11 Mac 2010

Najib Terdesak, Mahkamah Diperalatkan

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperalatkan aspek perundangan bagi memberi tekanan kepada kemaraan Pakatan Rakyat hanya akan memakan diri kelak.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata kerakusan jentera pemerintah mencengkam pimpinan Pakatan Rakyat dalam belenggu perundangan hanya membusukkan nilai institusi itu.

Ia berikutan apa sahaja yang dikaitkan dengan Pakatan Rakyat, baik prosedur mahupun keputusan penghakiman, ia jauh menyimpang dari peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

"Tindakan terdesak pihak tidak bertanggungjawab ini akan memakan diri," kata Yusmadi.

"Ini merupakan satu contoh yang tidak baik kepada perundangan negara kerana apa yang diputuskan kelak akan menjadi kes contoh yang akan membina sistem perundangan itu sendiri," tegas beliau.

Kes-kes terdahulu menjadi bukti betapa pimpinan Pakatan Rakyat ditekan secara hebat dan melampau melalui institusi perundangan yang patuh pada telunjuk kerajaan Umno BN.

Ia termasuk kes konspirasi ke-2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selain banyak kes lain yang menyaksikan satu demi satu keputusan tidak menyebelahinya.

Begitu juga keputusan mahkamah dalam menentukan siapa menteri besar Perak yang sah hingga menonjolkan kepincangan antara hakim mahkamah tinggi dengan hakim mahkamah rayuan.

Semuanya semata-mata bagi memberi kemenangan bergaya kepada UMNO Barisan Nasional.

Kes saman anwar terhadap mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang memecatnya dari Kabinet juga diramal bakal dipolitikkan sepertimana lazim.

"disini yang kita lihat adalah rakyat. bagaimana institusi perundangan telah disalahguna dan yang lebih malang dari segi tafsiran undang- undang itu sendiri apabila ianya digunapakai terhadap pimpinan pembangkang ia seolah- olah mempunyai satu tafsiran yang berbeza," katanya.

Yusmadi memberi amaran kepada jentera pemerintah supaya menghentikan corak pemerintahan yang menghalalkan undang- undang demi kepentingan politik.

"Saya menggesa pihak bertanggungjawab supaya lebih berhati- hati menggunakan perkataan ini kerana yang akan merugikan besok adalah bukan kami orang politik tapi negara dan rakyat secara keseluruhannya," tambah beliau.



Signifikan "Gempa Bumi Di Kenyir Mungkin Berkait Kejadian 1980 an"

Gempa bumi lemah yang berlaku di empangan Kenyir semalam mungkin mempunyai kaitan dengan kejadian yang sama di kawasan itu lebih 20 tahun lalu atau proses pelepasan gas tektonik.

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas, berkata Kenyir dilanda gempa bumi kekuatan 4.6 pada skala Richter sekitar 1980 an ketika proses pengisian air empangan berkenaan.

Semalam, satu gempa bumi berukuran 2.6 pada skala Richter berlaku di situ, berpusat 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu. "Jadi gempa bumi yang berlaku semalam mempunyai dua kemungkinan, sama ada disebabkan kejadian empangan 20 tahun lalu, ataupun proses pelepasan gas tektonik dari garis sesar ataupun garisan gempa bumi Terengganu," katanya ketika dihubungi hari ini

"Kes semalam adalah kes yang pertama selepas tahun 80-an, dan kita akan bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian semalam," katanya.

Rosaidi berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana gempa bumi berskala 2.6 dianggap lemah. - Bernama



Ulasan GB

Setiap kejadian yang Allah jadikan itu ada pengajaran dan maknanya untuk golongan yang berfikir. Ayat manzurah sentiasa ada setiap masa dan yang bersih dan yang tajam mata hatinya dapat merenung dan memahami ayat manzurah itu.

BERITA INI JUGA IBARAT "GEMPA KECIL" HARI INI BERLAKU SERENTAK DENGAN GEMPA DI TASIK KENYIR ITU

Kezaliman BN Menyamai Kerajaan Firaun
Oleh Qayum Rahman

SEBERANG JAYA 11 Mac - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional pada masa sekarang boleh disamakan dengan kerajaan Firaun yang sentiasa mengamalkan perkara bertentangan agama dan juga penyelewengan besar yang memberi kesan buruk pada rakyat.

"Jangan mereka (BN) terlalu berhasad dengki menjatuhkan orang lain dengan kekuasaan yang diberikan dan jangan juga lupa kezaliman mereka tidak akan mampu bertahan lama.

"Kerajaan BN tidak akan mampu bertahan lama lagi berikutan pelbagai kegagalan telah dibalaskan oleh Allah akibat kezaliman yang diamalkan tetapi tetap masih lagi meneruskan kejahatan tanpa batasan," kata Abdul Hadipada ceramah sambutan ulangtahun kedua Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam.

Sehubungan itu tambah beliau kerajaan Pakatan Rakyat yang kukuh dan kuat bukan terletak pada bangunan pencakar langit atau jambatan tersergam yang dibanggakan tetapi atas kepimpinan yang bersih dan telus.

Abdul Hadi Awang berkata kerajaan Pakatan Rakyat berjaya mewujudkan kerajaan berkarisma yang mempunyai ciri-ciri lengkap bukan sahaja untuk mentadbir kerajaan negeri malah kerajaan pusat kerana tidak mengamalkan kezaliman dan penyelewengan yang diharamkan Allah.

"Ikatan Pakatan Rakyat semakin teguh walaupun baru dua tahun mentadbir empat kerajaan negeri tetapi mampu membuat pelbagai perubahan tidak seperti kerajaan BN yang telah mentadbir kerajaan pusat dan negeri lebih 52 tahun tetapi masih gagal.

"Mereka(BN) hanya pentingkan pembangunan baru yang boleh memberi keuntungan kepada mereka dan tidak mementingkan pentadbiran yang telus dan bersih. Ini menyebabkan mereka sentiasa terdedah dengan pelbagai penyelewengan dan rasuah," kata Abdul Hadi.

Beliau turut menyatakan bangga dengan kemampuan Pakatan Rakyat kini yang terus maju dan progresif walaupun terpaksa mengharungi bermacam-macam serangan dan dugaan yang sengaja dicipta oleh BN sebagai aktiviti khianat mereka.

"Kita Pakatan Rakyat tidak akan takut dan gentar dengan serangan bertubi-tubi BN dan Umno tetapi akan terus merancang pelbagai dasar baru yang akan terus memberi manfaat kepada rakyat.

"Walaupun kerajaan BN boleh memerintah beratusan tahun, kerajaan BN yang penuh kezaliman dan kejahatan tidak akan direstui dan diterima Allah. Rakyat sepatutnya diberi hak sama rata dan bukannya tertumpu pada kepentingan seseorang individu," tegas beliau lagi. -SK


GEMPA SEDEMIKIAN ADA KAITAN DENGAN "GEMPA" YANG PERNAH MENGGEGAR NEGARA PADA TAHUN 1980AN


Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.


Polis Diperalat Untuk Kekang Kemaraan PR

Pihak polis di Malaysia sentiasa digunakan sebagai hamba dan alat politik kepada kerajaan untuk menganggu dan melemahkan keutuhan Pakatan Rakyat yang semakin mengancam kedudukan kuasa Umno dan Barisan Nasional.

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-BN menyalahguna polis agar mengekang pengaruh besar Pakatan Rakyat dan menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menentang mereka.

"Polis dipaksa mengikut perintah sebagai hamba abdi kepada kerajaan yang digunakan untuk menyerang pemimpin Pakatan Rakyat Mereka sebenarnya tidak mampu menyerang kita.

"Banyak pemimpin Pakatan Rakyat sedang disiasat tetapi seorang pun tidak pernah gentar bersemuka dengan polis yang dianggap semut bawahan yang mengikut rajanya," kata beliau kepada lebih 20,000 penyokong pada ceramah sambutan ulangtahun kedua kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Tapak Expo Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.

Anwar berkata tindakan kerajaan menggunakan polis membuatkan rakyat terus membenci mereka sehinggakan polis juga tidak lagi dihormati dan tidak diharapkan mampu menjaga ketenteraman awam.

Muslihat jahat kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor sudah lama diketahui rakyat tetapi konspirasi mereka masih tidak mampu menundukkan Pakatan Rakyat.

Ini kerana Pakatan Rakyat berkaya mewujudkan corak kepimpinan yang telus dan bersih serta bebas rasuah disamping membawa perubahan yang meberi manfaat kepada rakyat.

Ahli Parlimen Pematang Pauh itu kesal pihak polis sentiasa akur dengan arahan Umno-BN walaupun mereka menyalahi undang-undang yang negara.

"Pihak berkuasa menyiasat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dikatakan melanggar Akta Hasutan tetapi mereka (polis) tidak berani langsung mengambil sebarang tindakan terhadap menteri-menteri yang sentiasa ganas melanggar Akta Hasutan.

"Polis takut akan kezaliman pimpinan Najib dan juga terpaksa berikrar mengikut telunjuk Najib dan Rosmah yang menyalahguna kuasa mereka untuk mengkhianati pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat," kata Ketua Pembangkang itu lagi. -SK



Mazlan Ditangkap Untuk Halang Skandal Felda Didedahkan

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dibebaskan pagi tadi dengan jaminan polis sebanyak RM3,000 dan seorang penjamin berhubung isu dialog bersama peneroka Felda Lembah Klau Selasa lalu.

Mazlan yang tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Raub kira-kira jam 10:30 pagi seterusnya dibebaskan oleh mahkamah setengah jam kemudian.

Semasa dihubungi Suara Keadilan Mazlan berkata beliau didakwa mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan atas tuduhan menceroboh kawasan Felda yang tertakluk di bawah Akta GSA 1960.

"Sekatan dan halangan ini didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang bertujuan menghalang saya daripada menyampaikan maklumat dan fakta sebenar mengenai isu-isu semasa kepada peneroka Felda," kata Mazlan.

Beliau diberitahu terdapat surat pekeliling yang telah dikeluarkan menghalang beliau memasuki kawasan Felda di seluruh negara.

Mengulas mengenai penahanan Mazlan, Timbalan Pengerusi III KEADILAN Negeri Pahang Ram Ponusamy berpendapat penangkapan Mazlan ini telah dirancang lebih awal oleh pihak tertentu.

"Ada pemimpin-pemimpin besar tertentu khususnya Umno-BN yang ingin menghalang Mazlan dari terus bersuara membangkitkan isu dan masalah Felda dan menghalang proses demokrasi.

"Sudah tentu bukan sahaja pemimpin Pakatan Rakyat malahan rakyat Pahang khususnya peneroka Felda juga tidak gembira dengan perkembangan semasa.

"Ini kerana Mazlan sebagai anak peneroka FELDA sudah tentunya mempunyai dokumen dan bukti kukuh yang menyebabkan Umno-BN menjadi tidak senang duduk dan akhirnya menggunakan polis untuk menahan beliau dari terus bersuara", tegas Ram.

Jika sabit kesalahan Mazlan boleh dipenjara tidak lebih enam bulan dan didenda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali. -SK

Kini Masa Terbaik Untuk GERAKAN Tinggalkan BN - Ketua Pemuda GERAKAN

Maruah hanya boleh dikembalikan dengan keluar Barisan Nasional, demikianlah pandangan Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin, sambil menambah "kini masa terbaiknya untuk Gerakan keluar dari BN."

"Seandainya (keluar BN) selepas PRU, atau ketika gambar Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) dikoyak, maka akan dituduh sebagai tindakan yang didorong emosi, atau bagaikan kacang lupakan kulit. Saat-saat itu bukanlah masa terbaik untuk meninggalkan BN," katanya.

Beliau menyambung, "Kini, setelah dua tahun bertenang, dan sudah jelas keadaannya, maka perlulah kita meninggalkan BN secara berstrategi. Alasannya, senario tidak berubah, BN juga tidak berubah. Sudah tiba masanya untuk tinggalkan BN."

Demikianlah kata-kata yang diluahkan oleh Lim Si Pin ketika mengetuai rombongan lawatan ke pejabat Sin Chew Daily, pada 3 Mac yang lalu. Walau bagaimanapun, ini hanyalah "pandangan peribadi" Lim Si Pin, yang enggan dipetik atas kapasiti "Ketua Pemuda Gerakan".


Mungkin gagal bertanding di Batu

Lim Si Pin, juga anak kepada Penasihat Gerakan Lim Keng Yaik, bertanding menentang Tian Chua, Pengarah Strategi PKR sekarang, di kawasan parlimen Batu pada PRU ke-12. Lim Si Pin tewas dengan majoriti 9,455 undi dalam "tsunami politik" tersebut, walaupun calon Gerakan, Ng Lip Yong pernah menang dengan majoriti 11,517 undi di kawasan yang sama, menentang lawan yang sama dalam PRU ke-11.

Baru-baru ini, BN Bahagian Batu yang asalnya dipengerusikan Gerakan, diambil alih oleh Ketua UMNO Bahagian Batu, Yahya Mat Ghani. Perkembangan ini memberi isyarat bahawa BN mungkin meletakkan calon UMNO di Batu, lebih-lebih lagi Tian Chua kini disabit dengan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM3,000, yang mungkin memberi laluan kepada PRK, seandainya rayuannya tidak diterima.

Bagaimanapun, Lim Si Pin menganggap dirinya masih berpeluang untuk bertanding di Batu, seandainya UMNO menghormati "semangat bermusyawarah" dalam BN. Sekiranya UMNO mengambil alih Batu dari Gerakan, ia bakal mencungkil keraguan parti komponen BN yang lain, kecuali UMNO sanggup menggantikan Batu dengan kawasan pengundian yang lain, katanya.

"Kalau UMNO masih menghormati semangat BN, kawasan pengundian akan diberikan kepada pemilik asalnya. Penyokong akar umbi telah menunjukkan ketidakpuasan. Seandainya calon disingkir dengan cara sedemikian, ia bermaksud perkhidmatan sejak dua tahun lalu menjadi sia-sia begitu sahaja," jelasnya.

Malah, beliau tidak senang dengan khabar kononnya Pengerusi baru BN akan menubuhkan pusat perkhidmatan baru. "Dua pusat perkhidmatan BN dalam satu kawasan pengundian, keadaan ini akan mengelirukan pengundi," katanya.

Mana pendirian Gerakan?

Jelas, Ketua Pemuda Gerakan ini serba salah ketika berdepan dengan isu-isu besar negara. Beliau mengimbas bagaimana bapanya, bekas Presiden, Lim Keng Yaik bertemu dengan ahli parlimen Gerakan sekali setiap bulan untuk menjelaskan pendirian Gerakan. Tetapi, Presiden sekarang Koh Tsu Koon ternyata terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk menguruskan hal parti, katanya.

"Jadi, anda tengok, ahli parlimen Gerakan tidak bersuara ketika mesyuarat bersidang, kerana khuatir semakin banyak yang diperkatakan, semakin banyak pula kesilapan yang dilakukan. Isu-isu seperti GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), kalimah 'Allah', apakah pendirian kami (Gerakan) ?"

Malah, Lim Si Pin mendedahkan bahawa dirinya "diambil tindakan" kerana menyerah memorandum kepada Yang di-Pertuan Agung berhubung isu bantahan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tahun lalu. Lim sebelum itu berjanji untuk menyertai demonstrasi Mansuhkan ISA pada 1 Ogos, tetapi menarik diri setelah perhimpunan tersebut diharamkan oleh polis. Beliau memilih untuk menyerah memorandum di istana, sehari sebelum demonstrasi tersebut diadakan.

Pada bulan yang lalu, Lim Keng Yaik menarik perhatian apabila meramalkan bahawa Gerakan tidak akan berjaya untuk merampas semula kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang, dalam satu wawancara bersama Edge Financial Daily.

Bagaimanapun, kenyataan Lim Si Pin "sudah tiba masanya untuk keluar BN" tidak mencetus perbincangan yang hangat setelah seminggu dilontarkan, memandangkan ia bukan sesuatu yang baru. Cadangan ini pernah dilontarkan oleh Gerakan, malah Presiden MCA sekarang, Ong Tee Keat, tetapi tidak berbuahkan hasil. -MR

Penahanan Mazlan Aliman : Pengurus Felda Balas Dendam

Penahanan Mazlan Alimin yaang ditahan polis ketika mengadakan sesi dialog dengan peneroka semalam, dipercayai ada kaitan dengan penyerahan memorandum kepada SUHAKAM dua minggu lalu.

Demikian telahan Pengerusi PKR Temerloh, Ahmad Nizam Hamid mengenai penahanan Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (ANAK) itu dalam satu program di Felda Lembah Klau, Raub, Pahang.

"Kita menganggap ni macam satu balas dendam," kata Ahmad.

Pakatan Rakyat Pahang kesal dengan tindakan itu kerana mereka cuma mahu membela nasib peneroka yang tertindas, bukannya melakukan jenayah.

TV Selangor difahamkan pengurus Felda memfailkan laporan polis mendakwa pencerobohan jenayah.

"Kita kesal dengan tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan Felda dan sepatutnya tidak berlaku dan ini menghalang kebebasan untuk berkumpul dan program itu dibuat di rumah peneroka, bukan di tempat awam seperti di balai raya atau di rumah peneroka," tegas beliau. -TVS

Anggota CC PAS dituduh ceroboh kawasan Felda

RAUB, 11 Mac — Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dibebaskan dengan bon polis RM3,000 pagi tadi selepas dikenakan tuduhan menceroboh kawasan Felda Lembah Klau, Selasa lepas kelmarin.

Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS didakwa mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan, yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih enam bulan dan didenda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Mazlan tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Raub sekitar pukul 10.30 pagi dan dibebaskan setengah jam kemudian.

Selepas itu, Mazlan dibawa semula ke Ibu pejabat Polis Daerah Raub dipercayai bagi urusan dokumentasi dan pembebasan sepenuhnya.

Selasa lalu, Mazlan membuat lawatan ke Felda Lembah Klau untuk menziarahi tiga peneroka yang ditahan polis sebelum ini atas dakwaan menceroboh kawasan Empangan Krau serta mengadakan dialog dengan generasi kedua di Felda berkenaan.

Beliau ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub petang itu ketika membuat laporan polis berikutan tindakan pengurusan Felda bekenaan yang cuba menahannya.

Beliau disambung reman semalam.

Mazlan merupakan aktivis yang memperjuangkan isu-isu berkaitan dengan pengurusan Felda sejak beberapa tahun lalu.

Pada 24 Februari lalu, Anak meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengadakan siasatan awam terhadap Felda kerana didakwa melakukan penindasan berterusan kepada peneroka.

Mazlan mengetuai kira-kira 200 peneroka tanah rancangan Felda dari Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor untuk menyerahkan memorandum kepada Suhakam berkenaan beberapa perlanggaran hak asasi dan ketidakadilan pengerusan Felda ke atas peneroka setelah lebih 50 tahun ia diwujudkan.

Memorandum tersebut mengandungi empat aduan daripada peneroka termasuk mengenai Akta Kawasan Tanah Berkelompok yang didakwa digunakan oleh kerajaan Umno/BN untuk mengongkong kebebasan para peneroka.
- MI



Mazlan nafi tangkapan ada kaitan ceramah di Johor
Ismail Hashim

KUALA LUMPUR, 11 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menafikan tangkapan terhadapnya ekoran dakwaan mengeluarkan kenyataan pekerja Felda makan duit haram, merompak duit peneroka dan sebagainya di dalam satu majlis ceramah di Johor.

"Tidak ada kena mengena," tegas Mazlan lagi menafikan dakwaan sebuah persatuan yang difahamkan mempunyai kaitan dengan Felda.

Kenyataan persatuan yang menyebutkan perkara itu disiarkan dalam satu siaran berita radio awal petang tadi.

Dalam perkembangan sama, Mazlan telah dibebaskan setelah ditahan selama dua malam di Ibu Pejabat Polis (IPD) Raub, Pahang.

Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ketika dihubungi baru sebentar berkata, beliau dalam perjalanan pulang ke Johor.

Menurutnya, beliau ditahan selepas menyertai majlis dialog di sebelah petang di Felda Lembah Klau pada 9 Mac lalu.

Katanya, selama dua malam itu, beliau ditahan di bawah Kanun Keseksaan Akta 441 ekoran didakwa kesalahan pencerobohan.

Insiden itu berlaku selepas Mazlan mengadakan satu majlis dialog di rumah sebuah peneroka di Felda berkenaan lalu ada seorang pegawai Felda datang menghalang kerana kononnya tidak mempunyai permit.

Peguam Haris Abdullah berkata, berlaku sedikit kekecohan ekoran tindakan pegawai Felda itu sedangkan tuan rumah telah membenarkan Mazlan berdialog dengan peneroka di situ.

"Mazlan ditahan pada kira-kira jam 11.30 malam selepas membuat satu laporan polis di balai yang sama," katanya lagi.

Haris berkata, Mazlan membuat laporan berhubung satu kekecohan yang berlaku di tempat beliau mengadakan dialog dengan peneroka Felda Lembah Klau.

Beliau yang sudah berbelas tahun bergerak aktif di dalam memperjuangkan nasib peneroka Felda seluruh negara dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Raub sekitar jam 11 pagi tadi dengan bon polis RM3,000 dengan seorang penjamin. -harakahdaily


Polis Selesai Ambil Keterangan DSAI

Seramai lima orang pegawai polis tiba di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pada kira-kira jam 11.30 hari ini untuk merekodkan kenyataan daripada ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tiga pegawai polis yang merakam kenyataannya itu daripada tiga balai berasingan di Pulau Pinang, manakala dua lagi daripada unit cawangan khas Bukit Aman.

Kenyataan Anwar direkodkan di sebuah bilik dengan dinding kaca, di tingkat tiga pejabat berkenaan.

Adalah dipercayai siasatan polis itu berhubung kandungan ucapannya pada beberapa ceramah di Pulau Pinang, bulan lalu.

Siri ceramah itu diadakan bagi mendapatkan sokongan orang ramai kepada Pakatan Rakyat, khususnya PKR ketika Anwar berhadapan dengan perbicaraan kes liwat keduanya.

Pada siasatan polis hari ini, Anwar ditemani oleh dua peguam Yusmadi Yusof dan Sivarasa Rasiah, serta ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tsin.

Wartawan dibenarkan untuk memerhatikan prosiding berkenaan daripada luar bilik tersebut.

Selepas selesai merakamkan kenyataannya, Anwar berkata empat laporan polis dibuat ke atasnya berhubung ucapannya di beberapa ceramah sepanjang tempoh sambutan tahun baru Cina.

Anwar berkata siasatan mengikut Seksyen 112 Akta Polis itu dijalankan atas dakwaan fitnah, hasutan dan mengadakan perhimpunan haram.

"Tiga laporan polis daripada polis sendiri dan satu daripada orang awam," kata Anwar.

Sisatan polis adalah berdasarkan ucapan Anwar yang menyentuh tentang kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu murder case, pembelian kontroversi dua kapal selam, skandal dua pesat pejuang yang kehilangan enjin serta perbicaraan kes liwatnya.

"(Dalam majlis berkenaan) sememangnya kita ada menyebut mengenai pembunuhan Altantuya, kita sebut mengenai komisyen dan rasuah dalam pembelian kapal selam," katanya.

Tiga daripada program berkenaan merupakan acara sambutan Tahun Baru Cina dan juga satu ceramah anjuran DAP.

Ucapan itu dibuat di beberapa tempat di Pulau Pinang -Kepala Batas di Seberang Jaya, Batu Maung di Bayan Baru, Kampung Padang Tembak di Bukit Bendera dan Kubang Semang di Permatang Pauh.

Anwar mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta ahli Umno lain menggunakan polis untuk menakut-nakutkan pemimpin pembangkang.

"Kami bantah sekeras-kerasnya siasatan ini.

"Semua program ini kita jalankan dengan permit (polis).

"(Saya seru) polis supaya jangan diperalatkan ahli politik dan beri tumpuan (membanteras) jenayah.

Ketika ditanya, Anwar berkata beliau tidak mengetahui dengan pasti mengapa polis mengambil tindakan ke atas program di Pulau Pinang sahaja.

"Saya percaya ini disebabkan mereka mahu tunjukkan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang itu anti Melayu dan Islam," katanya.

Tambahnya, setakat ini 15 ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat telah disiasat polis atas perkara yang sama. -malaysiakini

UMNO Lepas Tangan Dalam Tragedi Natrah (updated)

Walaupun mengajak semua pihak bersatu dengan mengambil tragedi Natrah sebagai contoh, pimpinan Umno sebenarnya lepas tangan dalam memperjuangkan akidah gadis Belanda itu.

Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu sebelum diambil alih Umno, Said Zahari berkata, Umno tidak mengambil peduli isu berkenaan sebaliknya membiarkan tokoh pembangkang lain memainkan peranan.

"Umno sebagai parti tidak terlibat. Kecuali adalah beberapa orang pemimpin kelahiran Singapura antaranya (Tun) Saadon Zubir," katanya kepada TV Selangor hari ini.

Beliau mengakui Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman terlibat dalam perjuangan berkenaan tetapi Presiden Umno kedua itu pada masa berkenaan, belum menyertai Umno.

Said berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kononnya meminta umat Melayu-Islam di negara bersatu dengan mengambil contoh tragedi Natrah.

Sebaliknya Utusan Malaysia dengan memetik kenyataan Muhyiddin cuba memutar belit sejarah kononnya semua parti termasuk Umno mendukung perjuangan terhadap Natrah.

Kenyataan itu dibuat pada pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata, kononnya Umno bersama-sama Hizbul Muslimin dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) bersatu mempertahankan kesucian Islam Natrah.

Tragedi Natrah atau nama sebenarnya Maria Hertogh di Singapura pada tahun 1950 hingga kini menjadi simbol perjuangan Islam dinegara ini.

Gerakan memperjuangkan akidah Natrah, bukan gerakan bersepadu parti politik sebaliknya didominasi tokoh parti pembangkang termasuk bekas Presiden PAS, Dr Burhanuddin Helmy .

Mengikut buku ‘Tragedi Nadra’, Umno tidak membuat apa-apa sebagai sebuah parti malah mengambil sikap berkecuali berikutan hubungan baiknya dengan penjajah, Inggeris yang ketika itu terikat dengan Perjanjian Inggeris-Belanda.

Malah, Presiden Umno ketika itu, Datuk Onn Jaafar dipetik sebagai berkata beliau 'enggan campur tangan kerana ia bukan isu politik, sosial mahupun keagamaan.'

Sehingga kini, tragedi yang menimpa Natrah dipadamkan dari lipatan sejarah tanah air lantaran ia tidak terkandung dalam skema pembelajaran sejak dulu lagi.

Malah, sebuah lagu berjudul Natrah yang mengisahkan tragedi menyayat hati yang didendang sebuah kumpulan rock sekitaar tahun 80-an, diharamkan penyiarannya. -TVS



Terkaya di dunia Tokoh Mexico atasi Bill Gates

Buat kali ketiga dalam tiga tahun ini, dunia mempunyai orang paling kaya.

Ekoran peningkatan nilai pemegangan telekomunikasi termasuk dalam syarikat América Móvil, tokoh perniagaan dari Mexico Carlos Slim Helú (gambar) mengatasi Bill Gates dan Warren Buffett, kedua-duanya dari Amerika Syarikat, untuk muncul orang paling kaya.

Slim Helú dinobatkan sebagai bilionair dalam senarai 2010 dikeluarkan oleh Forbes.

Nilai kekayaan Slim Helú mencecah paras AS$53.5 bilion (RM176 bilion), meningkat AS$18.5 bilion dalam 12 bulan lalu.

Saham-sama América Móvil yang dimiliki Slim Helú kini berjumlah AS$23 bilion, juga meningkat 35 peratus dalam tempoh yang sama.

Perkembangan itu menyumbang kepada kedudukan nombor satu dalam senarai orang paling kaya di dunia, mengatasi Gates, merupakan pengasas Microsoft, yang menguasai kedudukan nombor sebanyak 14 kali dalam 15 tahun yang lalu.

Gates dengan pemilikan kekayaan AS$53 bilion berada di tangga kedua.

Bagaimanapun nilai kekayaan beliau meningkat AS$13 bilion daripada tahun sebelumnya apabila saham Microsoft mengalami kenaikan 50 peratus dalam 12 bulan lalu.

Dalam pada itu, kekayaan Buffett meningkat AS$10 bilion kepada AS$47 bilion ekoran peningkatan nilai saham dalam Berkshire Hathaway. Buffet menduduki tempat ketiga.

Pada tahun ini bilionair dunia mempunyai kekayaan purata bersih AS$3.5 bilion, meningkat sebanyak AS$500 juta sejak setahun lalu.

Dunia juga kini mempunyai 1,011 tokoh yang mempunyai kekayaan 10 angka, bertambah daripada 793 sejak setahun lalu.

Bagaimanapun ia masih kecil berbanding paras 1,125 orang yang direkodkan pada 2008.

Pun begitu hanya 12 bilionair yang mengalami kemerosotan kekayaan mereka kali ini.

Bilionair dari Amerika Syarikat masih mendominasi kedudukan orang paling kaya tetapi genggaman mereka mengalami kemerosotan. Penguasaan mereka jatuh ke paras 40 peratus berbanding 45 peratus sebelum itu.

Daripada 97 bilionair baru yang disenaraikan, hanya 16 peratus merupakan warga Amerika Syarikat.

Di sebelah lain rantau Asia menyaksikan pertambahan besar dengan menambah 104 muka baru.

Rantau Asia kini hanya kurang 14 bilionair berbanding jumlah dari benua Eropah.

Senarai 10 orang terkaya di dunia

1. Carlos Slim Helu (Mexico, AS$53.5 bilion)
2. Bill Gates (AS, AS$54 bilion)
3. Warren Buffett (AS, AS$47 bilion)
4. Mukesh Ambani (India, AS$29 bilion)
5. Lakshmi Mittal (India, AS$28.7 bilion)
6. Lawrence Ellison (AS, AS$28 bilion)
7. Bernard Arnault (Perancis, AS$27.5 bilion)
8. Eike Batista (Brazil, RM27 bilion)
9. Amancio Ortega (Sepanyol, RM25 bilion)
10. Karl Albrecht (Jerman, RM23.5 bilion) -MI



Teman lelaki ibu mangsa dera, Syafia Humaira dituduh di mahkamah

Teman lelaki ibu kepada mangsa dera, Syafia Humaira Sahari dituduh d Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh kanak-kanak berusia tiga tahun itu.

Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil, 28, dituduh melakukan perbuatan itu sehingga menyebabkan kematian Syafia Humaira di padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Perumahan Murah, Ulu Yam Lama, Batang Kali, jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit ksalahan. Tertuduh yang berseluar pendek dan baju berjalur jingga dan kuning, mengangguk faham sebaik tuduhan dibacakan.

Majistret Zuraidah Zakaria menetapkan 31 Mac ini untuk sebutan kes.

Tiada jaminan dibenarkan mahkamah terhadap tertuduh.

Hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati kematian kanak-kanak itu akibat kecederaan serius berikutan terdapat pendarahan di otak dan pecah bahagian abdomen.



Mazlan Aliman Dihadapkan Ke Mahkamah

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majisret Raub atas tuduhan berlaku pencerobohan jenayah.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS didakwa mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, beliau berdepan dengan hukuman penjara tidak lebih enam bulan dan didenda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Mazlan dibebaskan dengan bon polis RM3,000 dengan seorang penjamin.

Beliau ditahan pada kira-kira jam 11.30 malam semalam di ibupejabat polis Raub.

Beliau kemudiannya ditahan reman selama sehari ini berhubung siasat terhadap dakwaan beliau melakukan pencerobohan ketika mengadakan sesi dialog dengan peneroka di situ.
Sementara itu, peguam Haris Abdullah ketika dihubungi Malaysikini berkata Mazlan kelihatan sihat dan bersemangat, walaupun menderita kencing manis. -malaysiakini

Polis Mula Siasat Anwar Di Ibu Pejabat KEADILAN

Seramai lima orang pegawai polis tiba di ibu pejabat PKR pada kira-kira jam 11.30 hari ini untuk merekodkan kenyataan daripada ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan Anwar direkodkan di sebuah bilik dengan dinding kaca, di tingkat tiga pejabat berkenaan.

Anwar ditemani oleh dua peguam Yusmadi Yusof dan Sivarasa Rasiah, serta ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tsin.

Wartawan dibenarkan untuk memerhatikan prosiding berkenaan daripada luar bilik tersebut.

Harakah Lakukan Bedahsiasat Mengapa Edarannya Merudum

Akhbar perlu menambat hati para pembaca Melayu, tambahan pula dengan pendirian akhbar arus perdana yang kini dilihat sudah kurang menggali isu-isu yang menyentuh nurani rakyat.

"Realitinya, pembaca Harakah adalah orang Melayu," kata pengamal media Wan Hamidi Hamid dalam suatu sidang muhasabah bersama para petugas Harakah dengan beberapa pimpinan dan aktivis PAS di sini, hari ini.

Perbincangan itu diadakan untuk menggali beberapa permasalahan akhbar, media alternatif di samping mengenalpasti beberapa tindakan baru untuk mengatasi masalah tersebut.

Tambahnya, berdasarkan maklumat yang beliau perolehi setakat ini, kadar jualan Berita Harian dan Utusan Malaysia misalnya berada di bawah 170,000 naskhah pada 2009 berbanding lebih 200,000 pada 2006.

"Ini kerana, salah satu sebabnya, ialah akhbar-akhbar perdana tersebut tidak akan melaporkan seperti yang yang dikehendaki oleh masyarakat, khasnya hal yang benar melibatkan kes perbicaraan Anwar Ibrahim.

"Kita mesti ingat, bahawa hari ini, Anwar masih lagi de facto dalam masyarakat," kata Wan Hamidi yang juga Pembantu Pengarah Research For Social Advancement (Refsa), sambil menjelaskan bahawa saingan Harakah yang terkini adalah Suara Keadilan.

Berdasarkan rekod, hasil jualan Harakah sejak Reformasi 1998 adalah sekitar 400,000 dan kini menurun sehingga 105,000.

Selain itu, berucap pada majlis yang sama, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah Al-Jundi berkata, Harakah telah menyiarkan banyak bahan maklumat kepada pembaca, tapi para pembaca khasnya muslimat kurang fasih mendalami isu-isu semasa.

"Kita kena gerakkan semacam suatu sekretariat untuk mengatasi masalah-masalah yang berbangkit dalam akhbar ini. Dan, mungkin kita perlu gerakkan kempen membaca dalam kalangan aktivis parti. Ini kerana, kalau ada maklumat pun dalam akhbar pun, mereka tidak membacanya," kata Aiman Athirah lagi.

Untuk menjadikan akhbar ini lebih dinamik, kolumnis Harakah, Abdul Shukor Harun berkata, akhbar itu tidak lagi boleh menjadi alat kepada organ parti sepenuhnya, malah ia mesti lebih banyak menjuruskan kepada usaha-usaha menggali isu-isu dalam masyarakat.

"Saya difahamkan, ahli-ahli Pas ada lebih sejuta orang, tetapi kenapa hasil jualannya cuma 105,000 naskhah sahaja?" soal beliau lagi.

Menyentuh hal yang sama, Ketua Pengarang Harakah Daily Zulkifly Sulong berkata, muka depan akhbar parti ini tidak boleh diletakkan berita parti bagi tujuan menarik minat pembaca terhadap akhbar tersebut.

"Suatu masa dahulu, kita pernah memutuskan supaya isu-isu nasional itu diletakkan di muka depan agar ia dapat menarik perhatian khalayak ramai.

"Sementara itu, laporan yang memuatkan berita parti pula, kita letakkan di bahagian belakang seperti berita Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan para pimpinan parti yang lain," kata beliau.

Program dihabiskan awal kerana Mazlan Aliman ditahan polis

Dalam pada itu, penulis politik Mohd Sayuti Omar berkata, antara kaedah yang boleh dibuat untuk menguatkan laporan akhbar ini, ialah dengan mengadakan program 'pertukaran' penulis dan penulisan antara akhbar-akhbar alternatif tersebut.

"Ini bermaksud, penulis Harakah boleh menulis di Roket, wartawan dan penulis di Suara Keadilan boleh menulis di Harakah dan sebagainya," kata beliau.

Selain itu, tambah Mohd Sayuti, akhbar Harakah ini perlu menjurus kepada laporan berbentuk 'human interest' yang boleh merakamkan kisah keperitan hidup masyarakat yang menyayatkan hati pembaca.

Pertemuan untuk sidang bedah siasat Harakah ditamatkan lebih awal tengah hari ini kerana panelis jemputan khas untuk sidang petang ini tidak dapat hadir, ekoran penahanan polis ke atasnya bermula semalam.

"Sepatutnya, sidang bedah siasat akhbar ini dijangka tamat pada 4 petang ini, tapi kita habiskan lebih awal kerana Mazlan Aliman yang dijangka dapat membentangkan syornya itu, telah ditahan polis dengan sebab ceramahnya baru-baru ini di Raub," kata Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman ketika ditemui. -erapakatan

Ulasan GB

Beberapa hari sebelum ini, GB menulis rencana ini : Prestasi PAS Merosot Pada PRU13 Kerana Harakahdaily?

GB katakan

Mengapa harakahdaily menjadi seperti yang ada pada hari ini?

Tidak dikemaskinikan secara sempurna. Bercampur baur artikelnya diantara Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Iklannya berterabur. Tahap penulisan tidak bermutu. Susun-aturnya menelirukan sehingga para pembaca terpaksa menjeling kiri kanan kiri semula atas dan bawah untuk mencari-cari isu semasa dan berita serta artikel terkini.

Adalah amat tidak wajar sebuah badan yang mempunyai pekerja-pekerja bergaji tetap, yang kini dah tak terlibat dengan kerja-kerja IT di dalam membangunkan portal berita itu (kerana Harakahdaily telah menswastakan kerja-kerja I.T. kepada Altfa Solution) tetapi mutu harakahdaily semakin merosot!

Bukankah itu petanda-petanda PAS nak kalah dalam PRU13?


Dalam berita erapakatan di atas:

kolumnis Harakah, Abdul Shukor Harun berkata, akhbar itu tidak lagi boleh menjadi alat kepada organ parti sepenuhnya, malah ia mesti lebih banyak menjuruskan kepada usaha-usaha menggali isu-isu dalam masyarakat.

Benar, dan itu dilakukan oleh blogger termasuk blog GB ini, tetapi Harakah ketinggalan jauh beratus batu di belakang. Kisah-kisah penderitaan masyarakat, kritikan sosial, laporan mahkamah, sukan dan seumpamanya ternyata diabaikan oleh Harakah.

Dan GB bersetuju baik bercetak (Harakah) atau eletronik (Harakahdaily) perlu disusun semula jentera pengurusannya, harakah/harakahdaily perlu perekayasaan jika benar-benar ingin membantu parti. Namun tiba-tiba Allah menunjukkan...

Pertemuan untuk sidang bedah siasat Harakah ditamatkan lebih awal tengah hari ini kerana panelis jemputan khas untuk sidang petang ini tidak dapat hadir, ekoran penahanan polis ke atasnya bermula semalam.

Tiada komitmen yang bersungguh-sungguh. Kenapa perlu habiskan awal sidang bedah siasat hanya semata-mata seorang AJK Pusat ditahan? Tiada pengganti? Maka dengannya tak perlu teruskan agenda memperkasakan semula Harakah? Atau tangguhkan saja selepas PR / PAS kalah nanti pada PRU13?



Penduduk Bandar Kulim Tolak Zulkifli

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu mendapat kecaman daripada penduduk di kawasannya kerana keengganannya meletakkan jawatan. Ini mendatangkan rasa tidak puas hati kalangan rakyat yang selama ini memerlukan bantuan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kebanyakan individu ditemui meminta Ahli Parlimen itu meletakkan jawatannya dengan segera supaya mandat untuk memilih calon baru diberikan kepada rakyat.

Seorang pesara, Yusuf Hanafiah dari Kampung Ulu Mahang, Mahang berkata, sebelum ini Ahli Parlimen itu sememangnya gagal menjalankan tugas dengan baik mengakibatkan penduduk tidak berpuas hati dengan sikapnya.

“Saya berpendapat kemenangan yang diperolehnya sebelum ini bukanlah kerana dirinya tetapi kerana parti disertai. Kini Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memecat keahliannya dan sudah sewajarnya beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen kawasan ini,” katanya.

Seorang pengusaha kedai runcit, Mohd Soffi Jaafar dari Kampung Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu berpendapat, tiada sebarang perubahan yang dilakukan oleh Zulkifli sepanjang menjadi Ahli Parlimen kawasan itu.

Beliau tidak menafikan segala permasalahan timbul harus dirujuk kepada mana-mana Ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu untuk tindakan lanjut termasuk apabila berlakunya bencana alam seperti banjir dan kebakaran.

“Kami sudah lama menolaknya sebagai Ahli Parlimen. Saya cadangkan lebih baik dia letak jawatan sahaja dan jangan buang masa berdrama kepada media. Kami tidak mahu melihat mukanya di Bandar Baharu lagi,” katanya.

Seorang peniaga, Tarmizi Majid dari Taman Kelisa, Lubuk Buntar berkata, sejak kemenangannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12, Ahli Parlimen itu jarang turun padang berjumpa dengan rakyat.

Menurutnya, sebelum ini ketika Bandar Baharu berhadapan dengan masalah banjir, dia tidak ada di kawasan.

“Kami sudah jemu dengan sikapnya, membiarkan permasalahan dialami rakyat begitu sahaja. Sekiranya inilah sikapnya terhadap rakyat, lebih baik dia meletakkan jawatan kerana banyak lagi pemimpin yang berkebolehan,” katanya.

Seorang pekebun, Abdul Rahim Abdullah dari Kampung Desa Teruna, Sedim berkata, dia tidak pernah berjumpa atau melihat Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu semenjak dia memenangi PRU 12.

“Saya pun sudah lupa macam mana rupanya kerana dulu kami hanya tengok menerusi poster pilihan raya sahaja. Saya berpendapat baiklah dia letak jawatan. Kalau kekal jawatan tapi tak buat kerja pun nak buat apa. Baik berikan kepada orang lain yang nak berkhidmat kepada masyarakat. Sama ada dia ada atau tidak, nasib kami tak berubah tetap macam ini juga,” katanya. -SH

Khalid Hargai Tindakan PKR

Bukti Kejujuran dan Keikhlasan Terhadap Pakatan Rakyat Oleh Khalid Samad

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada PKR yang mempunyai keberanian dan ketegasan untuk mengambil tindakan terhadap Zul Nordin. Walaupun berhadapan dengan kemelut peristiwa MP yang melompat, PKR masih tetap sanggup melakukan apa yang diperlukan untuk menjamin kestabilan PR. Walaupun mereka sedar bahawa pemecatan Zul akan menyebabkan PKR kehilangan satu lagi kerusi parlimen dan DAP akan mempunyai satu kerusi lebih dari PKR, namun mereka terus bertindak tegas. Syabas!

Tindakan tegas ini memberi mesej yang jelas berhubung komitmen PKR terhadap PR. Sekiranya mereka mementingkan diri mereka semata-mata dan meletakkan PR sebagai perkara yang tidak begitu penting di mana PR di letak di bahu dan bukan di kepala, sudah pasti mereka akan mempertahankan Zul Nordin. Mungkin dengan amaran keras secara bertulis akan dianggap sudah memadai. Mengapa mereka perlu kehilangan satu kerusi demi menjaga PR? Seperti yang selalu disebut, “politics is as numbers game, the more seats you have, the stronger you are!” (Politik merupakan persoalan angka, lebih banyak kerusi maka akan lebih kuat kamu). Namun ketegasan mereka ini menyebabkan semua para penyokong PR merasa lega dan selesa. Termasuk juga ahli PAS yang kelihatan turut bersorak semasa persoalan ini disebut. Demi menjaga PR, PKR sanggup memecat beliau walaupun akan kekurangan bilangan kerusi, iaitu satu tindakan yang ‘melemahkan diri’ dari sudut angka. Tindakan ini juga secara zahirnya bercanggah dengan kepentingan parti sendiri.

Saya secara kebetulan pula terlibat secara terus. Ini adalah kerana di antara faktor utama Zul dipecat adalah kerana laporan polis yang beliau buat terhadap diri saya. DS Wan Azizah telah menyebut semasa konvensyen PR Selangor, “Zul menyerang kawan. Kita tidak boleh benarkannya. Kenapa dia perlu menyerang kawan”. (Au kama Qall – atau lebih kurang begitulah ucapan beliau). Kawan yang dimaksudkannya itu adalah saya dan saya berasa terharu dengan semangat setiakawan serta kejujuran persepakatan yang ditunjukkan. Saya tidak pernah meminta persoalan laporan polis terhadap saya itu diambil kira. Juga ingin saya tegaskan bahawa tidak pernah saya mengadu kepada Anwar ataupun mana-mana pimpinan PKR berhubung tindakan Zul terhadap diri saya itu. Namun ianya diambil kira oleh pimpinan PKR yang memahami, walaupun tidak meminta atau merayu, sudah pasti tindakan sebegitu tidak wajar dan akan menyulitkan PR.

Sebenarnya, sejurus sahaja laporan polis itu dibuat, saya telah dihubungi wartawan. Mereka bertanya pandangan saya terhadap tindakan Zul itu. Pada ketika itu, saya jawab, itu “hak dia”. Saya tidak mahu merumitkan lagi keadaan memandangkan dia masih lagi anggota PKR pada masa itu. Bagi saya hubungan PR perlu dijaga. Namun sekarang dia sudah tidak lagi dengan PKR ataupun PR. Maka jawapan ringkas saya terhadap tindakan beliau adalah: ianya satu tindakan hendak mencari publisiti murahan!

Sudah lebih 60 NGO UMNO buat laporan, tambah 1 lagi apa bezanya? Lagipun apa yang hendak sibuk-sibuk buat laporan Polis. Sediakan sahaja tempat serta waktunya dan panggil Astro Awani atau Hujjah TV9, kita berdebat secara siaran langsung demi mencari kebenaran. Kemudian lihat sahaja siapa yang berhujah di atas kekuatan nas dan siapa yang bertindak diatas dasar sentimen semata. Sekiranya ada diantara apa yang saya fahami tidak tepat, tersasar dan tidak berlandaskan syariat, maka saya sedia diperbetulkan dan demikian jugalah saya harapkan sebaliknya.

Hari itu pun di rumah DSAI, semasa berkumpulnya ramai para ilmuan yang mengutarakan hujah masing-masing, dia hanya diam seribu bahasa. Kalau menurut pujangga Melayu, diam itu tandanya setuju. Bila sudah selesai dan keluar dari sesi perbahasan, ada pula hajat untuk menunjuk kononnya dialah ‘pahlawan Melayu terakhir’.

Sekiranya setiap parti dalam PR menunjukkan komitmen terhadap pakatan sepertimana yang ditunjukkan oleh PKR, maka insyaAllah saya yakin bahawa PR akan mempunyai masa depan yang amat cerah. Namun sekiranya komitmen yang diberikan terhadap PR adalah hanya sekadar yang akan menguntungkan parti sendiri secara jangka masa pendek, maka PR akan sentiasa berhadapan dengan kebuntuan. Adalah perlu difahami bahawa masa depan setiap parti bergantung kepada kejayaan PR. Jika PR berjaya, maka setiap satu parti komponen yang bersama PR akan turut berjaya. Jika PR gagal, hasil dari keinginan untuk membela orang yang bermasalah dan suka menimbulkan masalah, seperti Zul, demi kononnya kepentingan parti sendiri, maka kita semua akan gagal!

Di sini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada pimpinan DAP. Mereka dengan secara ikhlas dan berjiwa besar menyatakan kesediaan mereka untuk terus membenarkan DSAI kekal sebagai Ketua Pembangkang. Ini telah mereka nyatakan walaupun mereka tahu bahawa mereka mempunyai kerusi Parlimen melebihi PKR. Ini yang dikatakan pengorbanan demi menjaga kepentingan pakatan dan PR itu sendiri. Kalau mereka pentingkan parti mereka sahaja dan meletakkan PR “di paras bahu dan tidak di kepala”, sudah pasti mereka akan menuntut jawatan tersebut. Tetapi mereka memahami adat berkawan dan mereka tidak mengambil kesempatan dari masalah kawan yang diserang bertubi-tubi oleh parti perasuah yang bernama UMNO. Mereka faham, serangan terhadap PKR adalah bertujuan melemahkan PR yang mereka merupakan anggota kepadanya. Mereka melawan usaha untuk menggagalkan PR dengan memberi sokongan bulat kepada DSAI sebagai Ketua Pembangkang.

Hakikatnya, ungkapan “meletakkan PR diparas bahu dan parti sendiri diparas kepala” menggambarkan sikap dan pemikiran yang amat meleset. Semangat setiakawan dan adab berpakat memerlukan pengorbanan dari setiap parti supaya pakatan itu boleh terus maju ke hadapan. Membelakangkan kepentingan PR dan mendahului kepentingan parti sendiri akan menyebabkan semua bertelagah demi mempertahankan kepentingan parti masing-masing. Sedangkan kepentingan semua yang berpakat sudah saling berkait diantara satu sama lain. Maka, letakkan parti sendiri di paras kepala dan PR turut sama disisinya.

Semangat yang seperti inilah yang diperlukan untuk menjamin usaha menjatuhkan BN/UMNO akan berjaya. Melalui semangat yang sebegini, saling berkorban demi mementingkan kejayaan PR, hubungan sesama parti akan bertambah kukuh. Perasaan saling percaya akan bertambah mendalam dan akhirnya BN akan tidak lagi mampu melakukan apa-apa kecuali menguburkan dirinya sendiri dengan bertindak lebih rakus, lebih ekstrim, lebih rasis dan yang paling penting sekali - lebih dibenci rakyat jelata.

PAS juga telah turut dipuji pada hari konvensyen berkenaan di atas keberaniannya menyatakan yang hak berhubung isu kalimah Allah. Walaupun telah diketahui akan diserang UMNO secara bertubi-tubi dan berkemungkinan pula kehilangan undi ‘Melayu yang tidak membaca’, namun Alhamdulillah PAS tetap tegas dengan pendiriannya. Pimpinan dan ahli PAS sendiri pun turut merasa bangga - walau apa pun pendirian mereka berkenaan isu ini. Turut bersorak bersama apabila mendengar PAS dipuji. Terbukti bahawa pendirian PAS Pusat adalah tepat, dari sudut nas dan juga dari sudut politik. Pendirian inilah yang akan menggagalkan usaha UMNO untuk melagakan PR demi melanjutkan jangka hayat politik mereka yang sudah hampir lupus.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Parti GERAKAN Bidas Najib Dalam Isu Pilihanraya PBT

Keengganan Perdana Menteri Najib Abdul Razak bersetuju dengan usaha Pakatan Rakyat memperkenalkan pilihanraya tempatan mengundang bantahan dari parti komponen BN.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata tanggapan pilihanraya tempatan mengundang politiking adalah kurang tepat kerana manfaat pilihanraya tempatan lebih besar berbanding penolakannya.

Beliau menjelaskan pilihanraya tempatan adalah mekanisma perlu untuk mengimbangi dasar dan tindak-tanduk pentadbir di Pihak Berkuasa Tempatan, yang majoritinya penjawat awam.

Tan juga menjelaskan pretasi ahli majlis juga dapat dinilai secara langsung oleh penduduk setempat, dan mana-mana yang tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan pastinya tidak akan dipilih dalam pilihanraya itu nanti.

Gerakan menggesa Kerajaan Persekutuan membantu Pakatan Rakyat menganjurkan pilihanraya tempatan, termasuk meminda undang-undang berkaitan.

Gerakan menerima kekalahan teruk dalam pilihanraya umum 2008, menyaksikan kehilangan 8 dari 10 kerusi Parlimen.

Selepas 39 tahun dibawah Gerakan, Pulau Pinang kini ditadbir Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia menjelaskan kepada Perdana Menteri berhubung keperluan mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memilih anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, jika Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia untuk mendengar penjelasan itu, beliau sendiri akan bertemu dengan Perdana Menteri.

"Pilihan raya ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan perkhidmatan ahli majlis yang dipilih. Apabila dipilih mereka kena bekerja keras untuk rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam Najib dilaporkan berkata, pilihan raya PBT itu tidak perlu diadakan kerana ia hanya akan lebih mementingkan proses politiking di kalangan anggota PBT menerusi kempen dan pemilihan.

Najib mengulas mengenai langkah kerajaan negeri pakatan pembangkang, Pulau Pinang dan Selangor yang mahu mengadakan semula proses pilihan raya pihak berkuasa tempatan, seperti yang pernah diadakan 43 tahun lalu tetapi dimansuhkan pada 1965.

Mahkamah Sengaja Lengahkan Kes Qazaf - Anwar

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur sengaja melengahkan-lengahkan pendengaran kes permohonan qazaf yang difailkannya.

Beliau memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain supaya mendakwa Mohd Saiful Bukhari dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat beliau.

Ketua Pembangkang di Parlimen itu berkata, tiga responden yang dinamakannya iaitu Shamsuddin, Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk Jamil Khir Baharom lebih mengikut telunjuk pimpinan Umno dalam kes berkenaan.

"Mereka bercakap soal sumpah, soal syariah, jadi teruskan (membicarakan kes qazaf) di Mahkamah Syariah. Ini forum yang tepat untuk memutuskan soal sumpah atau soal syariah.Tetapi ternyata mahkamah mencari helah tidak mahu mendengar kes ini.

"Ini bagi saya cukup aneh, cukup janggal dan cukup memalukan bagaimana ustaz-ustaz yang ditugaskan dalam kes ini menghukum orang bawahan dan memilih untuk mendengar arahan orang atasan. Ini satu kejanggalan yang harus kita tentang," katanya kepada pemberita di luar kamar mahkamah selepas perbicaraan kes berkenaan.

Anwar membuat permohonan qazaf pada 7 Januari lepas dan 9 Februari lalu, Jamil bersama dua responden memfailkan bantahan terhadap permohonan qazaf tersebut.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki.

Seksyen itu adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, peguam Anwar, Kamar Aniah Kamaruzaman dalam penghujahannya memohon agar mahkamah syariah terus mendengar kes itu dan membantah tuntutan responden.

Beliau juga menolak hujah peguam responden, Zainul Rijal Abu Bakar bahawa Mahkamah Tinggi Syariah tidak boleh mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah dalam membicarakan kes qazaf itu.

Beliau berkata, jika mahkamah memutuskan bahawa mahkamah syariah tidak ada bidang kuasa untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie itu mendakwa Saiful, Anwar boleh membawa kes itu ke mahkamah sivil.

"Tapi adakah kita mahu kes-kes melibatkan orang Islam didengar di mahkamah sekular dan didengar oleh hakim bukan Islam?” soalnya.

Beliau mengatakan bahawa jika mahkamah memutuskan bahawa Mahkamah Syariah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk memerintahkan Ketua Syariah perundangan untuk kos kemudiannya Anwar boleh membawa kasusnya ke mahkamah sivil.

"Tapi apakah kita ingin isu yang mempengaruhi orang-orang Muslim untuk didengar di mahkamah sekular dan oleh seorang hakim yang bukan Islam?" soalnya.

Mahkamah menetapkan 14 April ini untuk membuat keputusan berhubung bantahan awal itu. -harakahdaily


Lelaki Amuk Hentak Kepala 3 Kanak-Kanak Dengan Tukul Dalam Tadika

Tiga kanak-kanak cedera parah apabila seorang lelaki yang bersenjatakan tukul menyerbu masuk ke sebuah tadika di mana mereka sedang belajar pagi ini dan mengamuk lalu menghentak mereka di kepala.

Kanak-kanak berkenaan termasuk seorang perempuan - kesemuanya berusia enam tahun - sedang mengikuti kelas mereka di Tadika Sinario di Lorong Haji Ali berhampiran Jalan Junid di sini apabila seorang lelaki mengamuk menyerbu masuk ke dalam kelas lalu mencederakan mereka.

Ketiga-tiga mereka telah dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Aminah pada jam 10.20 pagi untuk mendapat rawatan kecemasan. Bagaimanapun menjelang jam 6.30 petang, mereka telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Baru.


Seorang lagi mangsa, Vincent Tey yang cedera parah di kepala.

Mereka dihantar ke Johor Baru dengan tiga ambulans berasingan.

Menurut pengusaha tadika itu, Voon Siew Kuin, 45, penyerang itu yang memakai topi keledar, telah melompat pagar sekolah berkenaan dan menendang pintu gril tadika sebelum bertindak menyerang kanak-kanak malang berkenaan.

Kata Siew Kuin, sebelum lelaki itu bertindak ganas, dia sempat menghalang lelaki itu dan bertanya apa yang dia hendak tetapi lelaki itu dengan pantas menyembur serbuk lada ke mukanya sebelum melakukan serangan ke atas kanak-kanak berkenaan.

Dia kemudiannya menghentak dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan di kepala mereka sebelum berlari keluar ke arah sebuah motosikal lalu memecut meninggalkan tadika berkenaan.


Alex Tan dengan berbalut kepalanya semasa dipindahkan ke wad.

Siew Kuin berkata, ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan mengalami pendarahan yang banyak dan berharap keadaan mereka stabil selepas dibawa ke hospital.

Pengusaha tadika itu juga berkata, ketika kejadian, terdapat lebih kurang 20 orang kanak-kanak di dalam tadika berkenaan. Sementara itu, kanak-kanak berkenaan, Vincent Tey, Alex Tan dan Nur Naddrah Nabilah Mohd Yusri telah menjalani rawatan kecemasan termasuklah imbasan di kepala untuk memastikan tidak ada sebarang kecederaan dalaman yang serius.

Bapa mangsa, Mohd Yusri Mukhlis ketika ditemui berkata, anaknya mengalami keretakan di tengkorak kepala dan gegaran tetapi bersyukur keadaannya stabil.

Pada mulanya kata Yusri, ada orang telah memaklumkan yang anaknya telah terbunuh dalam kejadian itu dan dia yang dalam keadaan panik telah menelefon isterinya, Farah Asyikin Abu Samah.

"Saya bukan sahaja terkejut tetapi sangat takut dan sedih apabila mendapat berita itu dan isterinya pula hampir pitam. Bagaimanapun sebaik sahaja tiba di hospital dan bertemu doktor saya dan isteri berasa lega dan bersyukur anak kami selamat," katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga, Kesihatan dan Pembangunan Masyarakat Johor, Dr Robia Kosai ketika ditemui berkata, seorang pakar bedah dari Muar telah mengiringi ketiga-tiga mangsa ke Johor Baru.

"Saya dan Ketua Polis Johor, DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff telah melawat mangsa dan kami berpendapat mereka akan menerima rawatan dan perhatian yang lebih baik sekiranya dihantar ke Johor Baru.

Dalam pada itu, polis telah melancarkan gerakan besar-besaran untuk memburu dan menjejaki suspek yang dipercayai seorang lelaki yang tidak siuman.

Ini termasuklah mengadakan sekatan jalan di kebanyakan kawasan di daerah ini. -MSTAR

Siasatan rogol: Tiga lelaki Afrika ditahan

Tiga lelaki Afrika ditahan untuk siasatan cuba merogol seorang pelajar kolej swasta di sebuah apartmen di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Petaling Jaya ACP, Arjunaidi Mohamed berkata, wanita berumur 24 tahun itu pergi ke rumah berkenaan dipercayai selepas dihubungi oleh seorang rakannya.

"Selepas memasuki rumah itu, mangsa dipercayai cuba dirogol oleh tiga suspek namun dia sempat menghubungi rakannya yang memberitahu polis,” katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 20-an itu merupakan pelajar sebuah kolej swasta.— Bernama




Mayat Lelaki Ditemui Dalam Bungkusan

Nibong Tebal, 10 Mac (Bernama) -- Seorang pemandu jengkaut yang sedang menjalankan kerja-kerja mendalamkan Sungai Jawi di sini Rabu terperanjat besar apabila menemui satu bungkusan dengan sebelah kaki manusia terjulur keluar, terapung di permukaan sungai berkenaan, di Kampung Baru Valdor, Sungai Jawi di sini.

Mohd Haikal Abdullah, 25, berkata beliau kemudiannya memanggil rakannya bagi menyiasat isi kandungan bungkusan itu terlebih dahulu sebelum menghubungi polis.

"Sebaik melihat isi kandungannya, kami terkejut kerana tidak menyangka yang dalam bungkusan itu adalah mayat seorang lelaki, saya terus menghubungi polis," katanya kepada pemberita di tempat kejadin di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat berkata pihaknya menerima panggilan pada kira-kira pukul 11.58 pagi dan terus bergegas ke tempat kejadian.

Katanya mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui lengkap dengan seluar jean dan t-shirt berwarna kelabu, dan lelaki itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibuang dalam sungai berkenaan.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui kesan hirisan di leher dan luka serta calar seluruh badan lelaki berkenaan dan polis percaya dia dibunuh lebih 36 jam lepas," katanya.

Shafien berkata tiada sebarang pengenalan diri ditemui bersama mayat berkenaan, dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubung polis bagi membantu siasatan. -- BERNAMA



Remaja OKU Dirantai Di Rumah Perlindungan

Akibat sangsi dengan bilik berkunci di sebuah rumah yang menjalankan operasi menjaga orang tua dan orang kurang upaya (OKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka Tengah berjaya menyelamatkan seorang remaja pesakit mental yang dirantai dalam keadaan kelaparan di sini semalam.

Remaja malang itu ditemui slepeas kakitangan jabatan terbabit membuat pemeriksaan mengejut di sebuah rumah di Jalan Laksamana Cheng Ho selepas menerima laporan bahawa kediaman itu menjalankan operasi tanpa permit.

Dia yang berusia 19 tahun ditemui sedang duduk di lantai dalam bilik yang terbuka dengan kaki kanannya dirantai dengan mangga pada jeriji tingkap.

Pegawai kebajikan, Saidatul Aini Jafri berkata, mereka mendapati terdapat bilik yang dikunci di rumah berkenaan dan menyoal pemilik kediaman terbabit mengenainya.

"Lelaki itu mendakwa rumah itu digunakan sebagai kediaman pekerjanya tapi saya lihat rasa ada yang tidak kena dan memintanya membuka bilik itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, mereka terperanjat melihat remaja lelaki yang dalam keadaan yang sangat lemah. Saidatul berkata, lelaki berusia lingkungan 40-an yang menjalankan operasi secara haram itu mendakwa, remaja itu terpaksa dirantai kerana sikap agresif selain mencederakan dirinya sebelum ini.

“Apapun alasannya, ini bukan cara menjaga manusia apatah lagi OKU yang tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya," tambahnya.

Remaja itu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Berdasrkan siasatan awal, beliau memberitahu, remaja lelaki itu berasal dari Linggi, Negeri Sembilan yang dihantar ke rumah itu oleh ahli keluarganya dua bulan lalu selepas enggan memeliharanya lagi.

Pusat penjagaan itu, katanya, memiliki 23 penghuni akan didaftarkan dengan pihak berkuasa terbabit.

Mengenai remaja itu, tambahnya, pihaknya akan mendaftarkan dia di mana-mana pihak kebajikan yang berkaitan untuk menempatkannya di rumah yang lebih selesa. -MSTAR