24 Apr 2012

Anti Pemalsuan IC (API) Mohon Agong Tidak Bubar Parlimen

Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) memohon agar Yang di-Pertuan Agong supaya tidak memberi perkenan kepada permohonan pembubaran Parlimen selagi isu dakwaan kewujudan pasukan petugas khas pemberian kad pengenalan tidak diselesaikan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berlata, pihaknya mahu isu daftar pemilih yang bersih ditangani sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dipanggil.

"Kita menuntut agar Tuanku tidak memperkenankan pembubaran Parlimen sehingga Suruhanjaya Diraja selesai menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang perlu bagi membersihkan daftar pemilih daripada warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pasukan khas ini," kata Mahfuz Omar yang juga pengerusi jawatankuasa itu.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian selepas menyerahkan memorandum dan bukti berhubung dakwaan wujudnya pasukan petugas khas kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Selain itu Mahfuz turut memohon agar Seri Paduka Baginda menitahkan penggantungan tugas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam pasukan petugas khas itu.

Mengulas lanjut kata beliau, Pas memohon satu suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat kes penyelewengan pemberian hak warganegara kepada warga asing yang dilakukan kerajaan.

Menurutnya, Pas serta Api berharap perkara itu akan dapat ditubuhkan bagi membersihkan senarai daftar pemilih sebelum PRU13.

"Perkara ini sudah semakin menular. Jika sebelum ini, hanya kedengaran di Sabah yang memberi hak warga negara kepada rakyat Filipina, namun ia telah berlaku hingga ke Semenanjung. Kerana itu, Pas memberikan memorandum yang antara lain kandungannya kami menyenaraikan beberapa petunjuk seperti bilangan daftar pemilih yang diragui asal usul mereka.

"Kami juga ada memberikan satu salinan laporan polis yang dibuat oleh pasukan khas Pas di mana kami berjaya menangkap beberapa warga asing mempunyai kad pengenalan namun mereka itu sebenarnya bukan warganegara Malaysia.

"Tetapi, malangnya tiada dakwaan ataupun tindakan yang dikenakan terhadap mereka oleh polis," katanya kepada media di hadapan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, hari ini.

Katanya, dengan sebahagian jumlah kecil iaitu 175,388 hak warga negara yang diberikan kepada warga asing, ia bukan satu petanda yang baik khususnya kepada institusi Raja Berperlembagaan.

"Kebanyakan mereka yang menerima hak warganegara adalah dari Filipina, Indonesia, Nepal, Bangladesh dan beberapa negara lain. Apa yang membimbangkan kami adalah dengan lambakan pemberian secara tidak sah sebegini, ia boleh menggugat institusi raja berperlembagaan di Malaysia yang boleh terhakis.

"Perkara ini sudah pun berlaku di Nepal apabila rakyat mereka menggulingkan raja. Ada juga warga asing ini datangnya dari negara yang tidak mempunyai raja, jadi ia boleh menjadi ancaman kepada negara ini untuk satu jangka masa lanjang," katanya. -SH



Bekas Imam Kena Penjara 15 Tahun, 12 Sebatan Kerana Rogol Remaja

Johor Bahru – Seorang bekas Imam sebuah masjid di Johor Bahru hari ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang gadis di bawah umur tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Nu’aman Mahmud Zuhudi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Nur Akmal @ Basok Bakri Abdul Kader, 32, di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, walaupun tertuduh pertama kali melakukan kesalahan seksual itu, namun kedudukannya sebagai seorang imam jelas menunjukkan dia benar-benar mengetahui hukum dan kesalahan yang dilakukan.

“Mahkamah mengambil kira kepentingan awam dalam kes ini dan bukannya kedudukan dia sebagai imam. Tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik kepada masyarakat dan menjaga nama baiknya,” katanya.

Tertuduh didakwa merogol remaja perempuan ketika kejadian berusia 13 tahun di rumahnya di Taman Perling, dekat sini, kira-kira jam 3 petang, 21 Februari 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sepanjang prosiding berkenaan, tertuduh kelihatan tenang namun sebaik sahaja keputusan dibacakan, dia akhirnya mengalirkan air mata apabila dipeluk ahli keluarga yang lain.

Terdahulu, peguam Sukhaimi Mashud memohon hukuman terhadap anak guamnya diringankan atas alasan kesalahan pertama dilakukan selain tertuduh adalah adalah seorang imam serta sudah berkahwin dan memiliki seorang anak berusia empat tahun.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Afif Ali. -SH

Ulasan GB

Demikinalha, apabila undang-undang Islam / hudud tidak mahu dilaksanaka, jangan kata orang awam, Tok Imam pun terjebak melakukan jenayah rogol

[Bergambar] Ditahan Semasa BERS✔H 2.0 Tak Halang Ust Hadi Sertai BERS✔H 3.0

Kuala Lumpur: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan akan turun ke Dataran Merdeka bersama seluruh rakyat untuk menyertai 'Duduk Bantah' sempena himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

Dalam satu kenyataan yang dikirim oleh setiausaha akhbar beliau Mohd Nasaie Ismail, beliau berkata ianya sebagai tanda sokongan padu PAS terhadap usaha NGO yang bergabung dengan Bersih 3.0 untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

"Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Dataran Merdeka pada himpunan Duduk dan Bantah Bersih 3.0.

"Begitu juga dengan seluruh ahli PAS diminta berhimpun secara damai di Dataran Merdeka pada tanggal 28 april," katanya.

Pejabat agung PAS juga, ujarnya sudah membuat arahan kepada semua ahli untuk hadir sama ke himpunan tersebut.

Sejak Bersih mengumumkan untuk mengadakan Bersih 3.0, PAS telahpun menjalankan usaha mobilisasi ahli dan penyokongnya dari seluruh negara untuk hadir.

Semua negeri telah menyatakan komitmen sementara PAS Terengganu dan Selangor secara rasmi mengumumkan masing-masing akan mengerahkan 50,000 ahli mereka.

Sementara itu, Bersih malam tadi mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan lokasi alternatif 'Duduk Bantah' itu selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan himpunan itu diadakan di Dataran Merdeka.

IMBAS KEMBALI BERS✔H 2.0








"Duduk Bantah" Tetap Di Dataran Merdeka, SAMM Simpati DBKL Diperkudakan UMNO BN

BERSIH 3.0 tetap di Dataran, kata penganjur

Penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 berkeras untuk meneruskan rancangan mereka untuk berhimpun di Dataran Merdeka, Sabtu ini walau dihalang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengerusi bersama penganjur tersebut, Datuk A Samad Said berkata lokasi itu kekal di Dataran Merdeka walau tanpa keizinan DBKL.

Seorang lagi pengerusi bersamanya, Datuk Ambiga Sreeenevasasn berkata BERSIH 2.0 akan terus berunding dengan polis dan DBKL supaya dibenarkan untuk menggunakan padang berkenaan.

Samad berkata, Dataran Merdeka merupakan lokasi strategik dan mudah dikunjungi oleh peserta dengan menggunakan pengangkutan awam.

"Tiada lokasi di luar pusat Kuala Lumpur yang boleh menyediakan kemudahan seperti itu," kata Ambiga dan Samad dalam satu kenyataan bersama. -mk

Himpunan Bersih 3.0: Abaikan larangan DBKL

Kenyataan DBKL baru-baru ini bahawa Dataran Merdeka hanya dibenarkan untuk kegunaan acara peringkat nasional adalah mengelirukan.

PETALING JAYA: Orang ramai digesa mengabaikan larangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan Dataran Merdeka sebagai tempat himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut pilihan raya yang bebas, bersih dan adil Sabtu ini.

Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, kenyataan DBKL baru-baru ini bahawa Dataran Merdeka hanya dibenarkan untuk kegunaan acara peringkat nasional adalah mengelirukan.

“Perhimpunan Bersih 3.0 bukan sahaja acara nasional tetapi juga internasional kerana turut diadakan di puluhan bandar lain di seluruh dunia dengan maksud yang sama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Badrul Hisham @ CheguBard berkata, pihaknya bersimpati dengan DBKL yang diperkuda oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional BN) untuk mereka terus kekal berkuasa.

“Kami mencadangkan agar hanya ada satu Himpunan Bersih 3.0 sahaja iaitu di Dataran Merdeka sesuai dengan nama dan semangat lokasi tersebut dan tidak perlu perubahan.


Menurut CheguBard, Umno-BN sudah banyak belajar dari beberapa siri kebangkitan kecil rakyat dalam negara sebelum ini.

“Kali ini nampaknya pihak penguasa akan diarahkan supaya bertindak selembut mungkin, media dilarang memberikan publisiti termasuk mengutuk himpunan Bersih.

“Oleh kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) terpaksa mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat maka semua agensi terpaksa bertindak lembut untuk membolehkan PRU pincang berjalan juga sekitar sebulan dua ini.

“Kesempatan ini harus diambil sepenuhnya oleh rakyat untuk turun seramai mungkin meraikan Himpunan Bersih 3.0 bertemakan ‘Duduk Bantah’ bagi menunjukkan solidariti rakyat menuntut hak untuk pilihan raya bebas, bersih dan adil,” terang beliau.
-FMT


Jangan Pertikai Hak Kerajaan Negeri Untuk Pilihanraya Berasingan

Usah pertikai hak Selangor

SHAH ALAM – Keputusan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) secara bersama atau berasingan dengan Pusat adalah hak Kerajaan Negeri yang tidak sepatutnya dipertikaikan Barisan Nasional (BN).

Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail berkata, mengadakan pilihan raya berasingan tidak bermakna PR takut kepada BN sebaliknya sejak dahulu lagi PR ada pendirian sendiri dalam memastikan PRU13 dilaksanakan dengan telus dan hak rakyat tidak dinafikan disebabkan penipuan dalam pilihan raya itu nanti.

“Kenapa beliau (Noh) nak mendesak PR dalam perkara tersebut kalau BN pun boleh mengubah pendirian yang kita inginkan. Melihat kepada kenyataan yang dikeluarkan, jelas menunjukkan Noh kekeringan idea.

“Apakah disebabkan kenyataan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) sebelum ini menyebabkan BN akan mengadakan PRU13 selepas Jun? Adakah semata-mata ingin mengadakan PRU bersama Selangor, mereka tidak berani mengumumkan tarikh sebenar,” katanya mengulas Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mendakwa PR takut dengan kebangkitan BN Selangor.

Rodziah berkata, Noh perlu melihat mengapa PR menolak untuk mengadakan pilihan raya bersama di mana perkara sama ditimbulkan di Parlimen termasuk perjumpaan Kerajaan Negeri dengan pihak SPR baru-baru ini.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri, Dr Ahmad Yunus Khairi malah menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai alasan tersendiri yang kukuh mengapa beliau membuat keputusan bahawa PR terutamanya Selangor tidak menyertai PRU13.

“Kita rasa masih ada ketidaktelusan dalam senarai daftar pemilih, kita mahu memberikan keadilan kepada seluruh rakyat yang mengundi.

“Dalam Dun Sijangkang, sejak keluar senarai daftar pemilih banyak yang berjaya di bantah sebab kita meraguinya. Lebih kurang 6,000 pengundi baru di Sijangkang, ada yang kita sangsi, lebih kurang 50 hingga 100 (setiap kawasan) tiada alamat lengkap,” katanya.

Pemuda PAS setuju Selangor tidak bubar DUN serentak

SHAH ALAM: Dewan pemuda PAS Selangor menasihatkan supaya Datuk Seri Noh Omar supaya mempastikan suasana pilihanraya di peringkat nasional berada di dalam keadaan yang cukup bebas dan adil sebelum menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor takut untuk mengadakan pilihanraya secara serentak.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbulah Mohd Ridwan berkata, kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor mempunyai hak untuk mendapat pilihanraya yang bebas dan telus serta tidak perlu mengikut telunjuk Umno dan Barisan Nasional.

Antara perkara yang dipertikaikan oleh Pakatan Rakyat sehingga kini adalah berkenaan daftar pemilih yang masih ‘kotor dan belum dibersihkan’ terutamanya di negeri Selangor.

Selangor telah menerima pertambahan seramai hampir setengah juta pengundi baru sehingga Disember 2011.


Katanya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor cukup yakin sekiranya pilihanraya umum yang akan datang boleh diadakan secara telus dan adil, sudah pasti Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan turut sama melaksanakan pilihanraya serentak dengan peringkat nasional.

Tetapi dengan situasi terkini yang masih tidak mencerminkan kesungguhan pihak kerajaan persekutuan dan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia “membersihkan” proses sistem pilihanraya di dalam Negara ini menyebabkan Pemuda PAS Selangor bersetuju dengan tindakan pihak Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk mengadakan pilihanraya secara berasingan dengan kerajaan persekutuan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga turut menyokong penuh tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk membantu SPR di dalam membersihkan senarai daftar pemilih baru.

Ini kerana ia diragui dan disangsikan keabsahan status pemastautin mereka melalui kempen Selangorku Bersih, kata beliau.

Bagi beliau, kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah mengambil inisiatif yang terbaik untuk mempastikan pilihanraya yang akan datang berlaku dalam suasana yang telus.

"Ianya perlu dicontohi oleh kerajaan persekutuan dengan ‘membebaskan’ SPR untuk melaksanakan tugas mereka secara lebih ‘bebas’ tanpa ada campurtangan politik," tegasnya.

Pemuda PAS Selangor juga mempertegaskan keyakinan untuk terus mempertahankan kemenangan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor berdasarkan sokongan rakyat terbanyak di dalam pilihanraya yang akan datang.

Ia akan dibuat walaupun momokan Umno dan Barisan Nasional di dalam media arus perdana menyatakan sebaliknya.

Umno dan Barisan Nasional kini sedang berada di ambang penolakan rakyat secara ‘total’ sehingga terpaksa menggunakan seluruhnya jentera media arus perdana untuk ‘mempersolekkan diri mereka untuk menjadi cantik’ di mata rakyat.

Ia dibuat walaupun hakikat sebenarnya mereka kini semakin jelek dan hodoh, kata beliau.
-HD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Apabila S/U Politik Najib Sendiri Tidak Yakin Najib Akan Kekal Di Putrajaya

Fatmi tak yakin kedudukan Najib selepas PRU-13!

KOTA BHARU: “Kalau Datuk Najib masih ada di Putrajaya selepas PRU-13 ini bolehlah saya bawa pelajar-pelajar cemerlang UPSR sekolah ini ke sana.

“Namun kerana negara kita mengamalkan demokrasi, kita tidak tahu lagi siapa akan duduk di Putrajaya selepas ini. Kalau gitu kita gi ke masjidlah kerana sapa-sapa tidak boleh larang,” kata Setiausaha Politik (SUP) Perdana Menteri, Datuk Fatmi Che Salleh (gambar).

Beliau mendedahkan rasa kebimbangan itu pada ucapan ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ismail 3 dekat sini, hari ini.

Pada program berkenaan Fatmi yang juga Ketua Umno Kota Bharu menyampaikan buku akaun Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Selain itu ada pelajar miskin yang menerima bantuan E-Kasih. Pelajar darjah satu pula menerima RM100 setiap seorang.

Tahun lepas difahamkan seramai 21 pelajar yang mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolah terbabit ditaja tiket penerbangan ke Putrajaya oleh Fatmi.

Bagaimanapun ramai ibu bapa yang hadir di mesyuarat PIBG berkenaan mengeluh panjang kerana bantuan KWAPM sebanyak RM200 belum lagi dimasukkan ke dalam akaun pelajar bagi tahun ini.

Pada ucapan di majlis tersebut Fatmi sekali lagi mengulangi untuk membawa pelajar cemerlang sekolah itu ke Putrajaya sekiranya Najib masih menduduki kerusi Perdana Menteri.

Ibu bapa yang hadir pada mesyuarat tersebut dikehendaki mengesahkan kehadiran bagi mengelakkan anak mereka diambil tindakan pihak sekolah.

Kini mesyuarat PIBG diadakan di banyak sekolah sebagai pentas kempen Umno selepas ceramah yang dianjurkan mereka tidak mendapat sambutan.

Malam Sabtu lalu Umno menganjurkan ceramah berkelompok di rumah seorang penduduk berhampiran Masjid Lundang yang dihadiri beberapa kerat penduduk terutamanya wanita.

Turut kelihatan berucap pada majlis berkenaan pegawai Jabatan Penerangan Kelantan.

Namun program tersebut tenggelam kerana tidak jauh dari situ PAS mengadakan ceramah perasmian Markas PAS UPU Lundang.

Ceramah penerangan Umno terbabit berakhir jam 11 malam. Kemudian beberapa wanita di situ dilihat berjalan menuju ke tempat ceramah PAS pula.

Bilangan yang hadir pada ceramah PAS berpuluh kali ganda lebih ramai berbanding ceramah penerangan Umno yang diadakan di rumah bekas seorang guru.

Sempena pelancaran markas terbabit Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Ketua Muslimat PAS Pusat, Senator Mumtaz Md Nawi menyerah bendera bulan purnama kepada 11 wakil UPU Dun Bunut Payong.

Hadir sama pendakwah bebas, Ustaz Khairul Ikwan, Pengarah Pilihan Raya PAS Kota Bharu, Azahari Abdul Rahman, bekas Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak, Hamid Omar dan Mejar (B) Hassan Mahmood. -HD

Zahida: its up 2 me nak ada hubungan dng sesiapa pun!! Apa kau peduli??

Zahida Rafik: 'Biarlah Tuhan yang hakimi saya'

SHAH ALAM – Artis Zahida Rafik yang menjadi perhatian ekoran dakwaan hubungannya dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal, terus menjawab siri mesej dihantar oleh peminat dan rakannya menerusi Twitter tetapi menegaskan, dia "tidak kisah dengan apa orang ramai" bercakap mengenai dirinya.

“Saya di sini bukannya hendak memuaskan hati semua orang dan saya tidak kisah akan apa yang orang ramai buat tanggapan terhadap diri saya, kerana ini adalah kehidupan saya dan saya percaya akan Tuhan,” kata Zahida dalam salah satu mesej yang dihantar lewat malam semalam.

Lewat petang semalam, Shafie secara terbuka menafikan dakwaan bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada Zahida sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, segala maklumat yang disebutkan dalam laporan polis, yang dibuat oleh Noor Azman bulan lalu, adalah tidak benar sama sekali.

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi yang bertarikh 13 Mac 2012, yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida binti Mohamed Rafik,” kata beliau yang juga Naib Presiden Umno.

Sambil menekankan bahawa dia masih "kuat semangat", Zahida berkata, orang ramai kemungkinan akan membencinya kerana isu semasa ini.

Bagaimanapun jelasnya, dia tetap sentiasa senyum kerana percaya pada dirinya dan juga Tuhan yang maha mengetahui semuanya.

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati beberapa mesej yang agak 'pedas' telah dipadamkan daripada senarai mesej akaun beliau semalam.
Menjawab salah satu mesej, Zahida juga ada mengatakan bahawa "biarlah Tuhan yang menghakimi saya, kamu jangan jaga tepi kain saya okey."

Walau bagaimanapun, melalui laman sosial Twitternya dia penah mengatakan bahawa dia tidak akan berdiam diri dengan perkara ini, malah dia telah pun berunding dengan peguamnya bagi menuntut bela.

Melalui laman sosial Twitternya juga, Zahida juga ada dihina dan dilemparkan kata-kata yang tidak elok dan tidak menyenangkan oleh segelintir pihak yang masih tidak berpuas hati dengannya.

Zahida tetap bersabar dalam menghadapi semua dugaan itu dan meneruskan semangatnya untuk terus menjawab soalan dan pertanyaan peminatnya.

Bagi Zahida, biarlah apa orang hendak menganggapnya kerana yang penting dia tahu akan dirinya yang sebenar.

Zahida turut mendapat simpati dan sokongan daripada segelintir pihak yang mengambil berat akan dirinya dan juga sentiasa bertanya akan perkembangan terbarunya mengenai isu semasa diri beliau.

Dikenali sebagai Azmir Husni laman sosial Twitternya beliau pernah berkata, “kepada Zahida, harap bersabar dengan dugaan fitnah-memfitnah ini, kita orang sokong dari belakang."

Tidak lupa juga peminat Zahida yang lain dikenali sebagai Zarul Azwan yang turut bertanyakan khabar tentang Zahida dan juga menasihati Zahida supaya berbuat tidak endah sahaja dengan semua anggapan orang ramai itu.

Sehubungan itu, Zahida kini merasa lebih tenang dan tenteram kerana banyak pihak yang turut memberi sokongan dan dorongan terhadap dirinya mengenai isu ini. -SH

Zahida Rafik switches off phone

Ask busty Zahida Rafik about her alleged affair with Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal and chances are she will never answer your phone calls.

The controversial Malaysian actress has switched off her phone permanently ever since the scandal broke on April 19.

The Daily Chilli, mStar Online and murai.com have made numerous futile attempts to contact her.

But on her Twitter account, which is updated daily, Zahida has rubbished the romantic rumours about her and the minister.

She tweeted: "tu lah,suddenly!hehehe..yes agree wit u,tq so much! I am having fun wit all tis bz body people,kesian tengok dia orng semua! (I'm suddenly linked to the minister. But I'm having fun with all these nosy people. I pity them all)

She added: "its up 2 me nak ada hubungan dng sesiapa pun!! Apa kau peduli?? (It's up to me to have a relationship with anyone that I like. What has it got to do with you?)

In a contradicting statement, her former driver has accused Zahida of having an affair with Shafie and living off him.

But on Monday, the top Malaysian cabinet minister issued an official statement, denying paying the sexy actress a large sum of money.

“I have been following closely various reports in the media and blogs that have linked my name to a police report dated March 13, 2012, by a person named Noor Azman Azemi, who claims to be under my employ as a driver, linking me with the payment of a large amount of money to an artiste by the name of Zahida Mohamed Rafik," said Shafie.

"I wish to state that everything that has been mentioned in the police report is completely untrue and that the subsequent comments by individuals who have distributed copies of the police report is with bad intent and politically motivated.

“I am prepared to take legal action against anyone who continues to defame me and link me with this issue," he said.

Zahida tweeted that she has handed over the matter to her lawyer.


Daily Chilli
Published April 23 2012


Ulasan GB

Self-explanatory dan GB tak perlu ulas apa-apa.

Lagi Kes Motosikal Hangus Dibakar

Kerja khianat

KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 motosikal hangus dijilat api dipercayai angkara perbuatan khianat di Flat Seri Selangor, Jalan San Peng di sini, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu yang ketiga berlaku sekitar ibu negara selepas Ahad lalu, enam motosikal milik penduduk dilaporkan terbakar kira-kira jam 8.30 pagi di Bandar Baru Sentul, dua jam selepas kejadian sama membabitkan dua motosikal di Flat Seri Tioman 2, Wangsa Maju.

Suri rumah, Zaleha, 46, berkata, tiga motosikal milik suami dan dua anaknya gagal diselamatkan di tempat letak motosikal perumahan itu meskipun mereka meluru ke lokasi kejadian sebaik terdengar jeritan jiran.

“Saya terkejut dan sedih kerana baru saja melangsaikan ansuran satu daripada motosikal berkenaan, malah ia adalah kenderaan keluarga untuk berulang-alik ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah,” katanya.

Dia yang kerugian kira-kira RM15,000 mendakwa ada penduduk melihat kelibat sekumpulan lelaki mencurigakan yang mundar-mandir di kawasan berkenaan sebelum deretan motosikal itu terbakar.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman @ Hussaini, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kebakaran motosikal jam 1.32 pagi di Blok 1, flat berkenaan.

“Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pusat dan Pudu diarahkan ke lokasi kejadian dan tiba lima minit kemudian.

“Api yang marak menyebabkan 21 motosikal hangus dan menjulang setinggi tingkat tiga blok berkenaan, namun berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya jam 1.43 pagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif sebenar kejadian yang membabitkan keseluruhan 29 motosikal terbakar.

“Kami masih siasat sama ada ketiga-tiga kejadian yang berlaku dalam tempoh 24 jam itu dilakukan kumpulan sama atau berasingan,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kebakaran atau bahan letupan dengan niat menyebabkan kerosakan. -HM


Samseng Jalan Kebun Ditangkap Polis

Polis tahan samseng Dataran Merdeka

Dua daripadanya penganggur dan seorang tukang kimpal. Ketiga-tiga mereka ditangkap di Subang Jaya dan direman selama tiga hari.

PETALING JAYA: Polis berjaya menahan tiga individu yang disyaki menyerang kumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka awal pagi Khamis minggu lalu.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, dua daripadanya penganggur yang berusia 28 dan 30 tahun dan beralamat di Jalan Kebun, Klang manakala seorang lagi tukang kimpal yang berusia 30 tahun dan berasal di Kampung Pandan, Klang.

Ketiga-tiga mereka ditangkap di Subang Jaya dan direman selama tiga hari.
“Suspek telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohmad berkata setakat ini pihaknya telah menahan empat orang bagi membantu siasatan.
Aktivis mahasiswa yang menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) minggu lalu dilaporkan diserang oleh sekumpulan samseng sekitar 2.45 pagi.

Kumpulan samseng itu dikatakan bertindak merobohkan khemah, menyepak, menumbuk dan menghalau aktivis mahasiswa itu daripada Dataran sehingga menyebabkan kecederaan dan dihantar ke Hospital KL. -FMT

Ulasan GB

Kita berharap samseng-samseng UMNO ini bukan ditahan sahaja, tetapi tindakan tegas mengikut undang-undang perlu diambil, yang sepatutnya termasuklah seorang senator yang dikatakan menjadi dalang kepada serangan terhadap mahasiswa di dataran merdeka itu.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca