dewan dibuka dengan rasmi oleh Sultan Perak.

Penipuan, campurtangan dan salahguna kuasa Menteri Dalam Negeri adalah nyata apabila memperakui dan menyatakan Speaker baru yang dilantik telah meminta polis masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri untuk mententeramkan keadaan dan juga membantu bentara untuk mengeluarkan Speaker lama keluar dari Dewan.

Tidak ada manusia yang siuman yang dapat menerima perbuatan polis yang menceroboh masuk kemudian melakukan kerja tidak bertamadun laksana binatang yang sesuka hati mengangkut dan mengunci Speaker yang telah dipilih oleh rakyat di dewan kecuali mereka yang bersikap rakus kuasa merampas hak orang lain sepertimana yang dilakukan oleh Najib yang pada ketika itu seorang Timbalan Perdana Menteri merampas sebuah kerajaan sah di Perak.

Kemudian, beliau menamatkan perbahasannya dengan angkuh menyatakan beliau tidak takut untuk berhadapan dengan undang-undang yang ada (sedia dicabar di mahkamah) yang umum mengetahui insitusi kehakiman negera telah lama menjadi bahan eksploitasi dan manipulasi kerajaan Barisan Nasional yang memerintah.

Tindakan pondan berselindung di sebalik mahkamah yang kini menjadi payung kebenaran dan keadilan yang usang dan bocor untuk rakyat bertumpang teduh mendapatkan kebenaran dan keadilan menjadikan rakyat sudah tidak lagi menghormati institusi kehakiman yang ada.

Perbuatan khianat oleh hakim-hakim tertentu sepertimana pendedahan di dalam isu pita video VK Lingham yang masyur sudah cukup untuk mengesahkan tentang fakta tersebut dan kita ingin memberitahu Hisamuddin bahawa zaman keruntuhan UMNO BN sudah begitu hampir dengan keenggan mereka untuk mengakui kezaliman polis yang terlakar jelas di dalam insiden 7 Mei 2009 di dewan undangan negeri Perak Darul_Ridwan.

Nizar Memenuhi 2 Sumpah Semalam

Ahli Parlimen Bukit Gantang merangkap MB Perak pilihan rakyat, YAB Ir Nizar Jamaludin hari ini telah mencatat sejarah mengangkat sumpah di Parlimen sebagai Ahli Parlimen. Sebagaimana yang dijanjikan oleh beliau kepada rakyat Perak bahawa nasib rakyat Perak akan terus diperjuangkan di Parlimen sebaik sahaja beliau menjejakkan kakinya di Parlimen terlaksana sudah.

Setelah beliau mengangkat sumpah selaku Ahli Parlimen, YAB Nizar seterusnya melaksanakan sumpahnya kepada rakyat Perak iaitu memperjuangkan hak-hak rakyat Perak iaitu pembubaran Dun Perak.

Tanpa membuang masa, tanpa mengira risiko yang bakal menimpanya, YAB Nizar terus melaungkan `Bubar Dun, Hidup Rakyat' di Parlimen serta diikuti oleh semua MP dari PR. Kini, suara lantang tokoh muda dari Pas itu akan menjadi teman buat DS Anwar di barisan hadapan yang pastinya akan `mengecutkan' perut MP dari Umno/Bn.

Akhirnya, seperti biasa kuasa yang ada pada Speaker digunakan untuk menyelamatkan maruah Umno/Bn di dalam Parlimen. Bersuara `Bubar Dun dan Hidup Rakyat' kini lebih bahaya atau dikira kurang baik dari bersuara mencarut, lucah dan sebagainya. Itulah Parlimen Malaysia yang juga melahirkan spesis yang sama di Dun Perak.

Ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang menganggap mereka yang bersuara serta memakai tanda `Bubar Dun' sebagai mereka yang `putus wayar' adalah satu ulasan yang dikira sebagai kehabisan modal untuk berhujah. Nazri Aziz dikenali sebagai `tukang kipas' paling hebat di era mana-mana PM pun.

Dahulu, Tun Mahathir adalah mangsa kipas beliau hinggakan tidak kering tangan Tun dikucup oleh menteri yang tidak bijak ini. Apabila Tun tidak lagi memegang kuasa, beliau `meludah' Tun kemudiannya mengipas pula Pak Lah. Kini, Pak Lah pun hilang kuasanya, Nazri kini mencari sasaran baru untuk terus dikipas demi mengisi perutnya. Sebab itulah tidak hairan jika Tun kini baru sedar bahawa Nazri itu siapa dan Tun sendiri secara berterus terang bahawa beliau tidak senang dengan kehadiran orang yang pernah mengucup tangannya itu berada di dalam kabinet Najib.

Walau apa pun tindakan yang telah dilakukan oleh mereka terhadap YAB Nizar serta rakan-rakan dari PR, yang penting mesej dari YAB Nizar telah disuarakan sebagaimana janji dan sumpah beliau kepada rakyat Perak.

Apakah kita melihat tragedi yang berlaku di dalam Parlimen semalam memberi isyarat bahawa rundingan, pakatan atau perbincangan tentang `Kerajaan Perpaduan' yang dicetuskan sekarang boleh dianggap FULL STOP? Biarlah pemimpin Pas yang menjawabnya. -wfauzdin

BERITA BERKAITAN SEBELUM INI

Nizar, Mahfudz dan Anwar Persoal Tindakan Speaker
PAS UMNO : Bila Lagi Speaker Parlimen Akan Diangkut Keluar?
NIZAR BERSAMA 6 LAIN DIGANTUNG 2 HARI
ISU NIZAR DIGANTUNG ANWAR BANTAH TINDAKAN SPEAKER
Isu Nizar: Anwar Bangkitkan Kekecohan DUN Perak Di Parlimen

MB Nizar Sepatutnya Lulus Projek, Bukan Exco PKR

Mahkamah Sesyen Ipoh semalam diberitahu pembangunan tanah di Perak bawah portfolio menteri besar dan bukan portfolio dua bekas exco negeri, yang kini telah meninggalkan PKR, Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi.

Saksi pertama pendakwa Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Perak, Abdullah Antong Sabri berkata Mohd Osman sebelum ini adalah pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Badan Bukan Kerajaan, manakala Jamaluddin pula pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan.

Katanya, oleh itu semua fail pembangunan tanah mesti dilihat oleh menteri besar - waktu itu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin - terlebih dahulu sebelum dibawa ke mesyuarat mingguan exco untuk keputusan dan semua Exco terlibat untuk membuat keputusan bersama.

"Kertas MMK pembangunan tanah seperti perumahan, industri dan projek berbentuk pembangunan tanah mesti dibawa dan diputuskan dalam mesyuarat itu oleh semua ahli exco yang diwajibkan hadir dan terlibat secara bersama untuk membuat keputusan di dalam mesyuarat," katanya dalam perbicaraan hari pertama kes rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar membabitkan dua bekas ahli exco berkenaan dan empat yang lain.

Abdullah, juga setiausaha DUN Perak, berkata semakan beliau menunjukkan tidak ada kertas kerja pembangunan tanah di Seri Iskandar telah dibawa ke mesyuarat Exco untuk keputusan pada tahun lepas.

Beliau bersetuju dengan saranan peguam Abdul Roni Rahman yang mewakili Mohd Osman (Adun Bebas-Changkat Jering) dan Jamaluddin (Adub Bebas-Behrang) bahawa oleh kerana tidak ada kertas cadangan bagi pembangunan di kawasan tersebut, maka perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat mingguan exco atau di peringkat pentadbir tanah dan pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Perak.

Katanya, semua kertas kerja pembangunan tanah disediakan oleh pentadbir tanah di mana tanah tersebut berada dan disemak serta dikemaskan oleh PTG Perak untuk perhatian menteri besar sebelum dibawa ke mesyuarat mingguan tersebut.

Menjawab soalan balas timbalan pendakwa raya Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi mengenai apakah kertas kerja yang dibincangkan dalam mesyuarat mingguan exco, Abdullah berkata mesyuarat itu kebiasaannya akan membincangkan tiga komponen kertas kerja iaitu pembangunan tanah, kewangan dan urusan pentadbiran dengan 95 peratus daripada kerta kerja yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan melibatkan pembangunan tanah.

Sementara itu, saksi kedua pendakwa, pengurus sumber manusia Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) Sabariah Abdul Manan ketika disoal Mohammad Jazamuddin berkata juruteknik perbadanan itu Ruslan Sahat bertugas memantau kerja-kerja di tapak pembinaan termasuk kerja-kerja infrastruktur, sistem pembentungan, kerja cerucuk dan konkrit, pemeriksaan bahan binaan dan mendokumentasi dokumen kontrak.

Sabariah, yang disoal balas oleh Abdul Roni, bersetuju bahawa sebagai juruteknik PKNP, Ruslan tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berhubung pembangunan tanah di Perak, lapor agensi berita itu lagi.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menangguhkan perbicaraan ke pagi ini selepas Sabariah selesai memberikan keterangannya.

Mohd Osman, Jamaluddin, Ruslan dan dua orang lagi iaitu bekas ADUN PKR bagi Bota Usaili Alias dan bekas ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan didakwa melakukan kesalahan rasuah itu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Ipoh dan di Aquarias Restaurant & Bar di Bukit Mertajam antara 14 hingga 19 Ogos tahun lepas.

Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos lepas di Sri Sayang Apartment, Pulau Pinang.

Ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 30, yang dituduh menerima habuan rasuah seks di Sri Sayang Apartment pada 14 Ogos lepas untuk membantu seorang bernama Mohamad Imran Abdullah memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah dibicarakan secara bersama dengan lima tertuduh berkenaan.

Ruslan diwakili peguam Surjan Singh dan Yunos Ali, Usaili diwakili Ting Chek Meng dan Ranjit Singh. Peguam S Muthu dan Mohd Asri Othman masing-masing mewakili Zul dan Fairul Azrim manakala Mohammad Jazamuddin dibantu oleh Nafhatun Mohd Pozi.

PAS UMNO : Pandikar Speaker Yang Senget

Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengusir beliau dan beberapa ahli parlimen lain keluar dewan kerana hanya memakai lilitan kepala sebagai bercanggah dengan amalan demokrasi dalam parlimen.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, belum pernah sebelum ini mana-mana speaker parlimen memerintahkan anggota parlimen yang memakai sebarang tanda atau lencana keluar dari sidang parlimen.

Kejadian usir beberapa ahli parlimen termasuk anggota baru dewan itu dari Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berlaku di awal sesi pagi tadi pada hari pertama sidang ke dua parlimen ke 12 yang bermula hari ini.

“Seingat saya pada 1999 ketika sesi parlimen ke 10, saya dan ahli parlimen lain memakai encana membantah ISA dan masuk ke dalam sidang dewan, tidak pernah dianggap sebagai satu kesalahan dan speaker ketika itu, Tun Zahir Ismail tidak memerintahkan kami keluar dewan.

“Sewajarnya Pandikar Amin menjadikan kebenaran oleh Tun Zahir itu sebagai precedent case dan tidaklah melakukan sesuatu yang melanggar prinsip demokrasi yang sewajibnya dilaksanakan oleh beliau sebagai speaker berwibawa.

“Saya kesal bukan kerana diri saya terpaksa keluar dewan tetapi sangat kecewa sebab hak dan kewajipan ahli parlimen untuk membawa isu rakyat Negeri Perak yang telah terbantut sejak berapa lama, telah dinafikan oleh speaker,”tegasnya pada Siasah selepas kejadian itu.

Apatah lagi, menurut Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS, pelekat yang mendesak "Bubarkan DUN Perak" yang dipakai itu langsung tidak menyentuh isu parlimen; menambahkan ketidak-ajaran Pandikar Amin menggunakan kuasanya mengusir ahli parlimen.

“Justeru, saya berharap kejadian tidak wajar ini menjadi salah satu lagi bentuk pendidikan politik untuk rakyat negara ini agar lebih matang di dalam melihat keboborokan kerajaan BN memerintah negara ini dan memperbodohkan rakyat sendiri,” tegasnya. - BERITA ASAL : siasahdaily

BERITA SEBELUM INI
PAS UMNO : Bila Lagi Speaker Parlimen Akan Diangkut Keluar?
NIZAR BERSAMA 6 LAIN DIGANTUNG 2 HARI
ISU NIZAR DIGANTUNG ANWAR BANTAH TINDAKAN SPEAKER
Isu Nizar: Anwar Bangkitkan Kekecohan DUN Perak Di Parlimen

Speaker UMNO BN Tolak Usul Mengenai PKFZ

Speaker Parlimen pilihan Barisan Nasional hari ini menolak usul untuk membahaskan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang membabitkan pemimpin-pemimpin kanan Umno- MCA dan wakil-wakil rakyat BN.

Usul dari Ahli Parlimen Lim Kit Siang (DAP- Ipoh Timur) membincangkan skandal RM12.5 bilion itu ditolak Pandikar Amin Mulia.

Menjelaskan kepentingan isu ini dibahaskan, Kit Siang berkata penjelasan dari Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat amat penting kerana laporan audit PriceWaterhouseCoopers (PwC) ke atas PKFZ tidak memuaskan.

Tegas Kit Siang, isu terpenting skandal ini tidak disentuh kerana laporan PWC itu tidak menjelaskan bagaimana kos RM1.1 bilion projek itu melonjak kepada RM12.5 bilion.

Bagaimanpun Pandikar menolak usul itu daripada dibahaskan kerana kononnya “bukan menjadi satu isu yang perlu disegerakan.”

Keputusan Pandikar itu senada dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin semalam, bahawa isu PKFZ kononnya tidak perlu di bahas di Parlimen kerana BN telah mengambil segala tindakan yang perlu.

Alasan Pandikar dan Khairy itu cetek kerana isu PKFZ membabitkan dana awam dan Parlimen adalah forum untuk memastikan semua pihak telus dalam menangani isu itu.