3 Jul 2011

Lagi Banyak Tangkapan Polis, Lagi Cepat UMNO BN Runtuh!

Setiap tangkapan satu paku untuk keranda BN

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Setiap tangkapan polis terhadap aktivis Bersih menambahkan kebencian rakyat dan tangkapan itu adalah sebutir paku untuk keranda BN yang akan dikuburkan bersama.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata demikian sebagai mengulas Exco Kerajaan negeri, Ronnie Liew, telah ditahan polis malam semalam selepas satu majlis penerangan kerajaan negeri di Hulu Selangor bersama Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau diberitahu oleh seorang lagi rakan Exconya, Teresa Kok, Ronnie ditahan kerana mengajak orang ramai menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini dalam ceramah itu.

"Tangkapan-tangkapan yang berkaitan dengan Bersih 2.0 seperti ini semakin bertambah.

"Dari Exco kepada peniaga kecil yang menjual baju kuning. Dari ahli Parlimen kepada mereka yang datang untuk mendengar ceramah dengan berbaju kuning. Semuanya telah menjadi mangsa," kata Iskandar dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau, ada rakan-rakan yang marah kepada pihak polis, tetapi pada beliau, tidak perlu marah kepada pihak polis kerana mereka hanya menurut perintah pemimpin-pemimpin BN sahaja.

"Ada pula yang marah kepada BN dan mahu tangkapan-tangkapan ini diberhentikan. Namun pada saya pula, pihak berkuasa elok meneruskan tangkapan.

"Tangkaplah lebih ramai. Tangkaplah sesiapa sahaja yang memakai baju kuning, seluar kuning, topi kuning, jubah kuning malah apa-apa yang kuning.

"Tangkapan-tangkapan ini tidak akan sama sekali menjejaskan Bersih 2.0. Tetapi mendedahkan sikap sebenar BN. Setiap tangkapan menambah kebencian rakyat. Setiap tangkapan adalah sebutir paku untuk keranda BN yang akan kita kuburkan bersama,"
katanya.

Beliau yang juga Adun Chempaka menegaskan, tangkapan-tangkapan itu tidak akan menakutkan rakyat tetapi menambah maki hamun rakyat dan sumpah seranah rakyat terhadap BN.

"Bukan sahaja ahli-ahli parti sahaja yang sedemikian tetapi orang awam, orang tidak berparti dan orang atas pagar telah mengakui bahawa BN sudah hilang akal di saat-saat kematiannya," katanya. -hd

Ulasan GB

Polis tidak pernah belajar dari kesilapan.

Setiap satu tangkapan akan menyaksikan peralihan undi BN kepada PR sekurang-kurangnya 100 orang.

Ini kerana seorang yang ditangkap terdapat sekurang-kurangnya 100 ahli keluarga dan rakan-rakan mereka yang bersimpati. Kirakan jika 1000 orang yang dtangkap, bererti 100,000 BN akan kehilangan undinya.

Bererti setiap tangkapan yang dilakukan oleh polis akan menyebabkan UMNO BN akan kehilangan lebih banyak undi.

GB sudah memberikan pandangan GB sebelum ini. Petikan:

GB yakin kesan daripada tindakan polis ini akan mendapat tentangan hebat daripada majoriti rakyat. Ianya akan dimanifestasikan melalui kertas undi di dalam pilihanraya nanti.

Sepertimana yang bekas Tun Dr Mahathir Mahathir yang cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, dalam satu wawancaranya yang dibukukan dalam Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad, oleh Tom Plate.

Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, TDM mendakwa konon dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap.

Apa yang berlaku selepas Operasi Lalang?

Keputusan pilihanraya umum ke 8 pada tahun 1990 Barisan Nasional kalah teruk dimana undi popular BN adalah yang terrendah selepas PRU 1969 iaitu hanya memperolehi 53.4% dan jumlah kerusi parlimen yang dimenangi BN pada ketika itu merosot dengan teruk buat kali pertama sehingga ke paras hanya 70%.

Hal yang sama berulang dimana tangkapan dilakukan terhadap peserta BERSIH 1.0 pada 2007. Pada 9 Disember 2007, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu telah ditahan oleh polis Perak diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC II Ismail Yatim.

Kereta Naza Ria Mohamad Sabu ditahan berhampiran Pasar Raya Tesco di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuannya di Sunway City, Tambun, Perak. Mohamad Sabu dipercayai terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 10 November 2007. Rumah Mohamad Sabu terletak di Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Tian Chua yang merupakan Ketua Penerangan KeADILan turut ditahan di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), di Johor Bahru, jam 5.15 petang pada 9 Disember 2007 kerana menjadi penggerak perhimpunan Bersih.

Apa yang berlaku pada PRU 2008?

Pertama kali di dalam sejarah BN gagal menguasai majoriti 2/3 parlimen sehingga begitu ramai menteri kabinet kecundang dan terkangkang untuk mempertahankan parlimen masing-masing!

Tian Chua diangkat menjadi ahli parlimen Malaysia. Polis tak tahu malukah?


Justeru itu, jika polis ingin melihat BN kalah teruk di dalam PRU13 ini, kamu boleh terus ugut dan tangkap rakyat yang telah menyuarakan hati nurani mereka bahawa BERSIH TETAP DITERUSKAN.

Tindakan polis akan hanya meruntuhkan UMNO BN. Terima kasih PDRM!


Bersih Diharamkan. Apakah Tuntutan Pilihan Raya Adil Ancam Keselamatan Negara?

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.

Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam satu kenyataan media mempersoalkan bagaimana sebuah pergerakan yang menuntut sebuah pilihan raya adil dilaksanakan di negara ini boleh dianggap mengancam keselematan negara.

"Bagaimanakah sebuah perhimpunan aman dengan matlamat demokrasi yang murni menjadi ancaman kepada keselamatan awam?,"soal Surendran.

Malah menurut peguam muda itu, arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Hishamuddin Hussein jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Seksyen 5 Akta Pertubuhan adalah bercanggah dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat.

"Menteri turut menyalahgunakan kuasanya di dalam mengeluarkan perintah tersebut memandangkan tindakan tersebut bermotifkan politik dan berhasrat mengekang kritikan terhadap Kerajaan BN,"katanya lagi.

Oleh yang demikian, PKR menuntut perintah tersebut dibatalkan dan semua yang ditahan kerana dikaitkan dengan Bersih 2.0 segera dibebaskan.

Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) telah diisytiharkan haram oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkuatkuasa pada Jumaat.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata perisytiharaan itu dibuat oleh Hishammuddin mengikut seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966. -tvsnews




Baju BERSIH - 17 Ahli PAS Jasin Ditangkap Di Kompleks PAS Jasin

Berita Terkini: Seramai 17 orang ahli PAS Kawasan Jasin telah ditahan di dalam operasi polis menahan penjualan baju Himpunan BERSIH di Jasin hari ini. Mereka ditahan di dalam serbuan polis selepas Seminar PAS Ganti UMNO di di Dataran Hamas, Kompleks PAS Jasin.

Antara yang ditahan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin, Fauzi Maelah, Adnan Abu, Ali Mahadi, Abd Hannan, Ibrahim Talib, Ust Hasri, Ust. Sofi, Azizan Anuar, Tn Hj Samsudin dan beberapa ahli PAS Jasin.

Polis bertindak masuk ke perkarangan Pejabat PAS Jasin di Simpang Kemendor dekat sini kira-kira jam 1.00 petang sebaik sahaja selesai Seminar PAS Ganti Umno yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Jasin yang bermula pada jam 9.00 pagi.

Seramai 30 orang anggota polis yang berpakaian preman telah merampas kira-kira 200 helai baju Bersih 2.0.

Sementara itu beberapa orang polis yang beruniform yang lain menunggu di luar.

Dalam pada itu kesemua ahli PAS yang ada di perkarangan pejabat tersebut dihalang dari meninggalkan pejabat tersebut sehingga tangkapan dibuat.

Semua kenderaan diperiksa, nama tuan punya kenderaan dan nombor telefon masing-masing diambil.

Sehingga kini dilaporkan pihak polis belum menyatakan secara khusus di atas kesalahan apa yang dikenakan terhadap mereka yang ditahan.



MP Bakri Teck Hwa dan 5 lagi ditangkap

Ahli parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa; pemimpin Pemuda DAP Johor Tan Hong Ping dan empat yang lain ditahan dan dibawa ke balai polis Taman Pelangi, Kuala Lumpur, dalam satu lagi episod tindakan polis terhadap sebarang aktiviti 'BERSIH'.

Bagaimanapun, ketika dihubungi, Er menafikan kehadiran mereka di pasar Taman Pelangi pagi ini ada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH 2.0 YANG dirancang pada 9 Julai.

Er berkata beliau dan Tan hanya menjalankan kempen kebersihan 'gotong-royong' dengan tema "Negara Bersih, Rakyat bertuah".

"Saya fikir pihak polis terlalu sensitif. Tema kami adalah Negara Bersih, Rakyat Bertuah, tetapi mereka tidak mahu menerima penjelasan mengenainya," kata pemimpin DAP itu.

Baju kuning yang mereka pakai juga direkabentuk berbeza dari baju-T BERSIH yang sehingga ini menyebabkan lebih 100 aktivis politik dan sosial ditahan minggu lalu.

"Kami juga menyebut bahawa kempen itu tidak berkaitan dengan perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur pada 9 Julai," kata Er, tetapi ia tidak dapat menyakinkan 20 anggota polis yang tiba di pasar itu sejurus selepas mengetahui tentang aktiviti kumpulan tersebut. -mk


Tangki Meletup, Seorang Maut

Kulim: “Sebaik mendengar letupan kuat, saya berlari di sekeliling tangki untuk mencari rakan yang terjatuh sebelum terkejut menemui arwah di bawah tangga besi dalam keadaan tidak bernyawa lagi, kira-kira 30 meter dari tempat kejadian.”

Begitu kata Al Azria Shamsudin, 20, apabila rakannya yang juga pembantu kimpalan, Che Hussin Che Kob, 49, maut disebabkan cedera parah di badan akibat letupan di sebuah kuari di Bandar Sri Mahkota, Sungai Ular, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi, seorang lagi rakan mangsa, Mohd Fahmi Muzz Uddin Aripin, 21, turut cedera di badan dan menerima rawatan di Hospital Kulim.

Al Azria berkata, dia di bahagian bawah tangki minyak tar, manakala arwah yang baru sebulan bekerja di situ bersama Mohamad Fahmi membantu seorang lagi rakan melakukan kerja mengimpal di atas tangki.

Menurutnya, tiba-tiba berlaku letupan kuat dan dia melihat tiga rakannya terpelanting ke bawah, menyebabkannya terkejut lalu cuba membantu mangsa yang cedera dengan bantuan pekerja lain.

“Kejadian berlaku begitu pantas dan kami tidak sempat untuk menyelamatkan diri. Rakan yang menjalankan kerja mengimpal hanya terseliuh kaki akibat terjatuh dari tangki setinggi tiga meter itu.

“Manakala Mohd Fahmi dikejarkan ke Hospital Kulim dengan ambulans kerana cedera di badan, namun kami sedih arwah tidak dapat diselamatkan kerana mati di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kulim, di sini.

Sementara itu, anak mangsa, Mohd Shafiq, 20, berkata bapanya tidak menunjukkan perlakuan pelik, sebaliknya bersikap seperti biasa ketika keluar dari rumah di Taman Angsana, di sini, untuk ke tempat kerja.

Menurutnya, dia hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan rakan bapanya lalu bergegas ke tempat kejadian.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sepasukan anggota polis dihantar ke tempat kejadian selepas menerima maklumat sebelum menemui mayat seorang lelaki di tangga berhampiran tangki yang dalam pembaikan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, empat pekerja melakukan kerja pemasangan paip di tangki minyak tar di kawasan kuari itu.

“Mangsa bersama rakan tercedera berada di atas sebuah tangki dipercayai membantu memegang sebatang paip yang dikimpal seorang lagi rakan mereka,” katanya. -hm

Jurujual Bawa Balik Teman Lelaki Sebagai "Teman Tidur"

Kampung Cacar (Terengganu) - Tindakan seorang jurujual pasar raya membawa pulang teman lelaki untuk dijadikan ‘teman tidur’ pada awal pagi sehingga menimbulkan syak jiran membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa.

Lebih mendukacitakan, gadis terbabit yang berasal dari Bukit Besi itu dikatakan mula bekerja di pasar raya berdekatan sejak beberapa bulan lalu untuk menyara keluarga, namun usaha itu gagal menutup perbuatan sumbangnya yang mengaibkan maruah keluarganya.

Ketika serbuan, sepasukan Pegawai Penguat kuasa Jabatan Agama Dungun bersama Polis Paka kira-kira jam 1.10 pagi itu, jurujual yang tamat sekolah menengah ketika dicekup di bilik tidur bersama teman lelakinya itu hanya memakai seluar pendek berbaju T, manakala teman lelakinya memakai seluar tanpa baju.

Pemeriksaan lanjut menemui sehelai seluar dalam dipercayai milik salah seorang daripada mereka dan ia dirampas sebagai bahan bukti selepas dihadapkan ke mahkamah nanti.

Situasi itu menguatkan dakwaan bahawa dia sudah melakukan perbuatan tidak bermoral, walaupun mereka menafikannya.

Gadis berumur 18 tahun bersama teman lelakinya yang berasal dari Sabah itu bakal dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun awal Ogos nanti mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika didapati bersalah mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. -SH

Husam Jawab Fitnah Najib

Tapak stesen teksi Pasir Puteh tak pernah dijual - Husam Musa

Saya merujuk kepada kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia di Pasir Puteh pagi ini.

Saya selaku anggota Kerajaan Negeri terkejut dengan dakwaan YAB Perdana Menteri bahawa tapak stesyen teksi Pasir Puteh yang beroperasi sekarang telah dijual oleh PKINK.

Selain itu, kenyataan beliau juga menyebut tapak itu telah dirampas oleh Kerajaan Negeri melalui PKINK.

Kenyataan Perdana Menteri tersebut tidak berasas sama sekali.

PKINK pada sebarang masa tidak pernah menjual tapak berkenaan, bahkan disediakan percuma untuk perkhidmatan teksi di Pasir Puteh.

Walaupun sebelum ini, PKINK mengenakan sedikit bayaran ke atas persatuan pemandu teksi Pasir Puteh, tetapi kini, bagi tujuan kebajikan ahli persatuan tersebut, PKINK tidak mengenakan sebarang bayaran.

Apa yang berlaku ialah ada pihak tertentu pernah memohon untuk membeli tapak berkenaan bagi kemudiannya diserahkan kepada pihak lain untuk dimajukan tetapi permohonan tersebut telah ditolak oleh PKINK bagi mengekalkan kedudukan tapak teksi tersebut.

YAB Perdana Menteri atau sesiapa sahaja boleh menunjukkan bukti atas dakwaan mereka. Sudah tentu Perdana Menteri tidak mampu berbuat demikian kerana isu ini adalah modal atas angin semata-mata.

Selaku rakyat Malaysia, saya merasa malu atas salah maklumat yang disampaikan kepada pemimpin terpenting negara ini sehingga YAB Perdana Menteri menyebut sesuatu yang tidak berasas dalam ucapan beliau.

Saya menggesa agar Perdana Menteri menyemak pihak yang telah memberikan maklumat tidak bertapis seperti itu bagi mengelakkan kenyataan yang sama berulang, yang boleh menjejaskan kredibiliti beliau.

Selain itu, ia juga menunjukkan Barisan Nasional tidak mempunyai isu besar yang boleh dibangkitkan sehingga maklumat tidak berasas pun terpaksa dijadikan modal.

Saya yakin, jika Perdana Menteri sanggup menggunakan maklumat atas angin seperti itu, tentulah dalam isu yang lain juga beliau mudah membeli maklumat bakul sampah, termasuk dalam isu himpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil pada 9 julai ini.

Isu yang lebih besar seperti rampasan wang royalti minyak Kelantan tidak pula disebut. Isu-isu janji pilihanraya Pengkalan Pasir, Manek Urai dan Galas yang belum selesai juga tidak disebutkan.


Saya yakin Kerajaan Negeri bersedia memberikan tapak berkenaan untuk dimajukan dengan kemudahan yang lebih baik jika kerajaan pusat serius untuk memajukannya.

Mengenai kononnya majlis Perdana Menteri di Pasir Puteh dihadiri oleh puluhan ribu rakyat jelata, amat malang kerana lawatan yang penting seperti itu hanya dimeriahkan oleh kerahan paksa pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan.

Buktinya, semuanya 'dipakaikan' baju merah yang dibekalkan terlebih dahulu. Tidak ada tanda kedatangan sukarela atas pilihan sendiri tetapi datang 'berjemput' siap 'beruniform'
.

Lebih menggelikan hati bila bangunan rasmi pejabat kerajaan persekutuan di Wisma Persekutuan telah 'ditawan' oleh Barisan Nasional dengan dipenuhi oleh bendera parti itu.

Ternyata, kedatangan Perdana Menteri telah mencemarkan lagi konsep pemisahan antara parti dan kerajaan dan jika inilah sikap BN yang terus menggunakan premis, harta dan jentera kerajaan untuk kepentingan parti mereka tanpa segan silu, ia perlu terus ditolak oleh rakyat yang cintakan amalan politik yang telus, bersih, amanah dan amalan politik kepartian yang melampau. -husammusa.com

A Samad: Kekejaman Mempunyai Tarikh Lupusnya!

Perkembangaan senario politik terkini sesungguhnya sesuatu yang agak merunsingkan buat seniman dan karyawan, namun sasterawan negara A Samad Said tetap tidak berganjak langkah dari pendiriannya ketika berdepan dengan kuasa pemerintah.

Sambil bersikap sinis terhadap kerajaan yang "takut dengan warna", A Samad Said menyuntik semangat dengan peringatan bahawa "kekejaman mempunyai tarikh lupusnya!"

A Samad Said dipanggil polis untuk disoal-siasat pada 27 Jun, lantaran kehadiran beliau dalam majlis pelancaran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 19 Jun 2011. Beliau kembali ke bangunan Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor semalam, untuk menghadiri majlis perlancaran buku kartun Zunar, "EVEN MY PEN HAS A STAND".

Sekurang-kurang dua kali A Samad Said berjenaka bahawa Zunar dan dirinya mungkin ditangkap selepas majlis tersebut, namun disusuli dengan kenyataan bahawa dirinya sudah "bersedia". Beliau mengulas perkembangan yang terbaru ketika berucap dalam majlis pelancaran buku Zunar, mengambil pendirian untuk mempertahankan Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan, di samping membidas penahanan menggunakan Ordinan Darurat sebagai satu kekejaman.

Kelompok "Carma"

A Samad Said menyifatkan sesetengah kelompok seniman dan karyawan yang "selalu bersedia untuk tidak bersikap" sebagai "carma", iaitu cari makan. Dan sikap sedemikian menurutnya, memberi laluan kepada segala kemungkaran yang sedang berlaku dengan dahsyatnya pada hari ini.

Beliau mengisahkan bahawa dirinya langsung tidak membaca media arus perdana seperti Utusan Melayu, Berita Harian, New Straits Times dan The Star sebelum ini, "oleh kerana dengan tak membacanya pun, saya tahu". Namun, perkembangan terbaru mendorong dirinya untuk membeli dan membaca akhbar-akhbar tersebut, pada dua tiga hari kebelakangan.

"Daripada medium mainstream, bersih tu kotor. Saya sekarang pun hairan juga mengapa orang akhbar yang begitu berpengalaman, mendapat anugerah itu dan ini boleh mengotorkan bersih? Saya tidak faham, tapi saya tahulah di sana ada kelompok-kelompok semata-mata carma, cari makan."

A Samad Said turut menyanggah tuduhan "sasterawan negara baru" terhadap dirinya, bahawa A Samad menggunakan anugerahnya untuk memecah-belahkan bangsa. A Samad Said membela dirinya bahawa sepanjang usianya, beliau hanya "menyatukan bukan mengecaikan".

Ambiga tidak bersalah!

Satu hal lain yang merunsingkan A Samad Said adalah, munculnya satu kelompok yang mendakwa dirinya wira khusus untuk bangsa Melayu, ingin menyaingi BERSIH 2.0, setelah BERSIH 2.0 mengumumkan hasrat untuk mengadakan demonstrasi murninya.

"Dan saya kira, kalaulah terjadi pertelagahan, saya lebih menyalahkan polis. Sebab polis lebih awal tahu bahawasanya beberapa bulan yang lalu kelompok BERSIH ini sudah pun meminta ruang dan hari untuk membolehkannya berdemonstrasi jujur. "

Beliau memuji niat BERSIH yang bagus, namun apa yang berlaku adalah polis dengan sengaja, atau disuruh tidak membenarkannya. "Dan saya tidak hairan kalau Puan Ambiga, kerana tidak dibenarkan, dia teruskan. Bukan salahnya! Dia minta, tapi tidak dibenarkan. Jadi, apakah BERSIH yang salah, ataupun yang tak bersih tu yang salah?" persoal beliau.

Malah, beliau berkata niat polis adalah jelas, iaitu untuk menakutkan rakyat - ketika mengulas kejadian di mana 70 anggota polis mengelilingi tujuh orang yang ingin ditangkap. "Sebab mustahil ada, tiba-tiba ada 70 orang polis," katanya, sambil meneruskan "Niatnya ialah untuk menakutkan. Jadi sekarang ini zaman menakutkan, supaya rakyat berhati-hati..."

Timbulkan soal komunis

A Samad Said tidak lupa untuk membidas, bahawa iklim siasah kita sudah mula beralih menjadi "amat kasar", apabila soal komunis ditimbulkan. Beliau berkata isu ini seolah-olah sengaja ditimbulkan untuk mempermudahkan penangkapan dengan undang-undang yang lama. Beliau sempat menyindir "pengkhayalan" mereka yang berkuasa, "Dan saya fikir pengkhayalan itu hanya dua orang, tak payah saya sebut namalah...", sambil menambah "Kadang-kala khayalan polis juga luar biasa".

Enam orang aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula dengan Ordinan Darurat pada 2 Julai, yang membenarkan tempoh penahanan 60 hari tanpa perbicaraan. Mereka sebelum ini dituduh cuba menghidupkan semula komunisme, dan berniat memerangi Yang Di-Pertuan Agong. A Samad Said berterus-terang, "Saya kira ini adalah satu kekejaman."

Beliau mempersoalkan, "Sebab kita juga hidup dalam satu dunia demokrasi, di mana suara harus didengar, harus dipertimbang. Mengapa tiba-tiba kita harus berada dalam satu situasi yang tidak boleh bercakap pun, malah warna pun tidak boleh hidup?"

Beliau kemudian membidas bahawa warna kuning sebagai warna yang murni, warna simbolis sampai ke puncaknya, warna yang dihormati - kini cuba dikuburkan, selepas beliau menyindir, "Dengan warna pun dia takut?"

"Dengan kesombongan kuasa yang ada, yang mengatakan tak mahu berunding lagi, itu sudah tidak demokrasi." A Samad Said berkata, "Tidak mahu berunding lagi, maksudnya, permulaan zaman menangkap!"

Dengan kain kuning yang dililitkan oleh Zunar pada lengannya, A Samad berkata, "Kekejaman mempunyai tarikh lupusnya!" Beliau terus meluahkan keresahannya, "Saya khuatir kalau ini dibiarkan, ada tanda-tanda yang kemungkinan yang sangat besar negara kita akan menjadi negara polis. Ada tanda-tanda itu."

Sebelum mengakhiri ucapannya, A Samad Said sekali lagi melontarkan jenaka, "Saya nampak banyak gambar rambut", dalam buku Zunar. Pembaca yang masak dengan kartun Zunar menyedari bahawa kartun tersebut membawa sindiran tersirat terhadap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. A Samad mengakhiri ucapannya, "Saya takut dengan rambut! -MR

Tembelang Najib Pecah Lagi, Ugut Ambiga. Bukan Melayu Buka Mata 1Malaysia Hanya Retorik

Bersih 2.0: Najib muncul di Kelantan, kecam Ambiga dan PAS

PAS PASIR PUTIH, 2 Julai — Datuk Seri Najib Razak muncul di Kelantan hari ini dan mengecam ketua Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan PAS kerana mengadakan perhimpunan 9 Julai ini sambil mendakwa parti Islam itu akan melakukan apa sahaja bagi menawan Putrajaya.

“Kita tidak tahu siapa dia Ambiga. Dialah menggugat (kedudukan) Islam. Dan, di bawah dia ada Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu),” kata Najib ketika berucap di sini hari ini.

Kenyataan beliau dibawa oleh berita Radio Malaysia pada pukul 1 tengah hari tadi.

Saluran itu turut menyiarkan klip video membantah perarakan 9 Julai dan memuji kepimpinan Najib sambil menggambarkan beliau sebagai pemimpin semua rakyat Malaysia.

Najib (gambar) berkata Mohamad sanggup menjadi timbalan kepada Ambiga demi mendapatkan kuasa politik bagi PAS, yang memerintah Kelantan sejak 1990.

Hari ini, Najib mengadakan lawatan kerja ke Kelantan.

Dalam pada itu Bernama Online memetik Najib berkata, kebanjiran lebih 20,000 penduduk Pasir Putih pada majlis perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat hari ini memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menyokong Umno dan menentang perhimpunan 9 Julai ini.

Perdana Menteri berkata jika kehadiran rakyat yang menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah oleh PAS begitu tinggi, sudah tentu sokongan di negeri-negeri kalau sudsah pasti lebih tinggi lagi.

Berdasarkan jumlah hadirin di sini, Najib berkata Ambiga seharusnya sedar bahawa ramai rakyat menyokong perjuangan dan dasar BN dan menentang Himpunan Bersih 2.0.

“Ambiga jangan fikir kuat sangat. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita akan simpan kuku kita,” katanya semasa berucap di Sekolah Kebangsaan Sri Aman di Kampung Tok Nik.

Najib menjelaskan bahawa jika matlamat perhimpunan itu adalah untuk membetulkan sistem pilihan raya negara, kenapakah PAS boleh memerintah Kelantan selama 21 tahun.

Malahan, katanya, melalui pilihan raya umum 2008 lepas, pembangkang berjaya menguasai lima negeri di Semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Beliau berkata keadaan itu menunjukkan keadaan demokrasi negara adalah tidak sama seperti di negara Timur Tengah seperti Mesir, iaitu parti memerintah memenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun.

Katanya, keadaan di Malaysia berbeza daripada itu, di mana parti pemerintah hanya memenangi majoriti mudah dalam pilihan raya lalu dan pemimpinnya bertukar ganti.

Najib berkata BN tidak akan menghantar penyokongnya di Pasir Putih untuk bertembung dengan penyokong perhimpunan haram di ibu negara biarpun jumlah penyokong BN ramai.

Beliau berkata ini kerana jika langkah itu diambil ia hanya akan menyebabkan pertembungan dan pergaduhan yang akan membawa huru-hara kepada keamanan negara.

“Kita bina negara kita sejak sekian lama. Kita mulakan secara aman damai. Ambiga nak rosakkan ini semua,” katanya.

Najib berkata angin perubahan kini bertiup kencang di negeri yang di perintah PAS kini berdasarkan jumlah rakyat yang hadir pada majlis itu sebegitu ramai.

Beliau berjanji BN akan membawa perubahan dalam aspek pembangunan jika rakyat Kelantan memberi mandat kepada BN dalam pilihan raya umum nanti. -TMI

Ulasan GB

Ada beberapa perkara di dalam ucapan Najib itu yang perlu diberi perhatian:

1) Ugutan terhadap Ambiga.

“Ambiga jangan fikir kuat sangat. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita akan simpan kuku kita,

Najib menyimpan kukunya! Banyak persepsi di ayat itu. Apakah Najib sudah teerlepas cakap bahawa beliau sebenarnya "kuku besi" yang akan mencengkam Ambiga pada bila-bila masa? Atau "kuku" itu bermaksud ISA yang akan dikenakan terhadap Ambiga, atau apa? Walau apa pun jawapannya, Najib sedang menyimpan "kukunya" itu. Bererti, 1Malaysia yang dijajakan sebelum ini hanyalah retorik.

2) 20,000 hadir di Pasir Putih?

Katakanlah benar yang datang itu 20,000 tetapi kedatangan itu kedatangan yang dipaksa. Laporan sebelum ini di SINI yang menunjukkan Umno perangkap kakitangan awam hadir majlis Najib.

Dan Najib pula memerangkap mereka kononnya kesemua mereka tidka menyokong BERSIH 2.0. Kaedah yang serupa digunakan pada himpunan sejuta (sebenarnya cuma 5 ribu) belia. Diperalatkan mereka untuk pertahankan Putrajaya.

Katanya lagi:

jika kehadiran rakyat yang menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah oleh PAS begitu tinggi, sudah tentu sokongan di negeri-negeri kalau sudsah pasti lebih tinggi lagi

Kenapa tak buat di negeri lain? Nak tengok juga berapa ramai ahli UMNO yang turun? Apatah lagi jika tanpa bas percuma, nasi bungkus dan angpow?

Peserta BERSIH datang TANPA menerima sebarang imbuhan dari sesiapa malah datang dari kocek sendiri, dari hati nurani sendiri. Baju sekali dirampas, beli lagi, itu semangat yang ada untuk pastikan BERSIH tetap berlansung walaupun UMNO membenci.

3) Najib berkata lagi:

jika matlamat perhimpunan itu adalah untuk membetulkan sistem pilihan raya negara, kenapakah PAS boleh memerintah Kelantan selama 21 tahun.

Malahan, katanya, melalui pilihan raya umum 2008 lepas, pembangkang berjaya menguasai lima negeri di Semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.


Kelantan cuba dirampas seperti mana UMNO BN merampas Terengganu, tetapi airmata TG Nik Aziz di hening subuh bersama rakyat Kelantan menyelamatkan Kelantan dari ditipu oleh SPR sehingga tipu daya itu tidak menjadi. Semua rakyat tahu hal itu.

Kedua, PR menang di lima negeri - jika SPR bersih telus dan adil, PR telah memerintah banyak negeri malah telah memerintah kerajaan pusat di Putrajaya.

Hakikatnya: Kemenangan UMNO/BN yang lepas adalah kemenangan yang rapuh - kemmmangan pengundi hantu, pengundi pos dan pengundi FELDA yang termakan peras-ugut UMNO.

Najib mahu bicara apa lagi?
Banyak rahsianya bakal terbongkar lagi.
Itu doa kita kepada Ilahi.

Sudah Gila: Baju BERSIH Di Dalam Pun Ditangkap Polis

Pakai baju BERSIH 'di dalam' juga ditangkap polis

Tiga anggota PKR ditangkap di sebuah pasar di Batu Gajah, Perak pada jam 9.20 pagi ini kerana memakai kemeja T kuning BERSIH 2.0, meskipun mempunyai baju lain di luarnya.

Menurut timbalan setiausaha PKR Perak Tan Kar Hing, ketiga-tiga mereka ketika kejadian sedang menikmati minuman teh apabila ditahan polis.

"Polis minta mereka buka baju dan tahan mereka apabila baju dalam yang dipakai adalah baju BERSIH,” lapor Tan.

Ahli PKR itu dikatakan sedang menikmati minuman pagi dan tidak melanggar sebarang undang-undang sebelum didatangi beberapa orang pihak polis.

Seorang anggota polis itu dikatakan secara tiba-tiba bertindak menyelak baju yang dipakai salah seorang daripada mereka dan menampakkan baju kuning BERSIH 2.0 yang dipakai di bahagian dalam dan terus ditangkap.

Mereka yang ditangkap itu adalah timbalan ketua cawangan Batu Gajah Adnan Talib, 50, naib ketuanya Anthony Wijaya, 50, dan pengarah skuad Pemuda Perak Tamil Selvam, 28.

Ketiga-tiga lelaki itu kemudiannya dibawa ke balai polis Batu Gajah untuk siasatan.

Hak buka baju

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan ADUN Tronoh S Sivakumar dan peguam Ng Mun Yin turut mengiringi ahli PKR itu ke balai polis.

Sivakumar ketika diminta mengulas perkara itu menyifatkan, polis bertindak keterlaluan dan tidak menghormati rakyat.

"Mereka pakai T-shirt BERSIH di dalam, di luar baju lain, polis pergi buka baju mereka, apa kuasa polis buka baju orang cek dalam pakai baju apa?" soalnya tidak berpuas hati.

Sementara itu, Ng pula memaklumkan mereka ditahan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan.

Polis juga ujarnya memberi jaminan semua yang ditahan akan dibebaskan hari ini.
Sejak seminggu ini, semakin ramai yang ditangkap. Awal pagi tadi, exco Selangor Ronnie Liu ketika dalam perjanan pulang bersama Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ditangkap di Hulu Selangor manakala di Alor Setar, 14 orang yang sebahagian besar mereka ahli PKR juga dicekup oleh polis. -mk

Bersih 2.0: Polis selak baju sebelum tangkap

BATU GAJAH, 2 Julai: Tiga anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap pihak polis ketika sedang minum di Pasar Awam Batu Gajah di sini pagi tadi.

Mereka adalah Timbalan Ketua Cabang Batu Gajah, Adnan Talib, Naib Ketua Anthony Vijaya dan Timbalan AMK, Tamiselvam.

Difahamkan mereka tidak pun memakai baju kuning Bersih 2.0 ketika itu dan baru sahaja tiba di sebuah kedai minum di sini sebelum didatangi beberapa orang pihak polis.

Tiba-tiba salah seorang anggota polis itu bertindak menyelak baju yang dipakai salah seorang daripada mereka dan menampakkan baju kuning bertulis Bersih 2.0 yang dipakai di bahagian dalam terus ditangkap.

Ekoran itu, dua rakannya yang lain turut menyarung baju serupa agar mereka juag ditangkap bersama.

Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke IPD Batu Gajah kira-kira jam 10 pagi untuk dirakam keterangan.

Turut serta ke IPD bersama ketiga-tiga mereka adalah Adun Tronoh S.Sivakumar dan peguam Ng Mun Yin.

Sivakumar ketika diminta mengulas perkara itu menyifatkan, polis bertindak keterlaluan dan tidak menghormati rakyat.

"Mereka pakai T-shirt Bersih di dalam, di luar baju lain, polis pergi buka baju mereka, apa kuasa polis buka baju orang cek dalam pakai baju apa?" soalnya tidak berpuas hati.

Beliau juga dimaklumkan ketiga-tiga yang ditangkap tersebut hadir ke pasar pagi tadi adalah untuk memastikan maklumat berkumpul yang diterima mereka melalui khidmat pesanan ringkas SMS betul atau 'perangkap'.

Ia kerana, tiada sebarang arahan pun dari kepimpinan parti untuk berkumpul di sini hari ini.

Sementara itu, Ng Mun Yin pula memaklumkan mereka ditahan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan.

Polis juga ujarnya memberi jaminan kesemua yang ditahan akan dibebaskan hari ini. -HD


Pertubuhan BERSIH Diharamkan - Tak Dapat Tanduk Telinga Dipulas

Pakatan: Fitnah KDN mahu halang Himpunan Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 2 Julai — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mencabar Putrajaya membuktikan propaganda yang didakwa dilakukan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sehingga ia diisytihar pertubuhan haram.

Beliau yang agak terkejut dengan tindakan drastik Kementerian Dalam Negeri melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia menegaskan dakwaan yang dilemparkan terhadap Bersih adalah satu usaha untuk menghalang rakyat menyertai Himpunan Bersih 2.0.

Menurut Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa semalam.

Tegas Salahuddin, dakwaan kononnya Bersih terlibat dengan propaganda yang mengancam keselamatan negara adalah tidak benar sama sekali.

“Saya menganggap itu tidak benar sama sekali kerana apa yang dituntut oleh Bersih tidak keluar daripada kerangka Perlembagaan Persekutuan.

“Sepatutnya tuntutan Bersih ini dikaji dahulu kerana Bersih tidak melakukan sebarang propaganda...jadi saya cabar agar buktikan propaganda yang mengatakan Bersih ini melakukan perkara yang memberi ancaman kepada negara,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, tuduhan yang dilemparkan terhadap Bersih yang diketuai Datuk Ambiga Sreenevasan adalah fitnah semata-mata.

“Apa yang mengatakan Bersih bertentangan dengan undang-undang? Propaganda yang dilemparkan ini hanya fitnah semata-mata, malah kita pernah membawa perkara ini di Parlimen, jadi ia tiada masalah.

“Ia sengaja diwujudkan untuk menggagalkan perhimpunan Bersih 2.0 dan ia adalah usaha terdesak yang dilakukan Umno-BN,”
katanya.

Tindakan drastik yang diambil Putrajaya ini merupakan perkembangan terbaru dalam siri tindakan keras diambil sejak lebih seminggu lalu.

Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini menyenaraikan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya, mendapatkan sokongan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun BN dan pertubuhan-pertubuhan yang pro perikatan itu membantah.

Awal minggu ini, Hishammuddin mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menjalani undang-undang negara.

Malah lebih 100 orang aktivis dan pemimpin politik Pakatan Rakyat telah ditahan. Semalam polis menegaskan pihaknya telah menutup segala bentuk perbincangan dengan sekretariat Bersih.

Dalam kenyataan hari ini juga, Abdul Rahman berkata Kementerian Dalam Negeri telah menyiasat pertubuhan Bersih 2.0 dan mendapati bahawa ia bukan satu pertubuhan berdaftar.

Bagaimanapun kata beliau, Bersih 2.0 memenuhi takrifan pertubuhan yang berdaftar di bawah Jadual 1, Akta Pertubuhan 1966.

Menurut Abdul Rahman, Bersih 2.0 telah bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini, menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu dan melalui aktiviti-aktivitinya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.

Sementara itu Naib Presiden PKR N. Surendran berkata pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram.

“Bagaimana sebuah pergerakan yang menuntut pilihan raya bersih dan adil boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara?

“Bagaimana satu perhimpunan aman dalam amalan demokrasi boleh memberi ancaman kepada ketenteraman awam?” soalnya.

Tegas Surendran, Hishammuddin tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan apa-apa arahan yang bermotifkan politik dengan tujuan menghalang kritikan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kami menuntut agar semua arahan ini dibatalkan segera dan kesemua yang ditahan dibebaskan,” katanya. -TMI

Apa Perlu Anda Lakukan Jika Ditahan

Pertubuhan Bukan Kerajaan 'Lawyers For Liberty'(LFL) mengadakan sesi penerangan kepada masyarakat umum mengenai bagaimana berdepan dengan provokasi polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung, 9 Julai depan.

Sesi Penerangan itu dibuat berikutan keengganan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) memberikan kerjasama kepada penganjur serta penyokong Bersih 2.0 seraya mengugut untuk mengenakan tindakan undang-undang serta mengisytiharkan darurat pada hari tersebut.

Bercakap pada forum anjuranya yang bertajuk "Hak Untuk Berhimpun" di Dewan Perhimpunan Cina Wilayah dan Selangor malam tadi, peguam Hak Asasi Manusia, Fadiah Nadwa Fikri bersama barisan peguam lain memberi penjelasan terperinci tentang hak-hak kemanusiaan yang boleh digunapakai sekiranya polis bertindak melangkaui batasan undang-undang negara.

Katanya, berdasarkan pengalaman beliau menyertai perhimpunan umum sebelum ini, rata-rata masyarakat kurang jelas akan hak-hak individu yang ditahan hingga menyebabkan polis menyalahgunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya.

Sehubungan itu, Fadiah menasihatkan rakyat yang ingin berhimpun pada 9 Julai ini supaya mengetahui alasan penahanan mereka di samping merekodkan nama dan nombor anggota polis terbabit.

"Saya sangat pasti pada hari itu nanti, mereka (polis) tidak ada alasan untuk menahan anda. Oleh yang demikian penahanan tersebut tidak sah.

"Kalau mereka tanya lebih, tanya mereka adakah saya ditahan?" ujar beliau.

Bagaimanapun beliau berkata, anggota polis di negara ini sering kali bertindak diluar bidang kuasa mereka selain menafikan hak individu yang ditahan.

Katanya, ini kerana rata-rata pegawai polis yang bertugas pada waktu demonstrasi tidak akan menyatakan apakah alasan seseorang itu ditahan, sebaliknya menggunakan kekerasan dengan mengheret peserta demonstrasi ke balai mahupun trak polis.

Malah, peserta demonstrasi itu juga tidak akan dibenarkan untuk membuat panggilan telefon mahupun kebenaran diwakili oleh peguam.

"Sekiranya peserta demo ditangkap, polis hanya berhak menahan anda dalam tempoh 24 jam sahaja. Jika lebih daripada itu mereka perlu memohon daripada mahkamah. Katakan mereka menahan anda lebih daripada tempoh tersebut tanpa sebarang dokumen mahkamah, maka anda boleh saman mereka (polis) dengan asalan penahanan tanpa sebab," ujar beliau.

Justeru Fadiah berkata maklumat yang disampaikan sekurang-kurangnya dapat membantu penyokong-penyokong mengelakkan mereka daripada ditahan tanpa sebab ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh peserta demonstrasi yang ditangkap :

(1) Pastikan nama dan nombor tang tertera pada kad kuasa polis dicatat.
(2) Minta pihak berkuasa jelaskan alasan penahanan.
(3) Elak sebarang keganasan fizikal
(4) Tidak membenarkan polis merampas barang peribadi seperti dompet, kamera, telefon bimbit dan lain-lain.
(5) Memastikan balai polis mana anda ditahan.
-tvsnews


Hak-hak anda bila ditahan polis Malaysia
- Harakahdaily

RED BOOK (BAHASA MALAYSIA)

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam,

Minta Pengenalan Diri Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; "Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda."

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah: Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna:

• Biru: Berpangkat Inspektor dan ke atas.

• Kuning: Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.

• Putih: Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 Pengenalan Diri Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3 Bilakah anda ditahan

Anda ditahan apabila anggota polis itu:

• menjawab "ya";

• tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau

• menggari anda.

Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap

Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).

3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Penyataan saksi/112 Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis) mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap anda mendesak anda supaya bekerjasama.

3.3 Membuat Pernyataan 112

Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.

• Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).

• Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.

• Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.

• Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.

• Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.

• Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda

Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.

• Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.

• Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.

• Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda.

4. POLIS MENANGKAP ANDA

4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?" Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?" Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:

1. Keluarga atau rakan; dan/atau

2. Seorang peguam.

Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).

Maklumkan kepada mereka:

• yang anda telah ditangkap;

• masa, tempat dan alasan ditangkap;

• Balai Polis di mana anda dibawa.

4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap

Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:

• Di Balai Polis, atau

• Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.

5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam

Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.

5.2 Pakaian Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan peribadi Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM

6.1 Siapakah Majistret Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:

• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau

• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.

Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapans eorang Majistret untuk proses reman

Maklumkan kepada Majistret:

• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;

• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;

• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;

• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;

• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;

• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan.

6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat

Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan

Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/ pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan

• Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.

• Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.

• Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/ saku/beg anda.

7.3 Hak-hak anda

• Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan.

• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.

• Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:

1. Bantah;

2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan

3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.

8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU

8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian

• Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.

• Anda ditangkap.

• Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.

8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan

Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah- pemeriksaan pakaian luaran.

2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.

3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung and telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.

4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.

8.3 Hak anda

• Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.

• Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa pemeriksaan dilakukan.

• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP

9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda

Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri

Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan

Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.

9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti

Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda bolehmenggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)

• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428
• Negeri Sembilan : 06-6013 844
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 0