10 Dis 2012

Kegagalan SPRM Tangkap Dan Dakwa Perasuah Juga Neraka Tempatnya!

Beri dan terima rasuah balasannya neraka, Pengarah SPRM

SHAH ALAM - Amalan rasuah bukan hanya boleh meruntuhkan kerukunan dan ketamadunan sesebuah negara, namun jika berbalik kepada agama Islam, harus diingat bahawa sesiapa yang terlibat dengan perbuatan ini, nerakalah tempatnya, kata Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Latifah Md Yatim.

Lantaran itu kata beliau, SPRM boleh dianggap sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang, namun pada masa yang sama mencegah umat manusia daripada melanggar lunas Islam sehingga boleh membawa kepada pembalasan maha dahsyat di akhirat kelak.

"Jangan ambil jangan terima. Tugas SPRM atau 'glamor' orang panggil MACC, ia menahan manusia daripada masuk neraka.

"Kita tahu memberi rasuah menerima rasuah tempatnya di neraka," kata beliau ketika menyampaikan ucapan pada majlis persinggahan Konvoi Kelab Avanza bersama SPRM Kuala Lumpur dalam kempen mencegah rasuah, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Latifah turut serta dalam konvoi berkenaan yang disertai kira-kira 120 ahli kelab bermotor itu.

Menurut Latifah, SPRM sentiasa komited dalam memastikan amalan rasuah tidak menjadi satu budaya di Malaysia.

Justeru, beliau berterima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf menerusi Sinar Harian yang terus-menerus memberi liputan meluas usaha sama SPRM dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) menggerakkan kempen pencegahan rasuah.

Tambah beliau, tanpa peranan media, minda masyarakat mungkin masih terkongkong dengan ideologi bahawa menerima sesuatu pemberian atas dasar kepentingan tertentu bukanlah perbuatan rasuah dan tidak menjadi suatu kesalahan.

"Percayalah sekiranya tidak ada mesej ini disampaikan melalui media elektronik atau media cetak, masyarakat masih menganggap rasuah itu sebagai rezeki. Itu masalahnya," kata Latifah.

Paling beliau khuatir, pemberian berupa 'hamper' misalnya terus dianggap masyarakat sebagai rezeki dan tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang mahu pun agama.

"Dalam rasuah ini ia melibatkan dua pihak. Ada yang bagi dan ada yang terima, itu sudah dikira rasuah. Bagi itu kerana apa? Nak dapat projek ke? Nak dapat jawatan ke? Nak dapat undi ke? "Apatah lagi di musim-musim perayaan ini, sudah menjadi budaya, datang dengan 'hamper'. Sesetengah 'hamper' nilainya ribuan ringgit diberi kepada orang-orang yang ada kuasa. Kalau betul nak bagi 'hamper' atau hadiah, beri kepada orang yang memerlukan," selar beliau.

Sementara itu, Penasihat Eksekutif Editorial Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali menyifatkan usaha SPRM dan Northern Avanza Recreational Club sebagai satu usaha murni yang perlu diteruskan demi memberi pendidikan kepada generasi hari ini dan akan datang akan bahaya amalan rasuah.

"Kita selalu percaya kita mesti membersihkan diri kita dan semua rakyat Malaysia daripada rasuah kerana kita sudah lihat negara-negara di dunia ini jatuh kerana rasuah.

"Jadi saya ucap terima kasih dan syabas kepada saudara Zaini dan kawan-kawan beliau dan juga kepada SPRM kerana usaha ini dibuat secara tidak langsung, sambil kita makan kita kempen rasuah, di Karangkraf ini kita ada 30 majalah dan satu surat khabar, kita memang komited untuk memerangi rasuah," katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

Turut serta dalam program tersebut ialah Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Nasir Hamzah. -SH

Ulasan GB

GB i nigin mengulas sedikit kenyataan dari Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan, Datuk Latifah Md Yatim di atas yang berbunyi: "sesiapa yang terlibat dengan perbuatan ini, nerakalah tempatnya".

GB sokong 100% kenyataan itu, tetapi, SPRM jika gagal menahan dan mendakwa pihak yang terlibat dengan rasuah pun neraka juga jawabnya.

Kerana SPRM itu adalah sebuah suruhanjaya yang telah dilantik untuk memebenteras rasuah. Ia satu AMANAH dari rakyat, ia satu tanggungjawab yang besar dan pengarah serta pegawai-pegawai SPRM WAJIB menunaikan amanah itu dengan sebaik-baiknya.

Setiap sen gaji dan elaun yang anda terima setiap bulan, bersamanya ialah tuntutan terhadap amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan yang kelak akan dinilai dan dihisab.

Kegagalan menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan bererti menanggung dosa besar dan nerakalah juga tempatnya!

Cantik Siti Bertudung, Sayang Hanya Untuk Dilelong!!

Gambar: Siti akan melelongkan tudung yang digayakan semasa sidang media yang diadakan pada Rabu bersempena Makan Malam Tahajjud Cinta di Hotel Grand Hyatt pada 30 Januari depan untuk mengutip dana bagi membantu pesakit HIV/AIDS.

Cantik sebenarnya Siti Nurhaliza apabila bertudung tapi sayang Siti bertudung hanya untuk melelong tudung.

Bertudung hanya untuk mengutip dana untuk dua buah pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia.

Siti akan melelongkan dua pasang tudung jenama Fareeda yang digayakannya semasa sidang media yang diadakan pada Rabu bersempena Makan Malam Tahajjud Cinta di Hotel Grand Hyatt pada 30 Januari depan.

Baik bagi Siti kalau menyempurnakan pemakaian tudungnya sepanjang masa dan bukannya untuk lelongan sahaja.

Siti bersama wakil jenama Fareeda iaitu Mawar Aminuddin, pelakon Fahrin Ahmad dan Muhardiman Ismail daripada kumpulan Mohram.

Rujuk mStar
-ekeleh.com

Ulasan GB

Disiarkan bukan untuk menghina atau menjatuhkan maruah Datuk Siti, tetapi sebagai nasihat dan peringatan.

Hidayah itu milik Allah dan dikurniakan sesiapa yang Dia kehendaki.

Semua Datuk Siti dukurniakan hidayah daripadaNya.

Firman Allah: “Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” (Al-Qasas:56).

Najib Jangan Mimpi Dapat Sokongan India

Fitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap pembangkang ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung MIC semalam menyebabkan beliau bakal hilang sokongan masyarakat India dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, S Manikavasagam berkata, kenyataan Najib yang mahu undi kaum itu sebagai deposit tetap bagi memenangkan Barisan Nasional (BN) menunjukkan begitu terdesaknya beliau.

“Ucapan Najib cukup terdesak.

Apa sahaja yang dicakapnya hanya memburukkan Pakatan Rakyat. Beliau memberitahu kita suka tipu rakyat.

“Masalahnya sekarang, Pakatan belum jadi kerajaan. Bagaimana Najib boleh cakap kita tipu. Siapa yang tipu siapa, kalau bukan BN,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mengingatkan Najib supaya tidak terlalu ghairah mengharapkan undi masyarakat India kerana mereka sudah serik penindasan BN.

“Undi masyarakat India bukan deposit tetap BN, tetapi deposit tetap Pakatan. Najib jangan mimpi lagi.

“Masyarakat India sudah terima kami (Pakatan) dari akar umbi. Setiap kali ceramah dan turun padang, mereka penuhi tapak ceramah untuk dengar penerangan,” kata Ahli Parlimen Kapar itu.

Selain menabur janji, Najib juga memburuk-burukkan pembangkang dengan menyatakan satu undi kepada Pakatan bermakna satu undi untuk huru-hara.

“Najib tidak sedar bahawa BN yang menyebabkan masyarakat India masih menggunakan IC merah. Sudah berapa lama BN memerintah, kalau betul mahu bela kami, kenapa tidak selesaikan masalah itu.

“Jangan nak putar belit cakap Pakatan tipu rakyat kerana terdesak mahu undi masyarakat India. Mereka semua sudah tahu nak beza siapa yang menipu rakyat,” ujarnya. -KD

Dalang Peralat Ibu Tunggal Di Selangor Akan Disaman Balas Oleh Kerajaan Negeri

Kerajaan Negeri Selangor akan membuat saman balas kepada dalang yang terlibat berhubung tuntutan elaun ibu tunggal yang didakwa tidak dikotakan oleh Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR).

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata saman balas itu dibuat kerana ia melibatkan integriti Kerajaan Negeri yang dicalar oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, Kerajaan Negeri setakat ini sudah melunaskan banyak program berkebajikan dan tidak mengabaikan mana-mana pihak walaupun terdapat perbezaan politik.

“Kita sudah menerima surat saman daripada Tetuan Kamarudin & Partners dan kini pihak kami sedang meneliti saman itu serta peguam negeri sedang menyediakan beberapa dokumen untuk kita membuat saman balas,” katanya kepada pemberita selepas Program Terima Kasih Menteri Besar Selangor kerana memberi air percuma di Pangsapuri Bukit Kuda, di sini.

Beliau berkata, sebanyak lebih 2,000 penama ibu tunggal yang didakwa tidak menerima bantuan ibu tunggal itu turut akan disemak bagi mendapatkan kesahihan dakwaan mereka.

Sebelum ini, seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan saman berjumlah RM10.9 juta terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwa gagal memberi elaun ibu tunggal seperti yang terkandung dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-12.

Tuntutan itu difailkan melalui Tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, baru-baru ini.

Dalam pernyataan tuntutan tersebut, kerajaan negeri dan Abdul Khalid yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua, didapati gagal membayar elaun ibu tunggal RM100 seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Rakyat (PR) selama 54 bulan bermula 1 April 2008 hingga 30 Oktober 2012 kepada kesemua plaintif dengan jumlah keseluruhan RM10,908,000.

Rodziah menjelaskan, ‘elaun’ yang dinyatakan dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya lalu tidak menyatakan pemberian berbentuk wang ringgit kepada ibu tunggal sebaliknya mengutamakan mereka yang layak.

Tetapi, ia adalah bentuk bantuan yang disampaikan menerusi beberapa program antaranya program ekonomi yang melibatkan ibu iaitu Program Pemberdayaan Wanita menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB), Skim Mikrokredit Bandar dan Luar Bandar (MiMBAR dan SkimSel), Progran Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor dan Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA).

Beliau turut menasihatkan kepada ibu tunggal yang terlibat supaya tidak menjadi ‘kuda tunggangan’ mana-mana pihak lain yang untuk kepentingan parti politik.

“Saya berani mengatakan bahawa mereka ini hanya ‘berlakon’ kononnya dianayai oleh Kerajaan Negeri disebabkan desakan atau ditipu parti politik lain,” katanya.

[VIDEO & GAMBAR] Bendera PAS Berkibar Di Palestine Ulangtahun Ke 25 HAMAS Gaza


Perjuangan Hamas yang wujud di Palestin hari ini mempunyai halatuju yang sama dengan gerakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di negara ini.

Tekanan, halangan serta ancaman yang dihadapi oleh gerakan Islam Hamas di Palestin oleh tentera zionis Israel kerana mempertahankan Islam sama seperti yang dialami oleh PAS di Malaysia.

Hamas boleh bertahan dari serangan Israel meski pun tanpa persenjataan berat kerana Islam.

Hamas telah meletakkan asas perjuangan Islam dilandasan yang betul dengan mengharapkan kemenangan atau mati syahid.

Take Note !!! : Gerakan Islam Hamas merupakan tunggak utama bagi mempertahankan Masjid al-Aqsa di Palestin.

[ Jom Membangun Bersama Islam ] .... ALLAHU AKBAR !!!

-fb

Ulasan GB

Kebenaran itu satu, dan ia akan bersatu di mana saja, tanpa mengira sempadan tempat, masa, bahasa dan bangsa.










Lagi Kes Wanita Indonesia Dakwa Dirogol Polis, Kali Ini Dalam Kereta Peronda

Bukit Mertajam: Polis Pulau Pinang hari ini menyanggah laporan seorang wanita Indonesia yang mendakwa dirogol dua anggota polis di Taman Limau Manis, Bukit Tengah, semalam. Gambar hiasan

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pemeriksaan perubatan dan siasatan awal mendapati wanita berusia 26 tahun itu bukan sahaja tidak dirogol dan dipukul, bahkan tiada anggota polis yang digambarkannya bertugas pada waktu kejadian.

“Saya menafikan kejadian itu dan ini adalah satu tohmahan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama kepada anggota saya di Pulau Pinang,” katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang antara lain menyatakan seorang wanita Indonesia mendakwa dirogol dan dipukul dua anggota polis peronda dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu.

Wanita itu mendakwa teksi yang dinaikinya ditahan sebuah kereta peronda polis dan dia ditahan kerana hanya membawa salinan pasport. Dakwanya lagi, dia turut dipukul sehingga pengsan selama dua jam.

Dia kemudian membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta di Bayan lepas dan memaklumkan dirogol serta dipukul kepada doktor di klinik tersebut sebelum kesnya dirujuk kepada polis.

Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata siasatan lanjut terhadap wanita berkenaan juga mendapati banyak keraguan dalam keterangannya.

“Semalam kita bawa dia ke tempat-tempat yang didakwanya berlaku kejadian terbabit dan mendapati beberapa dakwaan dia menimbulkan keraguan dan tidak sama dengan dakwaan awal.

“Wanita itu juga memberi keterangan yang meragukan termasuklah lokasi dia dirogol kerana lokasi berkenaan didapati berada di kawasan tumpuan orang ramai dan kawasan itu juga dikawal oleh pasukan Skim Rondaan Sukarela sepanjang masa,” katanya.

Selain itu katanya, polis turut membuat pemeriksaan terhadap anggota peronda polis yang bertugas pada waktu kejadian dan mendapati tiada yang menepati gambaran yang diberi wanita tersebut selain dia juga gagal mengenal pasti siapa yang merogolnya.

Menurut Abdul Rahim, hasil siasatan juga mendapati wanita itu bekerja sebagai pelayan pelanggan di sebuah premis hiburan di Seberang Jaya, bukan pekerja kilang seperti yang didakwa.

“Setakat ini kita dapati wanita berkenaan sengaja mereka-reka cerita kononnya dia dirogol oleh dua anggota polis, bagaimanapun polis tetap menjalankan siasatan dari pelbagai aspek.

“Polis juga tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan terhadap wanita itu jika dia didapati sengaja mereka cerita dan membuat tohmahan kepada polis,” katanya