15 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Saman Khir Toyo Tak Relevan

Tindakan mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo memfailkan saman terhadap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor, Teng Chang Khim berhubung penggantungannya ibarat menidakkan proses perundangan yang sewajarnya dipatuhi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika diminta mengulas isu saman berkata, Khir Toyo mempunyai hak untuk berbuat demikian namun beliau harus sedar, apa yang telah dilakukan oleh Teng adalah mengikut perundangan yang sedia ada kepada mereka yang melanggar tatacara dewan.

Khir Toyo yang merupakan ADUN Sungai Panjang telah digantung selama setahun daripada menghadiri sidang DUN kerana enggan meminta maaf dalam sidang DUN sekitar Julai lalu.

Pada 15 Julai lepas, penggantungan Khir Toyo dan penarikan balik semua keistimewaannya sebagai wakil rakyat sepanjang tempoh penggantungan, diumumkan Timbalan Speaker Haniza Mohd Talha kerana gagal hadir sidang siasatan awam Selcat pada Mac lepas.

Sidang Selcat pada masa itu menyiasat penyelewengan oleh Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis).

Khir Toyo telah memfailkan saman terhadap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor, Teng Chang Khim dan menamakan Setiausaha DUN Selangor dan kerajaan Selangor sebagai defendan.

" Saya rasa dia berhak untuk membuat tindakan di mahkamah dan kita rasa ia adalah enakmen yang diluluskan oleh BN. Undang-undang ini bukan undang-undang baru, undang-undang ini telah lama dan kita hanya melaksanakan undang-undang".

" undang-undang itu yang membenarkan dewan untuk tidak memberikan atau membenarkan mereka yang tidak hadir dan melanggar tatacara dewan. Dan perkara ini telah dilaksanakan oleh dewan-dewan yang lepas. Dewan undangan negeri Selangor pernah juga menghalau dan tidak membenarkan ahli dewan menghadiri dewan sebelum ini. Bukan pada 2008, bukan juga 2009 tetapi sebelumnya" ujar beliau.

Khir Toyo yang juga ketua pembangkang di DUN Selangor memfailkan saman pemula melalui peguamnya MM Athimulan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau mendakwa penggantungannya adalah tidak sah dan terbatal.

Athimulan berkata Khir Toyo menuntut ganti rugi berhubung elaun yang ditarik balik sepanjang penggantungannya, emolumen dan relif lain yang difikirkan sesuai dan wajar oleh mahkamah selain hak beliau untuk kembali menghadiri persidangan DUN akan datang tanpa halangan daripada mana-mana pihak terutama Speaker DUN.

Khir Toyo dalam sidang akhbar itu berkata beliau berharap mahkamah dapat membuat keputusan dengan cepat supaya beliau dapat menghadiri persidangan dewan untuk pembentangan bajet. -TVS



Era Najib Altantuya : Ucapan Najib Tidak Serupa Bikin

Ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak disambut pemerhati politik dengan nada skeptik.

Ucapan beliau merasmikan Perhimpunan Agong Umno 2009, Najib berkata Umno komited kepada kepedulian rakyat dan tidak mabukkan kuasa.

“Selepas tragedi 13 Mei 1969 para pemimpin Umno boleh memilih untuk tidak meneruskan demokrasi yang telah digalas. Umno juga boleh memutuskan untuk mewujudkan kerajaan satu parti atau menyokong sahaja angkatan tentera melakukan kudeta.

“Umno berusaha keras untuk mengembalikan demokrasi dalam masa hanya 18 bulan sahaja. Ini jelas mempamerkan bahawa Umno bukan sebuah parti yang mabukkan kuasa, jauh sekali sebagai sebuah parti yang bersifat perkauman,” katanya.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shaharin bagaimanapun menyanggah ucapan presiden parti pemerintah ini.

“Mengenai umno bukan parti yang mabukan kuasa ini jelas selepas daripada pilihan raya mereka tewas di banyak tempat dan banyak negeri tetapi malangnya Umno kalau benar bukan mabukkan kuasa, berjuang atas prinsip Melayu, perpaduan dan sebagainya, selepas pilihan raya 2008 adalah masa yang terbaik untuk refleksi semula dan memperkuatkan akar umbi Melayu.

“Malangnya Umno hanya bercerita persoalan kuasa. Mereka merampas kuasa di Perak, bercerita untuk rampas kuasa di Selangor dan tema perubahan yang dibawa amat tidak sesuai dengan kemenangan di Bagan pinang di mana mereka demi kuasa demi kemenangan, mereka sanggup letakan calon dan memenangkan calon yang jelas tidak bertepatan dengan nilai perubahan yang sedang diperkatakan dalam Umno,” katanya.

Badrul menjelaskan keghairahan kuasa ini menyebabkan Umno alpa memperkasa bangsa Melayu.

Beliau turut menyifatkan Umno sebagai parti yang cakap tidak serupa bikin kerana realiti tindak-tanduk Umno jauh berbeza dari apa yang dilaungkan.

Menyentuh isu yang sama, Adun Teja, Chang Lih Kang menolak oratori Presiden Umno sebagai penghias akhbar semata-mata.

Bagi ahli politik muda ini, Umno mahu menonjolkan imej transformasi namun teras parti itu tetap sama.

Lih Kang menambah persembahan politik ini sia-sia selagi Umno enggan menerapkan urustadbir demokratik yang jitu dan telus – bebas dari diskriminasi politik, kaum dan taktik menghalalkan cara.

“Apa yang Najib cakap hanya kosmetik tidak reflek dalam polisi Umno kerana dari apa yng dilihat bukan hanya dalam kerajaan malahan dalam Barisan Nasional, Umno tidak boleh berkongsi kuasa dengan parti komponan lain. Ini menunjukkan mereka memang parti yang mabuk kuasa.

“Apa yang berlaku di Perak adalah contoh ketara Umno- Barisan Nasional gila kuasa. Sekiranya tidak gila kuasa mereka boleh bubarkan dun dan biarkan rakyat menentukan siapa kerajaan negeri tetepi sehingga kini mereka enggan, ini bercanggah dengan apa yang dikatakan Najib,” katanya.

Manakala bagi Presiden Gerakan Mansuhkan ISA Syed Ibrahim Syed Noh pula, beliau amat kesal Presiden Umno lupa akan dokongan kuat parti perkauman itu terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Beliau menjelaskan kewujudan ISA adalah alat memusatkan kuasa, dan mercu hegemoni Umno.

“Dia tidak sedar bahawa mereka mendokong ISA. Untuk kata tidak mabuk kuasa menzalimi dan sebagainya ia kena diukur dengan betul . Jika ukur dari sokongan mereka terhadap ISA sedangkan ISA adalah satu instrument kuasa sebenarnya tidak benar apa yang disebutkan.

“Kalau dalam perhimpunan kebanyakan perkara yang disebut adalah secara konsep tetapi dari segi hakikatnya tidak seperti yang disebutkan. Bagi saya bila sebut tidak gila kuasa maknanya kita mesti adil dan tidak menzalimi pihak lain. Tapi jika masih menzalimi dan menafikan hak orang lain itu tidak bermakna apa-apa kenyataan tidak mabukkan kuasa,” katanya. -TVS



Era Najib Altantuya : SPRM Disyaki Tahu Beng Hock 'Hilang'

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) disyaki tahu kehilangan Teoh Beng Hock pada hari kematiannya ekoran kenyataan bercanggah dari pegawai siasatan bertanggungjawab, kata peguam Gobind Singh Deo.

Gobind ketika dihubungi berkata dakwaan Ketua Unit Siasatan SPRM Selangor, Hairul Ilham di Inkues bahawa pihaknya mencari mangsa selepas diberitahu hilang adalah sesuatu yang amat meragukan.

Jelas beliau, sekiranya Teoh dibenarkan pulang seperti yang didakwa Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim semalam, maka tidak ada alasan untuk SPRM meronda mencari mendiang.

Terutamanya apabila beg, kunci kereta dan telefon bimbit mangsa masih dalam milikan SPRM.

“Tidak, ini yang berlaku semalam, mereka kata mereka telah membuat ronda dan dalam pejabat MACC untuk mencari dia, tapi soal yang timbul adalah kalau mereka berpegang kepada pendirian bahawa beliau sudah balik, jadi mengapa hendak meronda sana.

“Ini menunjukkan mereka sendiri syak bahawa beliau tidak tinggal tempat itu, beg masih sana dalam beg ada lagi, mereka pun membuat rondaan dan saya tidak faham ialah kalau seseorang itu tinggal beg, di situ dan sebagainya yang mana saksi itu kata agak luar biasa” katanya.

Hairul dalam akuannya berkata beliau tergamam selepas di maklumkan penemuan mayat Beng Hock di tingkat 5 Plaza Masalam.

“Mereka ada kontek nombor Teo Beng Hock, dalam kenyataan yang mereka telah ambil dan saya merujuk kepada saksi semalam, telefon nombor, pejabat dan sebagainya.

“Jadi kenapa tidak telefon bertanyakan samaada beliau telah balik, kenapa beliau tinggalkan beg itu dan adakah beliau selamat, ini yang menjadikan satu keadaan yang mencurigakan, apa yang perlu dibuat oleh MACC ialah memastikan Teo selamat ekoran tempat yang terakhir adalah di bawah kawalan mereka” katanya.

Kata Gobind, SPRM sepatutnya membuat laporan polis sebaik mengetahui Beng Hock sudah mati tetapi mereka bertindak sebaliknya.

“Itu menjadi misteri, kalau kita melihat kepada fakta yang sedia ada, barang-barang itu masih ada di MACC lagi, kenapa keadaan sebegini.

“Kalau kamu sebenarnya membenarkan seseorang meninggalkan tempat itu, jadi kenapa beliau tidak meninggalkan tempat itu di mana kita semua tahu MACC bukan tempat orang awam, kalau seseorang itu sudah habis kerja di situ, beliau seharusnya ditunjuk pintu keluar dan dibawa keluar kerana dalam MACC ada banyak dokumen-dokumen dan barang kes yang penting untuk siasatan semua kes,” katanya. -TVA



Nizar vs Zambry : 1Perak Tak Iktiraf Ganesan Sebagai Speaker

Dato' R Ganesan a/l Retasam yang mengisytiharkan diri sebagai Tuan Yang Di Pertua Dewan Negeri Perak bercakap dan beliau tidak layak menjadi Speaker mengikut Peruntukan Perlembagaan Negeri Perak.

Majlis Peguam Malaysia pada 24/8/2009 melalui Setiausahanya, George Varughes mengesahkan bahawa ganesan hanya mengemukakan surat akuan sumpah meletakkan jawatan pada 17/8/2009. Tarikh tersebut telahpun melepasi tempoh 3 bulan sebagaimana yang ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh kerajaan Negeri Perak.

Perkara 36A(5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut bahawa sesiapa yang menjawat jawatan Speaker mesti melucutkan atau meletakkan jawatan profession dalam te,mpoh 3 bulan dari tarikh memegang jawatan. Ganesan mendakwa beliau dipilih sebagai Speaker dalam persidangan Dewan pada 7/5/2009. Berdasarkan peruntukan undang-undang tersebut, beliau wajib meletakan jawatan pada atau sebelum 7/8/2009.

Dalam rekod rasmi Majlis Peguam Malaysia pada 11/8/2009 menunjukkan Ganesan telah gagal meletakkan jawatan dan masih aktif sebagai pengamal undang-undang.

Ganesan pula telah cuba menyembunyikan fakta tersebut dengan menghantar notis kepada Majlis Peguam hanya pada 13/8/2009 dan mendakwa telah letak jawatan sebagai peguam pada 6/8/2009, iaitu sehari sebelum habis tempoh 3 bulan yang ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Persoalannya bagaimana seorang boleh letak jawatan pada 13/8/2009 tetapi berkesan mulai 6/8/2009.

Selain itu, tatacara perlantikan beliau juga tidak sah. Perlu diingat bahawa Ganesan bukan seorang Ahli Dewan Negeri, beliu didapati menceroboh masuk ke dalam bangunan Dewan Negeri pada 7/5/2009. Sebelum DYTM Raja Muda Perak merasmikan persidangan Dewan Negeri pada hari tersebut, beliau telah mengisytiharkan diri sebagai Tuan Yang Dipertua Dewan menggantikan Tuan Yang Dipertua Dewan yang sah, YB Sivakumar yang ketika itu masih berada di tempat duduk Speaker dalam Dewan.

Pada hari dan waktu yang sama, YB Sivakumar selaku Speaker yang sah telah diheret keluar dengan kasar dan biadab oleh segerombolan lelaki yang dipercayai anggota polis, sebahagiannya didapati bersenjata pistol. Sivakumar diseret keluar dan dikurung dalam stor lebih dari satu jam. Ketika itulah Ganesan mengisytiharkan dirinya sebagai Speaker Dewan.

Berdasarkan ini, Ganesan tetap bukan Spesker yang sah dan beliau tidak layak memanggil sidang DUN Perak pada 28/10/2009 ini. Kalau sidang tersebut tetap dijalankan menjadikan sidang tersebut juga tidak sah.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh semua adun-adun PR negeri Perak yang tidak mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker Dewan Negeri Perak yang sah. -misbahul munir

Era Najib Altantuya : SPRM Tutup Kes Radzhi, Sudah Boleh Sertai UMNO

Akhirnya seperti yang ramalkan oleh ramai pemerhati politik, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri telah menutup siasatan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas (ADUN), Mohammad Radzhi Salleh berhubung dakwaan beliau membuat tuntutan tidak munasabah ketika memegang jawatan Exco kerajaan negeri.

Razhi yang telah mengisytihar diri keluar PKR dipercayai telah diperalatkan oleh BN dengan menggunakan SPRM untuk memberi tekanan terhadapnya supaya meninggalkan PKR dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil bebas sebelum nama beliau "dibersihkan" oleh SPRM untuk melompat terus sebagai ahli UMNO.

Namun, dakwaan bahawa Umno mendapat talian hayat baru dengan pengisytiharan tersebut adalah meleset sama sekali apabila satu persatu pekong Radzhi mula didedahkan oleh mereka yang mengenali diri beliau khususnya dalam media internet.

"Saya tak fikir, dengan menggunakan Adun yang bermasalah ini, Umno BN boleh mendapat undi. Calon mereka sendiri (Rohaizat) pun bermasalah, itu memperbodoh pengundi namanya. Tapi ianya tidak pelik, sebab pada saya Umno memang tengah desprate (terdesak) sekarang," ujar Lateefa Koya, Ketua Penerangan PKR.

Mohd Radzhi dikatakan mempunyai beberapa rekod buruk sebelum menjadi Adun lagi termasuk semasa dia bertugas di Pejabat Pos Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dia juga dikatakan mengalami masalah rumahtangga serius.

Sepanjang bergelar wakil rakyat pula, dia dikatakan jarang berada dikawasan dan sering mengabaikan masyarakat di kawasannya.

Prestasinya yang lemah semasa menjawat jawatan dalam kerajaan negeri itu juga turut diadu masyarakat setempat sehingga beberapa amaran diberikan kerajaan negeri kepadanya agar meningkatkan prestasi kerja.

Hairannya, dalam keadaan gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan juga exco, beliau masih mengemukakan tuntutan perbelanjaan melampau kepada kerajaan negeri sehingga membawa dirinya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM, namun kini SPRM mengambil sikap membersihkan nama beliau kerana ada perancangan lain di belakang tindakan SPRM itu.

Sebenarnya, jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia yang disandangnya juga didakwa digunakan lebih kepada dirinya sendiri berbanding untuk berkhidmat kepada rakyat.

Semasa menjawat jawatan itu, dia didakwa telah membeli harta, memiliki kilang dan kedai makan.

Ramai yang berpendapat, beberapa masalah termasuk masalah disiplin dengan kerajaan pakatan Kedah, masalah perkahwinannya di Thailand dan masalah berdepan siasatan SPRM berhubung tuntutan melampau telah menyebabkan dirinya dalam keadaan tersepit.

Ruang tersebut telah digunakan Umno bagi "memanfaatkan" Adun Lunas ini sebagaimana yang dilakukan terhadap dua Adun PKR di Perak sebelum ini.

Tindakannya meletakkan sebab 'tidak percaya kepada pucuk pimpinan parti' untuk keluar PKR dilihat sebagai alasan semata-mata.

"Yang saya hairan kenapa SPRM yang sebelum ini kata akan siasat kes itu tetapi tiba-tiba kata tiada kes lepas dia (Radzhi) umum keluar PKR, semacam ada perundingan dan tawaran tertentu bagi menutup kes ini pula," ujar Lateefa.

Seperti yang didedahkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media malam tadi, bahawa pihaknya telah lama mengesan wujud cubaan menggunakan Radzhi untuk menarik beberapa lagi Adun pakatan lain supaya menyertai BN tetapi gagal.

Beberapa bulan lalu katanya, dia mendapat aduan dari beberpa orang Adun mengatakan dipujuk oleh Radzhi supaya berpindah kepada Umno dan akan dibayar dengan jumlah yang tinggi.

Dengan rekod yang dimiliki Radzhi, ternyata Umno tidak mudah menggunakan bekas Adun PKR itu sebagai peluru kempen memburukkan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat khasnya PKR gambira dengan tindakan bekas Adun mereka itu dari terus menjadi duri dalam dagung dan memburukkan imej parti dengan sikap dan rekod yang dimilikinya.

Era Najib Altantuya : Kepalsuan UMNO Terdedah

Tindakan Umno menghapuskan sistem kuota pemilihan serta melonggarkan konsep ketuanan Melayu, menyerlahkan lagi keengganan parti perkauman Melayu itu untuk berubah demi kepentingan rakyat.

Ianya kerana beberapa pindaan pada perlembagaan dalam Pemilihan Agung Umno (PAU) sekarang didakwa, masih bersifat perubahan yang palsu.

Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, selagi Umno tidak berani menyerahkan kuasa pemilihan sepenuhnya kepada perwakilan, selagi itu Umno terus dibelit dengan amalan rasuah.

Ujarnya lagi, perubahan yang diperkatakan oleh kebanyakan pemimpin Umno tersebut hanya mengulangi retorika lama; yang telah pun menjadikan Pakatan Rakyat lebih disokong rakyat berbanding Barisan Nasional sejak tsunami politik, 8 Mac lalu

"Pindaan yang dibuat bukan bersifat organik (semula jadi), tapi lebih meniru trend perubahan rakyat yang sedia ada dan meniru prinsip-prinsip bersama dalam Pakatan Rakyat sendiri," katanya.

"Yang dibuat oleh Najib itu sebenarnya dalam keadaan terpaksa...mereka tidak cukup berani sehingga mengadakan beberapa sekatan lain (pindaan) yang baru...setelah menyedari Umno tidak lagi bersama kehendak rakyat...Umno sedang ditinggalkan sendiri oleh ahli-ahlinya," tegasnya.

Dakwanya lagi, beberapa pindaan dan retorika Najib itu sebenarnya hasil ciplak dari beberapa gagasan perjuangan PKR.

Beliau yang juga Ketua Cabang Rembau mendakwa bahawa kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Dun Bagan Pinang baru-baru ini sendiri tidak mampu dijadikan sumbu kekuatan Umno; kerana mereka sedar Isa menang dengan menggunakan taktik rasuah dan kronisme.

Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencabar Isa menafikan pendedahan rasuah dan kronisme yang dibuat dalam blog peribadinya, chegubard.blogspot.com semalam.

Beliau yang mengikuti PAU sejak kelmarin juga mendakwa, tindakan Umno yang terus-menerus menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peribadi yang dimaki-hamun, membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu masih menjadi simbol perubahan yang mampu membenamkan survival politik Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dihubungi kemudian mendakwa, beberapa pindaan tersebut lebih bertujuan menyelesaikan masalah-samalah dalaman Umno seperti rasuah, kronisme dan penipuan dalam proses pemilihan pemimpin mereka sendiri.

Tegasnya lagi, pindaan perlembagaan itu langsung tidak mampu mengubah sistem kenegaraan yang lebih korupsi seperti dalam sistem kehakiman, Polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagainya.

Ujar Shamsul lagi, definisi baru Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bahawa kepimpinan Melayu Umno berpaksi pada keadilan dan rahmah, merupakan suatu retorik kosong Ahli Parlimen Rembau itu sahaja.

Beliau juga mendakwa Umno sudah mengalami Anwarism, setelah melihat rakyat terus memberi harapan kepada kepemimpinan perubahan Ketua Pembangkang itu.

"Umno dipengaruhi oleh Anwarism, perkataan seperti wahdatul, inklusif adalah perkataan ruji DS Anwar...," responnya dalam rangkaian sosial maya, Twitter semalam.

Semalam, Najib menjelaskan pindaan perlembagaan termasuk mengenakan syarat minima untuk bertanding bagi menggantikan sistem kuota yang diamalkan dalam PAU sebelum ini.

Beberapa media elektronik arus perdana melaporkan, pindaan itu masih tergantung pada persetujuan dalam Pemilihan Agong Khas kelak.

Jelas Najib lagi, syarat minima untuk bertanding jawatan di peringkat bahagian perlu menjadi ahli parti selama tiga tahun.

Manakala, seseorang yang mahu bertanding jawatan Tertinggi dalam parti, termasuk Presiden sekurang-kurangnya pernah menjadi anggota jawatankuasa bahagian selama sepenggal.

Cadangan tersebut, menurut Najib, mampu menjadikan Umno lebih telus, terbuka dan demokratik.

Semalam, Khairy juga mendifinikan kepimpinan Melayu adalah keadilan dan rahmah, bukannya atas kekuasaan Melayu yang sempit.

Beberapa pindaan terbaru yang dicadangkan itu dikatakan secara tidak langsung menghalang muka-muka baru yang besih dan berintegriti untuk memimpin parti perkauman Melayu itu.

Sekaligus, Umno bakal terus dipalitkan dengan pelbagai dakwaan yang rasuah, perkauman Melayu, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya; yang langsung tidak memperlihatkan wajah hakiki 1Malaysia.

Ini kerana, PAU sahaja yang dilihat baru, sedangkan kepimpinannya masih dari kalangan muka-muka lama. -harakahdaily

Najib Altantuya Akui Rakyat Tak Sabar Talkinkan UMNO

Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pihak-pihak yang tidak sabar 'mentalkinkan' Umno sedangkan parti itu akan bangkit kembali sebagai organisasi yang lebih kuat dan berpadu selepas menghadapi cabaran, lapor Bernama.

Kata-kata Presiden UMNO itu sekaligus mengiyakan tentang wujudnya pandangan dan sikap rakyat yang memang sudah tidak sabar untuk mengkubur dan mentalkinkan UMNO.

Presiden Umno itu juga berkata sejak selepas pilihan raya umum ke-12 lepas, musuh-musuh politik Umno telah mula meramalkan kejatuhan parti berkenaan tetapi perkara itu bukan pertama kali berlaku.

"Kata mereka, Umno sudah nazak dan hanya menanti waktu. Jangkaan ini juga dibuat apabila Parti Kemerdekaan Tanah Melayu dan Parti Islam seMalaysia tertubuh akibat perpecahan dalam Umno," katanya.

Dalam ucapan dasar sulungnya sebagai Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2009 hari ini, Perdana Menteri berkata telahan juga dibuat selepas tragedi 13 Mei 1969 apabila kerajaan Perikatan kehilangan majoriti dua pertiga apabila banyak calon Umno tewas.

Katanya andaian sebegini juga dibuat selepas pemilihan Umno 1987 dan kemudiannya apabila terbentuk Parti Melayu Semangat 46 dan dicanang pada pilihan raya umum 1999.

"Hakikatnya setiap generasi kepimpinan Umno menghadapi cabaran yang tersendiri sesuai dengan masa dan zaman. Alhamdulillah, setiap cabaran berjaya diatasi dengan perpaduan dan semangat yang kental," katanya.

Merujuk keputusan pilihan raya umum ke-12 lepas, Najib berkata rakyat telah memberi mesej yang jelas kepada Umno dan justeru itu, Umno sedar dan insaf untuk berubah.

"Kita tahu rakyat masih sayangkan Umno. Apa yang mereka inginkan hanyalah agar Umno berubah. Nyatanya, kita mendengar hasrat rakyat ini. Kita akan berubah," katanya.

Bagi seorang pemimpin Pakatan Rakyat, beliau menyatakan beliau tidak nampak apa perubahan yang dibawa oleh UMNO. Yang nyata, UMNO kelihatan emakin lemah dan tidak bermaya untuk menjadi wadah politik tanahair, jauh sekali untuk terus diberikan amanah untuk memimpin negara.

Malah kemenangan UMNO BN di Bagan Pinang minggu lalu, bukanlah merupakan kemenangan hakiki tetapi adalah kemenangan yang memperdayakan UMNO sendiri, kemenangan yang berasaskan kepada undi pos yang bukan dari kalangan penduduk setempat.

Era Najib Altantuya : Khairy, Seekor Sesumpah Hipokrit

Banyak pihak meynelar kenyataan Ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang telah "menghentam" Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya adalah sesumpah politik yang tidak akan berjaya mentadbir negara ini.

Beliau berkata Pemuda Umno tidak akan membiarkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terus menerus membuat helah bagi mempengaruhi generasi muda dan keseluruhan rakyat Malaysia demi kepentingan politiknya.

"Anwar Ibrahim melalaikan masyarakat Malaysia, memanipulasi dan mengulit jiwa mereka dengan kata-kata indahseakan-akan dia lah pemimpin yang bersih, tulen, berintegriti, dan acap kali menuduh pemimpin UMNO sebagai rasuah, rakus dan rasis," tambahnya.

Namun rakyat 1Malaysia tidak pernah melupai siapakah sebenarnya Khairy Jamaluddin, sang menantu yang amat dikenali sebagai samseng pemuda di dalam senario politik negara.

"Khairy perlu melihat dirinya dicermin terlebih dahulu kerana menepuk air di dulang sebenarnya memercikkannya ke muka sendiri," kata seorang pepimpin PKR.

"Khairy cuba menutup sekalian banyak perbuatan salahlakunya merompak harta rakyat, gelagat samseng serta amalan politik wang yang beliau telah terlibat secara lansung tetapi tidak diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO

"Beliaulah sesumpah tetapi yang dituduhnya orang lain," tambahnya.

Seorang pemerhati politik pula berpendapat bukan sahaja bukan-UMNO yang tak suka Khairy, malah ahli-ahli UMNO sendiri meluat dengan gelagat sang menantu tersebut yang dilihat telah banyak melakukan kerosakan kepada negara melalui tangan yang tersebunyinya membuat keputusan-keputusan di era mertuanya, Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Khairy berkata:

"Siapa sebenarnya Anwar Ibrahim? Pejuang rakyat marhaen? Pejuang agama Islam? Pejuang bangsa Melayu? Pejuang hak asasi yang berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar, seorang chameleon politik sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Pemuda di sini hari ini.

Malah Ahli Parlimen Rembau itu juga berkata adalah menjadi tanggungjawab Pemuda Umno untuk mendedahkan siapa sebenarnya pakatan pembangkang yang diterajuai Anwar.

Anwar merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP.

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mendedahkan siapa sebenarnya pakatan pembangkang ini kerana mereka bukannya sebuah parti politik yang tulen, tambah Khairy.

Namun, rakyat juga berhak untuk tabhu siapa Khairy sebenarnya.

"Siapa sebenarnya Khairy Jamaluddin? Pejuang rakyat marhaen? Pejuang agama Islam? Pejuang bangsa Melayu? Pejuang hak asasi yang berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Khairy yang sebenar, seorang chameleon politik sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam

"Malah perhubungan mereka (di dalam BN) semakin rapuh, apa yang sebenarnya wujud hanyalah saki baki komponen yang telah menjadi serpihan, tanpa kekuatan, tanpa kualiti, tanpa masa depan lagi.

"Mereka hanya satu kelompok manusia yang mabuk kuasa demi mimpi untuk kekal di Putrajaya, satu barisan yang yang sudah reput dan menunggu masa untuk dikuburkan," kata seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Perpecahan di dalam MCa, MIC dan PPP tidak lagi menjadi rahsia. Malah Pemuda UMNO sendiri, sebahagian besarnya menolak kepimpinan Khairy, sebab itu Khairy terlepas daripada memegang apa-apa jawatan di dalam kabinet sedangkan Mukhriz, lawannya di dalam perebutan Ketua Pemuda yang berjaya sebagai Timbalan Menteri," tambahnya lagi.

Era Najib Altantuya : Apa Khabar YB Badrul Hisham?

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia mengadakan perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, jika serius mahu mengekalkan kedudukannya.

Beliau berkata, pihaknya merancang mengadakan perjumpaan dengan Badrul Hisham Abdullah yang dikatakan menghadapi masalah kesihatan dan gagal menumpukan perhatian kepada tugasnya.

"Kita dah mula merancang perjumpaan dan untuk cuba mengatasi beberapa masalah yang dihadapi oleh saudara Badrul dan tujuan untuk meminta Badrul menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)”,katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2009, Zon Tengah Peringkat Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.

Katanya, kerajaan memberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk menetapkan kedudukan Badrul, bagi memastikan penduduk DUN Pelabuhan Klang mendapat perkhidmatan yang sewajarnya.

Beliau berkata, apa yang penting Badrul harus menunjukkan kesediaaanya untuk terus mewakili penduduk di kawasan terbabit dan membantu mereka menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

"Saya agak positif dia ingin mengadakan perbincangan tapi itu perbincangan sahaja tidak cukup mesti nampak ,dia boleh nampak oleh masyarakat di Pelabuhan Klang dia menjalankan tugas sebagai ahli dewan undangan negeri",katanya.

Mengenai tekanan yang dihadapi oleh kerajaan negeri berhubung isu tersebut, Tan Sri Khalid berkata, pihaknya berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

"Memang tekanan tu memang akan berlaku sebab bukan sahaja daripada kami agak kurang,daripada pihak exco,pejabat menteri besar agak kurang tapi yang meminta beliau meninggalkan kerusi itu pengundi-pengundi di pelabuhan Klang. Kita ni agak gentlement sedikit tapi yang lain tu agak keras sebab dia rasa mereka terpedaya kerana undi mereka itu tidak menghasilkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang boleh bertugas di daerah yang mereka undi",katanya.

Masalah yang dihadapi Badrul sejak awal tahun ini, cuba diperbesarkan oleh media arus perdana dengan laporan bahawa Badrul akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun Adun Pelabuhan Klang itu kemudian mengumumkan pendirian untuk terus bersama kerajaan Pakatan Rakyat. -TVS