3 Okt 2009

Era Najib Altantuya : ISA, Cadangan Mahathir Tidak Menasabah

Saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan supaya tempoh minimum penahanan pesalah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dipendekkan kepada satu tahun berbanding dua tahun mendapat perhatian orang ramai.

Menurut Presiden Gerakan Mansuh ISA, Syed Ibrahim Syed Noh berkata syor tempoh tahanan ISA satu tahun tersebut merupakan saranan yang tidak rasional dan praktikal jika ianya diwujudkan juga.

“Saya kira pertamanya, Dr. Mahathir adalah orang yang paling tidak layak sekarang untuk bercakap sama ada wajar atau tidak atau sama ada boleh dipendekkan atau tidak.

“Bagi GMI, saranan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya ISA dimansuhkan adalah lebih munasabah dan berperikemanusiaan.

“Jadi bagi saya wajar satu tahun atau dua tahun bukan soalan dipersoalkannya tapi yang sebenarnya adalah wajarkah ISA ini diwujudkan atau pun tidak kerana bagi GMI sendiri seorang itu tidak boleh ditahan tanpa bicara walaupun satu hari,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan bahawa soal berapa hari pun tempoh tahanan seharusnya tidak dijadikan agenda pihak tertentu ekoran pada asasnya apa yang lebih penting ialah ruang perbicaraan diberikan kepada mereka yang ditahan.

“Jadi proses sekarang di bawah ISA tidak wujud wuang sama sekali jadi soal dua tahun, satu tahun atau pun enam tahun mahupun sebulan, bagi kita itu adalah soal praktikal bagi soal fundamental, soal asasnya adakah ruang perbicaraan diberikan kepada mereka yang ditahan.

“Sepatutnya ruang pembelaan, penahanan dan ruang keadilan itu juga diberikan kepada seseorang dan kalau didapati bersalah sebelum dibicarakan, maka ia layak dihukum tetapi selagi itu tidak berlaku, seseorang itu tidak dibolehkan biar ditahan walaupun satu hari,” katanya.

Ibrahim menambah terdapat dua perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam hal ini iaitu soal keselamatan dan soal keadilan.

“Ada dua perkara penting di situ, soal keselamatan negara dan soal keadilan. Dalam soal keadilan ianya adalah sesuatu yang tinggilah dalam menentukan sesuatu undang-undang ataupun menentukan satu prosedur, proses dan sebagainya.

“Keadilan itu adalah tertinggi yang sebenarnya. Maknanya ianya tidak boleh digadaikan atas dasar untuk semata-mata atas isu keselamatan. Kalau pun kita membincangkan isu tentang keselamatan dan kestabilan negara, kita perlu melihat supaya peraturan dan undang-undang itu supaya ianya tidak memberikan atau menafikan hak keadilan dan juga hak seseorang,” katanya.

Difahamkan setakat ini terdapat lebih daripada 17,000 rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan latar belakang telah dianiaya oleh akta ISA ini semenjak ianya diwujudkan.

Sementara itu ketika diminta mengulas lanjut sama ada boleh ISA digantikan dengan perbicaraan mahkamah, beliau berkata di negara ini terdapat undang-undang penjenayah tertentu yang boleh memahami kes-kes keganasan.

Jelasnya, undang-undang ini seharusnya diberikan peluang untuk berdiri dengan sendiri.

“Bagi kami kalau ISA hendak digantikan dengan perbicaraan sebenarnya boleh dan buat masa ini sebenarnya kita ada undang-undang criminal prosedur code yang boleh memahami kes-kes keganasan cumanya adakah kebijaksanaan di pihak peguam negara mahupun di pihak perundangan kita untuk menggunakan undang-undang yang sedia ada ini.

“Kalau ada political will pun dengan kehendak politiknya yang kuat, perkara ini boleh dilakukan tinggal lagi ianya tidak dibuat satu kajian yang betul dan terperinci untuk digunakan undang-undang sedia ada dan kemudian melepaskan atau memansuhkan ISA,” katanya. -TVA


Era Najib Altantuya : PAS Yakin Menang Di Bagan Pinang (updated)

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin Pas akan memenangi kerusi DUN N31 Bagan Pinang pada Pilihan Raya Kecil 11 Oktober ini.

Menurut beliau, penerimaan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac tahun lalu dan tujuh pilihanraya kecil sebelum ini menunjukkan bahawa gagasan kerajaan alternatif itu pasti memberi saingan sengit di kubu kuat BN ini.

"Kita melihat berlaku satu lonjakan dalam PRU 2008 bila kita berjaya mencapai 4000 undi, Barisan Nasional 6000 undi. Ini menunjukkan ada kemajuan dan melihat kepada pilihan raya kecil berikutnya kita maju ke depan. Dan sebab itu saya yakin dan percaya akan mendapat mencapai kemajuan.

"Kita percaya untuk menang payah tetapi tidak mustahil kita boleh menang. Kita akan berusaha sedaya upaya untuk capai kemenangan," katanya ketika ditemui media di Pusat Penamaan Calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pagi tadi.

Mengulas mengenai populariti Isa Samad, Hadi berkata beliau menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan dalam pilihan raya ini.

"Terpulang kepada rakyat serah pada mereka, mereka lebih tahu tentang calon yang mereka hendak pilih dan kita memperkenalkan calon kita dan kita lihat rakyat dapat menilai," katanya.

Menurutnya PAS menggunakan strategi kempen seperti biasa dengan cara damai dan memujuk bagi mengelakkan ketegangan.

Hadi berkata isu kreadibiliti calon hanya akan dimainkan sekiranya ia difikirkan munasabah dan terdapat arahan daripada Jawatankuasa Khas Pilihanraya Pas agar isu berkenaan tidak dimainkan sewenang-wenangnya.

"Kempen secara damai secara memujuk kerana dalam konteks demokrasi berparlimen kita mahu undi banyak. Undi banyak mestilah kejayaan kita memujuk pengundi-pengundi dengan cara sebaiknya.Oleh itu sebarang ketegangan hendaklah dielakkan.

"Itu kita akan tunggu dari masa ke masa mengikut munasabah dan kita ada akhlak dan moral kita berkempen. Berbeza dengan otrang lain," katanya.

Mengulas mengenai isu undi pos yang dibangkitan PAS pada pilihanraya kecil pada kali ini Hadi berkata ia dibuat berikutan ketidaktelusan SPR berhubung isu berkenaan.

Hadi berkata pihaknya mempunyai bukti terdapat pengundi pos yang tidak mengundi namun kertas undian mereka dikeluarkan dan dikatakan telah membuang mengundi.

"Kita menyedari SPR tidak diberikan kuasa sepenuhnya secara demokratik. SPR dibawah Jabatan Perdana Menteri masih wujud hal-hal yang tidak menunjukkan ketidak telusan.

Ini diakui sendiri oleh SPR dalam pertemuan yang kami adakan. Ada perkara yang mereka tidak boleh buat.

"Antaranya kerahsiaan undi pos, itu mereka tiodak boleh jawab kerana undi pos ini mereka sediakan dua sampul kecil satu kertas undi satu saksi bagi menyatakan pengundi itu mengundi. Kemudia kedua sampul ini diletakkan ke dalam satu sampul boleh dibuka danb diketahui. Kerahsiannya tidak wujud," katanya.



Era Najib Altantuya : Muhyiddin Diselar Kerana Tuduh Tanpa Bukti

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diselar kerana membuat tuduhan tanpa bukti kononnya sikap biadap penyokong pembangkang dari PAS yang memukul dan menumbuk penyokong Umno tidak melambangkan sikap parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam.

Katanya, ini merupakan contoh parti yang tidak beradab sedangkan pada masa yang sama ia mengaku memperjuangkan Islam.

"Mereka kata Islam itu berhemah, berbudi pekerti, berakhlak tinggi, bermoral tetapi nampaknya mereka ini tidak seperti parti Islam," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon Umno dan PAS di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pada Sabtu.

"Apakah benar yang menumbuk dan memukul itu ahli PAS atau Pakatan Rakyat ataupun ianya adalah temberang UMNO BN sendiri untuk menimbulkan kebencian pengundi terhadap PAS dan Pakatan Rakyat?" tegur seorang pemimpin PAS KAwasan di sini.

"Muhyiddin perlu kemukakan bukti, siapa yang terlibat di dalam insiden berkenaan, ahli PAS nombor berapa dan apa bukti mereka ahli PAS," ujarnya lagi.

Setiap kali pilihanraya kecil atau umum, di mana-mana, akan wujud satu budaya di mana hanya parti pembangkang akan dipersalahkan di dalam setiap insiden pertengkaran yang berlaku seolah-olah ia sudah ada skrip awal untuk memburukkan parti pembangkang.

Hal yang sama turut berlaku di Manek Urai dimana kononnya puteri UMNO patah gigi kerana terkena balingan botol air mineral yang kemudiannya terbukti ia hanya temberang UMNO dan perbuatan segelintir puak sendiri untuk menimbul kekecohan di hari penamaan calon dan pengundian.

Terdapat banyak kes di mana UMNO telah merekrut dan mengupah pemuda-pemuda yang terdiri dari pelajar sekolah seperti yang kita saksikan di Permatang Pasir di mana pemuda-pemuda bermotosikal ini diupah untuk melakukan huru-hara semata-mata untuk melemparkan tuduhan ia perbuatan ahli-ahli Pakatan Rakyat.

Di dalam kejadian pagi tadi di Bagan Pinang, akhbar dalam talian, malaysiakini melaporkan bahawa ketegangan di anatar penyokong kedua-dua parti meningkat apabila kelihatan penyokong membaling botol air dari sebelah BN. Penyokong Pakatan Rakyat menjerit kepada pihak polis supaya mengambil tindakan.



Tetapi media arus perdana di dalam ulasan lintas lansung, BHONline dan NSTP telah menuduh disebaliknya.




UMNO BN semakin terdesak di mana mereka terpaksa menggunakan taktik-taktik kotor untuk memburukkkan pembangkang apabi;a mereka telah kalah di dalam setiap kali pilihanraya kecil diadakan dengan dibantu oleh media-media lacuran mereka untuk menonjolkan hal berkenaan.

Mereka kini cuba menghasut pengundi-pengundi dengan melakukan kerja-kerja keganasan dan kemudian menuduh pihak lawan mencetuskannya.

Namun rakyat keseluruhannya tahu bahawa UMNOlah sebuah parti yang mengamalkan dasar politik samseng selama ini di dalam setiap kali pilihanraya diadakan.


Era Najib Altantuya : Pesara tentera mengaku pernah manipulasi undi pos

Pengakuan ini dibuat oleh Kepten Mejer (B) Abu Bin Kassim dihadapan Suruhanjaya SPR. Berikut adalah sedutan pertemuan kami dengan SPR.

Pada hari isnin 28hb September 2009 pimpinan PAS yang diketui oleh YB. Dato Abdul Halim Bin Abd Rahman telah berjumpa dengan SPR. Wakil PAS adalah YB. Salahuddin Ayub, Sdr. Kamaruzaman, YB Firdaus, saya sendiri Suhaizan Kayat dan ramai lagi. Pihak SPR pula dibarisi oleh Pengerusinya Tan Sri Abd Aziz Bin Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi Dato Wan Ahmad Wan Omar dan lain-lain lagi. Berikut adalah sedutan ucapan saya dalam pertemuan tersebut.

Suhaizan Kaiat : Selepas Komanden menerima Karung Khas SPR yang di dalamnya terdapat Sampul-sampul Keutamaan dan selepas Proses Penyerahan pada hari pertama bagi menunggu Proses Penyerahan untuk hari yang kedua Karung Khas SPR akan disimpan dalam Gurd Post tentera atau lokup polis atau bilik kebal SPR. Pihak EPP(Ejen Pengundian Pos) tidak dibenarkan berkawal kerana kedua-duanya adalah kawasan larangan untuk orang awam. Keadaan ini mencurigakan. Terdedah kepada sabotaj daripada pihak-pihak tertentu. Kes Al-Maunah dan suspek lari daripada lokup di Kota Tinggi tahun 2008 merupakan bukti-bukti yang balai polis dan Kem Tentera tiada jaminan Karung Khas SPR selamat.

Dato’ Wan Ahmad Wan Omar : Jadi tuan tidak percaya dengan tentera dan polis lah?

Suhaizan Bin Kaiat : Maaf Pengerusi saya minta bekas anggota tentera Pak Abu Kassim berpangkat Kapten Mejer(B) yang turut sama datang hari ini beritahu kita bagaimana beliau handle Karung Khas SPR semasa bertugas.

Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Saya ni bekas anggota tentera. Terlibat dalam pentadbiran. Sayalah yang pangkah dacing pada kertas-kertas undi tu. Saya pangkah BN. Banyak tuan.

Tan Sri Abd Aziz : Kenapa tak pangkah bulan ?

Pak Abu Kassim : Saya pangkahkan bulan juga tapi saya rosakan borang 2. Saya takut masa tu tuan sebab pegawai saya duduk belakang saya. Saya patuh ajalah arahan dia.

Tan Sri Abd Aziz : Bila tu Pak Abu?

Pak Abu Kassim : Masa saya bertugas sebelum tahun 2000.

Tan Sri Abd Aziz : Itu cerita lama. Sekarang era saya tak akan berlaku lagi.

Suhaizan Kaiat : Lama memang lama. Tapi sistem tetap sama tuan.

Tan Sri Abd Aziz : Sekarang tidak akan berlaku lagi.

Suhaizan Bin Kaiat : Saya minta EPP(Ejen Pengundian Pos) dibenarkan mengawal 24jam tuan.

Dato Wan Omar : Perkara tersebut tidak ada dalam undang-undang. Nanti SPR kena pertisen pulak. Kawalan ini telah dibuat oleh pihak tentera dan polis. Mengapa kita curiga?

Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Masa saya jaga kawalan selepas saya berhenti tentera. Tahun 2000. Masa Roslan Kassim lawan Sothinathan. Tan Sri Isa Samad mahu masuk dalam kawasan Majlis Daerah PD. Saya yang halang tuan.

Dato’ Wan Omar : Saya pun tak pasti Pak Abu ni. Saya banyak terima aduan macam ni. Saya pun tak pasti. Pak Abu begitu lancar sekali. Tan Sri Isa masuk tu tak de bukti. Lagi pun pihak lagi satu(UMNO) pun tidak ada disini untuk mempertahankannya.

YB. Dr Maria : Bukan kita tidak percaya dengan polis dan tentera Tan Sri Pengerusi tetapi kejadian-kejadian yang telah berlaku sebelum ini telah membuktikan bahawa manipulasi tersebut berlaku. Kita kena kawal semua ini Tan Sri.

Pertemuan ini bermula jam 11.30 pagi dan berakhir jam 2 ptg. Banyak perkara yang dibincangkan. Tetapi tiada suatu pun komitmen SPR untuk berubah dalam pilihanraya Bagan Pinang ini. SPR nampak baik aja. Tetapi sebenarnya SPR menyimpan pekung yang sangat besar dalam pengurusan UNDI POS. - suhaizankaiat

Era najib Altantuya : Noh Omar Cuba Manipulasi Isu ternakan Lembu

Dakwaan mengatakan Kerajaan Negeri gagal menghulurkan bantuan kepada penternak terjejas akibat runtuhan longgokan sampah dari tapak pelupusan haram di kawasan Lembah Sungai Tua, Hulu Yam disangkal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Shari berkata, sebaliknya banyak bantuan dihulurkan Kerajaan Negeri sebaik selepas tragedi berkenaan yang berlaku pada 23 September lalu.

Menurutnya, kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar kepada media selepas melawat ke tempat kejadian Rabu lalu adalah bertentangan dengan keputusan pihaknya.

“Beliau (Noh) kata tiada apa bantuan diberikan Kerajaan Negeri termasuk kepada penternak terjejas dalam kejadian berkenaan. Sedangkan, bantuan kita berikan bukan setakat kepada penternak di situ sahaja.

“Sebaliknya, kita membantu menyelesaikan semua masalah berkaitan termasuk isu pelupusan sampah haram di situ.

“Malah, sekarang pun sudah 95 peratus kebakaran di tapak berkenaan berjaya dipadamkan, manakala asap sudah berkurangan,” kata Amirudin.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan meninjau tapak pelupusan haram berkenaan bersama Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) N Gopalan, jawatankuasa DUN Batu Caves dan wakil penduduk setempat, kelmarin.

Mengulas perkembangan berkaitan, menurutnya, walaupun masih terdapat bau gas metana akibat kesan asap sampah itu, namun beliau yakin usaha pihak terbabit dan faktor cuaca mampu memadamkan api di situ sekitar dua hingga tiga minggu lagi.

“Pejabat Tanah juga akan membuat rampasan tanah yang dijadikan tempat pelupusan sampah haram itu secepat mungkin dan esok (semalam) borang itu dihantar.

“Selepas itu pula, anak syarikat Kerajaan Negeri, Worldwide Holding Berhad akan ambil alih dan bina pusat pelupusan sampah secara sah di situ,” katanya.

Memaklumkan bantuan kepada penternak lembu terjejas, Amirudin berkata, ladang lebih sesuai telah disediakan pihak Kerajaan Negeri dengan memperuntukkan 40 hektar tanah di Hulu Selangor.

Malahan menurutnya, usaha membuka ladang ternakan lembu berkelompok berkenaan akan berjaya menyelesaikan banyak masalah penternakan lembu yang sekarang berada dalam kawasan kurang sesuai.

“Pemindahan ternakan ini akan dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Ikutkan logik, mereka perlu juga berpindah kerana kawasan berkenaan tidak selamat lagi kerana longgo kan sampah menyebabkan tanah di situ rapuh.

“Apapun kita akan mengetahui perkembangan berkaitan selepas perbincangan bersama semua pihak terlibat pada minggu hadapan,” katanya.

Katanya, memandangkan sekarang tiada lagi kawasan sesuai bagi tujuan penternakan termasuk di Batu Caves, cadangan itu disifatkan praktikal untuk dilaksanakan buat masa ini.

Terdahulu, menurut Amirudin antara tindakan awal telah diambil pihaknya untuk membantu dan menangani masalah di situ dengan tindakan turun padang pihaknya sejak hari pertama kejadian.

“Hari kedua pula Jabatan Veterinar telah bantu membuat semburan vektor menghalang penyakit, mena nam lembu dijumpai mati dan kita telah membantu menyedut air dari kolam pecah untuk memadamkan api berkenaan.

“Manakala Noh hanya turun seminggu selepas itu dan kita difahamkan, beliau hanya memberikan sumba ngan pemberian lembu kepada penternak terjejas,” katanya.

Era Najib Altantuya : PAS Akan Menang Di Bagan Pinang

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin Pas akan memenangi kerusi DUN N31 Bagan Pinang pada Pilihan Raya Kecil 11 Oktober ini.

Menurut beliau, penerimaan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac tahun lalu dan tujuh pilihanraya kecil sebelum ini menunjukkan bahawa gagasan kerajaan alternatif itu pasti memberi saingan sengit di kubu kuat BN ini.

"Kita melihat berlaku satu lonjakan dalam PRU 2008 bila kita berjaya mencapai 4000 undi, Barisan Nasional 6000 undi. Ini menunjukkan ada kemajuan dan melihat kepada pilihan raya kecil berikutnya kita maju ke depan. Dan sebab itu saya yakin dan percaya akan mendapat mencapai kemajuan.

"Kita percaya untuk menang payah tetapi tidak mustahil kita boleh menang. Kita akan berusaha sedaya upaya untuk capai kemenangan," katanya ketika ditemui media di Pusat Penamaan Calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pagi tadi.

Mengulas mengenai populariti Isa Samad, Hadi berkata beliau menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan dalam pilihan raya ini.

"Terpulang kepada rakyat serah pada mereka, mereka lebih tahu tentang calon yang mereka hendak pilih dan kita memperkenalkan calon kita dan kita lihat rakyat dapat menilai," katanya.

Menurutnya PAS menggunakan strategi kempen seperti biasa dengan cara damai dan memujuk bagi mengelakkan ketegangan.

Hadi berkata isu kreadibiliti calon hanya akan dimainkan sekiranya ia difikirkan munasabah dan terdapat arahan daripada Jawatankuasa Khas Pilihanraya Pas agar isu berkenaan tidak dimainkan sewenang-wenangnya.

"Kempen secara damai secara memujuk kerana dalam konteks demokrasi berparlimen kita mahu undi banyak. Undi banyak mestilah kejayaan kita memujuk pengundi-pengundi dengan cara sebaiknya.Oleh itu sebarang ketegangan hendaklah dielakkan.

"Itu kita akan tunggu dari masa ke masa mengikut munasabah dan kita ada akhlak dan moral kita berkempen. Berbeza dengan otrang lain," katanya.

Mengulas mengenai isu undi pos yang dibangkitan PAS pada pilihanraya kecil pada kali ini Hadi berkata ia dibuat berikutan ketidaktelusan SPR berhubung isu berkenaan.

Hadi berkata pihaknya mempunyai bukti terdapat pengundi pos yang tidak mengundi namun kertas undian mereka dikeluarkan dan dikatakan telah membuang mengundi.

"Kita menyedari SPR tidak diberikan kuasa sepenuhnya secara demokratik. SPR dibawah Jabatan Perdana Menteri masih wujud hal-hal yang tidak menunjukkan ketidak telusan.

Ini diakui sendiri oleh SPR dalam pertemuan yang kami adakan. Ada perkara yang mereka tidak boleh buat.

"Antaranya kerahsiaan undi pos, itu mereka tiodak boleh jawab kerana undi pos ini mereka sediakan dua sampul kecil satu kertas undi satu saksi bagi menyatakan pengundi itu mengundi. Kemudia kedua sampul ini diletakkan ke dalam satu sampul boleh dibuka danb diketahui. Kerahsiannya tidak wujud," katanya.

Era Najib Altantuya : Undi Bukan Melayu Solid Kepada PAS

Kes-kes Kugan dan Teoh Beng Hock diramalkan akan menjadi penyebabkan kepada sokongan masyarakat bukan-Melayu yang sebanyak 26% disapu bersih oleh calon Pakatan Rakyat, demikian pandangan beberapa penganalisis politik tanahair.

Bagi kes A.Kugan masyarakat India menyatakan adalah tidak munasabah hanya seorang anggota berpangkat rendah diheret ke muka pengadilan walhal 10 lagi dari pelbagai pangkat dikatakan terbabit dalam pembunuhan itu.

"Mengapa seorang sahaja dihadapkan? dan dia seorang India. Perihal dia hanya seorang konstabel? Perihal ada pegawai yang OCPD ada, Chief Inspektor ada. Sebanyak 11 orang ada. Ditukar dari balai ke pejabat, kerja pejabat. Tapi sekarang saya tengok, satu orang sahaja yang didakwa" soal Ahli Parlimen Kapar, S.Manickavasagam.

Manikavasagam menambah kerajaan tidak harus membedakan undang-undang untuk orang-orang kecil dan orang-orang besar termasuk polis. Sekiranya perbicaraan kes bunuh ini didapati tempang, maka rakyat akan melihat pemerintah menghalalkan penderaan dan keganasan polis.

Konstabel Navindran Vivekanadan dibicarakan untuk dua kesalahan menyebabkan kecederaan semasa memeras pengakuan dari mangsa, 16 Januari lalu.

Anggota polis itu didakwa di bawah Seksyen 331 Kanun Keseksaan kerana memeras mangsa sehingga mendatangkan kecederaan dan Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan mangsa mengalami cedera parah.

Jika disabitkan kesalahan, Navindran menghadapi 10 tahun penjara dan denda bagi Seksyen 331 dan tujuh tahun penjara bagi Seskyen 330. Navindran mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan ikat jamin RM10,000 dan 5 November untuk sebutan kes.

Sementara bagi masyarakat Cina, Inkues Teoh Beng Hock yang berjalan telah menampakkan ciri-ciri dimana terdapat percubaan "cover-up" perbuatan jenayah yang dilakukan ke atas mendiang apabila Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis dengan menggunakan beberapa orang saksi cuba sedaya-upaya untuk menunjukkan kononnya Teoh Beng Hock membunuh diri.

"Teori itu lansung tidak masuk akal. Kejadian-kejadian jatuh bangunan selepas tragedi Teoh membuktikan keceraan parah di alami oleh mangsa. Tetapi tidak berlaku kepada Teoh Beng Hock. Ini menunjukkan bahawa Teoh telah mati sebelum ditemui dan menjelaskan juga bahawa mayat itu seperti sola-olah diletakkan disitu, bukan disebabkan oleh jatuh bangunan," kata seorang peguam yang enggan namanya disiarkan.

Jumlah Pengundi Bagan Pinang ialah 13,664 (Pemilih biasa 9,060 dan 4,604 pemilih pos)yang mana mengikut pecahan bangsa - Melayu: 8,577 (62.77 peratus), India (2,834/20.74 peratus), Cina, (755/5.54 peratus).

Era Najib Altantuya : Bersepai Hasrat UMNO BN Untuk Lihat Undi PR Berpecah

Hasrat UMNO BN untuk melihat undi Pakatan Rakyat berpecah berkecai apabila calon Bebas yang bercadang untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Shahruddin Abdul Hamid menghadapi masalah untuk menyerahkan borang pencalonannya semasa proses penamaan calon pagi ini.

Beliau yang masuk ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pada pukul 9.15 pagi tadi keluar kira-kira 10 minit kemudian.

"Saya hadapi sedikit masalah kerana pencadang yang saya kemukakan bukan dari DUN Bagan Pinang.

"Hanya penyokong saya berasal dari DUN ini," katanya ketika ditemui di sini.

Bagaimanapun, menurut bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, beliau akan berusaha untuk mendapatkan pengganti kepada pencadangnya.

"Saya akan mencari pengganti, saya yakin dalam masa kurang 30 minit ini, saya akan dapat pengganti," katanya.

Tetapi sehingga waktu penyerahan borang pencalonan ditutup pada pukul 10.00 pagi, batang tubuh Shahruddin tidak muncul-muncul.

Media UMNO BN sejak beberapa hari lalu memberikan liputan meluas terhadap Shaharuddin yang kononnya keluar dari Parti Keadilan Rakyat untuk bertanding tiket Bebas kerana dikatakan tidak puashati dengan kerusi DUN yang ditandingi oleh PAS.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya Azman Mohammad Nor yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH), awal bulan lalu.

Allahyarham yang bertanding pertama kali, memenangi kerusi berkenaan dengan memperolehi 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail. Beliau menang dengan majoriti 2,333 undi.

Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR). Satu lagi kerusi iaitu DUN Linggi dimenangi BN.

Nizar Akan teruskan Agenda Bubar DUN

Saya akan meneruskan agenda pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak walaupun keputusan sebutan semula status kedudukan Menteri Besar 5 November depan memihak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir,” kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu, sama ada kalah atau menang, ia bukan jalan penyelesaian ke arah merungkai kemelut politik di negeri yang berlanjutan tidak ada ke penghujungnya.

“Kalau saya kalah sekalipun, agenda untuk membubarkan DUN akan tetap diteruskan kerana ia bukan membawa agenda peribadi atau parti tetapi agenda rakyat yang mahukan kestabilan politik negeri kembali seperti sebelumnya.

“Tidak bermakna Mahkamah Persekutuan membuat keputusan akan merungkaikan segala kemelut politik di sini kerana ia melibatkan kepercayaan dan mandat rakyat kepada pemimpin,” katanya semasa dihubungi Sinar Harian, semalam.

Nizar berkata, kedudukan pentadbiran Kerajaan Negeri pada ketika ini tidak stabil memandangkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas yang ketika ini masih setia kepada Barisan Nasional (BN).

Tetapi katanya, tidak mustahil mereka boleh mengubah pendirian berkenaan dalam sekelip mata.

Menurutnya, senario ini bukannya mustahil sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh ketiga-tiga ADUN berkenaan bagi menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak, lagipun mereka tidak terikat kepada mana-mana parti.

“Dalam konteks ini, mereka sebebas-bebasnya untuk memilih parti mana yang dirasakan memberi kelebihan serta manfaat kepada mereka.

“Sekiranya, ketiga-tiga ADUN ini melompat lagi sekali ke Pakatan Rakyat (PR) maka kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tumbang dengan sendirinya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, jika Zambry sedar akan hakikat ini seharusnya dia mengambil keputusan membubarkan DUN daripada menanggung aib kemudian hari.

“Dr Zambry perlu sedar jawatan yang disandangnya ketika ini bukan pilihan rakyat tetapi berdasarkan keputusan mahkamah, sedangkan hakikat untuk memikul tanggungjawab serta mandat berkenaan datangnya dari suara dan undi rakyat.

“Selagi Dr Zambry berkeras untuk meneruskan kerja-kerja sebagai Menteri Besar, selagi itulah dia dibenci rakyat serta dalam masa memperlihatkan BN begitu angkuh kepada rakyat semata-mata bagi memenuhi agenda politik masing-masing,” katanya.

Era Najib Altantuya : Satu Lawan Satu Di Bagan Pinang

Sah! Cuma dua calon untuk pilihanraya kecil N31 Bagan Pinang.

Demikian diumumkan oleh Pegawai Pengurus SPR, Abd. Wahab Shamsuddin sebentar tadi.

Pertandingan adalah satu lawan satu diantara Tan Sri Md Isa Samad mewakili Barisan Nasional dan Zulkefly Mohamad Omar mewakili PAS.

Calon Bebas, Shahruddin Abdul Hamid, yang turut berada di pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson sejak jam 9.20 pagi meninggalkan tempat itu kira-kira lima minit kemudian dan tidak muncul semula selepas itu.

Semasa meninggalkan dewan itu, Shahruddin memberitahu pemberita yang berada di pusat penamaan calon itu bahawa beliau sedang mencari seorang penyokong dari kawasan DUN itu untuk menyokong pencalonannya.

Selepas tempoh pencalonan ditutup, tempoh bantahan selama sejam lagi kini berjalan dan pengawai pengurus pilihan raya kecil itu Abdul Wahab Shamsuddin kemudiannya akan membuat pengumuman bagi memuktamadkan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu yang djadualkan pada 11 Oktober ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyadangnya Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September lalu.

Terdapat 13,644 pengundi berdaftar termasuk 4,604 pengundi pos di Bagan Pinang. Pengundian dijalankan pada 11 Okt nanti. Pada pilihan raya umum 2008, Azman berjaya menewaskan calon Pas Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.








Era Najib Altantuya : LIVE BAGAN PINANG

LIVE BAGAN PINANG

TAMAT KEMASKINI Sila ke SINI

11.00 pagi Pegawai Pengurus SPR umumkan tempoh bantahan ditutup.

10.50 pagi Tinggal 10 min sahaja lagi tempoh bantahan berakhir. Keadaan keselamatan kini terkawal. Terdapat 13,644 pengundi berdaftar termasuk 4,604 pengundi pos di Bagan Pinang. Pengundian dijalankan pada 11 Okt nanti.

10.21 pagi Hujan lebat mula turun kembali. Penyokong Pakatan Rakyat lari berlindung di bawah khemah yang disediakan di pusat penamaan calon. Ada yang menggunakan payung dan sesetengahnya menggunakan kain rentang untuk berlindung dari hujan.



11.00 pagi Pegawai Pengurus SPR mengumumkan tempoh bantahan ditutup

10.20 pagi Keadaan lagit menjadi gelap semula. Hujan boleh turun bila-bila masa.

10.12 pagi malaysiakini melaporkan Ketegangan meningkat apabila kelihatan botol air di baling dari sebelah penyokong BN. Manakala penyokong Pakatan menjerit kepada pihak polis supaya mengambil tindakan. Tetapi BHOnline dan NST cuba menipu pembacanya dengan menyatakan "segelintir penyokong Pakatan Rakyat kelihatan membaling botol air mineral ke arah FRU"

10.10 pagi Jika tiada bantahan makan Bagan Pinang menyaksikan pertangan dua penjuru diantara calon PAS dan BN

10.00 pagi Tempoh serahan borang calon tamat. Pegawai Pengurus SPR, Ab Wahab Shamsuddin mengumumkannya sebentar tadi. Cuma calon PAS dan BN berjaya menyerahkan borang. Setakat ini hanya dua calon kertas pencalonannya diterima SPR iaitu Calon BN, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar. Sekarang ialah tempoh bantahan sehingga jam 11 pagi.

9.56 pagi. malaysiakini melaporkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa matlamat PAS adalah untuk menang bukan setakat mengurangkan majoriti BN di Bagan Pinang.

9.55 pagi. Calon Bebas belum muncul lagi walaupun penamaan calon cuma tinggal 5 min lagi

9.45 pagi. Helikopter PDRM masih berlegar-legar bagi memantau keadaan. Tinggal 15 min sahaja lagi penamaan calon ditutup

9.41 pagi Berlaku sedikit ketegangan di luar pusat penamaan calon berikutan kedua-dua pihak mula timbulkan provokasi. FRU kelihatan bergegas ke bawah bagi mengawal keadaan.

9.40 pagi Calon PAS dan BN bersama pencadang dan penyokong mereka masih di dalam dewan

9.32 pagi Calon Bebas tadi sebenarnya telah membawa pencadang yang bukan pengundi Bagan Pinang

9.25 pagi Di luar, penyokong BN menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita' manakala penyokong Pakatan melungkan 'rasuah, hidup rakyat dan hancur BN".

9.20 pagi Calon Bebas dibenarkan masuk tetapi belum ada pencadang dan penyokong. Tetapi keluar sejurus kemudian tanpa memberi komen apa-apa. Mungkin bergegas utk mendapat pencadang dan penyokong.

9.17 pagi Baru cakap dah muncul Calon Bebas Shahruddin Abdul Hamid masuk ke pusat penamaan calon, tapi belum menyerahkan borang. Beliau tidak dibenarkan masuk untuk serah kertas pencalonan kerana tidak membawa pencadang dan penyokong. Beliau masih berdiri di luar dewan.

9.15 pagi Calon Bebas yang diwarwarkan belum muncul.

9.10 pagi Penyokong Pakatan seramai kira-kira 5,000. Manakala penyokong BN dianggarkan 3,000 orang. Hadi Awang bersama Tan Sri Khalid Ibrahim menujuk ke khemah BN untuk bersalam-salaman sempena Aidilfitri.

9.08 pagi Calon Pas memasuki Dewan Perbandaran Port Dickson pada jam 9.05 pagi, disusuli Isa Samad dua minit kemudian bersama pencadang masing-masing untuk mengemukakan kertas pencalonan.

9.06 pagi Keadaan trafik sesak. Cuaca bertambah baik namun para penyokong kelihatan basah kuyup.

9.01 pagi SPR umumkan penamaan calon dibuka hingga jam 10 pagi

9.00 pagi Keadaan cuaca, hujan lebat mulai reda

8.55 pagi Calon BN, Tan Sri Isa Samad kelihatan memasuki pusat penamaan calon diiringi Muhyiddin Yassin, Rais Yatim, Hishamuddin Hussein, Zahid Hamidi, Ong Tee Keat, Koh Tsu Koon serta pemimpin BN lain. Calon Bebas, Shahruddin Abdul Hamid yg dikatakan turut bertanding belum kelihatan.

8.45 pagi Ahli Parlimen Seremban John Fernandez dari DAP dihalang dari memasuki pusat penamaan calon.

8.40 pagi Calon PAS Zulkefly Omar dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini di pusat penamaan calon diiringi MB Selangor Khalid Ibrahim, Sallehudin Ayob, Azmin Ali dan ribuan penyokong.

8.30 pagi. Jalan sepanjang Port Dickson hujan telah mula turun, keadaan hujan semakin lebat.

8.20 pagi : Cuaca mendung, penyokong BN menawarkan air tebu percuma sepanjang hari penamaan calon. Penyokong Pas kini pula menjangkau 5,000. Mereka berteriak Hidup Pas, Hancur BN.

8.10 pagi : Helikopter PDRM berlegar bagi memantau keadaan di sekitar Teluk Kemang

8.00 pagi : Penyokong PAS sampai di simpang dewan berkenaan.

7.35 pagi : Isteri calon, Saeiah bt Tarmizi turut berarak menuju ke tempat penamaan calon diirngi YB Zailah dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah.

7.25 pagi : Penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sedang berjalan kaki dari Masjid Qariah Bagan Pinang menuju ke Pusat Penamaan calon.

Penyokong kedua-dua parti, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat telah mula berkumpul seawal jam 5.30 pagi tadi beberapa kilomter dari pusat penamaan calon piihan raya kecil DUN Bagan Pinang di sini.

Bagaimanapun suasana tenang dan terkawal dengan anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan, terutama Jalan Pantai, Teluk Kemanng ke pusat penamaan dcalon di Dewan Perbandaran Port Dickson.

Penyokong Pas dan BN masing-masing membawa bendera dan sepaduk parti mereka dengan kumpulan kecil antara 50 hingga 100 orang.







dikemaskinikan setiap masa, sila refresh