5 Apr 2009

BUKIT SELAMBAU : BN Terpukul Masyarakat Siam Sokong PR

BBerpuluh tahun masyarakat siam Kampung Tanah Lincin, Bukit Selambau menderita bagai menunggu buah yang tidak gugur. Pelbagai janji manis kerajaan BN kononya akan membela nasib mereka hanya tinggal sebagai janji.

Pembangunan yang mereka harapkan tidak kunjung tiba. Sebuah jambatan. Itu sahaja permintaan masyarakat kampung Siam tersebut untuk membolehkan mereka berhubung dengan masyarakat luar.

Tetapi hajat mereka yang satu ini tidak sekelumit pun mendapat perhatian kerajaan BN.

"Kampung ni sekarang masa hujan, masalah banjir, dua penggal dah kita undi BN dulu masih tak buat, jembatan merupakan isu di sini," kata Chang Long Aichuan, Jurucakap Keadilan masyarakat Siam di Bukit Selambau.

"Masalah kedua ialah taraf hidup, taraf hidup macam 30 tahun dulu. Rumah masih usang. Kalau ada rumah baru pun hanya rumah Ketua UMNO sahaja yang baru, rumah kroni sahaja baru, rumah orang lain mana ada, papan buruk, zink buruk, bocoq sana bocoq sini, apa ke jadah menda ni, hanya ketua UMNO saja rumah yang baru, yang duduk bawah ketiak UMNO saja yang baru," katanya berang.

Kunjungan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke sini membawa satu harapan baru kepada masyarakat Siam.

"Kita berbangga kerana ketua parti membagi sokongan, orang kampung harapkan PKR sahaja yangg menolong orang kampung Siam di sini," kata Sang Wan, Ketua Kampung Lincin.

Masyarakat Siam telah berpusu-pusu menyambut ketibaan Anwar dan ada yang mengakui yang jauh pun sanggup balik mengambil cuti untuk bertemu dengan Anwar, didedahkan oleh Wegan Akiang, seorang penduduk Siam Bukit Selambau.

Apa yang jelas kini laporan BERNAMA seperti yang dilaporkan hari ini yang mendakwa kononnya kesemua 340 pengundi masyarakat Siam dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau berikrar untuk menyokong calon Barisan Nasional (BN) Datuk S.Ganesan pada pilihan raya kecil Selasa ini adalah pembohongan besar agensi berita nasional itu.



BUKIT GANTANG : UMNO Terlopong Bila Konsert Yasin Sokong Pakatan

Berbanding dengan konsert tarian separa-bogel BN yang dihadiri oleh Menteri Agama Datuk Zahid Hamidi, Pakatan Rakyat pula menampilkan sebuah konsert Santai Anak Muda anjuran bersama AMK dan Gerakan Mansuhkan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP) di Simpang, Bukit Gantang dengan kehadiran penyanyi terkenal Yasin dan Juara Akademi Nasyid, Azhan Atan.

Malaysiakini melaporkan Yasin, bersama gandingan lamanya dalam kumpulan Brothers, Salleh berpadu suara dengan penyanyi rap Akhbar dilihat beberapa kali memberikan ingatkan kepada kira-kira 150 peminat dan penyokong Pakatan di konsert santai di Simpang itu.

"Jangan lupa, Selasa ini, undilah calon Pakatan Rakyat," disambut tepukan dan sorakan penonton di pentas terbuka di kawasan rehat R&R di situ.

Mereka menyampaikan lagu-lagu terkenal yang pernah menjadi kegemaran ramai, antaranya, Satu Perjuangan, Teman Sejati dan Alhamdulillah.

Membuat persembahan terakhir, Azhan menyampaikan lagu Iqra' yang pernah dipopularkan papa rock Malaysia Ramli Sarip, sambil menyatakan mesej sama kepada penonton.

Radio TKO.fm sering menyiarkan lagu-lagu penyanyi Yasin dan Azhan Atan semenjak ia diterbitkan dua tahun lalu di dalam rancangan Isu Semasa dan Irama Malam bersama GB yang ke udara pada setiap malam bermula jam 9.30 malam.

Yasin berkata ini merupakan "perjuangan kecil-kecil tetapi konsisten" untuk menggalas "harapan perubahan untuk Malaysia". Beliau bagaimanapun menafikan menganggotai PKR tetapi hanya penyokongnya sejak peristiwa reformasi 1998.

Ditanya sama ada beliau menghadapi masalah akibat kehadirannya ke pentas pembangkang, Yasin berkata, beliau tidak menghadapi sebarang masalah: "Setakat hari ini tidak ada," katanya yang mendakwa sudah lebih sepuluh kali hadir di pentas pembangkang.

Beliau menyifatkan tindakan Najib mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA sebagai "reaksi semata-mata dan tidak berasaskan prinsip".

Selain itu, tambahnya, beliau yang membuat laporan polis terhadap Najib berdasarkan pendedahan tergempar akhbar Perancis Leberation - yang mengaitkannya dengan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shariibuu - berkata telah dipanggil memberi keterangan berhubung laporannya itu.

Dalam masa yang sama, tambahnya, Najib sebaliknya tidak pun dipanggil polis memberikan keterangannya.

Beliau juga mendakwa, terdapat pihak menggunakan SMS palsu kononnya daripada pemimpin utama Hindraf P Wathamoorthy dari London meminta sokongan pengundi selepas Najib mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA.

Walaupun program tersebut anjuran bersama GMP, namun tiada sebarang risalah berhubung dasar kontroversi PPSMI diedarkan.


BUKIT GANTANG : Nik Aziz Kecewa Najib Yang Belum Bersihkan Imej Menjadi PM

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertikan perlantikan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia di saat beliau masih lagi terpalit dengan salahlaku moral.

Najib perlu menjelaskan kepada umum terhadap segala dakwaan yang dihadapkan kepadanya sebelum menjadi orang nombor satu negara. Ini penting untuk mempastikan negara dipimpin oleh orang yang berkualiti.

"Bahasa selagi tuduhan-tuduhan dan tohmahan-tohmahan yang dilemparkan ke atas beliau belum dibersihkan, maka saya dukacita dan kecewa, nampak sangat negara kita tidak berkualiti," tegas Nik Aziz.

"Nabi Mohd s.a.w. sebelum dilantik menjadi Nabi umur 40 waktu dia muda lagi dia diakui oleh masyarakat Mekah sendiri, masyarakat Jahiliyah Mekah sebagai Al-Amin (Yang Amanah)," tambahnya.

Beliau juga mengingatkan pengundi pilihan raya kecil Bukit Gantang agar tidak terus terperangkap dengan gimik politik yang sedang dimainkan oleh Umno-BN.

Menteri Besar Kelantan itu membuat ingatan tersebut sebagai mengulas soalan pemberita mengenai 'kejutan' yang dibuat Perdana Menteri baru, Dato' Seri Najib Razak menerusi ucapan sulungnya baru-baru ini.

Ujarnya, sejak 52 tahun yang lalu setiap kali perlantikan perdana menteri Umno-BN pasti akan ada 'gula-gula' yang diberikan rakyat sebagai menggambarkan imej beliau yang bersih serta baik.

"Setiap kali perdana menteri baru naik, mesti ada benda baru yang diumumkan sebagai membeli sokongan rakyat selain memberi persepsi yang baik-baik belaka, oleh itu kita jangan terpengaruh, jangan terperangkap," uharnya.

Beliau menyifatkan UMNO yang tidak mempunyai asas perjuangan yang kukuh berlandaskan islam akan terus mengamalkan rasuah.



BUKIT GANTANG : UMNO Diantara Kepergian Pak Lah Dengan Kedatangan Semula Mahathir


Habis madu sepah dibuang. Demikianlah budaya di dalam UMNO dimana mereka tidak akan menghormati pemimpim-pemimpin utama dari parti mereka setelah mereka tidak berjawatan lagi.

Nama Tun Abdullah Ahmad Badawi semakin terhakis dari media massa arus perdana. Malah belum kedengaran samada Pak Lah akan turun untuk berkempen di mana-mana tiga kawasan pilihanraya kecil sebelum 7 April ini.

Tumpuan kini tiba-tiba terhala kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir yang kembali menyertai UMNO semalam. Sewaktu Mahathir melepaskannya dahulu, beliau tidak terkecuali dari menerima sishan para ahli UMNO dan juga media massa perdana.

Malah sampai satu ketika beliau menerima habuan semburan air lada dari ahli UMNO sendiri sehingga menimbulkan satu kes polis yang sehingga kini belum selesai dibicarakan di mahkamah.

Sandiwara kononnya UMNO telah kembali bertaut apabila Mahathir menghadirkan diri di dalam perhimpunan UMNO yang lalu dengan adegan mengangkat tangan bersama-sama tapi sekadar memegang jari disamping rakaman peluk cium Mahathir - Pak Lah yang tak kesampaian di dada menjadikan semua yang melihat tersenyum simpul satu episod yang lucu di dalam UMNO.


Ia seolah-olah menggambarkan kurang kesediaan Mahathir untuk menerima Pak Lah yang bagi beliau, penyebab utama beliau menapak keluar dari UMNO. Pak Lah dituduh dengan pelbagai tuduhan oleh Mahathir sebelum ini dan apabila Najib dinobatkan sebagai Perdana Menteri, Mahatir kembali ke pesada UMNO yang menjadikan orang-orng Pak Lah di dalam UMNO pula yang kecut dan kalut.

Kecut dan kalut kerana "the return of Matathir a.k.a. Mahazalim" merupakan sesuatu yang membawa akibat yang sengsara kepada mereka yang telah terbiasa dengan pentadbiran dan pengurusan "tangkap lentok" Pak Lah selama lima tahun sejak 2004.

Mahathir dikatakan akan menjadi "the invisible hand" di dalam pemerintahan Najib. Sepastinya beliau mengingati nama-mana meneri, timbalan menteri dan sekalian pegawai yang mengutuk dan menghinanya selepas beliau bersara satu ketika.

Nama-nama seperti Nazri Aziz dan Johari Baharom pastinya akan menerima padah selepas ini. Dan kini sudah kedengaran suara-suara menteri-menteri yang terpaksa "mengipas" semula Mahathir kerana mereka begitu mengetahui tentang peranan besar yang dimainkan oleh Mahathir di dalam setiap keputusan yang bakal diambil oleh Najib nanti.

Termasuk juga mereka yang menggalakan projek jemtanan bengkok di Singapura dan yang menyebabkan kekalahan Malaysia mempertahankan Pulau batu Putih seperti Hamid Albar, Rais Yatim dan Gani Patail. Juga mereka yang terlibat menjual Augusta dengan nilai 1 euro.

Era Najib akan menyaksikan Mahathir akan kembali merealiasikan visi-visi besarnya yang telah dibantutkan oleh regim Pak Lah beserta dengan "budak-budak tingkat 4" di Jabatan Perdana Menteri.

Najib tiada pilihan lain untuk terpaksa menerima nasihat Mahathir di dalam setiap proses pembuat-keputusannya lantaran Najib amat memerlukan Mahathir untuk menampung kekurangannya yang begitu terserlah di peringkat nasional dan antarabangsa kerana nama beliau dikenali oleh pemimpin seantero dunia dengan kaitannya terhadap seorang wanita Mongolia yang bernama Altantuya.

Justeru itu kehadiran Mahathir di Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidaklah terlalu banyak kesannya kepada Pakatan Rakyat - tetapi lebih kepada UMNO sendiri - dimana masing-masing akan cuba menonjolkan diri untuk menyatakan kepada Mahathir.. "ohhh Pak lah tu memang teruk.." untuk menjadikan Mahathir tersenyum lebih lebar sedikit dari biasa.

Kalau ada pun persamaan Mahathir dengan Pak lah hanyalah di sini:




BUKIT SELAMBAU : Kredibiliti Calon BN Punah Ranah

Blog n25bukitselambau hari ini mendedahkan bahawa tembelang calon BN Datuk S.Ganesan sudah pecah semalam.

Pendedahan tersebut dilakukan oleh MP Padang Serai YB Gobalakrishnan mengenai penipuan yng dilakukan oleh Datuk S.Ganesan. Penipuan tersebut berlaku pada tahun 1993 ketika mana S. Ganesan sebagai peguam telah menipu beberapa orang pemilik rumah.

Beliau mejadi peguam kepada 127 pemilik rumah baru di Kuah Langkawi. Bayaran telah di buat kepada S.Ganesan namun 50 orang daripada 127 pemilik rumah baru tersebut gagal mendapat rumah yang di janjikan.

Perkara ini telah memakan masa hampir 10 tahun lebih, namun rumah yang di janjikan masih tidak dapat di duduki.

Laporan polis telah dilakukan terhadap Ganesan oleh mereka yang terlibat.

Menurut Gobala lagi pemuju telah menyerahkan wang kepada peguam iaitu Datuk S.Ganesan yang beribu pejabat di Sungai Petani di alamat 34A Tingkat 1 Jalan Seri Temin Sungai Petani.

Dalam pada itu pemilik rumah telah membayar RM9700 setiap seorang dengan tambahan RM300 untuk caj perkhidmatan kepada Ganesan. Rumah tersebut adalah rumah kos rendah yang rata-rata pembelinya adalah kaum India.

Jumlah keseluruhan wang yang tidak di kembalikan sebanyak RM200 ribu.

Baru-baru ini pemilik rumah yang merasakan diri mereka ditipu telah membuat laporan polis terhadap Ganesan.

Ini menunjukkan CALON yang di pilih oleh BN tidak bersih dan mempunyai unsur penipuan.

Mungkin calon ini antara yang terbaik namun terburuk di mata rakyat Bukit Selambau.

BATANG AI - Salah Laku BN Berleluasa Tanpa Sekatan

Suruhanjaya Badan Pemerhati Bebas Pilihanraya (Mafrel) melaporkan bahawa beberapa ‘Rumah Tuai’ (ketua rumah panjang) telah dicolek dan dibawa ke Hotel Hilton bertaraf lima bintang di Batang Ai dan diberi layanan istimewa serta wang saku sebanyak RM1,000 seorang.

Separuh dari mereka memilih percutian berbayar ke bandaraya Kuching untuk bersiar-siar dan bersantai di sana.

“Dalam permerhatin kami, ini dilihat seperti merasuah dan politik wang oleh kerajaan Barisan Nasional telah menular Dun N29 Batang Ai ini,” kata seorang pemerhati kepada laman blog The Broken Shield hari ini.

Penggunaan kereta-kereta kerajaan semakin berleluasa untuk berkempen bagipihak BN dan telah menjadi semacam satu budaya biasa kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri.

“Seperti yang kami jangkakan, menteri BN tanpa segan silu menghamburkan ‘projek mee segera’ kepada hampir 121 rumah panjang di Batang Ai ini. Apa yang kami dapat katakan ini adalah satu rasuah terang-terangan oleh menteri BN,” jelas pemerhati tersebut.

Menurut pemerhati tersebut, MAFREL mempunyai banyak bukti untuk mengukuhkan dakwaan ini, terpulang kepada pihak ibupejabat untuk mengumumkan perlakuan rasuah tersebut,” jelas beliau lagi.

Perkataan ‘Bersih, Telus dan Pilihanraya Bebas’ sudah tidak ujud lagi di Dun N29 Batang Ai ini.

“Kami berani menyatakan bahawa pilihanraya kecil Batang Ai kini sudah dicemari rasuah dan yang piling tidak adil dalam sejarah pilihanraya kecil di Malaysia,” tegas pemerhati Mafrel itu dengan nada kesal.

Sementara itu, hasil dari laporan unit pamantauan kami ini menyatakan bahawa kempen BN juga telah melanggar syarat akta kempen pilihanraya kecil dimana mereka telah memasang bendera BN di tempat-tempat yang di larang seperti di atas jambatan.

“Kami juga menerima banyak laporan bahawa penyokong BN telah membuang dan manarik turun bendera KeADILan di pintu masuk beberapa rumah panjang,” jelas beliau.

MAFREL juga merakamkan ceramah menteri-menteri BN termasuk Alfred Jabu, Masing, Awang Tengah, Awang Asfia, Joseph Salang, Entulu, Gramong Juna dan lain-lain telah mengugut pengundi dengan ugutan untuk memberi tekanan kepada mereka yang tidak mengundi BN.



BUKIT GANTANG : Mohon Restu Rakyat Satu Slogan Kosong

Ahli parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah Anwar menyelar UMNO-BN menggunakan slogan "Mohon Restu Rakyat" di dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang melalui calonnya Ismail Safian untuk berdepan dengan calon PAS Dato Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin.

Slogan yang indah itu tidak seindah dengan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh UMNO-BN selama ini.

"Apakah mereka terfikir samada rakyat setuju bila harga minyak dinaikkan dulu pada 4 Jun 2008 walaupun sebelum pilihanraya umum (Mac 2008) Timbalan Perdana Menteri (sekarang PM) menyatakan harga minyak tidak akan dinaikkan, tapi sebaliknya yang berlau," kata Nurulizzah membidas Najib.

"Samalah apabila mereka mengambil keputusan untuk merampas kerajaan negeri Perak apakah mereka memohon restu, menanya kepada rakyat di negeri ini, adakah rakyat bersetuju dengan keputusan tersebut," tambahnya.

Beliau berkata, bila mereka mengambil komisyen RM500 juta untuk kapal selam apakah restu rakyat dipohon?

Dulu pada 2004 mereka menyerang DAP kerana kononnya DAP bersekongkol dengan PAS yang memperjuangkan negara Islam, kini mereka menyatakan PAS menjadi boneka DAP. Inilah propaganda jahat media massa arus perdana untuk mengelirukan rakyat. Mereka memainkan isu "derhaka" sedangkan mereka lupa di awal tahun 2008 merekalah penderhaka sebenar apabila berdemonstrasi di negeri Terengganu menghina Sultan Terengganu yang waktu itu adalah DYMM Yang Dipertuan Agong.

"Siapa yang pinda perlembagaan tahun 1983 dan 1993 untuk menghakis kuasa raja kalau bukan pimpinan UMNO?" tanya Nurulizzah.

Justeru itu beliau berharap rakyat tidak mudah terpedaya dengan isu derhaka yang dimainkan oleh UMNO walhal merekalah penderhaka yang sebenar. Beliau mengajak semua pengundi-pengundi Bukit Gantang memberikan kemenangan kepada Nizar di dalam PRK Bukit Gantang pada 7 April ini.



BUKIT SELAMBAU : Kubu UMNO-BN Kuala Sin Bergegar (Berita Video)

Kubu kuat UMNO Kuala Sin tiba-tiba bergegar. Kawasan yang dianggap paling selamat untuk UMNO-BN di Bukit Selambau dimana dikatakan 90% penduduknya menyokong UMNO-BN terpaksa merendahkan angka itu dengan mendadak apabila Ketua UMNO Cawangan Kuala Sin telah meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Marzuki Mat Akhir, ketua UMNO yang dimaksudkan telah meninggalkan jawatan sebagai ketua cawangan Kuala Sin.

Sebagai bukti keikhlasan dan kejujurannya beliau tidak ragu-ragu dan segan-silu mengeluarkan kad pengenalannya untuk membuktikan bahawa beliau ialah Marzuki yang sebenar dan merasa bangga menjadi ahli PKR bermula malam tadi.

Menurut Marzuki beliau menyertai PKR kerana merasakan UMNO sememangnya penipu dan zalim kepada rakyat. Apabila di tanya mengenai perlantikan Perdana Menteri baru, beliau menyatakan bahawa tidak setuju dengan perlantikan PM baru ini kerana penuh rasuah dan skandal.

Tambah beliau lagi, beliau tidak merasakan rugi apa-apa meninggalkan UMNO kerana UMNO sudah rosak dan lari dari perjuangan asal. Harapan beliau agar PAKATAN RAKYAT dapat memenangi PRK N25 BUKIT SELAMBAU dengan majoriti yang besar.

Dalam pilihanraya umum tahun lepas, terdapat 833 pengundi di situ dan BN memenangi peti itu di situ dengan majoriti 241 undi.

Blog Kelab Greenboc malam tadi telah melaporkan mengenai kemasukan Marzuki ke dalam PKR bersama-sama Naib Presiden PPP, Nagarajan dan 6,000 ahli PPP menyertai PKR.



BUKIT SELAMBAU : Naib Presiden PPP Sertai PKR (Berita Bergambar)

Naib presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Nagarajan hari ini mengumumkan penyertaanya ke dalam PKR bersama 6,000 ahli selepas lapan bahagian dengan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan.

Lapan bahagian yang dibubarkan itu ialah Alor Star, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling, Sungai Petani dan Merbok.

Perkara itu diumumkan oleh anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Johari Abdul yang juga ahli Parlimen Sungai Petani malam ini.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu majlis ceramah di Dewan Hock Seng, Sungai Petani, dalam DUN Bukit Selambau.

Nagarajan kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Johari juga mengumumkan kemasukkan ketua Umno cawangan Kampung Jerai, Marzuki Md Akib bersama 51 ahli cawangan tersebut menyertai PKR.

Turut menyertai PKR malam ini ialah pemimpin masyarakat Siam di Bukit Selambau, Nao Bai Seong bersama 100 orang masyarakat siam.

Dalam ucapannya, Anwar berkata beliau akan membuat satu lagi pengumuman penting pada 7 April depan.

Perhimpunan yang menyaksikan bilangan yang begitu ramai penyokong Pakatan Rakyat ini turut disertai oleh ahli-ahli Hindraf dan ia sekaligus menafikan berita-berita yang yang menyatakan Hindraf tidak memberi sokongan kepada calon PKR, S.Manikumar.

Pengumuman penyertaan Naib Presiden PPP berserta 6,000 ahli parti itu pada malam tadi merupakan satu tamparan kepada kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO yang juga Presiden Barisan Nasional kerana PPP adalah salah sebuah parti komponen yang penting di dalam BN.