20 Okt 2014

"Selipar Di Muka Najib Sumbangan Saya Untuk Negara" Kata M Krishnan


PPesara M Krishnan seorang lelaki yang marah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).



Dan kemarahan membuak-buak inilah yang mendorongnya meletakkan selipar di atas wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di satu poster semasa membuat protes terkini terhadap pemotongan subsidi bahan api di luar bangunan Parlimen minggu lalu.

Dia kemudian ditangkap kerana perbuatan itu.

"Kehadiran saya hari itu tidak ada kena mengena dengan pemotongan subsidi. Saya marah dengan kerajaan, mereka melakukan sesuatu yang salah, mereka menyalahguna undang-undang kerana mereka tidak memahaminya, mereka menjadi bahan lawak dunia, dan saya mahu mereka tahu itu," kata Krishnan kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur minggu ini. Kisah Krishnan adalah cerita tentang kekecewaan terhadap sistem penyampaian awam yang dialami golongan berpendapatan rendah sepertinya.

Beliau bergantung kepada pembayaran Perkeso untuk hidup, mengalami kecederaan di tempat kerja, dan tinggal di rumah kos rendah awam di mana suasananya memeritkan.

Gambar dia memegang selipar di atas muka Najib dalam poster itu diterbitkan di Facebook melalui laman "Friends of BN - Barisan Nasional".

Kerana tindakan itu, bekas pengendali kren berusia 56 tahun itu ditahan. Tetapi ia bukan kali pertama. Dia membuat tindakan yang sama bulan Mei lalu ekoran kerosakan pada flat kos rendahnya, dan berkata akan melakukannya sekali lagi. "Saya melakukannya berkali-kali sebelum ini dan saya sudahpun ditahan kerananya, tetapi saya akan melakukannya sekali lagi dan sekali lagi sehingga mereka dapat mesej bahawa kita ingin dilayan sama rata sebagai warganegara," kata Krishnan. Penangkapan terbarunya pada 11 Oktober, tiga hari setelah protes anti kenaikan harga minyak dibuat di luar Parlimen. Putrajaya mengurangkan subsidi minyak pada 2 Oktober, menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

Krishnan ditahan lebih 24 jam kerana polis mahu menyiasatnya atas penghinaan yang disengajakan dengan niat membuat provokasi terhadap keamanan dan ugutan jenayah. Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Kisah kekecewaannya terhadap Putrajaya bermula sejak zaman kanak-kanak lagi, dia seorang yang tidak bernegara, dilucutkan kewarganegaraan, sehingga umur 12 tahun.

Sejak itu, setiap sedikit "kesalahan" atau "ketidakadilan" oleh Putrajaya memberi kesan mendalam terhadap Krishnan, yang lahir di Kajang, Selangor, termasuk fakta bahawa dia disenaraikan sebagai "keturunan India" dalam dokumen rasminya.

"Mengapa saya 'keturunan India'? Saya tidak dilahirkan di India.

"Saya mahu dikenali sebagai keturunan bangsa Malaysia, saya orang Malaysia," katanya yang fasih bercakap dalam Bahasa Melayu.

Berikutan berita penangkapannya, penasihat DAP Lim Kit Siang mempersoalkan sistem keadilan yang menyebabkan Krishnan ditangkap hanya kerana meletakkan selipar di atas gambar Najib.

Krishnan bagaimanapun, tetap berdegil, "Saya menolak menandatangani kenyataan 112 di balai polis kerana ia ditulis dalam bahasa Melayu, jika saya 'keturunan India', maka ia harus sekurang-kurangnya ditulis dalam Bahasa Tamil, lagipun ia satu-satunya bahasa yang saya boleh baca sebenarnya," katanya.

Katanya, dia tidak fikir dia perlukan seorang peguam, kerana dia mampu bercakap untuk dirinya sendiri dan menyedari hak-hak di bawah undang-undang.

"Saya tidak takut, saya tahu hak saya, jika mereka mendakwa saya, saya tahu mereka menyalahguna undang-undang dan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadap undang-undang.

"Saya didaftarkan sebagai OKU (orang kurang upaya). Oleh itu saya dilindungi oleh Agong," kata Krishnan yang mengalami kemalangan semasa bekerja sebagai operator kren.

Dia berkata kehadirannya di protes terhadap pemotongan subsidi minyak adalah untuk menghantar mesej kepada kerajaan – bahawa Perlembagaan dan Rukunegara melindungi warganegara Malaysia dan Putrajaya salah kerana menyalahgunakan hak rakyat.

Krishnan menegaskan bahawa dia bukan ahli mana-mana parti politik, tetapi bersimpati terhadap Hindu Rights Action Force (Hindraf), yang hilang relevansinya selepas bertelagah sesama sendiri.

Selama direman baru-baru ini, Krishnan memberitahu ketiga-tiga anaknya yang sudah dewasa dia ditahan tetapi memberitahu mereka agar tidak mengunjunginya.

"Saya tidak mahu mereka menyokong saya secara terbuka atau dikaitkan dengan saya kerana saya tidak mahu pihak berkuasa pergi mencari mereka pula," kata Krishnan yang tinggal seorang diri di flat kos rendahnya di PPR Sri Alam, Sungai Besi.

Dia juga tidak bergaul rapat dengan jiran-jirannya kerana "reputasi"nya yang selalu menyertai protes.

"Saya tidak mahu mereka merasa tidak selesa apabila bergaul dengan saya, jadi saya hanya terus bersendirian sahaja," katanya.

Dia kerap menghadiri perhimpunan protes setelah mengetahui mengenainya dalam akhbar Tamil, terutama Malaysia Nanban.

Untuk sumber pendapatan rendah dan berbelanja kecil sepertinya, cukup untuk beliau membuat protes secara tetap.

Sebagai contoh, dia selalu berulang-alik ke pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi melaporkan kecacatan pada flat kos rendahnya itu sejak pertama kali menerima kunci tiga tahun lalu. Namun tidak ada penyelesaian terhadapnya.

"Mereka datang dan mengambil gambar dan kemudian saya tidak dengar apa-apa dari mereka, apa jenis pentadbiran itu?

"Saya juga mempunyai surat daripada Datuk M Saravanan (bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan) yang mencadangkan agar saya diberikan satu unit rumah gantian tetapi mereka rasanya tidak mahu memenuhinya," katanya.

Ini juga puncanya Krishnan melakukan aksi membaling selipar yang sama pada Mei tahun ini.

Sebagai pihak yang bergantung kepada bayaran Perkeso setiap bulan, kata Krishnan, dia sepatutnya menerima RM1,100 setiap bulan kerana gajinya sebanyak RM2,200 sebulan ketika bekerja sebagai operator kren sebelum cedera, tetapi Krishnan hanya menerima RM750 sekarang.

"Untuk semua kelemahan kerajaan yang terpaksa kita hadapi, tindakan membaling selipar saya adalah sumbangan saya untuk negara ini, untuk anak-anak saya dan anak-anak mereka yang akan datang.

"Kita perlu menghantar mesej yang kuat kepada kerajaan, dan ini adalah cara saya untuk berbuat demikian," katanya.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[VIDEO] Tak Malukah Kita, Malaysia Nombor Satu Korup? Soal Ku Li

Ku Li: Kaji semula OSA, Akta Prosedur Kewangan

Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar Akta Rahsia Rasmi (OSA) dikaji semula bagi menangani masalah rasuah di negara ini.

Tokoh Umno itu juga berkata Akta Prosedur Kewangan 1957 juga perlu dikaji semula memandangkan akta tersebut memberikan kuasa mutlak kepada menteri kewangan.

"Saya minta supaya semak semula kerana OSA ada menyembunyikan ribuan dosa. Kalau benda itu melibatkan pembiayaan rasuah, saya rasa sesiapa boleh dedahkan.

"Kalau pendedahan tak betul, boleh dakwa. Janganlah segala-galanya mesti dirahsiakan.


"Saya tak marah kerajaan tapi ini adalah kelemahan yang ada dalam sistem kita, kerana kita salah guna kuasa yang ada. Saya tahu akta ini (Akta Prosedur Kewangan) kerana saya gunakan kuasa ini semasa saya di Kementerian Kewangan dulu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada forum 'Barah Ali Baba Di Bumi Malaysia' di Kuala Lumpur hari ini.

MP Gua Musang lebih kenali sebagai Ku Li berkata beliau pernah menjadi menteri kewangan selama lapan tahun, mengetahui bahawa wujudnya kelemahan dalam sistem kewangan negara.

Masalah rasuah, kewangan

Beliau yang pernah menjadi pengerusi bank dunia turut mencadangkan supaya tender secara terbuka diamalkan bagi memastikan masalah rasuah dan kewangan negara dapat diatasi

"Kalau kita nak kawal soal rasuah, kita kena lihat pada Akta Prosedur Kewangan. Semak. Saya tahu ini kerana pernah jadi menteri kewangan. Sebab itu bukan sebarang orang yang boleh menjadi pemangku menteri kewangan kalau dia bercuti.

"Jadi, banyak kelemahan di situ. Contohnya, menteri kewangan mempunyai kuasa dalam rundingan terus. Tanggungawab kita kepada rakyat besar. Ini bukan harta mak bapa kita.

"Ini harta rakyat. Yang kita nak guna duit ini, duit rakyat. Yang kita nak kumpul macam-macam cukai, kita tak boleh guna sewenangnya duit yang kita kutip daripada rakyat," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kepada supaya kerajaan menggunakan cara yang betul dan adil dengan membuat tender terbuka kepada pihak yang layak.

"Kalau ada yang bida rendah tetapi bermanfaat kepada rakyat, kita beri sahajalah. Saya bukan marah kerajaan tapi inilah kelemahan yang ada dalam sistem kita. Jangan kita salah guna kuasa yang kita ada," katanya lagi. -mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI



[GAMBAR] Macai UMNO Sebar Gambar Fitnah Dyana Sofya & Zairil Khir


Gambar intim: Dyana marah jadi mangsa diskriminasi

SHAH ALAM - "Saya berasa marah tetapi saya tidak akan layan politik jahat macam ini," demikian kata bekas calon PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud kepada Sinar Online, hari ini.

Dyana Sofya menegaskan serangan peribadi ke atasnya kali ini adalah kerana beliau seorang wanita yang mudah dibuli seperti mana tuduhan ke atas beliau berpakaian bikini untuk ke parti ketika kempen pilihan raya lalu.

"Hal ini menjijikkan bagaimana mereka tetap menggunakan politik longkang terhadap pembangkang.

"Sebagai seorang wanita, saya sasaran yang mudah. Sebab saya wanita, saya dilihat sebagai mudah dibuli. Saya marah, tetapi saya tak nak layan politik jahat macam ini," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas penyebaran gambar miripnya dan juga Ahli Parlimen Bukit Bendara, Zairil Khir Johari menjadi viral tersebar melalui media sosial WhatsApp dan blog tempatan sejak pagi tadi.

Gambar intim sebanyak sembilan keping itu dalam posisi berpelukan dengan berpakaian secara formal dan santai di beberapa lokasi termasuk kereta dan kawasan umum. -SH


Gambar intim: Zairil pertimbang ambil tindakan

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang menyebarkan gambar intim mirip wajahnya dan calon PRK Telok Intan, Dyana Sofya Mohd Daud yang kini menjadi viral dalam media sosial sejak awal pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP juga menafikan sekeras-kerasnya sebagai pelaku dalam gambar itu sambil menyifatkannya sebagai fitnah untuk menjatuhkan kariernya sebagai pemimpin Melayu dalam DAP.

"Saya tak nak komen sangat isu bebal macam ini, cuma hendak cakap politik longkang di Malaysia semakin teruk.

"Bukan kali pertama difitnah atau menjadi mangsa, sudah tiada isu lain hendak main," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Online, hari ini.

Awal pagi tadi, gambar dua mereka menjadi viral apabila ia mula tersebar melalui media sosial WhatsApp dan blog tempatan.

Gambar intim sebanyak sembilan keping itu menunjukkan aksi intim didakwa menyerupai Zairil dan Dyana dalam posisi berpelukan sama ada berpakaian secara formal mahupun tidak formal di beberapa lokasi termasuk kereta dan kawasan umum.

Salah satu blog yang menyebarkan gambar intim itu bagaimanapun mahu dua pemimpin Melayu DAP tersebut tampil menafikan perkara tersebut.
-SH




ULASAN GB

Kelakar, bagaimana rambut Dyana boleh termasuk di dalam cerminmata Zairil?

Dari dulu, semenjak fitnah menggunakan teknik superimposed dilakukan oleh macai-macai UMNO, muka "pelakonnya" tak pernah terang dan jelas. Gambar hitam-putih untuk tidak menampakkan kesan editing.

Kecuali gambar fitnah Azmin Ali yang berwarna, tetapi itu pun ditunjukkan dari sudut jauh... sehingga jelas terdapat kecacatan besar terhadap gambar berkenaan.

Orang yang diftnah akan mendapat pahala percuma, sementara yang memfitnah akan terus ditimpa kehinaan dan dosa. Buktinya, Azmin yang diftinah kini seorang Menteri Besar, sementara orang yang sering melakukan fitnah iaitu papagomo, sentiasa gagal di dalam kes mahkamah dan terus ditimpa kehinaan sehingga saat matinya (selagi dia tidak bertaubat nasuha dan meminta maaf daripada orang-orang yang difitnahkannya).

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan sebagaimana yang difirmankan Allah swt:


Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI