12 Feb 2011

700,000 Kondom Dari Malaysia Hilang

Polis Malaysia sedang menyiasat kehilangan lebih dari 700,000 kondom ultra-tipis yang dikapalkan dari negara itu menuju Jepun, kata polis Malaysia, kompas.com melaporkan.

Sagami Rubber Industries, pembuat kondom utama Jepun, minggu lalu, menyatakan, kondom-kondom itu dimuatkan dalam satu peti kemas dari sebuah kilang di Malaysia utara. Namun saat peti kemas itu dibuka di Tokyo, di dalamnya kosong dan mendapati ratusan ribu kondom itu telah hilang. Perusahaan itu mengatakan, kunci-kuncinya telah diganti semasa ia tiba di Tokyo.

"Kami menangani hilangnya kondom itu dengan serius. Kami sedang menyiasat kes tersebut," kata seorang jurucakap polis Malaysia kepada AFP.

Sato Koji, pengurus kilang kondom Sagami di negari Perak, Malaysia, menyatakan, mereka telah melaporkan kes hilangnya kondom-kondom itu kepada pihak polis. "Kami tidak senang atas insiden tersebut. Ini kes pertama sejak kami memulakan pengeluaran di Malaysia tahun 1997," katanya kepada AFP.

Para pegawai di kilang Sagami menyebutkan, kondom-kondom itu, yang 14 peratus lebih tipis dari kondom-kondom yang beredar di pasaran, senilai total 1.5 juta dollar AS pada harga pasaran di Jepun.

Syarikat penghantar peti kemas menyatakan, barang kiriman dari Malaysia sering hilang dan banyak kess dilakukan orang dalam.

"Ada kunci, pemetrian, dan daftar yang disediakan pengirim barang dan perusahaan pengiriman untuk setiap bahagian perjalanan dari kilang hingga destinasi agar mudah mengetahui bila dan di mana barang dimanipulasi atau diubah," kata Presiden Persatuan Pengiriman Barang Melalui Udara Malyasia Walter Cullas.

BN Perlu Belajar Dari Krisis Mesir - Timb Menteri

BN perlu ambil iktibar krisis Mesir, kata anggota MT Umno

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan nasib yang melanda Mesir dan Presiden Hosni Mubarak jika gagal membuat transformasi politik yang dimulakan pemimpin mereka Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu kata beliau, pemimpin-pemimpin BN yang parti terasnya Umno perlu mengambil iktibar daripada pergolakan di Mesir yang semalam berakhir dengan Hosni tumbang ekoran kebangkitan rakyat selama 18 hari.

“Kejatuhan Hosni Mubarak harus memberi iktibar kepada Barisan Nasional. Ini adalah contoh, kalau kita tidak berubah, kita akan rebah seperti yang selalu diingatkan oleh (perdana menteri dan pengerusi BN) Datuk Seri Najib.

“Justeru, saya menyeru semua ahli BN supaya bersungguh-sungguh dan bersegera dalam mendokong sepenuhnya transformasi politik yang telah dimulakan oleh Datuk Seri Najib,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Beliau yang juga timbalan menteri pengajian tinggi berkata, sebagai warga dunia yang mencintai kebenaran, keadilan, keamanan sejagat, masyarakat baik serta mendokong demokrasi, “kita bersyukur dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan gerakan prodemokrasi Mesir, yang dianggotai rakyat.”

Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob pula berkata, kemenangan rakyat Mesir semalam bukan hanya “kemenangan rakyat Mesir tetapi kemenangan umat Islam serantau.”

“Hosni bukan sahaja bertindak zalim dan diktator kepada rakyatnya tetapi kepada ummat Islam sedunia apabila beliau bersekongkol dengan kerajaan zionis Isreal dalam membunuh umat Palestin yang tidak berdosa,” kata beliau dalam kenyataan berasingan.

Kata beliau, kesungguhan Hosni untuk tidak membenarkan bekalan ubat-ubatan dan makanan melalui sempadan negaranya di Rafah bagi membantu rakyat Palestin di Gaza, yang ditadbir Hamas, jelas membelakangkan isi hati dan naluri umat Islam dunia amnya.

“Melalui persefahamannya yang intim dengan Israel dan Amerika Syarikat, Hosni Mubarak telah sanggup untuk menggadai prinsip dan akidah perjuangan Islamnya demi untuk menjaga hubungannya dengan kedua-dua negara ini,” kata beliau.

Kata Raja Ahmad Iskandar, di negara sendiri selama hampir 30 tahun pemerintahan kuku besinya, beratus-ratus ulama dan ribuan rakyatnya telah dipenjara dan ada yang hilang tanpa dikesan kerana dituduh menentang kerajaan.

“Demokrasi disekat, kebebasan bersuara dibatas, media dikongkong dan ekonomi hanya dikawal serta dibahagikan di kalangan kroni.

“Kesabaran rakyat Mesir akhirnya telah memberi satu natijah yang luar biasa,” kata beliau lagi.

Justeru kata Raja Ahmad Iskandar, pihaknya berharap pihak berkuasa tentera tidak menyalahgunakan kuasa mereka dalam mengadakan peralihan kuasa sekarang.

“Satu jawatankuasa sementara perlulah dibentuk di kalangan parti-parti politik di Mesir untuk segera mengadakan pilihan raya pemilihan presiden dan bukannya diuruskan oleh pihak tentera.

“OIC (Pertubuhan Persidangan Islam) umpamanya perlulah menghantar wakil bagi mamantau perjalanan peralihan ini daripada campur tangan asing terutamanya Israel dan Amerika Syarikat yang sangat khuatir dengan perkembangan terkini ini,” kata beliau lagi.

Malah kata beliau, Dewan Pemuda PAS sendiri akan segera menghantar wakilnya ke Mesir bagi meninjau perkembangan terkini.

Waspada: Sedut Lemak Boleh Datangkan Risiko Kanser

Kaedah menyedut lemak dari mana-mana bahagian tubuh sebelum dipindahkan ke payudara dianggap berbahaya kerana ia mendatangkan risiko kanser dan kesan negatifnya lebih tinggi berbanding kaedah pembedahan implan.

Pakar Bedah Plastik dan Rekonduktif, Hospital Ampang Puteri, Datuk Dr Abdul Jalil Jidon berkata, pembedahan membabitkan payudara memerlukan pemeriksaan teliti dan perlu dilakukan pakar.

“Pembedahan yang tidak dilakukan mengikut prosedur betul boleh menyebabkan kesan buruk sehingga mengancam nyawa pesakit.

“Biasanya wanita yang ghairah ingin membesarkan payudara enggan menjalani sesi rundingan dan nasihat dengan pakar kerana menganggap ia memakan masa serta proses rawatan yang lambat,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kaedah pemindahan lemak bagi membesarkan payudara sudah lama wujud, namun tidak ramai doktor pakar mahu melakukannya kerana ia memerlukan pemeriksaan teliti.

“Memang ada kaedah menyedut mana-mana lemak pada bahagian badan untuk disuntik pada payudara supaya lebih besar, anjal dan menarik.

“Bagaimanapun, kaedah ini tidak digalakkan dalam rawatan pembedahan plastik kerana ia lebih mendatangkan risiko kanser dan kesan negatif yang lebih tinggi daripada kaedah pembedahan implan,” katanya.

Selain itu, katanya, kaedah pemindahan lemak boleh menyebabkan kerosakan pada tisu payudara akibat disuntik dengan lemak, sekali gus mengundang kesan sampingan. -hm

Berita Terkait

Wanita Derita Kesakitan Akibat Kemaruk Nak Besarkan Buah Dada

Kemenangan Rakyat Mesir Bangkitkan Semangat Penduduk Yaman Dan Algeria

Aden – Ketika rakyat Mesir di Kaherah bersuka cita merayakan perletakan jawatan Husni Mubarak dari kerusi presiden, rakyat Yaman kini menuntut adanya revolusi di negara mereka.

Di selatan kota pelabuhan Yaman, para penunjuk perasaan berbaris menyusuri daerah Mansoura sambil mengibarkan bendera Arab Selatan dan berseru, "Revolusi, revolusi untuk selatan."

Menurut para saksi, beberapa jam sebelumnya, pasukan polis menembak gas sewaktu demonstrasi di tempat yang sama. Ratusan orang lainnya melakukan aksi demontrasi yang sama di Aden, juga di beberapa kota lain di Yaman selatan.

"Setelah Husni Mubarak, berikutnya adalah Yaman," kata Zahra Saleh, aktivis pemisahan diri, yang menyaksikan situasi di Kaherah melalui televisyen di pejabatnya di Aden.

"Revolusi Yaman mesti lebih kuat," ujar Ali Jarallah, pemimpin gerakan pemisah selatan yang duduk bersebelahan dengan Saleh.

Gerakan pemisahan diri Yaman bukan menuntut adanya reformasi politik, mengakhiri korupsi, atau menuntut berundurnya Presiden Ali Abdullah Saleh, seperti yang dilakukan pembangkang politik di ibukota Sanaa. Mereka menuntut diakhirinya pendudukan Yaman utara dan pemulihan kemerdekaan Yaman selatan.

Meskipun kedua demonstrasi tersebut terinspirasi dari pemberontakan di Tunisia dan Mesir, perbezaan tujuan dari demontrasi Yaman tersebut mewakili bagaimana kelompok anti pemerintahan di seluruh negara Arab membentuk tenaga revolusioner untuk menjalankan agenda mereka masing-masing.

"Apa yang terjadi di Mesir memberikan secercah harapan bagi pergerakan di selatan," kata Tammam Bashraheel, sidang pengarang akhbar Al Ayyam yang telah dilarang beredar di Aden.

Pemimpin pergerakan selatan dan mantan Wakil Presiden Ali Salim Al Beidh mengatakan apa yang terjadi di Tunisia dan Mesir mecerminkan sejarah baru yang dapat disamakan dengan berakhirnya perang dingin.

Dari keterangan media yang diberikannya seperti dikutip The Christian Science Monitor, Sabtu (12/2/2011), ia menyamakan demonstrasi di Yaman selatan dengan Mesir, dimana pemuda memainkan peranan utama.


Pemimpin Algeria Resah Gelisah

Kejatuhan Presiden Mesir Hosni Mubarak telah menyebabkan Pemerintah Algeria menjadi resah gelisah. Maka, pada Sabtu (12/2/2011) Pemerintah Algeria menyiapkan ribuan polis keselamatan untuk mencegah aksi penunjuk perasaan kelompok prodemokrasi.

Sebelumnya pemerintah melarang aksi demonstrasi di ibu kota Algeria, Algiers. Namun, kelompok pembangkang dan sejumlah pegiat hak asasi manusia masih diam. "Kami sudah siap untuk melakukan aksi ini," kata jurucakap parti pembangkang, Aksi untuk Kebudayaan dan Demokrasi (RCD), Mohsen Belabes.

"Ini akan menjadi hari yang luar biasa bagi kehidupan berdemokrasi di Algeria," ucapnya.

Mereka mengatakan, aksi ini dilakukan untuk menuntut keadaan kehidupan yang lebih baik dan kebebasan yang jauh lebih besar bagi masyarakat di negara tesebut.

Sebelumnya pada Jumaat (11/2/2011), sebagaimana warta AP dan AFP, polis tempatan juga mencegah rancangan sekelompok warga yang akan bertindak di jalan untuk merayakan jatuhnya Presiden Mesir Hosni Mubarak.

Untuk mengekang tindakanini, sejumlah penjagaan dilakukan di beberapa perempatan jalan utama. Polis menempatkan sejumlah kenderaan dan puluhan polis berjaga di sejumlah jalan. Sejumlah 15 trak polis juga dilihat berjaga-jaga sejak malam di Lapangan 1 Mei, yang akan menjadi titik awal aksi tersebut. Aksi demonstrasi ini akan dimulai pada pukul 11.00 waktu tempatan. Sementara itu pihak polis berupaya menghentikan kegiatan masyarakat yang dapat berkembang ke arah aksi yang lebih besar seperti di Mesir dan Tunisia.

Demonstrasi di Algeria telah dilarang sejak 1992 atau tepatnya sejak penguasa memberlakukan keadaan darurat di negara itu. Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika pada awal bulan ini mengatakan, perintah keadaan darurat dicabut dalam waktu tidak lama lagi.

Menurut media pemerintah, pernyataan Bouteflika ini disampaikan sewaktu berlaku pertemuan dengan sejumlah menterinya di Algeria. Dalam kesempatan itu, dia juga membolehkan warganya melakukan aksi demonstrasi dan protes di seluruh wilayah Algeria, kecuali di ibu kota negara tersebut, Algiers.



Mesir & Malaysia Ada Persamaan, Amalan Berat Sebelah Pentingkan Kroni

Corak demokrasi yang diamalkan di Mesir didakwa tidak jauh berbeza dengan amalan di Malaysia, dakwa Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Beliau yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri berkata, terdapat pelbagai persamaan dalam corak pentadbiran kedua-dua negara itu meliputi aspek kebebasan media, penguatkuasaan undang-undang dan kebebasan rakyat menyuarakan hak masing-masing.

Menurutnya, tindakan kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengawal laporan media cetak dan elektronik dan melaporkan berita berat sebelah terhadap Pakatan Rakyat (PR) antara contoh pelaksanaan demokrasi berat sebelah yang turut diamalkan di Mesir.

“Pada masa sama, pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana individu yang didakwa mengancam keselamatan negara oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN) hampir serupa dengan kegerunan rakyat Mesir terhadap pasukan polis negara itu yang dikawal sepenuhnya oleh Presiden, Hosni Mubarak.

Mana-mana rakyat negara itu yang didapati menentang dasar kerajaan ditahan polis sesuka hati tanpa berpeluang membela diri, malah kebanyakan penjawat awam dipaksa mencurahkan kesetiaan terhadap kerajaan pimpinan Mubarak sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan tatatertib,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Phahrolrazi percaya tuntutan kebangkitan untuk memperoleh demokrasi sebenar akan dilaksanakan rakyat negara ini tidak lama lagi susulan sudah bosan dengan sistem demokrasi berat sebelah amalan Kerajaan BN yang menguntungkan kroni tertentu sahaja. -SH

Ulasan GB

KRONISMA - adalah tag penting di dalam sistem pemerintahan BN.

Kerajaan BN yang mengamalkan dasar berat sebelah di dalam pemerintahan dengan menekan negeri-negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat menggunakan segala jentera kerajaan mengundang kemarahan rakyat.

Rompakan royalti milik Kerajaan PAS Kelantan oleh rejim UMNO BN adalah bukti nyata terhadapnya.

Najib tidak perlu menafikannya dengan sekadar berslogan "rakyat didahulukan". Jika benar akyat didahulukan, hormati konsep federalisma, akui bahawa BN telah tewas di Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah di dalam pilihanraya 2008. Tetapi apa yang anda lakukan? Rampas Perak dan menindas/menekan kerajan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Dan Tuhan tidak pernah tidur atau lalai mengenainya.


Buang Bayi: Pasangan Ditahan

Manjung: Seorang wanita dan pasangannya yang bersekedudukan hingga melahirkan bayi tanpa pengetahuan keluarga mereka di sebuah hotel kira-kira 18 hari lalu, ditahan selepas wanita itu meninggalkan bayi itu di belakang rumah keluarga kekasihnya di Taman Fasa Dua, Seri Manjung, dekat sini, semalam. Gambar fail.

Bayi perempuan itu ditemui keluarga berkenaan selepas terdengar tangisannya di luar rumah sebelum memaklumkan perkara itu kepada polis pada kira-kira jam 5.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Shaharudin Abdullah, berkata bayi itu ditinggalkan bersama sebuah beg kecil di luar rumah berkenaan dan siasatan menemui satu resit penginapan hotel yang menjadi petunjuk sehingga polis berjaya menahan ibu bayi itu yang berusia 29 tahun.

“Wanita yang berasal dari sebuah negeri di utara Semenanjung itu mengaku bayi berkenaan adalah anak luar nikah hasil hubungan dengan kekasihnya yang berusia 24 tahun.

“Suspek juga mengaku dia meletakkan bayi di belakang rumah terbabit kerana pasangannya enggan bertanggungjawab menyebabkan dirinya hilang punca kerana tidak mampu untuk menjaga bayi itu bersendirian,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Shaharudin berkata, hasil maklumat itu, polis menahan kekasih wanita terbabit yang juga pekerja sebuah restoran makanan segera di sini.

Katanya, siasatan mendapati bayi mereka dilahirkan pada 25 Januari lalu dan dilahirkan sendiri suspek wanita di sebuah bilik hotel berkenaan.

“Kita percaya tindakan ini untuk mengelak kelahiran bayi mereka diketahui keluarga mereka dan tidak mahu menanggung malu,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut.-BH

Mubarak Lari Ke Emiriah Arab, Switzerland Beku Aset Mubarak

Presiden Hosni tinggalkan Kaherah, Al-Jazeera dakwa keluar Mesir

KAHERAH, 11 Feb — Hosni Mubarak dilaporkan telah meninggalkan ibu negara Mesir bersama keluarganya sementara momentum tunjuk perasaan yang masuk hari ke-18 hari ini terus meningkat sehari selepas presiden itu menegaskan tidak akan berundur sekarang.

Pihak tentera pula berjanji akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak tiga dekad lalu selepas keadaan semasa reda.

Hosni memerintah negara itu sejak 1981 dan kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

Laporan NBC News berkata, Hosni meninggalkan Kaherah untuk menuju resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.

Penunjuk perasaan juga mula berkumpul di pekarangan istana presiden hari ini.

Hosni mempunyai sebuah vila dan lazimnya menghabiskan hujung minggu di kawasan tersebut.

Laporan itu menyebut Hosni meninggalkan ibu negara, salah satu lokasi demonstrasi sejak tiga minggu lalu, bersama keluarganya dari pangkalan tentera Almaza.

Bagaimanapun laporan stesen TV Al-Jazeera yang dipetik msnbc pula berkata, Hosni sudah pun meninggalkan Mesir dan terbang ke Emiriah Arab Bersatu.

Laporan itu tidak dapat disahkan lagi.

Dalam ucapannya lewat semalam, Hosni mengumumkan beliau masih kekal dengan pendiriannya tidak mahu tunduk kepada tuntutan penunjuk perasaan sambil menegaskan, beliau akan terus menerajui negara Mesir sehingga September ini.

Komen beliau dalam ucapan menerusi televisyen muncul ketika sesetengah pihak termasuk Amerika Syarikat membuat tanggapan bahawa Hosni akan berundur segera.

Penunjuk-penunjuk perasaan menyambut ucapan Hosni dengan perasaan marah manakala pemimpin pembangkang utama pula menyifatkan pendirian terbaru presiden itu akan menyebabkan “Mesir meledak.”

Mereka yang menyertai demonstrasi tersentak dengan pendirian Hosni sambil melaungkan: “Pergi, pergi. pergi.”

Sesetengah penunjuk perasaan kelihatan menitiskan air mata manakala beberapa yang lain terkejut dengan ucapan itu.

Pemenang hadiah Nobel Keamanan Mohamed ElBaradei, yang dilihat sebagai pemimpin pembangkang utama di Mesir sekarang, meramalkan “Mesir akan meletup” kerana Hosni enggan tunduk kepada tuntutan rakyat.

Justeru, bekas ketua agensi nuklear antarabangsa ini meminta tentera campur tangan.


Switzerland beku aset Mubarak

ZURICH: Switzerland sudah membekukan aset yang menjadi milik Hosni Mubarak yang semalam meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir selepas 30 tahun memerintah Mesir, kata Kementerian Luar Switzerland, hari ini.

"Saya boleh mengesahkan bahawa Switzerland sudah membekukan harta yang menjadi milik bekas presiden itu berkuatkuasa serta-merta," kata jurucakap kementerian itu, Lars Knuchel sebaik Mubarak mengumumkan pengundurannya bagi mengakhiri tunjuk perasaan besar-besaran rakyat selama 18 hari.

"Berikutan tindakan ini, setiap aset akan dibekukan selama tiga tahun," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah wang yang terbabit atau di mana ia disimpan.

Aset yang dimiliki pemimpin yang menyokong Mubarak juga dibekukan iaitu dilarang daripada dijual atau dilupuskan sebarang hartanah atau aset kekal lain. - Reuters



Suami Kecewa Isterinya Ada Hubungan Sulit Dengan Lelaki Lain

Sepang: Luluh dan hancur hati seorang suami apabila mendapat tahu isteri yang dihantar bekerja setiap hari ada hubungan lelaki lain ketika disoal siasat polis selepas suaminya itu membuat laporan kehilangannya di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sabtu lalu.

Difahamkan, pada hari kejadian kira-kira jam 3 petang, suami wanita terbabit berusia 36 tahun seperti biasa menghantar isterinya berusia 30-an ke tempat kerja di sebuah kilang sebelum pulang semula ke rumah.

Menurut sumber, mangsa tidak mengesyaki apa-apa terus berlalu selepas melihat isterinya masuk ke dalam tempat kerjanya.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit cemas ketika ingin menjemput isterinya itu pulang kira-kira jam 8 malam selepas wanita terbabit tidak keluar dari tempat kerja.

“Dia yang menunggu di tempat biasa berasa pelik apabila isterinya tidak keluar dari tempat kerja lalu menghubungi telefon bimbit isterinya itu namun tidak berjawab,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang bimbang dengan keselamatan isterinya cuba menghubungi semula telefon bimbit isterinya itu beberapa kali, namun tidak berhasil. Dia yang tidak berputus asa menghubungi sekali lagi dan berjaya namun kali ini tiada suara kedengaran cuma kedengaran bunyi bising seperti berada di dalam bilik sebelum talian ditamatkan.

“Mangsa berjumpa penyelia tempat kerja isterinya dan terkejut apabila diberitahu isterinya itu tidak masuk kerja pada hari itu membuatkan dia bingung kerana menghantar isterinya ke tempat kerja,” katanya. -hm

Di Kuala Muda Kedah Ada Ikan Paus Terdampar Di Pantai

Sungai Petani - Bangkai seekor ikan paus dipercayai daripada spesies Bryde seberat 4,000 kilogram (kg) ditemui terdampar di kawasan pantai Pulau Sayak, Kota Kuala Muda di sini semalam.

Penemuan bangkai ikan paus sepanjang kira-kira 12 meter itu menarik perhatian ratusan penduduk kampung yang ingin melihatnya dari jarak dekat.

Berdasarkan keadaannya yang mula reput dan berbau busuk, haiwan itu dipercayai telah mati lebih tiga hari lalu sebelum dihanyutkan ke kawasan pantai.

Jabatan Perikanan negeri percaya ikan paus itu adalah daripada spesies Bryde yang tergolong dalam spesies haiwan marin terancam di negara ini.

Pegawai jabatan berkenaan juga telah mengambil sampel darah ikan paus tersebut untuk dihantar ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) di Rantau Abang, Terengganu. -kosmo

PRK Merlimau: TG Nik Aziz Rasmikan Markas Induk PAS N27 Merlimau

Perasmian Markas Induk PAS PRK Merlimau di Taman Muhibbah, Merlimau oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah selamat disempurnakan pada jam 11.00 pagi tadi.

Di dalam ucapan ringkas TG Nik Aziz di majlis berkenaan meminta semua petugas-petugas PAS untuk pilihanraya kecil N027 DUN Merlimau supaya meningkatkan gerakan menerangkan perjuangan parti kepada masyarakat tempatan dengan menjelaskan tentangan UMNO terhadap Islam selama ini.

Sebelumnya, petugas-petugas PAS bagi PRK Merlimau telah diberikan taklimat oleh Naib Presiden PAS, YB Salehuddin Ayub dan Bekas Pengarah Pilihanraya PRK Dun Tenang, Tn Haji Zulkifli yang mengongsikan pengalamannya di pilihanraya kecil DUN Tenang kepada petugas-petugas PAS untuk PRK DUN Merlimau.

(Oleh kerana pertemuan tersebut adalah pertemuan tertutup, GB tidaklah sepatutnya mendedahkan apa-apa yang disampaikan di majlis berkenaan).

Sementara itu, Salehuddin di dalam menjawab soalan wartawan selepas majlis berkenaan menyatakan calon PAS bagi PRK Merlimau akan diketahui pada hari esok selepas peringkat tertinggi PAS membuat keputusan.

Beliau berharap penamaan calon dan kempen pilihanraya kecil Merlimau akan berlaku di dalam suasana aman tanpa apa-apa insiden yang tidak diingini.

Menjawab satu pertanyaan lain, Salehuddin juga menyatakan bahawa nama calon wanita turut dipertimbangkan oleh PAS bagi mewakili DUN Merlimau.

Malam ini TG Nik Aziz akan berceramah di Pusat Tahfiz As-Solihin Merlimau bersama-sama Sdra. Lim Kit Siang.


Wanita Derita Kesakitan Akibat Kemaruk Nak Besarkan Buah Dada

Sebuah pusat rawatan kecantikan swasta dikesan menawarkan rawatan maut membesarkan payudara wanita dengan kaedah berbahaya, memindahkan tisu lemak perut ke payudara yang kecil. Gambar fail

Bagaimanapun, pembedahan `liposuction’ yang bukan dilakukan pakar bertauliah itu menyebabkan ada antara mangsa menderita apabila payudara mereka membengkak tidak sekata dan timbul ketumbuhan kecil umpama kanser.

Mangsa pembedahan berbahaya itu yang hanya mahu dikenali sebagai Y berkata, kini payudara sebelah kanannya lebih besar saiz cup C berbanding payudara di sebelah kiri hanya mempunyai saiz cup B.

Menurut wanita berusia 29 tahun itu, situasi berkenaan menyebabkan dia mengalami tekanan emosi yang teruk kerana malu dicemuh orang ramai termasuk kekasihnya sendiri.

“Mungkin ini salah saya sendiri kerana keinginan membesarkan payudara disebabkan menganggap saiz payudara saya kecil dan tidak menarik.

“Saya tertarik dengan iklan pusat rawatan kecantikan yang menawarkan pakej menarik dan bertambah teruja apabila ada rakan mendakwa rawatan diberikan pusat kecantikan itu amat berkesan, selain menjadikan tubuh lebih ramping” katanya.

Menurut Y, dia ke pusat rawatan kecantikan itu yang terletak di Kepong, sebelum diberikan penerangan berhubung kaedah rawatan membabitkan pembedahan kecil, selain kos bayaran yang perlu dijelaskan.

“Saya diberitahu, kaedah membesarkan payudara terbabit dilakukan dengan cara menyedut tisu lemak pada bahagian perut sebelum ia dipindahkan ke payudara saya yang kecil.

“Kakitangan pusat rawatan kecantikan itu memberitahu kaedah berkenaan membabitkan teknik pembedahan kecil dan ia tidak mempunyai risiko serta kesan sampingan buruk.

“Penjelasan itu menyebabkan saya percaya bulat-bulat dan setuju menjalani proses rawatan di pusat kecantikan itu,” katanya.

Menurutnya, proses pembedahan menggunakan tiub terbabit berjalan dengan lancar sebelum payudaranya dirasakan menegang dan membesar manakala lemak di perut turut menyusut.

“Mulanya saya riang dan menyangka pembedahan itu berjaya, lalu tanpa banyak berfikir terus membayar kos rawatan RM7,800,” katanya.

Bagaimanapun, kata Y, dalam tempoh rehat beberapa hari dia berasa tidak sedap hati apabila payudaranya kerap berdenyut dan terasa sakit tidak mengira masa.

“Saya rujuk masalah itu kepada kakitangan pusat rawatan kecantikan berkenaan sebelum diarahkan menjalani rawatan susulan. Mereka beri alasan tisu lemak dari perut saya yang dipindahkan ke payudara tidak berfungsi dengan baik serta gagal menyesuaikan diri di lokasi baru.

“Berikutan itu, saya dipujuk menjalani rawatan urutan payudara yang didakwa boleh mengurangkan rasa sakit. Saya terima cadangan itu, tapi nyata ia tetap gagal mengurangkan rasa sakit serta mengimbangi saiz payudara saya yang menjadi tidak sekata antara kiri dan kanan,” katanya.

Y berkata, keadaan menjadi lebih buruk apabila dia berasa seperti ada ketumbuhan keras di dalam payudara, selain tidak selesa dan sakit setiap kali disentuh.

Dua ketulan ketumbuhan itu muncul pada payudara kiri dipercayai kesan daripada pembedahan memindahkan tisu lemak ke dada.

“Kesan ketumbuhan itu makin serius apabila ia mula pecah dan mengeluarkan darah, selain meninggalkan kesan parut merah kehitaman yang cukup memalukan. Saya bimbang jika ketumbuhan ini merebak ke seluruh payudara dan menyebabkan kecacatan kekal,” katanya.

Bimbang keadaan menjadi lebih buruk, Y berjumpa doktor pakar bagi menjalani pemeriksaan dan diberitahu kesakitan dialami dipercayai berpunca daripada pembedahan liposuction yang tidak dilakukan dengan cara selamat.

Y berkata, dia membayar RM360 bagi mendapatkan rawatan di klinik pakar kulit.

“Saya meminta ganti rugi dari pusat kecantikan terbabit, namun hanya ditawarkan RM3,000 sebagai pampasan,” katanya yang tidak berpuas hati dengan tawaran itu. -hm

Giliran Norlia Ghani Pula Diragut

Sebelum ini kami melaporkan Nasha Aziz disamun RM40 ribu, terbaru Norlia Ghani pula menerima nasib yang sama apabila diragut RM8,000 oleh dua orang lelaki.

PETALING JAYA: Pelakon veteran Norlia Ghani,63, kerugian RM8,000 apabila wang pendahuluan penggambaran sebuah drama bersiri yang diterimanya dilarikan dua lelaki di pusat beli-belah Ampang Park dekat sini, petang Jumaat, demikian lapor MSTAR.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Norlia diragut ketika sedang menunggu teksi untuk pulang ke rumah selepas selesai mengeluarkan wang di kaunter sebuah bank pusat beli-belah berkenaan.

Norllia berkata, pada waktu itu tiba-tiba datang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki lalu meragut beg tangannya sebelum melarikan sampul surat yang berisi wang.

“Semasa kejadian tiada orang di hentian teksi hadapan pusat beli-belah itu. Hanya saya seorang saja. Tiba-tiba dua lelaki menaiki motosikal menghampiri saya lalu meragut beg tangan saya.

“Selepas mengambil beg tangan itu, mereka mencampakkannya di tepi jalan lalu membawa lari sampul surat yang saya isikan wang,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, malam Jumaat.

Norlia memberitahu, dia mengeluarkan wang itu untuk membayar sewa rumah sebelum berangkat ke Perlis pada 17 Februari depan untuk menjalani penggambaran drama seram berjudul Air Mata terbitan Zeel Production.

Kata Norlia, dia agak bertuah kerana peragut tersebut tidak melarikan beg duit yang mempunyai beberapa dokumen penting seperti kad pengenalan dan juga telefon bimbit.

Norlia yang amat bersedih dengan kejadian itu bekata, ketika dia memerlukan wang untuk membayar pelbagai hutang, kejadian berkenaan pula menimpa.

“Saya reda dengan ujian ini. Apa yang boleh saya buat lagi melainkan berserah kepada Allah,” ujarnya.

Pelakon itu berkata dia mengesyaki peragut berkenaan mungkin sudah mengintipnya ketika dia berada di dalam bank sebelum mereka melakukan jenayah itu.

“Saya menasihati kepada semua pihak yang mahu mengeluarkan wang selepas ini supaya terus berhati-hati,” ujarnya.

Norlia yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannya membuat laporan di pondok polis kawasan pusat beli-belah itu.

Rabu lalu, pelakon Nasha Aziz kerugian kira-kira RM40,000 apabila wang tunai dan barang berharga miliknya dirompak dalam kejadian di persiaran Ampang Hilir, dekat sini.

Peristiwa itu berlaku ketika Nasha dikatakan baru mengeluarkan sejumlah wang dari sebuah bank tidak jauh dari kawasan dia disamun.

Kejadian itu menyebabkan Nasha cedera ketika berlaku pergelutan di antara dia dengan dua orang peragut yang turut menunggang motosikal.

Keluarga Pertikai Tindakan Polis

Bahau: Ahli keluarga kepada seorang lelaki yang mati terkena tembakan polis ketika mengamuk di rumahnya di Taman Cempaka di sini, Isnin lalu, mempertikaikan tindakan itu dan meminta Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Adik lelaki berkenaan, Ahmad Hairail Adzuan Abu Bakar, 26, berkata, polis tidak sepatutnya melepaskan tembakan kerana mempunyai banyak cara lain memujuk abangnya sebelum kejadian itu.

“Polis tidak membenarkan campur tangan keluarga memujuk abang saya yang tidak bersenjata yang ketika itu berada di dalam rumah, malah tindakan polis menggunakan pistol tersasar menyebabkan abang saya terancam dan mula bertindak agresif.

“Kejadian ini berlaku kerana wujudnya provokasi kerana sepanjang pengetahuan kami sekeluarga serta penduduk di taman ini, abang saya tidak pernah bertindak ganas atau mengamuk dan dia bukan gila seperti didakwa sesetengah pihak,” katanya pada sidang media di rumahnya, semalam.

Menurutnya, tujuan ibunya Habibah Mahmud, 60, menghubungi polis bukan kerana abangnya mengamuk, sebaliknya bagi memujuknya mendapatkan rawatan di hospital.

Katanya, dia diberitahu ibunya bahawa abangnya itu kehabisan ubat beberapa hari lalu dan tidak tidur selama dua hari.

“Ibu saya menghubungi Hospital Kuala Pilah dan mereka mengarahkan ibu saya meminta polis membawanya ke hospital,” katanya.

“Keluarga saya mahu siasatan menyeluruh dijalankan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan dipantau Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, polis menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu dan meminta pihak luar supaya tidak membuat tuduhan sehingga siasatan selesai.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Isnin lalu, anggota polis berpangkat sarjan cedera parah di kepala, leher dan telinga kirinya hampir putus dilibas dengan parang.

Mubarak Tersungkur, Golongan UMNO Kecut Perut - Buat Laporan Anwar Nak Cabut Lari!

Golongan berbadan gempal dan bersongkok tinggi (PERKASA) meneruskan tugas dan peranan mereka - membuat laporan polis - kononnya Dato' Seri Anwar Ibrahim akan melarikan diri ke luar negara sekiranya beliau dijatuhi hukuman bersalah dalam kes Sodomi 2.

Antara negara yang didakwa akan membantu Anwar melarikan diri ialah Australia, Turki dan Amerika Syarikat. Puak ini terlupa memasukkan sebuah lagi kuasa tanpa negara - Israel.

Jika tidak, pasti Hishamuddin Husein terkejut berok sekali lagi seperti mana beliau 'mendengar tanpa membaca' laporan mengatakan Anwar TIDAK ditaja oleh kumpulan pelampau Asia Barat dan terus mengarahkan pihak SB melakukan siasatan. Namun begitu, tunggu sajalah selepas ini, si Hishamuddin pasti melatah mengarahkan pihak polis, imigeresen mengambil tindakan segera.

Yang hebatnya mengenai golongan berbadan gempal ini, mereka kerap mendapat maklumat sulit berprofil tinggi yang melibatkan pemimpin pembangkang tetapi pekak, buta dan tuli dengan pelbagai maklumat, bukti penyelewengan yang melibatkan ratusan billion Ringgit duit Rakyat yang 'telah melarikan diri' ke luar negara.

Duit komisen pembelian kapal selam berjumlah lebih setengah billion Ringgit yang telah dibawa lari oleh sahabat baik isteri Rosmah, boleh disenyapkan begitu saja. Begitu juga dengan kes pembunuhan seorang warganegara Mongolia yang mempunyai hubungan dengan sahabat baik isteri Rosmah.

Dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pihak pembangkang, PERKASA mempunyai saluran maklumat dan inteligen yang lebih hebat dan boleh memalukan PDRM.
-wargamarhaen


‘Anwar plans to flee if convicted’

KUALA LUMPUR: Perkasa claims that Opposition Leader Anwar Ibrahim is making plans to flee Malaysia in order to escape a prison sentence in relation to his Sodomy II trial.

The movement’s Youth chief Arman Arza Abu Hanifa said that he was informed of this by those in PKR, the party which Anwar helms.

According to his sources, Anwar would escape with the assistance of the Turkish, Australian and the US governments should he be convicted.

The former deputy prime minister is known to have close relations with the three governments whose leaders have expressed support and demanded a fair trial for Anwar.

Arman further claimed that logistics arrangements have been made for the opposition leader to flee and and ways have been planned for him to be “smuggled out” of Malaysia.

“We demand that the Home Ministry confiscate his passport to prevent him from fleeing,” he told reporters after lodging a report on the matter at the Dang Wangi police headquarters here.

The Perkasa leader also said that Anwar is planning to organise mass demonstrations “ala Thailand and Egypt” which would threaten national security.

No details were given on the escape plan although Arman said he has in his possession detailed information.

“The police have told us not to inform reporters of the plan,” he said when quizzed by reporters.

‘Self-inflicted car accident’

He also claimed to have received leaked information about a plan for “a self-inflicted car accident” in a bid instigate the electorate.

The meeting to plan the car accident was held by Pakatan Rakyat leaders on Feb 2 this year, he alleged.

“Why does he want to do this? Is this a propaganda by Anwar to get sympathy? To incite hatred towards the government?” he asked.

Arman said Anwar was apparently “hiding something” and is masterminding a plot judging from how “he had tried to delay his trial” numerous times.

Allegations of Anwar trying to flee the country should he be convicted has been circulating for some time although the opposition has denied this.

Anwar, who spent six years in jail previously, was charged with sodomy again in 2008. He was accused of sodomising his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

The opposition leader has claimed that both charges were trumped up by his political rivals, a charge which the government has denied. - FMT


[Video & Bergambar] Mubarak Letak Jawatan - Sejarah Baru Kebangkitan Rakyat

Mubarak Undur, Rakyat Mesir Larut dalam Haru

KAHERAH - Jutaan rakyat Mesir larut dalam kegembiraan merayakan kemenangan mereka atas Presiden Hosni Mubarak yang pada hari kelapan-belas akhirnya menyatakan perletakan jawatannya setelah berkuasa selama 30 tahun.

Rakyat anti Mubarak yang berkumpul di jalan-jalan Tahrir di pusat kota Kaherah saling berpelukan, berteriak-teriak, melambai-lambaikan bendera Mesir dan melaunglaungkan kemenangan sebaik saja Wakil Presiden Omar Suleiman mengumumkan tentang perletakan jawatan Mubarak tersebut.

"Kita telah menggulingkan rejim, kita telah menggulingkan rejim. Allahu Akbar... Allahu Akbar," demikian laungan-laungan yang diteriakkan demonstran di jalan-jalan Tahrir seperti dilaporkan Reuters, Jumaat (11/2/2011) waktu tempatan.

Para penunjuk perasaan, sebahagian besarnya mendirikan solat syukur di atas pemergian Mubarak.

Suasana bertambah meriah dan bising ketika ribuan orang yang lain membunyikan hon kendaraan sementara para pejalan kaki berteriak histeria meluapkan kegembiraan.

"Saya adalah salah seorang yang menolong menggulingkan dia. Saya sudah di sini selama 17 hari. Masa depan Mesir sekarang berada di tangan rakyat," kata penyanyi Hani Sobhy, dalam perayaan di Tahrir.

Demonstran lainnya, Mohammed Abu Bakar mengaku tak percaya dengan yang didengarnya. "Ini adalah kesudahannya dari ketidakadilan," ujarnya.

Di luar stesyen TV nasional Mesir, demonstran berjabat tangan dengan para tentara yang ditugaskan menjaga stesyen tersebut. Beberapa dari mereka bahkan melompat ke atas tank.

"Saya tak percaya, saya akan melihat presiden yang lain dalam masa hidup saya," kata Sherif el-Husseiny, seorang pengacara. "Tak ada lagi yang bisa menghentikan rakyat Mesir. Ini adalah era baru bagi Mesir," tambahnya.


Hosni Mubarak letak jawatan Presiden

KAHERAH - CAIRO (AP) - Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan semalam selepas beliau meninggalkan Istana Presiden di sini.

Pengumuman beliau meletakkan jawatan diumumkan oleh Naib Presiden, Omar Suleiman menerusi televisyen semalam.

"Dalam situasi yang sukar ini, Presiden Hosni Mubarak memutuskan untuk meninggalkan kedudukannya sebagai presiden," kata Omar.

Omar turut mengumumkan bahawa satu majlis ketenteraan akan mengendalikan hal ehwal negara tersebut.

Hosni telah memerintah Mesir hampir 30 tahun. Sebelum ini, stesen televisyen Al-Arabiya semalam melaporkan Hosni Mubarak, 82, dan semua ahli keluarganya telah meninggalkan Istana Presiden di sini ketika beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden.

Hosni dan keluarganya itu menuju ke pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Menurut saksi-saksi, sekurang-kurangnya dua buah helikopter dilihat berlepas dari istana tersebut.

Stesen televisyen Al-Arabiya mengesahkan ketibaan keluarga tersebut di Sharm el-Sheikh.

Berita itu timbul ketika penunjuk perasaan bergerak ke istana tersebut yang terletak di kawasan pinggir bandar Kaherah, Heliopolis.

Pergerakan penunjuk perasaan itu dibuat pertama kali sejak tunjuk perasaan berlangsung pada 25 Januari lalu.

Penunjuk perasaan berkumpul di tepi kawat duri yang mengelilingi istana.

Penunjuk perasaan bersorak sebaik sahaja mengetahui Hosni Mubarak meletak jawatan sebagai Presiden Mesir di Kaherah semalam.

Sementara itu, kereta-kereta kebal dan tentera elit yang bertanggungjawab ke atas keselamatan presiden berkawal di sekeliling istana.

"Tentera Penjaga Republik mengawal Istana Presiden," jelas satu sumber pasukan bersenjata.

Hosni sering menghabiskan masa di Sharm el-Sheikh yang merupakan destinasi pelancongan terkenal di Laut Merah dan bertemu dengan tetamu-tetamunya di sana.

Kelmarin, para penunjuk perasaan di Dataran Tahrir kecewa dan marah terhadap Hosni kerana beliau masih enggan meletakkan jawatan. - Agensi





















PRK Merlimau: Lebih Ramai Bukan Melayu Hadiri Ceramah TG Nik Aziz

Lebih ramai kaum bukan Melayu yang hadir mendengar ceramah TG Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada kaum Melayu di Merlimau malam tadi. Ini adalah satu perkembangan yang baik sempena pilihanraya kecil DUN Merlimau yang bakal diadakan pada 6 Mac nanti.

TG Nik Aziz di dalam ucapannya menyeru semua penduduk di Merlimau termasuk kaum Cina dan India di Merlimau supaya tidak gentar untuk melakukan perubahan dan tidak termakan hasutan UMNO yang menakut-nakutkan kaum bukan Islam terhadap Islam.

Apa yang berlaku di Kelantan adalah bukti nyata bahawa Islam tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum kerana Islam dengan keadilannya adalah sesuai dengan fitrah manusia.

TG Nik Aziz menjelaskan bahawa asal manusia semuanya dari Adam. Islam datang menghapuskan rasisma. Baginda Rasullullah saw, menurut TG Nik Aziz telah berjaya menyatukan penduduk Arab yang terdiri dari pelbagai kaum dan puak seperti Salman dari Parsi dan Bilal dari Habsyi (Afrika) di bawah naungan Islam.

"Tiada kelebihan diantara manusia melainkan yang bertaqwa," jelas TG Nik Aziz.

Sebelumnya, YB Salehuddin Ayub di dalam ucapannya merakamkan rasa gembira kerana melihat ramai kaum bukan-Melayu terutama kaum Cina yang hadir pada majlis pertemuan malam tadi.

Di dalam ucapannya YB Salehuddin telah menyatakan bahawa PAS, DAP dan PKR akan mampu menggantikan kerajaan Barisan Nasional sebagai teraju pemerintahan negara.

Berbeza dengan zaman lampau, kaum Cina terutamanya, takut untuk hadir di dalam ceramah-ceramah PAS, tetapi suasana hari ini sudah berbeza.

YB Abdullah Sanusi, Ahli Parlimen Kuala langat pula meminta kaum bukan-Melayu di Melaka melakukan perubahan seperti yang ditunjukkan oleh kaum bukan-Melayu di Selangor.

"Jika Selangor boleh berubah, tiada sebab Melaka tidak boleh," jelas beliau.

YB Abdullah Sanusi menyeru supaya rakyat Melayu, Cina dan India bekerja bersungguh-sungguh supaya UMNO BN dikuburkan ke dalam Muzium Negara," tambahnya.

Majlis Ramah Mesra ini telah dirancang lebih awal iaitu sebelum penetapan tarikh penamaan calon dan pilihanraya bagi DUN Merlimau oleh Suruhanjaya Pilihanraya, malah sebelum kerusi DUN Merlimau kosong kerana kembalinya Allahyarham Mohd Hidhir ke rahmatullah. Justeru itu tidak timbul soal berkempen lebih awal, jelas pemimpin PAS Kawasan Jasin yang GB temui.