22 Jul 2014

Akhirnya Kiki Didenda RM5,000 & Diarah Buat Kerja Amal 240 Jam

Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, juga dikenali Kiki, diarahkan oleh hakim untuk untuk menjaga nama baiknya memandangkan dia seorang wanita dan berpelajaran.

WWanita dalam klip Youtube didenda RM5,000, diarah buat kerja amal

Wanita yang terkenal selepas videonya menggunakan kata-kata kesat kepada seorang lelaki tua dan mengetuk keretanya dalam satu pelanggaran di Kuantan minggu lepas didenda RM5,000 atau tiga bulan penjara hari ini, lapor The Star Online.

Kata portal akhbar itu, Mahkamah Sesyen Kuantan juga mengarahkan Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, juga dikenali Kiki, melakukan kerja kemasyarakatan selama 240 jam.

Menurut laporan itu, hakim Zainal Abidin Kamarudin mengingatkan Kiki untuk menjaga nama baiknya memandangkan dia seorang wanita dan berpelajaran.

Zainal Abidin berkata Kiki bernasib baik kerana mangsa yang diserang itu, Sim Siak Hong, memaafkan dia dan tidak meneruskan dakwaan terhadapnya.

Laporan itu berkata Kiki, yang menangis semasa mitigasi, sebelum itu mengaku bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di tapak parkir UTC, Jalan Sekilau di Kuantan pada 14 Julai jam 1.10 tengahari, kata laporan itu.

Kiki menjadi terkenal sejak rakaman perbuatannya dimuatkan di YouTube dan tersebar luas.

Video selama 2½ minit itu menunjukkan Kiki mengetuk kereta Sim dengan kunci steering, menuntut RM2,000 daripada lelaki itu, dan menjerit kepadanya kerana melanggar kereta barunya, sebuah Peugeot 208.

Bagaimanapun, Kiki meminta maaf dalam temuramah dengan media dan mengaku kesalahannya serta memohon orang ramai menghentikan cercaan ke atasnya.

Sim, 68, berkata Kiki dan ayahnya telah meminta maaf kepadanya dan dia telah berjanji kepada mereka tidak akan membuat laporan polis atau mendakwanya di mahkamah.

Pesara itu berkata walaupun dia merasa trauma dengan kejadian itu, dia dan isterinya yang ada bersama ketika kejadian, memutuskan untuk tidak memanjangkan perkara itu.

"Sebagai seorang Katolik, agama saya mengajar supaya memaafkan kejahatan yang orang lakukan kepada kita," katanya. ~TMI









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Dakwaan Macai UMNO Dalam Surat Terbuka Kononnya Kiki Dimaki Hamun Adalah Karut

Dakwaan Kiki dihamun mengarut

Kuantan: Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak keterlaluan dengan membuli seorang lelaki warga emas, di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, minggu lalu, bukan disebabkan selepas dimaki oleh mangsa.

Sumber polis sebaliknya berkata, berdasarkan siasatan, Kiki dipercayai bertindak sedemikian kerana bengang selepas lelaki itu tidak mahu keluar dari kereta, selepas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan kecil.

"Keterangan lelaki berkenaan juga mengesahkan dia tidak mengeluarkan kata-kata kesat kepada Kiki pada masa kejadian," katanya.

Menurutnya, surat terbuka yang mendakwa bahawa Kiki bertindak ganas kerana selepas dimaki oleh warga emas itu adalah rekaan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya sudah membaca surat berkenaan dan pada saya semua dakwaan itu adalah mengarut," katanya.

Semalam, satu kenyataan disebarkan di laman sosial bahawa Kiki bertindak keterlaluan selepas dimaki oleh lelaki berkenaan. Ia turut menyatakan bahawa lelaki berkenaan turut menghamburkan kata cacian berbaur perkauman.

Sementara itu, Kiki dijangka akan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda di Mahkamah Majistret di sini, esok. ~HM


SURAT TERBUKA BUAT DATO' SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI.

Salam Dato' Seri yang sedang mengerjakan umrah di Makkah. Doakan tenang dalam pengabdian pada Tuhan yang Pengasih dan Penyayang.

Dulu dulu, 25 tahun dahulu, saya panggil Dato' Seri abang. Itu dulu. DS juga selalu kata saya anak didik DS. Itu dulu. Hari ini saya tidak mahu cakap soal dulu.

Saya pun sudah lama tidak jumpa DS. Saya orang kecil dikampong. DS orang bergelar di Putrajaya. Namun hari ini, saya memberanikan diri menulis dalam alam maya ini buat DS. Doa saya ada angin bayu lembut bertiup menyampaikan pada DS.

Dato' Seri yang saya sanjung budi.

Dulu dulu Dato' Seri kata, apabila hati yang berkata, hati jua yang mendengar. Apabila mulut yang berkata, hanya telinga yang mendengar. Ini hati yang berkata, Dato' Seri.

Saya dengar Kiki didakwa. Itu undang undang namanya. Kiki didakwa sebab dia pembuli jalanraya. Bagaimana pula dengan mereka yang lain.

Ada manusia pecah kereta polis.Ada manusia carutannya lebih sedakkk didengar. Ada orang cabar terbuka bawa ke mari peristiwa 13 Mei ke Pulau Pinang. Banyak lagi Dato' Seri.

Ada orang pakai baju ada kalimah dari Al Quran. Kenapa kita diam Dato' Seri. Apakah kita sudah lemah tidak boleh bernyawa.

Uncle Sim baik pada pandangan manusia. Kiki jahat. Jahat pada babak yang diambil itu Dato' Seri.

"Menurut cerita, sebaik saja kereta Pegeot Kiki dilanggar oleh kereta toyota uncle Sim, Kiki terus keluar dalam keadaan amat kecewa sebelum bergegas mendapatkan uncle Sim yg masih berada di dlm kereta. Hampir seminit Kiki ketuk cermin pintu kereta tersebut bgi menyuruh uncle tersebut keluar..

Sebaliknye uncle itu hnya menurunkan cermin dan berkata " sikit saja ma, kasi cincai lorh". Kiki yg tidak puas hati terus ketuk cermin terbabit kali ni agak kuat. Sebaliknye uncle tersebut mengeluarkan not rm50 dan paksa Kiki ambil.

Akibat berasa tercabar dgn tindakan uncle yg tak sporting tu, Kiki terus mengambil lock stereng dan mengetuk kereta terbabit. Tindakan Kiki bukanlah hendak mencederakan uncle Sim. Lepas itu Kiki bagaikan dirasuk dengan nafsu Amarah diri.

Pada mulanya mahu uncle Sim keluar. Sebaik saja uncle keluar.. Kiki terus merampas kunci kenderaan toyota terbabit. Uncle yg terkejut dgn tindakan kiki tersebut telah terlepas cakap mengatakan "pukimak melayu sohai".

Dan berlakulah tindakan yg tidak terkawal bila Kiki mengamuk. Hal yg sebenarnya Kiki mengamuk bukanlah sebab kenderaannya dilanggar sebaliknye tindakan celupar uncle tersebut menghina bangsa melayu.

Apa yg berlaku, Kiki berterusan dihina. Malah ada ugutan utk merogol beliau. Ini yg pihak media sendiri tidak mahu siarkan. Cukuplah kita berterusan memuji uncle Sim dan menghina Kiki" Usah gergaji habuk gergaji. Itu kata Dato' Seri pada saya dahulu. Sekarang saya mahu ulang kata ini pada Dato' Seri. Kita menghukum biar berpada. Hukumlah Kiki sebab dia pembuli jalanan. Soal kita, bilakah pula pembuli seniman mahu dihukum.

Negara ini akan hancur berantakan apabila segala yang viral dalam FB kita jadikan sandaran. Semua orang harus duduk dalam rumah. Diluar sana kamera hp sedia merakam.

Padang jarak padang terkukurkah kita?

Izinkan saya memanggil Dato' Seri seperti dulu dulu. "Abang Zahid, lakukan sesuatu. Pada Abang kami sandarkan harapan kepimpinan"

Roslan Ab Hamid.
20 Julai, 2014.
-FB/WA


ULASAN GB

Macam-macam hal macai ni.

Sanggup karang cerita rekaan untuk membangkitkan sentimen perkauman untuk membenci bangsa lain.

Sepatutnya polis perlu siasat siapa pereka surat terbuka di atas dan kemudian dakwanya di bawah Akta Hasutan supaya menjadi pengajaran kepada mereka yang suka mencipta fitnah dan menyemai unsur rasisma di kalangan masyarakat berbilang kaum di dalam negara ini.









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




[GAMBAR] Lagi Wajah-Wajah Penumpang Dan Anak Kapal MH17


Kuala Lumpur: Seramai 298 penumpang dan anak kapal terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh anggota puak pemisah Rusia.

298. Ini bukan sekadar angka tetapi ini adalah jumlah nyawa yang terkorban dalam nahas malang yang menimpa dunia ini.

Nyawa-nyawa ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli akademik, pelakon teater, aktivis AIDS, pelajar perubatan, penuntut Doktor Falsafah dan sebagainya. Ada yang membuat perjalanan bersendirian, bersama pasangan masing-masing atau dengan seluruh keluarga.

Ada yang tidak sabar untuk bertemu semula bersama ahli keluarga untuk Hari Raya, dan ada juga menggunakan Kuala Lumpur sebagai destinasi transit sebelum menyambung perjalanan ke negara masing-masing.

Siapa mereka? Apa kisah mereka?

Md Ali Md Salim
Md Ali Md Salim, 30, merupakan penuntut Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Development Neuropsychopathology di Erasmus University Rotterdam di Belanda.

Menerusi akaun Instagram beliau (@masa1777), gambar terakhirnya mempunyai mesej: “Bismillah…#hatiadasikitgentar”.

Ng Shi Ing
Ng Shi Ing, 33, merupakanPensyarah Fakulti Psikologi Dan Pendidikan Dalam Jurusan Teaching English As A Second Language (TESL), UMS.


Beliau menghadiri persidangan di University of Antwerp, Belgium sebagai pembentang kertas kerja.

Pensyarah tersebut yang sepatutnya dijadual kembali bertugas pada Isnin depan turut ditemani anaknya yang berusia satu tahun serta adik perempuannya yang dipercayai sama-sama berada dalam pesawat itu.


Shuba Jay

Shuba Jay merupakan bekas peserta program realiti Mari Menari. Beliau yang juga aktif sebagai pelakon teater dan drama televisyen dalam perlajalan ke Kuala Lumpur bersama suaminya Paul Goes, seorang warganegara Belanda dan juga anak mereka berusia 21 bulan.

Tambie Jiee dan keluarga
Tambi Jiee, 49, isterinya Ariza Ghazalee, 46, bersama anak-anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 19, Marsha Azmeena, 15 dan Muhammad Afruz, 13 sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lebih tiga tahun berada di luar negara.

Tambi Jiee bertugas dengan sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan dan baru mendapat kebenaran untuk berpindah tempat kerja dari Kazakhstan ke Kuala Lumpur.

Ahmad Hakimi Hanapi
Ahmad Hakimi Hanapi, 29, disifatkan sebagai payung emas kepada keluarga. Hakimi ada menghubungi datuknya Daud Kadir tiga hari lalu untuk memaklumkan bahawa beliau akan pulang untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga pada 25 Julai ini

Ahmad Hakimi meninggalkan seorang isteri yang dikenali sebagai Hasmat dan seorang anak lelaki berusia setahun lebih.

Beliau menyertai MAS lebih empat tahun lalu sebagai pembantu juruterbang.

Sanjid Singh Sandhu
Sanjid Singh, 41, tidak sepatutnya bertugas dalam pesawat MH17 tetapi bertukar syif dengan rakan setugasnya.

Sebelum ini, isterinya yang merupakan seorang pramugari bertukar syif dengan rakan setugas dan terselamat daripada insiden MH370.
Yuli Hastini dan keluarga
Yuli Hastini dari Indonesia sepatutnya pulang ke negara asalnya bersama suami John Paulisen dan anak-anaknya iaitu Arjuna Martin Paulisen, 5, & Sri Paulisen, 3.

Menurut seorang ahli keluarga, Yuli sudah enam tahun tinggal di Belanda dan bekerja di farmasi yang berbeza dari suaminya.
Elaine Teoh dan Emiel Mahler
Elaine Teoh, 27, berasal dari Pulau Pianang dan merupakan bekas pelajar Universiti Melbourne, Australia.

Beliau dan teman lelakinya Emiel Mahler dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu majlis perkahwinan. Kedua-duanya menetap di Melbourne.
Nick Norris
Nick Norris, 68, merupakan seorang pelayar terkenal Australia dan pengarah urusan di sebuah syarikat perunding di Perth.
Norris ditemani cucu-cucu beliau iaitu Mo Maslin (12), Otis Maslin (8) dan Evie Maslin (10)
Robert Ayley
Satu-satunya warga New Zealand di dalam MH17, Rob Ayley, 29, berada di Eropah selama sebulan untuk melihat penternak anjing Rottweiler. Ayley meninggalkan seorang isteri Sharlene dan dua anak iaitu Seth, 4, dan Taylor, 2.

Dalam emel terakhir beliau kepada ahli kelaurganya dia tulis “Saya tidak sabar untuk bertemu anak-anak dan juga Sharlene. Saya harap semua okay, kalau kita tidak dapat berhubung lagi, saya akan jumpa anda pada hari Sabtu.
Andrei Anghe dan Olga Ioppa
Andrei Anghel, 24, merupakan seorang pelajar perubatan yang mempunyai cita-cita tinggi tentang penyelidikan penawar kanser.

Beliau ditemani teman wanitanya iaitu Olga Ioppa, seorang warganegara Jerman, dan dalam perjalanan untuk bercuti ke Bali, Indonesia. Ahli keluarga memberitahu bahawa Andrei menyukai aktiviti luar dan juga pantai.

Dr. Joep Lange
Dr. Joep Lange, 59, dari Belanda merupakan penyelidik veteran HIV/AIDS yang dalam perjalanan ke Persidangan AIDS Antarabangsa di Melbourne, Australia.

Beliau ditemani 5 delegasi yang lain dalam pesawat MH17. -Astro Awani








IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI