2 Jan 2010

Harga Diesel dan Petrol Dijangka Turut Naik

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjangkakan harga diesel dan petrol di negara ini akan dinaikkan sekaligus menambah beban yang ditanggung rakyat selepas menghadapi kenaikan harga gula dan roti semalam.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, jangkaan itu dibuat selepas Pengerusi Petronas, Hassan Marican memberi jaminan bahawa Petronas akan tetap membayar dividen RM30 billion kepada kerajaan.

Jaminan itu dibuat walaupun Petronas sebelum ini mencatatkan keuntungan yang lemah. Memberi amaran bahawa ‘komitmen’ sebegini boleh memberi tekanan keatas pendapatan pengeluar minyak nasional itu.

“Kita bimbang Petronas kata begitu, apabila harga minyak jatuh atau naik di pasaran dunia ia akan naikan harga minyak kepada rakyat. Mereka naikan harga di pam dan rakyat perlu bayar lebih kerana hendak jamin memberi kerajaan,”katanya.

Hassan dalam kenyataannya berkata komitmen ini perlu kerana kerajaan mengalami defisit belanjawan terbesar dalam tempoh 20 tahun pemerintahan, dan Petronas bertanggungjawab keatas hampir separuh dari perbelanjaan kerajaan.

Mengulas perkara ini, Azan berkata Malaysia satu-satunya kerajaan yang merumuskan belanjawan yang sepenuhnya bergantung kepada hasil gas dan petroleum.

Langkah ini mencerminkan dasar pentadbiran yang tidak munasabah kerana menurut Azan, kerajaan bertanggungjawab untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara terutama selepas rizab petroleum negara dilaporkan akan kehabisan dalam masa terdekat.

Menurutnya, wang Petronas sepatutnya digunakan untuk membangunkan modal insan, memajukan prasanana urban, pendidikan dan keselamatan, dan bukannya dipaksa membayar kocek pegawai-pegawai politik dan projek-projek mega.

“Jadi kenyataan itu boleh mambayangkan ada cadangan dari Petronas sekiranya berlaku krisis, ia akan dipindahkan kepada pengguna dengan cara menaikan harga minyak di pum ataupun minyak yang dijual kepada orang ramai. Selain daripada itu tidak ada logiknya alasan yang munasabah mengatakan Petronas sanggup memberi jaminan akan tetap memberi kepada kerajaan walau apa pun berlaku.

“Dalam keadaan krisis seperti ini munasabah kita mintak Petronas tidak lagi hanya bertanggungjawab melapor kepada Perdana Menteri sebaliknya Petronas perlu juga seperti agensi-agensi GLC yang lain melapor kepada Parlimen, maksudnya melaporkan kepada kedudukan tertiggi dalam negera Parlimen. Ia seolah-olah Petronas ini milik Perdana Menteri,”katanya.

Katanya, jika beterusan tidak mustahil Malaysia akan menghadapi nasib yang sama dengan negara Chile dan Mexico yang muflis kerana bebanan hutang.

“Kita bergantung kepada pinjaman luar maksudnya kita perlu berhutang kepada negara-negara lain Amerika Syarikat, Jepun, China, Arab Saudi. Bila negara ini berhutang ia kana jadi seperti negara Chili dan Mexico sehingga negara kena jual. Sekarang ini pun kita sudah menjual enjin kapal terbang,” katanya. -TVS



Augustine, Hakim "Tidak Relevan" Meninggal Dunia

HHakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri S. Augustine Paul (gambar) meninggal dunia hari ini akibat penyakit kronik yang dideritainya sejak beberapa lama.

Beliau berumur 64 tahun. Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Seri Dr Mary Paul dan dua anak iaitu Dr Juliana Sharmini, 29, dan Alan John, 27.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 2.45 petang di Hospital Selayang, kata menantunya Robert Devan, 37.

Keranda yang membawa jenazahnya akan berlepas dari kediamannya di No. 16, Lorong Taman Pantai 7, Bangsar, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang Ahad ini ke Parish of St Peter di No. 441, Seksyen 96A, Jalan Changkat Riong bagi upacara pengebumian pada 2.30 petang.

Augustine, lulusan Barrister-at-Law dari Inner Temple, England, memulakan kerjaya beliau pada 1971 sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara dan kemudiannya sebagai majistret di Ipoh, Perak.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Temerloh, Pahang, Melaka dan Pulau Pinang dan merupakan pengerusi jawatankuasa khas mengenai percukaian sebelum dilantik Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mei, 1998. -BERNAMA


MALAYSIAN JUDGES :: HALL OF SHAME
AUGUSTINE PAUL


S. Augustine Paul a/l Sinnappen, currently Federal Court judge, subjected himself to be a political whore in 1998. While a Kuala Lumpur high court judge, he participated in the political conspiracy orchestrated by the then prime minister Mahathir Mohamad to bring down the then deputy prime minister Anwar Ibrahim. He put through a show trial of Anwar and subsequently convicted the latter of sodomy and corruption.

The conviction was clearly riddled with holes. Augustine Paul allowed the prosecution had to change the date of the alleged offence several times after Anwar’s lawyers demonstrated conclusively that he could not have been at the place at the date nominated. So crude was the frame-up that in one case the building in which the offence was alleged to have occurred, had not even been constructed.

In the end, Augustine Paul took the extraordinary step of allowing the prosecution to nominate 7.45 p.m. somewhere between January and March 1993. Even though the defence produced documents to account for Anwar’s movements for every day over that period, Augustine Paul ignored the evidence and found Anwar guilty.

By convicting Anwar, Augustine Paul solely relied on the framed up allegations of the witness, Azizan Abu Bakar, who was shown by the defence team to be unreliable.

Augustine Paul was infamously called the “irrelevant judge” for repeatedly refusing submissions of evidence by Anwar’s defence team and ruled them ‘irrelevant’.

Obviously a judicial officer without any proper talent noteworthy, he had been a sessions court judge, until one week before Anwar’s sodomy trial. He was promoted promptly to be a high court judge and took on the case. After serving his part in the political conspiracy, he was summarily promoted to be a judge of Court of Appeal on 1 August 2003, and then on to be a judge of Federal Court, the apex court in Malaysia, on 17 June 2005.

He ruled on Apr 16, 2009 that Perak Assembly Speaker V Sivakumar does not have the power to suspend Mentri Besar Datuk Zambry Abd Kadir and six state executive council members from attending the assembly. It is a decision that was made in blatant defiance of Article 72 (1) of the Federal Constitution which says,”The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court”.

The judges of the Federal Court have failed the people and the government of this country when they chose to ignore the law of the Constitution of Malaysia. In other words the judges have refused to do justice according to law.

Incidentally, ultra vires does not mean “outside the law”. It means “outside one’s jurisdiction, beyond the scope of one s power or authority”. And we may ask, who is the Federal Court to say what is beyond the jurisdiction of the Speaker when the supreme law of the country says that “the validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court”.

He was born October 12, 1944 in Batu Gajah, Perak. He had his early education at Sultan Yusof School, Batu Gajah and Anderson School, Ipoh. He was called to the Bar of Inner Temple, London in 1971 and obtained his Bachelor of Laws Degree from the University of London as an external student in 1979. He is married to Dr Mary with two children, Dr Juliana Sharmini and Alan John.


Ulasan GB

Tiga sudah pergi. Mohtar Abdullah, Abd Wahab Patail dan Augustine Paul,
Dua lagi: Abdul Gani Patail dan Musa Hassan.

Isu Zambry Pengganas : PKR Sedia Hadapi Zambry Di Mahkamah

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kesahihan laporan akhbar terbitannya, Suara Keadilan yang menyiarkan berita bahawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) ketika mahu memasuki negara itu baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Jonson Chong (gambar) berkata, pihaknya sedia berdepan dengan Menteri Besar itu di mahkamah bagi menyelesaikan mengenai perkara tersebut.

"Saya sudah periksa dengan pihak editorial Suara Keadilan, mereka mempertahankan maklumat yang diperoleh daripada sumber berhubung isu berkenaan.

"Mereka tulis berdasarkan maklumat yang diberikan oleh sumber yang boleh dipercayai itu dan kalau beliau nak bawa perkara ini ke mahkamah kami tiada masalah,"
katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Jonson berkata demikian sebagai mengulas mengenai penafian Zambry berhubung laporan Suara Keadilan bahawa beliau ditahan pihak berkuasa AS ketika mahu memasuki negara itu untuk menyertai misi pelaburan kerajaan negeri selepas namanya ada dalam senarai pengganas dan kemudian diarah pulang.

Menteri Besar itu berkata laporan bahawa beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco adalah satu pembohongan besar oleh akhbar berkenaan dan tindakan mahkamah akan diambil kerana sudah hilang sabar dengan fitnah yang dilihat menghina serta mahu mencemarkan nama dan karier politiknya.

Mengulas lanjut, Jonson yang bertanggungjawab terhadap akhbar terbabit berkata, Zambry mempunyai hak untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah.

"Kalau beliau nak saman itu haknya, kami sedia menghadapinya di mahkamah nanti.

"Tapi kami harapkan prosedur mahkamah yang betul-betul adil tanpa campur tangan politik," katanya.

Laporan mengenai berita itu disiarkan Suara Keadilan dalam keluaran Bil 213 (29 Disember 2009 - 5 Januari 2010) yang memetik sumber rapat dengan Pejabat Menteri Besar memberitahu bahawa Zambry terbang ke San Francisco pada 9 Disember lalu atas misi perdagangan dan pelaburan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida).

Selain itu ditanya siapakah sumber terdekat yang memberi maklumat berkenaan, Jonson berkata: "Perkara itu saya tak boleh dedahkan lagi pada peringkat ini." -MSTAR

DAP Selar SPRM Berhubung Laporan Polis Terhadap Dr Pornthip

DAP hari ini menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membuat laporan polis terhadap pakar patalogi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng,berkata ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia tuduhan dilemparkan terhadap seorang pakar patalogi kerana menjalankan tugasnya.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu SPRM membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip yang hanya berada di sini untuk menjalankan tugas bagi mencari kebenaran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen "Tiada Beg Plastik pada Isnin, Selasa dan Rabu" di Komtar di sini hari ini.

Semalam, dua pegawai SPRM membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam terhadap akhbar tabloid "Suara Keadilan" dan Dr Pornthip berhubung satu artikel yang mendakwa kononnya pakar patalogi itu telah mengesahkan punca kematian setiausaha politik, Teoh Beng Hock, yang telah disoal siasat oleh SPRM, adalah dibunuh.

Lim berkata tindakan SPRM itu akan dilihat sebagai usaha memberikan tekanan terhadap pakar patalogi itu bagi menyembunyikan kebenaran.

Pada 16 Julai tahun lalu, Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam di Shah Alam, Selangor selepas memberikan kenyataan sebagai saksi berhubung penyalahgunaan peruntukan kerajaan oleh wakil rakyat di Selangor, di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, bangunan yang sama.

Inkues mengenai punca kematiannya sedang berlangsung di Mahkamah Koroner. -Bernama

Isu 800 juta : PAS Jadi Mangsa - TGNA

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan mahkamah mengarahkan Kerajaan Negeri membayar ganti rugi kira-kira RM800 juta disebabkan kelemahan Barisan Nasional (BN) ketika memerintah Kelantan.

Beliau, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, keputusan mahkamah itu membuktikan BN tidak upaya tadbir negeri hingga menyebabkan kerajaan pimpinan Pas terpaksa menanggung segala masalah.

“Orang lain buang sampah, kita kena sapu. Ini penyakit bagi jaga negeri kepada orang yang tidak pandai (memerintah),” katanya semasa menyampaikan kuliah Jumaatnya di sini, semalam.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Rabu lalu, yang mengarahkan Kerajaan Negeri membayar RM800 juta kepada Timbermine kerana melanggar perjanjian. Jumlah ganti rugi titu dikatakan tertinggi dalam kes saman sivil negara ini.

Nik Aziz berkata, beliau sedar isu itu pernah dibangkitkan dengan menyatakan Pas sudah menjual negeri kepada Singapura.

Namun, katanya, ketika parti itu mendapat kuasa dari rakyat, mereka juga tidak menyelesaikan isu itu hingga menyebabkan Kerajaan Negeri disaman.

"Waktu itu, saya balik dari Mesir pada 1962 dan 1967, saya masuk Pas dan bertanding. Ketika itu timbul cerita Pas Kelantan gadai negeri kepada Singapura. Ini cerita disebarkan sekitar 1970-an,

“Cerita ketika itu timbul Pas gadai kepada tauke Singapura (syarikat) Timbermine, mereka (BN) kata nak tebus balik jika undi (BN), kalu tak undi akan digadai selamanya.

“Benda ini masuk dalam kepala rakyat. Mereka yang melakukannya setengahnya sudah mati. Akhirnya undilah (menang) kita sangka tebus dah, tapi tidak lagi. Buktinya kita kena bayar RM800 juta, mereka tipu, ni wang ihsan nak tipu pula,” katanya. -SH

Selepas 2009, Ke mana Pakatan Rakyat?

Politik Malaysia di Persimpangan: Antara Nilai, Kebenaran dan Pembohongan

Oleh Lim Hong Siang, Merdeka Review

Kekalutan, kecelaruan, kekecohan..., antara istilah yang menyarat laporan media pada tahun 2009. Sudah jatuh tersandung krisis ekonomi, ditimpa pula kemelut politik. Seandainya tsunami politik 8 Mac menjadi detik saat penentuan senario politik tahun 2008, maka apa yang berlaku sepanjang tahun 2009 merupakan lanjutan daripada 16 September 2008.

Kegagalan "perancangan 916" Anwar Ibrahim bukan diukur sekadar pada jarak antara Pakatan Rakyat dengan Putrajaya, tetapi perlu dinilai dari impak yang tercetus dalam politik tanahair. Dari segi percaturan politik, Barisan Nasional mula menyerang balik dengan rampasan kuasa kerajaan negeri Perak pada Februari, setelah ditundukkan buat kali kedua dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, dan "hampir terkubur" di PRK Permatang Pauh.

Malah, UMNO-BN yang diterajui Najib Abdul Razak mula bangkit dari kesuraman, dan semakin menguasai gelanggang, apabila melaungkan slogan "1Malaysia"-nya untuk memukau pengundi bukan Melayu, sementara dengan lidahnya Utusan Malaysia untuk terus menjilat dengan api perkauman, di samping melaga-lagakan parti komponen PR.

Selepas tsunami politik...

Persoalannya, mengapa PR yang mendominasi gelanggang politik selepas PRU ke-12, semakin hilang kelebihannya kepada UMNO-BN? Sekali imbas, UMNO terjerumus dalam pergelutan kuasa selepas 8 Mac, apabila pimpinan "lemah" Abdullah Ahmad Badawi kian dipertikai. Bahkan, pengasas UMNO baru, Mahathir Mohamad melangkah keluar parti, sebagai tindakan drastiknya untuk mendesak agar Abdullah Ahmad Badawi berundur.

Sememangnya, perbalahan antara pemimpin menjadikan keadaan UMNO lebih parah selepas dilanda tsunami politik. Namun demikian, masalah yang lebih meruncing dalam UMNO, atau BN secara keseluruhannya, adalah muflisnya idea dan hilangnya nilai dalam parti politik tersebut. Untuk satu jangka masa yang agak panjang, apa-apa yang dilakukan semua tidak mengena pada tempatnya.

Misalnya, teriakan "Ketuanan Melayu" semakin serak suaranya, apabila dilantun dengan "Ketuanan Rakyat". Tangkapan dan tahanan dengan menggunakan Akta Keselamatan Negeri 1960 (ISA) ditentang keras, bukan sahaja dari PR dan rakyat secara umum, tetapi Menteri dalam kabinet sendirinya meletak jawatan sebagai tanda protes.

Ludahnya ke langit yang berbuih liwat, pengkhianat Melayu, agen Yahudi, sesumpah politik dan sebagainya akhirnya jatuh sebagai lumpur pada kuburnya yang hampir siap tergali.

Jadi, apakah Najib Abdul Razak, seorang politikus yang terbelenggu dengan pelbagai persepsi negatif ini begitu hebat untuk menyelamatkan UMNO-BN dari lubang kubur, mencerahkan masa depannya yang suram lagi gelap? Mengapa pula Anwar Ibrahim, yang dilambung tinggi dengan harapan rakyat, semakin hilang dominasinya dalam senario politik tanahair terkini?

Nilai teras perjuangan

Tidak dinafikan, Anwar Ibrahim dan PR sebenarnya berada dalam kedudukan yang selesa apabila berjaya mengheret UMNO-BN untuk mengikut rentak permainan politiknya selepas PRU ke-12. Kelebihan ini bukan semata-mata disebabkan tekanan yang dihadapi BN berikutan kemungkinan "penyeberangan 31 ahli dewan rakyat ke PR", tetapi wujudnya faktor yang lebih penting untuk mendukung "keselesaan" PR.

"Suara rakyat, suara keramat," harus dihayati lebih daripada hanya sebagai slogan di bibir. Jikalau dikupas selanjutnya, keutuhan dan kekuatan PR untuk menewaskan BN, walaupun belum bergabung pada PRU ke-12, terletak pada keberaniannya untuk mendedahkan kebenaran dan membongkarkan segala pembohongan rejim pemerintahan UMNO-BN.

Dalam situasi yang terkongkong, PKR, PAS dan DAP berjaya menongkah arus sentimen perkauman dan agama yang diapi-apikan, menangkis pelbagai fitnah, mengharungi segala sekatan dan akhirnya menembusi kubu UMNO-BN. Keadilan, kebebasan dan hak asasi menjadi nilai teras kepada perjuangan politik PR, dan asas untuk meraih sokongan rakyat.

"Transformasi Najib"

Bagaimanapun, PR mula berdepan dengan masalah apabila Najib Razak memasuki gelanggang yang pada asalnya didominasi oleh PR. "Serampang tiga mata" oleh UMNO semakin jelas selepas pemilihan pada Mac tahun ini, memperlihatkan bagaimana Najib menampilkan dirinya sebagai pemimpin yang "sederhana" dan "terbuka" dengan "1Malaysia"-nya, Timbalannya Muhyiddin Yassin pula menjelajah ke bahagian UMNO untuk melaungkan "Anwar pengkhianat Melayu", dan ketua sayap Pemudanya, Khairy Jamaluddin menyasarkan golongan elit dan kelas menengah.

Ironinya, walaupun PR secara jelas menyedari bahawa "perubahan UMNO" itu sekadar "perubahan kosmetik", tetapi PR bukan sahaja gagal untuk menanganinya, malah tersungkur di gelanggang politik musuhnya. Apa tidaknya, apabila sesetengah pemimpin PR semakin terikut-ikut dengan rentak perkauman yang didendangkan UMNO-BN, dan kelihatan "termakan" dalam retorik sedemikian.

Misalnya, Dewan Pemuda PAS meluluskan usul untuk mengekalkan kuota 30% ekuiti bumiputera dalam muktamarnya pada tahun ini, pada masa yang sama ghairah dengan slogannya "PAS untuk semua". Persoalannya bukan "apakah salahnya untuk umat Melayu-Islam mempertahankan kepentingannya", tetapi bagaimana perjuangan itu disandarkan kepada prinsip dan nilai sejagat untuk membela setiap orang yang perlu tanpa mengira warna kulit, keturunan, malah agamanya?

Maka di sinilah ruang dibuka seluas-luasnya untuk diserang UMNO-BN. Pemimpin PR yang membicarakan "jurang antara yang kaya dengan yang miskin", "korupsi, kroni dan nepotisme" sebelumnya, kini tersumbat mulut apabila diasak dengan retorik "demi kepentingan Islam dan Melayu". Sesetengah pemimpin PR nampaknya tidak bersedia untuk mempertikaikan retorik UMNO yang "kasar" ini, seterusnya memburaikan pembohongan yang bertopengkan kepentingan kaum dan agama.

Pendek kata, kelebihan yang dimiliki PR pada asalnya telah diambil alih oleh BN. Di samping itu, PR menggadaikan keyakinan rakyat terhadap dirinya sedikit demi sedikit apabila mula berjinak-jinak dengan "pembohongan" musuh politiknya. Keadaan ini memberi laluan kepada BN untuk meleburkan harapan pengundi terhadap PR.

"PR sebenarnya sama seperti BN," kenyataan sedemikian cukup untuk menghakis sokongan pengundi atas pagar terhadap PR, sementara penyokong UMNO-BN akan kekal dengan kesetiaannya, selagi regim ini menguasai sumber.

PAS: Jalan Buntu atau Jalan Keluar?

Sesungguhnya, politikus berdepan dengan dilema dalam realiti dunia politik, antara "mendapatkan/mengukuhkan kuasa" dengan "membawa perubahan/reformasi". Dalam hal ini, perlu diakui bahawa Anwar atau PR menghadapi lebih kesukaran daripada Najib atau UMNO-BN yang sedang menggengam kuasa.

Sejauh manakah Anwar dan PR mampu bertahan, apabila dasar dan pendekatan barunya berdepan dengan sekatan, malah badaian retorik UMNO-BN? Sepanjang tahun 2009, keadaan ini lebih menguji PAS, parti komponen PR yang dijadikan sasaran oleh UMNO-BN.

Isu gambar peribadi Elizabeth Wong (Exco Selangor-PKR), "penderhakaan Nizar Jamaluddin terhadap Sultan Perak", "kerajaan perpaduan", penempatan rumah ibadat agama Hindu di Shah Alam, isu arak dan sebagainya, meletakkan PAS pada satu kedudukan yang genting.

Antara logik yang paling biasa dimainkan terhadap PAS adalah "parti Islam ini sanggup bekerjasama dengan DAP yang jelas menentang negara Islam, tetapi enggan berunding dengan UMNO demi perpaduan dan kepentingan umat Islam Melayu." Pertikaian tercetus dari masa ke masa, sehingga Muktamar Khas hampir diadakan untuk menyelesaikan kemelut dalaman ini.

Namun demikian, ia tidak semestinya bererti PAS akan menjadi mangsa dalam perubahan iklim politik ini. Seandainya dilihat bagaimana Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat memberi reaksi kepada isu gambar Elizabeth, isu penyalaan lilin oleh Nizar Jamaluddin, isu bacaan Quran oleh Nga Kor Ming dan sebagainya, kita akan mendapati bahawa penampilan sedemikian lebih memenangi hati dan sanjungan masyarakat Malaysia secara umumnya.

Mohd. Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat yang tidak tunduk kepada rampasan kuasa UMNO-BN, menjadi bintang yang terserlah dalam arena politik. Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam, walaupun tidak ditonjolkan seperti Nizar, tetap memberi imej baru kepada PAS apabila mempertahankan rumah ibadat Hindu atas prinsip keadilan.


Padahalnya, pemimpin-pemimpin sedemikianlah yang menerokai gelanggang baru untuk PAS, dengan meletakkan garis yang jelas untuk membezakan antara PAS dengan UMNO. Tetapi seandainya pucuk pimpinan PAS yang lain memilih untuk terus bergelut dengan UMNO dalam politik perkauman dan agama yang sempit, maka mereka perlu berdepan dengan risiko bahawa pengundi gagal bezakan mereka yang saling terpalit dengan lumpur.

Reformasi atau rampas kuasa?

Apa yang pasti, pergelutan politik antara BN dengan PR akan berlanjutan walaupun tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya. Tahun 2009 biarpun disarat penuh dengan kekalutan, lebih-lebih lagi dengan tragedi kematian Teoh Beng Hock, krisis Perak dan sebagainya, namun ia tetap akan menemui cahaya di hujung terowong seandainya kita berkeyakinan untuk meneruskan perjalanan berlandaskan nilai dan prinsip sejagat.

Laungan "Reformasi" bergema sejak tahun 1998, dan mengambil masa satu dekad untuk mencetuskan tsunami politik pada PRU ke-12. Kini, PR berada di Kajang sebelum sampai di Putrajaya, satu jarak yang mungkin dekat tetapi penuh risiko. Namun demikian, apa maknanya jikalau PR sampai ke destinasi Putrajaya, tetapi mindanya masih terkurung di sebalik penjara Kajang (politik lama)? Sebaliknya, persoalan yang melantun akan berbunyi, apa maknanya minda bebas, tetapi dengan jasad terkurung di Penjara Kajang?

Tiada jawapan yang sempurna untuk persoalan ini. Tetapi pendukung reformasi, penyokong malah pemimpin perubahan mungkin boleh menanyakan diri pada penghujung tahun 2009 -- sekiranya "jasad bebas" (bunyi: dapatkan kuasa) yang didahulukan, mengapa pula Anwar Ibrahim memilih untuk dipecat pada tahun 1998?

PRK Hulu Selangor? Belum Lagi!

Pilihan raya kecil ke-10 membabitkan bahagian Parlimen Hulu Selangor perlu dilupakan buat waktu kerana Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad menafikan desas-desus beliau akan melepaskan kerusinya ekoran masalah kesihatan yang berpanjangan.

Sebaliknya bekas timbalan menteri besar Selangor itu berkata beliau mahu kekal sebagai wakil rakyat bahagian itu sehingga pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini juga menyangkal bahawa beliau telah meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kononnya mahu bersara sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor.

"Saya tidak pernah meminta Datuk Seri Anwar supaya mengumumkan (bahawa mahu meletak jawatan). Saya tidak tahu, terserah kepada beliau (laporan kononnya mahu membuat pengumuman)," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Ketika ditanya sama ada akan menyertai ceramah yang bakal diketuai Anwar yang juga Penasihat PKR dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim malam ini, Zainal memberitahu beliau tidak mengambil bahagian dalam majlis itu.

"Saya tidak akan pergi majlis ceramah, sebaliknya saya akan menghantar pegawai khas saya sebagai wakil... saya akan menghantar wakil saya kerana saya takut orang buat spekulasi ketiadaan saya pulak," katanya.

Ketika ditanya sebab tidak akan berada pada ceramah malam ini yang akan diadakan di Hulu Selangor kerana ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan.

"Dalam seminggu ini anak perempuan saya akan melangsungkan perkahwinan, jadi perlu menyelesaikan urusan berkaitan," kata beliau dalam nada 'kurang sihat" ketika dihubungi di rumahnya di Batu 9 Cheras dekat sini.

Mengulas lanjut spekulasi kesihatannya semakin merosot, Zainal berkata: "Tidak betul, tidak betul... sedikit pun tak betul."

"Tidak, saya tidak memutuskan untuk meletakkan jawatan. Insya-Allah saya akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat.

"Nampaknya pengundi-pengundi semakin rapat dengan saya, dan saya pun semakin rapat dengan pengundi kawasan saya. Saya akan terus membantu mereka," kata Zainal.

Pada September lalu Zainal telah menjalani pembedahan.

Cakap-cakap tentang kemungkinan Zainal mungkin letak jawatan sudah kedengaran sejak berbulan dulu.

Jika betul bakal ada pilihan raya kecil.

Dalam pilihan raya umum lalu Zainal menewaskan timbalan presiden MIC Datuk G. Palanival dengan hanya 198 undi.

Zainal memberitahu beliau ada berbual dengan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat di Parlimen baru-baru ini.

"Anwar berkata beliau berpuas hati dengan prestasi saya, dan beliau tanya keadaan saya, telah meminta saya menjaga kesihatan saya," katanya. -MI