3 Mac 2011

Ummi Hafilda Askar Upahan UMNO

Jasin — PAS menyifatkan Ummi Hafilda Ali sebagai “askar upahan” Barisan Nasional (BN) kerana membantu parti itu dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Ummi Hafilda, adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, tampil menyampaikan ceramah dalam kempen pilihan raya kecil di Kampung Chinchin Hulu di sini malam tadi.

Dalam ceramahnya, Ummi Hafilda menggesa pengundi di Merlimau agar menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

“Ini politik kotor yang digunakan Umno-BN untuk mempengaruhi pengundi, ini pilihan raya kecil antara calon dengan calon . . . ia tak tumbangkan kerajaan (negeri).

“Saya jemput dia (Ummi Hafilda) ceramah banyak lagi, saya suka kalau dia mari banyak lagi . . . apa kesan dia sebagai askar upahan untuk tarik pengundi? Dia ini dipanggil macam askar upahan, saya lebih percaya dia dibayar . . . saya sifatkan Ummi Hafilda ini sebagai askar upahan,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman pada sidang media di Markas PAS di sini.

Ummi Hafilda pernah menggemparkan negara kerana mendedahkan salah laku Anwar yang juga Ketua Umum PKR, 13 tahun yang lalu.

Kata Halim, tindakan Ummi Hafilda membantu kempen pilihan raya kecil BN menunjukkan beliau tidak matang dalam berpolitik.

“Ini pilihan raya kecil, saya nasihatkan Ummi Hafilda kalau nak impak yang lebih besar di pilihan raya umum . . . Anwar tak bertanding sini, apa kena mengena dengan Anwarnya?

“Tiada kaitan pun dengan Azmin, ini adalah kempen yang kebudak-budakan, ia juga tak beri kesan pun pada kita. Tak isu pun, di sini isu tempatan banyak . . . Ummi Hafilda ini, kes sedang bicara di mahkamah buat apa dia bangkitkan,” kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Merlimau.

Tegas Halim, Ummi Hafilda seolah-olah dipergunakan untuk memburukkan kepimpinan Anwar dan juga Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP.

“Sebab itu saya kata tak berapa masak cara politik Ummi Hafilda, mesti ada orang guna dia . . . saya nasihat kalau nak guna, guna di pilihan raya umumlah bukan pilihan raya kecil . . . tiada kesan.

“Ini adalah satu taktik yang tidak masak dalam pilihan raya kecil, kalau kita buka rasuah kerajaan melaka dan tak ada integriti ketua menteri itu ada kesan.

“Datuk Seri Anwar sekarang sedang dibicara, jadi kita serah kepada mahkamah sahaja, tak tahu kalau Ummi Hafilda ini nak jadi hakim saya tak tahulah,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat Abdullah iaitu Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Dalam sidang media itu juga, Halim mendakwa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam seolah-olah merestui kempen ala samseng yang digunakan BN untuk menakut-nakutkan pengundi.

“Apa yang berlaku selama ini jelas menampakkan budaya samseng masih diamalkan Umno-BN, inikah budaya Umno-BN?

“(Mohd) Ali Rustam tak boleh kawal seolah-olah dia merestuinya, sepatutnya dia kawal tapi nampaknya perkara itu masih lagi berlaku...budaya samseng ini direstui Ali Rustam,” katanya. -TMI


Umno BN restu budaya samseng di Merlimau

JASIN, 3 Mac: Umno BN seolah-olah merestui budaya samseng sewaktu kempen pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau.

Pengarah Pilihan raya PAS PRK Dun Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai pengarah PRK bagi BN yang hanya berdiam diri menunjukkan beliau mahu keadaan ini berterusan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa insiden keganasan yang didakwa dilakukan oleh penyokong BN dalam tempoh beberapa hari kempen ini.

"Datuk Seri Ali Rustam tak boleh kawal tindakan ini ke?

“Ini menunjukkan beliau merestui budaya samseng ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa pada sidang media di Markas Induk PAS, di sini hari ini.

Beliau juga yakin perbuatan khianat yang dilakukan termasuk cubaan membakar pentas ceramah DAP sengaja dilakukan untuk membangkitkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS.

"Saya percaya mereka buat macam ini supaya orang PAS marah, dan balas balik apa yang dilakukan itu.

"Dengan itu mereka boleh tuduh orang PAS ganas, ekstremis," katanya. -HD


Penembak Tentara AS di Frankfurt Berteriak 'Allahu Akbar'

Seorang tentara Amerika Syarikat terkorban di dalam aksi tembak mendadak di bandar Frankfurt, Jerman, Rabu (2/3) semalam. Penembak tersebut dikenalpasti sebagai seorang pemuda yang bernama Arid Uka. Ia berumur 21 tahun.

Pemuda tersebut berasal dari etnik Albania dari Kosovo. Sebelum melepaskan tembakan, ia berteriak "Allahu Akbar," menurut sumber yang disampaikan ke ABCnews.com. Dia menembakkan sebanyak sembilan kali ke arah tentera AS.

Dan tembakannya itu menjatuhkan seorang AS dan pemandu bas tersebut. Setelah memuntahkan pelurunya, laki-laki ini juga berteriak "Jihad Jihad" atau "Allahu Akbar."

Para tentara AS berada di sebuah bas di bandar Frankfurt. Badan bus itu bertuliskan Angkatan Udara Amerika Serikat dan membawa 13 atau 14 orang, dengan seorang pemandu. Intelijen AS berusaha untuk menyelidiki apakah penembakan itu terjadi ketika pemuda bersenjata itu di bas atau saat dia cuba untuk menaiki bus.

Ketika ini pemuda tersebut ditahan dan FBI sedang menyelidiki kes tersebut, apakah penembakan itu merupakan tindakan terorisme. Presiden Obama mengatakan, "Saya sedih dan saya marah dengan serangan ini" dan penyelidik AS bekerja sama dengan pihak berkuasa Jerman dan memastikan membawa pelaku ke pengadilan.


Dua askar AS mati ditembak di Lapangan Terbang Frankfurt

FRANKFURT: Dua askar Amerika Syarikat terbunuh manakala dua yang lain cedera di Lapangan Terbang Frankfurt selepas seorang lelaki menembak mereka dengan pistol dari jarak dekat, serangan pertama seumpama itu terhadap tentera AS di Jerman dalam tempoh suku abad.

Presiden Barack Obama menyifatkan serangan itu sebagai “tindakan mengejutkan".
Suspek lelaki Kosovo berusia 21 tahun itu ditahan dan disoal siasat pihak berkuasa.

Anggota keluarga suspek di Kosovo menyifatkan beliau yang dilahir dan dibesarkan di Jerman serta bertugas di lapangan terbang itu sebagai seorang yang alim.

Beliau dilihat bergaduh dengan asakar AS di luar bas tentera mereka sebelum melepaskan tembakan yang membunuh pemandu bas dan seorang askar sebelum menaiki bas itu seketika.

Suspek kemudian melarikan diri dari terminal lapangan terbang itu tetapi dapat ditangkap dua anggota polis dan seorang askar yang mengejar beliau.

Menurut Tentera Udara AS, mangsa adalah sebahagian daripada anggota polis tentera dan anggota keselamatan pangkalan yang baru tiba dari England. - AP


Rakyat Perlu Tolak Pemimpin Cuai - Presiden PKR

Sebahagian besar daripada anggota jemaah menteri, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang 'ditipu' oleh dua rakan mereka berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang masih berkuasa, kata presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat di negara ini supaya bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan tersebut.

“Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan. Tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa kebankrapan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Merujuk keputusan kerajaan mengheret bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy ke Mahkamah Sesyen Putrajaya pada 28 Februari lalu, atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung PKFZ, Wan Azizah berkata perkembagan itu menimbulkan pelbagai persoalan.

“Senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam. Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini.

“Malah isu penipuan ini bukan sahaja kepada perdana menteri tetapi barisan kabinet pada zaman Tun Dr Mahathir. Kebanyakan dari mereka yang 'tertipu' masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan timbalannya hari ini.

Menurutnya, pemimpin kerajaan berkenaan telah dengan cuai meluluskan perjanjian tanah berhubung pembangunan PKFZ pada harga yang jauh lebih tinggi daripada nilai pasaran.

Selain Chan, pada 29 Julai tahun lalu, bekas presiden MCA yang juga bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik pula didakwa memperdayakan jemaah menteri bagi meluluskan perjanjian tanah berhubung pembangunan PKFZ.

“Mana mungkin kita membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negera.

“Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal,” katanya

Justeru, Wan Azizah berkata janji Pakatan Rakyat kepada rakyat negara ini adalah bagi menerajui sebuah kerajaan yang adil serta mengamalkan tatakelola yang baik.

“Pilihan raya umum ke-13 adalah peluang terbaik dan nampaknya semakin hampir,” katanya. -mk



Azizah: Betapa mudahnya Abdullah ditipu dalam isu PKFZ

Menerajui sebuah kerajaan yang adil serta mengamalkan tatakelola yang baik adalah janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. PRU13 adalah peluang terbaik dan nampaknya semakin hampir. Ini digambarkan dengan jelas apabila kerajaan mengambil keputusan mendakwa bekas Menteri Pengangkutan Chan Kong Choy (gambar bawah) atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri.

Senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam. Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini. Malah isu penipuan ini bukan sahaja kepada Perdana Menteri tetapi barisan kabinet pada zaman Mahathir Mohamad. Kebanyakan dari mereka yang "tertipu" masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya hari ini.

Mana mungkin kita membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negara. Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak diterima akal.

Justeru, rakyat harus bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan ini. Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan. Tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa kebankrapan.

*Kenyataan media oleh Wan Azizah Wan Ismail (gambar kiri) selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Ahmadinejad Beri Amaran Kepada Amerika Usah Campurtangan Soal Libya

Jika Amerika turut campur tangan di Libya maka negara itu akan menjadi kuburan bagi para tenteranya. Demikian amaran presiden Iran Mahmud Ahmadinejad.

Menurut presiden Ahmadinejad, bekas presiden Bush memberikan alasan serangan 11 September untuk menyerang Irak dan Afghanistan.

"Jika kamu sekali lagi mengirim tentara ke negara mana pun di Afrika Utara atau Timur Tengah, maka negara-negara di wilayah itu, akan bangkit dan menggali kubur untuk tentera kamu," demikian amaran presiden Ahmadinejad.

Sebelumnya, dua kapal perang AS yang membawa tentera laut dan peralatan memasuki Laut Tengah, Rabu, dalam perjalanan menuju Libya, kata Penguasa Terusan Suez, ketika Barat sedang mempertimbangkan pilihanh ketenteraan di negara itu. "Kapal USS Kearsage dan USS Ponce telah memasuki Laut Tengah," kata pihak berkuasa itu dalam sebuah pernyataan.

Kapal ampibi Kearsage, yang membawa sekitar 800 tentera laut, sebuah armada helikopter dan kemudahan perubatan, untuk membantu usaha kemanusiaan dan juga melakukan operasi ketenteraan.

"Secara pasti kami menggerakkan perlatan kami semakin dekat (ke Libya)," kata seorang pejabat pertahanan AS kepada AFP di Washington, Selasa.

"Sebuah kapal seperti Kearsage dapat melakukan pelbagai misi," tambahnya. Negara-negara Barat kini sedang berdebat mengenai apakah akan memberlakukan zon larangan terbang di atas Libya untuk membantu pemberontak yang memerangi pemerintah Moamar Kadhafi. Sejumlah tokoh pembangkang di Libya telah meminta serangan udara Barat.

Namun, Kadhafi memperingatkan dalam pidatonya Rabu, "ribuan" orang akan tewas jika Barat campur tangan untuk membantu pemberontak yang berusaha menjatuhkannya. Sebuah kapal induk AS, USS Enterprise, yang membawa jet-jet tempur yang mampu menegakkan zon larangan terbang, juga dikerahkan untuk krisis Libya.

[Bergambar] Rakyat Libya Raikan Kemenangan Kalahkan Tentera

Tripoli: Penunjuk perasaan di Libya merayakan kemenangan selepas berjaya melakukan serangan balas terhadap percubaan tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi untuk menawan semula bandar pelabuhan minyak, di Brega.

Bandar itu dipenuhi oleh rakyat yang bersorak gembira, melepaskan tembakan di udara, lapor John Simpson dari BBC di Brega.

Pasukan keselamatan Gaddafi dengan senjata yang lengkap tiba dalam satu jumlah yang besar, dan pada suatu ketika kelihatan untuk menguasai bandar itu. Tetapi akhirnya mereka terpaksa berundur.

Dalam ucapannya menerusi siaran televisyen, Gaddafi berkata, beribu-ribu rakyat Libya akan terkorban jika tentera Barat campur tangan.

“Kami tidak boleh menerima campur tangan Amerika. Ini akan membawa kepada penumpahan darah dan beribu-ribu rakyat Libya akan terkorban jika Amerika dan Nato memasukki Libya,” katanya.

Perbincangan terus berjalan di Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai cadangan pelaksanaan untuk menyekat ruang udara bagi menghalang tentera udara Gaddafi melancarkan serangan.

Tetapi Barbara Plett dari BBC yang berpangkalan di New York berkata, Rusia merupakan salah sebuah negara, yang besar kemungkinan

tidak akan menyokong cadangan memperkenalkan zon larangan penerbangan kecuali sekiranya tentera udara Gaddafi menyerang orang awam.

John Simpson berkata, beliau telah pergi ke universiti dan pantai Brega di mana pertempuran sengit berlaku semalam dan mereka kelihatan bebas dari asakan tentera Gaddafi. - bbcnews












Kereta Peugeot Tua Presiden Iran Laku RM7.5 Juta

Teheran - Sebuah kereta Peugeot 504 keluaran tahun 1977 milik Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dijual pada harga AS$2.5 juta (RM7.5 juta) dalam satu lelongan antarabangsa kelmarin, kata laman web Pertubuhan Kebajikan Iran.

Gambar: KETUA Pertubuhan Kebajikan Iran, Ahmad Esfandyari (dua dari kanan) membuka pintu untuk Mohammad Isari (kanan) yang mewakili seorang pelanggannya yang membeli kereta Peugeot 504 milik Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad di Abadan kelmarin.

Sebuah syarikat yang membeli kereta itu tidak mahu identitinya didedahkan, kata kenyataan pertubuhan berkenaan selepas lelongan tersebut berlangsung di bandar Abadan, barat daya Iran.

"Klien saya membeli kereta itu kerana meminati Mahmoud yang mengamalkan pendirian yang bencikan keangkuhan dan fahaman Zionisme," kata seorang peguam Mahmoud Esari.

Beliau mewakili syarikat berkenaan untuk membeli kereta itu dalam satu majlis lelongan di Abadan kelmarin.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Iran, Ahmad Esfandyari memberitahu, lebih sejuta pembida mendaftar di laman web bidaan tersebut.

Katanya, terdapat juga bidaan-bidaan yang datang dari Eropah, Asia dan Amerika Syarikat.

Pada 1 Januari lalu, Mahmoud melancarkan laman web www.ahmadinejad-car.com untuk mengundang bidaan antarabangsa untuk kereta itu.

Hasil jualan kereta tersebut akan digunakan bagi membiayai pembinaan 6,000 kediaman untuk wanita miskin dan golongan tidak berkemampuan. - AFP

Cabul Rakan Sekolah

Ayer Keroh - Tiga pelajar dituduh di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, kerana mencabul rakan sekolah mereka, minggu lalu.

Dua daripada tiga tertuduh berumur 17 tahun dan seorang lagi 16 tahun, mengaku bersalah selepas faham pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, ketiga-tiga pesalah juvana itu didapati menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun 10 bulan.

Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah kelas di sebuah sekolah di Daerah Melaka Tengah kira-kira jam 2.30 petang pada 22 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

Pegawai Pendakwa, Zaini A Aziz ketika pendakwaan menawarkan kepada mahkamah jaminan RM2,500 terhadap setiap tertuduh.

Majistret Aishah Hijriah Arshad yang membenarkan jaminan RM2,300 kemudian turut menetapkan 14 April depan sebagai tarikh sebutan untuk mendengar laporan akhlak sebelum dijatuhkan hukuman. -SH

Alasan Palsu SPR Mengenai Pertambahan Undi Pos Yang Naik Mendadak

Undi pos: SPR percaya naik kerana kesedaran, Bersih 2.0 mahu semakan

KUALA LUMPUR, 3 Mac — Pertambahan bilangan pengundi pos di Perak adalah ekoran peningkatan kesedaran hak mengundi termasuk di kalangan mereka yang berkahwin dengan anggota pasukan keselamatan, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sambil menolak kesangsian mengenai jumlah pengundi pos.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar memberitahu The Malaysian Insider, lebih ramai termasuk mereka mendirikan rumah tangga dengan anggota polis dan tentera kini tahu tentang hak mereka bahawa boleh menjadi pengundi tidak hadir, yang memberikan mereka hak untuk mengundi menerusi sistem undi pos.

“Saya percaya jika ada peningkatan jumlah pengundi pos sebagaimana didakwa, isteri anggota tentera dan polis memutuskan untuk mendaftar bersama suami mereka. Ini satu kemungkinan,” katanya ketika dihubungi.

Wan Ahmad diminta mengulas dakwaan peningkatan pengundi pos, perkembangan yang dilihat untuk memperkukuhkan kedudukan Barisan Nasional (BN) di negeri itu menjelang pilihan raya umum ke—13.

Mengambil kira angka peringkat nasional, menurut beliau, pengundi pos di kalangan anggota tentera dianggarkan seramai 134,000 di kalangan tentera dan 80,000 lagi membabitkan polis.

Pengundi pos kalangan pasukan keselamatan lazimnya dianggap sebagai ‘bank undi’ bagi BN dan memihak kepada perikatan tersebut.

Wan Ahmad menambah, beliau tidak pasti dengan angka sebenar pengundi pos di Perak dan perlu mendapatkan maklumat daripada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak sebelum boleh mengulas lanjut mengenai isu yang dibangkitkan itu.

BN kehilangan kerajaan negeri Perak pada 8 Mac 2008, tetapi memperoleh kembali 11 bulan kemudian apabila tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar parti.

Kelmarin, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan kebimbangan dengan peningkatan mendadak pengundi pos seramai 5,669 dan 1,102 orang masing-masing bagi kerusi DUN Pangkor dan Kamunting.

Adun PKR Perak Chan Ming Kai berkata, meskipun Pangkor yang dimenangi oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir — mengalami peningkatan lebih 5,000 pengundi, kawasan Parlimen Lumut, yang merangkui DUN Pangkor, dimenangi oleh Datuk Seri Kong Cho Ha dari MCA, dimenangi dengan majoriti tipis 298 undi daripada 55,930 pengundi di bahagian tersebut.

DUN Kamunting pula dimenangi oleh Mohamad Zahir Abdul Khalid dari Umno dengan kelebihan 555 undi.

Sehubungan itu, parti tersebut menggesa SPR meneliti peningakatan secara ketara jumlah pengundi pos di kawasan tersebut.

SPR akan mengadakan mesyuarat bulanannya hari ini dan dijangka mengeluarkan daftar pemilih terbaru bagi tahun 2010.

Dengan merujuk kepada undang-undang pilihan raya, Wan Ahmad berkata, anggota tentera dan polis secara automatik menjadi pengundi pos dan pasangan mereka juga mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Katanya, di Perak ada ramai anggota tentera termasuk pangkalan tentera laut di Lumut.

“Mereka diberikan pilihan. Mereka boleh memilih sama ada mahu jadi pengundi biasa atau daftar sebagai pengundi tidak hadir, sekali gus mengundi secara pos, selagi mereka memenuhi keperluan undang-undang,” katanya.

Bagaimanapun pertubuhan bagi pilihan raya bersih dan bersih Bersih 2.0 mencabar pandangan itu.

“Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Wan Ahmad,” kata Pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan kepada The Malaysian Insider.

Sebagaimana dibangkitkan oleh PKR, kata beliau, pihaknya juga mahu SPR menggunakan budi bicara dalam mendaftar permohonan memandangkan keseluruhan proses terdedah kepada salah guna.

“Ia bertentangan dengan semangat pengundian secara pos,” katanya lagi.

Wan Ahmad berkata SPR tiada kuasa untuk menolak pendaftaran sebarang permohonan selagi ia memenuhi kriteria yang diperuntukkan.

“Jika seseorang layak di bawah syarat, kami tidak menolak. Tugas kami ialah memastikan tidak ada pertindihan pengundi bagi mengelakkan penipuan,” katanya. -TMI

Ulasan GB

Kepada Timbalan pengerusi SPR, kita katakan kepadanya, janganlah nak memperbodohkan rakyat.

Satu dunia dah tahu SPR kini sedang giat melakukan usaha-usaha penipuan untuk mempastikan BN menang di dalam pilihanraya akan datang terutama dengan cara menambahkan bilangan pengundi dan undi pos.

Satu dunia juga tahu anda Timbalan Pengerusi SPR selama ini arahan PM, Mohd Najib Tun Razak utuk mempastikan penyelewengan berlaku seperti mana SPR pernah melakukan untuk membantu Najib di Pekan di dalam pilihanraya 2004 setelah Najib hampir tewas di tangan PAS pada tahun 1999.

Satu dunia tahu bahawa SPR pernah ditegur oleh Najib kerana gagal memainkan peranan untuk mengikut arahan Najib di pilihanraya kecil Manek Urai menyebabkan BN gagal tipis di sana.

Ini zaman teknologi IT dimana maklumat dihujung jari.

Seandainya SPR masih terus menerus cuba membohongi rakyat untuk mengikut telunjuk PM tersebut, pesan kepadanya, bahawa beliau bakal di "Mubarak"kan oleh rakyat satu hari nanti.

Kebenarannya, jika SPR memainkan peranan secara neutral dan berkecuali, UMNO BN sudah lama dikuburkan.

Namun kebenaran itu tetap muncul juga akhirnya. Matahari tidak boleh dilindungi awan tebal selama-lamanya.

Yuhaizad Lebih Layak Jadi Wakil Rakyat Merlimau

Hj Yuhaizad Abdullah, calon PAS di dalam pilihanraya kecil N27 DUN Merlimau lebih layak menjadi wakil rakyat ditinjau dari aspek apa sekalipun berbanding dengan calon BN, Roslan Ahmad.

Ini tegaskan oleh YB Dr Mujahid Yusof, Ahli Parlimen Parit Buntar di dalam ceramah kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau di UPU Merlimau Utara malam tadi. Beliau amat mengenali Hj Yuhaizad sewaktu bersama-sama berjuang di dalam saf kepimpinan PAS Jasin satu ketika dulu.

Dr Mujahid yang pernah bertanding kali pertama di Jasin, Melaka pada tahun 1999 menyatakan rakyat Merlimau perlu memilih Hj Yuhaizad Abdullah sebagai wakil rakyat supaya beliau dapat bertindak sebagai ADUN yang akan "menyamak dan timbangtara" (check and balance) terhadap pemerintahan UMNO BN di bawah Ketua Menteri YAB Mohd Ali Rustam.

PAS dan Pakatan Rakyat bukan sekadar berjuang melawan UMNO BN, tetapi terpaksa berjuang dengan pelbagai jentera kerajaan seperti JKR, media massa arus perdana seperti TV dan suratkhabar, Polis dan sebagainya.

"Jika PAS Pakatan Rakyat melawan UMNO BN, sudah lama UMNO BN tersungkur dan dikuburkan," jelasnya.

Beliau juga kesal dengan tindakan polis yang tidak profesyenal yang memejamkan mata terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pihak UMNO BN tetapi akan segera bertindak jika kesalahan yang walau sekecil manapun di lakukan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Budaya gangsterisme yang dilakukan oleh puak-puak UMNO yang menyebabkan beberapa insiden cermin kereta penyokong PR dipecahkan di beberapa majlis ceramah Pakatan Rakyat amat dikesalkan.

Dr Mujahid juga mendedahkan PAS dilarang untuk berkempen di Estet Sime Darby Kempas, Merlimau.

Alasan yang diberikan adalah mengikut arahan "pihak atasan" yang hanya BN sahaja yang dibenarkan memasuki estet tersebut.

Sebelumnya, Cikgu Normala Shamsuddin yang turut menyampaikan ceramahnya, menyatakan pemilihan Yuhaizad Abdullah sebagai wakil rakyat adalah perlu untuk meletakkan seorang wakil rakyat yang beragama Islam di dewan undangan negeri Melaka.

Pemilihan Yuhaizad menunjukkan PAS tidak pernah ketandusan dengan pemimpin muda dan akan sentiasa ada lapis-lapis kepimpinan yang muncul untuk menggalas perjuangan untuk membela nasib rakyat dan memperjuangan kebenaran dan keadilan.

Beliau yang merupakan mantan calon mewakili PAS di dalam pilihanraya kecil DUN Tenang pada bulan Januari tahun ini menyatakan UMNO BN tidak habis-habis melakukan kempen secara kotor dan biadab di dalam mana-mana kempen pilihanraya.

Beliau mendedahkan kes di mana di dalam pilihanraya DUN Tenang, bagaimana para blogger UMNO telah melakukan fitnah terhadap dirinya dimana disebarkan sijil SPM palsu yang diubah kononnya beliau tidak lulus di dalam matapelajaran uagama Islam sedangkan hal yang sebenar beliau memperolehi pangkat A1 dalam matapelajaran tersebut.

Berapa ramai Guru besar dan guru-guru yang mengambil cuti sakit berkempen untuk UMNO dan BN tidak diambil tindakan, tetapi suaminya yang betul-betul mempunyai sijil cuti sakit dijadikan sasaran, tambahnya.

Namun beliau menyedari tribulasi dan mehnah yang dihadapi adalah sebahagian dari ciri perjuangan Rasulullah s.a.w. yang perlu dilaluinya dan beliau mengingatkan bahawa perjuangan tidak sekadar berakhir di kertas undi sebaliknya segala amal akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Sementara itu di Markas PAS di Pasti As-Solihin Merlimau Pasir, Sdr Badrulhisham Saharin atau lebih dikenali dengan chegubard dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut berkempen membantu calon PAS untuk PRK Dun Merlimau.

Chegubard turut membidas kumpulan UMNO BN yang menggunakan taktik gangsterism di dalam kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau.

Beliau turut kesal dengan kenyataan beberapa pemimpin UMNO BN yang mencemarkan Islam di dalam kempen-kempennya di kalangan bukan-Melayu.

Di hadapan pengundi bukan Melayu, mereka sanggup memperlekehkan hukum dan agama Islam semata-mata untuk meraih undi bukan Melayu.

Sementara "Mursyidul Am BN", Chua Soi Lek pula menimbulkan isu yang remeh kerana tidak faham dan tidak menghormati ajaran Islam seperti yang berlaku di dalam PRK Tenang awal tahun ini.

Menyentuh tentang penyebaran gambar lucah oleh pihak UMNO BN, beliau menyatakan beliau mungkin boleh memaafkan mereka kerana ia bersifat politik yang UMNO BN memang suka kepada gambar-gambar lucah, tetapi apabila mereka menghina Islam sama sekali tidak boleh diterima oleh umat Islam.

Beliau turut yakin Hj Yuhaizad akan mampu menjadi wakil rakyat yang berwibawa dan membela rakyat Merlimau berbanding Roslan Ahmad dari BN.

Roslan akan hanya menjadi "YES MAN" di dalam dewan undangan negeri terhadap segala pembaziran yang dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam.


BN Guna NGO, Ubah Taktik Bawa Penari Seksi Ke Merlimau.

NGO 1M'sia: Kami juga jengkelkan BN

Pertubuhan NGO misteri - 1Malaysia yang menymbang barangan keperluan serta menaja jamuan makan malam kepada pengundi setiap kali pilihan raya kecil diadakan dikatakan bukan sahaja menjengkelkan parti pembangkang tetapi juga parti komponen BN. Ini kerana kempen mereka dikatakan lebih mencuri tumpuan.

Menurut sumber, aktiviti yang dianjurkan oleh NGO itu berjaya mendapat respon yang lebih baik dengan apa yang dilakukan oleh BN dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati, khususnya di kalangan pemimpin MCA, MIC dan Gerakan.

Menurut sumber yang rapat dengan NGO itu, pihak media juga sepatutnya dipersalahkan kerana memaparkan mereka sebagai pertubuhan pro-BN.

"Kita telah mencuri tumpuan. Tetapi kenapa aktiviti yang dianjurkan oleh MCA tidak mendapat sambutan yang baik?” soalnya.

Menurutnya, 1Malaysia adalah NGO yang bebas daripada pengaruh BN dan bukannya dibiayai oleh gabungan parti pemerintah itu.

"Katakan jika NGO 1Malaysia dihantar oleh BN, mengapa MCA ataupun MIC membenarkannya menjadi tumpuan?” soalnya lagi.

Ditanya sama ada pemimpin akar umbi MCA membantu NGO itu bagi menjemput pengundi menghadiri jamuan makan malam anjurannya, sumber itu menolak dakwaan itu dan berkata mereka juga adalah pengundi.

"Mengapa awak melihat mereka sebagai ahli MCA? Mereka juga adalah pengundi. Cuma kebetulan mereka yang saya kenali itu adalah ahli MCA,” katanya.

Dakwanya, tetamu pada jamuan itu termasuk ahli MCA, Gerakan, MIC dan DAP juga.

"Tahukah anda terdapat juga SB (polis Cawangan Khas) di jamuan itu? Jika kami dihantar oleh BN, mengapa mereka menghantar SB (untuk memantau jamuan makan malam itu)?” katanya kepada Malaysiakini, baru-baru ini.

"Tahukah anda mengapa jamuan makan 1Malaysia selalunya penuh? Ini kerana pengundi mendapat ketenangan di sini. Sebab itu mereka terus hadir setiap jamuan makan,” tambahnya.

Pada pilihan raya kecil terbaru di Merlimau yang sedang berlangsung ini, NGO 1Malaysia mengulangi modus operandi dengan mengadakan makan tenghari dan makan malam secara percuma hampir setiap hari. Ia lazimnya dihadiri oleh pengundi bukan Melayu yang jumlahnya daripada ratusan dan ada kalanya mencecah ribuan.

Sambil menjamu selera dengan di kelilingi poster gergasi Perdana Menteri, Datuk SeriNajib Abdul Razak dan logo rasmi 1Malaysia, mereka juga dihiburkan dengan persembahan daripada gadis-gadis muda dengan berpakaian seksi.

Orang ramai yang menghadiri majlis itu juga berpeluang memenangi beberapa hadiah menarik dalam cabutan bertuah. -mk

Ulasan GB

Ya, begitu sandiwara UMNO BN yang mengubah taktik dengan menggunakan NGO, bukan lagi parti komponen BN untuk membawa penari seksi di dalam pilihanraya kecil.

Jika sebelum ini majlis konsert sedemikian di bawa oleh MCA, tetapi setelah di hentam teruk oleh masyarakat Islam, kini sebuah NGO dibentuk - bernama 1Malaysia untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh MCA sebelum ini.

Untuk menipu rakyat, maka berkatalah mereka kononnya mereka juga mengjengkelkan BN, kononnya MCA, MIC dan Gerakan juga irihati dengan mereka, walhal itu adalah hanya wayang dan sandiwara untuk mengaburi mata masyarakat umum.

MCA, MIC dan Gerakan telribat untuk menjemput masyarakat bukan Melayu ke jamuan anjuran NGO berkenaan. Itu sudah jelas membuktikan ia adalah tajaan BN sendiri.

Dan mereka berkata kononnya "SB (polis Cawangan Khas) di jamuan itu? Jika kami dihantar oleh BN, mengapa mereka menghantar SB (untuk memantau jamuan makan malam itu)?”"

Kenyataan bodoh untuk memperbodohkan orang lain. Kita katakan SB ada di sana untuk menjaga keselamatan anda seperti mana SB-SB turut berada di mana-mana majlis UMNO, MCA atau Gerakan atau mana-mana komponen BN!

Berbanding jika SB berada di kelompok komponen PR dimana tugas SB di situ berbeza, untuk menimbulkan provokasi dan kacau-ganggu majlis-majlis anjuran PR.

Waspada: Penipuan Maybank2u Meningkat

Kuala Lumpur – Pelanggan perbankan Internet dinasihatkan supaya berhati-hati kerana penipuan melibatkan perkhidmatan tersebut terutama Maybank2u meningkat lima kali ganda pada tahun lalu.

Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarudin Md. Din berkata, sepanjang tahun lalu, polis telah menerima sebanyak 353 kes penipuan dengan kerugian sebanyak RM1.2 juta membabitkan perbankan Internet.

Menurut beliau, jumlah tersebut meningkat mendadak berbanding tahun 2009 iaitu polis hanya menerima sebanyak 75 kes membabitkan kerugian sebanyak RM215,131.

“Penjenayah perbankan Internet akan menggunakan teknik phishing iaitu dengan mewujudkan satu laman web palsu sesebuah bank dan menghantar e-mel kononnya mengenai keselamatan akaun (Security Alert).

E-mel itu meminta pengguna mengemaskini akaun mereka kononnya untuk mengelakkan sebarang penipuan pihak tidak bertanggungjawab,” kata beliau di sini semalam.

Kamarudin memberitahu, ketika membuat proses kemaskini itu, pengguna akan diminta supaya memasukkan beberapa data peribadi seperti nama, kata laluan dan nombor TAC (nombor empat digit pengesahan transaksi). -kosmo

[Bergambar] Kemalangan Ngeri Libatkan Dua Kereta Bertembung

Kuching - Tiga orang cedera parah apabila kenderaan masing-masing bertembung pada waktu tengah malam di Samariang Baru.

Seorang pemandu perempuan berumur 26 tahun sedang memandu sebuah Kancil telah hilang kawalan dan merempuh sebuah kenderaan lain yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 55.

Lelaki berkenaan bersama isterinya berumur 53 tahun mengalami cedera parah di kepala.

Menurut pemandu Kancil tersebut, hujan lebat sewaktu kejadian berlaku. Beliau juga mengalami kecederaan di kepala.

Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Besar Sarawak dan dimasukkan ke wad.

Di dalam satu kejadian berasingan, dua kenderaan bertembung, dan sebuah darinya tercampak ke dalam longkang.

Namun sekalipun kedua-dua kenderaan berkenaan remuk teruk, pemandu-pemandunya hanya mengalami cedera ringan.

Kemalangan tersebut berlaku di Matang Jaya jam 7 pm. -sarawakupdate







[Bergambar] Undi POS Di Merlimau Lancar

Jasin -- Proses undi pos bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau bermula hari ini melibatkan 36 orang pengundi.

Pengurus pilihan raya Roslan Eusoff berkata mereka yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk empat anggota wanita mula mengundi di Pejabat Daerah dan Tanah Jasin pukul 11.30 pagi ini.

Katanya terdapat lima anggota polis tidak mengundi kerana bertugas di luar daerah dan SPR akan mengedarkan kertas undi kepada mereka melalui pos.

"Proses pengundian berjalan lancar," katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

Calon Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad, 44, yang sedang giat berkempen juga sempat meluangkan masa melawat pusat mengundi tersebut.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau, Ahad ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Roslan dan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, daripada BN pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung. -- BERNAMA


Ulasan GB

Lancar memang lancar tapi PAS dijangka tak dapat apa-apa dari Undi Pos ini. Jika ada pun ia kurang dari 10%.





[Bergambar] "Kematian" - Calon PAS & UMNO Ketepikan Fahaman Politik

KETEPI FAHAMAN POLITIK ...


Calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad (dua kiri) dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, (tiga kanan) mengetepikan fahaman politik hanya untuk menghormati jenazah seorang pengundi Allahyarham Ali Bashah, 63, apabila mereka sama-sama mengusung keranda jenazah Allahyarham Ali ke Tanah Perkuburan Islam untuk dikebumikan di Kampung Kilang Berapi di sini, semalam.

Allahyarham meninggal dunia akibat sakit jantung.








Kenapa Tuduhan Ke Atas Chan Kong Choi Ringan Sangat?

Seorang ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Account Committee (PAC) telah mempersoalkan 'tuduhan ringan' yang dikenakan kepada bekas menteri pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berhubung kaitannya dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang ahli jawatankuasa pusat PAS berkata apabila ahli politik BN yang berprofail tinggi didakwa, tuduhan yang lazim dikenakan adalah ringan.

"Saya ingin tahu mengapa sedemikian. Perkara yang sama berlaku dengan (bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo dan bekas setiauasha politik (bekas menteri kewangan) Nor Mohamed Yakcop," kata Kamaruddin ketika dihubungi.

"Hal ini seakan telah menjadi pola sekarang apabila membabitkan kes-kes berprofail tinggi. Ahli politik BN yang didakwa - jika mereka didakwa - akan dikenakan hukuman yang paling ringan.”

Chan pada Isnin lalu dikenakan tiga pertuduhan menipu, yang membawa hukuman maksimum lima tahun setiap satu atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, PAC selepas inkuirinya pernah mencadangkan Chan disiasat untuk tuduhan pecah amanah(CBT), yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan rotan dan denda bagi pegawai kerajaan. -mk

PRK Kerdau: Mata SPR Buta Sebelah

Petaling Jaya: Pakatan Rakyat mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hanya nampak dan bertindak ke atas kesalahan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang tetapi membisu terhadap Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Mohd Nizam Hamid berkata, SPR mendiamkan diri mengenai penyalahgunaan kuasa oleh BN yang berlaku di merata tempat di Kerdau.

Sebaliknya, kata beliau, Suruhanjaya berkenaan sangat prihatin dengan kesalahan kecil yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

“Bendera dan kain rentang yang ada tulisan Pakatan Rakyat dibuang oleh petugas SPR tetapi pengguna jentera kerajaan oleh BN dibiarkan.

“Tetapi mereka guna pejabat penghulu untuk berkempen, guna bangunan kerajaan SPR diam sahaja. Dalam hal ini, SPR berat sebelah.

Mereka ambil tindakan ke atas pembangkang sahaja,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pilihan raya kecil (PRK) Kerdau Ahad ini, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad dicabar calon PAS, Hasanuddin Salim. PRK itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, Januari lalu akibat sakit jantung.

Mohd Nizam juga mendakwa, Majlis Belia Negara dan parti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) turut membuka bilik gerakan masing-masing sedangkan mereka bukan parti politik.

Sementara itu, beliau berkata, jentera pilihan raya pembangkang telah berjaya memasuki semua kampung yang sebelum ini tidak boleh berbuat demikian. Ia termasuk di Felda Jengka 15 yang barangkali kubu paling kuat Umno di sini.

”Di kawasan Felda pula dalam tinjauan yang dibuat, nampaknya mereka tidak terpengaruh dengan peruntukan RM10 juta yang diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada mereka Ahad lalu.

“Jika ini benar-benar berlaku, saya optimis PAS berpeluang besar untuk memenangi kerusi Kerdau, Ahad ini,” katanya. -FMT

Ulasan GB

Biasalah.

Mata SPR dan para pegawainya memang buta sebelah. Hanya melihat dan mencari kesalahan Pakatan Rakyat walaupun sebesar hama.

Kesalahan BN sebesar gajah tak mengapa.